Tuesday 30 September 2014

Relationship and Privacy??

Selamat Malam.Pernah dengar tak perkataan privacy?Aku rasa semua orang faham atau ada je yang pretending untuk tidak faham(mohon muhasabah diri sendiri).

To be honest,aku memang tak pernah in relationship and mudahnya aku ni memang singlelah.Tapi aku banyak belajar behavior/sikap or macam mana orang tu dalam relationship.So far ade yg nampak mudah dan ada yg suka make it to complicated even for us as human untuk faham.

Apa yang aku nampak and sangat concern adalah bila ada partner yang invaded our privacy stuff.It happens all the time apabila aku tengok some of my friend yang in relationship.For example,ada my friend yang siap bagi password facebook,twitter or anything else.Then,dia sempat cakap

“Jangan pm aku benda pelik-pelik tau,nanti girlfriend/boyfriend aku marah”.
“Kenapa”aku tanya.
“Sebab dia tahu password aku..”
“So,kau tahu tak password dia?”
“Tak…”

See?nampak tak kat situ betapa sadisnya bila trustworthy sampai zero macam itu sekali?Mungkin ada orang cakap,ala password facebook je pun.No the thing is let say kau break up dengan dia and then what happen.Bila benda yang melibatkan personal stuff jangan buat main because the content itself could be used as a tool for revenge even kau mungkin cakap aku dah tukar password..What if dia yang tukar dulu?

Ada yang lagi worse,setiap hari check handphone your partner kot-kot ada gambar jantan lain/perempuan lain.Check kot-kot boyfriend dia ada call lelaki lain.Nak kukuhkan bukti cek dompet lagi takut-takut ada gambar yang mencuriga.I mean,What the hell???

Kalau betul kau claim diri kau in relationship mana trust kau?Mana dia?Sebab bila kau dah invaded privacy stuff seseorang itu bermakna kau tak PERCAYA langsung and kau TAK RESPECT other people privacy.I don’t ask you to give a 100% trust for your partner at least give them 70% sebab kita kena juga berjaga-jaga.Sebab kalau kau tak percayakan partner kau apa purpose kau nak dia in the first place?Even hubungan yang rosak sikit boleh retak terus.

Mungkin ada yang cakap,senanglah cakap sebab aku tak berada dalam relationship.Yes,I know that but do remember we still can learn from our friends relationship/experience and I just share from what I literally saw every freaking day.Please respect your partner privacy and do not invaded their personal stuff just like yours.

p/s:Work out untuk story baru.Nantikan preview dia :)


Sunday 28 September 2014

Pencuri Cinta dah habis ke?

First of all,tahniah pd aku sebab dah habis tulis cerita P.Cinta.Aku pasti berbakul,bergunung makian yang dilemparkan oleh readers yang membaca story aku.Harap semua bawa bersabar dan bertenang kerana setiap apa yang berlaku pasti ada sebab.Haha.

Aku nak minta maaf juga sebab final chapter Pencuri Cinta is very confusing and ada yang cakap sad ending.Ada yang komen,malahan pm aku supaya aku edit cerita and ending tidak kurang juga minta tambah cerita itu lagi sebab banyak isu yang tak selesai dalam cerita tu.

Actually,aku memang tak akan edit my story and siapa yang go through slowly cerita itu akan grab siapa watak-watak itu.I will stick to my own story and ending.As I said we were not living in fairytale ending yang always happy towards the end and not every love story have sad ending.So,aku memang tak akan bagi penjelasan bagaimana ending story itu.

