Thursday, 5 February 2015

Unrequited Love

Actually cerita ni base on real story.Ada someone bagi aku dalam bentuk simple diari but aku kembangkan jadi cerita.Mostly apa yang berlaku memang berlaku lah.So even cerita ni cliche aku nak share juga :).Aku suka the way dia express everything dalam diary.

__________________________________________________________________________

Part 1

28 November

Aku tak tahu bila masa yang aku suka dia.Tapi yang aku pasti aku suka tengok dia senyum,gembira dan kadang-kadang bila dia aku tak tengok dia satu hari pun rasa macam tak lengkap.Haha.Pelikkan?Ermm tapi semua tu angan-angan je.Aku boleh suka dia dalam diam je.Aku ingat lagi time first aku jumpa dia time orientasi itu pun sebab dia malas nak duduk dengan kawan-kawan lama dari matriks dia.Aku ni pula jenis yang pasif dengan orang yang baru aku kenal jadi most of the time aku hanya diam dan senyum sahaja.Bila aku tanya dia kenapa nak berkawan dengan aku?Sebab iyalah pelikkan suppose to be kita akan lagi rapat dengan orang yang kita pernah kenal time orientasi.Dia cakap “Entah,aku bosan dengan diorang lagipun aku tengok kau macam seorang-orang je”Dia cakap sambil gelak.Aku hanya tersenyum sambil membetulkan cermin mata aku.

“Hoi,kau buat apa sorang-sorang ni?”Haris yang sedang menulis itu terkejut mendengar jerkahan dari belakang itu.Shit!Shit!Aku harap dia tak nampak.Dengan pantas dia memasukkan diarinya dalam beg.Well,tipikal dirinya tulis diari.Lame gila habit.

“Kau ni tak habis-habis tulis diari.Sekarang orang dah pakai smartphone lah…tulis semua dalam tu aje”bebel Syafiq.Haris hanya tersenyum mendengar bebelan Syafiq.

“Kau tak ada kelas ke?”tanya Haris.

“Dah habis..kau?”

“Jom makan sekali dengan aku…”ajak Syafiq.Haris mengangguk dan dia terlupa yang dia bawa kereta hari ni.

“Afiq aku bawa kereta lah hari ni..lupa pula”Haris mengeluh.Sejak dia ada perasaan dengan Syafiq dia cuba sebenarnya untuk menjauhkan diri masalahnya Syafiq yang akan mendekati dia.Itulah masalahnya,if dia cakap jangan datang or apa ke nanti si Syafiq akan tanya kenapa?

“Alah kau ni kawan class kau kan ada…”kata Syafiq sudah masuk ke dalam keretanya.Haris pun menyerahkan kunci keretanya pada kawan classnya dan masuk ke dalam kereta Syafiq.

“Kita nak makan dekat mana ni?”

“KFC je..hahaa.Sebab dari semalam aku teringin cuma malas nak pergi”Syafiq berkata sambil ketawa kecil.Haris pula hanya terdiam.Ingatkan jauh sangatlah nak pergi.

************************
“Kau  ni tak ada bilik sendiri ke?”tanya Haris sambil mengeluh lemah.Dia kalau boleh nak berseorangan dalam bilik kata bilik single memang seoranglah.

“Bosanlah..sorang-sorang”Syafiq menjawab sambil berbaring-baring di atas katil Haris.

“Aku dah bagi movie dekat kau semalam kan.Pergilah tengok sana gila”Haris cuba menghalau Syafiq dari biliknya.Syafiq masih liat dan berbaring-baring di atas katil Haris.

“..dan berapa kali aku nak cakap datang bilik aku pakai baju!!”Haris mencapai bantal dan menghempuk ke arah Syafiq.Syafiq hanya tergelak-gelak.Sebab dia tahu Haris tak berapa suka orang datang biliknya ‘half-naked’.

“Kenapa?Kau tergoda ke dengan aku?”kata Syafiq sambil bangun untuk menunjukkan badannya.

“Haha.Tak pun”kata Haris sambil melarikan matanya.Korang tahukan macam mana perasaannya bila kau suka orang tu.Lepas itu terpaksa berdepan dengan dia setiap hari.Tahulah kan budak lelaki?Pakai boxer sahaja ataupun boxer brief je dalam bilik dengan kawan-kawan.

