Monday 5 December 2016

Long time..lelaki itu?

Salam dan selamat petang semua.

Wow dah almost 3 months tak update apa-apa. Hahahaha, maaflah busy sikit. So far, aku tgh cuti sebab further study. So in that time banyak benda yang berlaku either happy or non happy lah. Recently, aku ada watched movie pasal sweet love gay couple semua ni. At some part aku terfikir, it's good to say goodbye and move on to the next phase of your life.

After aku dah busy balik ni, aku actually dah mula move on yang real and dah tak fikir sangat pasal my hug buddy. Hahahaha bersawang cerita aku. But then, last week dia text aku yang dia ada dekat london dengan family dia. It hits me, kenapa dia tetiba msg aku? Perlu ke layan dia? Tapi aku layan je lah..tapi banyak soalan bermain-main dekat minda aku pasal dia..

Most of the time kenapa? Apa yg dia nak dari aku lagi? or aku just overthinking about that stuff? Recently dia baru je broke up dengan girlfriend dia. At the end, aku just buat conclusion yang aku je yang overthink and kami dah say goodbye and move on.

The real question is betul ke aku dah move on? Partly yes tp bila dia dah start msg balik aku macam tak boleh nak move on? Please guys, I need something to move on hahaha. One of kenapa aku tulis ni pun sebab aku rasa sangat sunyi..I dont have any friends yang rapat, so aku just banyak sendiri je. Aku macam need something utk distract and take my mind off.

By the way, selain dari tu aku pun sebenarnya ketandusan idea nak tulis apa jugak dalam blog ni. Aku macam dah sampai phase "aku just tulis blog for suka-suka and mungkin aku dah done sharing everything about my life"...

Right now, I just need something to distract my mind...


Saturday 10 September 2016

Have I become?

Selamat malam semua.

Hahaha. I don't know why lah, this recent either aku yang pelik or actually aku become intolerable. At first aku macam tak perasan this trend but then bila ada benda-benda yang berlaku aku rasa macam aku ni intolerable in many aspects and most of the time I stand firm with my opinion. Adakah aku ini ego tinggi?

Aku object idea and tend to be angry when the idea does not have any support or irrelevance. Oh god, aku tak suka ada feelings macam ni. I used to be someone who is tolerable and considerable with other opinion. Bila aku rasa benda tu tak kena aku jenis yang tak reti nak sorok, benda itu akan obvious nampak dekat muka aku..haha suck kan?

Sedihnya ada perasaan macam ni, rasa macam kita ni tak considerable langsung. Macam mana nak stay tenang. being considerable and tolerable? Aku pernah juga cuba untuk letak diri aku dalam situasi mereka tapi bila aku fikir balik, sedangkan aku boleh think something else with vivid evidence aku jadi macam marah. Kenapa ya? 

Friday 12 August 2016

Akhirnya...

Story 11

Aizan membuka matanya perlahan. Merenung wajah Izzat yang masih tidur. Lembut dia mengusap wajah itu. Hatinya mula rasa ragu dengan perancangannya. Lama dia berkhayal mengingati perkara lampau yang berlaku padanya.

Kadang-kala dia sendiri ragu, sama ada dia sudah mula masuk fasa penerimaan atau masih berada dalam fasa sebelumnya. Tapi yang pasti hampir 4 bulan berlalu dan dia masih mendiamkan diri. Cuma dia tidak segila seperti mula-mula dia masuk ke tempat ini.

Dia duduk di bangku yang berhampiran sambil memejamkan mata. Telinganya menangkap bunyi derapan langkah yang berjalan ke arahnya. Mata mereka bertentangan dan lelaki itu menguntum senyuman namun Aizan hanya melihat tanpa reaksi.

“Boleh aku duduk sini?”tanya lelaki itu. Kepalanya berbalut.

Aizan hanya mengangguk tanpa menjawab. Lelaki itu melabuhkan punggungnya di sebelah Aizan.

“Nama aku, Adam..”

Aizan masih membisu tanpa bicara. Dia hanya membiarkan lelaki itu berkata-kata tanpa membalas. Sepanjang perbualan dia lebih banyak mendengar dari berbicara. Mendiamkan diri mengajar dia untuk menjadi pendengar yang baik. Hampir sebulan juga baru Aizan membuka bicara.

“Sungguh Aizan aku rindukan dia…amat rindu..”

