Tuesday 28 June 2016

Akhirnya...

Selamat petang dan hai semua. Maaflah lambat update story as i mentioned before i was quite busy and aku mengalami writer's block. Sometimes idea tu ada but bila aku cuba untuk tulis cerita dia macam aku tak boleh nak connects the dots between cerita tu.

So enjoy this lah kesinambungan cerita ni. Have fun dan selamat berbuka :)

_________________________________________________________________________________

Story 10

Angin pagi menderu masuk menyapa wajah Izzat perlahan. Dia menghembus nafas perlahan. Lebih kepada mengeluh. Sungguh dia tidak menyangka akan terserempak dengan Aizan di sini. Bersama orang lain pula tu. Tipu jika dia tidak rasa cemburu malahan terkejut gerangan yang bersama Aizan adalah Fakhrul.

Terdetik rasa risau dalam hatinya namun siapakah dia? Aizan sudah dewasa untuk membuat keputusan sendiri. Namun hatinya mengimbangi peristiwa lalu yang meranapkan semangat Aizan. Dia cukup takut dan sedih melihat Aizan terseksa. 

Hampir 2 jam lebih yang lalu, Aizan di masukkan dalam wad.Sepanjang malam itu juga dia menjaga Aizan, meniup semangat dalam jiwa Aizan. Aizan masih koma akibat hentakkan kuat di kepalanya bersama wayar yang berselirat di badannya.

Syukur dia sampai tepat pada masanya, kalau tidak mesti dia akan menyesal semua hidup.
Dia mengenggam tangan Aizan kuat seolah-olah menyalur semangat untuk memberi kekuatan untuk Aizan hidup.Telinga nya terngiang-ngiang mendengar ungkapan doktor tadi.

“Actually,from diagnosis injuries dia it was not that severed,supposed to be dia tak koma lama tapi dia seolah-olah keep telling himself it’s ok to be like this,dia macam tak nak bangun”

Aizan jangan macam ini.Please,Aizan. Teragak-agak dia bangun lalu berdiri berdekatan dengan kepala Aizan.Please Aizan. Lembut dia mendaratkan bibirnya ke dahi Aizan.Nanti aku datang lagi,aku sayangkan kau. Bisiknya di telinga Aizan.Hampir menitis air matanya.

Usai selepas solat dia datang semula ke wad Aizan. Aizan masih kaku terbaring.Aizan masih lagi dalam keadaan yang sama.Hanya Allah sahaja yang tahu apa yang ada dalam fikiran Aizan.

Izzat duduk di sisi Aizan yang masih terbaring kaku.Kenapa dia masih prihatin tentang Aizan sedangkan Aizan tidak pernah mengendahkan nasihatnya?Kalau ikutkan boleh sahaja dia membiarkan Aizan terlantar begitu sahaja namun dia juga manusia,ada hati ada perasan tambahan pula Aizan juga kawan baiknya.Dia kembali mengenggam tangan Aizan.Cuba menyalur semangat kepada Aizan.Akhirnya,Izzat juga terlelap di sebelah Aizan sambil mengenggam tangannya.

*************************
Aizan mengatur langkah perlahan-lahan di taman bunga itu. Dia memeluk tubuhnya rapat. Mukanya sudah kemerahan menahan kesejukkan malam. Fikirannya menerawang jauh ke belakang. Perlahan-lahan dia menghela nafas.

Walaupun sudah sedar dari koma,Aizan seolah-olah berada dalam dunia lain.Namun yang menggusarkan hatinya, Aizan tidak mengeluarkan bicara walau sepatah pun.Dia hanya mendiamkan diri tanpa kata.Wajahnya kekal beku tanpa perasaan.Dia hanya diam dan membisu sepanjang masa.Wajahnya juga bertukar menjadi cengkung.

