Thursday, 18 September 2014

Pencuri Cinta

Story 20 END


3 tahun berlalu

Angin yang menderu masuk ke dalam biliknya itu betul-betul membuatkan dia berasa sungguh nyaman.Dia menutup matanya perlahan.Memberi peluang untuk angin itu menjamah wajahnya itu.Tenang.Damai.

Dia berjalan perlahan ke arah mejanya yang terdapat satu frame kecil yang mengandungi gambar seseorang yang dia pernah sayang tapi kini sudah tiada.Segala perasaan,rindu malahan kasih sayang juga di bawa sekali.Namun siapa dia untuk menduga takdir?Dia juga manusia biasa.

“Aku rindukan kau..tersangat rindu…”

“Maafkan aku…..”

Dia mengelamun lagi.Tidak tahu kenapa sejak dua menjak ini kenangan lama bagaikan galak menerjah masuk ke dalam mindanya.Perasaan apakah ini?Normalkah perasaan itu?Kadang-kadang tanpa sedar dia hanyut.Hanyut dalam rindu dan kenangan yang tercipta.Dia masih tidak boleh lupa ayat doktor itu.

“Emergency unit..emergency unit..kritikal…ada besi tertusuk di bahagian pinggang..dan juga kaki..”

“Cuma Encik yang saya boleh katakan harapannya sangat tipis,melainkan ada keajaiban yang berlaku.Banyakkan berdoa encik.Kami para doktor hanya mampu berusaha sebaik mungkin”

Lama dia merenung gambar itu.Dia mengusap perlahan gambar itu.Kenyataan yang pahit untuk diterima.Kadangkala dia keliru memori harus di simpan atau di buang?Kalau simpan mampukah dia mengubat segala kekecewaan yang ada?Malah jika di buang bagaimana untuk memastikan kenangan itu sentiasa wujud?

“Sebab kau anak aku jadi macam ni..Tak cukup apa yang kau buat selama ni?Kau nak apa lagi.Keluar dari bilik ni sekarang.Dari dulu sampai sekarang kenapa kau buat dia macam tu?”tengking suara itu.

“Pak cik..saya minta maaf..”hampir menitis air matanya.

“Maaf…maaf …kau ingat dengan maaf kau boleh kembalikan anak aku?”tanya lelaki itu dengan suara yang marah.

“Pak cik tolonglah bagi saya jumpa dia buat kali terakhir..pak cik jangan buat macam ni..”sebak dia cuba memujuk.Tapi lelaki itu pantas menepis tangannya kuat.Hampir terjatuh dia dengan keadaan yang masih belum stabil.

“Aku haramkan kau jumpa dia.Apa yang kau ada dengan dia baik kau lupakan.Aku dah bakar dan buang apa semua kenangan kau dengan dia.Aku akan pastikan dia tak akan ingat kau lagi.Kau berambus sekarang”

“Pak cik…”

Panjang lamunannya hari ini.Entah kenapa kenangan lama benar-benar mengusik jiwa.Dia bangun dan berpusing menghadap tingkap kembali.Tiba-tiba pintu biliknya di ketuk.Seorang perempuan cina masuk ke dalam sambil tersenyum memegang ipad.

“Encik…kakak encik sudah tunggu di luar”

“Baiklah..terima kasih Jenny”sebutnya sambil tersenyum manis.

*******************
Hari ni dia terpaksa meneman kakaknya untuk pergi ke klinik.Pening kepala dia mendengar bebelan kakaknya sebab suami dia terpaksa extend outstation.Abang iparnya pun satu,dah tahu kakak jenis yang memang pantang orang berjanji.

Sebaik sahaja sampai di klinik dia hanya menunggu di luar dan membaca akhbar yang berada di situ.Sudahlah lama pemeriksaan itu,maklumlah kakaknya itu sudah mengandung 6 bulan.Sedang dia asyik bermain dengan telefonnya dia terdengar derapan langkah seorang lelaki masuk bersama wanita dalam klinik itu.Dia hanya tersenyum sahaja.Salah seseorang dari mereka memakai kaca mata.

Setelah berborak seketika,lelaki yang memakai kaca mata itu datang duduk di sebelahnya.Mereka hanya bertukar senyuman sahaja.Dia berasa seperti pernah melihat lelaki itu tetapi tidak ingat di mana.Lelaki itu..??Adakah dia orang yang sama.

