Tuesday 27 January 2015

Apabila menjadi Isu??

Selamat Pagi.Sejak dua menjak ni rajin pulak berblog.Hahaha.It come to my concern apabila saudara Numan post pasal bisexual yang dah kahwin (very-very interesting post actually).

So far aku nak cerita dulu aku pernah tengok satu channel dekat youtube pasal bisexual girl/boy.In LGBT community dekat west pun mereka macam mendiskriminasikan golongan bisexual itu sendiri.Bagi gay people or lesbian itu sendiri,mereka refer bisexual ni golongan yang confused,greedy (dua-dua jalan),tak sedar diri and bagi mereka kau hanya boleh pilih satu tak boleh dua.Jadi golongan bisex ni selalu rasa mereka dipinggirkan because gay community  pun tak terima mereka apatah lagi straight community totally reject lah.Bisexual ni pun ada dua categori juga which is kau more to same sex partner or opposite sex partner.

Ada satu lagi aku macam tidak faham bila gay people yang kahwin mereka akan refer sebagai bisexual or actually aku yang salah faham?Aku setuju dengan pendapat yang mengatakan kahwin bukanlah jalan keluar untuk kau escape sebab ada orang cakap nawaitu kau salah tapi at some point kalau betul memang itu mampu membantu untuk lupakan dunia yang macam tu why not?Cuma marriage kau on the line lah,which is kau risk hidup kau and wife kau,Sebab benda-benda macam ni banyak pendapat dan pengalaman setiap orang lain-lain.Susah nak cakap kalau kau kahwin kau tak boleh escape or kau kahwin inshaAllah kau boleh lupakan dunia tu perlahan-lahan(yang penting berusaha) sebab dia bergantung juga pada kesungguhan kau sendiri.

So pada pendapat aku,bisexual ni still lagi beruntung sebab you are capable of loving and having sex with girl compare to gay guy which is they can't.Cuma ramai orang refer golongan ini sebagai golongan yang pentingkan diri sendiri sebab before marriage(bg yang amalkan cara hidup bebas) they prefer same-sex partner sebab tak nak create more problem with girl which is lead to pregnancy of tak pakai stokin.That's why ramai yang cuba untuk prevent dapat girlfriend/boyfriend macam itu.Kalau bosan muffin cake pisang tanduk ada.

Selepas itu bila Mr K cakap pasal yang ragam manusia di mana ada yang open ada yang closed pasal sexuality masing-masing.Kalau bagi aku,aku lagi prefer untuk jadi discreet people compare yang terlampau open,dengan aku ada disorder dengan strangers people lagi lah.Tapi aku tak nak judge apa-apa sebab itu life kau which is kau yang tentukan cuma buat la pilihan yang terbaik :) 

Recently ramai kawan aku yang dah kahwin at early age(aku masih muda..belum masuk suku abd lagi).Aku ada tulis post pasal impian dulu.Bila tengok ada kawan-kawan yang dah ada anak aku rasa macam heartwarming sangat.Entahlah.

p/s:aku dah lama guna hangout T.T


Saturday 24 January 2015

Akhirnya..

Story 5

Aizan termenung panjang di meja café S & A .Perlahan dia menghirup coffee lattenya.Fikirannya menerawang.Dia menghelakan nafas perlahan-lahan.Dia memejamkan matanya sebentar.Dia cuba menghilangkan ingatannya tentang peristiwa yang berlaku 2 hari semalam.

2 hari lepas

Izzat perlahan-lahan meletakkan ubat luka di kaki Aizan.Dalam ketekunan Izzat melakukan kerja Aizan sempat meneliti wajah Izzat.Kening lebat,hidung separa mancung,bibir yang agak kemerahan(mungkin kesan tidak merokok dan minum minuman keras),janggut yang agak pendek.Tidak tahu kenapa Izzat nampak kacak di matanya.Matanya turun lagi ke arah dada Izzat yang terdedah kerana memakai baju sleeveless.Matanya turun lagi ke bawah dengan harapan agar boleh nampak apa yang tersembunyi di sebalik baju itu.6 packs?4 packs?Walaupun dia model,Izzat lebih tinggi darinya.

