Story 6
“Hidupnya cinta bukan kerana
hidupnya kita..”perlahan dia
mengungkap perkataan itu.Izzat mengeluh perlahan.Jujur dia cakap,sebelum
ini dia tidak pernah rasa begini.Adakah dia jatuh suka di sebabkan paras rupa?
Namun sampai bila benda itu
akan bertahan kalau hanya pada paras rupa?Biarlah menyukai seseorang itu
seikhlas yang mungkin bukan hanya kerana tuntutan nafsu.Tapi kalau menyukai sesama
jantina,bolehkah konsep ini digunakan?
Pantas dia mencari number
seseorang dan menekan butang dial.
“Assalamualaikum Fika. Aku nak
jumpa kau..”serius nadanya
*************
Perasaan itu susah untuk ditelah malah sukar sekali untuk
dibaca.Benda yang tidak diingini terjadi jua.Sifatnya yang lebih gemar
mendiamkan diri dan memendam rasa itu kadang-kala menyusahkan orang lain. Dia
tak takut pada cinta mungkin lebih kepada paranoid. Kepercayaannya itu terhakis
sedikit-demi sedikit akibat luka lama.
Aizan mencintai lelaki yang jauh beza darjatnya,yang
tipikalnya tidak sama taraf. Dia duduk di kerusi sambil termenung jauh.Lantas
mindanya mengelamun ke arah peristiwa lama yang pahit.Dia yang lupa diri
sehingga tergadai segalanya.
Perasaan baru yang mula bercambah itu membuatkan hatinya
sakit.Sakit kerana dia mampu mempunyai perasaan itu.Dia benci dengan perasaan
yang mula wujud itu.
****************
3 tahun lalu
Tubuhnya hampir longlai ke lantai.Deria pendengaran bagaikan
hilang seketika.Aizan mengucap panjang apabila mendengar butir bicara bersama
pegawai itu.Hatinya menjadi sayu apabila terbayang betapa kecewa wajah ibunya.
Pantas dia menekan telefonya dan mendial number yang masih
terkukuh rapi dalam ingatannya.Engaged.Dia mencuba sekali lagi.Kali ini
panggilannya bersambut.
“Hai sayang,ada apa ni call I?Rindu ke?”suara di sana
bagaikan memerli Aizan sambil galak ketawa.Aizan memincingkan
pendengarannya.Terdengar suara rengekan perempuan di hujung telefon.
Hatinya bertambah panas.Mengelegak seperti lahar gunung
berapi.
“Sayang kepala bapak kau….apa yang kau dah buat syaitan?Tergamak
kau jual..”Aizan menengking kuat.Dia bukanlah seorang yang pemarah jauh sekali
suka bertelingkah.
“Hei,rileks..cuba bersabar..haha…Ijan sayang,kau dah lupa ke
kau sendiri yang dah sign..kau sendiri yang buat keputusan bukan aku yang paksa
kau…”jelas lelaki itu bermain kata yang berbentuk muslihat.
“Kau memang tak guna…kau memang tak ada hati perut…tak cukup
kau malukan aku…kau ambil semua yang aku ada…manusia jenis apa kau ni…”Aizan
hampir menangis.Benarlah kadang-kadang kerana cinta kita buta.Buta menilai baik
buruk.Hilang pertimbangan dalam membuat keputusan.
“Well sayang kalau kau tak ada apa-apa nak cakap,aku out dulu
ya..banyak ‘urusan’ nak buat”belum Aizan menjawab lelaki di sana sudah
mematikan panggilan.
Aizan masih belum berpuas hati lantas dia menahan teksi dan
ingin menuju ke suatu tempat.Dia yakin lelaki itu ada di sana.Tidak sampai
setengah jam,dia sampai di kawasan kondominium mewah itu.Dengan pantas dia
memasuki elevator itu dan menekan butang 20.
Dia berdiri tegak di hadapan pintu itu.Dengan penuh semangat
dia mengetuk pintu kondo itu sekuat hati.Ada juga dia perasan beberapa mata
yang memandangnya dengan pelik ataupun pandangan yang menjengkelkan.
Pemilik kondo itu membuka pintu dengan perasaan yang
marah.Dia menarik tangan Aizan supaya masuk ke dalam.Aizan merentap tangannya
dengan kasar.
“Apa yang kau buat ni Ijan?Kau nak malukan aku?”marah lelaki
itu.Matanya mencerlung memandang Aizan.
“Malu kau?Malu aku kau tak pernah fikir?Kau bodohkan aku!Perangai
macam iblis”tengking Aizan sekuat hati.
“Ehh kau dengar sinilah..bodoh” lelaki itu dengan pantas mencengkam
muka Aizan.Aizan menepis kuat tangan itu.
