Sunday, 8 February 2015

Unrequited Love

Part 2

Mungkinkah ini peluang yang dia ada untuk meluahkan semuanya?Namun untuk apa?Apa yang dia harapkan dari luahan itu.Supaya Syafiq terima dia tinggalkan gf dia?Macam tu?

Haris mengesat air matanya yang hampir menitis.Pilihan ada dalam tangan simpan atau terus terang?Dia menarik nafas seketika untuk menghimpun kata-kata. Syafiq masih memandangnya.Pandangan yang tak dapat di tafsirkan.

“Ak..aku…”Haris masih teragak-agak.Bukankah itu sudah jelas menunjukkan yang dia ada perasaan pada Syafiq?

Syafiq bergerak mendekati Haris dan berdiri di hadapannya.Dia memegang muka Haris sambil merenung ke arah mata Haris.

“Jujur dengan aku,kau sukakan aku ke Haris?”tanya Syafiq dengan serius.Haris cuba melarikan anak matanya.Matanya kembali berkaca.

“Ak..aku minta maaf Afiq.Aku minta maaf sebab suka dekat kawan baik sendiri.Ak..aku tak sengaja..aku minta maaf Afiq..sebab dah lama sukakan kau.”Haris berkata.Nada suaranya sudah berubah serak.Syafiq melepaskan genggaman pada muka itu.

“Aku berharap sangat kau cakap tak….”Syafiq melepaskan keluhan berat.

“Kenapa Ris..kenapa Ris?”Haris menatap wajah Syafiq yang terluah kekecewaan itu.Betapa pilu hati Haris apabila melihat wajah yang kecewa dan seperti jijik melihatnya.Reaksi itulah paling dia takut.

“Afiq aku pergi dulu…”perlahan dengan langkah yang longlai dia berjalan.Air mata yang cuba di tahan kini mula membasahi di pelupuk mata.Dia mengesat perlahan air mata itu.

“Selamat tinggal untuk selamanya Afiq…”perlahan juga dia menutur kata itu sehingga hampir tidak kedengaran suaranya.Untuk berpatah balik tidak mungkin.Untuk memujuk,mereka bukan pasangan kekasih.It’s to sad because you only have one best friend and right now you have none.

20 December

Sekarang semuanya dah terluah.Tak jadi rahsia.Soalan yang aku tak dapat jawab td ‘kenapa ris..kenapa?’Bila tengok reaksi muka dia tu,aku rasa macam nak menangis sangat.Jijik sangat ke aku?Aku tak pernah pilih untuk jatuh cinta.Tapi even aku explain mampu ke kau faham?Aku faham kalau kau rasa malu nak berkawan dengan aku.Biarlah aku je yang mengaku,aku kawan kau walaupun kau tak nak.Afiq aku minta maaf.Aku minta maaf.

Haris menutup diarinya.Matanya basah.Dia masih ada air sembahyang Isya tadi.Dia mencapai AlQuran.Dia bukanlah orang yang alim malahan jauh sekali tapi tatkala hati dia sedang bersedih dia berharap agar kesedihan itu berkurangan dengan bacaan ayat quran itu.Entahlah tak tahu kenapa hatinya berasa sangat sedih.Macam pilu,macam sakit sangat.

Perlahan dia membuka surah Al-Mulk dan membacanya dengan lembut.Perlahan-lahan dia mengesat air matanya.

***********************

27 December
Dah seminggu berlalu.Dia masih tidak bercakap dengan aku.Aku seboleh-bolehnya ingin mengelak dari jumpa dia.Aku ada juga usha twitter dia kot-kot ada dia luahkan perasaan ke apa.Senyap je.Hanya retweet benda-benda biasa ja.Dah kalah orang yang putus cinta.Haha.Ya,lah apa yang aku expect kan?Siapa lah tak terkejut.Lepas seminggu ni hati dan perasaan aku dah makin stabil.InshaAllah tak breakdown macam haritu lagi.Jujur aku cakap dia lah lelaki pertama yang aku suka yang melibatkan perasaan.Yang mampu aku buat sekarang adalah kikis setiap perasaan sayang aku pada dia.Tapi mampu ke aku buat?Aku cuma harap dia tak bagitahu orang lain.Yalah,kadang-kadang disebabkan satu perkara hati orang boleh berubah.

Haris menutup diarinya dan menyimpan dalam locker.Dia mencapai handphonenya dan membuka playlistnya.Dia menekan lagu itu.Lagu kegemarannya dari dulu malahan apabila dia sedih,dia suka dengar lagu ini.

A drop in the ocean
A change in the weather
I was praying that you and me might end up together
It's like wishing for rain as I stand in the desert

But I'm holding you closer than most 'cause you are my heaven
I don't wanna waste the weekend
If you don't love me pretend
A few more hours then it's time to go

As my train rolls down the east coast I wonder how you keep warm
It's too late to cry

Too broken to move on

Perlahan dia mengalunkan bait lagu itu.Too late to cry,to broken to move on.It does have a very deep meaning.Sedang dia mengelamun pintu biliknya diketuk dan terjengul kepala kawan Syafiq.

