Saturday 25 July 2015

Akhirnya...

Story 8


Baginya cinta,perasaan itu semua tidak harus wujud malahan kadang-kala benda itu menyusahkan.Itulah prinsip Fakhrul,jangan jatuh cinta kalau boleh.Cuma buat sedap-sedap tu boleh diterima lagi.

Dia menatap gambar yang di terjatuh dari kotak dalam file itu.Gambar dia memeluk seorang lelaki berkaca mata.Mesrakah mereka?Kenapa dia boleh lupa?Tiada nama pengiring cuma ada tulisan di belakang bertulis.

“Tamak sehingga mengorbankan kasih yang disemai”

Mindanya masih mengerah siapakah pemilik gambar itu?Siapakah lelaki dalam gambar itu?Fikirannya melayang walaupun dia ada meeting lebih kurang 40 minit lagi.Lamunannya terhenti apabila pintu biliknya diketuk.

Terjengul wajah yang dirindui itu,Aizan. Aizan tersenyum manis melihat bosnya itu.Rindu pula nak tengok muka bos yang handsome itu.Haha.Dia melabuhkan punggungnya sambil tersenyum.

Belum sempat Fakhrul menyimpan gambar itu,Aizan sudah mencapainya.Aizan menilik seketika gambar itu.Mula-mula dia tersenyum,tidak lama kemudian terhambur ketawanya.Fakhrul memandangnya dengan aneh.

“Kenapa gelak?”

Aizan masih ketawa terbahak-bahak.Tidak tahu kenapa dia terasa lucu melihat gambar itu.

“Sorry Fakhrul,is this your boyfriend ke?”

Fakhrul masih diam.Matanya merenung tajam ke arah Aizan yang seolah-olah mempermainkannya.

“Nope....tak mungkin dia..”

“Tak mungkin dia taste you kan...nerds,kulit pun nampak kusam...nampak macam miskin..geli tengok orang macam ni”Aizan sempat mengutuk pemilik gambar itu walhal hatinya sudah mula menggelegak.Sampai sekarang masih menafikan benda tu?Memang celaka betul.

“Ada apa En Fakhrul panggil I ni?”

Fakhrul berdehem seketika“Hurm,I ada meeting dengan client khamis ni so I ingat nak bawak one of my model time meeting tu”sebenarnya itu hanya alasan Fakhrul untuk mendekati Aizan.

“So kita berdua sajalah En fakhrul?”tanya Aizan berfikir sejenak.Otaknya ligat berfikir malahan rencana sudah mula terhampar dalam mindanya.Mungkinkah ini masa yang dia tunggu-tunggukan selama ni??

“Ya..berdua sahaja”Fakhrul tersenyum.Aizan terpana sebentar.Bukan kerana terkedu dengan ketampanan senyuman itu namun mengingati betapa bodohnya dia jatuh hati pada senyuman lelaki itu suatu ketika dulu.

*****************
Syafika berjalan ke arah Aizan yang sedang duduk di sudut hujung café itu.Aizan yang sedang mengelamun itu tersentak dengan kehadiran Syafika.Dia tersenyum sedikit memandang Syafika yang duduk di hadapannya.

“Woi,asal kau termenung ni?Macam mati bini je..”tegur Syafika.

“Tak adalah aku tengah berfikir..”

“Fikir apa sampai berkerut-kerut dahi aku tengok tadi”Syafika berkata sambil menghirup air di hadapannya.

“Hurmm adalah..hahahha”jawab Aizan sambil tersengih.

“Eleh,tak nak kongsi dengan aku..tak apa tunggu time kau merana,frust guling-guling cari aku siap kau”jeling Syafika.

“Hurm..Fika contohnya orang tu pernah sakitkan hati kau,buat kau merana kau rasa apa yang kau akan buat if aku ada satu peluang untuk balas semua benda yang dia buat pada kau?”mendalam pertanyaan Aizan.

Syafika terdiam sejenak.

“To be honest,if akulah memang nak balas dendam sebab tu je benda yang boleh puaskan hati aku but to what end?Sebab kadang-kadang dia tak dapat pun kembalikan apa yang kita hilang.Tapi macam biasalah benda ni senang cakap tapi nak maafkan pun susah.Mungkin kita maafkan tapi lupakan benda tu?Tak mungkin”

“Kau rasa kau mampu ke nak maafkan?”

“Benda tu susah nak cakap sebab dia bergantung juga.Kadang-kadang tu kau sendiri senang ke nak maafkan orang bilatahu kau lagi suka berdendam?Bila kau terluka dia ambil masa kan untuk pulih kadang-kadang makan masa juga and tak mustahil ada yang tinggalkan parut.Macam tu juga hati dengan perasaan kau.Dia ambil masa.Kita manusia biasa tak lari dari khilaf”panjang Syafika berkata.

“Hurmm..kau ni otak macam professorlah..hahha”lembut Aizan berkata sambil tangannya ingin menolak kepala Syafika.Syafika mengelak sambil menjeling tajam.

