Friday, 10 February 2017

A stranger

























This story is inspired by my ownself and of course edited, re-version and etc everything. Sometimes we want something miracle happens to us and it does. It's weird because we want something that is somehow impossible but still desired them.

So please enjoy and keep posivity in your life. By the way, this story only have two parts. 😅😍😘

Part 1

Pernah tak kita jumpa seseorang tu, dia orang asing atau mudahnya stranger dan kita tanpa sebab tertarik dengan dia. Mungkin kalau jumpa sekali kita hanya akan fikir kebetulan tapi kalau berkali-kali? Kita di beri peluang untuk jumpa orang tu sebentar sahaja dan mungkin dia terus berlalu pergi tanpa berita atau khabar. Somehow kita pandai atau belajar untuk merindui ‘seseorang’. Dambakan kasih sayang yang kita sendiri tak pasti.

Itu apa yang aku rasa sekarang. Aku nak sesuatu yang aku tak pasti. Why?

Afif tersenyum apabila melihat 'kesayangan'nya melangkah masuk ke dalam perpustakaan. Wow, still handsome as before and before that. Wah, tengok muka pun dah memadai and sejuk hati aku ni hahaha. Nampak sangat desperate. Opps, jaga pandangan Afif. Afif mengeleng kepala sambil melangkah keluar sambil melambai di dalam hati. Bila tengok muka dia sejuk ja hati. Suara dia sangatlah sweet. Hahaha gelinya dengar ayat ni.

"Wow, dah sebulan..."perlahan Afif menyebut.

Sebulan yang lalu..

“Ya, encik nak perisa apa? Harini ada special…waffles dgn salted caramel vanilla ice cream with tango bars..”tersenyum manis Afif melayan pelanggan.

“Kejap ya..wehh kau nak apa?”tanya lelaki itu kepada kawannya yang sedang bercakap di telefon.

Wow, busy betul kawan dia tu. Namun Afif tidak ambil peduli. Yang penting pelanggan datang beli.

“Kau order dulu…”balas lelaki itu tanpa memandang kawannya.

“Okay saya ambil yang special tadi…”belum sempat habis memesan, kawan lelaki itu menunding jari ke arah waffles coklat bersama dengan macademia ice cream.

Masih sibuk. Aduh, nak makan ke nak berborak. Afif membebel dalam hati. Kawannya yang busy menelefon tadi sudah mencari tempat duduk.

Sebaik sahaja siap, Afif membawa dua piring pesanan tadi ke tempat duduk pelanggan sebentar tadi.

“Saya nak tambah lemon ice tea satu…”kata lelaki itu sambil tersenyum ke arah Afif. Afif terpana melihat senyuman itu. Manisnya, tambah ada janggut-janggut sikit. Memang sesuai dengannya. Nak kata terlampau handsome tu tak lah tapi memang cukup untuk buat aku tak jemu untuk tengok muka dia.

“O…ok..okay…”tergagap-gagap Afif membalas. Dengan pantas dia berlalu dan meminta kawannya menghantar pesanan tadi.

Siapa lelaki tu? Kenapa aku tak pernah nampak selama ni. Handsomenya tengok senyuman dia. Siapakah dia? 

Hurm, biasalah customer datang dan pergi...maybe he just another 'angin' yang singgah dan berlalu pergi

After, almost one week Afif pun mula beransur-ansur lupakan perkara itu. Tak adalah totally lupa just malas nak fikir with the hope agar jumpa lagi that guy. He's just a stranger, unknown people. Balik sahaja dari masjid, Afif singgah di perpustakaan untuk mencari buku. Baru sahaja memasuki ruang belajar itu, bau wangi menerjah masuk ke hidungnya, matanya tertutup seketika menikmati bau itu dan...dan....dan...!!!

lelaki tu!! lelaki haritu. Matanya hampir terkeluar kerana terkejut yang amat.

Tak sangka jumpa dekat perpustakaan pulak. Urmm, kalau dua kali jumpa means apa? Takdir? or just nasib baik. Well, fikir nanti lah kot. Sekarang aku kena gunakan peluang yang ada untuk memerhatikan lelaki itu. Sejuk je tenguk muka dia. Walaupun tak dengar suara dia tapi dapat tengok pun dah memadai. Entahlah, dia just rasa suka tengok lelaki itu? Crush maybe? Fall in love? too soon to diagnose that kind of things hahaha. Namun yang pasti hatinya sangat gembira. Korang tahukan macam mana perasaan dia tu. Gembira, excited and apa-apa lagi lah kan.

It's nice to see you once again. Tak tahu bila lagi dapat peluang macam ni. Maybe dah tak dapat. Atau aku patut try lagi esok? Matanya masih lagi memerhati lelaki itu. Untuk mendekati? Tidak. Dia terlalu segan. Lelaki itu pun bukan kenal dia. Mungkin aku patut cuba datang tengok esok macam mana.

