Story 2
“Aizan tunggu dulu…”lelaki itu
memegang lengan Aizan.Aizan merentap pegangan itu kasar.Lelaki itu menguatkan
cengkaman pegangannya.
“Lepaskan tangan aku lah
bangang!”marah Aizan sambil merenung tajam wajah lelaki itu.Dia mula menjerkah
lelaki itu kuat.
“Aizan tunggu dulu…”mata lelaki
itu redup memandang Aizan yang sudah wajahnya sudah bertukar sedikit merah
menahan marah.Aizan melarikan matanya.
Lelaki itu masih memegang
lengannya kuat atau lebih tepat mencengkam.Apa yang patut aku buat?Pilihan
dalam mindanya.
1)Buat-buat pengsan dengan
harapan dia akan tinggalkan aku?Mesti dia angkut aku pergi klinik nanti.CANCEL.
2)Ataupun jerit minta tolong
orang?Namun atas alasan apa?Mesti orang ingat aku yang gila.CANCEL.
3)Tumbuk?Erghh.Terajang ‘adik’
dia?Mandulkan dia saman aku pula.CANCEL.
4)Hempuk beg dekat kepala
dia?Lepas itu lari macam atlet.YES.YES.
Ehh,bangang pula otak aku time-time macam ni.Pilihan pun macam apa dah aku tengok.
Aizan menentang pandangan lelaki
itu.Buat pertama kali selepas 3 tahun,dia berusaha untuk bangkit jadi dia tak
akan sia-siakan.Tanpa kata dia mengambil beg kerja lelaki itu dan menghentam
kepala lelaki itu sekuat hatinya.Pegangan lelaki itu terlepas selepas menahan
sakit terkena hentaman.Orang ramai yang lalu lalang di situ mula berbisik-bisik
antara saru sama lain.
“Izzat anggap kau tak pernah
jumpa aku…”tanpa memandang lelaki itu Aizan berlalu pergi.Dia segera masuk ke
dalam kereta dan berlalu pergi.Tanpa disedari,dia menekan pedal minyak laju
tanpa arah tujuan dan berhenti mengejut di tepi bahu jalan.
Dia menyembamkan mukanya di
stereng kereta.Jelas di tangannya urat kelihatan menunjukkan genggaman pada
stereng agak kuat.Dia mengusap wajahnya perlahan.Dia perlu bertenang.Dia perlu
tenang.Relax Aizan,relax.Kau hanya jumpa dia sahaja.Kau jangan risau.Tak ada
apa yang akan berlaku.Kau anggap sahaja itu permulaan untuk semua benda.Benda
yang dah lama kau nantikan.
***************
Fakhrul masuk ke biliknya
perlahan dan melabuhkan punggungnya seketika sebelum meruap wajahnya.Jadual
yang padat membuatkan dia sedikit sibuk sehingga kekurangan masa untuk
berseronok.Apabila sebut pasal seronok,baru dia teringat minggu hadapan ada
fashion show week dari Gucci.
Dalam hatinya sudah terdetik
untuk mencuci mata.Mana tahu kot-kot dapat yang fresh boleh buat stok
geli-geli.Kalau ikut dirinya,dua-dua dia sapu lelaki perempuan.Apa yang nak
takut?Dia ada duit.muda lagi,kaya pula tu.Kalau pasal dalam hal bilik tidur,tak
usah cakap memang merengek lah siapa yang kena dengan dia.
Cinta?Semua itu tak penting.Yang
penting pandai makan pandai simpanlah.Cuma dalam banyak-banyak dia hati dia
pernah terusik sedikit sahaja oleh seseorang ketika dia belajar.Padahal,bekas
kekasihnya itu tidak mempunyai keistimewaan langsung malahan kolot.Apa namanya
pun dia dah lupa.Itu juga sudah menunjukkan dia sendiri tidak begitu serius
dengan relationship.Baik perempuan atau lelaki semua beratur untuk menjadi
kekasih dia.Jadi dia tinggal pilih sahaja.Lagipun ada sebab kenapa dia cuba
untuk couple itu.
Sedang dia mengelamun,phonenya
bergegar menunjukkan mesej masuk.Dia mencapai phonenya dan membaca mesej itu.
“Sayang,you tak makan tengah hari ke?Mana tahu makan tengahari kita boleh sambung sampai malam”~Najwa.
Belum sempat dia membalas mesej
yang datang.Masuk lagi mesej dari nombor lain.