Damn.Shit.Shit Aizan apa yang kau fikir tu.Otak berhenti berfikir bukan-bukan.Otak berhenti sekarang!!!Dia memarahi otaknya.Tapi kau sukakan Izan?tanya otaknya.Dia mendiamkan diri.

“Ok dah siap..”kata Izzat sambil menoleh ke arah Aizan yang didapati merenungnya.Kedapatan Aizan!Aizan pantas menoleh ke arah lain.Darah menyerbu naik ke mukanya.Malu gila!!

Izzat tersenyum sinis sambil meletakkan tangannya pada pemegang sofa itu.Jantung Aizan berdegup kencang seraya bersama dengan hembusan nafas Izzat yang suam di mukanya.

“Apa yang kau tengok tadi?”

“Ermm..ak..aku…ten…tengokk..”Aizan sejak bila kau gagap ni????

“Kau rasa aku kacak ke?”

Tiba-tiba muka Aizan berubah menjadi merah.Dia tidak tahu bagaimana ingin menjawab soalan itu 2 hari lepas.Syafika yang sedang menyerahkan bagi wang kepada pelanggan itu sempat menoleh ke arah kawannya yang sedang tersengih sorang-sorang siap merah-merah lagi muka.Dia mengerutkan dahinya.Dia membetulkan tudungnya seketika.

Bukan boleh percaya sangat budak lelaki ni kalau senyum seorang-seorang ni.Entah-entah tengok benda pelik-pelik dekat kedai aku ni.\(-_-)/.

“Hoi,kau kenapa..sengih sorang-sorang ni?”tanya Syafika sambil merenung tajam ke arah Aizan.Aizan yang sedang tersengih itu tersentak dengan sergahan Syafika.

“Hahaha.Tak adalah Fika.Aku teringat cerita lawak semalam”Aizan berdalih sambil menggaru kepalanya.

Syafika mendengus perlahan dan lega walaupun dia tidak begitu mempercayai kata-kata Aizan.Aizan hanya mendiamkan diri.Dia masih belum memberitahu Syafika tentang Fakhrul dan juga Izzat.

Tink.Tink.Bunyi pintu masuk café mereka terbuka dan masuk dua lelaki yang sedang berborak-borak.Aizan menoleh dan mengerutkan dahinya.Aku rasa macam pernah nampak dia tu.Setelah sekian lama,senyuman terukir di bibirnya.

“Adammm!!Adammm!!”laung Aizan sedikit kuat.Lelaki yang tinggi itu menoleh dan tersenyum mesra apabila melihat Aizan.Aizan bangun mendekatinya.Lelaki disebelahnya itu juga menoleh.

“Wah..dah lama tak nampak kau..”kata Adam sambil tergelak kecil.

“Kau makin sihat sekarang…”balas Aizan.Aizan sempat mengerling ke arah lelaki sebelah Adam yang bertubuh sedikit kecil itu.Wow,comelnya.Siap ada lesung pipit lagi.

“Oh lupa pula..Amil ni Aizan..kawan Adam..dia ni model”kata Adam memperkenalkan Aizan kepada kawannya.Aizan menjengilkan matanya pada Adam.

“Syamil Hazri panggil Syamil je..”kata Syamil sambil tersenyum.Sejak bila Adam ada kawan yang model-model bagai ni.Sempat dia mengutuk dalam hati.hahaa.

“Aizan Syahmi.Boleh panggil Aizan,Izan apa-apalah..perlu ke mention aku ni model”Aizan berkata sambil menyambut huluran tangan Syamil.Sempat dia membeliakkan mata pada Adam.

“Amil..amil pilih lah apa-apa dulu.Abang nak berborak dengan kawan abg kejap..”kata Adam sambil ketawa kecil.

“Eh..abang konon…geli ketiak aku dengar…”sempat Syamil mengomel.Adam mengerling tajam pada Syamil.Syamil masih mengomel-ngomel.Adam hanya mampu tergelak kecil sahaja.

“Dia macam mana sekarang?”tanya Aizan sambil memandang Adam.Matanya sempat mengerling ke arah Syamil.

“Dah makin ok lately…tak macam awal-awal dulu..susah nak cakap kalau dulu sampai aku rasa macam nak putus asa..”perlahan Adam berkata sambil mengeluh.

