Thursday 23 October 2014

Akhirnya...

Story 2

“Aizan tunggu dulu…”lelaki itu memegang lengan Aizan.Aizan merentap pegangan itu kasar.Lelaki itu menguatkan cengkaman pegangannya.

“Lepaskan tangan aku lah bangang!”marah Aizan sambil merenung tajam wajah lelaki itu.Dia mula menjerkah lelaki itu kuat.

“Aizan tunggu dulu…”mata lelaki itu redup memandang Aizan yang sudah wajahnya sudah bertukar sedikit merah menahan marah.Aizan melarikan matanya.

Lelaki itu masih memegang lengannya kuat atau lebih tepat mencengkam.Apa yang patut aku buat?Pilihan dalam mindanya.

1)Buat-buat pengsan dengan harapan dia akan tinggalkan aku?Mesti dia angkut aku pergi klinik nanti.CANCEL.

2)Ataupun jerit minta tolong orang?Namun atas alasan apa?Mesti orang ingat aku yang gila.CANCEL.

3)Tumbuk?Erghh.Terajang ‘adik’ dia?Mandulkan dia saman aku pula.CANCEL.

4)Hempuk beg dekat kepala dia?Lepas itu lari macam atlet.YES.YES.

Ehh,bangang pula otak aku time-time macam ni.Pilihan pun macam apa dah aku tengok.

Aizan menentang pandangan lelaki itu.Buat pertama kali selepas 3 tahun,dia berusaha untuk bangkit jadi dia tak akan sia-siakan.Tanpa kata dia mengambil beg kerja lelaki itu dan menghentam kepala lelaki itu sekuat hatinya.Pegangan lelaki itu terlepas selepas menahan sakit terkena hentaman.Orang ramai yang lalu lalang di situ mula berbisik-bisik antara saru sama lain.

“Izzat anggap kau tak pernah jumpa aku…”tanpa memandang lelaki itu Aizan berlalu pergi.Dia segera masuk ke dalam kereta dan berlalu pergi.Tanpa disedari,dia menekan pedal minyak laju tanpa arah tujuan dan berhenti mengejut di tepi bahu jalan.

Dia menyembamkan mukanya di stereng kereta.Jelas di tangannya urat kelihatan menunjukkan genggaman pada stereng agak kuat.Dia mengusap wajahnya perlahan.Dia perlu bertenang.Dia perlu tenang.Relax Aizan,relax.Kau hanya jumpa dia sahaja.Kau jangan risau.Tak ada apa yang akan berlaku.Kau anggap sahaja itu permulaan untuk semua benda.Benda yang dah lama kau nantikan.

***************
Fakhrul masuk ke biliknya perlahan dan melabuhkan punggungnya seketika sebelum meruap wajahnya.Jadual yang padat membuatkan dia sedikit sibuk sehingga kekurangan masa untuk berseronok.Apabila sebut pasal seronok,baru dia teringat minggu hadapan ada fashion show week dari Gucci.

Dalam hatinya sudah terdetik untuk mencuci mata.Mana tahu kot-kot dapat yang fresh boleh buat stok geli-geli.Kalau ikut dirinya,dua-dua dia sapu lelaki perempuan.Apa yang nak takut?Dia ada duit.muda lagi,kaya pula tu.Kalau pasal dalam hal bilik tidur,tak usah cakap memang merengek lah siapa yang kena dengan dia.

Cinta?Semua itu tak penting.Yang penting pandai makan pandai simpanlah.Cuma dalam banyak-banyak dia hati dia pernah terusik sedikit sahaja oleh seseorang ketika dia belajar.Padahal,bekas kekasihnya itu tidak mempunyai keistimewaan langsung malahan kolot.Apa namanya pun dia dah lupa.Itu juga sudah menunjukkan dia sendiri tidak begitu serius dengan relationship.Baik perempuan atau lelaki semua beratur untuk menjadi kekasih dia.Jadi dia tinggal pilih sahaja.Lagipun ada sebab kenapa dia cuba untuk couple itu.