“You know the greatest thing about love is we have to open our entire self making us vulnerable. Tapi apa orang cakap worth for trying? Kadang-kadang kita lupa sama ada apa yang kita protect tu worth untuk try atau tak. Benda yang aku regret adalah aku tak ready and hold to much hope in relationship yang ending dia kita sendiri tak tahu especially dunia yang sebaliknya”

“Aku tahu..”

“Bila sampai untuk kita stop that’s it, sebab bila sampai masa untuk kita berhenti kita kena berhenti jangan terlampau push or hoping yang kita boleh akan teruskan lagi.Berharap itu bagus cuma jangan terlampau berharap” riak wajah Aizan tampak tenang walaupun hujung matanya sudah bertakung.

“Aizan..kau sayangkan dia?”tanya Adam sambil merenung wajah Aizan.

“Aku sayangkan dia tapi aku tersilap dalam percaturan..aku terlampau berharap sampai lupa yang mana satu cinta atau tak..tapi aku jatuh cinta pada keduanya. Aku tak tahu rupanya aku pun sayangkan dia juga”Aizan Syahmi berkata perlahan. Pandangan matanya redup memandang wajah nan di hadapannya.

Lamunannya terhenti apabila melihat Izzat sudah terjaga sambil merenung wajahnya. Mukanya sudah mula kemerahan apabila direnung begitu. Malu juga tengok Izzat tidak berbaju itu. Yup, masih ada perasaan malu. Dah lah berdua macam ni je, nanti apa pula orang cakap. Hahaha, perlu ke ada statement macam tu?

“Kenapa tengok-tengok aku macam tu? Aku cungkil mata tu nanti”marah Aizan cuba untuk bangun dari katil. Namun pinggangnya di tangkap oleh Izzat dan di bawa semula ke katil.

“Eleh tak beragak nak malu..semalam siapa kiss siapa?” tanya Izzat sambil tersengih.

“Ingat aku terdesak sangat ke? Dah lah Izzat aku nak balik..aku ada kerja petang ni..” Aizan cuba meleraikan pelukan Izzat itu. Izzat pula sudah mula mencium-cium belakang lehernya sambil ketawa. Dia menaik-naikkan keningnya sebelah.

“Jom..round ketiga…”ajak Izzat sambil tergelak besar. Aizan dengan pantas mencampai bantal dan menghempuk kepala Izzat.

“Cakap merepek lagi…”muka Aizan sudah mula kembali kemerahan. Aizan sudah mula menggelabah. Dah aku pun nak gelabah-gelabah apa kejadahnya. Buat biasa, chill macam biasa sudahlah.

“Sayang aku dulu…”Izzat menyuakan pipinya.

“Huhh?Sayang apanya?”bendul pula si Aizan ni pagi-pagi macam ni. Izzat menunjukkan pipinya pada Aizan.

“Cepatlah Aizan, penat tau tunggu macam ni…”suara Izzat sudah mula menunjukkan tanda merajuk. Lantas Aizan mendekatkan bibirnya ke pipi Izzat lalu mencium lembut pipi itu. Izzat pantas berpusing dan mengucup bibir Aizan. Aizan yang tidak bersedia terkejut dan serentak menghentak dahi Izzat dengan telapak tangannya.

“Aduhh sakitlah sayang…tak sayang Izzat ke?”Izzat menggosok dahinya perlahan. Kuat juga hentakkan Aizan.

“Main kotor lagi..”kata Aizan sambil ketawa besar. Izzat bangun dari katil dan pergi ke bilik air untuk mencuci muka. Aizan pula bangun dan mencapai roti yang berada di tepi katil. Sempat lah jugak jerang air sekejap. Lantas dia mencapai coffee dan membawa makanan ke katil.

Baru sahaja Aizan mengunyah semulut, Izzat bergerak ke katil tanpa baju dan masih memakai sweat pants berwarna kelabu. Izzat mengigit roti yang berada di mulutnya sambil merenung matanya. Aizan terkesima dengan tindakan Izzat itu.

“Erm sedap..”muka Aizan sudah mula kemerahan menahan malu. Izzat hanya tersenyum nakal.

“Oh by the way, t-shirt yang Aizan pakai tu Izzat punya”kata Izzat lagi sambil tergelak besar.
Aizan hanya terdiam dan tersenyum sahaja. Namun senyumannya itu mati apabila teringat apa yang patut dia buat. Bukan ini yang di rancang, tapi macam mana kalau dia terluka lagi? Betulkah dia perlu menerima kasih sayang Izzat?

