Friday, 28 February 2014

Pencuri Cinta

Story 7

Zaman Sekarang

Tersentak dengan teguran itu terus Syamil mendongak muka dan terkejut melihat manusia yang berada di hadapannya itu.

 “Amil?Apa kau buat kat sini?”tanya Adam yang kaget dengan pertemuan yang tidak di sangka ini.

  “Aku yang patut tanya apa kau buat kat sini.Inikan kampung aku.Kau ikut aku eh?”kata Syamil sedikit keras sambil mengesat sisa air matanya.Dan dia bagaikan hilang ingatan bahawa Adam juga dari kampung ini juga.Apabila sampai hal Adam fikirannya buruk sahaja memikirkan segala benda macam itu.

 “Apa kau merepek ini?Dah lupa dahulu kita sekolah sama-sama kat sini?”kata Adam sambil ketawa kecil dan memandang wajah Syamil yang pucat itu.

                Syamil sudah menepuk dahi sambil mengerut muka.Aduh macam mana pula aku boleh lupa yang dia ini satu sekolah dengan Adam dahulu.Asal la pagi-pagi dah biul ni?Buat malu diri sendiri je.Dah lah lapar satu hal.

                “Kau melawat kubur siapa ini?”tanya Adam.Syamil mengerutkan muka apabila Adam bertanya soalan begitu.Dia memandang Adam yang memang dari dahulu lagi sangat kacak.Dengan ketinggian yang mencapai 6 kaki memang menonjolkan segala karismanya sebagai seorang lelaki.

                “Bukan urusan atau hal kau”

                “Amil”perlahan Adam menyebut nama itu sambil mengeluh.Syamil hanya mendiamkan diri sambil memejamkan mata dan membaca sedikit doa sebelum pergi.

               Adam mengambil kesempatan itu untuk membaca nama di batu nisan itu.Saleha binti Ahmad.Siapa tu?Dalam hati dia cuba meneka-neka.Seingatnya dia seperti pernah mendengar nama itu.

              “Dah makan?”tanya Adam sambil menatap wajah Syamil.

           “Belum.Dan lagi sekali aku ingatkan ini bukan hal kau.Aku makan ke tak makan”pendek Syamil membalas.

                “Jom lah teman makan sekali.Aku belanja”

                “Tak nak,aku dah nak balik”

                “Nanti kalau sakit tengah drive nanti macam mana?”

             “Suka hati aku lah,nak sakit ke,nak terbaring tergolek waktu sakit ke? Nak makan ke tak nak. bukan urusan kau!Jangan menyibuk boleh tak”marah Syamil sambil memegang perutnya yang mula perit.

             “Boleh lah tak kau jangan nak campur urusan aku?Kau tahu tak yang kau dah banyak menyusahkan hidup aku?”dengan kuat dia memarahi Adam sambil memegang perutnya.

                “Amil,Aku tanya sebab aku risau lah.Kan mana boleh tak sarapan nanti sakit perut macam mana?Lagi satu ni kan kubur,tak elok marah-marah”

                “Aku tak…”belum sempat Syamil menyambung kata-katanya dia sudah muntah di baju Adam.

               “Amil apa kau..”hidung Adam mula kembang-kempis menahan bau muntah itu. Syamil mula berasa pening-pening dan sakit perut yg amat mungkin disebabkan masuk angin.

                “Kau ok tak?”tanya Adam sambil memegang lengan Syamil.Syamil cuba merentap tangannya tapi Adam mengeraskan tangannya dan menggosok belakang badan Syamil.
               
                 “Entah,tiba-tiba perut aku sakit dan kepala aku berdenyut-denyut”

            “Kan aku dah cakap tadi..kau..”belum sempat Adam menghabiskan ayatnya Syamil sudah memotong dengan laju.

              “Boleh tak jangan membebel?Daripada kau pot pet pot pet baik kau tolong aku lagi bagus”marah  Syamil. Orang tengah sakit boleh pula nak membebel,bukannya nak tolong.Eh,tadi bukan ke dia yang mengada-ngada tolak?otaknya bertingkah pula.

            Lalu dengan pantas Adam memapah Syamil ke keretanya dan apabila melihat Syamil seperti ingin terkulai dia lantas mencempung badan Syamil yang kurus itu dan mendukungnya.

