Friday 28 February 2014

Pencuri Cinta

Story 7

Zaman Sekarang

Tersentak dengan teguran itu terus Syamil mendongak muka dan terkejut melihat manusia yang berada di hadapannya itu.

 “Amil?Apa kau buat kat sini?”tanya Adam yang kaget dengan pertemuan yang tidak di sangka ini.

  “Aku yang patut tanya apa kau buat kat sini.Inikan kampung aku.Kau ikut aku eh?”kata Syamil sedikit keras sambil mengesat sisa air matanya.Dan dia bagaikan hilang ingatan bahawa Adam juga dari kampung ini juga.Apabila sampai hal Adam fikirannya buruk sahaja memikirkan segala benda macam itu.

 “Apa kau merepek ini?Dah lupa dahulu kita sekolah sama-sama kat sini?”kata Adam sambil ketawa kecil dan memandang wajah Syamil yang pucat itu.

                Syamil sudah menepuk dahi sambil mengerut muka.Aduh macam mana pula aku boleh lupa yang dia ini satu sekolah dengan Adam dahulu.Asal la pagi-pagi dah biul ni?Buat malu diri sendiri je.Dah lah lapar satu hal.

                “Kau melawat kubur siapa ini?”tanya Adam.Syamil mengerutkan muka apabila Adam bertanya soalan begitu.Dia memandang Adam yang memang dari dahulu lagi sangat kacak.Dengan ketinggian yang mencapai 6 kaki memang menonjolkan segala karismanya sebagai seorang lelaki.

                “Bukan urusan atau hal kau”

                “Amil”perlahan Adam menyebut nama itu sambil mengeluh.Syamil hanya mendiamkan diri sambil memejamkan mata dan membaca sedikit doa sebelum pergi.

               Adam mengambil kesempatan itu untuk membaca nama di batu nisan itu.Saleha binti Ahmad.Siapa tu?Dalam hati dia cuba meneka-neka.Seingatnya dia seperti pernah mendengar nama itu.

              “Dah makan?”tanya Adam sambil menatap wajah Syamil.

           “Belum.Dan lagi sekali aku ingatkan ini bukan hal kau.Aku makan ke tak makan”pendek Syamil membalas.

                “Jom lah teman makan sekali.Aku belanja”

                “Tak nak,aku dah nak balik”

                “Nanti kalau sakit tengah drive nanti macam mana?”

             “Suka hati aku lah,nak sakit ke,nak terbaring tergolek waktu sakit ke? Nak makan ke tak nak. bukan urusan kau!Jangan menyibuk boleh tak”marah Syamil sambil memegang perutnya yang mula perit.

             “Boleh lah tak kau jangan nak campur urusan aku?Kau tahu tak yang kau dah banyak menyusahkan hidup aku?”dengan kuat dia memarahi Adam sambil memegang perutnya.

                “Amil,Aku tanya sebab aku risau lah.Kan mana boleh tak sarapan nanti sakit perut macam mana?Lagi satu ni kan kubur,tak elok marah-marah”

                “Aku tak…”belum sempat Syamil menyambung kata-katanya dia sudah muntah di baju Adam.

               “Amil apa kau..”hidung Adam mula kembang-kempis menahan bau muntah itu. Syamil mula berasa pening-pening dan sakit perut yg amat mungkin disebabkan masuk angin.

                “Kau ok tak?”tanya Adam sambil memegang lengan Syamil.Syamil cuba merentap tangannya tapi Adam mengeraskan tangannya dan menggosok belakang badan Syamil.
               
                 “Entah,tiba-tiba perut aku sakit dan kepala aku berdenyut-denyut”

            “Kan aku dah cakap tadi..kau..”belum sempat Adam menghabiskan ayatnya Syamil sudah memotong dengan laju.

              “Boleh tak jangan membebel?Daripada kau pot pet pot pet baik kau tolong aku lagi bagus”marah  Syamil. Orang tengah sakit boleh pula nak membebel,bukannya nak tolong.Eh,tadi bukan ke dia yang mengada-ngada tolak?otaknya bertingkah pula.

            Lalu dengan pantas Adam memapah Syamil ke keretanya dan apabila melihat Syamil seperti ingin terkulai dia lantas mencempung badan Syamil yang kurus itu dan mendukungnya.

          “Apa kau buat ini?Turunkan aku la..sengal”dengan lemah Syamil berkata sambil menolak-nolak muka Adam.

          “Adam turunkan aku,Adam”

          “Baik kau diam sebelum kita berdua tergolek sama-sama dekat sini.”

           Adam masuk ke dalam kereta  Syamil  dan meninggalkan kawasan perkuburan dan membawa dia ke rumahnya yang berdekatan dengan kawasan itu.

          Sebaik sampai dia menoleh ke sebelahnya dan mendapati Syamil telah tertidur.Lalu dia menggerakkan jarinya dan menolak kepala Syamil sedikit. Syamil tidak memberi sebarang respon malah dengan sesedap hati mengambil tangannya lalu mengesat air liur yg mula meleleh dan sambung tidur kembali.Adam dengan pantas mencempung badan Syamil dan membawa masuk Syamil ke dalam lalu merebahkan Syamil di atas katilnya.

          Adam membuka bajunya dan meletakkannya di kerusi berdekatan dengan meja dalam biliknya.Adam bergerak ke bilik air untuk membersihkan sisa muntah Syamil yang masih melekat di badannya.

       Syamil terjaga dan mula memandang syiling bilik itu yang berbeza dari biliknya.Aku kat mana ni?tanyanya dalam hati.Seingatnya dia di kubur dan terserempak dengan Adam lepas itu dia sudah lupa.Oh my,aku pengsan ke?Tiba-tiba dia terdengar bunyi pintu bilik air dibuka dan terus dia berbaring semula dan berpura-pura tidur.

              Adam yang baru keluar dari tandas terus menuju ke arah Syamil yang pada anggapannya masih tidur.Adam duduk di sisi katil dan ingin meletak tangannya di dahi Syamil untuk merasa dahinya dia takut Syamil demam. Syamil yang masih memejamkan mata mula membuka matanya sebelah kiri perlahan untuk mengintai Adam dan betapa terkejutnya dia melihat Adam berada dekat dengannya.

            Tiba-tiba Syamil berasa ada air menitis di mukanya dan Syamil mula berfikir buruk-buruk dan tanpa berfikir panjang Syamil menghantukkan kepalanya ke dahi Adam.

                “Aduh,sakitnya kepala aku”Adam mengaduh sambil memegang kepalanya yang masih sakit dan tertunduk-tunduk.Syamil pantas bangun dari katil dan juga masih memegang kepalanya yang masih sakit jugak.
                 “Kenapa kau bawa aku ke sini?Culik aku eh?Baik kau hantar aku balik.Kalau tak aku telefon polis”ugut Syamil untuk menakut-nakutkan.Adam hanya tergelak besar melihat Syamil berkata-kata dengan bersungguh sekali.

                “Adam, serius lah.Jangan nak main-main boleh tak?”marah Syamil lagi.

