Saturday, 24 January 2015

Akhirnya..

Story 5

Aizan termenung panjang di meja cafΓ© S & A .Perlahan dia menghirup coffee lattenya.Fikirannya menerawang.Dia menghelakan nafas perlahan-lahan.Dia memejamkan matanya sebentar.Dia cuba menghilangkan ingatannya tentang peristiwa yang berlaku 2 hari semalam.

2 hari lepas

Izzat perlahan-lahan meletakkan ubat luka di kaki Aizan.Dalam ketekunan Izzat melakukan kerja Aizan sempat meneliti wajah Izzat.Kening lebat,hidung separa mancung,bibir yang agak kemerahan(mungkin kesan tidak merokok dan minum minuman keras),janggut yang agak pendek.Tidak tahu kenapa Izzat nampak kacak di matanya.Matanya turun lagi ke arah dada Izzat yang terdedah kerana memakai baju sleeveless.Matanya turun lagi ke bawah dengan harapan agar boleh nampak apa yang tersembunyi di sebalik baju itu.6 packs?4 packs?Walaupun dia model,Izzat lebih tinggi darinya.

Damn.Shit.Shit Aizan apa yang kau fikir tu.Otak berhenti berfikir bukan-bukan.Otak berhenti sekarang!!!Dia memarahi otaknya.Tapi kau sukakan Izan?tanya otaknya.Dia mendiamkan diri.

“Ok dah siap..”kata Izzat sambil menoleh ke arah Aizan yang didapati merenungnya.Kedapatan Aizan!Aizan pantas menoleh ke arah lain.Darah menyerbu naik ke mukanya.Malu gila!!

Izzat tersenyum sinis sambil meletakkan tangannya pada pemegang sofa itu.Jantung Aizan berdegup kencang seraya bersama dengan hembusan nafas Izzat yang suam di mukanya.

“Apa yang kau tengok tadi?”

“Ermm..ak..aku…ten…tengokk..”Aizan sejak bila kau gagap ni????

“Kau rasa aku kacak ke?”

Tiba-tiba muka Aizan berubah menjadi merah.Dia tidak tahu bagaimana ingin menjawab soalan itu 2 hari lepas.Syafika yang sedang menyerahkan bagi wang kepada pelanggan itu sempat menoleh ke arah kawannya yang sedang tersengih sorang-sorang siap merah-merah lagi muka.Dia mengerutkan dahinya.Dia membetulkan tudungnya seketika.

Bukan boleh percaya sangat budak lelaki ni kalau senyum seorang-seorang ni.Entah-entah tengok benda pelik-pelik dekat kedai aku ni.\(-_-)/.

“Hoi,kau kenapa..sengih sorang-sorang ni?”tanya Syafika sambil merenung tajam ke arah Aizan.Aizan yang sedang tersengih itu tersentak dengan sergahan Syafika.

“Hahaha.Tak adalah Fika.Aku teringat cerita lawak semalam”Aizan berdalih sambil menggaru kepalanya.

Syafika mendengus perlahan dan lega walaupun dia tidak begitu mempercayai kata-kata Aizan.Aizan hanya mendiamkan diri.Dia masih belum memberitahu Syafika tentang Fakhrul dan juga Izzat.

Tink.Tink.Bunyi pintu masuk cafΓ© mereka terbuka dan masuk dua lelaki yang sedang berborak-borak.Aizan menoleh dan mengerutkan dahinya.Aku rasa macam pernah nampak dia tu.Setelah sekian lama,senyuman terukir di bibirnya.

“Adammm!!Adammm!!”laung Aizan sedikit kuat.Lelaki yang tinggi itu menoleh dan tersenyum mesra apabila melihat Aizan.Aizan bangun mendekatinya.Lelaki disebelahnya itu juga menoleh.

“Wah..dah lama tak nampak kau..”kata Adam sambil tergelak kecil.

“Kau makin sihat sekarang…”balas Aizan.Aizan sempat mengerling ke arah lelaki sebelah Adam yang bertubuh sedikit kecil itu.Wow,comelnya.Siap ada lesung pipit lagi.