Then,berita gembira lah kot untuk sesiapa yang masih berminat untuk membaca blog aku.Actually,aku sambung lagi PENCURI CINTA VOLUME 2.So jangan marah aku lama-lama.Cuma aku tak sambung dalam masa terdekat lah.Sebenarnya dari story 15 lagi aku nak buat volume 2 and sebenarnya ending volume 1 lain which is aku masih keep it.Aku terinspirasi dengan satu kisah yang membuatkan aku tertanya,betulkah kita suka/cinta/sayangkan orang itu bukan sebab rupa paras atau kesempurnaan tubuh badan?Bagaimana kalau wajah pasangan kita rosak teruk atau cacat?Terdetik tak dalam hati kita yang kita rasa pasangan kita akan menyusahkan kita?


So basically itulah sedikit snapshot and briefly kenapa ending dia betul-betul drastik dari apa yang readers expected.The question is siapakah “dia”?Adam,Akmal atau Syamil?Cuma yang boleh aku bagi tahu volume 2 akan ada mungkin final buku lah

p/s:Tengah work it out story baru :)

Thursday 18 September 2014

Pencuri Cinta

Story 20 END


3 tahun berlalu

Angin yang menderu masuk ke dalam biliknya itu betul-betul membuatkan dia berasa sungguh nyaman.Dia menutup matanya perlahan.Memberi peluang untuk angin itu menjamah wajahnya itu.Tenang.Damai.

Dia berjalan perlahan ke arah mejanya yang terdapat satu frame kecil yang mengandungi gambar seseorang yang dia pernah sayang tapi kini sudah tiada.Segala perasaan,rindu malahan kasih sayang juga di bawa sekali.Namun siapa dia untuk menduga takdir?Dia juga manusia biasa.

“Aku rindukan kau..tersangat rindu…”

“Maafkan aku…..”

Dia mengelamun lagi.Tidak tahu kenapa sejak dua menjak ini kenangan lama bagaikan galak menerjah masuk ke dalam mindanya.Perasaan apakah ini?Normalkah perasaan itu?Kadang-kadang tanpa sedar dia hanyut.Hanyut dalam rindu dan kenangan yang tercipta.Dia masih tidak boleh lupa ayat doktor itu.

“Emergency unit..emergency unit..kritikal…ada besi tertusuk di bahagian pinggang..dan juga kaki..”

“Cuma Encik yang saya boleh katakan harapannya sangat tipis,melainkan ada keajaiban yang berlaku.Banyakkan berdoa encik.Kami para doktor hanya mampu berusaha sebaik mungkin”

Lama dia merenung gambar itu.Dia mengusap perlahan gambar itu.Kenyataan yang pahit untuk diterima.Kadangkala dia keliru memori harus di simpan atau di buang?Kalau simpan mampukah dia mengubat segala kekecewaan yang ada?Malah jika di buang bagaimana untuk memastikan kenangan itu sentiasa wujud?

“Sebab kau anak aku jadi macam ni..Tak cukup apa yang kau buat selama ni?Kau nak apa lagi.Keluar dari bilik ni sekarang.Dari dulu sampai sekarang kenapa kau buat dia macam tu?”tengking suara itu.

“Pak cik..saya minta maaf..”hampir menitis air matanya.

“Maaf…maaf …kau ingat dengan maaf kau boleh kembalikan anak aku?”tanya lelaki itu dengan suara yang marah.

“Pak cik tolonglah bagi saya jumpa dia buat kali terakhir..pak cik jangan buat macam ni..”sebak dia cuba memujuk.Tapi lelaki itu pantas menepis tangannya kuat.Hampir terjatuh dia dengan keadaan yang masih belum stabil.

“Aku haramkan kau jumpa dia.Apa yang kau ada dengan dia baik kau lupakan.Aku dah bakar dan buang apa semua kenangan kau dengan dia.Aku akan pastikan dia tak akan ingat kau lagi.Kau berambus sekarang”

“Pak cik…”

Panjang lamunannya hari ini.Entah kenapa kenangan lama benar-benar mengusik jiwa.Dia bangun dan berpusing menghadap tingkap kembali.Tiba-tiba pintu biliknya di ketuk.Seorang perempuan cina masuk ke dalam sambil tersenyum memegang ipad.