20 September 

Do you need a reason to love somebody? For some people yes, some don't. For this time being, I just love seeing him here. Aku tak tahu macam mana boleh tertarik. How do we met? Hahaha, very funny. I wish I knew his name. At least his nickname would be suffice. Kenapa aku tertarik dengan dia ni? Sedangkan dia hanya stranger yang datang dan pergi dalam hidup aku tanpa disedari? Kenapa aku terlampau hung up dengan perasaan ni?


*********************************************************************

Afif merenung ke arah jalan yang terbentang di hadapan mata sambil menunggu ketibaan bas. Dia mencucuk earphone pada smartphonenya untuk mendengar lagu. Matanya terpejam rapat untuk menghayati setiap lirik lagu. Perbuatannya terhenti seketika apabila bas berhenti di hadapannya. Sambil tersenyum dia menaiki bas itu. 

Matanya sempat mengerling ke arah belakang. Sedang ralit memerhati kan golongan yang berada di dalam bas. Matanya terhenti pada satu wajah. Hatinya melonjak keriangan. Lelaki tu!!! Lelaki tu lagi!!!!!

Tak sangka akan terjumpa lagi. Kalau sekali mungkin kebetulan, kalau dua kali mungkin nasib, kalau tiga kali? Mungkin takdir. Hahaha seronoknya kau buat teori sendiri Afif oii. Nasib baik ramai orang naik bas hari ni. Matanya mengerling ke arah lelaki itu. Outfitnya sangat casual and tampak kemas. T-shirt hitam, seluar biru dan juga kasut hitam-putih. Mata dia seolah-olah tidak bosan memandang lelaki itu.

Kadang-kala lelaki itu akan memandang ke hadapan sambil melihat handphonenya. Senyuman terukir di wajah itu. Afif cepat-cepat berpaling ke tempat lain. Tidak mahu lelaki itu menangkap dia diperhatikan. Ke manakah lelaki itu ingin pergi? Beberapa ketika bas berhenti seketika. Lelaki itu turun di situ. 

'Ohh, student fakulti engineering'

6 October

Kadang-kadang tak tahulah boleh pakai ke teori tu. Tapi dah 3 kali aku terserempak dengan dia. Patutkah aku berpura-pura menegur lelaki tu? Still lagi tak tahu nama dia. Well, dia pun tak kenal aku and maybe tak tahu kewujudan aku. Today, dia pakai t shirt hitam and jeans biru with shoes. Harini aku tahu dia rupanya student engineering. That moment dalam bas its like we were so close together but you never look at me at all. But then, aku rasa enough if aku dapat tengok dia selalu even bukan hari-hari. It’s okay to miss someone who doesn’t even know you exist?

*********************************************************************

Afif masih lagi ingin mencuba nasib di library. Mana tahu dapat tengok lelaki itu dari jauh. Yes, dia ada kat sini. Afif mencari spot yang paling strategic. Still apa yang aku hope dari intipan ni? Entah, aku just nak perhatikan dia. Memerhati gerangan lelaki itu dari jauh sambil memikir apakah yang di bual oleh lelaki itu dan kawannya. Untuk mendekati? Sudah tentu tidak. Cukuplah sekadar dapat memerhati dari jauh dan melihat ketenangan diwajah tersebut. Dalam hati, dia memuji untung betul siapa yang dapat dia. Entahlah, aku just nak tengok dia dan mungkin dapat dengar suara dia sekali sekal pun cukup. Tak harap apa-apa. Just admiring.

8 October

And apa yang lagi menarik I got to see 2 diff of him. Satu dia pakai spek time buat kerja. Satu lagi time dia tak pakai spek. Time dia pakai spek tu macam nerd gila tapi nerd yang handsome. Macam nak cubit je pipi dia. Rasa tawaduk je but kerja tadi. Aishh, kau ni Afif gi library tak ikhlas betul. Niat dah salah.

Afif menutup diarinya

*********************************************************************


10 October

Afif mengeluh masuk ke dalam lif. Jadah apa pejabat sampai 10 tingkat. Hahaha. Bersesak-sesak dengan orang yang ramai dalam lif tu. Apabila pintu lif hampir tertutup, ada tangan yang menahan. Afif memandang ke hadapan. Matanya bulat memandang gerangan lelaki itu. Namun, lelaki itu tidak memandang ke arahnya. Lelaki itu berasak-asak memasuki dan duduk berdekatan dengannya.

Hidungnya sempat terhidu bau perfume lelaki itu. Wanginya perfume dia. Perfume apa yang dia pakai? Kenapa aku banyak kali terjumpa dia ni? Siapa dia ni? Namun dalam hati dia berasa sangat seronok. Dapat tengok wajah dia pun dah cukup buat aku gembira. Dalam keadaan berhimpit itu. Tangannya terpegang jari lelaki itu. Namun lelaki itu tidak terusik malah tidak memandang pun. Cepat-cepat Afif mengalihkan tangannya. Sampai di tingkat 7, lelaki itu keluar.