Sedang dia mengelamun,phonenya bergegar menunjukkan mesej masuk.Dia mencapai phonenya dan membaca mesej itu.

“Sayang,you tak makan tengah hari ke?Mana tahu makan tengahari kita boleh sambung sampai malam”~Najwa.

Belum sempat dia membalas mesej yang datang.Masuk lagi mesej dari nombor lain.

“Rul,mana you ni?I dah macam tunggul kayu dekat restaurant ni.I dah la tak bawak duit lebih ni.You jangan nak MALUKAN I”~Affy.Wow caps lock lagi.

“Arghh,mana satu ni yang aku nak ikut ni…”silap dia juga lupa sudah berjanji untuk untuk lunch dengan Najwa dalam masa yang sama dia juga berjanji dengan Affy,salah satu model di syarikatnya.

“Affy je la…”dia membuat keputusan dan terus keluar biliknya pantas.

******************
Izzat merenung gambar – gambar ketika dia belajar di university.Kadang kala dia tergelak sendiri melihat gambar-gambar itu..Terlampau banyak kenangan manis dan pahit.Matanya terhenti pada satu wajah yang baginya sangat ketara sekali bezanya.Adakah kerana tidak memakai cermin mata?Ataupun cara pemakaiannya?Dia sendiri tidak pasti.Cuma nampak lain dan agak berbeza.Yang menyebabkan dia yakin adalah suara dan mata itu tidak berubah.Tetap redup pandangannya.Mata Aizan yang berwarna coklat cair itu masih serupa.

Dia bangun dan bergerak ke arah tingkap.Dia merenung langit yang sudah mula bertukar wajah dan warna.Dia mengeluh perlahan.Kenangan lama bagaikan terimbau di mindanya.Dia meneguk coffee perlahan.Dia masih tidak boleh lupakan perkara itu.

Sejak tersempak dengan Aizan dia lagi banyak mengeluh.Walaupun dia tahu keluhan itu tidak berapa bagus.

“Aizan,dia tak cintakan kau.Dia nak main-mainkan kau je”pujuk Izzat untuk menghalang Aizan bermalam di rumah teman lelakinya.

“Tak aku tak percaya…”Aizan merenung wajah Izzat lama.Dia memilih untuk tidak percaya.Mungkin cinta telah membutakan hatinya sehingga lupa mana satu buruk dan baik.

“Aizan,jangan pergi…aku tak boleh jamin keselamatan kau dekat luar…aku…aku..”Izzat tidak menghabiskan kata-katanya.

“Cukup Izzat,aku tak nak dengar apa-apa dari mulut kau…”

“Aizan,aku cuma risaukan kau je…aku rasa dia main-mainkan kau.Aku baru nampak dia dengan orang lain”

“Kau siapa nak risau kan aku?Kau bukannya faham apa yang aku rasa.Lagipun kau bukan g*y…apa yang kau faham apa yang aku rasa?Apa yang kau faham?Kau tak akan faham Izzat..kau tak akan faham even aku explain dekat kau..”tengking Aizan.Izzat terdiam.Dia terdiam.Lama dia terdiam.

Sehingga sekarang Izzat masih mencari jawapan kepada soalan Aizan.”Apa yang kau faham tentang apa yang aku rasa?”Ya memang dia mengakui bahawa dia tidak faham namun tidak bermakna dia tidak boleh merasai apa yang Aizan rasa.

Aizan lebih suka mengambil jalan mendiamkan diri malahan dia seolah-olah berubah menjadi orang.Apa yang kau expect,dah 3 tahun kau tak jumpa dia?kata otaknya.Tapi aku yakin dia masih Aizan yang sama seperti dulu,hatinya meningkah pantas.Berhenti berharap lah Izzat,otaknya menghasut.

Izzat menghela nafasnya berat.Perlahan dia menghirup air kopi itu.Telinganya menangkap bunyi loceng di tekan.Dia mengerut dahinya perlahan.Baru dia teringat yang dia ada memesan set dinner untuk malam itu.Dengan segera dia berjalan ke arah pintu.

