Story 11
Aizan membuka matanya perlahan.
Merenung wajah Izzat yang masih tidur. Lembut dia mengusap wajah itu. Hatinya mula rasa ragu dengan
perancangannya. Lama dia berkhayal mengingati perkara lampau yang berlaku
padanya.
Kadang-kala
dia sendiri ragu, sama ada dia sudah mula masuk fasa penerimaan atau masih
berada dalam fasa sebelumnya. Tapi yang pasti hampir 4 bulan berlalu dan dia
masih mendiamkan diri. Cuma dia tidak segila seperti mula-mula dia masuk ke
tempat ini.
Dia duduk di
bangku yang berhampiran sambil memejamkan mata. Telinganya menangkap bunyi
derapan langkah yang berjalan ke arahnya. Mata mereka bertentangan dan lelaki
itu menguntum senyuman namun Aizan hanya melihat tanpa reaksi.
“Boleh aku
duduk sini?”tanya lelaki itu. Kepalanya berbalut.
Aizan hanya
mengangguk tanpa menjawab. Lelaki itu melabuhkan punggungnya di sebelah Aizan.
“Nama aku,
Adam..”
Aizan masih
membisu tanpa bicara. Dia hanya membiarkan lelaki itu berkata-kata tanpa
membalas. Sepanjang perbualan dia lebih banyak mendengar dari berbicara.
Mendiamkan diri mengajar dia untuk menjadi pendengar yang baik. Hampir sebulan
juga baru Aizan membuka bicara.
“Sungguh
Aizan aku rindukan dia…amat rindu..”
“You know the greatest
thing about love is we have to open our entire self making us vulnerable. Tapi
apa orang cakap worth for trying? Kadang-kadang kita lupa sama ada apa yang
kita protect tu worth untuk try atau tak. Benda yang aku regret adalah aku tak
ready and hold to much hope in relationship yang ending dia kita sendiri tak
tahu especially dunia yang sebaliknya”
“Aku tahu..”
“Bila sampai untuk kita
stop that’s it, sebab bila sampai masa untuk kita berhenti kita kena berhenti
jangan terlampau push or hoping yang kita boleh akan teruskan lagi.Berharap itu
bagus cuma jangan terlampau berharap” riak wajah Aizan tampak tenang walaupun
hujung matanya sudah bertakung.
“Aizan..kau sayangkan dia?”tanya
Adam sambil merenung wajah Aizan.
“Aku sayangkan dia tapi aku
tersilap dalam percaturan..aku terlampau berharap sampai lupa yang mana satu cinta
atau tak..tapi aku jatuh cinta pada keduanya. Aku tak tahu rupanya aku pun
sayangkan dia juga”Aizan Syahmi berkata perlahan. Pandangan matanya redup
memandang wajah nan di hadapannya.
Lamunannya terhenti apabila melihat Izzat sudah
terjaga sambil merenung wajahnya. Mukanya sudah mula kemerahan apabila direnung
begitu. Malu juga tengok Izzat tidak berbaju itu. Yup, masih ada perasaan malu.
Dah lah berdua macam ni je, nanti apa pula orang cakap. Hahaha, perlu ke ada
statement macam tu?
“Kenapa tengok-tengok aku macam tu? Aku cungkil
mata tu nanti”marah Aizan cuba untuk bangun dari katil. Namun pinggangnya di
tangkap oleh Izzat dan di bawa semula ke katil.
“Eleh tak beragak nak malu..semalam siapa kiss
siapa?” tanya Izzat sambil tersengih.
“Ingat aku terdesak sangat ke? Dah lah Izzat aku
nak balik..aku ada kerja petang ni..” Aizan cuba meleraikan pelukan Izzat itu.
Izzat pula sudah mula mencium-cium belakang lehernya sambil ketawa. Dia
menaik-naikkan keningnya sebelah.
“Jom..round ketiga…”ajak Izzat sambil tergelak
besar. Aizan dengan pantas mencampai bantal dan menghempuk kepala Izzat.
“Cakap merepek lagi…”muka Aizan sudah mula kembali
kemerahan. Aizan sudah mula menggelabah. Dah aku pun nak gelabah-gelabah apa
kejadahnya. Buat biasa, chill macam biasa sudahlah.
“Sayang aku dulu…”Izzat menyuakan pipinya.
“Huhh?Sayang apanya?”bendul pula si Aizan ni
pagi-pagi macam ni. Izzat menunjukkan pipinya pada Aizan.