******************

Syafika mengelap perlahan peluh yang menitik di dahinya. Dia tersenyum melihat pelanggannya sedap menikmati makanan. Alhamdulillah impiannya tercapai jua di mana dia ingin membuka kedai/café yang mempunyai servis penghantaran makanan. Ya dia akui memang tidak mudah untuk membina sebuah perniagaan. Syafika sendiri masih muda dalam perniagaan ini.
Fikirannya menjangkau perbualannya dengan Aizan pada minggu lalu.

“Fika apa yang kau takut dalam hubungan percintaan?”

“Hurm, let see? Tak ada kot…hahahahah”

“Berlagak punya perempuan…”Aizan mencapai buku dan menolak kepala Syafika.

“Hoii…apa sentuh-sentuh ni..”Syafika mengerutkan dahi sambil membetulkan tudungnya yang klepet itu.

“Banyak Aizan benda yang aku takut…salah satunya adalah kita tak tahu bila sampai bila dia akan sayang dan cintakan kita. Aku tak suka nak membayangkan tapi benda itu tak mustahil untuk bila sebab akhirnya kita pun manusia..hati sentiasa berbolak-balik” lembut dia berkata.

“Kadang-kadang aku jadi takut, aku takut untuk memberi harapan…yang akhirnya aku sendiri yang kecewa…”perlahan Aizan berkata.

“Susah nak cakap Aizan sebab orang cakap life is gamble tapi kalau boleh bila kita kahwin kita doakan itulah jodoh kita sampai nyawa bercerai dari badan..and tak semua benda kita boleh gamble..”

“..tapi ingat ada yang tak akan berhenti untuk sayangkan kita…mak ayah kita..walaupun buruk macam mana kita, walau benci macam mana pun mereka tak di nafikan mereka tetap sayangkan kita. Dan kita masih ada pencipta yang maha pengasih…”

Syafika hanya mampu berdoa Aizan mendapat lindungan daripadaNya. Hanya itu dia mampu berdoa. Pernah dia tanya Aizan apa yang berlaku padanya dahulu namun Aizan hanya mendiamkan diri tanpa sebarang bicara. Hari itu Izzat ada hubunginya ada juga dia bertanya persoalan itu namun masih belum terjawab.

Tangannya mencapai handphone dan menaip laju.

******************************************

3 tahun lepas

“Aizan, tolong ambil order meja 19..”arah lelaki itu dari kaunter. Aizan yang sedang membawa air menggangguk sambil tersenyum. Penat itu pasti tapi itulah punca rezekinya. Bukan tidak cukup duit biasiswa nya tapi dia masih ada adik-adik yang masih bersekolah. Dia membetulkan rambut dan kaca matanya seketika. Penampilan itu penting. Sempat lagi Aizan oii.

“Selamat petang encik, boleh saya ambil order?” tanya Aizan sambil tersenyum.

“Nasi goreng kerabu satu, nasi putih dengan sup ayam satu”balas lelaki itu sambil tersengih memandang Aizan.

“Air encik?”

“Carrot susu 1 dengan milo ais tabur satu…”

“Ok encik..nanti dah siap order saya hantar”Aizan menundukkan kepala dan berlalu pergi untuk hantar order.

Entah di mana malangnya nasib dia pada haritu, kakinya tersadung di meja dan air yang di bawa tumpah menyimbah baju pelanggan di meja 19.

“Ma..maaf encik…”Terketar-ketar suara Aizan meminta maaf. Pucat mukanya seketika. Dengan pantas dia mengeluarkan kitchen towel untuk mengelap. Tangannya terketar-ketar sewaktu mula mengelap.

Lelaki itu merenung tajam sambil memegang kuat tangan Aizan.

“Kau ni reti buat kerja ke tak ha?”tengking suara itu kuat. Merah padam muka Aizan menahan malu. Banyak mata yang memandang sambil berbisik-bisik.

“Bodoh lah kau ni…menyusahkan tahu tak?”marah lelaki itu lagi.

“Dah lah tu Fakhrul, malu orang tengok…”tegur kawannya.

“Ehh lain kali buat kerja betul-betul..jangan makan gaji buta je. Lagi satu perangai bodoh kau tu bawa jauh-jauh dengan kau sekali..”tengking Fakhrul kuat sambil menolak kepala Aizan.