Sampai sahaja di bilik, Afif memegang tangannya. Tiba-tiba dia tersenyum dan mencium tangannya. Hm, boleh pulak terpegang tadi. Macam tak nak basuh je tangan ni. Hahahaha. Desperatenya kau Afif.

*********************************************************************

Afif mengemas tempat tidurnya dan bersiap-siap untuk keluar. Hari ni, dia sudah berjanji dengan Adli dan Syafiq untuk keluar bersama. Dalam kereta, Afif hanya berdiam diri dan membiarkan kawannya berbual. Dia lebih suka mengelamun dan fikirannya melayang mengingati lelaki itu. Apa yang lelaki itu buat kalau hujung minggu? Dengan siapakah dia keluar? Teringin nak tahu.

Sambil berjalan-jalan, matanya meliar melihat sale di setiap outlet dalam mall itu. Wow, boleh pokai kalau tengok sale ni. Semua murah kot. Sedang tangannya membelek baju matanya terpaku pada satu pasangan. Lelaki itu dan seorang perempuan. Siapakah perempuan itu?Tiba-tiba hatinya menjadi sayu dan resah. Ishh, kenapa nak sedih ni? Dia bukan boyfriend kau pun. Paling penting dia tak kenal kau pun. Entahlah, tiba-tiba rasa sedih. Berat kakinya melangkah keluar.

15 October

Dia ada girlfriend dah ke? Entahlah, hati aku jadi macam sayu and sedih. Aku pun tak tahu kenapa. Dia stranger Afif, dia tak kenal kau pun. Nama dia pun kau tak tahu. Kenapa nak sedih? Entahlah, serious aku pun sendiri tak faham? Aku suka dia ke? Tapi kenapa? Dia cuma random person yang datang dalam hidup aku. Mungkin aku patut stop kerja gila tu. 

Dia menutup diarinya perlahan sambil memeluknya di katil.

********************************************************************* 

Afif memandang lelaki itu dari jauh. Lelaki itu asyik membaca buku dari tadi. Buku apa yang di baca oleh lelaki itu? Dia cuba meneliti dari jauh. Buku hilal. Nampak macam best je.

Mindanya teringat peristiwa 3 hari lepas. Awak siapakah gadis itu? Kenapa dia rasa terusik dan sedih. Sambil berfikir dia kembali memerhatikan lelaki itu. Siapakah gadis itu? Kenapa dia rasa sedih? Tanpa sedar dia sudah pandai untuk rasa cemburu.

18 October

Betul ke dia dah berpunya? Siapa perempuan tu? Ya allah, kenapa aku rasa macam ni? Rasa sedih. Rasa terluka. Bodohnya aku, dia kan stranger. Aku tak tahu pun siapa dia tu. Tapi pelik kenapa aku rasa macam ni? Aku jatuh cinta dekat dia ke?


********************************************************************* 


19 October

Afif melangkah masuk ke dalam library perlahan-lahan sambil mengeluh perlahan. Dia masih lagi tidak tahu kenapa dia masih tegar untuk ke library. Dia membuka laptop dan membuat kerja. Hatinya masih lagi tertanya adakah si dia akan datang ke library macam haritu?

Adakah aku dah masuk tahap angau yang melampau? Hampir sejam menunggu si dia masih tidak kunjung tiba. Mungkin hari ni dia tak datang...

*********************************************************************
25 October

Afif melangkah masuk ke dalam lif dan baru sahaja lif ingin tertutup lelaki itu masuk dengan pantas dan berdiri di sebelahnya. Lelaki itu masih lagi memakai headphone. Harini kami dua-dua pakai baju biru. Macam berjanji pulak.

Tiba di tingkat 4, manusia mula berhimpit-himpit masuk ke dalam lif. Afif tertolak kebelakang dan dia mula rasa jauh dari lelaki itu. Dia menghela nafas kecewa. Belum sempat dia menghabiskan keluhannya, hidungnya menangkap bau perfume yang di kenali berada di sebelahnya. Dalam keadaan yang masih berhimpit-himpit itu, tangan Afif lagi sekali terpegang telapak lelaki itu. Lelaki itu langsung tidak memberi response atau berniat untuk memandangnya. Afif hanya membiarkan tangannya menyentuhi tangan lelaki itu.

Setelah lelaki itu pergi, Afif memegang tangannya. Hatinya melonjak kegembiraan. Senyuman terukir di bibirnya namun perlahan-lahan senyuman itu pudar. Dalam diam dia sudah pandai merindui si “dia”. Tanpa sengaja, dia seolah-olah memberikan hatinya pada lelaki itu. Betul ke aku jatuh cinta pada fantasi dan illusi? Sedikit sebanyak hatinya terusik apabila mengenang wajah lelaki itu. Kepada siapakah dia ingin berkongsi perasaan kasih ini?

