5 tahun yang lalu
Syamil terjaga dari tidur dan
menoleh ke tepi sambil terkejut melihat seseorang yang dia cukup kenali berada
di sebelahnya.Tiada seutas benang pun pada badan mereka berdua.Syamil cuba
membuka kakinya.Kepalanya berasa sangat ngilu dan sakit.Berdenyut-denyut macam
nak muntah.
“Arghh…sa..sakit”rasa pedih dan
ngilu di bahagian bawahnya tidak dapat digambarkan lagi. Kenapa dengan aku
ni?Kenapa kelangkang aku perit sangat?Kesan renyuk dan juga beberapa tompokan
itu menyakinkan lagi tanggapannya.
Dia bangun dari katil dan hampir
terjelempok jatuh dari katil.Dia cuba mencapai pakaiannya.Matanya sudah
bergenang dengan air mata.Dia berasa sangat kotor.Dia cuba menahan tangis dan
rasa sebak dalam dada.
Dia mencapai apa yang penting
sahaja.Sambil menangis teresak-esak dia keluar dari bilik itu dan terus
berjalan tanpa arah tujuan.
“Sampai hati kau,sampai hati kau
buat aku macam ni.Kau buat aku macam….macam….”sambil mengesat air mata dengan
kasar.Mata berhentilah menangis jangan cengeng sangat!
“Aku benci kau.Aku benci kau”
**********************
Zaman sekarang
Terus Syamil
terjaga dari tidurnya dan berkali-kali mengusap muka serta beristighfar
sedikit.Kenapa mimpi itu datang balik setelah hampir 5 tahun dia tidak
mengalaminya.Dia resah memikirkan hal itu.Adakah ini petanda yang tidak baik?
Dia bangun
dari tidur dan terus mandi untuk menunaikan solat subuh.Agak lamalah juga dia
bermunajat di atas tikar sejadah untuk berdoa minta-minta di jauhkan dari perkara-perkara
buruk seperti yang berlaku dalam mimpinya.Selepas itu dia terus duduk di atas
katil dan mengeluarkan jeans hitam serta t-shirt berkolar berwarna biru.Memang
malang kerana dia ada kelas pukul 9 pagi dan berhenti di jam 11 pagi.Itu sahaja
kelasnya pada hari ini. Lantas dia membuka almari dan mengeluarkan satu kotak
kecil bersaiz besar sedikit dari kotak kasut.
Dia
mengeluarkan frame gambar keluarganya satu persatu sambil tangannya mengusap
gambar arwah ibunya dan tanpa sedar matanya mula berair.Dia mencium lama gambar
arwah ibunya itu dengan harapan agar gambar itu dapat mengubat hatinya yang
gundah gulana itu.
Dia mengambil
pula gambar ayahnya dan gambar mereka sekeluarga.Dia memeluk gambar itu ke
dadanya dengan harapan agar rindunya terlerai.
“Ibu,ayah,Amil
rindu kan awak berdua”katanya sambil tersedu-sedu menahan perasaan sebak yang
menggebu di dada.Setiap kali dia teringat lelaki itu pasti semua kejadian yang
berlaku 6 tahun lepas bagai menggamit mindanya.Kawan-kawan dia selalu
mengatakan dia cengeng walaupun lelaki tapi menangis apabila orang bercerita tentang
ibu bapa dan kalau lah mereka tahu apa yang berlaku pada dia.
Dia meletakkan
kembali gambar-gambar itu dan mengambil pula album kecil dalam kotak dan
membuka satu persatu helaian album dan menatap wajah orang yang pernah dia
sayangi secara tidak sengaja.Kadangkala dia tersenyum melihat gambar-gambar itu
dan kadang kala mukanya berubah mendung dan sedih.
Dia mengambil
semula gambar keluarganya yang sangat di rinduinya lalu di bawa ke dada sambil
berbaring di atas katil.Dia mengambil selimut putih yang di gunakan oleh ibunya
itu ke badannya dan dia terus tertidur sambil memeluk gambar itu.
Tiba-tiba dia
terjaga dari tidur dan mendapati dirinya berada di suatu tempat yang amat lain
dan aneh.Dari jauh dia melihat ada seseorang wanita memakai baju kurung putih
berserta tudung putih memandangnya sambil tersenyum.Dia lantas berlari
mendapatkan wanita itu dan memeluknya seerat yang mungkin.
“Ibu,Amil
rindu sangat kat Ibu”
“Ya,ibu tahu
sayang”
“Ibu,Amil nak
ikut ibu boleh tak?Amil dah tak nak duduk dekat sini”
“Ibu tahu tak
macam mana terseksanya hidup Amil selama ini?Betapa hancurnya hati Amil?”
“Tak boleh
sayang,Amil kena duduk sini jaga Ayah dan paling penting bersihkan nama Amil”
“Tapi Ayah tak
sayangkan Amil,dia benci Amil.Ayah dah lama buang Amil”kata Syamil sambil
menangis teresak-esak.
“Dah sayang
jangan menangis,ibu sayangkan Amil dan janji dengan ibu yang Amil maafkan
perbuatan Ayah ya sayang?”kata ibunya sambil mengesat air mata nya.
“Sayang ibu
pergi dahulu jika ada rezeki kita jumpa lagi”kata ibunya sambil melepaskan
pelukan dan perlahan-lahan meninggalkannya.
“Ib..Ibu.Ibu,ibu”panggil
Syamil sambil tangannya cubai menggapai ibunya.
“Ibuuuuuuuuuuuu”jerit
Syamil.Sampai hati ibu,tinggalkan Amil lagi”sambil lututnya di lantai dia
menangis teresak-esak.Tanpa sedar air matanya mengalir sewaktu dia tidur dan
terus mengalir.
***************************
Zaman Sekarang
Dia pantas mengambil buku-bukunya dan terus meletakkan dalam beg.Dia bergegas keluar untuk bergerak ke fakulti dan masuk ke dalam kereta myvi hitamnya.Sempat juga merembat satu dua sandwiches di cafΓ© fakulti sebagai alas perut.
Selepas habis
kelasnya pada pukul 10 pagi dia terus bergerak ke papan kenyataan fakulti untuk
melihat jika ada apa-apa yang patut dia tengok atau advertisement baru keluar.Sepanjang
kelas tadi juga dia tidak dapat menumpukan perhatian sepenuhnya kerana masih
memikirkan peristiwa dalam mimpinya.
Sedang dia
khusyuk melihat iklan tiba-tiba dia terdengar ada suara seseorang berbual dan
dia menoleh.Dia berasa
amat terkejut dan hampir-hampir sahaja handfonnya terhempas ke lantai.Dia
terundur-undur ke belakang dan mula untuk melarikan diri.Ketakutan mula
menyelubungi diri kenapa apabila setelah hampir setahun dia belajar kenapa pula
orang yang dia benci boleh berada di sini.
Dia terus
masuk ke dalam kereta dengan pantas dan membuka aircond sambil cuba untuk
menenangkan diri.Ini semua mimpi.Dia mula menampar pipinya perlahan dan sedikit
kuat.Aduh,dia mengaduh kesakitan dan tahu bahawa ini adalah realiti.Kenapa
waktu dia lagi 2 minggu nak peperiksaan semester akhir tiba-tiba lelaki itu
muncul kembali.Sampai sahaja di bilik dia terus masuk serta mengunci biliknya.
Bersambung....
Bersambung....
pendeknya...!!!! x puas baca la... =.='
ReplyDeletestumbled upon ur blog, and I like it... good job
ReplyDelete