Saturday, 22 February 2014

Pencuri Cinta

Story 6


5 tahun yang lalu

“Jadi ini bukan bilik aku la?”tanya Syamil.

“Ya lah,kau ni pagi-pagi dah bising”kata Adam sambil memejamkan mata untuk menyambung tidur kembali.

“Habis asal kau peluk-peluk aku waktu tidur.Jangan-jangan kau….”kata Syamil dengan mata yang terbeliak dan tidak percaya.

“Apa kau cakap ni?Jangan nak mengarut boleh tak Amil?”

“Kau yang rancang semua ni kan Adam?”

“Kau ni bisingla,aku tak rancang apa-apa pun”

“Aku tak percaya.Aku tak percaya.Kau tahu tak kau lah manusia yang paling hina!Kau memang hati busuk kan?”tengking Syamil kuat.

“Eh,kau kalau bercakap pakai otak boleh tak?Kalau aku tahu aku tak perlu nak selamatkan kau”Adam mula berdiri tegak mendepani Syamil.

“Lagi satu,macam mana aku nak tahu yang itu semua bukan plan kau dengan Akmal?Kau yang plan kan?”tanya Syamil.

“Aku tak percaya.Kau yang rancangkan Adam?”kata Syamil dengan kuat.

“Kalau aku merancang dengan mereka sudah tentu aku akan buat lagi teruk”kata Adam sambil terus duduk dan malahan tidak jadi untuk sambung tidur.

“Aku susah nak percaya sebab aku tahu kau tak pernah sukakan aku.Kau yang rancangkan Adam?”suara Syamil masih meninggi.

“Syamil boleh tak dalam hidup kau kan sekali je aku minta kau ingat aku ni jahat sangat ke?Kau dah la tak berterima kasih dekat aku yang aku selamatkan aku.Ni main tuduh-tuduh pulak.Hei,kalau betul aku rancang kenapa aku yang rawat dan isi ubat?Fikir sikit la sebelum cakap”Adam juga sudah mula meninggikan suara.

Syamil mendiamkan diri dan memikirkan segala yang diberitahu oleh Adam.Dia perlu cari kebenaran. Dia masih belum sepenuhnya mempercayai Adam.Dia keluar dari bilik Adam dan terus ke biliknya tanpa mengucapkan terima kasih.

Selepas mandi Syamil masih memikirkan apa yang diberitahu oleh Adam.Jawapannya hanya pada Akmal tapi bagaimana kalau Akmal juga yang merancang bersama dengan Adam?Tanpa sedar dia memegang dahinya yang bertampal plaster.

Dia terkejut kerana tidak perasan sewaktu mandi tadi.Mesti berangan banyak dalam bilik air.Adam yang letak?Adam yang merawat luka dia?Dia memegang dadanya yang berasa terharu dan serba salah.Tapi dia masih ragu-ragu.

Dia perlu berjumpa juga dengan Akmal walaupun sakit hatinya dan perasaan bencinya sudah tidak dapat digambarkan lagi.Tak guna punya jahanam.Maki Syamil dalam hati.

Sewaktu masa rehat di sekolah Syamil mengambil keberanian untuk pergi ke kelas Akmal dan kebetulan dia seorang sahaja di kelas sedang menyalin homework.

“Akmal,aku nak cakap sikit dengan kau”kata Syamil.Akmal mengangkat muka dan terkejut melihat kelibat Syamil dan meneliti dahi Syamil yang tertampal plaster.Tersenyum sinis dia melihat keadaan itu

*****************
Zaman Sekarang

Akhirnya Syamil menarik nafas lega apabila kertas peperiksaan nya baru berakhir sebentar tadi.Dia bersorak ceria kerana cuti sudah bermula dan dia sudah tidak sabar untuk pulang ke rumah.Hahaha.Petang Sabtu ini dia ingin terus pulang ke rumahnya di Terengganu untuk balik rumah mak usunya.

Selepas mengemas barang dan meletakkannya dalam kereta dia terus memandu keluar dari kawasan kolej dan ingin singgah di kafe sebentar untuk mengeluarkan wang.Tiba-tiba dia ternampak Farhana di stesen bus kolej bersama dengan segalas beg pakaian.

Dia pun memperlahankan keretanya.

“Ana,awak tunggu siapa ni?”

“Eh Syamil,saya tunggu teksi nak pergi ke stesen bas”kata Farhana sambil tersenyum manis.

“Jom lah saya hantarkan dah satu jalan ni”

“Eh tak apa lah.Saya tak nak susahkan awak.”kata Farhana sambil pura-pura menolak padahal dalam hatinya melonjak-lonjak ingin mengikuti Syamil.