“Encik…kakak encik sudah tunggu di luar”

“Baiklah..terima kasih Jenny”sebutnya sambil tersenyum manis.

*******************
Hari ni dia terpaksa meneman kakaknya untuk pergi ke klinik.Pening kepala dia mendengar bebelan kakaknya sebab suami dia terpaksa extend outstation.Abang iparnya pun satu,dah tahu kakak jenis yang memang pantang orang berjanji.

Sebaik sahaja sampai di klinik dia hanya menunggu di luar dan membaca akhbar yang berada di situ.Sudahlah lama pemeriksaan itu,maklumlah kakaknya itu sudah mengandung 6 bulan.Sedang dia asyik bermain dengan telefonnya dia terdengar derapan langkah seorang lelaki masuk bersama wanita dalam klinik itu.Dia hanya tersenyum sahaja.Salah seseorang dari mereka memakai kaca mata.

Setelah berborak seketika,lelaki yang memakai kaca mata itu datang duduk di sebelahnya.Mereka hanya bertukar senyuman sahaja.Dia berasa seperti pernah melihat lelaki itu tetapi tidak ingat di mana.Lelaki itu..??Adakah dia orang yang sama.

“You know the greatest thing about love is we have to open our entire self-make us vulnerable and let our lovers hurt us.Tapi apa orang cakap worth for trying?Kadang-kadang kita lupa sama ada apa yang kita protect tu worth untuk try atau tak.Apa yang selalu aku buat adalah always get ready and don’t hold to much hope in relationship yang ending dia kita sendiri tak tahu especially dunia yang sebaliknya”

“Aku tahu..”

“Bila sampai untuk kita stop that’s it Sebab bila sampai masa untuk kita berhenti kita kena berhenti jangan terlampau push or hoping yang kita boleh akan teruskan lagi.Berharap itu bagus cuma jangan berharap.Kita tak boleh ubah masa lalu kita sebab benda itu dah terjadi tapi kita boleh biarkan ia pergi and start our new future.Ourlife is not some fairytale story always happing ending towards the end”

“Aizan..kau sayangkan dia?”

“Aku sayangkan dia tapi aku tersilap dalam percaturan..aku terlampau berharap sampai lupa yang mana satu cinta atau tak..tapi aku jatuh cinta pada keduanya.Aku tak tahu rupanya aku pun sayangkan dia juga”Aizan Syahmi berkata perlahan.Pandangan matanya redup memandang wajah nan di hadapannya.

“Ingat,it’s ok to protect your heart but don’t lock it up forever or else you will never get a chance of loving someone again”Aizan berkata sambil tersenyum sehingga terluah lesung pipitnya.

Kini dia sudah ingat.Ya,lelaki tadi Aizan Syahmi.Penemannya tatkala dia berada di hospital dulu.

“Aizan…?”dia memanggil.Lelaki berkaca mata itu memandangnya.Lelaki itu berjalan perlahan ke arahnya dan tersenyum mesra.

“Kau.yang ward 1 tu kan?”tanya Aizan sambil menghulurkan tangannya untuk bersalam.Dia menyambut pantas huluran tangan Aizan.

“Dah lama kau tak ajak aku makan ni?”tanya Aizan sambil tersenyum.Lesung pipitnya terserlah.Hampir setahun juga mereka tidak berjumpa.

“Kau pun sekarang dah banyak masuk majalah,tv lagi”dia mengusik Aizan.

“Haha..benda biasa-biasa ja.Kau pun apa kurang”Aizan ketawa kecil.

Tidak lama selepas itu,kawan Aizan mara ke arah mereka.Mereka meminta diri dahulu untuk makan tengahari.Dia sempat menangkap perbualan mereka.

“Sejak bila pandai cakap elok-elok dengan orang luar..haha”sambil ketawa kawan Aizan berkata.