               “Kau ni yang buat lawak sekarang.Kalau aku culik kau atas alasan apa?Tiada kesan paksaan,tiada langsung kesan aku pukul kau lagipun semua baju-baju kau masih elok dan tak koyak pun”kata Adam lagi sambil tersengih-sengih.

                Syamil terdiam kerana apa yang diberitahu oleh Adam adalah betul.Dia mendengus dan duduk semula di katil dan menatap kesan warna kuning-kuning di t shirt Adam yang berada di kerusi.

              “Ee,apa itu?geli ja aku tengok”

              “Untuk pengetahuan kau Syamil,ini muntah kau yg telah berjaya dimuntahkan dekat baju aku”kata Adam selamba sambil memakai boxer di hadapan Syamil.Syamil sudah mula menggelabah kerana Adam memakai boxer di hadapannya tanpa amaran terus menyarung jeans hitam.Syamil pusing  membelakangi Adam.
                “Aku nak balik Adam.Lagi satu mana makanan yang kau janjikan?”tanya Syamil selamba tanpa rasa bersalah.

              “Adam,kau dah la bawa aku datang rumah kau lepas itu kurung aku.Tak nak bagi aku makan.Kau dah dikira berdosa tahu mengurung orang yang lapar.Air pun tak bagi? Kau ingat aku ini kanak-kanak Somalia yang tak cukup makan ke?”Syamil sudah mula membebel.Mukanya sudah berkerut tanda kelaparan.

              “Adam?Adam?”panggil Syamil lantas berpusing ke belakang dan tersentak melihat Adam di belakangnya.Adam memandangnya sambil memegang frame gambar yang terdapat gambarnya dan Adam.

             “Syamil.Aku dah lama cari kau.Aku rindu sangat dekat kau.Nak bercerita dengan kau”beritahu Adam sambil perlahan-perlahan mendekati Syamil.

             Syamil hanya mampu berdiri kaku di hadapan Adam.

              “Aku sampai sekarang tak boleh terima kenapa kau pindah sekolah.5 tahun aku cari kau.Dah lama aku cuba jejak kau.Kau pindah langsung tak bagitahu aku.Aku macam orang gila cari kau sampai aku rasa macam hilang separuh hidup aku.Kenapa Syamil?kenapa?Sampai sekarang kau tak pernah bagitahu aku apa yang berlaku pada malam itu.”kata Adam perlahan sambil berhenti seketika menahan sebak di dada yang menggebu.

             “Kau tak akan faham Adam.Kau tak akan faham.Sebab kau tak tahu”Syamil sudah mula berasa hiba dan sebak di dada.

             “Kau tak akan tahu apa yang aku lalui selama 5 tahun ni.Kau tak tahu Adam”suara Syamil sudah mula pecah dengan mata yang berair.

           “Sebab kau tak pernah nak kasi tahu aku.Kau tolak aku jauh-jauh sedangkan aku tak tahu apa salah aku.Tak akan disebabkan peristiwa malam itu kau buat aku macam ni?Kau langsung tak kesian kan aku ke?”
             “Sebab benda tu dah berlalu.Aku tak nak bagitahu atau cerita benda yang membuatkan aku rasa tak nak hidup.Kau tahu tak aku rasa macam nak mati selama 5 tahun tu?Kau faham tak?”kata Syamil sambil mengesat air mata.Arghh air mata jangan lah keluar.Syamil cuba menahan air mata dari mengalir.

             Adam mendongak sambil berkata“Aku nak bagitahu sesuatu dulu tapi kau dah pindah dulu.Aku tak sempat nak bagitahu.Aku nak bagitahu sangat”

              “Ap..apa yang kau nak bagitahu?”terketar-ketar Syamil bertanya.

               “Aku..aku....”berair mata Adam menahan perasaan sebak di dada.

******************
5 tahun yang lalu

“Akmal,aku nak cakap sikit dengan kau”kata Syamil.Akmal mengangkat muka dan terkejut melihat kelibat Syamil dan meneliti dahi Syamil yang tertampal plaster.Tersenyum sinis dia melihat keadaan itu.

“Apahal?”tanya Akmal sambil tersengih bagaikan tidak ada apa yang berlaku.

“Jangan buat-buat bodoh la Akmal.Kau yang buat plan ni kan?ni semua plan bodoh kau dengan Adam tak guna tu kan?”dengan kasar Syamil bertanya.

“Haha.Kenapa pula aku nak plan dengan si Adam tu?”tanya Akmal sambil mula bangun dan berdiri menghadap Syamil.

“Aku tak percaya.Kau bohongkan?”Tanya Syamil sambil merenung ke dalam mata Akmal dalam-dalam.

“Adam tak ada kena mengena dengan benda ni la,Syamil.Ni semua rancangan aku.Kau nak tahu sebab apa aku buat macam itu pada malam tu?”Akmal menunduk dan berbisik kepada Syamil.

Dengan kuat Syamil menolak Akmal menjauhinya.Akmal ketawa dengan kuat sekali.Lalu mendekati Syamil semula.

“Aku da bagitahu semua benda.Sekarang tinggal hanya kau untuk percaya atau tak”katanya dengan serius sekali.

Syamil merengus dengan kuat sebelum keluar dari kelas Akmal.Dari jauh Adam memerhatikan Syamil yang sudah keluar dari kelas Akmal dan mengetap bibirnya rapat sambil memandang ke arah Akmal.

bersambung....

               
               


Thursday 27 February 2014

Privacy concern!

Hype dan selamat malam.

Hari ni ak nk bercerita pasal privacy concern.Aku tahu memang setiap orang ada privacy yang mmg nak sgt setiap org hormati.Same goes to what ever you post on facebook,twitter.instagram and many more social networking.

Aku cuma nak ingat kan if you wanna post something on social networking that obviously stating your name make sure you set in on privacy unless you dont even care.Sebab RAMAI je yang post-post dkt facebook semua tentang how much you love tht handsome guy,the katang-katang guy and then blame other people sbb find out that thing.

Aku nak ingatkan tu because tak semua orang akan suka benda-benda mcm ni bg orang yang prefer discreet macam aku.Bagi sesiapa yang tidak kisah and really open that's ok to because it's your own choice.

Suka untuk aku igtkan lagi how bad you are at least make something beneficial to others.Walau teruk macam mana pun buat la sedikit kebaikan untuk org lain.And aku tahu ada je reader yang meluat dgr ayat last aku ni tapi aku tak kisah pun.

p/s:kalau tak ada aral malam ni post story 7 dalam jam 11.30 pm

Saturday 22 February 2014

Pencuri Cinta

Story 6


5 tahun yang lalu

“Jadi ini bukan bilik aku la?”tanya Syamil.

“Ya lah,kau ni pagi-pagi dah bising”kata Adam sambil memejamkan mata untuk menyambung tidur kembali.

“Habis asal kau peluk-peluk aku waktu tidur.Jangan-jangan kau….”kata Syamil dengan mata yang terbeliak dan tidak percaya.

“Apa kau cakap ni?Jangan nak mengarut boleh tak Amil?”

“Kau yang rancang semua ni kan Adam?”