“Rul,mana you ni?I dah macam tunggul kayu dekat restaurant ni.I dah la tak bawak duit lebih ni.You jangan nak MALUKAN I”~Affy.Wow caps lock lagi.
“Arghh,mana satu ni yang aku nak
ikut ni…”silap dia juga lupa sudah berjanji untuk untuk lunch dengan Najwa
dalam masa yang sama dia juga berjanji dengan Affy,salah satu model di
syarikatnya.
“Affy je la…”dia membuat
keputusan dan terus keluar biliknya pantas.
******************
Izzat merenung gambar – gambar
ketika dia belajar di university.Kadang kala dia tergelak sendiri melihat
gambar-gambar itu..Terlampau banyak kenangan manis dan pahit.Matanya terhenti
pada satu wajah yang baginya sangat ketara sekali bezanya.Adakah kerana tidak
memakai cermin mata?Ataupun cara pemakaiannya?Dia sendiri tidak pasti.Cuma
nampak lain dan agak berbeza.Yang menyebabkan dia yakin adalah suara dan mata
itu tidak berubah.Tetap redup pandangannya.Mata Aizan yang berwarna coklat cair
itu masih serupa.
Dia bangun dan bergerak ke arah
tingkap.Dia merenung langit yang sudah mula bertukar wajah dan warna.Dia
mengeluh perlahan.Kenangan lama bagaikan terimbau di mindanya.Dia meneguk
coffee perlahan.Dia masih tidak boleh lupakan perkara itu.
Sejak tersempak dengan Aizan dia
lagi banyak mengeluh.Walaupun dia tahu keluhan itu tidak berapa bagus.
“Aizan,dia tak cintakan kau.Dia nak main-mainkan kau je”pujuk Izzat
untuk menghalang Aizan bermalam di rumah teman lelakinya.
“Tak aku tak percaya…”Aizan merenung wajah Izzat lama.Dia memilih untuk
tidak percaya.Mungkin cinta telah membutakan hatinya sehingga lupa mana satu
buruk dan baik.
“Aizan,jangan pergi…aku tak boleh jamin keselamatan kau dekat
luar…aku…aku..”Izzat tidak menghabiskan kata-katanya.
“Cukup Izzat,aku tak nak dengar apa-apa dari mulut kau…”
“Aizan,aku cuma risaukan kau je…aku rasa dia main-mainkan kau.Aku baru
nampak dia dengan orang lain”
“Kau siapa nak risau kan aku?Kau bukannya faham apa yang aku
rasa.Lagipun kau bukan g*y…apa yang kau faham apa yang aku rasa?Apa yang kau
faham?Kau tak akan faham Izzat..kau tak akan faham even aku explain dekat kau..”tengking
Aizan.Izzat terdiam.Dia terdiam.Lama dia terdiam.
Sehingga sekarang Izzat masih
mencari jawapan kepada soalan Aizan.”Apa yang kau faham tentang apa yang aku
rasa?”Ya memang dia mengakui bahawa dia tidak faham namun tidak bermakna dia
tidak boleh merasai apa yang Aizan rasa.
Aizan lebih suka mengambil jalan
mendiamkan diri malahan dia seolah-olah berubah menjadi orang.Apa yang kau
expect,dah 3 tahun kau tak jumpa dia?kata otaknya.Tapi aku yakin dia masih
Aizan yang sama seperti dulu,hatinya meningkah pantas.Berhenti berharap lah Izzat,otaknya menghasut.
Izzat menghela nafasnya berat.Perlahan
dia menghirup air kopi itu.Telinganya menangkap bunyi loceng di tekan.Dia
mengerut dahinya perlahan.Baru dia teringat yang dia ada memesan set dinner
untuk malam itu.Dengan segera dia berjalan ke arah pintu.
Pintu dibuka dengan
perlahan.Matanya terpaku atau lebih tepat terbeliak melihat siapa di
hadapannya.Kejutan apa lagi ni?Kenapa banyak sangat kejutan yang berlaku sejak
dua menjak ni?Perlahan-lahan bibirnya mengukir senyuman.
Penghantar makanannya itu juga
sudah ternganga mulutnya.Izzat tersenyum mesra dengan kejutan yang tidak
disangka itu.
Bersambung…
p/s:Btw ada ssesipa tahu tempat nk cari gambar couple yg cute2.Please.Ketandusan gambar.Selain dr google la
waiting for the next chapter . .
ReplyDelete