Pintu dibuka dengan perlahan.Matanya terpaku atau lebih tepat terbeliak melihat siapa di hadapannya.Kejutan apa lagi ni?Kenapa banyak sangat kejutan yang berlaku sejak dua menjak ni?Perlahan-lahan bibirnya mengukir senyuman.

Penghantar makanannya itu juga sudah ternganga mulutnya.Izzat tersenyum mesra dengan kejutan yang tidak disangka itu.


Bersambung…

p/s:Btw ada ssesipa tahu tempat nk cari gambar couple yg cute2.Please.Ketandusan gambar.Selain dr google la

Sunday 19 October 2014

Unbearable Pain....

Have you guy feel in or certain day yang korang jadi sedih without a solid reason and at some point korang rasa nak bersendirian.I dont know why,but that's what I was feeling this past week.I go to class by myself,finding a green scenery so that my heart would be at peace.Aku cari lagu yang bagi motivation and at some point give you reason,that you have something to live for.

How does it feel bila crush kau tiba-tiba rapat dengan kau?It's like he playing or toying you.The most heartbreaking moment bila dia tanya

"Kau suka aku tak....?"dia bertanya sambil pandang mata aku.

Lama aku terdiam sebab perasaan dia tu macam sebak sangat.That moment when you love someone so deeply,but the only thing you can do just keep it for yourself and silently love him.Paling sedih bila aku pandang dia,and yang hanya mampu aku cakap 

"Aku pernah sayang seseorang tapi aku tak boleh miliki dia..ermm boleh tak kau keluar aku ada kerja..btw aku tak suka kau.."

Aku laptop and cari diari aku..and aku meluahkan segalanya di situ and tanpa sedar aku rasa macam nak menangis..sebab dia membuatkan aku curios adakah dia tahu?Adakah dia cuba main-main dengan aku..?As usual paranoid disease aku akan datang mendadak.

Aku bila rasa sedih or tak tenang mesti rasa nak seorang diri and aku even makan seorang diri or beli makanan and makan dekat tepi tasik..:').

p/s:Sorry merapu,cuma rasa nk share apa yang aku rasa minggu ni.








Saturday 11 October 2014

Akhirnya...

Story 1

Pintu bilik rehat itu terkuak dari luar.Perlahan dia masuk dan menghelakan nafasnya yang hampir tersekat-sekat sebentar tadi.Dia bergerak masuk ke kerusi meja solek dan duduk di situ sambil menghelakan nafasnya perlahan.Dia mengeluarkan handphonenya dari poket dan mendial no pembantunya.

“Hello,Ina kau kat mana?Mana coffee aku?Berapa kali aku cakap lepas habis shooting mesti siap-siap ada atas meja..kau pekak ke apa?”marahnya dan pantas menekan butang merah.

Tidak lama lepas itu pintu biliknya di ketuk perlahan.Pintu terkuak dan terjengul wajah pembantunya yang bernama Ina.

“Maaf En Aizan lambat..”

“Ina,berapa kali aku cakap lepas shooting kopi mesti ada atas meja aku…kau memang lembap eh?Ke kau dah pekak?”tengking Aizan Syahmi atau Aizan kuat.

“Ma..ma…maaf tadi ada hal…”

“Maaf..maaf..kau ni pekak ea?ataupun pekak campur bodoh?kalau dah bodoh tu memang bodoh juga…buat apa pun susah..”kasar Aizan menjawab sambil merampas kopi di tangan Ina.

Berdensing telinga Ina mendengar.Tapi ini bukanlah kali pertama dia kena maki.Malahan hampir setiap hari dia kena maki.Mulut macam haram.

“Dah,kau tunggu apa lagi?Berambuslah…tu pun aku nak bagitahu ke?”kasar Aizan berkata tanpa memandang Ina.Menyirap betul dia dengan orang yang perangai lembap macam si Ina tu.

Sambil menghirup coffee latte dia menekan button remote tv di dalam bilik itu.Dia menekan-nekan lagi siaran yang terpampar di kaca tv.Sedang dia laju menekan,matanya sempat menangkap wajah yang dia kenali.Matanya terpaku lama pada wajah itu.Keningnya yang lebat dan terbentuk cantik itu bergerak-gerak.