“Eh tak lah,jom lah.Saya ok ja”Syamil masih berkeras.

“Ermm,boleh la.Segan pula saya”kata Farhana sambil bergerak ke kereta dan meletakkan beg di tempat belakang.

Sepanjang perjalanan mereka berdua mendiamkan diri dan untuk memecahkan kesunyian Farhana mula berdehem.

“Ehem.Syamil saya nak tanya boleh?”dengan gugup dia berkata

“Tanyalah”perlahan Syamil membalas.Dia tersenyum sehingga menampakkan lesung pipitnya.

“Ermm.Awak ni tak ada girlfriend ke?Ya lah orang yang comel macam awak ini tak akan lah tiada girlfriend.Haha”kata Farhana sambil cuba mengawal gugupnya dengan ketawa yang dibuat-buat.

“Haha.Tak ada siapa yang nakkan saya ni Ana”

“Huhh?serious ke?”kata Farhana sambil terkejut dan hatinya melonjak-lonjak suka dan ingin sahaja dia berkata saya pun boleh jadi girlfriend awak.Tapi dia tidak gila seperti itu.Dia masih ada maruah.

“Serious la.Haha.Saya suka single tak banyak commitment”

“Tak sangka pula orang yang comel macam awak tiada girlfriend”

Mereka diam seketika kerana sudah menghampiri stesen bas.Selepas Farhana mengucapkan terima kasih terus sahaja dia meninggalkan stesen bas untuk pulang ke rumahnya.

Dalam perjalanan yang lama dia termenung memikirkan apa yang harus dia buat selama sebulan di rumah.Dia juga mempunyai perancangan untuk melawat kubur arwah ibunya dan membantu mak usunya di rumah.

Setelah 7 jam perjalanannya,akhirnya dia sampai di hadapan rumah mak usunya.Lalu dia keluar dari kereta dan terus memberi salam.Salamnya bersambut dan keluarlah wanita yang berusia awal 40-an menjengul muka.

“Assalamulaikum.Mak su”sebut Syamil sambung naik ke dalam rumah dan memeluk mak usunya.

“Mak Su,sihat ke ini?”tanya Syamil lagi.

“Sihat Syamil,masuk lah dahulu mak su tengah masak ini.Hari ini mak usu masak special untuk Syamil”kata Pn.Afidah sambil tersenyum gembira melihat anak saudaranya itu sudah sampai.

 “Wah,ini yang Syamil lapar ini mak su”kata Syamil sambil tergelak besar.

Sampai sahaja di meja makan di dapur terus Syamil duduk dan membuka tudung saji.Matanya membulat besar apabila melihat ketam goreng berempah dan sambal udang petai berada di atas meja dan masih panas.Kecur air liurnya.

                Dengan pantas dia mengambil pinggan dan terus mengambil nasi dan makan tanpa menoleh lagi.

                “Pak Usu mana Mak su?”tanya Syamil dengan mulut yang penuh dengan nasi.

           “Pak su kamu itu,pergi ke masjid tadi.Lepas itu pergi ke rumah kawannya ada kenduri tahlili katanya.”

            “Mak Su,tak ikut pula? kata Syamil

          “Tak lah,kalau mak su siapa nak buka pintu untuk Syamil.Nanti ada yang tidur kat luar ja”kata Mak Su sambil tergelak-gelak.

              Tergelak-gelak Syamil mendengarnya.Betul jugak.Apalah tanya soalan macam itu.

       “Errm,Mak su esok sebenarnya Syamil ingat nak pergi kubur arwah ibu”kata Syamil setelah menghabiskan makanannya.Pn Afidah mengangkat mukannya dan memandang ke muka Syamil dan menganggukkan kepalanya sekejap.

              “Boleh Syamil.Tapi hati-hati lah.Bila dah sampai kubur arwah ibu kamu itu telefon mak usu ya”

               “Baik Mak Su”

        Syamil bergerak ke almari dapur yang terdapat gambar ayahnya dan mak sunya.Tersenyum dia melihat gambar itu dan seketika mukanya berubah mendung.Masih ingat jeritan suara ayahnya dan yang paling dia tidak lupa.Ayat yang melenyapkan harapan dia untuk hidup sama sekali.