*********************************************************************
30 October

Sudah lima hari aku tidak jumpa dia. Mungkin ini yang terbaik. Rasa macam tak sedap badan pulak. Ke demam rindu? Melampaunya kau ni Afif hahaha. Tapi serious rasa rindu sangat. Walaupun tak kenal tapi aku rasa macam dah lama berkenalan dengan dia. Boleh ke kita jatuh cinta pada stranger yang mungkin tak akan tahu nama kita. Aku just suka tengok dia aku tak harap sangat dia tahu kewujudan aku. Aku sendiri tak faham dengan hati aku ni. Tapi setiap kali aku tengok dia mesti rasa bahagia sebab aku rasa gembira.

Afif berbaring di katil sambil menghela nafas. Masih terfikir apa si dia tengah buat? Apa dia suka makan? Apa je dia buat selain dari buat kerja di library? Pergi gym? Rindunya nak tengok muka dia. Tak tahu kenapa rasa rindu gila...

*********************************************************************

5 November

Sambil menunggu lif, Afif memasang earphone dan mendengar lagu. Dia segera berasak masuk. Tatkala pintu lif hampir tertutup matanya sempat memerhati lelaki itu berkejaran untuk masuk. Afif pantas menekan button ‘closed’ dengan pantas.

Mungkin ini adalah yang terbaik. Mungkin dia patut lupakan lelaki tu. Dia hanyalah strangers or orang asing yang aku sendiri tak kenal. Why I do keep hanging onto this unreasonable feelings? Dia hanya diam sambil menghayati lagu.

Maybe kita terlampau hold pada sesuatu itu menyebabkan hati kita tak rela nak lepaskan even benda tu belum jadi hak milik kita. Kenapa aku ada perasaan macam ni? Kenapa aku mesti rindu pada orang yang aku tak kenal? Kenapa aku mesti ada perasaan macam ni? Benda tu undescribable feelings.Maybe ini yang terbaik. Good bye stranger..

Afif menutup diarinya. Perasaan bercampur baur. Lembut bibirnya menutur kata. Goodbye stranger…pelupuk matanya mula basah.

*********************************************************************
20 November

Afif memasuki library dengan langkah yang lemah. Penat betul lah. Tapi kerja kena buat. Dia meletakkan begnya dan membuka laptop. Ketika ingin mencucuk headphone, matanya menangkap gerangan lelaki itu lalu di hadapannya. Terubat jugak rindu dia untuk menatap wajah lelaki itu. Berhari-hari tidak jumpa, akhirnya dapat jugak dia melihat wajah itu. Masih sama, masih lagi menarik seperti kali pertama dia menjumpai lelaki itu.

Lelaki itu meletak begnya dan bergerak ke rak belakang.

Eh, dia nak pergi mana tu? Perlahan-lahan dia bangun dan mengintip lelaki tu. Dah macam ninja gaya aku tengok diri sendiri ni. Terhendap-hendap. Derapan langkahnya sangat cermat. Oh, rak buku electrical engineering section QX1. Okay so aku kena duduk bertentangan dengan rak buku ni. Dia menguis sedikit buku-buku tersusun di rak itu. Aish, tak nampak pulak. Jap, aku nampak kerusi panjat untuk rak yang tinggi. Perlahan-lahan dia naik. Dia kuis buku tu. Eh mana pulak mamat tu? Tanpa sedar dia tersalah letak kaki pada kerusi panjat tu.

"Ahhhhhhhhhhh...."hanya terkeluar jeritan yang sayup.

Berdentum bunyi buku jatuh ke atas lantai. Belum sempat dia tergolek, ada tangan yang menyambar tangannya dan memegang pinggangnya. Eh aku macam kenal bau perfume ni...

Tak mungkin...

Dia ke?....

Please bukan...

Matilah nak...

Mukanya sudah pucat lesi...takdir apakah ini?

"Bro okay ke?" suara itu menyapa telinganya. Mukanya sudah merah padam. Apa perlu aku buat? Pura-pura pengsan? or bangun dengan penuh macho cakap "okay bro"? Terus peluk sebab rasa macam selamat? Ya ampun, bodohnya lah pilihan dalam kepala aku ni...

Dia berpusing dan merenung wajah yang berada di hadapannya.


Tamat Part 1

Monday, 5 December 2016

Long time..lelaki itu?

Salam dan selamat petang semua.

Wow dah almost 3 months tak update apa-apa. Hahahaha, maaflah busy sikit. So far, aku tgh cuti sebab further study. So in that time banyak benda yang berlaku either happy or non happy lah. Recently, aku ada watched movie pasal sweet love gay couple semua ni. At some part aku terfikir, it's good to say goodbye and move on to the next phase of your life.

After aku dah busy balik ni, aku actually dah mula move on yang real and dah tak fikir sangat pasal my hug buddy. Hahahaha bersawang cerita aku. But then, last week dia text aku yang dia ada dekat london dengan family dia. It hits me, kenapa dia tetiba msg aku? Perlu ke layan dia? Tapi aku layan je lah..tapi banyak soalan bermain-main dekat minda aku pasal dia..