          “Apa kau buat ini?Turunkan aku la..sengal”dengan lemah Syamil berkata sambil menolak-nolak muka Adam.

          “Adam turunkan aku,Adam”

          “Baik kau diam sebelum kita berdua tergolek sama-sama dekat sini.”

           Adam masuk ke dalam kereta  Syamil  dan meninggalkan kawasan perkuburan dan membawa dia ke rumahnya yang berdekatan dengan kawasan itu.

          Sebaik sampai dia menoleh ke sebelahnya dan mendapati Syamil telah tertidur.Lalu dia menggerakkan jarinya dan menolak kepala Syamil sedikit. Syamil tidak memberi sebarang respon malah dengan sesedap hati mengambil tangannya lalu mengesat air liur yg mula meleleh dan sambung tidur kembali.Adam dengan pantas mencempung badan Syamil dan membawa masuk Syamil ke dalam lalu merebahkan Syamil di atas katilnya.

          Adam membuka bajunya dan meletakkannya di kerusi berdekatan dengan meja dalam biliknya.Adam bergerak ke bilik air untuk membersihkan sisa muntah Syamil yang masih melekat di badannya.

       Syamil terjaga dan mula memandang syiling bilik itu yang berbeza dari biliknya.Aku kat mana ni?tanyanya dalam hati.Seingatnya dia di kubur dan terserempak dengan Adam lepas itu dia sudah lupa.Oh my,aku pengsan ke?Tiba-tiba dia terdengar bunyi pintu bilik air dibuka dan terus dia berbaring semula dan berpura-pura tidur.

              Adam yang baru keluar dari tandas terus menuju ke arah Syamil yang pada anggapannya masih tidur.Adam duduk di sisi katil dan ingin meletak tangannya di dahi Syamil untuk merasa dahinya dia takut Syamil demam. Syamil yang masih memejamkan mata mula membuka matanya sebelah kiri perlahan untuk mengintai Adam dan betapa terkejutnya dia melihat Adam berada dekat dengannya.

            Tiba-tiba Syamil berasa ada air menitis di mukanya dan Syamil mula berfikir buruk-buruk dan tanpa berfikir panjang Syamil menghantukkan kepalanya ke dahi Adam.

                “Aduh,sakitnya kepala aku”Adam mengaduh sambil memegang kepalanya yang masih sakit dan tertunduk-tunduk.Syamil pantas bangun dari katil dan juga masih memegang kepalanya yang masih sakit jugak.
                 “Kenapa kau bawa aku ke sini?Culik aku eh?Baik kau hantar aku balik.Kalau tak aku telefon polis”ugut Syamil untuk menakut-nakutkan.Adam hanya tergelak besar melihat Syamil berkata-kata dengan bersungguh sekali.

                “Adam, serius lah.Jangan nak main-main boleh tak?”marah Syamil lagi.

               “Kau ni yang buat lawak sekarang.Kalau aku culik kau atas alasan apa?Tiada kesan paksaan,tiada langsung kesan aku pukul kau lagipun semua baju-baju kau masih elok dan tak koyak pun”kata Adam lagi sambil tersengih-sengih.

                Syamil terdiam kerana apa yang diberitahu oleh Adam adalah betul.Dia mendengus dan duduk semula di katil dan menatap kesan warna kuning-kuning di t shirt Adam yang berada di kerusi.

              “Ee,apa itu?geli ja aku tengok”

              “Untuk pengetahuan kau Syamil,ini muntah kau yg telah berjaya dimuntahkan dekat baju aku”kata Adam selamba sambil memakai boxer di hadapan Syamil.Syamil sudah mula menggelabah kerana Adam memakai boxer di hadapannya tanpa amaran terus menyarung jeans hitam.Syamil pusing  membelakangi Adam.
                “Aku nak balik Adam.Lagi satu mana makanan yang kau janjikan?”tanya Syamil selamba tanpa rasa bersalah.

              “Adam,kau dah la bawa aku datang rumah kau lepas itu kurung aku.Tak nak bagi aku makan.Kau dah dikira berdosa tahu mengurung orang yang lapar.Air pun tak bagi? Kau ingat aku ini kanak-kanak Somalia yang tak cukup makan ke?”Syamil sudah mula membebel.Mukanya sudah berkerut tanda kelaparan.