“Ingat aku ni teruk sangat ke?aku kenal dia la..”kata Aizan sambil menjengilkan matanya.

Dia yang mendengar hanya tersenyum.Matanya menangkap perangai Aizan sama dengan seseorang.Setelah selesai urusan di klinik,baru sahaja dia ingin masuk ke dalam kereta tiba-tiba namanya di panggil.Lantas dia berpusing.

********************
Perlahan-lahan dia membuka mata,berat matanya memandang wajah-wajah di hadapannya.Ada satu wajah yang dia cari,tapi wajah itu tiada.Di manakah?Ke manakah?

“Ay...mana..mana…dia..?”

“Shhhuhhh..tidur dulu…awak baru makan ubat.Nanti ayah kejutkan awak semula..”pujuk si ayah supaya anaknya tidur.

Perlahan air matanya menitis.Perit di tubuhnya dia boleh tangani tapi kalau melibatkan hati baru dia sedar betapa sakit,pilu hatinya sendiri.Malah dia sendiri percaya bahawa selagi kita tidak berada dalam situasi itu selagi itu kita tidak tahu betapa susah,perit untuk melalui semuanya.

Dia cuba bangun.Baru sahaja dia ingin bangun dia tergolek di tepi katil.Dia mencuba lagi sehingga jatuh barang-barang yang berada di atas katilnya.Dia benci,dia benci sebab dia macam tu.

Pintu biliknya di buka pantas dari luar.Terjengul wajah wanita muda yang jelas kelihatan risau.

“Ya Allah,kenapa ni?”wanita itu pantas ingin menolong.Baru sahaja tangan ingin menyentuh,dia pantas menepis tangan wanita muda.

“Jangan sentuh aku!!tepi aku cakap,jangan sentuh aku…”bengis wajahnya menengking wanita muda itu.

“Ya Allah jangan macam ni abang…”hampir menitis air matanya melihat lelaki itu berusaha gagah untuk bangun namun masih terjatuh lagi.

“Jangan sentuh aku…kau tak faham ke aku cakap?Jangan sentuhhhh….jangan sentuh…jangan sentuhhh..”Suaranya yang melengking kuat berubahnya menjadi kendur.

“Kenapa aku jadi macam ni?Kenapa?Kau buat aku macam ni…kau tinggalkan aku macam tu je..kau memang kejam…”teresak-esak dia menangis.

Wanita muda itu perlahan-lahan bergerak dan memeluk lelaki itu perlahan.Dia mengusap lembut kepala itu.Dia faham penderitaan yang di tanggung itu.Perlahan-lahan dia memapah lelaki itu ke katil.Kali ini dia mengalah,dia mengalah.Wanita itu meninggalkan lelaki itu bersendirian.

Dia menutup matanya kembali.Mana kau pergi?Kau janji kau tak akan tinggalkan aku.Kau beritahu yang kau tak akan pernah berhenti sayang aku.Mana kau.Kau tipu.Kau tipu.Kau dah curi hati aku.Kau curi cinta aku.

“Adam..adamm..”perlahan dia menyebut nama itu.

TAMAT

Thursday 11 September 2014

Since org tag aku buat..20 facts about me!!

Seriously,since seminggu aku dah masuk sesi belajar ni baru first time buka blog.Banyak betul notification dia.Tq FI,tag saya untuk buat benda ni.Hahaa.So my readers be impressed and sorry lambat untuk tengok update blog.Haha.

1)Sangat obsess dengan kucing dan rabbit.So everytime nampak kucing and rabbit,I cant stop myself from saying "Comelnya,nak yang tu.nak yang tu".

2)Single and ready to mingle.Haha.Blink,blink..anyone??(ok..gurau).

3)Saya tak pandai drive kereta manual.Ada lesen pun bawa kereta auto ja.Haha.Ada pengalaman ngeri bawak kereta manual.

4)Saya kelam kabut orangnya.Kadang-kadang bendul.Haha.Time-time sekolah dulu selalu kena main-mainkan dengan kawan.

5)Tak tahulah saya tak rasa saya tinggi tapi orang cakap tinggi.179cm.

6)Suka dengar masalah orang.Suka dengar orang buat luahan perasaan especially yang couple-couple ni.Haha

7) Sangat gila tv series.Byk gila koleksi yang aku kumpul,sampai lebam mata nak tengok.Tegar jugak tengok sampai habis.

8)Saya masih 20an belum masuk suku abad lagi.Muda trang tang-tang lagi.

9)Very bad in sports and tak suka tengok unless ada yang hot-hot baru pergi tercongok dpn tv atau cari kat youtube.

10)Cepat menyampah dengan orang yang suka berdrama.Memang sangat-sangat try untuk avoid orang yang macam ni.

11)I always found people with janggut is so handsome..i don’t know why..

12)Cakap straightforward.Dulu time asasi and sekolah semua orang cakap sy terlampau jujur dalam bagi pendapat sejak masuk U baru pandai cover and try to learn.

13)Suka memasak walaupun tak reti.Haritu masak ayam apa entah tapi memang rentunglah.Haha

14)Xpernah in relationship.Actually,I’m having a very bad paranoid disease where I think everyone around me nak ambil kesempatan apabila diorang tolong saya.I’m always push people away.

15)Cepat kasihan tengok sakit especially demam.Bila ada housemate yang sakit I’m willingly to look after diorang and bwk pergi klinik.

16)Fanatik dengan ice cream.Everytime jalan-jalan kt mall mesti carik ice cream time nak jalan-jalan

17)Saya sangat sayangkan blog ni.Sampai kdg2 rasa watak Adam,Akmal,Syamil tu macam hidup and rasa macam diorang tu nyawa saya.

18)Sangat clumsy.Fon kalau tak jatuh tergolek memang tak sah.Ipad haritu jatuh dari kereta.Laptop terlanggar dinding banyak kali nasib baik tak pecah.Menangis tengok perangai diri sendiri.

19)Pernah buat sexuality test.Guess what my results????Bi-curios.Hahaha


20)Saya tak reti pakai lens.Time mula-mula up until now setiap kali nak pakai mesti macam nk tercucuk je lens tu dalam mata.

p/s:Sorry lambat update final chapter sebab tengah stuck dengan program.So tak banyak masa untuk edit dulu before publish,Sorry for those yang menunggu :)



Thursday 4 September 2014

Finally,closing chapter !!

Selamat malam.Malam ini mood sedih sikit.I'm just so happy and sad sebab P.Cinta dah sampai final chapter.So first of all,aku nak minta maaf if any of my story is offended to anyone and kalau tak mencapai target apa yang korang nak.

So say farewell to Adam,Syamil,Akmal and any other additional characters.Actually,since aku jadi author i was kind of fall in love with them,aku macam sayang sangat dekat mereka for me as a writer aku rasa macam diorang ni 'nyawa'.Dia macam bagi aku life purpose.So ini TEASER untuk last chapter.

"Dia berjalan perlahan ke arah mejanya yang terdapat satu frame kecil yang mengandungi gambar seseorang yang dia pernah sayang tapi kini sudah tiada.Segala perasaan,rindu malahan kasih sayang juga di bawa sekali"
“You know the greatest thing about love is we have to open our entire self-make us vulnerable and let our lovers hurt us"
 “Bila sampai untuk kita stop that’s it.Sebab bila sampai masa untuk kita berhenti kita kena......."
 Dia menutup matanya kembali.Mana kau pergi?Kau janji......
Ok that's all.To all my readers please share some thoughts actually macam mana yang anda semua rasa and hopefully how the ending would be.Do share apa perasaan anda baca cerita ni.Any comment negatif or positif terima kasih banyak-banyak.

p/s:Currently working on something new.haha