“Oklah tu nanti...kaki dia macam mana”perlahan Aizan berkata.Untuk berkata lebih-lebih dia sendiri tidak berapa kenal dengan Syamil.Adam hanya mampu mengeluh.Mereka memandang Syamil yang sedang membayar dan tersenyum manis.

“Tak sembuh sepenuhnya tapi makin baik dah…”dia mengunci bicara apabila Syamil menghampirinya.

“Oklah Aizan aku gerak dulu..”kata Adam sambil melambaikan tangannya.Syamil yang berdiri di sebelahnya hanya tersenyum.Aizan sendiri terpana dengan kecomelan wajah itu

Aizan memandang lama ke arah pasangan itu.Dia tahu banyak kejadian yang mereka lalui.Kadang-kadang dia masih terfikir berbaloikah berkorban untuk cinta?Perlukah pengorbanan itu?

*******************
“Ermm Aizan you boleh tak angkat tangan you atas sikit…letak dekat bahagian mata..hujung jari tu yang penting”jurugambar itu memberi arahan.Aizan pun mengubah sedikit posisinya mengikut kemahuan jurugambar itu.

Sedang Aizan bersedia untuk melakukan photoshoot yang seterusnya,Fakhrul masuk ke dalam studio itu.Dia meneliti setiap pergerakan Aizan yang sedang mengikuti arahan jurugambar.

“Ok..sekarang ni you kena buat seakan nak peluk benda itu…”Aizan pantas mengubahkan posisinya.Tiba-tiba idea jahatnya datang untuk mengenakan Fakhrul.

“Erica,boleh tak I minta tolong En Fakrul tunjukkan demo..”Aizan berkata dari atas studio itu.Fakhrul yang sedang meneliti sesi itu terkejut dengan cadangan Aizan.Erika juga terhenti seketika mendengar cadangan Aizan yang padanya bagai menempah maut.

“Err..Aizan rasanya tak..”Erika serba salah untuk meminta tolong Fakhrul.Bos besar kot!Mati dia kena pecat nanti.

“Come on En Fakhrul..”Aizan masih menagih.Fakhrul pula berdehem seketika.Mungkin ini peluang terbaik untuk mendekati Aizan.Fakhrul,Fakhrul kau makin naïf sekarang ataupun dah jadi dungu.

Muka Erika sudah berubah riak.Aizan memang cari nahas.Dah la model baru.Bukannya dia tidak pernah dengar gossip-gossip liar tentang bos mereka itu.Belum lagi dengan sikapnya yang kadang-kadang macam singa.Gossip-gossip yang dia pernah dengar:

Yam,hari tu aku nampak En Fakhrul tu dengan perempuan ni…hari ni dengan perempuan lain pula”

“Omg,semalam aku nampak bos dengan jantan mana tah,ramas sana sini…”

“Bibah,kat market tadi aku nampak bos dengan jantan mana entah,lepas itu semalam tu bukan main mesra lg dengan perempuan model itu cium sana sini..”

“Holy crap,En Fakhrul tu garang macam harimau jer..aku masuk bilik dia macam nak terkucil kena hamun dengan dia”

Manusia ni bab mengutuk,mengumpat bukan main laju je.Bab menyibuk bukan main number satu.Yang pelakunya pun bukan main lagi nak beramas-ramas dekat public.Hello,ni bukan west lah.

“Ermm.tak apa Erika..saya boleh buat..”perlahan Fakhrul berkata sambil berjalan mendekati studio.Aizan yang masih di atas tersenyum manis.Erika ternganga tidak percaya kerana dia masih ingat dahulu ada seorang model yang baru meminta tolong habis di hamun oleh Fakhrul mereka yang berada dalam studio.Dia masih ingat lagi.

“I hired you as my model,it means you yang kena tahu every aspect..kalau setakat nak suruh I baik tak payah bayar mahal-mahal dekat you.Eh senang cerita baik you berhenti kerja lagi bagus…”

“Ok En Fakhrul,you boleh peluk pinggang Aizan”Erika memberi arahan.Fakhrul pula teragak-agak untuk meletakkan tangannya pada pinggang Aizan.Aizan yang masih tersenyum apabila dia perasan tangan Fakhrul terketar-ketar untuk memegang pinggangnya.