              “Adam?Adam?”panggil Syamil lantas berpusing ke belakang dan tersentak melihat Adam di belakangnya.Adam memandangnya sambil memegang frame gambar yang terdapat gambarnya dan Adam.

             “Syamil.Aku dah lama cari kau.Aku rindu sangat dekat kau.Nak bercerita dengan kau”beritahu Adam sambil perlahan-perlahan mendekati Syamil.

             Syamil hanya mampu berdiri kaku di hadapan Adam.

              “Aku sampai sekarang tak boleh terima kenapa kau pindah sekolah.5 tahun aku cari kau.Dah lama aku cuba jejak kau.Kau pindah langsung tak bagitahu aku.Aku macam orang gila cari kau sampai aku rasa macam hilang separuh hidup aku.Kenapa Syamil?kenapa?Sampai sekarang kau tak pernah bagitahu aku apa yang berlaku pada malam itu.”kata Adam perlahan sambil berhenti seketika menahan sebak di dada yang menggebu.

             “Kau tak akan faham Adam.Kau tak akan faham.Sebab kau tak tahu”Syamil sudah mula berasa hiba dan sebak di dada.

             “Kau tak akan tahu apa yang aku lalui selama 5 tahun ni.Kau tak tahu Adam”suara Syamil sudah mula pecah dengan mata yang berair.

           “Sebab kau tak pernah nak kasi tahu aku.Kau tolak aku jauh-jauh sedangkan aku tak tahu apa salah aku.Tak akan disebabkan peristiwa malam itu kau buat aku macam ni?Kau langsung tak kesian kan aku ke?”
             “Sebab benda tu dah berlalu.Aku tak nak bagitahu atau cerita benda yang membuatkan aku rasa tak nak hidup.Kau tahu tak aku rasa macam nak mati selama 5 tahun tu?Kau faham tak?”kata Syamil sambil mengesat air mata.Arghh air mata jangan lah keluar.Syamil cuba menahan air mata dari mengalir.

             Adam mendongak sambil berkata“Aku nak bagitahu sesuatu dulu tapi kau dah pindah dulu.Aku tak sempat nak bagitahu.Aku nak bagitahu sangat”

              “Ap..apa yang kau nak bagitahu?”terketar-ketar Syamil bertanya.

               “Aku..aku....”berair mata Adam menahan perasaan sebak di dada.

******************
5 tahun yang lalu

“Akmal,aku nak cakap sikit dengan kau”kata Syamil.Akmal mengangkat muka dan terkejut melihat kelibat Syamil dan meneliti dahi Syamil yang tertampal plaster.Tersenyum sinis dia melihat keadaan itu.

“Apahal?”tanya Akmal sambil tersengih bagaikan tidak ada apa yang berlaku.

“Jangan buat-buat bodoh la Akmal.Kau yang buat plan ni kan?ni semua plan bodoh kau dengan Adam tak guna tu kan?”dengan kasar Syamil bertanya.

“Haha.Kenapa pula aku nak plan dengan si Adam tu?”tanya Akmal sambil mula bangun dan berdiri menghadap Syamil.

“Aku tak percaya.Kau bohongkan?”Tanya Syamil sambil merenung ke dalam mata Akmal dalam-dalam.

“Adam tak ada kena mengena dengan benda ni la,Syamil.Ni semua rancangan aku.Kau nak tahu sebab apa aku buat macam itu pada malam tu?”Akmal menunduk dan berbisik kepada Syamil.

Dengan kuat Syamil menolak Akmal menjauhinya.Akmal ketawa dengan kuat sekali.Lalu mendekati Syamil semula.

“Aku da bagitahu semua benda.Sekarang tinggal hanya kau untuk percaya atau tak”katanya dengan serius sekali.

Syamil merengus dengan kuat sebelum keluar dari kelas Akmal.Dari jauh Adam memerhatikan Syamil yang sudah keluar dari kelas Akmal dan mengetap bibirnya rapat sambil memandang ke arah Akmal.

bersambung....

               
               


No comments:

Post a Comment