“Cepatlah Aizan, penat tau tunggu macam ni…”suara
Izzat sudah mula menunjukkan tanda merajuk. Lantas Aizan mendekatkan bibirnya
ke pipi Izzat lalu mencium lembut pipi itu. Izzat pantas berpusing dan mengucup
bibir Aizan. Aizan yang tidak bersedia terkejut dan serentak menghentak dahi
Izzat dengan telapak tangannya.
“Aduhh sakitlah sayang…tak sayang Izzat ke?”Izzat
menggosok dahinya perlahan. Kuat juga hentakkan Aizan.
“Main kotor lagi..”kata Aizan sambil ketawa besar.
Izzat bangun dari katil dan pergi ke bilik air untuk mencuci muka. Aizan pula
bangun dan mencapai roti yang berada di tepi katil. Sempat lah jugak jerang air
sekejap. Lantas dia mencapai coffee dan membawa makanan ke katil.
Baru sahaja Aizan mengunyah semulut, Izzat bergerak
ke katil tanpa baju dan masih memakai sweat pants berwarna kelabu. Izzat
mengigit roti yang berada di mulutnya sambil merenung matanya. Aizan terkesima
dengan tindakan Izzat itu.
“Erm sedap..”muka Aizan sudah mula kemerahan
menahan malu. Izzat hanya tersenyum nakal.
“Oh by the way, t-shirt yang Aizan pakai tu Izzat
punya”kata Izzat lagi sambil tergelak besar.
Aizan hanya terdiam dan tersenyum sahaja. Namun
senyumannya itu mati apabila teringat apa yang patut dia buat. Bukan ini yang
di rancang, tapi macam mana kalau dia terluka lagi? Betulkah dia perlu menerima
kasih sayang Izzat?
******************
Syafika mengelap perlahan peluh yang menitik di
dahinya. Dia tersenyum melihat pelanggannya sedap menikmati makanan.
Alhamdulillah impiannya tercapai jua di mana dia ingin membuka kedai/cafΓ© yang
mempunyai servis penghantaran makanan. Ya dia akui memang tidak mudah untuk
membina sebuah perniagaan. Syafika sendiri masih muda dalam perniagaan ini.
Fikirannya menjangkau perbualannya dengan Aizan
pada minggu lalu.
“Fika apa
yang kau takut dalam hubungan percintaan?”
“Hurm,
let see? Tak ada kot…hahahahah”
“Berlagak
punya perempuan…”Aizan mencapai buku dan menolak kepala Syafika.
“Hoii…apa
sentuh-sentuh ni..”Syafika mengerutkan dahi sambil membetulkan tudungnya yang
klepet itu.
“Banyak
Aizan benda yang aku takut…salah satunya adalah kita tak tahu bila sampai bila
dia akan sayang dan cintakan kita. Aku tak suka nak membayangkan tapi benda itu
tak mustahil untuk bila sebab akhirnya kita pun manusia..hati sentiasa
berbolak-balik” lembut dia berkata.
“Kadang-kadang
aku jadi takut, aku takut untuk memberi harapan…yang akhirnya aku sendiri yang kecewa…”perlahan
Aizan berkata.
“Susah
nak cakap Aizan sebab orang cakap life is gamble tapi kalau boleh bila kita
kahwin kita doakan itulah jodoh kita sampai nyawa bercerai dari badan..and tak
semua benda kita boleh gamble..”
“..tapi
ingat ada yang tak akan berhenti untuk sayangkan kita…mak ayah kita..walaupun
buruk macam mana kita, walau benci macam mana pun mereka tak di nafikan mereka
tetap sayangkan kita. Dan kita masih ada pencipta yang maha pengasih…”
Syafika hanya mampu berdoa Aizan mendapat lindungan
daripadaNya. Hanya itu dia mampu berdoa. Pernah dia tanya Aizan apa yang
berlaku padanya dahulu namun Aizan hanya mendiamkan diri tanpa sebarang bicara.
Hari itu Izzat ada hubunginya ada juga dia bertanya persoalan itu namun masih
belum terjawab.
Tangannya mencapai handphone dan menaip laju.
******************************************
3 tahun lepas
“Aizan, tolong ambil order meja 19..”arah lelaki
itu dari kaunter. Aizan yang sedang membawa air menggangguk sambil tersenyum.
Penat itu pasti tapi itulah punca rezekinya. Bukan tidak cukup duit biasiswa nya
tapi dia masih ada adik-adik yang masih bersekolah. Dia membetulkan rambut dan
kaca matanya seketika. Penampilan itu penting. Sempat lagi Aizan oii.
