Izzat mengerling ke arah jam yang
berada di atas meja.Lagi setengah jam sebelum masuk makan tengahari.Dia
mengeluh perlahan.Dia memegang dahinya sambil tersenyum.Sanggup Aizan
menghantuk kepala mereka semata-semata menyangka mereka akan….
Dia ketawa kecil.Izan,Izan tak
pernah berubah.Tapi jantungnya juga berdegup laju sewaktu itu.Dia tidak tahu
mana datangnya degupan itu.Perasaannya menjadi galau.Dia tidak pernah
berperasaan sebegitu sepanjang bersama-sama dengan Aizan dulu.
Cuma yang menjadi gangguan pada fikirannya
adalah,Aizan seperti lain.Lain personality.Lain fizikalnya.Wajah Aizan nampak
sangat berbeza.Sungguh berbeza.Kalau di banding dengan zaman ketika mereka
belajar memang ketara perbezaannya.
Izzat mendekati Aizan yang
membelakanginya.Mungkin Aizan belum perasan kehadirannya.Dia mendengar esak
tangis yang cuba ditahan itu.Dia meletakkan tangannya di bahu Aizan.Aizan
memusingkan kepalanya.Dia terkedu melihat Izzat dibelakangnya.Dia mengesat air
matanya pantas.
“Yups…?ada apa-apa yang aku boleh tolong
kau?”tanya Aizan dengan suaranya yang serak.Matanya masih merah.
“Kau ok?”Izzat memandang Aizan
dengan penuh simpati.
“Ok..aku ok…”Aizan berkata sambil
mengangguk.
“Izan..jangan macam ni…kau ok
tak”pujuk Izzat.Aizan merenung mata Izzat.Merah matanya menahan tangis yang
bakal terhambur keluar.
“Aku..aku..?”tanya Aizan cuba
menahan sebak di dada.Dia mengesat matanya dengan sweater itu.Bagai ingin pecah
dadanya apabila bala baru menimpa lagi.Kenapa mesti melibatkan orang yang dia
sayang?
“Bo...boleh tak..kau..kau peluk
aku??”pinta Aizan perlahan.Izzat mengangguk perlahan sambil menarik Aizan ke
dalam pelukannya.Aizan menyembamkan mukanya ke dada Izzat perlahan.Izzat
teragak-agak untuk meletakkan tangannya di kepala Aizan.
“Kenapa dia buat aku macam itu
Izzat?”tanya Aizan perlahan bersama air mata yang menitis perlahan.Izzat
perlahan-perlahan mengusap kepala Aizan.Sungguh dia tidak mengerti dan faham
apa yang terjadi tapi dia pasti itu amat melukakan hati Aizan.
“Shuhhh,esok-esok kita
cakap”..pujuk Izzat lembut.Dia merapatkan pelukannya pada Aizan.
Izzat terjaga dari lamunan
apabila terdengar mesej masuk dari handphone.Dia membaca seimbas lalu dan
bangun untuk keluar makan tengahari.Sempat dia mengerling ke arah screen lock
yang berlatar belakang gambar Aizan.
******************
Hari minggu.Kebiasaanya hari ini
kebanyakkan orang akan memilih untuk berehat ataupun meluangkan masa bersama
keluarga.Dan juga tidak kurang yang meluangkan masa untuk bersiar-siar ke pusat
Bandar untuk meringankan bebanan kerja di minda.Dia mengeluh panjang apabila
mendengar perkataan ibu.
“Mak,izan rindukan mak
sangat….”perlahan dia berbisik.Lembut suara dia menutur ayat itu.Dia
mengeluarkan telefonnya dan membelek gambar ibunya.Dia memejam matanya rapat.Semuanya
salah dia.Dia yang bersalah.Dia menoleh ke arah handphonenya apabila terdapat 1
message masuk.
“Ehh..siapa ni??”tanya dia sambil
mengerutkan keningnya.
“Hai..tak nak makan ke?”..
Kenal pun tidak nak ajak aku
makan pula.Dia cuba berfikir jika memori dia menyimpan nombor itu.Oh,lupakan
dia memang bebalkan sikit bab-bab nombor orang ni.Dia cuba meneliti lagi.Siapa
ni?Siapa ni?
‘Telefon lah,mangkuk’.Dia menepuk
dahinya kuat.Adui,lembab pula otak dia berfungsi hari ni.Tapi kot-kot dia nak
santau aku guna telefon nanti macam mana?Dia mengetap bibir.YES!!!kan ada
wassap,tengok la profile pic.
Pantas dia membuka wassap untuk
melihat siapa insan tersebut.Dia menekan gambar itu.Hampir terbeliak mata dia
tengok muka itu.