“Tangan tu..aku patahkan nanti.Hello,apa guna ada ilmu tak share..kahkah”Aizan hanya mengeleng-geleng kepala melihat kawan baiknya tergelak.

****************
Akhirnya,antara kasih sayang dan dendam,mana satu yang dia pilih?Baginya,benda itu harus dilaksanakan.Peritnya ingin mencabut duri dalam hatinya.Betapa sakitnya untuk merawat setiap luka yang wujud.

Tiba-tiba matanya ditutup dengan 1 tangan dari belakang.Nafas suam milik penutup mata itu terhembus lembut di telinganya.Meremang bulu tengkuknya.Tak boleh jadi ni,Aizan dengan pantas menyiku ke belakang.Telinganya sempat menangkap bunyi orang mengaduh kesakitan.Tidak cukup dengan itu dia mengilas tangan itu kuat.Well,fighting skills serve you.

“Aduhh..ganasnya sayang”

Dia lantas berpusing ke belakang.Matanya hampir terjojol melihat gerangan manusia di belakangnya.Izzat sudah terduduk kesakitan.Kenapalah,kau ada kat mana-mana je?Penat dia menjauhkan diri dari Izzat.

Itulah apa yang dia buat dari dulu,bila sukakan seseorang jauhkan diri,pura-pura tak layan dan kalau boleh dia tak nak rapat dengan orang tu.

“Aku nak ucapkan terima kasih sebab jaga aku.Hahaha”Izzat berkata sambil tersengih-sengih. Aizan memandang pelik ke arah Izzat,hai macam tak boleh nak bagitahu kat wassap saja.Paling sopan pun call lah.

Masih diam dan Aizan berpura-pura menyibukkan diri mengemas-ngemas mejanya.Tanpa sengaja,dia tertolak timbunan buku yang terselit gambar-gambar lama mereka.Izzat mengutip gambar yang terjatuh di kakinya.Izzat mengeluh berat.

“Kenapa kita macam ni Izan?”lembut dia berkata sambil merenung mata Aizan.Aizan melarikan matanya.

“Macam mana apa?”Aizan masih lagi selamba walaupun suaranya sudah bergetar.Izzat masih memegang gambar itu.

“Apa yang kau nak buat dengan gambar ni?”tanya Izzat mengeluh berat.Dia tidak tahu bahawa Aizan masih menyimpan dendam.Telahannya tepat.

“Kau tak layak nak tentukan apa yang aku buat..kau siapa..”Aizan bersuara dengan keras.Izzat bergerak mendekati Aizan dari belakang dan memeluknya lembut.Jantungnya berdetak dengan kencang.

“Jangan Aizan,jangan terus macam ni...nanti kau sakit...”lembut dia berbisik.Aizan memejamkan matanya,sebak mula memenuhi ruang hatinya yang kosong.Izzat,jangan macam ni,jangan bagi aku harapan.Dia merungkaikan pelukan Izzat.

“Kau tak akan faham apa yang aku lalui Izzat...sebab kau tak lalui apa...Maruah aku dipijak ”sebak Aizan memandang Izzat.

“Jadi kau pilih untuk balas dendam dari maafkan diri sendiri?”matanya tajam menikam Aizan.

“Apa maksud kau?”

“Kau tahu kenapa kau nak balas dendam?”tanya Izzat sambil menggoncang bahu Aizan kuat.Aizan masih lagi diam.Matanya sudah mula berkaca.

“Sebab kau tak boleh maafkan diri kau lagi,kau tak mampu nak maafkan diri kau...”keras Izzat berkata sambil menggoncang kuat bahu Aizan.Aizan merenggangkan pegangan Izzat.

“Memang aku penyebabnya,kau tak nampak depan mata kau macam mana mak kau kena halau dari rumah,apa kau nak suruh aku buat?Tengok?Tak buat apa-apa?Ak..aku nampak dia kena halau Izzat..aku tak mampu nak tolong”tengking Aizan.

“Kau tahu tak aku sakit,sakit sangat.Aku hampir gila bila benda itu berlaku...Izzat aku sakit.Aku sakit...hati aku sakit.Aku bodoh percaya sebab cinta...”hampir pecah suara Aizan sambil memegang dadanya.Dadanya berasa sakit.

“Macam mana kalau aku cakap yang aku dah mula sayangkan kau...?boleh kau bagi aku peluang?”sayu Izzat bersuara.Lirih mata Aizan memandang Izzat.

“Aku tak boleh nak tipu cakap yang aku tak suka kau,aku tak boleh berjauhan dari kau,aku cuba paksa diri aku untuk berhenti sukakan kau tapi aku tahu aku tak boleh tipu hati aku yang dah sukakan kau..”sebak suara Izzat berkata.

“Jangan...jangan...jangan sayangkan aku....”hampir bergenang air mata Aizan.Hampir terhenti jantung Aizan mendengarnya.

