Monday, 31 August 2015

Akhirnya...

Story 9

Matanya terasa begitu berat untuk dibuka.Perlahan-lahan dia membuka mata dan memandang tangan yang melingkari pinggangnya. Dia mengalih tangan itu dari pingggangnya.Dia berpusing memandang gerangan di sebelahnya yang masih tidur.

Jarinya bergerak ke arah kening yang lebat itu.Turun menyentuh hidung dan berhenti di bibir yang kemerahan tanda tidak merokok.Dia tersenyum sambil tergelak kecil apabila bibir itu bergerak tanda kegelian.Sungguh dia rindu untuk menatap wajah itu.Matanya masih lagi menatap wajah yang sedang tidur itu.

“Baaaahhhhhhh....”Izzat membuka matanya luas.Aizan terkejut lantas menarik selimut menutupi wajahnya.Terhambur ketawa Izzat dengan kuat sekali.Wajah terkejut Aizan begitu melucukan di matanya tadi.

“Itulah mengendap abang lagi...”perlahan Izzat menarik selimut yang meliputi Aizan.Aizan pula ketawa.Perlahan-lahan dia bergerak dan meletakkan kepalanya di dada Izzat.

“Sampai bila kita macam ni?”tanya Aizan.Izzat diam sambil mengusap lembut kepala Aizan.

“Sampai tiba masanya.Bagi abang peluang untuk sayangkan,bagi abang peluang untuk  lindungi Izan.Selagi Aizan perlukan abang,abang akan sentiasa ada.Apabila sampai masa Aizan tak perlukan abang,ingatkan abang supaya berundur dari hidup Aizan.Masa itu abang dah bersedia dan abang akan berundur dari hidup Aizan” lembut Izzat berkata.

Mata Aizan mula berkaca.Kenapa aku berasa macam ni?Apa yang aku dah buat?Perlahan-lahan Izzat mencium dahi Aizan lama.Begitu lama.Dia menguatkan pelukannya.Sungguh,dia sangat rindu.

*****************
Aizan terjaga dari tidur.Mukanya berpeluh-peluh.Ya Allah mimpi apa tu?Kenapa dia mimpikan Izzat?Mungkin kerana hatinya terlampau rindu atau ada sesuatu yang buruk berlaku pada Izzat?Dia mengusap dadanya perlahan.Jantungnya berdegup laju.

Seminggu berlalu tanpa mesej dan wassap dari Izzat.Bohong jika dia tidak merinduinya malahan mungkin dia bagaikan ternanti jika ada mesej yang bakal masuk.Kosong.Masih tiada.Dia menarik nafas lemah.Namun ini apa yang dia sendiri inginkan tapi mengapa hatinya berasa kosong?

Dia mencapai handphone di tepi meja.Pukul 6.15 pagi.Dia menolak selimut dan mencapai tuala untuk menunaikan solat subuh.

Usai solat dia berdiri memandang cahaya matahari yang mula terbit.Lama dia merenung ke luar jendela.Dia melepaskan keluhan.

Dendam yang melingkari dalam hatinya masih berakar umbi.Setiap kali dia melihat wajah Fakhrul,perasaan marahnya susah untuk di bendung,kadang kala sehingga terbit rasa ingin menamatkan riwayat Fakhrul dengan begitu kejam.

Akhirnya dia masih manusia biasa,lemah dan tidak mampu.Dia masih ada pedoman hidup,dia masih ingatkan Allah,dia masih sayangkan dirinya sendiri namun untuk melupakan tidak mungkin.

Dia memejamkan mata seketika.Mindanya melayang jauh.Jauh mengimbau peristiwa lama yang dia sendiri cuba untuk lupa namun masih menghantuinya.

Aizan melangkah longlai dari kondo itu.Air mata tidak mampu lagi untuk keluar.Semuanya bagaikan tersekat.Dia memegang dadanya kuat.Perasaan sedih,perit,kecewa dan sakit bagaikan berkumpul di situ. Sedang dalam perjalanan balik, Aizan tidak perasan ada seseorang mengikutinya.Jiwanya melayang.Baru sahaja dia ingin melangkah,tiba-tiba ada 2 org lelaki menahannya.

“Boyfriend kau suruh kami pastikan yang kau senyap dan faham amaran dia bukan main-main”ujar lelaki itu sambil tersenyum sinis.Dia merapati Aizan dan lelaki yang kedua itu berpusing ke belakang Aizan. Dadanya berdegup kencang.Tanpa amaran,Aizan menghayunkan tangannya untuk menumbuk lelaki itu.

Lelaki pertama itu sempat mengelak,dan dengan pantas dia menendang perut Aizan.Aizan yang tidak sempat menahan jatuh ke lantai.Dia menahan senak di bahagian perutnya itu.