“Oh..kau makin kaya rupanya…hahaha..”dia tergelak perlahan sambil merenung tajam pada wajah yang kacak yang sedang tersenyum di hadapan tv.Wajah yang masih segar dalam ingatannya.Wajah yang masih kacak dan malahan lebih menarik dari dahulu.Dia tersenyum sinis melihat gerangan manusia di kaca tv.

Perlahan dia memejam matanya sambil memorinya terimbas kembali zaman sewaktu dia di universiti.Ya,dia masih ingat nama dan wajah itu.Dia bagaikan seperti terbau bagaimana wanginya perfume di tubuh lelaki itu.Semuanya nampak indah tatkala masih bahagia.Persoalannya,bahagiakah dia?Sejauh mana nilaian kebahagian dirinya bersama lelaki itu?

Kenangan lama bagaikan menujah laju masuk ke dalam mindanya.Dia bagaikan terdengar bisikan kata-kata “cinta” itu.Sungguh dia pernah mencintai lelaki itu malahan hubungan mereka lebih jauh dari apa yang disangka.Bisikan yang sentiasa membuaikan hati.

“Saya dah lama sukakan awak…”              
                   
“Tapi kenapa?Saya tak ada apa-apa.Saya tak hot macam kawan-kawan awak.Kenapa awak nakkan saya?”Aizan bertanya tidak percaya.

“Sebab saya dah lama cintakan awak”

Pada mulanya memang hakikat sebuah cinta kadang kala,malahan indah khabar dari rupa.Dia terpengaruh.Terperangkap dalam fantasi  sendiri.Tidak dapat membezakan antara reality atau mimpi.

“Kenapa awak buat saya macam ni?Jadi semua ni tipu?”Hampir pecah dada dia mendengar perkataan itu.Apa tinggal untuknya.

Dia membuka mata perlahan-lahan.Sudah lama dia tunggu,hampir 3 tahun dia menunggu.Dia betul-betul perlu bersedia.Dia mengesat sedikit air mata itu.Dia telan hinaan itu selama 3 tahun.Sambil mengesat air mata dia ketawa perlahan.

Teruja kerana masih ada sisa air mata rupanya dalam dirinya.Perasaan-perasaan yang macam ni perlu di hapuskan kalau tak nanti akan menyusahkan lagi.Dia membelek iklan dalam telefonnya perlahan.Aizan tersenyum sinis.Dia menekan button send untuk menghantar application itu.

*******************
Aizan turun dengan pantas dari biliknya.Dah terlambat ni.Boleh pula terlelap tadi.Sepatutnya dia sampai jam 3 petang tadi.Sekarang dia sudah lewat hampir 45 minit.Dia pasti Syafika dah menyumpah seranah dia dekat kedai itu.

Sedang dia asyik mencari kunci dalam poket seluarnya tanpa melihat kehadapan.Ni lah padah pakai skinny jeans nak keluarkan barang-barang pun susah.Belum sempat dia berpusing ke hadapan,tubuhnya sudah berlanggar dengan seseorang.Handphonenya tercampak sedikit jauh bersama kunci keretanya.

“Maaf encik,maaf…”kata lelaki yang melanggarnya sambil cuba untuk membantu Aizan bangun.Aizan pantas menolak tangan itu.Aizan mendengus marah.Ringan je mulutnya ingin memaki lelaki di hadapannya.Dia pantas bangun tanpa menoleh ke arah lelaki dihadapannya.

Wow,cantik kasut.Sempat dia menganalisa pakaian lelaki itu.Aouchh,tangan dia nampak sasa,sempat lagi dia memuji sehingga wajahnya terpaku melihat lelaki itu.Hands….belum sempat dia menghabiskan ayat dia betul-betul terkejut.Hampir sahaja dia terlompat kerana tidak menyangka akan terjumpa gerangan manusia di hadapannya.

