Tuesday 23 June 2015

Akhirnya..

Story 7

Perlahan-lahan dia menggosok dahinya yang dicium oleh Izzat. Pandangan dan renungan Izzat yang tajam dan redup semalam betul-betul menakutkan dia.Dia bukan tidak faham renungan yang dahagakan sesuatu.Sesuatu yang dia sendiri tak boleh bagi.

Sebenarnya lebih kepada paranoid,dia takut.Dia takut apabila sayang dia tak boleh lepaskan malahan mungkin selepas dia bagi segalanya,dia akan ditinggalkan.Memanglah lelaki tak dikira sangat if “dara” hilang tapi baginya jangan jadi terlalu murah.

Cuma yang dia keliru,dia yakin Izzat bukan seperti dia. Izzat straight.Tapi seberapa pastikah fakta itu?Sejahat-jahat dirinya dia tidak pernah berharap untuk menyuruh Izzat membalas kasihnya.Dia mencapai fonnya dan melihat gambar Izzat.

Lembut dia mengusap gambar itu sambil senyuman terukir di bibir.Gambar dia tersenyum di sebelah Izzat.Gambar mereka memakai topi “couple”.Gambar yang paling dia sayang,dia memeluk lengan Izzat sambil meletakkan kepalanya pada bahu Izzat.

Mungkinkah ini peluang untuk yang dia merasai kasih sayang sebenarnya?Tapi dia tidak mahu mencintai hanya kerana nafsu.Sungguhnya mencintai itu tidak semestinya memiliki.Itu adalah hakikat yang perit untuk diterima.Dia seboleh-bolehnya ingin matikan perasaan cinta,kasih sayang kerana baginya semua itu menyakitkan.

Baginya dendam yang berakar umbi harus dilaksanakan.Masih berbaloikan dendam itu?

Tapi dia masih tidak faham kenapa? Lambat-lambat dia menghantar wassap pada Izzat.Mereka sudah dewasa.Jadi untuk apa memeningkan kepala apabila masalah itu boleh bawa dibincang?Mindanya melayan lagi ke arah perbualannya bersama Syafika.

“Fika,apa benda yang kau appreciate sekali dalam hidup kau?”

“Hurmm susah soalan kau ni...hahaha”terhambur ketawa Syafika sambil membetulkan tudungnya.

“Apa yang susah..jawab jela..”Aizan mengunyah mangga bersama kicap itu.

“Of course family aku,kasih sayang dari orang sayangkan kita dalam diam..walaupun orang itu tak mungkin sayangkan aku macam mana aku sayang dia,aku harap dia tahu aku tak berhenti sayangkan dia..”mendalam Syafika meluahkan pendapatnya.

“Tapi wujud ke jatuh cinta bukan sebab rupa semua tu?”

“Itu kau silap Aizan,to be honest aku rasa kau tak akan jatuh hati pada orang tu sebab kau suka perangai dia at first,mesti kau tengok appearance juga and then slowly baru kau jatuh sayang sebab kau rasa selesa,dia faham kau bukan rupa semata-mata”

“Mungkinlah kalau kau yang rasa macam tu Fika?”

******************
Aizan mengetuk pintu itu perlahan.Dia mengetuk kuat sikit.Matanya menangkap loceng yang tersedia ada untuk diguna.Oh my,kenapa aku bebal sangat ni?Dia menghentikan kerja sia-sia itu dan menekan loceng pula.

Masih tiada jawapan.Dia memegang tombol pintu.Hurmm?Tak berkunci?Biar betul mamat ni,gila apa tak kunci pintu rumah.Dia masuk ke dalam perlahan-lahan.Kepalanya terjengul,terhendap-hendap seperti pencuri.

Mana dia pergi?Dia menangkap bunyi pancuran air sayup-sayup.Hurm,nak masuk ke tidak?Masuk mana ni Ijan?Bilik air ke bilik tidur dia?Haih,bangang pulak otak dia ni berfikir.Masuk bilik tidur dialah,jadah apa masuk bilik air.

Tanpa sebarang amaran,dia membuka pintu dan matanya terbuntang luas.

“Arghhhhhhhhhhhhhhhh”Aizan menjerit.

“Arghhhhhhhhhhhhhhhh”Izzat juga menjerit.

Aizan dengan pantas menutup matanya.Aku tak nampak apa-apa.Aku tak nampak.Mukanya sudah membahang menahan malu yang teramat.Telinganya sempat menangkap bunyi orang jatuh,bedebuk!!
Dengan pantas dia membuka mata dan terkejut apabila melihat tubuh Izzat terbaring di situ.Pantas  dia berlari mendapatkan Izzat.

“Berhenti....jangan masuk!!!”jerit Izzat dari dalam.Aizan terhenti seketika.Lah,kan jatuh tak akan lah tak nak tolong pulak.Aku ni bukan jahat sangat pun.