“Bos cakap jangan calarkan muka kau sebab nanti rugi”kata lelaki pertama itu tersengih-sengih.Aizan menggunakan sisa tenaganya yang ada lalu menendang muka lelaki itu.Darah mengalir dari hidung lelaki itu.

“Bangsat!!Celaka!Kau pegang dia sekarang!!”marah lelaki itu berapi-berapi.

“Lepaskan akulah bodoh!!”Aizan memaki-maki lelaki kedua yang memegang kejap tangannya dan menumbuk perutnya.

“Kau memang celaka lah.Pang!!”lelaki itu menampar muka Aizan.Namun dia masih belum berpuas hati.Dia mencekak rambut Aizan dari belakang dan menghantuk kepalanya pada lebihan kayu.Aizan meraung kesakitan.Sengihannya menjadi panjang apabila melihat Aizan lemah.Dengan pantas dia merentap t shirt Aizan sehingga koyak.Mata itu galak memandang tubuh Aizan yang terdedah.Nafsunya bergolak hebat.

Lelaki itu merapati Aizan.Matanya masih galak memandang Aizan yang terbaring lemah.Dia mengusap lembut kepala Aizan.

"Shuhhh,tak ada apa ok..sikit je..."lelaki pertama itu berkata.

"Jangan..."lemah Aizan berkata.Kepalanya mula berdenyut.

“Tolong..tolong jangan..tolong...”Air matanya sudah mengalir laju.Dia menahan lelaki yang sedang menindihya dengan tangannya.Lelaki yang berdiri berhampiran memijak dada dan perut Aizan kuat.Tercungap-cungap Aizan.

“Baik kau diam...”bisik lelaki itu sambil mencium-cium telinga Aizan.Matanya berbalam-balam.Kepalanya berdenyut-denyut menahan sakit.Darah mengalir dari kepalanya.Ya Allah,tolong aku.Lemah dia berbisik.Lelaki itu semakin rakus.

Lamunannya terhenti apabila mesej baru masuk.Dia menarik nafas panjang.Dia benci.Benci untuk mengingati apa yang berlaku.

**********
Fakhrul membuka tingkap yang itu seluas yang mungkin.Udara segar menderu masuk.Dia tersenyum.Sekali sekala dapat menghirup udara segar. Telinganya menangkap bunyi pancuran air. Sengihannya menjadi semakin lebar. Siapa tahu,mungkin rezeki dia malam ni?Ikan terbentang di depan mata,tak akan dia nak tengok je.

Tapi dia kena berhati-hati dan pandai mengatur strategi.Aizan bukan seperti lelaki atau perempuan yang pernah dia tiduri selama ni.Aizan nampak jinak tapi liar apabila di dekati.Aizan menggoda tapi tidak mudah untuk dijerat.

Well,Fakhrul kita tengok siapa yang tersungkur nanti.Sungguhnya hari masih panjang.Jika orang tanya apa yang dia suka sangat pada Aizan,well first of course muka dia,especially senyum dia yang terserlah lesung pipit tu memang tersangat menggoda.Lagi satu,Aizan bukan jenis yang mudah menyerah.Tak pernah orang menolak dia.Paling penting,Aizan bukan jenis yang suka berdrama seperti semua bekas-bekas kekasihnya.

Aizan keluar dari bilik air bersama bath robe.Dia mencapai tuala kecil untuk mengelap rambut yang masih basah. Dia mendedahkan lagi bahagian dadanya.Terserlah dadanya yang putih.Oh god,aku bukan ada cleavage pun nak tunjuk.Dia menutup kembali dadanya yang terbentang luas itu.Bangang pulak otaknya time-time macam ni.

Ya,dia berkongsi bilik dengan Fakhrul.Berkongsi tidak bermaksud menyerah.Dia tidak semurah itu.Dia perasan mata Fakhrul yang tidak putus meratah tubuhnya dari tadi macam nak telan.Seram sejuk juga dia bila fikir balik.Ya lah buatnya tengah-tengah aku sedap tidur dia ngap aku kan lain plan lain yang jadi.

“Mungkin ini antara peluang yang aku ada..”hatinya berkata.Dia pujuk hatinya.Dia kena rancang sebaik yang mungkin.

“Macam mana kalau kau tersayang dia balik?”otaknya mula meningkah

“Tak mungkin...aku benci dia..”hatinya membalas.

“Tapi kau pernah menyayangi dia malahan lebih dari itu..”otaknya masih lagi memujuknya.Jantungnya mula berdebar.Manusia hanya mampu merancang.Akhirnya,kita hanya manusia terlampau banyak khilafnya.

