Story 8
Baginya cinta,perasaan itu semua tidak harus wujud malahan
kadang-kala benda itu menyusahkan.Itulah prinsip Fakhrul,jangan jatuh cinta
kalau boleh.Cuma buat sedap-sedap tu boleh diterima lagi.
Dia menatap gambar yang di terjatuh dari kotak dalam file
itu.Gambar dia memeluk seorang lelaki berkaca mata.Mesrakah mereka?Kenapa dia
boleh lupa?Tiada nama pengiring cuma ada tulisan di belakang bertulis.
“Tamak sehingga
mengorbankan kasih yang disemai”
Mindanya masih mengerah siapakah pemilik gambar itu?Siapakah
lelaki dalam gambar itu?Fikirannya melayang walaupun dia ada meeting lebih
kurang 40 minit lagi.Lamunannya terhenti apabila pintu biliknya diketuk.
Terjengul wajah yang dirindui itu,Aizan. Aizan tersenyum
manis melihat bosnya itu.Rindu pula nak tengok muka bos yang handsome itu.Haha.Dia
melabuhkan punggungnya sambil tersenyum.
Belum sempat Fakhrul menyimpan gambar itu,Aizan sudah
mencapainya.Aizan menilik seketika gambar itu.Mula-mula dia tersenyum,tidak
lama kemudian terhambur ketawanya.Fakhrul memandangnya dengan aneh.
“Kenapa gelak?”
Aizan masih ketawa terbahak-bahak.Tidak tahu kenapa dia
terasa lucu melihat gambar itu.
“Sorry Fakhrul,is this your boyfriend ke?”
Fakhrul masih diam.Matanya merenung tajam ke arah Aizan yang
seolah-olah mempermainkannya.
“Nope....tak mungkin dia..”
“Tak mungkin dia taste you kan...nerds,kulit pun nampak
kusam...nampak macam miskin..geli tengok orang macam ni”Aizan sempat mengutuk
pemilik gambar itu walhal hatinya sudah mula menggelegak.Sampai sekarang masih
menafikan benda tu?Memang celaka betul.
“Ada apa En Fakhrul panggil I ni?”
Fakhrul berdehem seketika“Hurm,I ada meeting dengan client
khamis ni so I ingat nak bawak one of my model time meeting tu”sebenarnya itu
hanya alasan Fakhrul untuk mendekati Aizan.
“So kita berdua sajalah En fakhrul?”tanya Aizan berfikir
sejenak.Otaknya ligat berfikir malahan rencana sudah mula terhampar dalam
mindanya.Mungkinkah ini masa yang dia tunggu-tunggukan selama ni??
“Ya..berdua sahaja”Fakhrul tersenyum.Aizan terpana
sebentar.Bukan kerana terkedu dengan ketampanan senyuman itu namun mengingati
betapa bodohnya dia jatuh hati pada senyuman lelaki itu suatu ketika dulu.
*****************
Syafika berjalan ke arah Aizan yang sedang duduk di sudut
hujung cafΓ© itu.Aizan yang sedang mengelamun itu tersentak dengan kehadiran
Syafika.Dia tersenyum sedikit memandang Syafika yang duduk di hadapannya.
“Woi,asal kau termenung ni?Macam mati bini je..”tegur
Syafika.
“Tak adalah aku tengah berfikir..”
“Fikir apa sampai berkerut-kerut dahi aku tengok tadi”Syafika
berkata sambil menghirup air di hadapannya.
“Hurmm adalah..hahahha”jawab Aizan sambil tersengih.
“Eleh,tak nak kongsi dengan aku..tak apa tunggu time kau
merana,frust guling-guling cari aku siap kau”jeling Syafika.
“Hurm..Fika contohnya orang tu pernah sakitkan hati kau,buat
kau merana kau rasa apa yang kau akan buat if aku ada satu peluang untuk balas
semua benda yang dia buat pada kau?”mendalam pertanyaan Aizan.
Syafika terdiam sejenak.