Lebih-lebih orang tu kau suka.Kalaulah dia ni jahat dah lama bubuh dadah lepas tu buat lah apa yang sepatutnya tak pun terkam je terus.Tapi dia bukan macam tu suka/cinta berlandaskan nafsu sahaja.Dia nak kasih sayang.Dia nak rasa perasaan macam mana perasaan bila ada orang suka dia,sayang dia.

“Ris,kenapa semenjak-dua ni kau macam jauhkan diri dari aku?”tanya Syafiq sambil pandang muka Haris.Haris terkedu mendengar soalan itu.Ya,memang dia dah jauhkan diri dari Syafiq sejak dia mula-mula ada perasaan ni.

“Tak adalah,aku busy sikit lah..”Haris menidakkan apa yang Syafiq tanya.Kalau boleh dia tak nak Syafiq tahu sampai bila-bila.Biarlah dia suka Syafiq dalam diam sahaja.Itupun dah cukup sangat.Syafiq pula mendiamkan diri.

Haris pun mencapai ipadnya dan duduk di atas karpet biliknya.Syafiq yang baru tidur-tidur ayam ternampak Haris bergerak dari mejanya.Dia pun pantas bangun dan berbaring di lantai sambil meletakkan kepalanya pada paha Haris.

Haris masih lagi membisukan diri.

“Haris mainlah rambut aku..”pinta Syafiq perlahan matanya sudah terkantup rapat.Haris pun menarik nafas dalam-dalam sebelum meletakkan jarinya pada rambut Syafiq.Lembut dia membelai sehingga dia mendengar hembusan nafas tidur Syafiq.

“Sedihkan bila kau sayangkan someone tapi kau tak boleh nak luahkan.Kau hanya mampu suka dia dalam diam.Kau rasa macam terbeban sangat bila ada rasa dan perasaan macam ni..kau rasa macam kalau boleh ada pilihan untuk tak jatuh cinta mungkin yang tu kau pilih..”lembut Haris berkata perlahan sambil menggosok lembut rambut Syafiq.

“Bertambah kecewa bila dia dah peneman dalam hati…”

*****************

30 November

Syafiq tanya kenapa aku jauhkan diri?Ya.Betul memang aku jauhkan diri.Aku jauhkan diri sebab tak nak perasaan sayang yang muncul makin bertambah nanti bila dah merebak aku tak boleh nak lepaskan.Aku tak ada kawan yang sama macam aku.Aku lebih suka duduk dalam closet.Biarlah aku seorang-seorang..Aku hanya ada diari,blog yang menjadi tempat aku nak luahkan perasaan.Kalau aku cerita dekat orang lain belum tentu mereka akan faham dan aku tak rasa mereka akan cuba untuk memahami.Dulu bila Syafiq cakap dia ada girlfriend aku rasa macam nak menangis gila.Masuk bilik buka lagu sedih on constant repeat.Paling aku ingat lagu Mariah Carey ‘I’ll give my all’ dengan Christina Aguilera ‘Hurt’.Seharian aku buka lagu tu sampai jiran sebelah tanya mati bini ke.Bila aku ingat balik macam lawak gila.Bodoh pun ada.Tapi apa pilihan yang aku ada aku tak boleh pilih siapa aku nak jatuh cinta.Lagi perit rasa kecewa tu bila dia cerita pasal gf dia,pergi jalan-jalan sana sini.Aku rasa macam nak jerit supaya dia diam dan cakap yang aku jealous dengar cerita dia tu tapi aku tak boleh cakap.Kalau boleh.Kalau boleh.

Haris menutup diarinya dan meletakkan di dalam almari yang tersorok.Dia berbaring di atas katil sambil melihat telefonnya.Tiba-tiba pintunya di buka dari luar.Haris menoleh ke arah pintu.Terjengul kepala Syafiq bersama kawan kelasnya.

“Jom jalan-jalan pergi Square”ajak Syafiq.Haris berfikir sejenak.Rasa macam malas nak keluar.Dia masih berbaring.

“Jomlah…jangan malas”ajak Syafiq or lebih senang paksaan.Haris pun dengan separuh rela bangun dan menukar baju.

Haris berjalan mendekati kereta Syafiq tangannya di tepis oleh kawan Syafiq.