Most of the time kenapa? Apa yg dia nak dari aku lagi? or aku just overthinking about that stuff? Recently dia baru je broke up dengan girlfriend dia. At the end, aku just buat conclusion yang aku je yang overthink and kami dah say goodbye and move on.

The real question is betul ke aku dah move on? Partly yes tp bila dia dah start msg balik aku macam tak boleh nak move on? Please guys, I need something to move on hahaha. One of kenapa aku tulis ni pun sebab aku rasa sangat sunyi..I dont have any friends yang rapat, so aku just banyak sendiri je. Aku macam need something utk distract and take my mind off.

By the way, selain dari tu aku pun sebenarnya ketandusan idea nak tulis apa jugak dalam blog ni. Aku macam dah sampai phase "aku just tulis blog for suka-suka and mungkin aku dah done sharing everything about my life"...

Right now, I just need something to distract my mind...


Saturday, 10 September 2016

Have I become?

Selamat malam semua.

Hahaha. I don't know why lah, this recent either aku yang pelik or actually aku become intolerable. At first aku macam tak perasan this trend but then bila ada benda-benda yang berlaku aku rasa macam aku ni intolerable in many aspects and most of the time I stand firm with my opinion. Adakah aku ini ego tinggi?

Aku object idea and tend to be angry when the idea does not have any support or irrelevance. Oh god, aku tak suka ada feelings macam ni. I used to be someone who is tolerable and considerable with other opinion. Bila aku rasa benda tu tak kena aku jenis yang tak reti nak sorok, benda itu akan obvious nampak dekat muka aku..haha suck kan?

Sedihnya ada perasaan macam ni, rasa macam kita ni tak considerable langsung. Macam mana nak stay tenang. being considerable and tolerable? Aku pernah juga cuba untuk letak diri aku dalam situasi mereka tapi bila aku fikir balik, sedangkan aku boleh think something else with vivid evidence aku jadi macam marah. Kenapa ya? 

Friday, 12 August 2016

Akhirnya...

Story 11

Aizan membuka matanya perlahan. Merenung wajah Izzat yang masih tidur. Lembut dia mengusap wajah itu. Hatinya mula rasa ragu dengan perancangannya. Lama dia berkhayal mengingati perkara lampau yang berlaku padanya.

Kadang-kala dia sendiri ragu, sama ada dia sudah mula masuk fasa penerimaan atau masih berada dalam fasa sebelumnya. Tapi yang pasti hampir 4 bulan berlalu dan dia masih mendiamkan diri. Cuma dia tidak segila seperti mula-mula dia masuk ke tempat ini.

Dia duduk di bangku yang berhampiran sambil memejamkan mata. Telinganya menangkap bunyi derapan langkah yang berjalan ke arahnya. Mata mereka bertentangan dan lelaki itu menguntum senyuman namun Aizan hanya melihat tanpa reaksi.

“Boleh aku duduk sini?”tanya lelaki itu. Kepalanya berbalut.

Aizan hanya mengangguk tanpa menjawab. Lelaki itu melabuhkan punggungnya di sebelah Aizan.

“Nama aku, Adam..”

Aizan masih membisu tanpa bicara. Dia hanya membiarkan lelaki itu berkata-kata tanpa membalas. Sepanjang perbualan dia lebih banyak mendengar dari berbicara. Mendiamkan diri mengajar dia untuk menjadi pendengar yang baik. Hampir sebulan juga baru Aizan membuka bicara.

“Sungguh Aizan aku rindukan dia…amat rindu..”

“You know the greatest thing about love is we have to open our entire self making us vulnerable. Tapi apa orang cakap worth for trying? Kadang-kadang kita lupa sama ada apa yang kita protect tu worth untuk try atau tak. Benda yang aku regret adalah aku tak ready and hold to much hope in relationship yang ending dia kita sendiri tak tahu especially dunia yang sebaliknya”

“Aku tahu..”

“Bila sampai untuk kita stop that’s it, sebab bila sampai masa untuk kita berhenti kita kena berhenti jangan terlampau push or hoping yang kita boleh akan teruskan lagi.Berharap itu bagus cuma jangan terlampau berharap” riak wajah Aizan tampak tenang walaupun hujung matanya sudah bertakung.

“Aizan..kau sayangkan dia?”tanya Adam sambil merenung wajah Aizan.

“Aku sayangkan dia tapi aku tersilap dalam percaturan..aku terlampau berharap sampai lupa yang mana satu cinta atau tak..tapi aku jatuh cinta pada keduanya. Aku tak tahu rupanya aku pun sayangkan dia juga”Aizan Syahmi berkata perlahan. Pandangan matanya redup memandang wajah nan di hadapannya.