“Izzat????”
Apa lagi makhluk ni nak.Apa lagi.Dia
melihat lagi gambar itu dan menekan button save.Mulutnya ternganga.Omg,apa yang
aku buat ni??Otaknya bertingkah.Ala,gambar je pun bukannya apa sangat!Hatinya
bersetuju.
Dia mempunyai alasan yang
tertentu mengapa dia ingin menjauhi Izzat.
*******************
Aizan perlahan-lahan berhenti
selepas berjogging di kawasan taman itu.Dia menarik nafas perlahan-lahan untuk
menghilangkan lelah.Dia memejamkan mata sambil menikmati angin petang yang
menyejukkan badannya.
Baru sahaja dia ingin berjalan
semula,matanya menangkap kelibat Izzat yang sedang jogging.Wow,grey sleeveless
with black tracksuit.Izzat pula perlahan-lahan menghentikan lariannya.Aizan
pula sudah mula ingin berpatah semula.Shit.Shit
“Aizan…aizan..”panggil Izzat
kuat.Aizan memejamkan matanya perlahan sebelum teragak-agak untuk berpusing.
Aizan tersenyum palsu sambil
melambaikan tangan kononnya gembira.Izzat berhenti perlahan-lahan.Aizan sempat
menelek wajah Izzat yang berpeluh itu.Peluh itu juga mengalir perlahan ke
lengan Izzat yang terdedah itu.Damn,damn Aizan.Mata bukan main seronok tengok.
“Buat apa kat sini?”tanya Izzat
perlahan sambil tersenyum.Aizan merenung tidak percaya mendengar soalan baginya
tidak masuk akal.
“Makan…tak nampak?”perli Aizan
sambil berjalan meninggalkan Izzat.Izzat tergelak besar mendengar jawapan
Aizan.Ya lah,dah dia tanya soalan yang memang minta kasut.
“Tunggulah Aizan,kau ni kenapa
jalan laju sangat..”tanya Izzat tanpa henti walaupun Aizan jelas menunjukkan tidak
mahu bercakap.
“Kau datang dengan siapa..nanti..bla..bla..”Izzat
tanpa henti bercakap sambil menyaingi Aizan.
“Izzat kau boleh diam tak?Bising
tahu tak?dan jangan ikut aku…!”marah Aizan sambil menjengilkan matanya pada
Izzat.Izzat terdiam seketika sebelum kembali tersenyum.Aizan meneruskan
langkahnya tanpa memandang ke hadapan tidak sedar ada batu besar di hadapannya.
Izzat yang perasan akan batu baru
ingin menjerit nama Aizan.Aizan yang tidak bersedia itu tersadung dan tersembam
jatuh.Lutut Aizan dan kakinya mula berasa perit.
“Arghh,damn…”hamun Aizan.Izzat
bergegas mendapatkan Aizan.Izzat cuba memegang lengan Aizan,namun di tepis kuat
oleh Aizan.Izzat mengeluh panjang.
“Aizan,kaki kau luka lah…dah
berdarah tu…”lembut Izzat berkata.Dia menghulurkan tangannya.Ok,Aizan jangan
mengada-ngada..kau dah la tengah luka ni.Dia menyambut tangan itu.Izzat pantas
memaut pinggangnya.Jantung Aizan berdegup kencang.Tiba-tiba dia berasa selesa
dilayan seperti itu oleh Izzat.
“Kau boleh berjalan tak?”tanya
Izzat.Aizan mengangguk.Dia menarik tangannya dari genggaman Izzat.Kakinya
terhencut-hencut ketika berjalan.Izzat memandang lama.Entah kenapa dia berasa
seperti tidak sanggup melihat Aizan dalam kesakitan.Dia nampak hidung Aizan
sudah merah kerana menahan sakit.
“Dah cepat naik belakang aku…aku
dukung kau…”
“Aishh,tak payah lah..malu lah…”
“Baik kau naik sebelum aku dukung
kau cara lain..”Izzat menggugut.Aizan menarik muka.Izzat merendahkan
badannya.Aizan perlahan-lahan naik.Muka Aizan rapat ke pipi Izzat.Sempat dia
mencuri-curi tengok hidung Izzat,bibir Izzat.
“Jujur aku cakap,aku rindu nak
bercakap dengan kau.Bergelak tawa dengan kau..aku rindu sangat…”perlahan Izzat
berkata.Aizan hanya mendiamkan diri.
“Aku pun…”perlahan Aizan
membalas.Aizan merapatkan pelukannya pada badan Izzat.Jujur dia berasa selamat.