“Dah pergi duduk depan dengan laki kau.Kau kan bini dia.Hahaha”katanya sambil tergelak.

“Banganglah kau ni..”muka Haris sudah merah.Dia pun bergerak ke hadapan.Sepanjang perjalanan mereka hanya mendiamkan diri.

Setelah sampai di Square,kawan Syafiq berpecah untuk ke tempat mereka tuju.Manakala,dia dan Syafiq masih stuck tak tahu nak pergi mana.Mereka hanya berbual-bual kosong sambil menelek baju-baju di dalam kedai.

“Jom pergi kedai yang ukir-ukir tu.Aku nak beli something”Haris hanya mengangguk.

Mereka masuk ke dalam kedai itu dan Haris bergerak ke arah tempat lain.Bukan dia nak beli pun.Sedang dia menelek barang-barang di situ,Syafiq memanggilnya seketika.

“Cantik tak?”tanya Syafiq sambil menunjukkan rantai yang mempunyai ukiran acronyms A and S.

“Untuk siapa?”Haris masih bertanya walaupun dia tahu itu untuk siapa.Dia hanya mampu tersenyum.

“Siapalah lagi.Cantik tak?”tanya Syafiq lagi.Mukanya terserlah kegembiraan.

“Cantik.Kalau kau tambah bead kecil-kecil yang pink ni lagi cantik kena dengan kulit dia yang putih”perlahan Haris berkata.

“Ha’ah lah!Genius betul kau ni”kata Syafiq sambil menggosok kepala Haris.Haris hanya tersenyum walaupun rasa sedih datang.

Setelah membayar,Syafiq meminta diri untuk menjawab panggilan.Haris berdiri jauh sikit dari Syafiq.Dari jauh dia memerhati Syafiq,terserlah keceriaan di wajahnya.Senyuman Syafiq.Gelak tawa dia.Dia hanya mampu melihat tapi tidak mampu untuk berkongsi.Dia hanya mampu mencintai Syafiq dalam diam.Tapi kalau Syafiq gembira dia tumpang gembira.Insha-Allah dia akan mendoakan yang terbaik untuk Syafiq.Dia tahu risiko mencintai Syafiq yang tidak mungkin untuk dia miliki.Mencintai tak semestinya memiliki.

******************
Haris menoleh ke arah jam di handphonenya.Dah nak masuk tengahari.Syafiq tak bangun lagi ke?Dia bangun dari kerusi dan keluar dari bilik lalu mengetuk pintu bilik Syafiq yang selang satu dari biliknya.Perlahan dia ketuk.Senyap.Dia ketuk lagi sambil membuka pintu.Tak berkunci.

Dia melihat Syafiq masih berbaring di atas katil bersama selimut dan kipas yang ditutup.Tak panas ke?Dah la tengahari.Haris bergerak perlahan dan duduk di birai katil itu.Ehh,demam ke budak ni?Dia meletakkan tangannya di dahi Syafiq.Panasnya!Syafiq membuka matanya perlahan.

“Ermm..ermm..Ris?”tanya Syafiq dalam suaranya yang serak.

“Afiq bangun,kita pergi klinik.Panas sangat ni”kata Haris sambil membuka selimut Syafiq tanpa berfikir panjang.Thank God,dia pakai seluar.Haris pantas bergerak ke locker dan mencapai baju Syafiq dan sweater lalu menghulur pada Syafiq.

Sampai sahaja di klinik Haris mendaftarkan Syafiq.Selepas daftar dia duduk di sebelah Syafiq sambil menunggu giliran.

“Ris,aku nak baring kat bahu kau boleh?”tanya Syafiq.Haris yang teragak-agak ingin menjawab mengangguk perlahan.

“Haris,kau sayangkan aku?”terpacul soalan yang tidak disangka itu.Syafiq masih memejam mata.Haris pula tergamam mendengar soalan itu.

“Ak..aku…”belum sempat Haris menjawab number panggilan Syafiq sudah tiba.Haris membiarkan soalan itu tergantung tanpa jawapan.