Lamunannya terhenti apabila melihat Izzat sudah terjaga sambil merenung wajahnya. Mukanya sudah mula kemerahan apabila direnung begitu. Malu juga tengok Izzat tidak berbaju itu. Yup, masih ada perasaan malu. Dah lah berdua macam ni je, nanti apa pula orang cakap. Hahaha, perlu ke ada statement macam tu?

“Kenapa tengok-tengok aku macam tu? Aku cungkil mata tu nanti”marah Aizan cuba untuk bangun dari katil. Namun pinggangnya di tangkap oleh Izzat dan di bawa semula ke katil.

“Eleh tak beragak nak malu..semalam siapa kiss siapa?” tanya Izzat sambil tersengih.

“Ingat aku terdesak sangat ke? Dah lah Izzat aku nak balik..aku ada kerja petang ni..” Aizan cuba meleraikan pelukan Izzat itu. Izzat pula sudah mula mencium-cium belakang lehernya sambil ketawa. Dia menaik-naikkan keningnya sebelah.

“Jom..round ketiga…”ajak Izzat sambil tergelak besar. Aizan dengan pantas mencampai bantal dan menghempuk kepala Izzat.

“Cakap merepek lagi…”muka Aizan sudah mula kembali kemerahan. Aizan sudah mula menggelabah. Dah aku pun nak gelabah-gelabah apa kejadahnya. Buat biasa, chill macam biasa sudahlah.

“Sayang aku dulu…”Izzat menyuakan pipinya.

“Huhh?Sayang apanya?”bendul pula si Aizan ni pagi-pagi macam ni. Izzat menunjukkan pipinya pada Aizan.

“Cepatlah Aizan, penat tau tunggu macam ni…”suara Izzat sudah mula menunjukkan tanda merajuk. Lantas Aizan mendekatkan bibirnya ke pipi Izzat lalu mencium lembut pipi itu. Izzat pantas berpusing dan mengucup bibir Aizan. Aizan yang tidak bersedia terkejut dan serentak menghentak dahi Izzat dengan telapak tangannya.

“Aduhh sakitlah sayang…tak sayang Izzat ke?”Izzat menggosok dahinya perlahan. Kuat juga hentakkan Aizan.

“Main kotor lagi..”kata Aizan sambil ketawa besar. Izzat bangun dari katil dan pergi ke bilik air untuk mencuci muka. Aizan pula bangun dan mencapai roti yang berada di tepi katil. Sempat lah jugak jerang air sekejap. Lantas dia mencapai coffee dan membawa makanan ke katil.

Baru sahaja Aizan mengunyah semulut, Izzat bergerak ke katil tanpa baju dan masih memakai sweat pants berwarna kelabu. Izzat mengigit roti yang berada di mulutnya sambil merenung matanya. Aizan terkesima dengan tindakan Izzat itu.

“Erm sedap..”muka Aizan sudah mula kemerahan menahan malu. Izzat hanya tersenyum nakal.

“Oh by the way, t-shirt yang Aizan pakai tu Izzat punya”kata Izzat lagi sambil tergelak besar.
Aizan hanya terdiam dan tersenyum sahaja. Namun senyumannya itu mati apabila teringat apa yang patut dia buat. Bukan ini yang di rancang, tapi macam mana kalau dia terluka lagi? Betulkah dia perlu menerima kasih sayang Izzat?

******************

Syafika mengelap perlahan peluh yang menitik di dahinya. Dia tersenyum melihat pelanggannya sedap menikmati makanan. Alhamdulillah impiannya tercapai jua di mana dia ingin membuka kedai/café yang mempunyai servis penghantaran makanan. Ya dia akui memang tidak mudah untuk membina sebuah perniagaan. Syafika sendiri masih muda dalam perniagaan ini.
Fikirannya menjangkau perbualannya dengan Aizan pada minggu lalu.

“Fika apa yang kau takut dalam hubungan percintaan?”

“Hurm, let see? Tak ada kot…hahahahah”

“Berlagak punya perempuan…”Aizan mencapai buku dan menolak kepala Syafika.

“Hoii…apa sentuh-sentuh ni..”Syafika mengerutkan dahi sambil membetulkan tudungnya yang klepet itu.

“Banyak Aizan benda yang aku takut…salah satunya adalah kita tak tahu bila sampai bila dia akan sayang dan cintakan kita. Aku tak suka nak membayangkan tapi benda itu tak mustahil untuk bila sebab akhirnya kita pun manusia..hati sentiasa berbolak-balik” lembut dia berkata.

“Kadang-kadang aku jadi takut, aku takut untuk memberi harapan…yang akhirnya aku sendiri yang kecewa…”perlahan Aizan berkata.

“Susah nak cakap Aizan sebab orang cakap life is gamble tapi kalau boleh bila kita kahwin kita doakan itulah jodoh kita sampai nyawa bercerai dari badan..and tak semua benda kita boleh gamble..”