Sayu hati Izzat melihat Pn Khadijah cuba untuk berbicara dengan Aizan namun Aizan masih kekal membisu.Dia hanya senyap.Menggeleng tidak.Riak wajahnya kekal beku tanpa perasaan. Bukan dia tidak nampak air mata menitis perlahan dari pelupuk mata ibunya itu.

Aizan mengeluarkan gunting yang di ambil di meja receptionist pagi tadi.Perlahan-lahan dia bangun dan berjalan ke arah cermin di bilik air.Dia mengusap-gusap rambutnya yang agak panjang. Dia memegangnya perlahan dan menghalakan gunting itu ke rambutnya.Lama tangannya terhenti di situ.
Perlahan-lahan gunting itu bergerak memotong setiap helaian rambut yang ada sehingga menjadi sopak.Gunting besar itu jatuh serentak dengan helaian rambutnya yang terakhir.Dia terduduk di tepi singki itu.Riak wajahnya masih beku.Wajahnya kekal tanpa perasaan.

Pintu biliknya terkuak luas dari luar.Pn Khadijah hampir pengsan melihat keadaanya anaknya begitu.Aizan seolah-olah berada dalam dunianya sendiri.Dia memandang kosong tanpa sebarang bicara masih mengunci bicara. Maknya, menangis teresak-esak melihat Aizan yang seolah-olah mayat hidup.Makan tidak.Tidur tidak.Yang Aizan lakukan hanya diam dan membisu tanpa bicara.

Tanpa amaran Aizan rebah disitu. Bergegas dia meminta tolong anak bongsunya mengangkat Aizan ke katil.

“Aizan kenapa macam ni nak?Kenapa Aizan jadi macam ni?”Emaknya menyikat rambut anaknya yang sopak itu lembut.Aizan masih membisu.

Perbualannya bersama doktor itu terngiang-ngiang di telinga.

“Aizan mengalami tekanan perasaan yang kronik.Dia cuba lari daripada sesuatu.Benda ini bukan je berpunca dari perasaan sedih,marah puan.Dia seolah-olah rasa macam hopeless,empty and excessive guilt dengan apa yang dia buat.Apabila semua perasaan itu berkumpul dan menghantui dia,dia tak boleh express benda tu jadi dia ambil keputusan untuk mengunci bicara”

“Berapa lama benda ni doktor?”

“Saya tak berani nak cakap puan.Kebiasaannya paling sekejap 6 bulan mungkin kurang atau lebih bergantung kepada pesakit..”

Tangan berusia itu mengusap lembut tangan anaknya.Aizan masih diam bersama wajah yang membeku.

“Kalau Ijan dah sedia nak cerita jangan lupa bagitahu emak…mak risau sangat…mak..mak sedih tengok Izan macam ni…mak sayang Izan”lembut dia berkata bersama air mata yang muncul di tubir mata.Aizan masih mengunci bicara namun air matanya menitis perlahan di pipi bersama wajah yang membeku itu.

Bunyi cengkerik di malam hari menghentikan lamunannya. Aizan menggosok tapak tangannya perlahan. Kesejukan malam betul-betul mencengkam tubuhnya.Lembut dia menghirup udara malam yang masih segar.Udara dari tasik.Matanya menangkap beberapa pasangan yang masih muda malahan mungkin remaja yang berdua-duan.Jujur dia katakan,kadang-kadang apabila melihat pasangan kekasih atau suami isteri kadang –kala menimbulkan rasa iri hati.

Hatinya terusik tatkala berfikir mampukah dia bahagia seperti itu?Jika bahagia berkekalankah kebahagiannya itu.

“Kalau diberi 1 peluang...aku pilih untuk tak jatuh cinta dengan kau..”perlahan Aizan menyebut ayat itu.Dia meletakkan tangannya di dada.Angin malam menyapa tubuhnya.Sejuk.Aizan hanyut dalam dunianya sendiri tanpa sedar tangannya sudah mula kebiruan.Dia menutup perlahan-lahan matanya.