“Ma..maaf encik..”perlahan suara Aizan. Dia hanya mampu mengangguk dan memohon maaf.

“Nah ambik duit ni, hilang selera aku nak makan..”Fakhrul mengeluarkan duitnya sambil mencampak ke muka Aizan. Aizan hanya mampu memejamkan mata. Kalau tidak di fikirkan dia masih ingin bekerja di sini memang sudahlah dia mendebik muka lelaki di hadapanya itu.

Perlahan-lahan dia mengutip duit yang jatuh ke lantai itu. Mukanya masih merah padam. Habis sahaja kerja, terus dia menunggu bas di perhentian. Itulah rutin hariannya, pagi di kelas malam bekerja. Malam sikit lagi dia akan menyiapkan tugasan kelas pula. Sejak akhir-akhir ini dia lebih banyak mengeluh.

Sampai di rumah sewa dia terus ke biliknya tanpa membuka lampu. Pelik jugak, roomatenya sedang tidur walhal baru 11.30 malam. Dia membuka bajunya perlahan dan mengikat sedikit rambutnya. Almaklumlah, rambut dah panjang dan dia masih belum berkesempatan untuk memotong.

Baru sahaja dia ingin masuk ke bilik air, ada satu suara menegurnya.

“Eh Aizan baru balik ke?”Aizan berpusing sambil mengangguk.

“Jap…”lelaki itu bergerak ke arah Aizan. Tanpa amaran dia meletakkan tangannya di dada Aizan. Aizan tersentak dengan tindakan itu sambil menepis tangan itu.

“Apa kau buat ni…pervert betul”marah Aizan.

“Tak adalah aku rasa macam kau makin kurus..”lelaki itu masih lagi merenung tubuh Aizan.

“Izzat sebelum aku luku kepala kau tu baik kau berambus”

Izzat hanya tergelak kuat dan berlalu pergi.

**********************
Aizan tersentak dari lamunannya apabila namanya di panggil. Dalam masa yang sama dia menoleh ke arah Fakhrul yang sedang merenung skrin laptopnya.

Fakhrul merenung skrin laptopnya tanpa perasaan. Kenapa susah betul untuk dia menakluki Aizan. Aizan ibarat bermain tarik tali dengannya. Senang di dekati tapi sukar untuk dimiliki. Senyuman Aizan yang menggoda.

Lamunannya terhenti.

“En Fakhrul, show dah nak start..”

“Ok in a minute…”

Fakhrul masuk ke dalam set pengambaran itu. Matanya tertancap pada Aizan yang sedang mengayakan posisi yang di arahkan oleh juru gambar itu. Wajah Aizan di make upkan supaya cheekbonesnya nampak dengan jelas.

“Ok Aizan, sekarang you loose 1 button and pegang hujung baju sambil pandang kiri..”

“Then, naturalkan reaksi muka you, I want something yang nampak fierce but on the same time looks elegant..”Aizan berpusing kehadapan sambil memegang mukanya dengan hujung jari.

“Ok last pose..”Aizan memandang tepat ke arah wajah Fakhrul dan mengenyit matanya. Fakhrul 
hanya memandang dan jantungnya mula beriak kencang.

Sungguh Aizan nampak gah sebentar tadi. Dia sendiri terpegun melihat Aizan apatah lagi orang lain.

**********************
Aizan mengelap meja makan perlahan. Pergerakannya di perhatikan oleh Syafika yang sedang memulang baki pelanggan. Kenapalah dengan kawannya itu. Banyak mengelamun sekarang.

Mata mereka bertentang dan Aizan hanya tersenyum. Baru sahaja Aizan ingin masuk ke ruang penyediaan makanan, pintu kafenya itu dibuka dan matanya menangkap gerangan yang masuk itu.

“Aizan…”Izzat tersenyum memandang syafika.

Aizan hanya mendiamkan diri tanpa suara.

“Boleh aku nak jumpa kau kejap?” tanya Izzat.

“Aku busy ni…”Aizan menjawab sepatah.

“Tipuuuu….dia tipu Izzat…”laung Syafika sambil masuk ke dalam. Aizan menjengil mata pada Syafika.

“Please Aizan…”mereka berdua keluar dari kafe itu.

“Ok…kau nak talk, now we talk…”Aizan menghalakan pandangannya pada Izzat sambil berpeluk tubuh.

“Kenapa kau jauh kan diri dari aku?”tanya Izzat.