“..tapi ingat ada yang tak akan berhenti untuk sayangkan kita…mak ayah kita..walaupun buruk macam mana kita, walau benci macam mana pun mereka tak di nafikan mereka tetap sayangkan kita. Dan kita masih ada pencipta yang maha pengasih…”

Syafika hanya mampu berdoa Aizan mendapat lindungan daripadaNya. Hanya itu dia mampu berdoa. Pernah dia tanya Aizan apa yang berlaku padanya dahulu namun Aizan hanya mendiamkan diri tanpa sebarang bicara. Hari itu Izzat ada hubunginya ada juga dia bertanya persoalan itu namun masih belum terjawab.

Tangannya mencapai handphone dan menaip laju.

******************************************

3 tahun lepas

“Aizan, tolong ambil order meja 19..”arah lelaki itu dari kaunter. Aizan yang sedang membawa air menggangguk sambil tersenyum. Penat itu pasti tapi itulah punca rezekinya. Bukan tidak cukup duit biasiswa nya tapi dia masih ada adik-adik yang masih bersekolah. Dia membetulkan rambut dan kaca matanya seketika. Penampilan itu penting. Sempat lagi Aizan oii.

“Selamat petang encik, boleh saya ambil order?” tanya Aizan sambil tersenyum.

“Nasi goreng kerabu satu, nasi putih dengan sup ayam satu”balas lelaki itu sambil tersengih memandang Aizan.

“Air encik?”

“Carrot susu 1 dengan milo ais tabur satu…”

“Ok encik..nanti dah siap order saya hantar”Aizan menundukkan kepala dan berlalu pergi untuk hantar order.

Entah di mana malangnya nasib dia pada haritu, kakinya tersadung di meja dan air yang di bawa tumpah menyimbah baju pelanggan di meja 19.

“Ma..maaf encik…”Terketar-ketar suara Aizan meminta maaf. Pucat mukanya seketika. Dengan pantas dia mengeluarkan kitchen towel untuk mengelap. Tangannya terketar-ketar sewaktu mula mengelap.

Lelaki itu merenung tajam sambil memegang kuat tangan Aizan.

“Kau ni reti buat kerja ke tak ha?”tengking suara itu kuat. Merah padam muka Aizan menahan malu. Banyak mata yang memandang sambil berbisik-bisik.

“Bodoh lah kau ni…menyusahkan tahu tak?”marah lelaki itu lagi.

“Dah lah tu Fakhrul, malu orang tengok…”tegur kawannya.

“Ehh lain kali buat kerja betul-betul..jangan makan gaji buta je. Lagi satu perangai bodoh kau tu bawa jauh-jauh dengan kau sekali..”tengking Fakhrul kuat sambil menolak kepala Aizan.

“Ma..maaf encik..”perlahan suara Aizan. Dia hanya mampu mengangguk dan memohon maaf.

“Nah ambik duit ni, hilang selera aku nak makan..”Fakhrul mengeluarkan duitnya sambil mencampak ke muka Aizan. Aizan hanya mampu memejamkan mata. Kalau tidak di fikirkan dia masih ingin bekerja di sini memang sudahlah dia mendebik muka lelaki di hadapanya itu.

Perlahan-lahan dia mengutip duit yang jatuh ke lantai itu. Mukanya masih merah padam. Habis sahaja kerja, terus dia menunggu bas di perhentian. Itulah rutin hariannya, pagi di kelas malam bekerja. Malam sikit lagi dia akan menyiapkan tugasan kelas pula. Sejak akhir-akhir ini dia lebih banyak mengeluh.

Sampai di rumah sewa dia terus ke biliknya tanpa membuka lampu. Pelik jugak, roomatenya sedang tidur walhal baru 11.30 malam. Dia membuka bajunya perlahan dan mengikat sedikit rambutnya. Almaklumlah, rambut dah panjang dan dia masih belum berkesempatan untuk memotong.

Baru sahaja dia ingin masuk ke bilik air, ada satu suara menegurnya.

“Eh Aizan baru balik ke?”Aizan berpusing sambil mengangguk.

“Jap…”lelaki itu bergerak ke arah Aizan. Tanpa amaran dia meletakkan tangannya di dada Aizan. Aizan tersentak dengan tindakan itu sambil menepis tangan itu.

“Apa kau buat ni…pervert betul”marah Aizan.

“Tak adalah aku rasa macam kau makin kurus..”lelaki itu masih lagi merenung tubuh Aizan.

“Izzat sebelum aku luku kepala kau tu baik kau berambus”

Izzat hanya tergelak kuat dan berlalu pergi.

**********************
Aizan tersentak dari lamunannya apabila namanya di panggil. Dalam masa yang sama dia menoleh ke arah Fakhrul yang sedang merenung skrin laptopnya.

Fakhrul merenung skrin laptopnya tanpa perasaan. Kenapa susah betul untuk dia menakluki Aizan. Aizan ibarat bermain tarik tali dengannya. Senang di dekati tapi sukar untuk dimiliki. Senyuman Aizan yang menggoda.