“You know the greatest thing about love is we have to open our entire self-make us vulnerable and let our lovers hurt us.Tapi apa orang cakap worth for trying?Kadang-kadang kita lupa sama ada apa yang kita protect tu worth untuk try atau tak.Apa yang selalu aku buat adalah always get ready and don’t hold to much hope in relationship yang ending dia kita sendiri tak tahu especially dunia yang sebaliknya”

“Aku tahu..”

“Bila sampai untuk kita stop that’s it Sebab bila sampai masa untuk kita berhenti kita kena berhenti jangan terlampau push or hoping yang kita boleh akan teruskan lagi.Berharap itu bagus cuma jangan berharap.Kita tak boleh ubah masa lalu kita sebab benda itu dah terjadi tapi kita boleh biarkan ia pergi and start our new future.Ourlife is not some fairytale story always happing ending towards the end”

“Aizan..kau sayangkan dia?”

“Aku sayangkan dia tapi aku tersilap dalam percaturan..aku terlampau berharap sampai lupa yang mana satu cinta atau tak..tapi aku jatuh cinta pada keduanya.Aku tak tahu rupanya aku pun sayangkan dia juga”Aizan Syahmi berkata perlahan.Pandangan matanya redup memandang wajah nan di hadapannya.

“Ingat,it’s ok to protect your heart but don’t lock it up forever or else you will never get a chance of loving someone again”Aizan berkata sambil tersenyum sehingga terluah lesung pipitnya.

Kini dia sudah ingat.Ya,lelaki tadi Aizan Syahmi.Penemannya tatkala dia berada di hospital dulu.

“Aizan…?”dia memanggil.Lelaki berkaca mata itu memandangnya.Lelaki itu berjalan perlahan ke arahnya dan tersenyum mesra.

“Kau.yang ward 1 tu kan?”tanya Aizan sambil menghulurkan tangannya untuk bersalam.Dia menyambut pantas huluran tangan Aizan.

“Dah lama kau tak ajak aku makan ni?”tanya Aizan sambil tersenyum.Lesung pipitnya terserlah.Hampir setahun juga mereka tidak berjumpa.

“Kau pun sekarang dah banyak masuk majalah,tv lagi”dia mengusik Aizan.

“Haha..benda biasa-biasa ja.Kau pun apa kurang”Aizan ketawa kecil.

Tidak lama selepas itu,kawan Aizan mara ke arah mereka.Mereka meminta diri dahulu untuk makan tengahari.Dia sempat menangkap perbualan mereka.

“Sejak bila pandai cakap elok-elok dengan orang luar..haha”sambil ketawa kawan Aizan berkata.

“Ingat aku ni teruk sangat ke?aku kenal dia la..”kata Aizan sambil menjengilkan matanya.

Dia yang mendengar hanya tersenyum.Matanya menangkap perangai Aizan sama dengan seseorang.Setelah selesai urusan di klinik,baru sahaja dia ingin masuk ke dalam kereta tiba-tiba namanya di panggil.Lantas dia berpusing.

********************
Perlahan-lahan dia membuka mata,berat matanya memandang wajah-wajah di hadapannya.Ada satu wajah yang dia cari,tapi wajah itu tiada.Di manakah?Ke manakah?

“Ay...mana..mana…dia..?”

“Shhhuhhh..tidur dulu…awak baru makan ubat.Nanti ayah kejutkan awak semula..”pujuk si ayah supaya anaknya tidur.

Perlahan air matanya menitis.Perit di tubuhnya dia boleh tangani tapi kalau melibatkan hati baru dia sedar betapa sakit,pilu hatinya sendiri.Malah dia sendiri percaya bahawa selagi kita tidak berada dalam situasi itu selagi itu kita tidak tahu betapa susah,perit untuk melalui semuanya.

Dia cuba bangun.Baru sahaja dia ingin bangun dia tergolek di tepi katil.Dia mencuba lagi sehingga jatuh barang-barang yang berada di atas katilnya.Dia benci,dia benci sebab dia macam tu.

Pintu biliknya di buka pantas dari luar.Terjengul wajah wanita muda yang jelas kelihatan risau.

“Ya Allah,kenapa ni?”wanita itu pantas ingin menolong.Baru sahaja tangan ingin menyentuh,dia pantas menepis tangan wanita muda.

“Jangan sentuh aku!!tepi aku cakap,jangan sentuh aku…”bengis wajahnya menengking wanita muda itu.

“Ya Allah jangan macam ni abang…”hampir menitis air matanya melihat lelaki itu berusaha gagah untuk bangun namun masih terjatuh lagi.