“Ingat tak time kita orientasi
dulu,aku dukung kau macam ni lepas kau jatuh dalam longkang?”kata Izzat sambil
tergelak kecil.
“Tolong sikit eh,pembetulan tu
semua salah kau yang main kejar-kejar macam budak-budak tadika…”Aizan menarik
muka tidak puas hati.Izzat masih ketawa.Tidak tahulah mengapa perjalanan terasa
seperti lama seolah-olah masa terhenti seketika.
“Kenapa
kita jadi macam ni?Kau seolah-olah nak buang apa yang berlaku dalam hidup kau
dulu..”lembut Izzat menuturkan kata-kata.Matanya masih memandang ke hadapan.
Aku
minta maaf Izzat,aku ada sebab tertentu.Aku bukan sengaja.Kalau aku cerita
belum tentu kau akan faham.Kau tak akan faham. Sebak datang menerjah ruang
hatinya.Kalaulah boleh diundurkan masa memang sudah lama dia ingin
lakukan.Namun mereka manusia,kebolehan mereka sungguh terbatas.
Kadang-kadang
dia terfikir adakah berbaloi berkorban demi cinta?Adakah kita sebagai manusia
akan sentiasa kalah dengan cinta?
******************
Fakhrul merenung lama number yang
terpapar di screen handphonenya.Patutkah dia call?Dia menhembuskan nafasnya
perlahan.Mungkin tidak patut,sebab nampak macam dia terdesak sangat.Dia masih
membuka file peribadi Aizan.Dia membelek setiap pose yang Aizan lakukan untuk
iklan terbarunya.
Semuanya tampak sempurna sehingga
dia berasa seperti Aizan bagaikan merenungnya tatkala itu.Namun yang lebih
aneh,perlukah sampai membawa file peribadi Aizan sampai ke rumahnya?Ada lagi
satu perkara yang membuatkan dia tertanya,dia berasa seperti pernah melihat
Aizan.Tapi memorinya bagaikan terpadam.
“Aizan..aizan..kau memang
ajaib..”katanya sambil tersenyum.Aizan seolah-olah ingin menggodanya namun
apabila didekati dia terbang jauh.Jujur dia mengatakan bahawa dia memang
tergoda dan tidak malu untuk dia katakan mungkin dia sudah jatuh cinta.
Tiba-tiba dia tergelak kuat.Tidak
sangka lelaki sepertinya pandai menyebut perkataan itu.Baginya perkataan cinta
itu hanya mainan.Tekadnya satu,dia akan pastikan Aizan menjadi miliknya.Bukan
dia tidak nampak beberapa mata model lelaki lain mencuri pandang ke arah Aizan dengan
pandangan yang penuh bernafsu.
Dia mengambilkan telefonnya dan
berfikir sejenak sebelum menekan nombor Aizan.
*******************************
Pn Khadijah menyapu halaman
rumahnya berselerak dengan dedaun kering yang gugur dari pokok.Dia mengeluh perlahan.Dia
hanya keseorangan di rumahnya ketika itu.Selepas penat menyapu dia berhenti dan
berehat seketika di pangkin rumahnya.
Wajahnya yang sudah dimamah usia
itu masih kelihatan manis.Dia mengambil surat khabar yang masih belum terusik
dari pagi tadi.Dia membuka helaian satu persatu sehingga matanya terhenti lama
pada satu muka surat.
Perlahan-lahan dia mengusap
lembut wajah itu.Wajah yang sangat dirindui.Tidak sangka wajah itu yang sanggup
menikamnya dari belakang.Hampir berjuraian air matanya.
“Maaf mak cik,rumah ini dah di
jual oleh anak mak cik…sekarang dah ada pemilik baru”
“Tak mungkin encik,cuba encik cek
balik…”
“Ya mak cik saya pasti sebab
memang dah tertera dekat sini rumah itu memang sudah di jual..”dia berasa serba
salah untuk memberitahu wanita berumur itu.
“Ya Allah,kenapa..dia buat mak
cik macam ni…mana mak cik nak tinggal”teresak-esak Pn Khadijah menangis.
“Mak…kenapa termenung
seorang-orang ni?”tanya budak perempuan yang berumur 16 tahun itu.Pelik melihat
ibunya mengelamun sambil mengesat matanya menggunakan lengan baju kurung
kedahnya itu.
“Ermm tak ada apa-apa..jomlah
masuk dah petang ni…”ajak Pn khadijah.
Bersambung……
p/s:Maaf Lambat sangat post.Btw enjoy and harap masih sudi baca my blog :)
isk isk isk. kenapa dia jual tanah tu. kasihan mak dia.
ReplyDeleteAmboi hang shark..berdrama..hahaa
Delete