“Mana ada..aku cuma busy sikit dua – tiga menjak ni”Aizan memberi alasan.

“Aizan..aku bukan baru kenal kau sebulan..dah lama..”lembut Izzat berkata.

“Huhh? Kau baru jumpa aku balik beberapa bulan lepas tu claim dah kenal aku lama?”sinis Aizan bertanya.

“Ok fine..kenapa kau tak return call aku..aku whatapps kau tak balas…”

“Aku busy, shooting lagi…jaga kafe..aku tak ada masa nak balas..”Izzat merenung ke dalam mata Aizan. Aizan melarikan pandangannya.

“Ada apa-apa lagi tak? Aku nak sambung buat kerja ni…”balas Aizan mengerling seketika dan ingin berlalu pergi.

Izzat menarik tangan Aizan dan memeluknya dari belakang. Aizan diam kaku tanpa reaksi.

“Aizan, please…”Izzat memeluknya dengan lebih erat. Aizan memegang tangan Izzat perlahan-lahan.

“Hati aku sakit Izzat, setiap kali aku cuba untuk sayangkan kau mesti aku rasa terluka..aku tak tahu kenapa…”

“…..aku hampir putus asa…sebab aku dah janji dulu tak akan jatuh cinta pada sesiapa pun tapi aku termakan dengan kata-kata sendiri…”

“Bila kau cakap diberi satu peluang untuk buat 1 benda yang aku nak,aku berharap aku tidak jatuh cinta dengan kau, aku tak tahu rupanya perasaan dia macam tu sekali rasa…”matanya sudah mula berkaca.

“Aku tak dapat malahan tidak boleh bagi apa yang dia selalu bagi kau.Apa yang aku dapat bagi hanya kasih sayang.Aku sayangkan kau.Aku tak tahu sejak bila aku ada perasaan macam ni.Yang aku tahu aku memang dah sukakan kau…”

“Bagi aku peluang untuk jaga kau,bagi aku peluang untuk sayangkan kau.Izinkan aku jadi pohon tempat untuk kau bergantung kasih sayang.Bagi aku peluang untuk aku lindungi kau.Selagi kau perlukan aku,aku akan sentiasa ada disisi kau. Apabila sampai masa kau tak perlukan aku,tolong ingatkan aku supaya aku berundur dari hidup kau.Masa itu aku dah bersedia dan aku akan berundur dari hidup kau.Buat masa yang ada bagi aku peluang ni Aizan”basah pelupuk mata Izzat.

Air mata yang di tahan tadi mula menitis perlahan. Untuk apa mengasihi jika hanya untuk disakiti? Perasaan sebak di dadanya sudah tidak tertahan lagi. 


“Kenapa kau tak benci je aku…”


Bersambung...

Tuesday 19 July 2016

Tak senang hati

Selamat malam semua.

Selamat hari raya haha. Masih belum terlambat untuk wish selamat hari raya I guess hahaha. In recent event, aku actually dah made up decision about something but tiba-tiba aku jadi waver balik dengan benda tu. Suddenly, aku jadi tak yakin and aku mengalami kemurungan 2-3 hari ni.

Perasaan aku jadi macam berbolak balik, money of course one of the factor contributing to that. Aku tak tahu lah if this sebagai ujian yang Allah bagi sebab nak tengok keikhlasan aku buat benda ni. Before this aku dah buat bertawakkal so that decision aku ni jadi tetap but then recently makin menjadi-menjadi. Aku jadi takut sangat.

Most thought of coming adalah what if aku salah buat decision? It could ruin my life. Aku ada tanya pendapat kawan-kawan and cuba untuk cari ketenangan hati. 

"Adam before kau fikir macam tu remember why kau buat decision ni? Biasalah tu kita akan rasa insecure dengan decision yang regards with our future..."

"Tapi once kau dah involve cubalah sehabis mana, paksa diri untuk teruskan...and dont overthink too much babe nanti kau depress"

Ada lagi sorang cakap

"Apa yang Adam buat tu betul, alhamdulillah bagus kita berserah pada Allah bila kita nak buat sesuatu keputusan. Kita insan yang biasa kadang-kadang kita buat keputusan tapi kita tak pasti apa yang akan berlaku di hadapan..sama ada jadi lebih baik atau sebaliknya.."