‘Oh,crap Fakhrul jangan nak malu-malu sangat,kau pernah buat lebih daripada ni’Aizan mengomel dalam hati.Apabila Fakhrul mendaratkan tangannya pada tubuh Aizan,dengan pantas Aizan merapatkan tubuhnya pada Fakhrul.

Fakhrul yang tidak bersedia tersentak dengan tindakan itu.Dia dapat berasa lekukan tubuh Aizan pada badannya.Nafasnya menjadi tidak teratur.Aizan merapatkan bibirnya pada telinga Fakhrul.

“Relax Fakhrul,ni bukan first time you buat macam ni…lagipun you nampak extra kacak hari ni”bisik Aizan lembut.Bibirnya hampir mencium telinga Fakhrul.

“Tak I …”Fakhrul baru ingin membuka mulut.

“Shuhh En Fakhrul..time tengah ambil gambar mana boleh bercakap..”Aizan berbisik lagi sambil merapatkan lagi tubuh mereka.

“Ok…ok…you guys stand sekejap…ok done!!!”Erika menjerit lantang.Aizan dengan pantas menolak tubuh Fakhrul dan menuruni studio.

Aizan pantas mendekati Erika dan melihat semua shot mereka.Ok,cun!

“Thank you En Fakhrul,Aizan…”kata Erika sambil menunduk sedikit.

“Thank you En Fakhrul,you banyak membantu hari ni..”kata Aizan sambil mengenyitkan matanya dan meninggalkan studio untuk menukar pakaiannya.Fakhrul hanya mampu terdiam.Tidak tahu lah kenapa dia bagaikan begitu tertarik dengan personality Aizan.Jinak apabila didekati dia menjauhi.Sebagai kasanova dia tercabar.Hasrat untuk memiliki Aizan semakin membara.

Fakhrul-fakhrul,kenapa kau jadi lemau ni.

************************
Sesudah solat mahgrib,Syafika mengambil quran untuk membacanya seketika.Sebagai manusia dia banyak alpa,lalai dalam menjalani ibadah.Seringkali dia menjadikan kesibukan sebagai alasan untuk tidak melakukan ibadah yang sunat.

Dia masih ingat saranan dan perbualannya dengan Aizan.

“Kita ni kan Fika,tak kisah lah jahat macam mana pun baik ke apa ke..jangan lah tinggal solat..mungkin orang akan cakap solat kau diterima Allah ke?Kau dah lah macam ni macam tu..tapi aku pegang pada satu prinsip terima atau tak itu hanya Pencipta kita yang tahu..yang penting selesaikan tanggungjawab kau…pada pendapat aku mudah je..kau dah tahu kau banyak dosa jadi jangan tambah lagi dosa yang sedia ada…”kata Aizan sambil tersenyum di pangkin sambil mengunyah buah manga.

“Aku setuju apa yang kau fikir…”

“Macam agak-agak kau terasa pernah tak terfikir kenapa orang itu boleh jadi macam tu?Sebab usually mesti ada exact reason kenapa orang itu ambil jalan tu.I’m not saying yang jalan itu semestinya betul it could be salah cuma the thing is kenapa kita kan sebagai manusia tidak pernah terfikir?”tanya Aizan lagi.

Syafika hanya diam.Dia faham apa yang cuba Aizan sampaikan.

Pantas dia membaca Al fatihah,beberapa muka surat surah Al-Baqarah.Dia menadah tangan memohon doa dan tidak lupa juga dia doakan untuk sahabat baiknya itu.

Usai menunggu waktu Isya,Syafika mencapai handphonenya.Dia membuka punat kenalannya dan mencari number seseorang.Nah,dah jumpa.Rasanya dah lama dia tidak call.

Dia menekan nama itu dan meletakkan telefon ke telinganya.

“Assalamualaikum Mak Cik Khadijah,ni Fika..”

***************************
Izzat tekun membersihkan luka kanak-kanak perempuan yang berusia 6 tahun ni.Hampir setengah jam juga ibunya memujuk supaya tidak menangis.

“Alisya tahan sikit ya,doktor nak bersihkan luka dekat kaki ni…”kata Izzat sambil tersenyum manis.Budak perempuan itu mengangguk perlahan sambil mengenggam kemas lollipop yang diberi oleh Izzat.

