Thursday 6 February 2014

Pencuri Cinta

Story 2 

*sorry lambat, and story 2 pendek sedikit. Harap enjoy


5 tahun yang lalu
Berdentum,bunyi seorang di tolak ke locker kelas.Adam terus menatap mata pelajar itu dengan renungan yang tajam dan membengis.Dengan pantas dia memegang muka Syamil dan mencengkam mukanya dengan kuat.

“Berani kau mengadu dekat cikgu,kau memang sengaja cari pasal lepas itu kau nak libatkan ibubapa aku pula”tengking Adam kuat.

“Apa maksud kau..Bu..bukan aku..tapi..tapi..”kata Syamil sambil cuba untuk membetulkan cermin matanya yang hampir melurut.

“Huhh?Kau memang sengaja secara pasal betul lah bodoh!”terus Adam melepaskan muka Syamil dan mencekik lehernya pula.

“Arghh,le..lepas kan aku,aku tak boleh bernafas”kata Syamil sambil tersekat-sekat.Namun Adam semakin kuat mencengkam lehernya dan Syamil semakin terangkat ke atas dan memegang tangan Adam agar melepaskannya.

"Ad..Adam le..lepaskan aku"tersekat-sekat Syamil berkata dengan muka yang merah dan nafasnya mula tersekat-sekat.

“Ini last warning kalau aku tahu kau buat lagi memang nahas kau”kata Adam keras sambil melepaskan tangannya.Terbatuk-batuk Syamil selepas Adam keluar dan memegang lehernya yang merah.

Sebelum dia mengadu pun(but exactly bukan dia mengadu cuma cikgu yang tanya dan dia tidak pandai berbohong) memang nampak kebencian Adam dan kawan-kawannya.

Dia pantas keluar dari kelas dan bergerak perlahan-lahan meninggalkan blok akademik dan timbul rasa menyesal kerana stay dalam kelas tadi.Kalau dia mengikuti cadangan kawannya yang ingin balik teruskan lagi bagus.
*************
Syamil dengan pantas memilih untuk juadah makanan dan membungkusnya.Lagipun kuliah hari ini sangat memenatkan kerana mereka ada test dan juga timbunan assignment yang due datenya pula nyawa-nyawa ikan sahaja minggu belajar,mana nak belajar lagi,mana nak habiskan assignment lagi.

 Dia pantas bergerak dan tanpa sedar dia hampir terlanggar seseorang.Air milo ais yang di beli lelaki itu hampir mengenai bajunya yang berwarna putih itu.

“Eh,sorry.Ya Allah,tak sengaja”kata lelaki itu.Syamil pun mendongakkan mukanya dan terkejut melihat gerangan di hadapannya.

“Syamil?Syamil kan?”lelaki itu terkejut memandang Syamil.Terus Syamil bergerak dengan pantas dan ingin bergerak meninggalkan tempat itu.Jantungnya berdegup begitu kencang sekali rasa macam dah nak terkeluar.

Dia baru sahaja ingin mengucapkan syukur sepenuhnya kerana lelaki itu tidak mengejarnya dan malangnya Adam mengejarnya.Gila betul lah. Pada mulanya Adam bagaikan terkaku apabila ternampak Syamil di situ.Mengapa hampir setahun dia belajar di university itu tidak pernah pula dia berjumpa dengan Syamil dan bergegas mengejarnya.

“Damn!asal pula dia ni nak kejar-kejar.Ingat drama Hindustan ke apa “maki Syamil dalam hati.Sampai sahaja dia terus masuk ke dalam kereta baru sahaja dia memasukkan gear reverse dan ingin mengundur tiba-tiba ada sebuah kereta saga berwarna putih berhenti di belakang keretanya.

Terus dia menekan brek dan menarik hands break lalu keluar untuk memaki hamun sesiapa sahaja yang menghalang keretanya untuk keluar.Hahaha, macam lah berani sangat nak maki orang segala ini. Sempat dia membuat lawak dalam hatinya.

Syamil terkejut kerana yang keluar dari tempat pemandu itu adalah Adam dan dia bergerak ke arah Syamil.Syamil mula terundur ke belakang dan ingin masuk semula ke dalam kereta.Dengan pantas dia menarik tangan Syamil .

“Amil,tunggu dahulu”kata suara itu menyuruh Syamil tunggu dan panggilan itu masih tidak berubah dan hanya tiga orang sahaja dalam hidupnya yang memanggilnya begitu Adam dan ibubapanya.Hampir menitis air mata  Syamil.

Bersambung....


1 comment:

  1. kali ni pon pendek gak updet dia.. huhu. x puas baca. =.="

    ReplyDelete