"Bila kita dah bertekad dengan keputusan kita maka bertawakkal lah pada Allah. Macam abang cakap, kita perlu yakin dan percaya pada Allah baru hati kita lapang. If tak kita tak akan sepenuhnya tawakkal.."

Bila aku tanya pendapat orang dan luahkan apa yang aku rasa terbuku dekat hati baru rasa lega sikit, rasa beban tu terangkat. Lega sikit. Doa kan decision yang aku buat ni betul dan tidak salah. I love you guys.

p/s: Btw if korang ada pandangan dan pendapat u're welcome :)

Tuesday 28 June 2016

Akhirnya...

Selamat petang dan hai semua. Maaflah lambat update story as i mentioned before i was quite busy and aku mengalami writer's block. Sometimes idea tu ada but bila aku cuba untuk tulis cerita dia macam aku tak boleh nak connects the dots between cerita tu.

So enjoy this lah kesinambungan cerita ni. Have fun dan selamat berbuka :)

_________________________________________________________________________________

Story 10

Angin pagi menderu masuk menyapa wajah Izzat perlahan. Dia menghembus nafas perlahan. Lebih kepada mengeluh. Sungguh dia tidak menyangka akan terserempak dengan Aizan di sini. Bersama orang lain pula tu. Tipu jika dia tidak rasa cemburu malahan terkejut gerangan yang bersama Aizan adalah Fakhrul.

Terdetik rasa risau dalam hatinya namun siapakah dia? Aizan sudah dewasa untuk membuat keputusan sendiri. Namun hatinya mengimbangi peristiwa lalu yang meranapkan semangat Aizan. Dia cukup takut dan sedih melihat Aizan terseksa. 

Hampir 2 jam lebih yang lalu, Aizan di masukkan dalam wad.Sepanjang malam itu juga dia menjaga Aizan, meniup semangat dalam jiwa Aizan. Aizan masih koma akibat hentakkan kuat di kepalanya bersama wayar yang berselirat di badannya.

Syukur dia sampai tepat pada masanya, kalau tidak mesti dia akan menyesal semua hidup.
Dia mengenggam tangan Aizan kuat seolah-olah menyalur semangat untuk memberi kekuatan untuk Aizan hidup.Telinga nya terngiang-ngiang mendengar ungkapan doktor tadi.

“Actually,from diagnosis injuries dia it was not that severed,supposed to be dia tak koma lama tapi dia seolah-olah keep telling himself it’s ok to be like this,dia macam tak nak bangun”

Aizan jangan macam ini.Please,Aizan. Teragak-agak dia bangun lalu berdiri berdekatan dengan kepala Aizan.Please Aizan. Lembut dia mendaratkan bibirnya ke dahi Aizan.Nanti aku datang lagi,aku sayangkan kau. Bisiknya di telinga Aizan.Hampir menitis air matanya.

Usai selepas solat dia datang semula ke wad Aizan. Aizan masih kaku terbaring.Aizan masih lagi dalam keadaan yang sama.Hanya Allah sahaja yang tahu apa yang ada dalam fikiran Aizan.

Izzat duduk di sisi Aizan yang masih terbaring kaku.Kenapa dia masih prihatin tentang Aizan sedangkan Aizan tidak pernah mengendahkan nasihatnya?Kalau ikutkan boleh sahaja dia membiarkan Aizan terlantar begitu sahaja namun dia juga manusia,ada hati ada perasan tambahan pula Aizan juga kawan baiknya.Dia kembali mengenggam tangan Aizan.Cuba menyalur semangat kepada Aizan.Akhirnya,Izzat juga terlelap di sebelah Aizan sambil mengenggam tangannya.

*************************
Aizan mengatur langkah perlahan-lahan di taman bunga itu. Dia memeluk tubuhnya rapat. Mukanya sudah kemerahan menahan kesejukkan malam. Fikirannya menerawang jauh ke belakang. Perlahan-lahan dia menghela nafas.

Walaupun sudah sedar dari koma,Aizan seolah-olah berada dalam dunia lain.Namun yang menggusarkan hatinya, Aizan tidak mengeluarkan bicara walau sepatah pun.Dia hanya mendiamkan diri tanpa kata.Wajahnya kekal beku tanpa perasaan.Dia hanya diam dan membisu sepanjang masa.Wajahnya juga bertukar menjadi cengkung.