“Jangan sentuh aku…kau tak faham ke aku cakap?Jangan sentuhhhh….jangan sentuh…jangan sentuhhh..”Suaranya yang melengking kuat berubahnya menjadi kendur.

“Kenapa aku jadi macam ni?Kenapa?Kau buat aku macam ni…kau tinggalkan aku macam tu je..kau memang kejam…”teresak-esak dia menangis.

Wanita muda itu perlahan-lahan bergerak dan memeluk lelaki itu perlahan.Dia mengusap lembut kepala itu.Dia faham penderitaan yang di tanggung itu.Perlahan-lahan dia memapah lelaki itu ke katil.Kali ini dia mengalah,dia mengalah.Wanita itu meninggalkan lelaki itu bersendirian.

Dia menutup matanya kembali.Mana kau pergi?Kau janji kau tak akan tinggalkan aku.Kau beritahu yang kau tak akan pernah berhenti sayang aku.Mana kau.Kau tipu.Kau tipu.Kau dah curi hati aku.Kau curi cinta aku.

“Adam..adamm..”perlahan dia menyebut nama itu.

TAMAT

17 comments:

  1. Sorry to say.... Aku kureng paham episode kali.... Huhuhuhu... Puas rujuk episode sblum ni... 3 kali bace pon xpham gak.... Mgkin lmbat skit kot nk tgkap.... Serius xpaham..... Huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba tengok timeline cerita tu dr awal "zaman sekarang,5 tahun yang lalu atau 3 tahun berlalu"..cuba tgk timeline dia betul2..part akhir ni mmg kena bca betul-betul baru boleh tangkap and more kepada untuk teka siapa actually yg survive...

      Delete
    2. Klu kate timeline tu tau.... Episode kali ni 3 tahun selepas zaman skrg tu kn.... Tp xbleh nk tgkp... Rase mcm byk teka teki siape "dia" yg ko mksudkn.... Yg ko wujudkn name aizan saje... Siape wanita tu.... Siape si Ayah tu... Siape 2 org lelaki yg msuk dlm hospital tu.... Kat sini xbleh nk tgkap siape "die" tu... Sbb byk watak tnpe name.... Huhuhu... Mgkn kene pnjgkn sikit spye explanation tu ad....

      Delete
    3. Hahaa..actually the answer is in this final chapter siapa yg survive if you read through it and digest every watak yg ada..because I really want readers to be very teliti in final story..and keyword Aizan hanya cameo dia tak ada kena mengena

      Delete
  2. Replies
    1. Cuba baca lagi...digest timeline dia hayati watak itu and you will see siapa "dia" yg dimaksudkn..part kali ni..mmg i'll try something different

      Delete
  3. A little bit confuse. Susah nak faham and go thru till the end of this chapter. But I am guessing yang survive is Syamil. First watak yang keluar rasanya macam Akmal. The father yang keluar tu ayah kepada Syamil. Since like he already knew yang Akmal punca segalanya anak dia jadi macam tu.

    Tapi...

    Bila masuk yang dia teringat Aizan Syahmi. Rasa macam watak Adam lah pula. Hahaha... Sebab admitted kat hospital. Final part confirmed Syamil. And he just lost both his legs right?

    ReplyDelete
  4. This is SO CONFUSING! Bertambah migraine aku ni.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaa.Sabar ya.Sorry nk suruh korang berfikir siapa yang sebenarnya org-org itu.Keyword:Aizan and perempuan muda itu adalah watak tambahan/cameo yg wujud...

      Delete
  5. Serius blurr, ianya sad ending.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sabar ya.Lama-lama nnt fahamlah tu.Sebab dia kena digest betul-betul.

      Delete
  6. edit balik..! edit balik..! aku x kire... cepat... hehehehehe...

    ReplyDelete
  7. i cannot brain this.....aaaaaa....hi TT...not as i expected..hurrmm...

    ReplyDelete
  8. pada pemahaman aku lah kan...both survive the accident..yg ats cerita adam, then yang bawah cerita syamil...but both x tau that each other survive...maybe bapak syamil yang halang..betol x???

    p/s: aku baru start baca cerita ni hari ni and it only took me 2 hours to finish it...hehee

    ReplyDelete
  9. love this story, tapi tak berapa nak paham ending dia ni. dah baca 2 kali, rujuk previous chapter still can't get it haha. aku bg 4 out 5 stars *thumbs up*

    ReplyDelete