“Ok,baiklah puan saya dah siap basuh luka dia.Nanti puan ambil ubat di kaunter farmasi tu ya?”Izzat memberitahu sambil menggosok kepala budak-budak itu.

“Alisya nanti bila main basikal hati-hati eh?Nanti jatuh banyak-banyak nanti Alisya sakit…tak nak sakit kan?Nah dr bagi lagi satu biskut dekat Alisya”Izzat mencapai biskut itu dan menghulurkan pada kanak-kanak itu.

Selepas patientnya itu keluar,Izzat membelek lagi seketika file itu lagi.Itu merupakan patient terakhirnya untuk pagi ni.Sudah pukul 12.00.Dia membelek handphonenya seketika

Dia membaca bait-bait kata itu perlahan.

Cinta itu hidup bukan kerana rupa paras,

Cinta itu hidup bukan kerana kesempurnaan diri,

“Hidupnya cinta bukan kerana hidupnya kita..”perlahan dia mengungkap perkataan itu.

Susah untuk dia cakap.Dia bagaikan jatuh sayang pada Aizan.Senyuman Aizan,cara dia bercakap,kadang-kala perangai keras kepala Aizan itu membuatkan dia tertarik.Pelikan?Kita jatuh cinta sebab benda-benda yang kadang-kala tidak logik akal.

Tapi benarkah dia jatuh cinta?Bukan sekadar hambatan nafsu semata?


Bersambung….

p/s: Ada cameo!!Haha.I miss them.

Reqoute(Hozier):

"I found the experience of falling in love or being in love was a death, a death of everything. You kind of watch yourself die in a wonderful way, and you experience for the briefest moment–if you see yourself for a moment through their eyes–everything you believed about yourself gone. In a death-and-rebirth sense."

Saturday 17 January 2015

Nowadays??

Selamat Petang.Actually aku dah lama nak cakap pasal benda ini.Cuma tak terkeluar dan tidak tersebut.Haha.In my opinion,readers semua haruslah dah biasa dengan baca novel and baca cerpen.

Aku jadi makin pelik sekarang actually dah lama since 2-3 years yang lepas di mana aku sangat tidak sangka akan ketaksuban sesetengah orang pada watak dalam novel or buku.It's ok untuk orang suka itu normal yang jadi pelik bila dah obsess sangat.

Lepas itu aku perasan lah budak-budak sekarang cepat sangat terpengaruh dengan cerita-cerita di mana heroin akan kahwin dengan rapist semualah.I mean in real life ada ke?Kebanyakkan watak yang macam itu dalam cerita mostly kaya lah apa lah but dalam reality?Told you the most sickening part bila ada yang siap cakap kalau boleh nak hubby macam Abg Bla.Bla. dalam cerita RRR.Yang paling annoying bila post status pelik-pelik di laman sosial.

I do literally asking my mom,have i ever act the way (teen) like that?Mungkin aku rasa yang aku dah tua jadi I cant stand the weird behavior.Haha. 

Actually i do get it,its none of my concern but then when the post goes viral you're the one that regretted in the ends.Bila aku menulis pun aku akan fikir 20-30 kali(see how i emphasize this?) maksudnya benda-benda macam itu make sense tak?Sebab purpose kita tulis something to give reader the view how actually real life is.Tahniah kepada my fellow bloggers yang cerita-cerita korang semua logik.Tabik sikit.
Dalam dunia yang macam kita pula,I'm not sure yang kita akan couple tak dengan orang yang maybe rape kita.Kalau handsome mungkinlah boleh consider(otak jahat.Hahhaaaha).


Wednesday 14 January 2015

Akhirnya...

Story 4

Izzat mengerling ke arah jam yang berada di atas meja.Lagi setengah jam sebelum masuk makan tengahari.Dia mengeluh perlahan.Dia memegang dahinya sambil tersenyum.Sanggup Aizan menghantuk kepala mereka semata-semata menyangka mereka akan….

Dia ketawa kecil.Izan,Izan tak pernah berubah.Tapi jantungnya juga berdegup laju sewaktu itu.Dia tidak tahu mana datangnya degupan itu.Perasaannya menjadi galau.Dia tidak pernah berperasaan sebegitu sepanjang bersama-sama dengan Aizan dulu.