5 December

Soalan yang aku tidak boleh jawab.Haris kau sayangkan aku?Aku sendiri tak tahu nak jawab macam mana.Aku mungkin jawab,aku sayangkan kau macam kawan-kawan yang lain lah.Yeah,make sense.Entahlah aku sendiri pun tak tahu nak jawab macam mana.Bila dia belikan hadiah untuk gf dia tu memang aku sedih juga.Tapi apa yang kau expect kan?Tak akan dia nak belikan untuk kau.Penat juga aku buka google cari quote untuk bina semangat.Pelikkan kalau orang tahu kisah macam ni mesti dia rasa aku ni pathetic,cinta je pun.Entahlah,sebab ujian setiap orang berbeza-beza aku diuji dengan jatuh hati dengan kawan baik aku sendiri.Benda yang kalau boleh memang kita tak nak.

Haris menutup diarinya perlahan.

********************
20 December

Entah kenapa hari ni aku rasa berdebar gila.Aku rasa macam ada sesuatu yang tak kena.Perasaan aku je ke?ataupun memang akan ada sesuatu benda yang berlaku?Aku rasa macam tak sedap hati.Macam ada benda buruk yang bakal berlaku.

“Haris,jom pergi tasik.Jogging”ajak Syafiq.Haris yang sedang menulis menutup diarinya dan menukar pakaian sukan.

Jogging di kawasan tasik yang sangatlah dekat dengan kolej kediaman mereka.Hampir 4 pusingan mereka berlari.Akhirnya mereka mengambil keputusan untuk berhenti dan berehat di pondok yang agak terpencilkan.

Syafiq pula menghembuskan nafasnya perlahan-lahan.

“Segar gila udara kawasan ni”perlahan Haris berkata sambil memejam mata.Syafiq pula mendiamkan diri sambil memandang Haris.

“Haris,aku nak tanya sesuatu…”kata-kata Syafiq membuatkan Haris tersentak.Tiba-tiba dadanya berdebar.Jantungnya berdegup kencang.

“..Ris,kau suka aku ?”perlahan Syafiq bertanya sambil memandang tepat ke arah muka Haris.Berubah riak wajah Haris.

Haris tergamam mendengar pertanyaan itu.Adakah perlu dia membongkar rahsia hatinya?Perlukah dia jujur menjawab soalan itu?Mungkinkah ini peluang yang dia ada untuk meluahkan semuanya?Namun untuk apa?Apa yang dia harapkan dari luahan itu.

Matanya berkaca.

Tamat Part 1.


17 comments:

  1. Sedih doh cinta yang tak bisa memiliki. ;(
    Aku penah rasa perit nya cinta dalam diam. Tika dia bahagia, hati memberontak menagis, lidah kelu berbicara. Tak mampu untuk akui sanubari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedih.Keliru.Kecewa.Tak boleh nak luahkan :)

      Delete
    2. Excited nak tahu sambungan citer ni. Macam kena je dengan kes aku. Sobs sobs. Tapi member aku takde la tanya macam syafiq. Arghh nak nangisss :'(

      Hahaha. Keep writing bro.

      Delete
    3. Bwk sabar je dik.Nanti saya sambung

      Delete
  2. huarghhh. touche nya cerita ni!

    ReplyDelete
  3. Susahnya ter-crush dekat member. Pedih ulu hati..

    ReplyDelete
    Replies
    1. indeed.Pedih,sakit hati semua ada sebab kalau boleh kita memang nak tolak perasaan macam ni :)

      Delete
  4. nk lagi.. nakkkkk... kem salam kt afiq.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sabar ya abg kacak.Afiq kata walaikumussalam :3

      Delete
  5. suke style ni... diari.. dah ada narrator...

    ReplyDelete
  6. ya Allah .. aku dalan situasi itu jgk tapi takde dia tanya dia suka aku @ x .. but everyday kami bersama .. aduhh .. takde solution ke mende niii .. demi Allah klu boleh hilangkan aku akan hilangkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak ada syg. Dia tanya tak tanya tu belakang cerita tp in my opinion jangan confess sbb nnt jadi akward xselesa dan mcm2 lagi.Kalau aku mmg choose utk syg,tolong dlm diam even dia tak pernah tahu aku syg dia :)

      Delete
    2. i always show that i love him so much .. but kebelakangan ni kami dah mcm renggang .. hmmm .. xpelaa if ini je cara utk jauh dari dia .. :-) thanzz ..

      Delete