“Oh lupa pula..Amil ni Aizan..kawan Adam..dia ni model”kata Adam memperkenalkan Aizan kepada kawannya.Aizan menjengilkan matanya pada Adam.

“Syamil Hazri panggil Syamil je..”kata Syamil sambil tersenyum.Sejak bila Adam ada kawan yang model-model bagai ni.Sempat dia mengutuk dalam hati.hahaa.

“Aizan Syahmi.Boleh panggil Aizan,Izan apa-apalah..perlu ke mention aku ni model”Aizan berkata sambil menyambut huluran tangan Syamil.Sempat dia membeliakkan mata pada Adam.

“Amil..amil pilih lah apa-apa dulu.Abang nak berborak dengan kawan abg kejap..”kata Adam sambil ketawa kecil.

“Eh..abang konon…geli ketiak aku dengar…”sempat Syamil mengomel.Adam mengerling tajam pada Syamil.Syamil masih mengomel-ngomel.Adam hanya mampu tergelak kecil sahaja.

“Dia macam mana sekarang?”tanya Aizan sambil memandang Adam.Matanya sempat mengerling ke arah Syamil.

“Dah makin ok lately…tak macam awal-awal dulu..susah nak cakap kalau dulu sampai aku rasa macam nak putus asa..”perlahan Adam berkata sambil mengeluh.

“Oklah tu nanti...kaki dia macam mana”perlahan Aizan berkata.Untuk berkata lebih-lebih dia sendiri tidak berapa kenal dengan Syamil.Adam hanya mampu mengeluh.Mereka memandang Syamil yang sedang membayar dan tersenyum manis.

“Tak sembuh sepenuhnya tapi makin baik dah…”dia mengunci bicara apabila Syamil menghampirinya.

“Oklah Aizan aku gerak dulu..”kata Adam sambil melambaikan tangannya.Syamil yang berdiri di sebelahnya hanya tersenyum.Aizan sendiri terpana dengan kecomelan wajah itu

Aizan memandang lama ke arah pasangan itu.Dia tahu banyak kejadian yang mereka lalui.Kadang-kadang dia masih terfikir berbaloikah berkorban untuk cinta?Perlukah pengorbanan itu?

*******************
“Ermm Aizan you boleh tak angkat tangan you atas sikit…letak dekat bahagian mata..hujung jari tu yang penting”jurugambar itu memberi arahan.Aizan pun mengubah sedikit posisinya mengikut kemahuan jurugambar itu.

Sedang Aizan bersedia untuk melakukan photoshoot yang seterusnya,Fakhrul masuk ke dalam studio itu.Dia meneliti setiap pergerakan Aizan yang sedang mengikuti arahan jurugambar.

“Ok..sekarang ni you kena buat seakan nak peluk benda itu…”Aizan pantas mengubahkan posisinya.Tiba-tiba idea jahatnya datang untuk mengenakan Fakhrul.

“Erica,boleh tak I minta tolong En Fakrul tunjukkan demo..”Aizan berkata dari atas studio itu.Fakhrul yang sedang meneliti sesi itu terkejut dengan cadangan Aizan.Erika juga terhenti seketika mendengar cadangan Aizan yang padanya bagai menempah maut.

“Err..Aizan rasanya tak..”Erika serba salah untuk meminta tolong Fakhrul.Bos besar kot!Mati dia kena pecat nanti.

“Come on En Fakhrul..”Aizan masih menagih.Fakhrul pula berdehem seketika.Mungkin ini peluang terbaik untuk mendekati Aizan.Fakhrul,Fakhrul kau makin naΓ―f sekarang ataupun dah jadi dungu.