“Kau tahu tak Syafiq kat mana?”

“Entahlah,dia tak cakap apa-apa pun.Kenapa?”

“Pelik pula perangai dia seminggu ni.Senyap je.Kadang-kadang mengeluh,mengelamun”

“Hurmm..ada masalah dengan Gf dia agaknya..”lemah Haris berkata.Dia cuma berharap bukan dialah penyebabnya.


*****************

31 December

Hampir 10 hari.Itu jumlah hari hidup aku tanpa Syafiq.Dalam kata yang sebenarnya memang  tidak bercakap langsung.Malahan jika kebetulan kami keluar waktu yang sama aku akan keluar ikut pintu lagi satu dia keluar ikut pintu hadapan.Masing-masing tidak mahu membuka bicara.Mungkin dia better macam ni?mungkin ini salah satu jalan yang ditunjukkan untuk aku lupakan dia.Agak-agak dia sihat tak?Walaupun mungkin dia tak akan mengaku aku kawan dia,tapi aku tetap akan jadi kawan dia dalam diam macam mana aku sayangkan dia dalam diam.Satu yang aku belajar,kau tak boleh paksa perasaan kau untuk lupakan orang dalam jangka yang sekejap.Perasaan bukan macam barang-barang yang boleh sekejap ada sekejap tiada.Benda ni melibatkan emosi,hati dan penerimaan.Syafiq maafkan aku kerana masih sayangkan kau.I hate it because I love you.

Haris memeluk diarynya rapat-rapat seolah-olah itulah nyawanya.Itulah temannya ketika dia gembira,sedih dan banyak lagi.

Esok dah masuk tahun baru masihi.Kalau dulu,time macam ni Syafiq akan paksa dia keluar jalan-jalan.Ada juga dia tanya kenapa tak bawa girlfriend dia sahaja?Dia cakap bahaya bawa perempuan malam-malam.

Sedang dia mengelamun untuk tunggu waktu solat Isya’,satu mesej dari wassap masuk.Dia membaca mesej itu.Dari Syafiq.Berdebar sewaktu buka mesej itu.

We need to talk-Syafiq
Ok.kat mana?-Haris
I pick u up aftr isya-Syafiq

Ok.dh smpai msg-Haris

Mungkin ini pengakhirannya?Haris hanya mampu berdoa yang terbaik.Selepas solat dia menukar pakaian dan tidak lama selepas itu,mesej baru masuk.Dia membaca seketika dan terus keluar dari bilik.

Sepanjang perjalanan mereka berdua hanya diam tanpa bicara.Sewaktu masuk dalam kereta tadi pun Syafiq hanya diam tanpa memandangnya.

Syafiq membawanya ke tempat yang mereka selalu pergi time new year.Dia keluar dari kereta dan mereka berjalan seiring ke tempat yang mereka selalu duduk di mana kurang orang atau senang cerita tak ada oranglah.

“Ingat tak lagi time tahun lepas kita pergi kau cakap kau suka tempat ni sebab angin dia sejuk?”perlahan Syafiq berkata sambil memandang Haris.Haris mengangguk lemah.

“Afiq,please straightforward je..aku tahu kita masing-masing tak nak flashback semua ni”Haris memintas.

“Mula-mula aku tahu dulu…”dulu?Haris memandang Syafiq tidak percaya.

“Du..dulu…?kau tahu dari dulu lagi?”Haris bagaikan hilang kata.

“Ya..time first-first aku tahu dulu aku mengaku aku marah sangat sebab aku tak sangka kau akan perasaan dekat aku.Aku admit terbit juga rasa jijik mula-mula dulu.Lama juga aku fikir dulu.Aku hampir putus asa.Hampir berbulan-bulan aku spend je masa dengan kau sebab nak perhatikan kau.Aku admit aku kagum sebab aku tak sangka kau bukan seperti apa yang aku fikirkan.Kau sendiri tahulah orang describe gay ni macam mana..”lembut Syafiq berkata.

“Macam mana kau tahu..”sebak dia mendengar penjelasan Syafiq.

“Kau terjatuhkan satu kad birthday yang aku bagi.Dalam kad tu ada gambar aku kau tampal, dengan ayat ‘I love you Syafiq sangat-sangat’.Bila aku tengok gambar itu aku pun nak tergelak sebab nasib baik gambar handsome”Syafiq berkata sambil tergelak kecil.Muka Haris sudah merah padam.Malu gila.

“Bila aku tanya kau hari tu aku berharap sangat kau jawab tidak sekurang-kurangnya aku boleh menipu diri sendiri yang aku tak pernah tahu kau suka aku tapi kau jawab ya.Bila aku tanya kau kenapa kau tak jawab.Bila aku dapat kepastian dari kau sendiri,aku rasa sedih sebab aku rasa macam benda ni merosakkan”Syafiq berkata.

“Afiq,jujur aku cakap yang aku tak harap langsung yang kau akan balas perasaan aku.Aku tak pernah langsung berharap cuma aku minta maaf sebab aku masih cuba untuk lupakan kau..”

“Sepanjang aku luangkan masa dengan kau jujur aku cakap kalaulah boleh jatuh cinta pada lelaki dah lama aku suka kau.Kau baik,kau suka dengar aku cerita,kau tahu apa yang aku suka.Makin lama aku spend masa dengan kau banyak benda yang aku belajar.Kau bukan macam benda-benda yang aku baca dekat internet.Aku tak tahu kenapa kadang-kadang hati aku terdetik untuk suka kau balik.Aku ambil masa seminggu lebih untuk tengok apa yang berlaku”Syafiq berkata.

“Bila aku nampak kau sedih time aku beli rantai tu senyap-senyap aku beli ni..”Syafiq menghulur ukiran kayu berbentuk daun.Atas ukiran tu ada acronym S & H. Terketar-ketar Haris menyambutnya. Akhirnya,setitis air mata jatuh di atas ukiran itu.

“Ken..kenapa kau tak benci je aku Afiq…”tersedu-sedu suara Haris.Syafiq memandang Haris lama sebelum teragak-agak menarik Haris merapatinya.Dia memegang perlahan wajah Haris.

“Selamat tahun baru…Haris…..”lembut Syafiq berkata seraya mencium dahi Haris perlahan.Haris pula sudah tidak dapat menahan perasaan sebak yang menghimpun dalam dadanya.

Bersama dengan letupan bunga api tanda tahun Masihi sudah bertukar.

1 January

Aku tak tahu macam mana aku patut describe benda tadi.Tapi separuh hati tersangatlah gembira.InshaAllah persahabatan aku dengan Syafiq akan ok.Cuma aku sendiri tak pasti benda itu akan jadi sama lagi atau tak macam dulu.Aku rasa kena tunggu dan tengok apa yang berlaku.At some part aku bersyukur sangat sebab dia tak putus kawan dengan aku.Tak macam kawan-kawan baik yang lain lepas tahu terus serang and putus kawan.Patutkah aku terus sayangkan dia dalam diam lagi?Mungkin aku patut belajar lupakan dia?Jujur aku cakap aku tak harap dia akan balas perasaan aku.Aku lebih suka love aku one sided  biarlah aku je yang rasa pedih,sekurang-kurangnya ada orang sayang dia macam aku sayang dia.Biarlah aku yang mengorbankan perasaan aku untuk bagi kebahagian untuk dia.So lepas ni,kena plan untuk distantkan diri sikit sebab dia tahu.Pasal kad tu pun aku cuai sangat,mcm mana kalau orang lain yang jumpa?Mati aku!


Haris menutup diarinya dan berbaring di atas katil.

Tamat Part 2

p/s:Ini one of my fav lagu,i dont why aku sangat suka lagu ini.So part 3 coming soon a.k.a final part.



12 comments:

  1. Finally.. part 2.. nice story writer.. ☺☺☺

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq Mike.I guess never notice you before :)

      Delete
    2. huhu.. im your silent reader Adam.. n i keep waiting for the next episode Akhirnya :)

      Delete
    3. Ohh.Tq dear.yg tu pun dalam progress

      Delete
  2. Saya tak pernah baca sebarang cerpen atau novel PLU kat blog orang sebab saya tak suka citer rekaan. Tapi awak cakap, ini citer betul. Gigih saya ikut baca. Nice story. But I guess, it's still an unrequited love. :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.Indeed.It's ok because mostly novel would sum up about a perfection..

      Delete
  3. Thanks Adam Hakim. :')
    I wish i had a friend like Syafiq. i've met someone like him before, unfortunately masing2 membawa haluan sendiri....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Welcome dear.It's ok.Actually,the situation was much more complicated so i'm summarize all together..sebab Syafiq ambil masa juga utk digest benda yg taboo mcm ni and alhamdulillah dia sygkan persahabatan dia dengan Haris.Fortunate at least u met someone like him while i never met one..

      Delete
  4. Nice giler cite ni...menarik sgt... Alhamdulillah Syafiq boleh buat keputusan yg susah nk dibuat oleh someone..bukan senang nk jmpe orang yg cmni...sebab sometime kita need dua masa yg berbeza untuk terima someone tu..
    1)masa untuk terima pe yg dia ckp kat kita
    2)masa untuk terima diri dia...

    Kami tabik kat Syafiq tu... X sabar nk tggu sambungan dia...

    ReplyDelete
  5. And kalo boleh la..boleh x kami nk cite penuh untuk unrequited love ni sebab Abg ckp cite ni Abg dh summarized kan...so kami teringin nk baca detail about Haris and Syafiq..

    ReplyDelete
  6. kiss la dahi aku gak... mcm "dulu2"....

    ReplyDelete