Sayu hati Izzat melihat Pn Khadijah cuba untuk berbicara dengan Aizan namun Aizan masih kekal membisu.Dia hanya senyap.Menggeleng tidak.Riak wajahnya kekal beku tanpa perasaan. Bukan dia tidak nampak air mata menitis perlahan dari pelupuk mata ibunya itu.

Aizan mengeluarkan gunting yang di ambil di meja receptionist pagi tadi.Perlahan-lahan dia bangun dan berjalan ke arah cermin di bilik air.Dia mengusap-gusap rambutnya yang agak panjang. Dia memegangnya perlahan dan menghalakan gunting itu ke rambutnya.Lama tangannya terhenti di situ.
Perlahan-lahan gunting itu bergerak memotong setiap helaian rambut yang ada sehingga menjadi sopak.Gunting besar itu jatuh serentak dengan helaian rambutnya yang terakhir.Dia terduduk di tepi singki itu.Riak wajahnya masih beku.Wajahnya kekal tanpa perasaan.

Pintu biliknya terkuak luas dari luar.Pn Khadijah hampir pengsan melihat keadaanya anaknya begitu.Aizan seolah-olah berada dalam dunianya sendiri.Dia memandang kosong tanpa sebarang bicara masih mengunci bicara. Maknya, menangis teresak-esak melihat Aizan yang seolah-olah mayat hidup.Makan tidak.Tidur tidak.Yang Aizan lakukan hanya diam dan membisu tanpa bicara.

Tanpa amaran Aizan rebah disitu. Bergegas dia meminta tolong anak bongsunya mengangkat Aizan ke katil.

“Aizan kenapa macam ni nak?Kenapa Aizan jadi macam ni?”Emaknya menyikat rambut anaknya yang sopak itu lembut.Aizan masih membisu.

Perbualannya bersama doktor itu terngiang-ngiang di telinga.

“Aizan mengalami tekanan perasaan yang kronik.Dia cuba lari daripada sesuatu.Benda ini bukan je berpunca dari perasaan sedih,marah puan.Dia seolah-olah rasa macam hopeless,empty and excessive guilt dengan apa yang dia buat.Apabila semua perasaan itu berkumpul dan menghantui dia,dia tak boleh express benda tu jadi dia ambil keputusan untuk mengunci bicara”

“Berapa lama benda ni doktor?”

“Saya tak berani nak cakap puan.Kebiasaannya paling sekejap 6 bulan mungkin kurang atau lebih bergantung kepada pesakit..”

Tangan berusia itu mengusap lembut tangan anaknya.Aizan masih diam bersama wajah yang membeku.

“Kalau Ijan dah sedia nak cerita jangan lupa bagitahu emak…mak risau sangat…mak..mak sedih tengok Izan macam ni…mak sayang Izan”lembut dia berkata bersama air mata yang muncul di tubir mata.Aizan masih mengunci bicara namun air matanya menitis perlahan di pipi bersama wajah yang membeku itu.

Bunyi cengkerik di malam hari menghentikan lamunannya. Aizan menggosok tapak tangannya perlahan. Kesejukan malam betul-betul mencengkam tubuhnya.Lembut dia menghirup udara malam yang masih segar.Udara dari tasik.Matanya menangkap beberapa pasangan yang masih muda malahan mungkin remaja yang berdua-duan.Jujur dia katakan,kadang-kadang apabila melihat pasangan kekasih atau suami isteri kadang –kala menimbulkan rasa iri hati.

Hatinya terusik tatkala berfikir mampukah dia bahagia seperti itu?Jika bahagia berkekalankah kebahagiannya itu.

“Kalau diberi 1 peluang...aku pilih untuk tak jatuh cinta dengan kau..”perlahan Aizan menyebut ayat itu.Dia meletakkan tangannya di dada.Angin malam menyapa tubuhnya.Sejuk.Aizan hanyut dalam dunianya sendiri tanpa sedar tangannya sudah mula kebiruan.Dia menutup perlahan-lahan matanya.

Lamunannya terhenti apabila ada seseorang membalut tubuhnya dengan baju sejuk.Dia mendongak, matanya menangkap wajah yang dia rindui. Tak,tak dia bermimpi.Dia menggeleng kepala tanda untuk menyedarkan diri dari mimpi.Dia memejamkan mata dan membukanya kembali.