Cuma yang menjadi gangguan pada fikirannya adalah,Aizan seperti lain.Lain personality.Lain fizikalnya.Wajah Aizan nampak sangat berbeza.Sungguh berbeza.Kalau di banding dengan zaman ketika mereka belajar memang ketara perbezaannya.

Izzat mendekati Aizan yang membelakanginya.Mungkin Aizan belum perasan kehadirannya.Dia mendengar esak tangis yang cuba ditahan itu.Dia meletakkan tangannya di bahu Aizan.Aizan memusingkan kepalanya.Dia terkedu melihat Izzat dibelakangnya.Dia mengesat air matanya pantas.

“Yups…?ada apa-apa yang aku boleh tolong kau?”tanya Aizan dengan suaranya yang serak.Matanya masih merah.

“Kau ok?”Izzat memandang Aizan dengan penuh simpati.

“Ok..aku ok…”Aizan berkata sambil mengangguk.

“Izan..jangan macam ni…kau ok tak”pujuk Izzat.Aizan merenung mata Izzat.Merah matanya menahan tangis yang bakal terhambur keluar.

“Aku..aku..?”tanya Aizan cuba menahan sebak di dada.Dia mengesat matanya dengan sweater itu.Bagai ingin pecah dadanya apabila bala baru menimpa lagi.Kenapa mesti melibatkan orang yang dia sayang?

“Bo...boleh tak..kau..kau peluk aku??”pinta Aizan perlahan.Izzat mengangguk perlahan sambil menarik Aizan ke dalam pelukannya.Aizan menyembamkan mukanya ke dada Izzat perlahan.Izzat teragak-agak untuk meletakkan tangannya di kepala Aizan.

“Kenapa dia buat aku macam itu Izzat?”tanya Aizan perlahan bersama air mata yang menitis perlahan.Izzat perlahan-perlahan mengusap kepala Aizan.Sungguh dia tidak mengerti dan faham apa yang terjadi tapi dia pasti itu amat melukakan hati Aizan.

“Shuhhh,esok-esok kita cakap”..pujuk Izzat lembut.Dia merapatkan pelukannya pada Aizan.

Izzat terjaga dari lamunan apabila terdengar mesej masuk dari handphone.Dia membaca seimbas lalu dan bangun untuk keluar makan tengahari.Sempat dia mengerling ke arah screen lock yang berlatar belakang gambar Aizan.

******************
Hari minggu.Kebiasaanya hari ini kebanyakkan orang akan memilih untuk berehat ataupun meluangkan masa bersama keluarga.Dan juga tidak kurang yang meluangkan masa untuk bersiar-siar ke pusat Bandar untuk meringankan bebanan kerja di minda.Dia mengeluh panjang apabila mendengar perkataan ibu.

“Mak,izan rindukan mak sangat….”perlahan dia berbisik.Lembut suara dia menutur ayat itu.Dia mengeluarkan telefonnya dan membelek gambar ibunya.Dia memejam matanya rapat.Semuanya salah dia.Dia yang bersalah.Dia menoleh ke arah handphonenya apabila terdapat 1 message masuk.

“Ehh..siapa ni??”tanya dia sambil mengerutkan keningnya.

“Hai..tak nak makan ke?”..

Kenal pun tidak nak ajak aku makan pula.Dia cuba berfikir jika memori dia menyimpan nombor itu.Oh,lupakan dia memang bebalkan sikit bab-bab nombor orang ni.Dia cuba meneliti lagi.Siapa ni?Siapa ni?

‘Telefon lah,mangkuk’.Dia menepuk dahinya kuat.Adui,lembab pula otak dia berfungsi hari ni.Tapi kot-kot dia nak santau aku guna telefon nanti macam mana?Dia mengetap bibir.YES!!!kan ada wassap,tengok la profile pic.

Pantas dia membuka wassap untuk melihat siapa insan tersebut.Dia menekan gambar itu.Hampir terbeliak mata dia tengok muka itu.

“Izzat????”

Apa lagi makhluk ni nak.Apa lagi.Dia melihat lagi gambar itu dan menekan button save.Mulutnya ternganga.Omg,apa yang aku buat ni??Otaknya bertingkah.Ala,gambar je pun bukannya apa sangat!Hatinya bersetuju.

Dia mempunyai alasan yang tertentu mengapa dia ingin menjauhi Izzat.