“Aku tak boleh anggap kau kawan saja..aku tahu benda tu salah”

“Kalau diberi peluang abaikan semua benda tu..apa yang kau akan buat?”berkaca mata Aizan.Lembut Izzat mendekati lalu mencium bibir Aizan lama.Menitis air mata Aizan bersama perasaan sebak yang terkumpul.Mungkin ini peluang yang dia ada?Hatinya sakit.

“Jangan Izzat..”dia menarik bibirnya menjauhi Izzat.

“Pandang mata aku cakap yang kau tak sayangkan aku...pandang mata aku Aizan...”lembut suaranya berkata sambil memegang bahu Aizan.

Hampir pecah dada Aizan mendengarnya, perlahan-lahan dia menarik nafas sambil menatap mata Izzat.Mengumpul semangat malahan melenyapkan perasaan yang mula bercambah.Sekelip matanya wajahnya bertukar menjadi beku tanpa sebarang perasaan.

“Aku tak pernah sayangkan kau walau..walaupun sebesar titik dalam hati aku tak wujud sayang aku pada kau..tak pernah terdetik di hati aku untuk cuba cintakan kau”hati Aizan menangis semahu-mahunya.Wajahnya masih kekal beku tanpa perasaan.

Jantungnya bagaikan direntap.Mungkin inilah permulaan dan pengakhirannya?

“Walaupun kau tak sayangkan aku,aku tetap sayangkan kau sampai bila-bila Aizan..jaga diri elok-elok.Jangan tinggal solat.Maafkan aku...”dia menarik kepala Aizan mendekatinya.Lembut dia mencium dahi itu.Lama seolah-olah itulah kali terakhir dia jumpa Aizan.Dia sudah berjanji untuk tidak menangis demi cinta lagi namun air matanya tetap degil.Perlahan menitik di samping wajah beku yang di pamerkan.


Hatinya nekad untuk membalas dendam.

Bersambung...

Tuesday 21 July 2015

Equality ??

Selamat malam.Actually aku nak cakap pasal topic ni dah lama but hold dulu because aku rasa benda ni agak heavy untuk di ceritakan.As it's stated in the title equality.If I not mistaken,in June this year,dah legalize same-sex marriage yg in my opinion quite worldwide kan.

Aku tertarik dengan 1 tweet ni di mana there's a girl(A) cakap :

"I don't mind if you're gay,lesbian and muslim because that's your own matter but stop saying being lbgt is acceptable in Islam because you're spreading wrong information"

And then ada reply (B)

"It's hard act not to mind if you're gay and muslim"

Pada pendapat aku,aku setuju jugak dengan apa yg si reply tu because somehow kau tak boleh pretend yang kau ok with this issue even kau kadang-kadang just nak bagi opinion sebab awal-awal dah kena bash.

Even kau ACT NOT TO MIND pun tak boleh nak buat apa tah lagi accepted.Especially if kau duduk dalam negara yang conventional thinking or strictly not familiar with taboo issue. I'm not saying yang kita suppose to be support benda ni sebab kita sendiri sedar benda itu memang haram kan?Faham kan benda yang haram tetap haram.Itu betul,tepat sekali.

Aku setuju jgk pendapat si A tu juga sebab kadang-kadang orang pandai kita ni macam yang kita terlampau desperate sangat nak berboyfriend/girlfriend or kita confirmlah akan rampas bf/gf diorang if kita admit yang kita ni tak straight.I mean what the hell bitch?Ingat aku terdesak sangat,ingat aku ni tergedik-gedik sangat nak kejar jantan sana-sini tanpa ada arah tujuan hidup.Wake up!!Aku pun ada benda lain nak buat selain dari fikir benda-benda macam tu.

Just pemikiran mereka terlampau kepada yang kita confirm menjijikan,so jaga bf.gf elok-elok nanti kena kebas pula.The way they treat us to yang menyebabkan kadang-kadang kita rasa lagi bagus berpura-pura or hidup dalam keadaan discreet sampai bila-bila.

p/s:Boleh share any thoughts :)

Thursday 16 July 2015

Hari Raya 2015

Selamat hari raya semua.Aku nak minta maaf if ada apa yang aku tulis ada membuatkan orang tersentuh,tersakit hati atau tak suka.Maaf banyak-banyak.

Just sedikit reminder,pada sesiapa yang drive untuk balik kampung.please-please drive safely.If penat sangat berhentilah walau sekejap.Waktu/Musim perayaan ini kemalangan sangat mudah nak berlaku.Semua nak berebut,bersaing,nak cepat balik rumah.

Ingat always take care diri sendiri dekat kampung or kat mana-mana.Sekali lagi selamat hari raya,doakan aku tak mengembang bulan raya ni.Mood makan menggila sedikit sejak-sejak akhir ni.Haha.Makan banyak-banyak.

p/s:Nantikan update terbaru dengan story 8 nanti ;p