Story 1
Pintu bilik rehat itu terkuak
dari luar.Perlahan dia masuk dan menghelakan nafasnya yang hampir
tersekat-sekat sebentar tadi.Dia bergerak masuk ke kerusi meja solek dan duduk
di situ sambil menghelakan nafasnya perlahan.Dia mengeluarkan handphonenya dari
poket dan mendial no pembantunya.
“Hello,Ina kau kat mana?Mana
coffee aku?Berapa kali aku cakap lepas habis shooting mesti siap-siap ada atas
meja..kau pekak ke apa?”marahnya dan pantas menekan butang merah.
Tidak lama lepas itu pintu biliknya
di ketuk perlahan.Pintu terkuak dan terjengul wajah pembantunya yang bernama
Ina.
“Maaf En Aizan lambat..”
“Ina,berapa kali aku cakap lepas
shooting kopi mesti ada atas meja aku…kau memang lembap eh?Ke kau dah
pekak?”tengking Aizan Syahmi atau Aizan kuat.
“Ma..ma…maaf tadi ada hal…”
“Maaf..maaf..kau ni pekak
ea?ataupun pekak campur bodoh?kalau dah bodoh tu memang bodoh juga…buat apa pun
susah..”kasar Aizan menjawab sambil merampas kopi di tangan Ina.
Berdensing telinga Ina
mendengar.Tapi ini bukanlah kali pertama dia kena maki.Malahan hampir setiap
hari dia kena maki.Mulut macam haram.
“Dah,kau tunggu apa lagi?Berambuslah…tu
pun aku nak bagitahu ke?”kasar Aizan berkata tanpa memandang Ina.Menyirap betul
dia dengan orang yang perangai lembap macam si Ina tu.
Sambil menghirup coffee latte dia
menekan button remote tv di dalam bilik itu.Dia menekan-nekan lagi siaran yang
terpampar di kaca tv.Sedang dia laju menekan,matanya sempat menangkap wajah
yang dia kenali.Matanya terpaku lama pada wajah itu.Keningnya yang lebat dan terbentuk
cantik itu bergerak-gerak.
“Oh..kau makin kaya
rupanya…hahaha..”dia tergelak perlahan sambil merenung tajam pada wajah yang
kacak yang sedang tersenyum di hadapan tv.Wajah yang masih segar dalam
ingatannya.Wajah yang masih kacak dan malahan lebih menarik dari dahulu.Dia
tersenyum sinis melihat gerangan manusia di kaca tv.
Perlahan dia memejam matanya
sambil memorinya terimbas kembali zaman sewaktu dia di universiti.Ya,dia masih
ingat nama dan wajah itu.Dia bagaikan seperti terbau bagaimana wanginya perfume
di tubuh lelaki itu.Semuanya nampak indah tatkala masih
bahagia.Persoalannya,bahagiakah dia?Sejauh mana nilaian kebahagian dirinya
bersama lelaki itu?
Kenangan lama bagaikan menujah
laju masuk ke dalam mindanya.Dia bagaikan terdengar bisikan kata-kata “cinta”
itu.Sungguh dia pernah mencintai lelaki itu malahan hubungan mereka lebih jauh
dari apa yang disangka.Bisikan yang sentiasa membuaikan hati.
“Saya
dah lama sukakan awak…”
“Tapi kenapa?Saya tak ada
apa-apa.Saya tak hot macam kawan-kawan awak.Kenapa awak nakkan saya?”Aizan
bertanya tidak percaya.
“Sebab saya dah lama cintakan
awak”
Pada mulanya memang hakikat
sebuah cinta kadang kala,malahan indah khabar dari rupa.Dia
terpengaruh.Terperangkap dalam fantasi
sendiri.Tidak dapat membezakan antara reality atau mimpi.
“Kenapa awak buat saya macam ni?Jadi
semua ni tipu?”Hampir pecah dada dia mendengar perkataan itu.Apa tinggal
untuknya.