Muka Erika sudah berubah riak.Aizan memang cari nahas.Dah la model baru.Bukannya dia tidak pernah dengar gossip-gossip liar tentang bos mereka itu.Belum lagi dengan sikapnya yang kadang-kadang macam singa.Gossip-gossip yang dia pernah dengar:

Yam,hari tu aku nampak En Fakhrul tu dengan perempuan ni…hari ni dengan perempuan lain pula”

“Omg,semalam aku nampak bos dengan jantan mana tah,ramas sana sini…”

“Bibah,kat market tadi aku nampak bos dengan jantan mana entah,lepas itu semalam tu bukan main mesra lg dengan perempuan model itu cium sana sini..”

“Holy crap,En Fakhrul tu garang macam harimau jer..aku masuk bilik dia macam nak terkucil kena hamun dengan dia”

Manusia ni bab mengutuk,mengumpat bukan main laju je.Bab menyibuk bukan main number satu.Yang pelakunya pun bukan main lagi nak beramas-ramas dekat public.Hello,ni bukan west lah.

“Ermm.tak apa Erika..saya boleh buat..”perlahan Fakhrul berkata sambil berjalan mendekati studio.Aizan yang masih di atas tersenyum manis.Erika ternganga tidak percaya kerana dia masih ingat dahulu ada seorang model yang baru meminta tolong habis di hamun oleh Fakhrul mereka yang berada dalam studio.Dia masih ingat lagi.

“I hired you as my model,it means you yang kena tahu every aspect..kalau setakat nak suruh I baik tak payah bayar mahal-mahal dekat you.Eh senang cerita baik you berhenti kerja lagi bagus…”

“Ok En Fakhrul,you boleh peluk pinggang Aizan”Erika memberi arahan.Fakhrul pula teragak-agak untuk meletakkan tangannya pada pinggang Aizan.Aizan yang masih tersenyum apabila dia perasan tangan Fakhrul terketar-ketar untuk memegang pinggangnya.

‘Oh,crap Fakhrul jangan nak malu-malu sangat,kau pernah buat lebih daripada ni’Aizan mengomel dalam hati.Apabila Fakhrul mendaratkan tangannya pada tubuh Aizan,dengan pantas Aizan merapatkan tubuhnya pada Fakhrul.

Fakhrul yang tidak bersedia tersentak dengan tindakan itu.Dia dapat berasa lekukan tubuh Aizan pada badannya.Nafasnya menjadi tidak teratur.Aizan merapatkan bibirnya pada telinga Fakhrul.

“Relax Fakhrul,ni bukan first time you buat macam ni…lagipun you nampak extra kacak hari ni”bisik Aizan lembut.Bibirnya hampir mencium telinga Fakhrul.

“Tak I …”Fakhrul baru ingin membuka mulut.

“Shuhh En Fakhrul..time tengah ambil gambar mana boleh bercakap..”Aizan berbisik lagi sambil merapatkan lagi tubuh mereka.

“Ok…ok…you guys stand sekejap…ok done!!!”Erika menjerit lantang.Aizan dengan pantas menolak tubuh Fakhrul dan menuruni studio.

Aizan pantas mendekati Erika dan melihat semua shot mereka.Ok,cun!

“Thank you En Fakhrul,Aizan…”kata Erika sambil menunduk sedikit.

“Thank you En Fakhrul,you banyak membantu hari ni..”kata Aizan sambil mengenyitkan matanya dan meninggalkan studio untuk menukar pakaiannya.Fakhrul hanya mampu terdiam.Tidak tahu lah kenapa dia bagaikan begitu tertarik dengan personality Aizan.Jinak apabila didekati dia menjauhi.Sebagai kasanova dia tercabar.Hasrat untuk memiliki Aizan semakin membara.

Fakhrul-fakhrul,kenapa kau jadi lemau ni.

************************
Sesudah solat mahgrib,Syafika mengambil quran untuk membacanya seketika.Sebagai manusia dia banyak alpa,lalai dalam menjalani ibadah.Seringkali dia menjadikan kesibukan sebagai alasan untuk tidak melakukan ibadah yang sunat.

Dia masih ingat saranan dan perbualannya dengan Aizan.