Kalau jantungnya itu boleh terkeluar dari dadanya memang agaknya sudah mula terkeluar.Dia menghela nafas perlahan-lahan untuk menenangkan dirinya lagi.Lelaki di hadapanya masih sama.Sentiasa kacak malah lebih tegap dan sasa.Rambutnya lebih pendek dari dulu.Jantung dia berdegup kencang.Tidak pernah dia berdegup kencang melihat lelaki di hadapannya.Aizan,bangun!Aizan bangun!Kau jangan jadi bebal pulak tiba-tiba.Otaknya segera memarahinya supaya kembali ke alam nyata.

“Aizan?Aizan kan..”tanya lelaki itu.Terserlah wajahnya yang gembira melihat gerangan manusia dihadapannya.Aizan masih terpaku.Dia terperangkap dalam situasi yang dia sendiri tidak tahu reaksi apakah yang wajar dia tunjukkan.Gembira?Oh,tidak sama sekali.Marah?Sudah tentu.Sedih?Ada juga.Rasa macam nak tumbuk?Dah lama rasa.

Aizan kembali ke alam yang nyata apabila namanya dipanggil.Dia merenung tajam lelaki itu sambil memungut kunci dan handphonenya.Aizan ingin segera berlalu dari tempat itu.Dia perlu.Dia harus berlalu pergi.

“Aizan tunggu dulu…”lelaki itu memanggil namanya.Aizan memekakkan telinga dan sebenarnya dia nak elakkan dari berlaku drama queen yang tak tentu hala kat sini.Dia paling menyampah betul-betul kalau ada orang yang suka buat macam tu.Ingat ni drama Hindustan ke?

“Aizan tunggu dulu…”lelaki itu memegang lengan Aizan.Aizan merentap pegangan itu kasar.Lelaki itu menguatkan cengkaman pegangannya.

“Lepaskan tangan aku lah bangang!”marah Aizan sambil merenung tajam wajah lelaki itu.Opps,siapa yang berdrama ni?

Bersambung..

p/s:Tq for reading.Believe it or not i'll already introduce the main character of this story in final chapter of P.Cinta 







Wednesday 8 October 2014

New Story in coming!!!

Finally setelah memerah idea dan consideration untuk beberapa aspect akhirnya lahirlah sebuah baby yang baru.Masih lagi titleless.Aku dah ada beberapa tajuk just nak sort out so then dia akan fit dengan cerita.

So enjoy sinopis dulu.

Suatu ketika dulu dia percaya cinta dan kasih sayang itu wujud dan boleh disemai.Baginya mencintai seseorang yang "jauh standard" darinya memang suatu mimpi.Kadangkala dia hanyut dalam mimpi sendiri.Bergelut samada mimpi atau fantasi,menjadi taruhan dalam hidupnya.Dendam menjadi sebati dalam dirinya apabila cinta yang dianggap realiti rupanya palsu.

-Aku tak tahu.Aku tak sangka cinta kedua aku lagi hebat dari cinta pertama aku.Aku keliru sebab aku tak boleh nak berpatah balik.Aku lebih sayangkan kau.Kenapa aku jadi macam ni?Kenapa aku macam ni?-Aizan

-Aku tak dapat malahan tidak boleh bagi apa yang dia selalu bagi kau.Apa yang aku dapat bagi hanya kasih sayang.Aku sayangkan kau.Aku tak tahu sejak bila aku ada perasaan macam ni.Yang aku tahu aku memang dah cintakan kau-Izzat

-Aku cintakan kau.Aku tahu aku yakin aku memang sayangkan kau.Pernah tak dalam hati kau yang kau sayangkan aku walaupun sedikit?Aku tak minta banyak sikit pun cukup-Fahkrul


-Kau cintakan dia,tapi kau malu nak cakap.Aku tahu kau suka dia juga.Cuma kau ego,keras kepala,degil.Boleh tak sekali kau cuba terima apa yang orang bagitahu kau?Susah sangat nak terima?-Nur Syafika 

Antara cinta,persahabatan.keluarga dan dendam.Berjayakah dia membuang setiap duri dalam hatinya demi cinta kedua itu?

p/s:Nantikan premier dia pada yang masih sudi membaca blog saya.