Ya,Izzat masih berdiri depan matanya.Mata bangunlah jangan mimpi lama-lama.Dia masih memujuk dirinya yang semua ini mimpi.Namun,Izzat masih di situ. Aizan beristighfar dalam hati,kenapa aku macam ni? Adakah dia sudah tidak boleh membezakan antara realiti dan mimpi? Dia memejamkan matanya berharap agar semua ini berlalu. Hampir berkaca matanya menahan rasa sebak di dada. Hatinya menjadi galau.

“Shuhhh..Kenapa ni?”suara itu menyapanya.Aizan pantas membuka matanya.Tangan itu lembut mengesat air mata yang tersisa.Dia melabuhkan punggungnya di sebelah Aizan.

“Coffee?”Dia menghulurkan satu cawan coffee espresso pada Aizan. Aizan teragak-agak untuk mengambilnya.Namun dia menyambut juga huluran itu dan menghirup perlahan coffee itu.Haba panas dari coffee itu benar-benar menyegarkan.

Kenapa setelah apa yang dia lakukan, Izzat masih ingin menolongnya? Bukankah lebih mudah untuk membenci?

“Thanks Izzat, aku naik dulu..”dia cuba bangun. Baru sahaja dia ingin bangun dari bangku, kepalanya sudah berdenyut.Sejak akhir-akhir ini kepalanya asyik sakit.Dia berusaha untuk bangun.Langkahnya terhuyung-hayang.Sungguh matanya berat.

“Kau ok?”tanya Izzat risau.

“Aku ok...jangan risau..”Aizan menggeleng.

Tanpa sebarang amaran,Izzat mencempung tubuh Aizan.

“Izzat..tu..turun kan aku...aku boleh balik sendiri...”

“Turunkan aku Izzat,turunnn...”Dia memukul dada Izzat perlahan.Matanya hampir kuyu.

“Diamlah...kalau tak aku campak kau dekat sini”marah Izzat.Aizan menatap wajah Izzat yang serius itu. Namun kelembutan wajah itu juga yang memikat hatinya. Dia menolak pintu biliknya dengan kaki. Well, quite lucky pilih bilik seorang ni.

Perlahan-lahan dia meletak Aizan di katil. Dia duduk di birai katil mengusap lembut rambut Aizan itu. Baru sahaja Izzat ingin bangun, Aizan memegang tangannya.

“Izzat..kau nak pergi mana?”

“Aku nak tukar baju…shh tidur balik”pujuk Izzat perlahan. Dia mengamit tangan Izzat supaya berbaring di sebelahnya. Perlahan-lahan dia melentokkan kepalanya di dada Izzat. Kehangatan tubuh Izzat membuatkan dia berasa selesa.

Akhirnya, Izzat juga terlena sambil memeluk Aizan di sebelahnya.

**************************
Aizan memegang kepalanya perlahan. Matanya berbalam-balam. Dalam hati dia tertanya di manakah dia? Mengapa suasana biliknya nampak lain? Matanya turun pula pada tangan yang melingkari pinggangnya. Perlahan-lahan dia berpusing dan merenung wajah Izzat yang sedang tidur. Tangannya bergerak mengusap wajah itu.

“Kenapa kita macam ini? Aku tak pernah rasa macam ini..aku keliru…”Aizan mengusap lembut wajah Izzat.

“Bila kau ambil berat pasal aku…aku rasa bahagia…”

“Ak..aku minta maaf sebab hancurkan hati kau…ak..aku minta maaf Izzat aku tak sengaja…”teresak-esak Aizan meminta maaf. Hatinya remuk apabila melihat reaksi wajah Izzat seketika dahulu. Lembut dia mencium dahi Izzat sambil memejam mata. Perasaan sebak datang menghujangi dadanya.

Perilakunya terhenti apabila ada tangan yang mengesat titisan di pelupuk matanya.

“Everytime aku habiskan masa dengan kau…aku rasa sesuatu, aku cuba untuk kawal perasaan aku tapi akhirnya aku tetap sayangkan kau…aku tetap jatuh hati pada kau…”lembut Izzat berkata.

“Aku dah cuba buang perasaan tu jauh-jauh….tapi hati aku tetap nampak kau…”Izzat merenung wajah Aizan lama.

“Satu saja benda yang aku harapkan dari dulu lagi…aku nak rasa apa yang orang rasa..macam mana di sayangi..salah ke permintaan aku?”tanya Aizan.

“Can I be yours?”lembut Aizan bertanya sambil mendongak sedikit dan mencium lembut bibir Izzat bersama air mata yang menitis perlahan.


Bersambung…