Lamunannya terhenti.

“En Fakhrul, show dah nak start..”

“Ok in a minute…”

Fakhrul masuk ke dalam set pengambaran itu. Matanya tertancap pada Aizan yang sedang mengayakan posisi yang di arahkan oleh juru gambar itu. Wajah Aizan di make upkan supaya cheekbonesnya nampak dengan jelas.

“Ok Aizan, sekarang you loose 1 button and pegang hujung baju sambil pandang kiri..”

“Then, naturalkan reaksi muka you, I want something yang nampak fierce but on the same time looks elegant..”Aizan berpusing kehadapan sambil memegang mukanya dengan hujung jari.

“Ok last pose..”Aizan memandang tepat ke arah wajah Fakhrul dan mengenyit matanya. Fakhrul 
hanya memandang dan jantungnya mula beriak kencang.

Sungguh Aizan nampak gah sebentar tadi. Dia sendiri terpegun melihat Aizan apatah lagi orang lain.

**********************
Aizan mengelap meja makan perlahan. Pergerakannya di perhatikan oleh Syafika yang sedang memulang baki pelanggan. Kenapalah dengan kawannya itu. Banyak mengelamun sekarang.

Mata mereka bertentang dan Aizan hanya tersenyum. Baru sahaja Aizan ingin masuk ke ruang penyediaan makanan, pintu kafenya itu dibuka dan matanya menangkap gerangan yang masuk itu.

“Aizan…”Izzat tersenyum memandang syafika.

Aizan hanya mendiamkan diri tanpa suara.

“Boleh aku nak jumpa kau kejap?” tanya Izzat.

“Aku busy ni…”Aizan menjawab sepatah.

“Tipuuuu….dia tipu Izzat…”laung Syafika sambil masuk ke dalam. Aizan menjengil mata pada Syafika.

“Please Aizan…”mereka berdua keluar dari kafe itu.

“Ok…kau nak talk, now we talk…”Aizan menghalakan pandangannya pada Izzat sambil berpeluk tubuh.

“Kenapa kau jauh kan diri dari aku?”tanya Izzat.

“Mana ada..aku cuma busy sikit dua – tiga menjak ni”Aizan memberi alasan.

“Aizan..aku bukan baru kenal kau sebulan..dah lama..”lembut Izzat berkata.

“Huhh? Kau baru jumpa aku balik beberapa bulan lepas tu claim dah kenal aku lama?”sinis Aizan bertanya.

“Ok fine..kenapa kau tak return call aku..aku whatapps kau tak balas…”

“Aku busy, shooting lagi…jaga kafe..aku tak ada masa nak balas..”Izzat merenung ke dalam mata Aizan. Aizan melarikan pandangannya.

“Ada apa-apa lagi tak? Aku nak sambung buat kerja ni…”balas Aizan mengerling seketika dan ingin berlalu pergi.

Izzat menarik tangan Aizan dan memeluknya dari belakang. Aizan diam kaku tanpa reaksi.

“Aizan, please…”Izzat memeluknya dengan lebih erat. Aizan memegang tangan Izzat perlahan-lahan.

“Hati aku sakit Izzat, setiap kali aku cuba untuk sayangkan kau mesti aku rasa terluka..aku tak tahu kenapa…”

“…..aku hampir putus asa…sebab aku dah janji dulu tak akan jatuh cinta pada sesiapa pun tapi aku termakan dengan kata-kata sendiri…”

“Bila kau cakap diberi satu peluang untuk buat 1 benda yang aku nak,aku berharap aku tidak jatuh cinta dengan kau, aku tak tahu rupanya perasaan dia macam tu sekali rasa…”matanya sudah mula berkaca.

“Aku tak dapat malahan tidak boleh bagi apa yang dia selalu bagi kau.Apa yang aku dapat bagi hanya kasih sayang.Aku sayangkan kau.Aku tak tahu sejak bila aku ada perasaan macam ni.Yang aku tahu aku memang dah sukakan kau…”

“Bagi aku peluang untuk jaga kau,bagi aku peluang untuk sayangkan kau.Izinkan aku jadi pohon tempat untuk kau bergantung kasih sayang.Bagi aku peluang untuk aku lindungi kau.Selagi kau perlukan aku,aku akan sentiasa ada disisi kau. Apabila sampai masa kau tak perlukan aku,tolong ingatkan aku supaya aku berundur dari hidup kau.Masa itu aku dah bersedia dan aku akan berundur dari hidup kau.Buat masa yang ada bagi aku peluang ni Aizan”basah pelupuk mata Izzat.

Air mata yang di tahan tadi mula menitis perlahan. Untuk apa mengasihi jika hanya untuk disakiti? Perasaan sebak di dadanya sudah tidak tertahan lagi. 


“Kenapa kau tak benci je aku…”


Bersambung...