Tanpa menghiraukan amaran Izzat dia masuk ke dalam dan menutup pili air.Matanya mencari tuala yang masih tersidai di tepi itu.Dia membalut tubuh itu dengan tuala dan memapahnya ke katil.

“Kau sengaja nak tengok aku kan?”Izzat meluahkan rasa tidak puas hatinya.

"Eee tolonglah,aku pun ada lah"alahai bangang pulak jawapan aku ni.

Aku tendang jugak kan dia ni.Tapi disebabkan aku ni baik.Aizan diam tidak membalas.Malas nak bertekak dengan orang yang tak nak kalah ni.Lagi satu orang tu tengah sakit.Dia membantu Izzat duduk di katil.Hurm,ubat?Ubat apa ni?Coolfever bagai lagi tepi katil.

Dia meletakkan tapak tangannya ke dahi Izzat.Panas juga.Izzat terpana melihat wajah Aizan rapat dengannya.

“Kau dah makan?”tanya Aizan sambil memandang Izzat yang sudah berbaring di katil.Izzat mengeleng kepala.Aizan mula bergerak keluar dari bilik itu.Baru sahaja kakinya ingin melangkah,Izzat memanggilnya.

“Izan,jangan pergi..jangan tinggalkan aku..”redup mata itu memandang Aizan.Tersentuh hatinya.

“Aku nak masak sikit untuk kau”otaknya mula ligat memikir untuk masak apa.Argh,bubur je lah senang dengan sup.Kalau malas sangat aku drive thru je la apa-apa.

Tidak sampai setengah jam,dia masuk ke bilik Izzat.Izzat sudah tertidur bersama coolfever di dahi.Dia meletak bubur dan sup di tepi.Dia menghenyak punggungnya di tepi katil Izzat.Teketar-ketar tangannya menyentuh ubun-ubun Izzat.Lembut tangannya mengusap rambut Izzat.Telinganya menangkap bunyi dengusan nafas Izzat yang sedang tidur itu.

“Kenapa kau seolah-olah bagi aku harapan Izzat?aku minta maaf sebab aku tak boleh nafikan yang aku dah jatuh sayang pada kau...”

“Tapi aku takut,akhirnya aku akan keseorangan...”

“Aku tak tahu nak percaya siapa...macam mana kalau aku seorang je yang rasa macam ni..?sedangkan kau anggap aku tak lebih dari kawan?”perasaan sebak mula berkumpul di ruang hati Aizan.

“Kenapa..kenapa aku tak boleh dapat cinta sebenarnya…kenapa aku cintakan bayang-bayang?”

“Sebab aku tak boleh pilih siapa aku nak jatuh cinta....kalaulah boleh aku pilih..maafkan aku Izzat”perlahan suara Aizan.

Lembut dia merendahkan wajahnya,mencium pipi Izzat.Tanpa Aizan sedar,air mata Izzat menitis perlahan dalam tidurnya.

Mungkin nasib menyebelahi Aizan kali ni?Sungguh manusia jadi buta kerana cinta.Mulutnya mengatakan tidak tapi hatinya berat mengiakan.

************************
Gila bayang.Mungkin ya.Itulah apa yang dirasakan oleh Fakhrul.Matanya sudah mula terbayangkan Aizan di hadapannya sambil tersenyum.Lesung pipitnya juga terserlah.Mendengar nama itu sahaja sudah membuatkan jantungnya berdegup.

Aizan yang nampak senang dimiliki tapi menjauh apabila didekati.Lamunannya terhenti apabila handphonenya bergetar tanda notification masuk.Dia membelek seketika facebooknya dan mengamati gambar yang di tag sewaktu dia belajar di university.

Dia hanya membelek sekilas lalu seolah-olah tidak berminat namun matanya menangkap satu wajah yang seperti pernah dilihat.Dia menekan gambar itu.Siapa ni?Puas dia memerah otaknya,namun mindanya seolah-olah ingin menutup ingatannya tentang itu.

“Kenapa suka sangat lagu ni?”

“Entah,sebab saya rasa lagu ni buat saya ingatkan awk..haha”

“'Cause nothing can ever,Ever replace you.Nothing can make me feel like you do, yeah.You know there's no one .I can relate to.And know we won't find a love that's so true”

Bait lagu itu seperti pernah didengar namun dia lupa di mana.Suara itu seolah-olah bermain-main di telinganya.

“Siapa dia tu?”tanpa sengaja dia tertolak file di tepinya.Matanya terbeliak melihat gambar itu.

“Tak..tak mungkin.....tak mungkin.....mustahil...”peluh mula merecik di dahinya.

Bersambung...

p/s:Maaf delay banyak sangat.Sorry hectic gila.Btw selamat berpuasa,rasa macam tak terlambat lagi nak ucapkan :)