“Selamat petang encik, boleh saya ambil order?”
tanya Aizan sambil tersenyum.
“Nasi goreng kerabu satu, nasi putih dengan sup
ayam satu”balas lelaki itu sambil tersengih memandang Aizan.
“Air encik?”
“Carrot susu 1 dengan milo ais tabur satu…”
“Ok encik..nanti dah siap order saya hantar”Aizan
menundukkan kepala dan berlalu pergi untuk hantar order.
Entah di mana malangnya nasib dia pada haritu,
kakinya tersadung di meja dan air yang di bawa tumpah menyimbah baju pelanggan
di meja 19.
“Ma..maaf encik…”Terketar-ketar suara Aizan meminta
maaf. Pucat mukanya seketika. Dengan pantas dia mengeluarkan kitchen towel
untuk mengelap. Tangannya terketar-ketar sewaktu mula mengelap.
Lelaki itu merenung tajam sambil memegang kuat
tangan Aizan.
“Kau ni reti buat kerja ke tak ha?”tengking suara
itu kuat. Merah padam muka Aizan menahan malu. Banyak mata yang memandang
sambil berbisik-bisik.
“Bodoh lah kau ni…menyusahkan tahu tak?”marah
lelaki itu lagi.
“Dah lah tu Fakhrul, malu orang tengok…”tegur
kawannya.
“Ehh lain kali buat kerja betul-betul..jangan makan
gaji buta je. Lagi satu perangai bodoh kau tu bawa jauh-jauh dengan kau
sekali..”tengking Fakhrul kuat sambil menolak kepala Aizan.
“Ma..maaf encik..”perlahan suara Aizan. Dia hanya
mampu mengangguk dan memohon maaf.
“Nah ambik duit ni, hilang selera aku nak
makan..”Fakhrul mengeluarkan duitnya sambil mencampak ke muka Aizan. Aizan
hanya mampu memejamkan mata. Kalau tidak di fikirkan dia masih ingin bekerja di
sini memang sudahlah dia mendebik muka lelaki di hadapanya itu.
Perlahan-lahan dia mengutip duit yang jatuh ke
lantai itu. Mukanya masih merah padam. Habis sahaja kerja, terus dia menunggu
bas di perhentian. Itulah rutin hariannya, pagi di kelas malam bekerja. Malam
sikit lagi dia akan menyiapkan tugasan kelas pula. Sejak akhir-akhir ini dia
lebih banyak mengeluh.
Sampai di rumah sewa dia terus ke biliknya tanpa
membuka lampu. Pelik jugak, roomatenya sedang tidur walhal baru 11.30 malam.
Dia membuka bajunya perlahan dan mengikat sedikit rambutnya. Almaklumlah,
rambut dah panjang dan dia masih belum berkesempatan untuk memotong.
Baru sahaja dia ingin masuk ke bilik air, ada satu
suara menegurnya.
“Eh Aizan baru balik ke?”Aizan berpusing sambil
mengangguk.
“Jap…”lelaki itu bergerak ke arah Aizan. Tanpa
amaran dia meletakkan tangannya di dada Aizan. Aizan tersentak dengan tindakan
itu sambil menepis tangan itu.
“Apa kau buat ni…pervert betul”marah Aizan.
“Tak adalah aku rasa macam kau makin kurus..”lelaki
itu masih lagi merenung tubuh Aizan.
“Izzat sebelum aku luku kepala kau tu baik kau
berambus”
Izzat hanya tergelak kuat dan berlalu pergi.
**********************
Aizan tersentak dari lamunannya apabila namanya di
panggil. Dalam masa yang sama dia menoleh ke arah Fakhrul yang sedang merenung
skrin laptopnya.
Fakhrul merenung skrin laptopnya tanpa perasaan.
Kenapa susah betul untuk dia menakluki Aizan. Aizan ibarat bermain tarik tali
dengannya. Senang di dekati tapi sukar untuk dimiliki. Senyuman Aizan yang
menggoda.
Lamunannya terhenti.
“En Fakhrul, show dah nak start..”
“Ok in a minute…”
Fakhrul masuk ke dalam set pengambaran itu. Matanya
tertancap pada Aizan yang sedang mengayakan posisi yang di arahkan oleh juru
gambar itu. Wajah Aizan di make upkan supaya cheekbonesnya nampak dengan jelas.
“Ok Aizan, sekarang you loose 1 button and pegang
hujung baju sambil pandang kiri..”