“To be honest,if akulah memang nak balas dendam sebab tu je
benda yang boleh puaskan hati aku but to what end?Sebab kadang-kadang dia tak
dapat pun kembalikan apa yang kita hilang.Tapi macam biasalah benda ni senang
cakap tapi nak maafkan pun susah.Mungkin kita maafkan tapi lupakan benda tu?Tak
mungkin”
“Kau rasa kau mampu ke nak maafkan?”
“Benda tu susah nak cakap sebab dia bergantung juga.Kadang-kadang
tu kau sendiri senang ke nak maafkan orang bilatahu kau lagi suka berdendam?Bila
kau terluka dia ambil masa kan untuk pulih kadang-kadang makan masa juga and
tak mustahil ada yang tinggalkan parut.Macam tu juga hati dengan perasaan
kau.Dia ambil masa.Kita manusia biasa tak lari dari khilaf”panjang Syafika
berkata.
“Hurmm..kau ni otak macam professorlah..hahha”lembut Aizan
berkata sambil tangannya ingin menolak kepala Syafika.Syafika mengelak sambil
menjeling tajam.
“Tangan tu..aku patahkan nanti.Hello,apa guna ada ilmu tak
share..kahkah”Aizan hanya mengeleng-geleng kepala melihat kawan baiknya
tergelak.
****************
Akhirnya,antara kasih sayang dan dendam,mana satu yang dia
pilih?Baginya,benda itu harus dilaksanakan.Peritnya ingin mencabut duri dalam
hatinya.Betapa sakitnya untuk merawat setiap luka yang wujud.
Tiba-tiba matanya ditutup dengan 1 tangan dari belakang.Nafas
suam milik penutup mata itu terhembus lembut di telinganya.Meremang bulu
tengkuknya.Tak boleh jadi ni,Aizan dengan pantas menyiku ke belakang.Telinganya
sempat menangkap bunyi orang mengaduh kesakitan.Tidak cukup dengan itu dia
mengilas tangan itu kuat.Well,fighting skills serve you.
“Aduhh..ganasnya sayang”
Dia lantas berpusing ke belakang.Matanya hampir terjojol
melihat gerangan manusia di belakangnya.Izzat sudah terduduk
kesakitan.Kenapalah,kau ada kat mana-mana je?Penat dia menjauhkan diri dari
Izzat.
Itulah apa yang dia buat dari dulu,bila sukakan seseorang
jauhkan diri,pura-pura tak layan dan kalau boleh dia tak nak rapat dengan orang
tu.
“Aku nak ucapkan terima kasih sebab jaga aku.Hahaha”Izzat
berkata sambil tersengih-sengih. Aizan memandang pelik ke arah Izzat,hai macam
tak boleh nak bagitahu kat wassap saja.Paling sopan pun call lah.
Masih diam dan Aizan berpura-pura menyibukkan diri
mengemas-ngemas mejanya.Tanpa sengaja,dia tertolak timbunan buku yang terselit
gambar-gambar lama mereka.Izzat mengutip gambar yang terjatuh di kakinya.Izzat
mengeluh berat.
“Kenapa kita macam ni Izan?”lembut dia berkata sambil merenung
mata Aizan.Aizan melarikan matanya.
“Macam mana apa?”Aizan masih lagi selamba walaupun suaranya
sudah bergetar.Izzat masih memegang gambar itu.
“Apa yang kau nak buat dengan gambar ni?”tanya Izzat mengeluh
berat.Dia tidak tahu bahawa Aizan masih menyimpan dendam.Telahannya tepat.
“Kau tak layak nak tentukan apa yang aku buat..kau
siapa..”Aizan bersuara dengan keras.Izzat bergerak mendekati Aizan dari
belakang dan memeluknya lembut.Jantungnya berdetak dengan kencang.
“Jangan Aizan,jangan terus macam ni...nanti kau
sakit...”lembut dia berbisik.Aizan memejamkan matanya,sebak mula memenuhi ruang
hatinya yang kosong.Izzat,jangan macam ni,jangan bagi aku harapan.Dia
merungkaikan pelukan Izzat.
“Kau tak akan faham apa yang aku lalui Izzat...sebab kau tak
lalui apa...Maruah aku dipijak ”sebak Aizan memandang Izzat.
“Jadi kau pilih untuk balas dendam dari maafkan diri
sendiri?”matanya tajam menikam Aizan.
“Apa maksud kau?”
“Kau tahu kenapa kau nak balas dendam?”tanya Izzat sambil
menggoncang bahu Aizan kuat.Aizan masih lagi diam.Matanya sudah mula berkaca.
“Sebab kau tak boleh maafkan diri kau lagi,kau tak mampu nak
maafkan diri kau...”keras Izzat berkata sambil menggoncang kuat bahu Aizan.Aizan
merenggangkan pegangan Izzat.
“Memang aku penyebabnya,kau tak nampak depan mata kau macam
mana mak kau kena halau dari rumah,apa kau nak suruh aku buat?Tengok?Tak buat
apa-apa?Ak..aku nampak dia kena halau Izzat..aku tak mampu nak tolong”tengking
Aizan.
“Kau tahu tak aku sakit,sakit sangat.Aku hampir gila bila
benda itu berlaku...Izzat aku sakit.Aku sakit...hati aku sakit.Aku bodoh
percaya sebab cinta...”hampir pecah suara Aizan sambil memegang dadanya.Dadanya
berasa sakit.
“Macam mana kalau aku cakap yang aku dah mula sayangkan kau...?boleh
kau bagi aku peluang?”sayu Izzat bersuara.Lirih mata Aizan memandang Izzat.
“Aku tak boleh nak tipu cakap yang aku tak suka kau,aku tak
boleh berjauhan dari kau,aku cuba paksa diri aku untuk berhenti sukakan kau
tapi aku tahu aku tak boleh tipu hati aku yang dah sukakan kau..”sebak suara
Izzat berkata.
“Jangan...jangan...jangan sayangkan aku....”hampir bergenang
air mata Aizan.Hampir terhenti jantung Aizan mendengarnya.
“Aku tak boleh anggap kau kawan saja..aku tahu benda tu
salah”
“Kalau diberi peluang abaikan semua benda tu..apa yang kau
akan buat?”berkaca mata Aizan.Lembut Izzat mendekati lalu mencium bibir Aizan
lama.Menitis air mata Aizan bersama perasaan sebak yang terkumpul.Mungkin ini
peluang yang dia ada?Hatinya sakit.
“Jangan Izzat..”dia menarik bibirnya menjauhi Izzat.
“Pandang mata aku cakap yang kau tak sayangkan aku...pandang
mata aku Aizan...”lembut suaranya berkata sambil memegang bahu Aizan.
Hampir pecah dada Aizan mendengarnya, perlahan-lahan dia
menarik nafas sambil menatap mata Izzat.Mengumpul semangat malahan melenyapkan
perasaan yang mula bercambah.Sekelip matanya wajahnya bertukar menjadi beku
tanpa sebarang perasaan.
“Aku tak pernah sayangkan kau walau..walaupun sebesar titik
dalam hati aku tak wujud sayang aku pada kau..tak pernah terdetik di hati aku
untuk cuba cintakan kau”hati Aizan menangis semahu-mahunya.Wajahnya masih kekal
beku tanpa perasaan.
Jantungnya bagaikan direntap.Mungkin inilah permulaan dan
pengakhirannya?
“Walaupun kau tak sayangkan aku,aku tetap sayangkan kau
sampai bila-bila Aizan..jaga diri elok-elok.Jangan tinggal solat.Maafkan aku...”dia
menarik kepala Aizan mendekatinya.Lembut dia mencium dahi itu.Lama seolah-olah
itulah kali terakhir dia jumpa Aizan.Dia sudah berjanji untuk tidak menangis
demi cinta lagi namun air matanya tetap degil.Perlahan menitik di samping wajah
beku yang di pamerkan.
Hatinya nekad untuk membalas dendam.
Bersambung...
Smkn menarik. kipidap
ReplyDeleteThank you.Hehe.Hope Enjoy ya
Delete