“Kau ni bisingla,aku tak rancang apa-apa pun”

“Aku tak percaya.Aku tak percaya.Kau tahu tak kau lah manusia yang paling hina!Kau memang hati busuk kan?”tengking Syamil kuat.

“Eh,kau kalau bercakap pakai otak boleh tak?Kalau aku tahu aku tak perlu nak selamatkan kau”Adam mula berdiri tegak mendepani Syamil.

“Lagi satu,macam mana aku nak tahu yang itu semua bukan plan kau dengan Akmal?Kau yang plan kan?”tanya Syamil.

“Aku tak percaya.Kau yang rancangkan Adam?”kata Syamil dengan kuat.

“Kalau aku merancang dengan mereka sudah tentu aku akan buat lagi teruk”kata Adam sambil terus duduk dan malahan tidak jadi untuk sambung tidur.

“Aku susah nak percaya sebab aku tahu kau tak pernah sukakan aku.Kau yang rancangkan Adam?”suara Syamil masih meninggi.

“Syamil boleh tak dalam hidup kau kan sekali je aku minta kau ingat aku ni jahat sangat ke?Kau dah la tak berterima kasih dekat aku yang aku selamatkan aku.Ni main tuduh-tuduh pulak.Hei,kalau betul aku rancang kenapa aku yang rawat dan isi ubat?Fikir sikit la sebelum cakap”Adam juga sudah mula meninggikan suara.

Syamil mendiamkan diri dan memikirkan segala yang diberitahu oleh Adam.Dia perlu cari kebenaran. Dia masih belum sepenuhnya mempercayai Adam.Dia keluar dari bilik Adam dan terus ke biliknya tanpa mengucapkan terima kasih.

Selepas mandi Syamil masih memikirkan apa yang diberitahu oleh Adam.Jawapannya hanya pada Akmal tapi bagaimana kalau Akmal juga yang merancang bersama dengan Adam?Tanpa sedar dia memegang dahinya yang bertampal plaster.

Dia terkejut kerana tidak perasan sewaktu mandi tadi.Mesti berangan banyak dalam bilik air.Adam yang letak?Adam yang merawat luka dia?Dia memegang dadanya yang berasa terharu dan serba salah.Tapi dia masih ragu-ragu.

Dia perlu berjumpa juga dengan Akmal walaupun sakit hatinya dan perasaan bencinya sudah tidak dapat digambarkan lagi.Tak guna punya jahanam.Maki Syamil dalam hati.

Sewaktu masa rehat di sekolah Syamil mengambil keberanian untuk pergi ke kelas Akmal dan kebetulan dia seorang sahaja di kelas sedang menyalin homework.

“Akmal,aku nak cakap sikit dengan kau”kata Syamil.Akmal mengangkat muka dan terkejut melihat kelibat Syamil dan meneliti dahi Syamil yang tertampal plaster.Tersenyum sinis dia melihat keadaan itu

*****************
Zaman Sekarang

Akhirnya Syamil menarik nafas lega apabila kertas peperiksaan nya baru berakhir sebentar tadi.Dia bersorak ceria kerana cuti sudah bermula dan dia sudah tidak sabar untuk pulang ke rumah.Hahaha.Petang Sabtu ini dia ingin terus pulang ke rumahnya di Terengganu untuk balik rumah mak usunya.

Selepas mengemas barang dan meletakkannya dalam kereta dia terus memandu keluar dari kawasan kolej dan ingin singgah di kafe sebentar untuk mengeluarkan wang.Tiba-tiba dia ternampak Farhana di stesen bus kolej bersama dengan segalas beg pakaian.

Dia pun memperlahankan keretanya.

“Ana,awak tunggu siapa ni?”

“Eh Syamil,saya tunggu teksi nak pergi ke stesen bas”kata Farhana sambil tersenyum manis.

“Jom lah saya hantarkan dah satu jalan ni”

“Eh tak apa lah.Saya tak nak susahkan awak.”kata Farhana sambil pura-pura menolak padahal dalam hatinya melonjak-lonjak ingin mengikuti Syamil.

“Eh tak lah,jom lah.Saya ok ja”Syamil masih berkeras.

“Ermm,boleh la.Segan pula saya”kata Farhana sambil bergerak ke kereta dan meletakkan beg di tempat belakang.

Sepanjang perjalanan mereka berdua mendiamkan diri dan untuk memecahkan kesunyian Farhana mula berdehem.

“Ehem.Syamil saya nak tanya boleh?”dengan gugup dia berkata

“Tanyalah”perlahan Syamil membalas.Dia tersenyum sehingga menampakkan lesung pipitnya.

“Ermm.Awak ni tak ada girlfriend ke?Ya lah orang yang comel macam awak ini tak akan lah tiada girlfriend.Haha”kata Farhana sambil cuba mengawal gugupnya dengan ketawa yang dibuat-buat.

“Haha.Tak ada siapa yang nakkan saya ni Ana”

“Huhh?serious ke?”kata Farhana sambil terkejut dan hatinya melonjak-lonjak suka dan ingin sahaja dia berkata saya pun boleh jadi girlfriend awak.Tapi dia tidak gila seperti itu.Dia masih ada maruah.

“Serious la.Haha.Saya suka single tak banyak commitment”

“Tak sangka pula orang yang comel macam awak tiada girlfriend”

Mereka diam seketika kerana sudah menghampiri stesen bas.Selepas Farhana mengucapkan terima kasih terus sahaja dia meninggalkan stesen bas untuk pulang ke rumahnya.

Dalam perjalanan yang lama dia termenung memikirkan apa yang harus dia buat selama sebulan di rumah.Dia juga mempunyai perancangan untuk melawat kubur arwah ibunya dan membantu mak usunya di rumah.

Setelah 7 jam perjalanannya,akhirnya dia sampai di hadapan rumah mak usunya.Lalu dia keluar dari kereta dan terus memberi salam.Salamnya bersambut dan keluarlah wanita yang berusia awal 40-an menjengul muka.

“Assalamulaikum.Mak su”sebut Syamil sambung naik ke dalam rumah dan memeluk mak usunya.

“Mak Su,sihat ke ini?”tanya Syamil lagi.

“Sihat Syamil,masuk lah dahulu mak su tengah masak ini.Hari ini mak usu masak special untuk Syamil”kata Pn.Afidah sambil tersenyum gembira melihat anak saudaranya itu sudah sampai.

 “Wah,ini yang Syamil lapar ini mak su”kata Syamil sambil tergelak besar.

Sampai sahaja di meja makan di dapur terus Syamil duduk dan membuka tudung saji.Matanya membulat besar apabila melihat ketam goreng berempah dan sambal udang petai berada di atas meja dan masih panas.Kecur air liurnya.

                Dengan pantas dia mengambil pinggan dan terus mengambil nasi dan makan tanpa menoleh lagi.

                “Pak Usu mana Mak su?”tanya Syamil dengan mulut yang penuh dengan nasi.

           “Pak su kamu itu,pergi ke masjid tadi.Lepas itu pergi ke rumah kawannya ada kenduri tahlili katanya.”

            “Mak Su,tak ikut pula? kata Syamil

          “Tak lah,kalau mak su siapa nak buka pintu untuk Syamil.Nanti ada yang tidur kat luar ja”kata Mak Su sambil tergelak-gelak.

              Tergelak-gelak Syamil mendengarnya.Betul jugak.Apalah tanya soalan macam itu.

       “Errm,Mak su esok sebenarnya Syamil ingat nak pergi kubur arwah ibu”kata Syamil setelah menghabiskan makanannya.Pn Afidah mengangkat mukannya dan memandang ke muka Syamil dan menganggukkan kepalanya sekejap.

              “Boleh Syamil.Tapi hati-hati lah.Bila dah sampai kubur arwah ibu kamu itu telefon mak usu ya”

               “Baik Mak Su”

        Syamil bergerak ke almari dapur yang terdapat gambar ayahnya dan mak sunya.Tersenyum dia melihat gambar itu dan seketika mukanya berubah mendung.Masih ingat jeritan suara ayahnya dan yang paling dia tidak lupa.Ayat yang melenyapkan harapan dia untuk hidup sama sekali.

“Mulai hari ini,kau bukan anak aku lagi dan aku tak pernah ada anak bernama Syamil.Anak aku dah lama mati.Aku tak akan maafkan kau sampai bila-bila dan jangan kau cuba untuk jejakkan kaki kau yang hina itu dekat rumah aku lagi.Berambus dari rumah aku sekarang.Dan kau sematkan dalam kepala otak kau jangan sesekali melawat kubur aku walaupun aku dah mati nanti sekalipun.Aku haramkan kau sentuh kubur aku dengan ibu kau”

              Menitis sedikit air mata dia apabila teringatkan peristiwa hitam itu.Serentak dengan itu dia bagai terasa ada tangan yang memegang tangannya.Perlahan tangan itu menggosok bahunya.Dengan harapan agar

         “Sabarlah,doa banyak-banyak.Minta lembutkan hati ayah itu.”Syamil mengangguk kepala dan semakin tenggelam dalam rasa yang hiba.

            “Ada ayah tanya pasal Syamil?”Syamil berpusing dan memandang maksunya.

              “Err..a..ada juga sikit-skit”

           “Mesti tiadakan mak su?”suara Syamil sudah mula pecah dan rasa sebak mula menyelebungi segenap ruang hatinya.

              “Nanti sejuk la hati ayah kamu tu.Dia marah sikit ja mak usu rasa”

            “Marah sikit?Dia benci saya mak su.Dia dah tak mengaku saya ini anaknya,saya ini bawa malu dalam keluarga.Saya ini hina dan anak yang tak guna.Asyik memalukan ibubapa kerjanya.Ayah memang benci saya”kata Syamil sambil bangun dan terus ke sinki untuk membasuh pinggan dan cawan.

            Pn.Afidah hanya mampu mengeluh dan kadang kala dia sendiri tidak paham dengan sikap abangnya yang keras kepala itu.Tergamak dia menghalau anak sendiri tanpa menyiasat lebih lanjut dan hanya berpandukan bukti-bukti yang boleh dipertikaikan lagi.Sudah puas dia memarahi abangnya itu namun abgnya itu tetap berdegil dan menunjukkan sikap tidak mahu beralah langsung.

             “Mak Su,Syamil masuk dahulu”

            Terus Syamil masuk ke dalam bilik dan berbaring di atas katil dan berharap agar hari esok berlalu dengan cepat.
******************
          Selepas Subuh terus Syamil bertolak ke tempat kbur arwah ibunya kerana mak sunya duduk di daerah yang lain dari kawasan tempat tinggalnya dahulu.Perjalanan mengambil masa selama satu jam 15 minit.

            Dalam hampir 7.40 Syamil sampai di tanah perkuburan arwah ibunya dan mencari tempat yang sesuai untuk memakir kereta.Dia lantas keluar dari kereta dan mengorak langkah ke kubur arwah ibunya.
           
           Sampai sahaja di hadapan kubur ibunya,terus dia duduk  dan memegang batu nisan yang mengandungi nama ibunya.

               “Ibu,Amil datang ini”kata Syamil sambil menggosok terus batu nisan itu.Selepas terus dia membaca yassin dan menyedekahkan al fatihah pada ibunya.Sejurus dia membaca dia sempat berdoa semoga ibunya sentiasa dicucuri rahmat dan dijauhkan dari azab kubur tidak lupa juga pada ayahnya yang amat disayangi walaupun ayahnya masih marahkannya tapi sebagai anak dia tetap mendoakan ayahnya dan untuk orang yang pernah dia sayangi dalam hati.

           Selepas membaca doa dia terus meletakkan kepalanya di atas ke kubur arwah ibunya.Dia menggosok kepala nisan itu dengan lembut seperti membelai kepala ibunya.

                “Ibu, rindunya Amil dengan ibu”

                “Ibu tahu tak betapa seksanya perasaan Amil?Betapa terlukanya Amil selama 5 tahun ini?”

           “Ibu tahu tak ayah bencikan Amil.Dia tak nak mengaku Amil ini anak dia lagi.Dia..Dia..”tersekat Syamil berkata sambil menahan rasa sebak yang berada dalam hatinya.Orang cakap tak elok menangis di kubur nanti orang yang dah meninggal dapat merasai kesedihan kita.

                “Dia cakap tak akan maafkan Amil sampai bila-bila.Macam mana Amil nak jumpa ibu kalau ayah tak maafkan Amil.”

              “Sampai hati ayah.Sampai hati ayah buat Amil macam ni”

                “Encik,encik”panggil seseorang.
                
              “Assalamulalaikum encik.Tak elok menangis…”belum sempat dia menegur orang yang berbaring di kubur itu terus dia tergamam melihat siapa yang berbaring di atas tanah kubur itu.

bersambung...






Jalan cerah atau sesat?

Assalamualaikum n selamat ptg


Setiap manusia itu ada pengalaman hidup masing-masing.Macam yang kita tahu yang kita ada choice sama ada untuk memilih jalan yang lurus atau jalan yang sesat.Pilihan ditangan anda yang sudah jelas baligh.


Kalau kau jenis yang suka berfikir dan menganalisa setiap takdir dan peristiwa yang berlaku dalam hidup kita pasti ada ilmu dan hikmah yang tersendiri.






Sebab aku tahu macam mana rasanya give up dalam hidup dan kecewa yang amat sangat.Sesuatu yang kita tak nak sesuatu yang kita tahu benda itu terpaksa terima dan redha.

Suka aku nak ingatkan lagi biarlah apa yang kita post,kita tulis itu mampu memberi manfaat dan kebaikan kepada orang lain.Sama macam aku tulis cerita itu ada mesej yang aku nak sampaikan bukan saja-saja nak tulis.

p/s:kalau tak ada aral petang ni story 6 akn terbit..^_^



Wednesday 19 February 2014

Pencuri Cinta

Story 5 

Zaman Sekarang

          Sejak peristiwa dipeluk oleh Adam di parking lot membuatkan Syamil cukup berhati-hati dan cuba untuk mengelak dari berjumpa dengan Adam kerana dia tidak mahu bertemu lagi Adam.Dia sudah lama bersusah payah untuk membuang Adam dari kehidupannya dan sekarang senang-senang Adam ingin menerjah masuk dalam kehidupannya.

Selepas mandi dan sarapan pagi Syamil terus bergerak ke perpustakaan untuk mencari buku dan mungkin belajar sekejap di perpustakaan.Dia perlukan bahan untuk menyiapkan assignmentnya dan mencari rujukan untuk peperiksaan finalnya lagi 2 minggu.

Dia segera ke tempat bahan rujukan untuk perakaunan dan membelek setiap buku-buku yang berkaitan.Sedang dia mencapai buku tersebut tiba-tiba ada orang di sebelah hadapannya juga mencapai buku yang sama dan mereka sama-sama menolak buku itu ke tepi dan Syamil cukup terkejut melihat orang itu.

“Damn it “Maki Syamil dalam hati.

“Hei,Syamil la.Buat apa kat sini?”tanya Adam dengan ceria sekali.

“Huhh?Buat apa?Aku tengah memasak”kata Syamil sambil mendatar.

“Memasak?Haha.kau ni lawak la Amil”kata Adam sambil ketawa.

“Err,buku ni aku yang pegang dulu”kata Syamil sambil menarik buku itu ke arahnya.

“Eh,mana ada.Aku dulu la yang pegang”kata Adam pula.

“Aku la.Baik kau lepas”Syamil masih tidak mengalah.

“Arghh,tak ada- tak ada aku dulu”Adam masih berdegil

Tidak disangka buku-buku yang berada di tepi-tepi rak itu jatuh merundum di kaki Syamil.Syamil yang terkejut terus melepaskan buku yang dipegangnya dan Adam yang masih tidak bersedia terlanggar meja.
Serentak itu terdengar bunyi derap langkah seseorang ke rak-rak buku itu.Oh shit,pegawai perpustakaan pula.Sambil merenung tajam ke arah Syamil dan mengeleng-gelengkan kepala.

“Apa awak berdua buat ni?Tak malu ke mahasiswa bergaduh – gaduh dekat library?Dah la jatuhkan buku”marah pegawai perpustakaan itu.

“Sekarang saya nak awak susun balik buku-buku yang awak berdua jatuhkan.Faham?Jangan jadi macam budak-budak la”kata pegawai sambil berlalu pergi.

Dengan muka yang masam Syamil menyusun buku dengan pantas kerana masih tidak berpuas hati dengan Adam.Yang menambahkan sakit hatinya apabila Adam tersengih-sengih kerana berjaya dapat buku itu.

Selepas menyusun semua buku-buku yang jatuh Syamil bergegas keluar dari library.Apabila nampak Syamil keluar dari library dengan pantas Adam mengejarnya untuk bersaing keluar kerana Syamil berjalan dengan laju sekali.

“Amil tunggu la dahulu.Asal jalan laju sangat ni macam masuk olimpik je”kata Adam sambil berjalan dengan Syamil.

“Eishh,apa lagi kau nak.Jangan ikut aku boleh tak?”marah Syamil.

“Jom la pergi makan ke minum”

“Tak nak la Adam.Kau ni tak faham Bahasa melayu ke?”

“Teman aku makan sebagai kawan salah ke?”

“Kawan?”dengan sinis Syamil berkata dan berhenti berjalan.

“Ya lah,sebagai kawan.Kau bayangkan lah dah berapa tahun tak jumpa tak akan la kau tak nak langsung makan luangkan masa sikit dengan aku”kata Adam sambil mengeluh.

“Kau tahu tak sejak aku jumpa kau balik,hidup aku banyak berterabur malang sana sini.For once,boleh tak kau berambus dan blah dari hidup aku?Kau tahu tak meluat aku tengok muka kau”kata Syamil dengan tegas.

“Syamil,kenapa kau jadi macam ni?Aku hanya minta kau teman makan saja bukannya aku ajak kau pergi tempat bukan-bukan”

“Boleh tak kau jangan nak mengarut?”

“Syamil,aku hanya ajak makan saja”

“Adam,boleh tak jangan muncul dalam hidup aku.Untuk kali terakhir aku tak berminat.Assalamualaikum”

“Tapi kitakan masih kawan,kau dahulu pernah cakap dan janji”

“Huhh?Janji?kau sendiri yang dah mungkir janji.Kau lupa dulu aku pernah cakap yang perkataan kawan antara kita tak pernah wujud”kata Syamil sambil berlalu tanpa menunggu balasan dari Adam.

Adam hanya mengeluh dan melihat sahaja kelibat Syamil yang berlalu.Kenapalah Syamil marah sangat dengan dia.Tak akan disebabkan peristiawa itu yang masih dia marah?Dia pun berjalan ke keretanya perlahan-lahan.

Ada suatu benda yang dia belum sempat beritahu Syamil sebelum dia pindah sekolah.Dia nak sangat cakap tapi dia tidak mempunyai keberanian yang tinggi.Dia amat takut akibat jika dia mengucapkan perkara itu ia bakal mengubah hidupnya dan Syamil.

Dia membuka walletnya dan mengeluarkan gambar Syamil yang membuat aksi muka lucu sambil menjulingkan mata.Dia tergelak seorang diri apabila teringat peristiwa itu.Syamil,syamil.

**************

5 tahun lalu

Perlahan Adam meletakkan Syamil di atas katilnya kerana tidak mahu menyedarkan Syamil yang masih berdarah dan luka.Dia pantas membuka locker dan mengeluarkan kotak ubatannya dan mencari kapas serta ubat untuk membersihkan luka di dahi Syamil.

Adam membersihkan luka di dahi Syamil dan melegakan nafas kerana luka itu tidak dalam seperti yang disangka.Dengan pantas dia menaruh ubat dan melekatkan plaster pada dahi itu. Dia memerhatikan Syamil yang masih memakai baju melayu yang sudah kotor terkena kesan lantai di makmal tadi.

Adam mengambil keputusan untuk menukarkan pakaian Syamil tetapi dia memikirkan pula tak nampak macam pelik ke lelaki tukarkan pakaian lelaki? Geli pula nak tukar baju budak ni tapi baju dia nampak kotor. Setelah berfikir sekejap dia mengambil keputusan untuk menukar sahaja baju Syamil.

Dia pantas mendapatkan bajunya yang berada dalam locker dan membuka baju Syamil dengan berhati-hati.Dia terpegun melihat badan Syamil yang putih dan mula berdebar-debar lalu terus mengusap tubuh Syamil itu.

Gila,asal aku nak berdebar pula?dia bukannya lain jantina dengan aku.Lelaki jugak.Apa aku buat ni?Kenapa aku teruja pegang badan dia.Kenapa aku rasa lain macam pula ni.Ya Allah,apa masalah aku ni.Dia berdiri sekejap untuk ambil nafas. Sambil menutup mata dan dada semakin kencang degupan jantung dia menyarung tshirt nya pada Syamil.Fuh,lega da pakaikan sambil mengusap dadanya perlahan.Dia pantas bangun dan ingin tidur kerana jam sudah menunjukkan jam 12 malam.Dia lantas mencapai bantal dan meletakkan bantal itu ditepi katil dan terus berbaring untuk tidur kerana esok masih sekolah.

Syamil terjaga dari tidurnya pada jam 5.45 pagi dan terperasan ada tangan melingkar pada pinggangnya.Dia punyalah berdebar seperti mahu tercabut jantungnya.Ya Allah,ada jin peluk aku.Ya Allah selamatkan lah aku.Ya Allah janganlah dia nak rasuk aku.

Dia pun terus memejamkan mata sambil mulutnya terkumat kamit membaca ayat-ayat al-quran dan ayat kursi agar jin yang mengacau tidurnya itu segara berlalu dan terbakar.Apabila dia membuka mata dan terkejut jin tersebut masih memeluk pinggangnya.Ya Allah kuatnya jin ni.Dia rasa macam nak menangis kerana mula memikirkan dirinya akan dirasuk lalu menjadi sasau dan akhirnya tinggal di hospital bahagia.

Dia mula bergerak dan mengangkat tangan “jin” tersebut lalu turun dari katil.Dia ternampak bantal di lantai dan mengambil bantal lalu mengangkat bantal tersebut sambil membaca bismillah dan ayat kursi.

“Bismillah,mati lah kau wahai makhluk terkutuk!”kata Syamil sambil serentak itu menghempuk jin tersebut dengan bantal.

“Aduh,apa kau buat ni Syamil”kata jin itu.

“Huhh,jin ni tahu nama aku la.Ya Allah takutnya aku.Tak boleh jadi ni”kata Syamil sambil mengambil penyapu untuk menghempuk jin itu buat kali kedua sambil mulut terkumat kamit membaca ayat kursi.

Baru sahaja dia ingin mengangkat penyapu.Tiba-tiba jin itu menjerit.

“hoi,ni aku la Adam bangang”kata Adam sedikit bengang.

“Huhh?Adam.Apa kau buat kat bilik aku?Dan kenapa bilik aku ada satu katil sahaja?”kata Syamil keliru.

“Kau lupa ke semalam kau kena pukul dengan Akmal?”


*********************
Zaman Sekarang

Lagi 3 hari dia peperiksaan finalnya akan habis.Syukur sangat kerana dia berasa sudah tidak sabar untuk bercuti dan berehat selama 1 bulan dari buku.Sungguh tidak sabarnya rasanya untuk habis peperiksaan akhirnya.

Sepanjang minggu peperiksaan dia sehabis boleh elakkan diri dari terjumpa dengan Adam.Walaupun dia berasa sedikit serba salah dengan apa yang berlaku namun dia mengeraskan hati untuk tidak mengalah dengan Adam.

Dia mengambil keputusan untuk belajar di bilik sahaja walaupun classmatesnya ada mengajak untuk pergi ke perpustakaan untuk belajar bersama-sama.Sekarang sudah pukul 11.15 pagi hampir 3 jam lebih dia menelaah bukunya itu dan dia berhenti untuk berehat seketika dan selepas zohor meneruskan lagi dengan melihat soalan-soalan past years.

Sedang dia asyik berbaring tiba-tiba dia teringat untuk menelefon adiknya yang bongsu yang berumur 10 tahun.Dia mencapai telefon dan mendial nombor rumahnya.

“Hello.Assalamulalaikum nak cakap dengan siapa?”kedengaran suara comel seorang budak lelaki menjawab panggilan.

“Hello.Walaikumussalam.Adik,angah ini”beritahu Syamil.

“Angah?Oh,angah sihat tak?dah lama angah tak datang jumpa adik.Angah memang tak sayang adik dah”beritahu budak itu sambil merajuk.

“Mana ada lah adik.Angah sibuk,minggu ini angah exam”

“Ya lah itu”

“Adik,ayah ada ke dekat rumah?Along?Fatin dengan Tiha?”tanya Syamil.

“Ayah pergi rumah kawan.Along tiada.Fatin dengan Tiha kan sekolah asrama angah ini”marah adiknya itu.Syamil hanya ketawa kecil kerana dia benar-benar terlupa bahawa kedua-dua adik perempuannya itu bersekolah asrama.

“Dah lama..”tidak sempat adiknya menghabiskan ayat.Tiba-tiba dia terdengar suara seorang lelaki bertanya”Adik bercakap dengan siapa itu dekat telefon?”

“Adik lain kali lah angah telefon semula”kata Syamil sambil mematikan telefon dan meletakkan di sebelah bantalnya.Suara yang amat dia rindui,dia sayang dan dia sayang sampai bila-bila.Tetapi lelaki itu telah membuang dia dari hidupnya lama dahulu.Dia yakin yang ayahnya itu tidak akan memaafkannya sampai bila-bila.

Tapi sudah penat dia menjelaskan duduk perkara peristiwa hitam itu tapi ayahnya hanya mengambil keputusan menghukumnya dan malah lebih teruk dia dibuang dari keluarga.Dibuang dari keluarga?atau dia yang mengambil keputusan untuk membuang diri sendiri.Apabila dia teringat kembali apa yang berlaku perasaan sebak.hiba dan marah bagaikan bercampur aduk dalam dadanya.

“Sampai hati ayah.Sampai hati ayah.Sampai hati ayah tak percayakan Amil”bisik Syamil perlahan sambil menangis teresak-esak.

 “Sampai hati Adam,kau buat aku macam itu.Aku percayakan kau”sambil menangis Syamil berkata.

bersambung...

Tuesday 18 February 2014

Open-closed minded, Discreet

Selamat malam dan hai


So today aku nk bercerita pasal open minded,closed minded and discreet people.You know kan living in this world like everyone is judging you without trying to understand what kind of mess up that u have in life.

First of all, org selalu salah tafsir pasal open minded segala ni macam memang hidup kita social sgt such as berjudi sana-sini,berpeluk sakan dan beroman sana sini.It is exactly not and totally wrong.Open minded ni macam kita terima sesuatu keadaan ataupun situasi yang berlaku samada dalam hidup kita atau bukan secara terbuka dan tahu mengatasinya. Doesnt mean we’re being open minded is make us totally agree what’s wrong or right because that was actually opposite on the concept being open minded.

Then,if you ain’t straight what is your type? open,discreet or  tak kisah?Kalau aku,aku pilih discreet because im not such really people person and honestly I don’t trust my friend even my bff material.

Lepas itu ada sorang reader aku dia hantar emel and then dia tanya aku

“Dlm post kau semua cerita pasal cm nak sedarkan org yang bahawa dunia mcm ni xkn kekal la n bawak2 sear diri la so then kenapa create novel/story yg menggalakkan benda-benda mcm ni?”

Sebenarnya aku create novel benda ni based on some experience,dari cerita kawan-kawan dan sedikit
pengubahsuaian.Aku nak cerita so far macam mana love story boleh end because dalam reality sebenar kau jangan fikir always happy ending like some kind of fairytale.Aku nak setiap kali aku post ni bagi manfaat dan ada kebaikan pada org.Dulu once my cikgu pernah cakap dalam hidup kita ni sekurang-kurangnya bagi la sedikit kebaikan dan faedah dalam hidup orang lain.