“Mulai hari ini,kau bukan anak aku lagi dan aku tak pernah ada anak bernama Syamil.Anak aku dah lama mati.Aku tak akan maafkan kau sampai bila-bila dan jangan kau cuba untuk jejakkan kaki kau yang hina itu dekat rumah aku lagi.Berambus dari rumah aku sekarang.Dan kau sematkan dalam kepala otak kau jangan sesekali melawat kubur aku walaupun aku dah mati nanti sekalipun.Aku haramkan kau sentuh kubur aku dengan ibu kau”

              Menitis sedikit air mata dia apabila teringatkan peristiwa hitam itu.Serentak dengan itu dia bagai terasa ada tangan yang memegang tangannya.Perlahan tangan itu menggosok bahunya.Dengan harapan agar

         “Sabarlah,doa banyak-banyak.Minta lembutkan hati ayah itu.”Syamil mengangguk kepala dan semakin tenggelam dalam rasa yang hiba.

            “Ada ayah tanya pasal Syamil?”Syamil berpusing dan memandang maksunya.

              “Err..a..ada juga sikit-skit”

           “Mesti tiadakan mak su?”suara Syamil sudah mula pecah dan rasa sebak mula menyelebungi segenap ruang hatinya.

              “Nanti sejuk la hati ayah kamu tu.Dia marah sikit ja mak usu rasa”

            “Marah sikit?Dia benci saya mak su.Dia dah tak mengaku saya ini anaknya,saya ini bawa malu dalam keluarga.Saya ini hina dan anak yang tak guna.Asyik memalukan ibubapa kerjanya.Ayah memang benci saya”kata Syamil sambil bangun dan terus ke sinki untuk membasuh pinggan dan cawan.

            Pn.Afidah hanya mampu mengeluh dan kadang kala dia sendiri tidak paham dengan sikap abangnya yang keras kepala itu.Tergamak dia menghalau anak sendiri tanpa menyiasat lebih lanjut dan hanya berpandukan bukti-bukti yang boleh dipertikaikan lagi.Sudah puas dia memarahi abangnya itu namun abgnya itu tetap berdegil dan menunjukkan sikap tidak mahu beralah langsung.

             “Mak Su,Syamil masuk dahulu”

            Terus Syamil masuk ke dalam bilik dan berbaring di atas katil dan berharap agar hari esok berlalu dengan cepat.
******************
          Selepas Subuh terus Syamil bertolak ke tempat kbur arwah ibunya kerana mak sunya duduk di daerah yang lain dari kawasan tempat tinggalnya dahulu.Perjalanan mengambil masa selama satu jam 15 minit.

            Dalam hampir 7.40 Syamil sampai di tanah perkuburan arwah ibunya dan mencari tempat yang sesuai untuk memakir kereta.Dia lantas keluar dari kereta dan mengorak langkah ke kubur arwah ibunya.
           
           Sampai sahaja di hadapan kubur ibunya,terus dia duduk  dan memegang batu nisan yang mengandungi nama ibunya.

               “Ibu,Amil datang ini”kata Syamil sambil menggosok terus batu nisan itu.Selepas terus dia membaca yassin dan menyedekahkan al fatihah pada ibunya.Sejurus dia membaca dia sempat berdoa semoga ibunya sentiasa dicucuri rahmat dan dijauhkan dari azab kubur tidak lupa juga pada ayahnya yang amat disayangi walaupun ayahnya masih marahkannya tapi sebagai anak dia tetap mendoakan ayahnya dan untuk orang yang pernah dia sayangi dalam hati.

           Selepas membaca doa dia terus meletakkan kepalanya di atas ke kubur arwah ibunya.Dia menggosok kepala nisan itu dengan lembut seperti membelai kepala ibunya.

                “Ibu, rindunya Amil dengan ibu”

                “Ibu tahu tak betapa seksanya perasaan Amil?Betapa terlukanya Amil selama 5 tahun ini?”

           “Ibu tahu tak ayah bencikan Amil.Dia tak nak mengaku Amil ini anak dia lagi.Dia..Dia..”tersekat Syamil berkata sambil menahan rasa sebak yang berada dalam hatinya.Orang cakap tak elok menangis di kubur nanti orang yang dah meninggal dapat merasai kesedihan kita.

                “Dia cakap tak akan maafkan Amil sampai bila-bila.Macam mana Amil nak jumpa ibu kalau ayah tak maafkan Amil.”

              “Sampai hati ayah.Sampai hati ayah buat Amil macam ni”

                “Encik,encik”panggil seseorang.
                
              “Assalamulalaikum encik.Tak elok menangis…”belum sempat dia menegur orang yang berbaring di kubur itu terus dia tergamam melihat siapa yang berbaring di atas tanah kubur itu.

bersambung...






4 comments: