Saturday 28 June 2014

Bulan Ramadhan


Selamat menyambut puasa to all my readers.Jangan nakal-nakal time bulan puasa(nnt kena ganti).Jika tahun lepas puasa kita kurang bagus maka tanamlah dalam hati bahawa tahun ni kita akan buat lagi baik dari tahun lalu.


Jangan jadikan alasan "saya banyak dosa,saya kotor untuk apa saya puasa?"Sorry for saying that.That was just a pathetic excuse and quite lame. Apa yang wajib cubalah untuk kita tunaikan,yang dosa dah kita boleh di mohon ampun pada Allah di bulan puasa dan bukan bulan puasa sahaja tetapi sampai akhir hayat hidup kita.

Selagi hayat terkandung bersama nyawa kurniaan Allah buatlah sebaik mana kebaikan yang kita mampu walau seteruk mana hidup kita.Like I told before this only you can shape your life and destiny.

p/s:Story 15,16 akn difikirkan kemudian untuk update atau tak...hehe


Thursday 26 June 2014

Pencuri Cinta

Story 14

5 tahun yang lalu

Syamil tidak dapat menumpu kan perhatian sepenuhnya pada kelas hari ni.Apa yang cikgunya ajar tidak langsung singgah di otaknya.Semuanya terkeluar.Dia mengeluh dan terus mengeluh.Dalam kepalanya asyik terfikir kan Adam sahaja.Tiba-tiba dia terfikir adakah Adam sudah letak ubat guna-guna dalam makanan atau air dia?Apa yang jadi pada aku ni?Dia mengeluh lagi.Tak akan lah Adam bangang sangat.

Sedang dia menarik beg keluar dari laci meja tiba-tiba 1 card jatuh.Dia melihat penulisnya,Adam?Apa lagi yang dia nak.Kad tu bertulis:

“Aku masih tunggu jawapan kau tentang ajakan aku tu.Malam ni”

Ada sebab kenapa dia tak nak ikut.Bukan hanya sebab hari tu.Dia jadi takut,jika bertambah rapat nanti dia yang tidak bersedia untuk lepaskan, dia takut jadi makin sayang.Dia takut,dia sangat takut dia tinggalkan.Dia tak bersedia.

Syamil memasukkan kad dalam beg.Hisham yang melihat Syamil seperti hilang semangat menyapa dan menegur Syamil.

“Kau ok Syamil?”tanya Hisham

“Err..aku ok je”jawab Syamil pendek.Dia bergerak keluar dari kelas.

Itu sifat Syamil yang pada Hisham sangat merisaukan.Dia tidak suka bercerita masalahnya baik sakit,problem,atau belajar.Semua dia pendam.Dia lebih suka mendiamkan diri.Dia lebih suka berahsia.Syamil seorang yang sangat-sangat perahsia.Baik perihal family,kawan-kawan dan lain-lain semua dia simpan kemas.

Prinsip hidup Syamil.Diam bukan bermakna kita kalah kita cuma berusaha untuk mengelakkan pergaduhan.Lagipun bagi Syamil “Never argue with idiot people”.

“Syamil tunggu aku”

Selepas solat asar dia berteleku atas sejadah sambil berdoa pada Allah.

“Ya Allah ampunkan dosa ibu bapaku.Dosa aku sendiri,adik beradikku ,kawan-kawan dan guru-guruku dulu,kini dan akan datang.Ya Allah,berikanlah keberkatan kepada mereka.Berikanlah kemudahan dan kebaikan pada mereka.Berikan lah rahmat dan keberkatan kepada orang yang aku sayang tapi tidak boleh aku miliki sampai bila-bila iaitu Adam.Lindungilah dia.Ampunkan dosaku kerana mencintai seorang lelaki.Tolong hapuskan perasaan cinta dia pada aku jika ada.Amin”hampir menitis air mata Syamil membacakan doa.Perasaan sebak dan pilu menyerang dalam hatinya.
Dia meneruskan lagi dengan membaca Al-quran agar hatinya tenang.Ketenangan yang perlu dicari bukan di bina.Namun di mana nila ketenangan itu jika hati sendiri berbolak balik.Perlukah dia mengikut kata hati sedangkan bila nafsu sudah mula menguasai diri tiada guna lagi?Dia buntu.Dia keliru.Apa yang patut dia buat?

Selepas prep malam,Adam masih gelisah menanti jawapan dari Syamil.Dia rasa sudah tidak boleh bertenang lagi.Kenapa dia rasa macam ni?Kenapa dia nak sangat Syamil ikut?Entah.Yang pasti dia tidak sanggup berjauhan dengan Syamil.Sedang dia berfikir-fikir tiba-tiba pinu biliknya di ketuk.Dia pun dengan pantas ingin membuka pintu.Sebaik sahaja di buka Adam mengeluh kekecewaan.

“Wehh,macam mana Dam?Jadi tak kau ikut?Syamil jadi?”tanya Akmal dengan penuh semangat.

“Ermm,nanti aku bagi…”belum sempat Adam menjawab Syamil muncul di hadapan pintu bilik Adam.

“Adam aku nak cakap sikit dengan kau.Berdua sahaja”Syamil menekan ayat berdua sambil mengerling ke arah Akmal tajam.

“Ok.Ok.Biasalah couple nak manja-manja kan”kata Akmal sinis.

“Akmal…”Syamil sudah mula mengerutkan dahi.

“Bye sayang….”kata Akmal sambil menyentuh pipi Syamil.Syamil menepis laju tangan Akmal.Akmal berlalu dengan tawa yang sungguh menyakitkan hati.

Adam menarik tangan Syamil dan mengunci pintunya dari dalam.

“Macam mana Amil?”

“Kalau aku cakap tak nak?”tanya Syamil sambil merenung Adam.Adam memandang Syamil tajam lalu dengan segera menolak Syamil ke atas katil dan menindihnya.Adam mengunci pergelangan tangan Syamil dan kakinya.

“Betul kau tak nak pergi?Betul?”kata Adam.Syamil diam.Diam tanpa kata.

Adam mula mencium pipi Syamil.Syamil mula meronta-ronta minta di lepaskan.Tidak cukup pipi kanan pipi kiri menjadi mangsa.Tidak cukup itu dahi,leher Syamil menjadi mangsa.

“Kau nak pergi tak?Aku boleh buat benda ni sepanjang malam”kata Adam sambil mencium pipi Syamil lagi.

“Tak nak..”Syamil masih berkeras.Adam memikirkan jalan terakhir.Dia menarik nafas kerana dia tidak pernah bercium mulut ke mulut.Dia mula merapatkan bibirnya pada bibit Syamil.Syamil memalingkan muka.

“Ok..ok.Aku ikut.Puas hati kau?”Syamil akhirnya bersetuju.Itu salah satu perangai Adam yang dia tidak suka iaitu suka memaksa orang.Akan guna apa cara sekalipun untuk pastikan hasratnya tercapai.Dia paling menyampah perangai memaksa.

*****************
Zaman Sekarang

Suasana tempat itu yang gelap dan sunyi membuatkan hati En.Syazwan berdebar-debar.Dia terus berjalan dan berjalan dengan perlahan.Tiba – tiba dia terdengar suara memanggil namanya.Dia mencari-cari di mana datangnya suara itu.

“Ayah…ayah”

En.Syazwan lantas berpusing dan melihat anak lelakinya Syamil dengan keadaan yang kusut,kotor dan wajahnya yang jelas sedih,sayu dengan mata yang berair.

“Ayah,amil minta maaf.Ayah…maafkan amil”kata Syamil sambil melutut di atas tanah.

“Ayah..maafkan Amil”bersama dengan air mata yang berjuraian.

Basah pelupuk mata En Syazwan melihat air matanya.Anak kesayangan dia dalam keadaan sebegitu rupa betul-betul meruntunkan jiwanya.Hati seorang ayah yang terluka tapi dia tidak pernah bencikan anaknya.Hiba sungguh dia melihat keadaan anaknya.Dia cuba menggapai tangan anaknya namun dia seperti menggapai angin.Apa yang berlaku?

“Amill..aya…ayah”    
      
“Amil tak bersalah ayah,tolong amil ayah,amil sakit sangat ni”

Berjurai air mata En Syazwan melihat anaknya merintih dan merayu.Tapi hatinya keras tidak mahu menerima hakikat itu.

“Ayah…amil rindu sangat dekat ayah.Rindu sangat.Sangat”bersama tangisan yang masih membasahi wajahnya.

Tiba-tiba Syamil berdiri di hadapan ayahnya.

“Amil sentiasa sayangkan ayah.Amil sentiasa sayangkan ayah.Amil sayangkan ayah sampai bila-bila walaupun berkali-kali ayah benci Amil.Amil cuma sayangkan Ayah”kata Syamil perlahan sambil menunduk dan mencium dahi Ayahnya lama.Lama seperti pergi tidak akan kembali lagi.Ke mana anaknya ingin pergi?

“Syamil..Amil..Amil..”

Rindu seorang ayah pada anaknya.Namun kenapa hatinya terlampau keras untuk maafkan anak sendiri?Besar sangat kah  kesalahan anaknya sehingga bertahun-tahun tidak bercakap?Bertemu mata apa tah lagi.Orang tidak tahu apa yang berlaku.Hati tuanya terluka gara-gara anak kesayangan sendiri membuat onar.Dia sakit.Sakit yang amat.Dia menangis sendiri.

****************
Zaman Sekarang

Akmal yang sedang duduk di hadapan laptopnya terpinga-pinga apabila Farhana masuk ke dalam biliknya sambil merungut-rungut.

“Apehal ni ana?”

“Laptop ana rosak,mal tengokkan jap boleh?Da la berlambak assignment nak submit ni”

“Jap ea,Ana guna lah dulu laptop Mal..ada save kerja dalam pendrive?”

“Ada juga sikit-sikit”kata Farhana masuk semula ke biliknya dan mengambil pendrive dan kembali.

“Mal pergi tengok jap”kata Akmal sambil tersenyum sinis.Tak sangka rancangannya berjaya dengan mudah.

Farhana memasukkan pendrivenya dan mula mencari kerjanya satu persatu dan menghantar emel yang perlu dahulu.Selepas siap menghantar emel,dia melihat kalau-kalau ada perkara yang menarik di desktop Akmal.
Tiba-tiba dia terperasan 1 folder bernama “S & A lovely moment”.Apa tu?Tangannya gatal je nak buka tapi bagi dia itu tidak menghormati privasi orang lain.Tapi mesti gambar akmal dengan girlfriend dia.

Dia pun menekan folder itu.Terkejut.Tergamam.Tidak sangka.Itulah perasaan dia sekarang.Gambar-gambar Syamil.

Gambar Syamil mencium seorang lelaki.Gambar Syamil tersenyum memandang lelaki itu.Gambar lelaki itu mencium dahi Syamil seperti  pasangan kekasih.

“Ana,apa yang ana buat?”tanya Akmal di belakang dengan riak muka yang marah.

“Kenapa Ana sesuka hati nak buka folder latop mal?Ada minta kebenaran?”jerkah Akmal.

“Sorr..sorry Mal.Ana tak sengaja”Farhana tergagap berkata dan berlari keluar.Suaranya berubah menjadi pilu.Sebab tu ke Syamil tolak dia?

Akmal hanya tersenyum.Misi 1 dah berlangsung dengan mudah.Mula-mula kena racun fikiran Farhana supaya dia tidak percaya pada Syamil kena tonjolkan betapa jijiknya Syamil.Dia kena tunjukkan bahawa Syamil adalah tak guna.Syamil tidak ada maruah.

Misi 2?Tunggu dan lihat macam mana dia akan buat Syamil dan Adam merangkak mencari dia.Kalau boleh dia nak Syamil sujud merayu pada dia.

********************
Zaman Sekarang

Adam yang geram dengan cabaran Syamil pantas menarik memaut pinggang Syamil merapatinya.Syamil sudah mula menggelabah.Makin dekat-dekat.Omg public.Public.

Adam sudah mengetatkan pelukannya.Dia mula merapatkan mukanya ke wajah Syamil.Adam memang suka mengusik Syamil kerana baginya apabila Syamil kelam kabut dia nampak sangat cute.Syamil sudah mula gelabah tanpa berfikir panjang Syamil mengangkat kakinya dan menendang di kelangkang Adam.Adam yang terkejut dan kesakitan itu melepaskan Syamil.

“Aduhh,Syamil kau…”kata Adam sambil tertunduk-tunduk.

Syamil yang terkejut dengan tindakan dia sendiri mula rasa serba salah.

“Adam,sakit sangat ke?”tanya Syamil risau.

“Tak adalah,sedap la sayang..sakit lah bangang!”marah Adam sedikit.

Syamil yang terkejut mendengar hamburan Adam hanya tersengih saja.Dia hanya mampu memandang Syamil yang ingin berlalu pergi.Dia cuba mengejar Syamil.Syamil sempat lagi tergelak melihat keadaan Adam.

Selepas melihat kesusahan Adam untuk bangun dia membantu Adam.Adam hanya tersengih.Rupa-rupanya Adam datang dengan kawan dia.Selepas mereka membeli makanan,Adam ingin menumpang pada mulanya Syamil berkeras untuk tidak bagi lama-lama dia malas nak melayan.

“Amil jom la makan sekali dengan aku,bosan la makan sorang-sorang”

Syamil sudah mengeluh.Tak apa lah,dia pun bosan makan sorang-sorang.Selepas makan mereka berdua hanya mendiamkan diri.Sunyi tanpa kata.Syamil mula bangkit untuk pulang tapi Adam menarik tangannya.

“Aku nak satu lagu untuk kau.Mesti kau ingat lagu ni”Syamil yang baru bangun duduk semula.Adam mengeluarkan gitarnya di tepi meja.

“Sukarnya 'tuk ku melupakan
Sinar matamu yang menawan
Terbayang-bayang tiap masa
Senyuman mu menggoda”

“Kehangatan terasa di jiwa
Tika kau lafaz kata cinta
Nafas terhenti seketika
Seakan sukar ku percaya
Ooh.oh.”

Syamil tergamam.Dia ingat lagu ini.Lagu malam itu.Lagu malam tu.Tajuk dia ku juga mencintaimu.

“Ku juga mencintai dirimu
Mengapa sukar ku luahkan
Bukan sengaja ku menahan
Bibir membeku lidah terkelu”

“Ku juga mencintai dirimu
Kau amat sempurna buatku
Bukan saja aku biarkan
Kan ku ucap jua padamu”

Betul ke Adam?Betul ke selama ni kau pun ada perasaan pada aku.Betul ke Adam?tanya Syamil dalam hati.Kenapa buat aku macam ni?Aku selalu cintakan kau walaupun aku tak boleh miliki kau sampai bila-bila.Adam,aku cintakan kau.Kau dah curi hati aku,kau da curi cinta aku.Kau curi perhatian aku.

Untukmu kekasihku
Cuma satu yang belum terluah
Kalimah cinta kau nantikan
Bila masa dan ketika
Tidak dapat ku menjawabnya
Ohhh..

Ku juga mencintai dirimu
Mengapa sukar ku luahkan
Bukan sengaja ku menahan
Bibir membeku lidah terkelu

Ku juga mencintai dirimu
Kau amat sempurna buatku
Bukan saja aku biarkan
Kan ku ucap jua padamu

Semalaman ku menunggu panggilanmu
Pabila terdengar suaramu
Ku terlupa segalanya

“Aku tak tahu Syamil.Aku tak tahu sama ada aku cintakan atau apa.Tapi yang pasti aku tak boleh berjauhan dengan kau.Aku rasa sakit”kata Adam dengan penuh sebak.

Syamil mengesat matanya yang berair.Mata berhenti menangis.Syamil mengesat air matanya cepat.Adam mendekati Syamil.Memeluk Syamil rapat.Perlahan mencium dahi Syamil.Syamil memejamkan mata.

Syamil mendongak dan merapatkan bibirnya pada bibir Adam.Air matanya mengalir laju.Adam membalas ciuman Syamil dengan penuh syahdu.

“Aku cintakan kau Adam”perlahan Syamil berkata.Adam membaringkan Syamil di atas katil.Syamil terdiam.Adakah akhirnya dia akan memilih nafsu?Adakah dia memilih cinta?Wujudkah cinta tanpa nafsu?Ataupun cinta sahaja tidak cukup?Tak dia tak nak pilih nafsu kerana nafsu hanya mampu membawa kemusnahan jika tidak dikawal.


Bersambung……………

p/s:Enjoy this part k?Any komen boleh tulis and any suggestion i will consider it ^_^

Sunday 22 June 2014

Pentingkah pride itu?

Selamat malam dan hai.

Bila aku baca kisah-kisah org ataupun ada org yg pm aku about their life,I cant stop thinking and wondering kenapa sesetengah org boleh jadi macam tu?Kenapa perangai macam “nokharom” or “haram jadah sgt”.

Macam aku sangat tak paham dengan kehidupan sesetengah golongan plu yg terlampau bergantung kepada boyfriend masing-masing especially yang dapat boyfriend loaded dan seangkatan dengannya.Tak aku tak paham,dan kalau boleh paham kan aku kenapa kau boleh jadi berlagak sangat? This not included the bad behaviour that you show in front other people in public which something quite an idiot done is being proud with your lover’s penny. Seriously?

Kenapa lokek sangat nak keluarkan duit?So kalau  untuk beli tshirt yg diri sendri yang harga 10 ringgit pun kena pakai duit BF kau?So kalau makan memang tak reti nak hulur duit untuk bayar sendiri?Memang xboleh hidup lah kalau guna duit sendiri?

Please hidup jangan nak bergantung dengan boyfriend kau.Grown up la,you are not small brat child anymore.Kalau nak sesuatu yang mahal tu,kumpul duit lama pun tak apa yang penting duit kau sendiri,puas sebab titik peluh kau sendiri sebab hati manusia kita tak boleh jangka.Nanti dia ungkit semua benda tak malu ke?

Prinsip aku kalau duduk dalam dunia plu ni jangan rendahkan martabat sendiri dalam sistem masyarakat.Kena ada pride,jangan sesuka hati nak terima pemberian without strong or vivid or solid reason.Jangan murah sangat dalam hidup,jangan tunjuk sangat hidup at the bottom of pyramid of people community.

Buat lah sesuatu atas usaha dan gigih kau sendiri.Kurang kan kebergantungan pada orang lain especially in term of money,materials and so on.

Plus,ada beberapa bloggers yang tak gemar apa yang aku share and said.They said im hypocrite,not being myself.Yes I do.But seperti apa yang aku selalu aku cakap seteruk macam mana pun kita biar la ada sesuatu yang kita buat memberi manfaat pada orang lain walaupun sikit sebab kebaikan itu tidak wajar di adili dengan baik,buruk seseorang itu.


Sekian,btw tengah writing story 14.Wait ya ^_^

Friday 13 June 2014

Pencuri Cinta

Haha.Tak jadi nak post 20 aribulan.Tiba-tiba mencurah2 pulak idea pagi tadi.Maaf lambat.And enjoy the story please.By the way for your info story ni tak panjang mana.


Story 13

Zaman Sekarang

Syamil sudah mula geli-geliman.Adam menyambung tidurnya semula dan Syamil sudah mula gelisah.Dia nampak mata Adam bergerak-gerak.

“Adam,bangunn sekarang!!Kau jangan nak pura-pura tidur pulak eh”Syamil memarahi Adam.

“Apa..bising-bising pagi-pagi?”

“Bising?Kau jangan buat-buat tidur pula”kata Syamil sambil berdiri di sebelah katil.

Adam masih mengeraskan diri dan tidak mengendahkan amukkan Syamil.Syamil membeliakkan matanya tanda tidak percaya dengan Adam yang masih boleh tidur.Dengan cepat Syamil menarik selimut dan bantal golek Adam.Adam menarik kembali selimutnya dan memeluk bantalnya.

“Ahhh,tak nak gerak.Ngantuk lagi”

Syamil menggunakan seluruh tenaganya menarik kedua-kedua benda itu.Kini Adam yang hanya berseluar trek paras lutut dengan tidak berbaju terbentang di hadapan matanya.Wow,seksinya dada dia, ada six pack lagi kat perut.Hati Syamil berkata.Oh my God,apa yang kau fikir ni Syamil?kata otak Syamil meningkah.

Adam membuka matanya yang kuyu itu tapi masih berbaring di atas katil.
“Bangun lah”

“Dah bangunlah”

“Bangun yang betul-betul bangun lah”

Tiba-tiba Adam mendapat idea yang jahat.Sambil tersengih-sengih dia pandang Syamil.

“Cium pipi aku dulu baru aku bangun”

“Apa?Gila ke?”

“Kau dah lah meraba aku.Kau ingat aku tak tahu.Aku berasa ternoda”kata Adam sambil memalingkan mukanya tanda dia bersedih kerana maruahnya diragut oleh Syamil.

Syamil bagaikan tidak percaya dengan ayat yang keluar dari mulut Adam.

“Adam…kau memang..”

“Minta cium sikit pun tak boleh”kata Adam sambil menyuakan mukanya pada Syamil.

“Gila…kau memang gila Adam”

Syamil lantas bergerak untuk keluar dari bilik Adam dengan pantas namun Adam yang nampak terus memegang tangan Syamil dan menariknya ke arah laci meja.

Adam membuka laci mejanya dan mengeluarkan satu kotak lalu membukanya.Syamil terkejut melihat isi di dalamnya.Syamil mengambil isi yang berada dalam kotak itu.Syamil memegang kedua-dua cincin itu.Cincin yang berukir namanya satu dan nama Adam satu.Dan tidak lupa jam tangannya yang Adam ambil 5 tahun lalu.

“Ingat lagi cincin dengan jam tu?”sambil mengambil dari tangan Syamil dan menyarungkan cincin itu.Syamil terkedu tanpa kata.Cincin yang sudah lama dia cari tapi dia tidak tahu Adam yang menjumpainya.

“Ad..adam..macam mana..”

“Shhhhuhhh..”Adam meletakkan jarinya pada mulut Syamil.

“Aku tak tahu kenapa aku rasa macam ni,tapi yang pasti aku tak boleh nak berjauhan dengan kau”kata Adam.

“Tak,tak…kita tak boleh macam ni Adam.Dah lupa ke dulu…”

“Shhuhhh…diam”kata Adam

“Kenapa kau simpan lagi?Aku ingat kau dah lupakan aku”

“Aku tak pernah lupakan kau Amil”

“Aku tahu benda ni salah tapi bagi aku peluang sekurang-kurangnya untuk jaga kau.Aku tahu kita sama-sama tak suka benda macam ni”

Syamil terus memegang cincin itu dengan jam tangan itu dengan mata yang berkaca.Adam menarik Syamil ke dalam pelukannya sambil menggosok kepala itu lembut.

“Aku sayangkan kau amil”

Syamil membalas pelukan Adam sambil berkata dalam hati ‘Aku cintakan kau Adam’.

**********************
5 tahun yang lalu

Ya.Dia memang betul-betul sedih.Dia melepaskan keluhan perlahan-perlahan.Tiba-tiba dia berasa ada tangan memegang bahunya.Bulu romanya naik serta merta.

“Syamil,kenapa sorang-sorang kat sini?”

Syamil lantas berpusing ke belakang dan melihat Adam berada di belakangnya.Muka Adam nampak sayu dan pucat.Syamil hanya memandang tanpa perasaan dan mendiamkan diri.Dia perlu menenangkan diri.

“Aku tahu kau marah,tapi aku tak bermaksud nak cakap macam itu..”

Tanpa sempat Adam menghabiskan ayat Syamil sudah memotong percakapan Adam.

“Diam”

“Syamil..aku”

“Diam Adam.Aku tengah berfikir”dengan lembut Syamil menyuruh Adam senyap.Adam tahu Syamil marah tapi dia tidak pandai untuk meluahkan kemarahannya.

“Perasan tak langit malam ni cerah dan nampak nyaman?ada banyak bintang?”kata Syamil lagi sambil tersenyum lalu menyerlahkan lesung pipitnya.

“Syamill..”Adam mengeluh lemah.

“Macam itu perasaan aku.Aku rasa gembira dan tenang.Kenapa aku nak marah dengan apa yang kau cakap tadi.Kita bukannya ada apa-apa pun.Bodohlah kalau lelaki dengan lelaki nak ada perasaan marah yang over macam orang bercinta pula dan aku tak sebodoh tu”kata Syamil dengan tenang.

“Tapi kau macam marah lagi”

“Tak lah,ada apa kau datang ni?Kau kan sakit lagi”Syamil berpaling pada Adam.Syamil tahu perangai dia yang lembut hati banyak menyebabkan dia di timpa masalah.Baginya selagi dia mampu untuk bertenang dan mengalah dia akan cuba.

Adam menarik nafas dan berhenti sejenak untuk berfikir.
“kan da nak masuk cuti sekolah.Aku ingat nak ajak kau pergi cuti.Kau nak ikut tak?”
“Tak nak”

“Kenapa pula kau tak nak ni Amil?”

Syamil memandang Adam dengan pelik.”Lah dah keputusan aku tak nak,kenapa aku kena bagi sebab pulak?”

“Kau kan kawan aku.So kau kena adalah”

“Aku bukan kawan kau”kata Syamil berlalu pergi.

“Syamil,syamil..tunggu la”

Sampai di bilik Syamil membuka lockernya dan mengeluarkan diari.Dia memang sangat suka menulis dalam diari tentang apa yang dia rasa terutama melibatkan perasaan.Nampak cam mengada pulak kan tulis-tulis konon boleh baca balik.

“Aku tak tahu kenapa aku macam terasa dengan apa yang dia cakap.Aku terasa juga sebenarnya tapi tak akan la aku nak cakap nampak mcm desperate pula.Aku tak tahu.Aku keliru.Aku tak pernah rasa macam ni.Aku rasa macam dah suka dekat dia.Tapi aku yakin dia bkn songsang or bengkok2 ni.Aku tak suka jadi benda-benda macam ni.Benda-benda yang tak diterima akal,luar fitrah.Patut kah aku ikut kata hati?”

Dia menutup buku itu lalu meletakkannya di dalam locker sebelum berbaring semula di katil.Terbayang muka Adam lagi.Adam senyum.Adam ketawa.Omg,aku gila ke apa?Aku dah jadi gila bayang ke?

Dia bergolek ke sebelah kiri.Nampak Adam lagi.Pusing sebelah kiri.Nampak Adam tengah senyum dengan dia.Dia lantas bangun dan menjerit.

“ARghhhhhh,kenapa kau ni menyemak dalam otak aku??”lantas dia menutup mulut.Gila ke apa jerit malam-malam buta macam ni?

“Kau ni kenapa Syamil,gila ke apa?Memekak je kerja..orang nak tidur pun tak senang.Kau nak melalak ke nak menjerit ke,boleh berambus dari bilik ni”marah kawan sebelah dia yang nampak terkejut sebab terbangun dari tidur di tengah2 malam.

Diam.Senyap.Syamil baring semula atas katil.

*****************
Zaman Sekarang

Selepas peristiwa peluk-memeluk dengan Adam membuatkan Syamil menjadi segan dan malu.Dia cuba menjarakkan diri dengan Adam.Tidak mahu terlalu rapat nanti padah.Kadang-kadang dia tak faham.Soalan yang bermain-main dalam minda dia:

“Adam nampak macam tak bersalah dengan apa yang berlaku”.yup..sebab dia macam tak tahu apa-apa.Syamil mengeluh lagi.

“Aku suka lagi dekat Adam?”tiba-tiba dia blusing sendiri sebab malu nak jawab walaupun dalam otak sendri je.Erkkk..hatinya mengutuk.

“Kalau Adam ajak couple macam mana?”Mestilah aku tolak dulu.Kena jual mahal dulu.Nanti nampak macam murahan pula senang terima.Jangan jual mahal Syamil,kau dah la tak laku.Sekejap,bukan dulu dia ada girlfriend ke?

“Adam tu kacak la.Dah la ada six pack.Kening lebat”See.Betapa aku selalu mengusha dia.Malahan bilik depan-depan pula.

Omg,apa yang aku mengarut ni?Dah-dah jangan jadi gila bercakap,senyum sorang-sorang kang ada yang call hospital bahagia suruh angkut pergi sana pula.

“Syamil,buat apa ni?kenapa cakap sorang-sorang?”tanya Adam sambil memandang sekeliling Syamil takut-takut ada yang bercakap dengan Syamil,dia yang tak perasan.

“Ya Allah.aku nak sorang-sorang dia pulak menyibuk kat jusco”kata Syamil dalam hati.Syamil membuat muka dan ingin berlalu masuk ke tempat baju-baju.Adam mengekori dari belakang.

“Jangan ikut aku boleh tak?”Syamil berpusing dan agak bengang dengan Adam.

“Tak nak.Suka hati aku la”

Tension betul la.Menyibuk betul.Tak ada tempat lain ke nak ikut aku?Syamil mendengus dan pergi ke tempat self care.Mulut terkumat kamit memaki Adam.Tapi perlahan je la.

“Tak baik mengumpat.Nanti muka cepat tua”kata Adam

“Suka hati aku la mulut aku.Muka aku yang tua”

“Oh,melawan eh..aku cium mulut kau baru kau tahu”

“Cium la kalau berani.Ingat aku takut?”kata Syamil.Choii,mulut aku ni memang tak boleh nak control betul la.Mulut ni pun satu.Bangang betul la.

Adam yang geram dengan cabaran Syamil pantas menarik memaut pinggang Syamil merapatinya.Syamil sudah mula menggelabah.Makin dekat-dekat.Omg public.Public


Bersambung…………

Thursday 5 June 2014

Clarification

Evening and assalamualaikum.

First of all,i would like to apologize to all my readers for waiting the next chapter and my post in this blog.Aku xboleh nak post apa-apa sebab busy with events and i was one of the director.And sekarang aku da final exam and finalised project design.

So any inquiries regarding on next chapter of pencuri cinta you guys kena tunggu until 20 May.Sorry sangat2.