Lamunannya terhenti apabila ada seseorang membalut tubuhnya dengan baju sejuk.Dia mendongak, matanya menangkap wajah yang dia rindui. Tak,tak dia bermimpi.Dia menggeleng kepala tanda untuk menyedarkan diri dari mimpi.Dia memejamkan mata dan membukanya kembali.

Ya,Izzat masih berdiri depan matanya.Mata bangunlah jangan mimpi lama-lama.Dia masih memujuk dirinya yang semua ini mimpi.Namun,Izzat masih di situ. Aizan beristighfar dalam hati,kenapa aku macam ni? Adakah dia sudah tidak boleh membezakan antara realiti dan mimpi? Dia memejamkan matanya berharap agar semua ini berlalu. Hampir berkaca matanya menahan rasa sebak di dada. Hatinya menjadi galau.

“Shuhhh..Kenapa ni?”suara itu menyapanya.Aizan pantas membuka matanya.Tangan itu lembut mengesat air mata yang tersisa.Dia melabuhkan punggungnya di sebelah Aizan.

“Coffee?”Dia menghulurkan satu cawan coffee espresso pada Aizan. Aizan teragak-agak untuk mengambilnya.Namun dia menyambut juga huluran itu dan menghirup perlahan coffee itu.Haba panas dari coffee itu benar-benar menyegarkan.

Kenapa setelah apa yang dia lakukan, Izzat masih ingin menolongnya? Bukankah lebih mudah untuk membenci?

“Thanks Izzat, aku naik dulu..”dia cuba bangun. Baru sahaja dia ingin bangun dari bangku, kepalanya sudah berdenyut.Sejak akhir-akhir ini kepalanya asyik sakit.Dia berusaha untuk bangun.Langkahnya terhuyung-hayang.Sungguh matanya berat.

“Kau ok?”tanya Izzat risau.

“Aku ok...jangan risau..”Aizan menggeleng.

Tanpa sebarang amaran,Izzat mencempung tubuh Aizan.

“Izzat..tu..turun kan aku...aku boleh balik sendiri...”

“Turunkan aku Izzat,turunnn...”Dia memukul dada Izzat perlahan.Matanya hampir kuyu.

“Diamlah...kalau tak aku campak kau dekat sini”marah Izzat.Aizan menatap wajah Izzat yang serius itu. Namun kelembutan wajah itu juga yang memikat hatinya. Dia menolak pintu biliknya dengan kaki. Well, quite lucky pilih bilik seorang ni.

Perlahan-lahan dia meletak Aizan di katil. Dia duduk di birai katil mengusap lembut rambut Aizan itu. Baru sahaja Izzat ingin bangun, Aizan memegang tangannya.

“Izzat..kau nak pergi mana?”

“Aku nak tukar baju…shh tidur balik”pujuk Izzat perlahan. Dia mengamit tangan Izzat supaya berbaring di sebelahnya. Perlahan-lahan dia melentokkan kepalanya di dada Izzat. Kehangatan tubuh Izzat membuatkan dia berasa selesa.

Akhirnya, Izzat juga terlena sambil memeluk Aizan di sebelahnya.

**************************
Aizan memegang kepalanya perlahan. Matanya berbalam-balam. Dalam hati dia tertanya di manakah dia? Mengapa suasana biliknya nampak lain? Matanya turun pula pada tangan yang melingkari pinggangnya. Perlahan-lahan dia berpusing dan merenung wajah Izzat yang sedang tidur. Tangannya bergerak mengusap wajah itu.

“Kenapa kita macam ini? Aku tak pernah rasa macam ini..aku keliru…”Aizan mengusap lembut wajah Izzat.

“Bila kau ambil berat pasal aku…aku rasa bahagia…”

“Ak..aku minta maaf sebab hancurkan hati kau…ak..aku minta maaf Izzat aku tak sengaja…”teresak-esak Aizan meminta maaf. Hatinya remuk apabila melihat reaksi wajah Izzat seketika dahulu. Lembut dia mencium dahi Izzat sambil memejam mata. Perasaan sebak datang menghujangi dadanya.

Perilakunya terhenti apabila ada tangan yang mengesat titisan di pelupuk matanya.

“Everytime aku habiskan masa dengan kau…aku rasa sesuatu, aku cuba untuk kawal perasaan aku tapi akhirnya aku tetap sayangkan kau…aku tetap jatuh hati pada kau…”lembut Izzat berkata.

“Aku dah cuba buang perasaan tu jauh-jauh….tapi hati aku tetap nampak kau…”Izzat merenung wajah Aizan lama.

“Satu saja benda yang aku harapkan dari dulu lagi…aku nak rasa apa yang orang rasa..macam mana di sayangi..salah ke permintaan aku?”tanya Aizan.

“Can I be yours?”lembut Aizan bertanya sambil mendongak sedikit dan mencium lembut bibir Izzat bersama air mata yang menitis perlahan.


Bersambung…

Saturday 25 June 2016

Say goodbye to him...

Selamat petang. Selamat 10 malam terakhir awak-awak2 semua haha.

Despite everything, this week for me quite sad because I have to say goodbye to him. So memang this week we just spend weekend in my house. He sleeps, berbuka and everything in my room. So dia basically kena balik semula his company and aku sendiri pun nak further postgraduate study. Macam hari last tu tengah cuddle dia aku cakap,

"Nanti mesti aku rindu kau...nak peluk kau"perlahan suara aku.

"Tak apa..aku pun rindu kau jugak..."

Diam sekejap tanpa suara. Dia letakkan kepala aku dekat leher dia. 

"Shhh, jangan sedih nanti aku datang lawat kau selalu k?"dia usap kepala aku lembut.

Aku hanya mengangguk perlahan. Dia pun mengeratkan pelukan. Serius, aku rasa mcm sebak gila. Aku dah move on but part me say jangan lepaskan because aku rasa aku sayangkan dia lagi. He give me his sweater. So setiap kali aku rindu dia aku akan peluk that sweater supaya rindu tu mampu nak ubat hati aku yg lara ni (amboi ayat bukan main lg hahahhaaa)

So memang the whole day just berborak, tidur and hugging all day. Aku sempat cakap biceps dia dah mengecik, dia cakap tunggu dia datang next month..nak tunjuk biceps baru dia dekat aku hahahaha. Jadi aku rasa mungkin inilah masa yang tepat untuk lepaskan dia dari hati aku slowly....sakit yes, perit yes tapi if aku tak try sampai bila nak tunggu?

p/s: nasib baik tak menangis depan dia...


Thursday 23 June 2016

Still unrequited

2 March

Well, apa orang putih selalu ckp "it's been a while since the tragedy" hahaha ayat entah- entah apa2 gila. Aku sendiri tak tahu if aku masuk grieving phase ke or still lagi in denial or dah masuk acceptance. Part of me say, i'm ready to let go tapi dalam masa yang sama aku tak nak lepaskan sebab he is one of the best thing yang happen in my life...

Haris

Haris menutup diarinya..

"Orang macam aku ni selalu akan mengemis Syafiq....tu satu perkara yang kau tak akan faham.."hampir menitis air mata Haris.

"Aku mungkin tak faham tapi yang pasti aku tetap sayangkan kau..."mata Syafiq sudah berkaca

Unrequited love continued......

Sunday 5 June 2016

Fasting Month

Assalamualaikum.

Alhamdulillah sebab kita sempat lg berpuasa pada tahun ni. Just nak wish selamat berpuasa semua. Jangan nakal-nakal bulan Ramadhan ni hahaha. Jangan lupa kumpul pahala banyak-banyak and thanks for always had my back even virtually. Tq jugak always give me nasihat and opinion.

p/s: puasa penuh ya semua :p