“Kita ni kan Fika,tak kisah lah jahat macam mana pun baik ke apa ke..jangan lah tinggal solat..mungkin orang akan cakap solat kau diterima Allah ke?Kau dah lah macam ni macam tu..tapi aku pegang pada satu prinsip terima atau tak itu hanya Pencipta kita yang tahu..yang penting selesaikan tanggungjawab kau…pada pendapat aku mudah je..kau dah tahu kau banyak dosa jadi jangan tambah lagi dosa yang sedia ada…”kata Aizan sambil tersenyum di pangkin sambil mengunyah buah manga.

“Aku setuju apa yang kau fikir…”

“Macam agak-agak kau terasa pernah tak terfikir kenapa orang itu boleh jadi macam tu?Sebab usually mesti ada exact reason kenapa orang itu ambil jalan tu.I’m not saying yang jalan itu semestinya betul it could be salah cuma the thing is kenapa kita kan sebagai manusia tidak pernah terfikir?”tanya Aizan lagi.

Syafika hanya diam.Dia faham apa yang cuba Aizan sampaikan.

Pantas dia membaca Al fatihah,beberapa muka surat surah Al-Baqarah.Dia menadah tangan memohon doa dan tidak lupa juga dia doakan untuk sahabat baiknya itu.

Usai menunggu waktu Isya,Syafika mencapai handphonenya.Dia membuka punat kenalannya dan mencari number seseorang.Nah,dah jumpa.Rasanya dah lama dia tidak call.

Dia menekan nama itu dan meletakkan telefon ke telinganya.

“Assalamualaikum Mak Cik Khadijah,ni Fika..”

***************************
Izzat tekun membersihkan luka kanak-kanak perempuan yang berusia 6 tahun ni.Hampir setengah jam juga ibunya memujuk supaya tidak menangis.

“Alisya tahan sikit ya,doktor nak bersihkan luka dekat kaki ni…”kata Izzat sambil tersenyum manis.Budak perempuan itu mengangguk perlahan sambil mengenggam kemas lollipop yang diberi oleh Izzat.

“Ok,baiklah puan saya dah siap basuh luka dia.Nanti puan ambil ubat di kaunter farmasi tu ya?”Izzat memberitahu sambil menggosok kepala budak-budak itu.

“Alisya nanti bila main basikal hati-hati eh?Nanti jatuh banyak-banyak nanti Alisya sakit…tak nak sakit kan?Nah dr bagi lagi satu biskut dekat Alisya”Izzat mencapai biskut itu dan menghulurkan pada kanak-kanak itu.

Selepas patientnya itu keluar,Izzat membelek lagi seketika file itu lagi.Itu merupakan patient terakhirnya untuk pagi ni.Sudah pukul 12.00.Dia membelek handphonenya seketika

Dia membaca bait-bait kata itu perlahan.

Cinta itu hidup bukan kerana rupa paras,

Cinta itu hidup bukan kerana kesempurnaan diri,

“Hidupnya cinta bukan kerana hidupnya kita..”perlahan dia mengungkap perkataan itu.

Susah untuk dia cakap.Dia bagaikan jatuh sayang pada Aizan.Senyuman Aizan,cara dia bercakap,kadang-kala perangai keras kepala Aizan itu membuatkan dia tertarik.Pelikan?Kita jatuh cinta sebab benda-benda yang kadang-kala tidak logik akal.

Tapi benarkah dia jatuh cinta?Bukan sekadar hambatan nafsu semata?


Bersambung….

p/s: Ada cameo!!Haha.I miss them.

Reqoute(Hozier):

"I found the experience of falling in love or being in love was a death, a death of everything. You kind of watch yourself die in a wonderful way, and you experience for the briefest moment–if you see yourself for a moment through their eyes–everything you believed about yourself gone. In a death-and-rebirth sense."

3 comments:

  1. Tak sabar mnanti ep yg sterusnya .. btw rindu juga dngn adam and syamil

    ReplyDelete
  2. Bile nak sambung your second baby nih ??? Nak sambungan please~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sabar ye awak..sorry sgt2 sy tgh tulis lg...dont worry k isyraf

      Delete