“Then, naturalkan reaksi muka you, I want something
yang nampak fierce but on the same time looks elegant..”Aizan berpusing
kehadapan sambil memegang mukanya dengan hujung jari.
“Ok last pose..”Aizan memandang tepat ke arah wajah
Fakhrul dan mengenyit matanya. Fakhrul
hanya memandang dan jantungnya mula
beriak kencang.
Sungguh Aizan nampak gah sebentar tadi. Dia sendiri
terpegun melihat Aizan apatah lagi orang lain.
**********************
Aizan mengelap meja makan perlahan. Pergerakannya
di perhatikan oleh Syafika yang sedang memulang baki pelanggan. Kenapalah
dengan kawannya itu. Banyak mengelamun sekarang.
Mata mereka bertentang dan Aizan hanya tersenyum.
Baru sahaja Aizan ingin masuk ke ruang penyediaan makanan, pintu kafenya itu
dibuka dan matanya menangkap gerangan yang masuk itu.
“Aizan…”Izzat tersenyum memandang syafika.
Aizan hanya mendiamkan diri tanpa suara.
“Boleh aku nak jumpa kau kejap?” tanya Izzat.
“Aku busy ni…”Aizan menjawab sepatah.
“Tipuuuu….dia tipu Izzat…”laung Syafika sambil
masuk ke dalam. Aizan menjengil mata pada Syafika.
“Please Aizan…”mereka berdua keluar dari kafe itu.
“Ok…kau nak talk, now we talk…”Aizan menghalakan
pandangannya pada Izzat sambil berpeluk tubuh.
“Kenapa kau jauh kan diri dari aku?”tanya Izzat.
“Mana ada..aku cuma busy sikit dua – tiga menjak
ni”Aizan memberi alasan.
“Aizan..aku bukan baru kenal kau sebulan..dah
lama..”lembut Izzat berkata.
“Huhh? Kau baru jumpa aku balik beberapa bulan
lepas tu claim dah kenal aku lama?”sinis Aizan bertanya.
“Ok fine..kenapa kau tak return call aku..aku
whatapps kau tak balas…”
“Aku busy, shooting lagi…jaga kafe..aku tak ada
masa nak balas..”Izzat merenung ke dalam mata Aizan. Aizan melarikan
pandangannya.
“Ada apa-apa lagi tak? Aku nak sambung buat kerja
ni…”balas Aizan mengerling seketika dan ingin berlalu pergi.
Izzat menarik tangan Aizan dan memeluknya dari
belakang. Aizan diam kaku tanpa reaksi.
“Aizan, please…”Izzat memeluknya dengan lebih erat.
Aizan memegang tangan Izzat perlahan-lahan.
“Hati aku sakit Izzat, setiap kali aku cuba untuk
sayangkan kau mesti aku rasa terluka..aku tak tahu kenapa…”
“…..aku hampir putus asa…sebab aku dah janji dulu
tak akan jatuh cinta pada sesiapa pun tapi aku termakan dengan kata-kata
sendiri…”
“Bila kau cakap diberi satu peluang untuk buat 1 benda yang aku nak,aku berharap aku
tidak jatuh cinta dengan kau, aku tak tahu rupanya perasaan dia macam tu sekali
rasa…”matanya sudah mula berkaca.
“Aku tak dapat malahan tidak boleh bagi apa yang dia selalu bagi
kau.Apa yang aku dapat bagi hanya kasih sayang.Aku sayangkan kau.Aku tak tahu
sejak bila aku ada perasaan macam ni.Yang aku tahu aku memang dah sukakan kau…”
“Bagi aku peluang untuk jaga kau,bagi aku peluang untuk sayangkan
kau.Izinkan aku jadi pohon tempat untuk kau bergantung kasih sayang.Bagi aku
peluang untuk aku lindungi kau.Selagi kau perlukan aku,aku akan sentiasa ada
disisi kau. Apabila sampai masa kau tak perlukan aku,tolong ingatkan aku supaya
aku berundur dari hidup kau.Masa itu aku dah bersedia dan aku akan berundur
dari hidup kau.Buat masa yang ada bagi aku peluang ni Aizan”basah pelupuk mata
Izzat.
Air mata yang di tahan tadi mula menitis perlahan. Untuk apa mengasihi
jika hanya untuk disakiti? Perasaan sebak di dadanya sudah tidak tertahan
lagi.
“Kenapa kau tak benci je aku…”
Bersambung...
No comments:
Post a Comment