*******************
Aizan perlahan-lahan berhenti selepas berjogging di kawasan taman itu.Dia menarik nafas perlahan-lahan untuk menghilangkan lelah.Dia memejamkan mata sambil menikmati angin petang yang menyejukkan badannya.

Baru sahaja dia ingin berjalan semula,matanya menangkap kelibat Izzat yang sedang jogging.Wow,grey sleeveless with black tracksuit.Izzat pula perlahan-lahan menghentikan lariannya.Aizan pula sudah mula ingin berpatah semula.Shit.Shit

“Aizan…aizan..”panggil Izzat kuat.Aizan memejamkan matanya perlahan sebelum teragak-agak untuk berpusing.

Aizan tersenyum palsu sambil melambaikan tangan kononnya gembira.Izzat berhenti perlahan-lahan.Aizan sempat menelek wajah Izzat yang berpeluh itu.Peluh itu juga mengalir perlahan ke lengan Izzat yang terdedah itu.Damn,damn Aizan.Mata bukan main seronok tengok.

“Buat apa kat sini?”tanya Izzat perlahan sambil tersenyum.Aizan merenung tidak percaya mendengar soalan baginya tidak masuk akal.

“Makan…tak nampak?”perli Aizan sambil berjalan meninggalkan Izzat.Izzat tergelak besar mendengar jawapan Aizan.Ya lah,dah dia tanya soalan yang memang minta kasut.

“Tunggulah Aizan,kau ni kenapa jalan laju sangat..”tanya Izzat tanpa henti walaupun Aizan jelas menunjukkan tidak mahu bercakap.

“Kau datang dengan siapa..nanti..bla..bla..”Izzat tanpa henti bercakap sambil menyaingi Aizan.

“Izzat kau boleh diam tak?Bising tahu tak?dan jangan ikut aku…!”marah Aizan sambil menjengilkan matanya pada Izzat.Izzat terdiam seketika sebelum kembali tersenyum.Aizan meneruskan langkahnya tanpa memandang ke hadapan tidak sedar ada batu besar di hadapannya.

Izzat yang perasan akan batu baru ingin menjerit nama Aizan.Aizan yang tidak bersedia itu tersadung dan tersembam jatuh.Lutut Aizan dan kakinya mula berasa perit.

“Arghh,damn…”hamun Aizan.Izzat bergegas mendapatkan Aizan.Izzat cuba memegang lengan Aizan,namun di tepis kuat oleh Aizan.Izzat mengeluh panjang.

“Aizan,kaki kau luka lah…dah berdarah tu…”lembut Izzat berkata.Dia menghulurkan tangannya.Ok,Aizan jangan mengada-ngada..kau dah la tengah luka ni.Dia menyambut tangan itu.Izzat pantas memaut pinggangnya.Jantung Aizan berdegup kencang.Tiba-tiba dia berasa selesa dilayan seperti itu oleh Izzat.

“Kau boleh berjalan tak?”tanya Izzat.Aizan mengangguk.Dia menarik tangannya dari genggaman Izzat.Kakinya terhencut-hencut ketika berjalan.Izzat memandang lama.Entah kenapa dia berasa seperti tidak sanggup melihat Aizan dalam kesakitan.Dia nampak hidung Aizan sudah merah kerana menahan sakit.

“Dah cepat naik belakang aku…aku dukung kau…”

“Aishh,tak payah lah..malu lah…”

“Baik kau naik sebelum aku dukung kau cara lain..”Izzat menggugut.Aizan menarik muka.Izzat merendahkan badannya.Aizan perlahan-lahan naik.Muka Aizan rapat ke pipi Izzat.Sempat dia mencuri-curi tengok hidung Izzat,bibir Izzat.

“Jujur aku cakap,aku rindu nak bercakap dengan kau.Bergelak tawa dengan kau..aku rindu sangat…”perlahan Izzat berkata.Aizan hanya mendiamkan diri.

“Aku pun…”perlahan Aizan membalas.Aizan merapatkan pelukannya pada badan Izzat.Jujur dia berasa selamat.

“Ingat tak time kita orientasi dulu,aku dukung kau macam ni lepas kau jatuh dalam longkang?”kata Izzat sambil tergelak kecil.