Dia membuka mata perlahan-lahan.Sudah
lama dia tunggu,hampir 3 tahun dia menunggu.Dia betul-betul perlu bersedia.Dia
mengesat sedikit air mata itu.Dia telan hinaan itu selama 3 tahun.Sambil
mengesat air mata dia ketawa perlahan.
Teruja kerana masih ada sisa air
mata rupanya dalam dirinya.Perasaan-perasaan yang macam ni perlu di hapuskan
kalau tak nanti akan menyusahkan lagi.Dia membelek iklan dalam telefonnya
perlahan.Aizan tersenyum sinis.Dia menekan button send untuk menghantar
application itu.
*******************
Aizan turun dengan pantas dari
biliknya.Dah terlambat ni.Boleh pula terlelap tadi.Sepatutnya dia sampai jam 3
petang tadi.Sekarang dia sudah lewat hampir 45 minit.Dia pasti Syafika dah
menyumpah seranah dia dekat kedai itu.
Sedang dia asyik mencari kunci
dalam poket seluarnya tanpa melihat kehadapan.Ni lah padah pakai skinny jeans
nak keluarkan barang-barang pun susah.Belum sempat dia berpusing ke
hadapan,tubuhnya sudah berlanggar dengan seseorang.Handphonenya tercampak
sedikit jauh bersama kunci keretanya.
“Maaf encik,maaf…”kata lelaki
yang melanggarnya sambil cuba untuk membantu Aizan bangun.Aizan pantas menolak
tangan itu.Aizan mendengus marah.Ringan je mulutnya ingin memaki lelaki di
hadapannya.Dia pantas bangun tanpa menoleh ke arah lelaki dihadapannya.
Wow,cantik kasut.Sempat dia
menganalisa pakaian lelaki itu.Aouchh,tangan dia nampak sasa,sempat lagi dia memuji
sehingga wajahnya terpaku melihat lelaki itu.Hands….belum sempat dia
menghabiskan ayat dia betul-betul terkejut.Hampir sahaja dia terlompat kerana
tidak menyangka akan terjumpa gerangan manusia di hadapannya.
Kalau jantungnya itu boleh
terkeluar dari dadanya memang agaknya sudah mula terkeluar.Dia menghela nafas
perlahan-lahan untuk menenangkan dirinya lagi.Lelaki di hadapanya masih
sama.Sentiasa kacak malah lebih tegap dan sasa.Rambutnya lebih pendek dari
dulu.Jantung dia berdegup kencang.Tidak pernah dia berdegup kencang melihat
lelaki di hadapannya.Aizan,bangun!Aizan bangun!Kau jangan jadi bebal pulak
tiba-tiba.Otaknya segera memarahinya supaya kembali ke alam nyata.
“Aizan?Aizan kan..”tanya lelaki
itu.Terserlah wajahnya yang gembira melihat gerangan manusia dihadapannya.Aizan
masih terpaku.Dia terperangkap dalam situasi yang dia sendiri tidak tahu reaksi
apakah yang wajar dia tunjukkan.Gembira?Oh,tidak sama sekali.Marah?Sudah
tentu.Sedih?Ada juga.Rasa macam nak tumbuk?Dah lama rasa.
Aizan kembali ke alam yang nyata
apabila namanya dipanggil.Dia merenung tajam lelaki itu sambil memungut kunci
dan handphonenya.Aizan ingin segera berlalu dari tempat itu.Dia perlu.Dia harus
berlalu pergi.
“Aizan tunggu dulu…”lelaki itu
memanggil namanya.Aizan memekakkan telinga dan sebenarnya dia nak elakkan dari
berlaku drama queen yang tak tentu hala kat sini.Dia paling menyampah
betul-betul kalau ada orang yang suka buat macam tu.Ingat ni drama Hindustan
ke?
“Aizan tunggu dulu…”lelaki itu
memegang lengan Aizan.Aizan merentap pegangan itu kasar.Lelaki itu menguatkan
cengkaman pegangannya.
“Lepaskan tangan aku lah
bangang!”marah Aizan sambil merenung tajam wajah lelaki itu.Opps,siapa yang berdrama ni?
Bersambung..
No comments:
Post a Comment