Sebab sekuat mana pun kita fight benda macam ni nanti kita akan tetap kalah.Believe me.Benda-benda yang bertentangan dengan norma masyarakat biasanya susah nk menang.Kalu diberi pilihan kan aku sendiri pon xnk jadi macam ni but what choice do I have?Aku percaya xda org yg dah2 puberty terus buat plihan utk jad straight or lgbt.

p/s:kalu aku rajin dan larat esok/malam ni bakal di post story 5..^_^



Friday 14 February 2014

Pencuri Cinta

Story 4 

5 tahun lalu

“Aku ada idea!”jerit Akmal dengan kuat.Ketiga-tiga sahabat baiknya itu memandang ke arah Akmal menanti idea yang bakal keluar dari mulutnya.

“Apa dia Akmal?”tanya Adam tidak sabar.

dengan serius berbisik dengan Adam.Terbeliak mata Adam sambil menolak kepala Akmal dengan muka yang bengang.

“Gila.Apa kau ingat mamat nerd tu bangang ke?idea tak boleh pakai betulah.Kau ni aku cakap bodoh kau terasa”marah Adam yang bagaikan tidak percaya dengan idea yang dirasanya paling bebal pernah dia dengar sepanjang dia hidup.

“Alah,Dam aku bukannya suruh kau baik betul-betul main-main saja.KIranya macam jadi hero la”Akmal mengemukakan teorinya.Kawan-kawannya yang lain mula mengangguk tanda dia sudah mendapat persetujuan hanya tinggal Adam sahaja.Dalam diam dia mula menyusun agenda sendiri untuk mendapatkan apa yang dia hajati.

“Aku risau lah,benda-benda yang tak masuk akal  ni susah lah wei”Adam masih membantah kerana dia masih rasa idea itu sangat tidak masuk akal.

“Asal pula?Bukannya kau baik betul-betul pun.Dam,ini lah peluang yang kita nak balas perbuatannya itu.kau dah lupa macam mana dia buat hidup kau rosak 2 bulan lepas?”

“Betul tu Adam.Apa yang cuba kita nak buat dengan apa yang kau nak balas ni kira sikit tahu.Patutnya kau support la member sikit nak tolong kau”hasut kawan-kawannya yang lain.

Mendengar Akmal mengungkit kisah itu terus hatinya menjadi panas dan terbakar.Nafsu dendamnya mula membuak untuk membalas segala perbuatan Syamil itu.Syamil memang patut mendapat balasan yang setimpal.

Adam ingin bersetuju tapi dia keberatan.“Ok,aku setuju”kata Adam dengan suara lemah.

Akmal tersenyum kerana jeratnya sudah mengena.Lama sudah dia menanti peluang ini.Kali ini bukan setakat retak tapi dia akan menghancurkan terus.

“Ok,ini plan dia”beritahu Akmal.Kawan-kawannya yang lain hanya mengangguk dan bercakap sedikit sambil memberi sedikit cadangan untuk menyedapkan lagi plan mereka dan kadang kala mereka ketawa kerana tidak sabar untuk melaksanakan rancangan mereka itu.

Adam melangkah masuk ke kelas Syamil dari pintu belakang dan kebetulan kelas sudah kosong kerana jam sudah menunjukkan waktu pukul 5.30 petang menandakan semua pelajar sudah mula balik dari blok akademik.

“Hai,Syamil.Assalamualaikum”panggil Adam sambil duduk di atas meja berhadaoan dengan meja kelas Syamil.

Terkejut dengan sapaan itu Syamil mengangkat muka dan tersentak apabila Adam menegurnya.Kebiasaannya teguran Adam berserta makian yang percuma dan kata kata kesat.Cuma hari ini dengan lembut dan bersahaja tanpa gesaan marah.

“Waalaikumussalam”jawab Syamil sambil teragak-agak.

“Kau tengah buat apa?Study ke?”tanya Adam.

Buta ke apa? Tak nampak aku tengah kemas buku .Maki Syamil dalam hati saja la.“Tak,just kemas-kemas tempat aku belajar”.

Suasana menjadi sunyi kerana masing-masing tidak tahu topik apa yang sesuai untuk mereka bincang atau sebenarnya mereka tidak pernah berbincang atau berborak.

“Kau nak makan dengan aku tak?”

Gila betul.Fikiran Syamil sudah mula berserabut dan keliru.Dia salah dengar ke?

“Ok.sekarang pelik.Adam apa sebenarnya kau nak ini?”terus Syamil berterus terang tanpa berselindung

“Aku saja ajak kau makan”

“Tapi kau tak pernah pun selama ini nak ajak makan dengan aku and even kau tak pernah pun bercakap baik dengan aku.Sekarang?Kau demam ke?”tanya Syamil lantas bangun dan meletakkan tangannya di atas dahi Adam.

Tersentak Adam dengan tindakkan Syamil dan mula mendongak melihat tapak tangan yang putih itu terletak elok di atas dahi Adam.Lama dia merenung wajah itu sehingga jantungnya mula berdebar.Bangang,asal nak berdebar pulak.Gila.

“Tak demam pun.Dah la Adam kau tak payah nak merepek.Hentikan perbuatan kau”

“Aku cuma nak berkawan dengan kau itu pun salah ke?”

“Berkawan?Haha.Kau dan aku?Kau buat lawak yang memang tak lawak ke?”

“Aku tak main-main lah Amil”

“Apa kau panggil aku?”mata Syamil mula menjengil kerana ibu dan ayahnya sahaja yang memanggilnya sebegitu rupa.

“Amil.Asal tak boleh ke aku panggil kau macam tu?nama jugak kan”

“arghh,stress bercakap dengan kau”rungut Syamil lagi

“Aku serius nak berkawan dan aku nak minta maaf sebab buat dekat kau macam-macam.Aku cuma dalam keadaan tertekan waktu itu”

“Huh?”dengus Syamil sambil bangun untuk meninggalkan kelas.

“Amil,tunggu dahulu.Aku tak habis bercakap lagi”panggil Adam sambil menarik tangan Syamil.

“Jangan pegang-pegang!Ingat aku tunggul ke?Mangkuk betul”marah Syamil.

“Mangkuk?aku yang handsome ini kau panggil mangkuk.Cuba la panggil benda-benda ok sikit macam brad pitt ke?kellan lutz ke”kata Adam.Syamil merentapkan tangannya dari pegangan Adam dan melangkah keluar dengan pantas.

“Jangan ikut aku.Apa lagi kau nak.Jangan nak menyusahkan hidup aku boleh tak?”rungut Syamil sambil memandang Adam yang mengekorinya lagi.

“Selagi aku kau tak setuju makan malam dengan aku,aku akan ikut kau ke mana sahaja termasuk dalam tandas dan lain-lain”kata Adam sambil tersengih-sengih gatal.

“Ha ha ha.Kau buat lawak ke?”kata Syamil dan berhenti ketawa apabila melihat Adam masih serius.Ok kau tak gelak,maknanya kau serius”Syamil dengan perlahan berkata.