“Tolong sikit eh,pembetulan tu semua salah kau yang main kejar-kejar macam budak-budak tadika…”Aizan menarik muka tidak puas hati.Izzat masih ketawa.Tidak tahulah mengapa perjalanan terasa seperti lama seolah-olah masa terhenti seketika.

“Kenapa kita jadi macam ni?Kau seolah-olah nak buang apa yang berlaku dalam hidup kau dulu..”lembut Izzat menuturkan kata-kata.Matanya masih memandang ke hadapan.

Aku minta maaf Izzat,aku ada sebab tertentu.Aku bukan sengaja.Kalau aku cerita belum tentu kau akan faham.Kau tak akan faham. Sebak datang menerjah ruang hatinya.Kalaulah boleh diundurkan masa memang sudah lama dia ingin lakukan.Namun mereka manusia,kebolehan mereka sungguh terbatas.

Kadang-kadang dia terfikir adakah berbaloi berkorban demi cinta?Adakah kita sebagai manusia akan sentiasa kalah dengan cinta?

******************
Fakhrul merenung lama number yang terpapar di screen handphonenya.Patutkah dia call?Dia menhembuskan nafasnya perlahan.Mungkin tidak patut,sebab nampak macam dia terdesak sangat.Dia masih membuka file peribadi Aizan.Dia membelek setiap pose yang Aizan lakukan untuk iklan terbarunya.

Semuanya tampak sempurna sehingga dia berasa seperti Aizan bagaikan merenungnya tatkala itu.Namun yang lebih aneh,perlukah sampai membawa file peribadi Aizan sampai ke rumahnya?Ada lagi satu perkara yang membuatkan dia tertanya,dia berasa seperti pernah melihat Aizan.Tapi memorinya bagaikan terpadam.

“Aizan..aizan..kau memang ajaib..”katanya sambil tersenyum.Aizan seolah-olah ingin menggodanya namun apabila didekati dia terbang jauh.Jujur dia mengatakan bahawa dia memang tergoda dan tidak malu untuk dia katakan mungkin dia sudah jatuh cinta.

Tiba-tiba dia tergelak kuat.Tidak sangka lelaki sepertinya pandai menyebut perkataan itu.Baginya perkataan cinta itu hanya mainan.Tekadnya satu,dia akan pastikan Aizan menjadi miliknya.Bukan dia tidak nampak beberapa mata model lelaki lain mencuri pandang ke arah Aizan dengan pandangan yang penuh bernafsu.

Dia mengambilkan telefonnya dan berfikir sejenak sebelum menekan nombor Aizan.

*******************************
Pn Khadijah menyapu halaman rumahnya berselerak dengan dedaun kering yang gugur dari pokok.Dia mengeluh perlahan.Dia hanya keseorangan di rumahnya ketika itu.Selepas penat menyapu dia berhenti dan berehat seketika di pangkin rumahnya.

Wajahnya yang sudah dimamah usia itu masih kelihatan manis.Dia mengambil surat khabar yang masih belum terusik dari pagi tadi.Dia membuka helaian satu persatu sehingga matanya terhenti lama pada satu muka surat.

Perlahan-lahan dia mengusap lembut wajah itu.Wajah yang sangat dirindui.Tidak sangka wajah itu yang sanggup menikamnya dari belakang.Hampir berjuraian air matanya.

“Maaf mak cik,rumah ini dah di jual oleh anak mak cik…sekarang dah ada pemilik baru”

“Tak mungkin encik,cuba encik cek balik…”

“Ya mak cik saya pasti sebab memang dah tertera dekat sini rumah itu memang sudah di jual..”dia berasa serba salah untuk memberitahu wanita berumur itu.

“Ya Allah,kenapa..dia buat mak cik macam ni…mana mak cik nak tinggal”teresak-esak Pn Khadijah menangis.

“Mak…kenapa termenung seorang-orang ni?”tanya budak perempuan yang berumur 16 tahun itu.Pelik melihat ibunya mengelamun sambil mengesat matanya menggunakan lengan baju kurung kedahnya itu.

“Ermm tak ada apa-apa..jomlah masuk dah petang ni…”ajak Pn khadijah.


Bersambung……

p/s:Maaf Lambat sangat post.Btw enjoy and harap masih sudi baca my blog :)