************
Sungguh dia rindu.Kakinya mula bergerak namun terhenti seketika.Berfikir sejenak haruskah dia memunculkan diri?Dia memandang ke hadapan namun kelibat orang yang dirindui sudah tiada.Dia menghela nafas berat.Mungkin dia hanya bermimpi atau berangan.Tiba-tiba bahunya dicuit dari belakang.Perlahan-lahan dia berpusing.

Tergamam.Rindu yang menggunung tersemat di dada hanya DIA yang tahu. Masih sama seperti kali terakhir dia jumpa.Tangannya terangkat sedikit untuk mengusap wajah orang yang dirindui.Terhenti seketika.Jangan,dia dah hancurkan hati Izzat.

“Iz..Izzat..”

Izzat tersenyum.Matanya berkaca.Tidak tahu kenapa,hatinya berasa sangat pilu melihat Aizan tersenyum di samping Fakhrul tadi.Kalau ikutkan hati,mahu sahaja dia memeluk Aizan semahunya namun siapa dia?Akhirnya dia juga manusia,dia faham jika orang tidak mencintainya.Mencintai tidak semestinya memiliki.

Aizan masih terdiam.Izzat melabuhkan punggung di bangku itu.Sungguh tenang udara di sini.Dia menghulur coffee pada Aizan.Aizan menolak dengan menggeleng kepala.

“Izzat sihat?”

“Alhamdulillah sihat.Makin berisi tak nampak ke?”katanya sambil tergelak.Aizan hanya mampu tersenyum.

“Selalu ke pergi bercuti?”tanya Aizan.Tiba-tiba ingin tahu.Banyak juga yang dia tidak tahu pasal Izzat even mereka kenal dari zaman university lagi.

“Tak juga...selalunya 1-2 bulan sekali itu pun pergi yang dalam Negara..kau datang dengan siapa ni?”dia menatap wajah yang dirindui itu.Perasaan ingin tahu tentang lelaki yang dilihat tadi membuak bukannya dia tidak kenal cuma inginkan kepastian.

”Aku datang dengan kawan..”Aizan berkata perlahan.Dia merenung wajah Izzat yang tampak tenang dan bersih itu.

“Aku pun..eh kawan-kawan aku dah panggil lah..aku pergi dulu ea?”Izzat kelihatan membalas lambaian itu serentak bangun dari bangku.

Aizan juga turut bangun sekali.Perlahan-lahan menapak ke arah Izzat.Dia memeluk Izzat lama.Tidak tahu kenapa dia amat rindukan kehangatan pelukan Izzat malahan dia sangatlah rindukan Izzat.Mata Izzat mula berkaca,dia membalas pelukan Aizan.Dia mengusap kepala Aizan perlahan.Mana mungkin dia menafikan yang dia tidak menyayangi Aizan.

Namun dia meleraikan pelukan itu segera.

“Kalau di beri satu peluang....”

********************
Sejurus Izzat berlalu,Aizan terduduk tanpa kata.Tergamam.Hatinya berasa sakit.Tidak tahu kenapa,hatinya rasa sakit.Ayat itu seolah-olah terngiang-ngiang di telinganya.

“Aku dah berhenti belajar untuk mencintai kau...”

“Kalau diberi satu peluang untuk buat 1 benda yang aku nak,aku berharap aku tidak jatuh cinta dengan kau,kenal kau tapi siapa aku untuk halang benda itu?Akhirnya aku manusia biasa.Aku tetap sukakan kau...”matanya berkaca.

Dia memegang dadanya kuat.Mungkin itu apa yang Izzat rasa apabila dia mengucapkan benda yang sama.Aizan merenung ke dalam mata Izzat.Kosong.Aku nampak dalam mata dia.Tiada apa-apa.Kosong.

“Ya Allah,sakitnya hati ni...kenapa..kenapa”teresak-esak dia menangis sambil memegang dadanya.Belum sempat dia merasai manisnya cinta.Perasaan itu seolah-olah ditarik.Padahal itulah apa yang dia sendiri inginkan.

Mungkinkah ini apa yang Izzat yang rasa apabila dia mengucapkan benda yang sama?

Bersambung...


p/s: Selamat membaca.Maaf Lambat.Busy sangat >_<

5 comments:

  1. Like seriously this story was great,,,,,

    ReplyDelete
  2. why we can't happy like the others .. anyway it's a good story ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kdg2 dia depends pada diri sendiri.If kita decided untuk jd happy then we are happy if x mmg tidaklah

      Delete
    2. betul tu .. hehe .. happy dgn crush st8 yg rasenye dia dh perasan yg I luv him ..

      Delete