“Jadi setuju atau tidak?Yang pastinya jawapan dia mesti setuju”

“Suka hati saja paksa orang.Kau ingat kau siapa nak paksa-paksa aku?Aku tak nak la Adam”

“Asal pula tak nak?aku nak ajak makan pun tak boleh ke?”

“Apa motif kau?”

“Tak ada motif apa-apa lah”

Setelah berfikir sejenak dan menimbang beberapa hal “Aku setuju tapi first and the last la”kata Syamil akhirnya.
“Oh.Aku pasti ini yang pertama tapi bukan yang last”

Akhirnya mereka berdua bergerak bersama-sama untuk menunaikan solat asar dahulu dan terus ke dewan makan.Tanpa sedar aksi-aksi mereka di ambil oleh seseorang yang mempunyai niat tidak baik.

*******************
Zaman Sekarang

Syamil berjalan pulang seorang diri untuk ke asramanya kerana Hisham sudah balik lebih awal untuk pergi ke koperasi.Sedang dia berjalan seorang-seorang di blok akademik sambil melihat jam di tangan sudah menunjukkan pukul 11.20 pm tiba-tiba dia mendengar seperti ada orang mengekorinya dari belakang.

Dia berpusing ke belakang untuk memastikan sama ada terdapat orang mengikutinya atau tidak.Sunyi tanpa kata dan seram.Dia bergerak ke hadapan sedikit untuk mematikan perkara itu.Apabila dia berpusing semula alangkah terkejutnya dia apabila melihat orang yang dia tidak sangka ada disitu.

“Akmal”perlahan dan tersekat-sekat Syamil menyebut.

“Hai Syamil”perlahan Akmal menyapa sambil tersengih memandang Syamil.

“Ap..apa kau nak?”tersekat-sekat Syamil bertanya pada Akmal.

“Kau tahukan apa salah kau dekat group aku.Haha.”kata Akmal sambil tergelak-gelak.

Syamil mula terundur dan ingin lari namun dengan pantas Akmal memegang lengan Syamil dan menolak Syamil ke pintu di makmal itu.Berdentum bunyi badan Syamil berlanggar dengan pintu.Syamil mengambil begnya lalu menghentak ke muka Akmal sehingga berdarah bibir Akmal dan mengambil kesempatan untuk lari.

“Sial punya budak!”marah Akmal.

Akmal mencekak kolar baju melayu Syamil dari belakang dan menariknya kembali lalu menolak Syamil ke pintu dan menumbuk perut Syamil sekuat hati.Syamil terduduk menahan sakit yang amat.Tidak cukup dengan tumbukkan Akmal dengan pantas memegang kepala Syamil dan menghantuk kepala Syamil ke pintu makmal.

Darah mula mengalir perlahan di dahi Syamil.Akmal mencengkam muka Syamil dan berbisik sesuatu di telinga Syamil sehingga mata Syamil terbeliak bagaikan tidak percaya dengan apa yang didengarinya.

“Lepaskan aku la bodoh!Kau ingat aku ni apa?”Syamil berkata dengan perlahan kerana tidak tahan sakit di perut dengan darah sedikit mengalir di dahinya.

“Aku tak akan lepaskan kau setelah apa yang kau buat tapi sebelum tu biar aku berseronok dengan kau dulu”kata Akmal sambil tersengih-sengih.

Akmal menolak Syamil ke lantai dan duduk di atasnya serta mencengkam lengannya kuat.Syamil sudah mula menggelabah dan ketakutan sehingga terlupa kesakitan di dahinya.Akmal mula mendekatkan mukanya pada muka Syamil.

“Hoi kau buat apa tu?”jerit satu suara dengan kuat.
Akmal dengan pantas bangun dan berlari dari kawasan itu dengan pantas. Syamil memusingkan kepalanya memandang ke arah orang yang menyelamatkannya sambil terbaring kaku di lantai.

“Ad..Adamm.To..tolong aku”kata Syamil.Adam memangku kepala Syamil.

“Syamil,syamil.Bangun Syamil”panggil Adam panik sambil menepuk-nepuk muka Syamil.

Adam memangku kepala Syamil dan mencempung badannya lalu berjalan ke arah asrama mereka mengikut jalan belakang kerana tiada orang dan lebih cepat untuk sampai.Nasib baik Syamil ini jenis yang kecil orangnya jadi mudah lah Adam untuk mengangkat .Mungkin malam ni Syamil terpaksa tidur di biliknya.

“Apa kau buat ni Adam.Turunkan aku.Aku boleh jalan sendiri”kata Syamil lemah sambil membuka mata kerana terasa badannya di angkat.

“Adam.Turunkan aku”kata Syamil lagi sambil menepuk dada Adam perlahan.

“Kau bising aku turunkan kau dekat sini biar tergolek”kata Adam sedikit marah.

“Orang nak tolong diam saja la”rungut Adam lagi

Apabila terdengar perkataan tergolek terus Syamil mendiamkan diri dan terpaksa bertahan dengan situasi yang ada sekarang.

*******************
“Ok kelas,make sure submit your assignment and your group name for error in finance on Thursday before 1 pm.Just drop your task in the box that I provided in front of my romm.Ok?”Dr.Zahira mengingatkan pelajarnya sebelum keluar dari dewan kuliah.

Farhana mula bangun dari tempat duduknya dan berjalan ke tempat Syamil dalam dewan kuliah itu.

“Syamil, syamil ermm kumpulan awak untuk error in  finance tu dah cukup ke?”tanya Farhana sambil berjalan menuruni tangga dewan kuliah.

“Belum lagi,lagi seorang sepatutnya.Kenapa?Awak tak ada kumpulan ke?”tanya Syamil sambil memandang tepat ke muka Farhana.

“Erm,kalu awak tak keberatan lah”balas Farhana lambat-lambat sambil menundukkan muka kerana malu Syamil memandang wajahnya lama.

“Boleh saja.Nanti apa-apa saya sms awak balik ya?”

“Ok.Tq Syamil”kata Farhana sambil tersenyum.Terserlah lesung pipitnya di pipi kanan.

Farhana menuruni tangga yang terakhir dengan muka ceria kerana dapat satu kumpulan dengan Syamil.Siapa yang tidak mahu satu kumpulan dengan budak lelaki yang rajin dan baik macam Syamil.

Tapi pada hakikatnya Syamil seorang yang pendiam dan jarang senyum.Jadi kebanyakkan orang akan menanggap Syamil itu menakutkan dan agak sombong padahal Syamil pada pendapatnya amatlah peramah kalau rapat dengannya.

“Hoi minah,asal senyum-senyum sorang-sorang macam orang gila?”sergah Nadiah

“Mana ada lah.tak nampak aku tengah tengok fon ni?”dengan kelam kabut Farhana menjawab sambil buat-buat menelek handphonenya.

“Ala,macam aku tak tahu kau suka dapat satu group dengan Syamil.Aku dah cakap dia ada pakai minyak guna-guna untuk Tarik perhatian kau.Hahaha”kata Nadiah sambil tergelak besar.

“Kau ni gila la Nadiah”kata Farhana sambil mengeleng-geleng kepala.Mereka berdua berjalan sambil tergelak-gelak.

Bersambung...