“Kenapa kau buat aku macam ni?Apa lagi yang kau nak?..tak
cukup ke apa yang berlaku hari tu…Kenapa..kenapa..”Air mata Aizan mula
bertakung di tubir matanya.Perasaan sebak datang menjengah ke dalam dadanya.
“Haha..Ijan,ijan…kau tu naΓ―f sangat..kau percaya pada
cinta?Apa kau ingat orang macam kita ni ada ke cinta?Tu semua menipu lah…orang
bodoh macam kau je yang percaya..kau dengar sini baik-baik sematkan dalam
kepala otak kau yang dah beku tu..”kata lelaki itu sambil menunjal kepala
Aizan.
Tatkala itu Aizan tidak mampu menepis lagi,maruahnya bagaikan
di pijak-pijak.Tidak bernilai langsungkah dirinya di hadapan lelaki itu??
“Cuba kau telek diri kau tu.Cinta tu semua mainan perasaan
je.Apa kau ingat aku suka kau ke?Hahaa…Jujur lah,aku bukan nak berlagak tapi
kira macam standard aku jatuh keluar dengan kau…kiranya kau ni..macam orang
kata apa?Buat sedap-sedap?..”selanjur terhambur gelak yang kuat.
“Per..pernah tak sekali je hatta sebesar kuman kau sayangkan
aku…dalam ruang hati kau…”suaranya sudah berubah menjadi serak.Bagaikan ingin
pecah dadanya apabila mendengar bicara lelaki itu.Tangisannya tersekat di
kerongkong.
Lelaki itu masih tergelak-gelak memandang Aizan.Baginya Aizan
ibarat patung yang bernyawa.Dia berjalan mendekati Aizan sambil berbisik di
telinga itu sambil mencium-cium lembut telinga Aizan.
“Lagi satu kalau kau berani-berani buka cerita,aku tak akan
teragak-agak untuk bunuh mak kau dan juga kawan kau Izzat…kalau aku boleh
semudahnya ambil apa yang kau ada tak mustahil aku boleh buat jugak…”keras dia
berbisik di telinga itu.
***************
Pantas dia mengesat air mata yang baru muncul di tubir
mata.Sejak dua menjak ni rindu pada maknya begitu menghambat perasaan.Telinganya
bagaikan masih mendengar setiap bait dari lelaki itu.Dengan pantas dia
menyingkirkan perasaan sedih yang mula bertamu.Inilah Aizan yang
sekarang,ego,keras hati dan heartless.Dia tidak akan lupa penghinaan itu.Aku
akan balas setiap satu penghinaan tu.
“Encik Aizan…lagi 30 min kereta you sampai”beritahu
pembantunya.Aizan hanya mengangguk perlahan.Aizan membuka perlahan bajunya
sehingga terdedah separuh tubuhnya.
Tanpa sedar,ada mata yang memerhatinya dari situ.Mata itu
galak menjelajah setiap pelusuk tubuh Aizan yang terdedah.Keinginannya
seperti-seperti meronta-ronta memintanya menyentuh tubuh itu.
Tiba-tiba Aizan berasa bulu roma di tengkoknya bagaikan
berdiri sendiri,dia yang berasa tidak sedap hati berpusing ke belakang dengan
pantas.Hampir terjojol biji matanya apabila melihat gerangan yang berada di
belakangnya.
“Kau buat apa kat sini??”pantas dia menutup badannya yang
terdedah itu.Alahai,selama ni badan dia terdedah sana sini time modeling tak
ada apa pun.Pembetulan ya,terdedah sikit je bahagian dada.Tapi ni lain,dia
tengok aku macam nak telan je.
“Hahaa…rileks lah Aizan…”galak dia ketawa tapi matanya masih
leka menikmati ‘hidangan’ di hadapan mata.
“Kau ingat ni bilik stor ke?masuk tak payah bagi salam?dah
bagus sangat ke?”marah Aizan.Mengagau cari baju yang jatuh.Baju ni time ni lah
tak jumpa.Bentaknya dalam hati.
“Apa tengok-tengok?Aku cungkil biji mata tu kan…”sambil
membuat gaya dua jarinya untuk mencungkil mata si gatal itu.
“Hmm..”itu sahaja yang dia jawab lalu masuk ke dalam bilik
persalinan itu dan mengunci pintu dari dalam.Tupp.
Bagai nak luruh jantung Aizan melihat tindakan itu.Lelaki itu
perlahan-lahan berjalan sambil membuka kotnya.Serentak itu membuka butang
bajunya yang teratas dan kedua teratas.
Buka baju?Ehh salah,buka kot?longgarkan butang?Apa dia nak
buat ni?Jantungnya seperti mahu terkeluar agaknya kalau boleh letak dekat luar
memang dah buat.
“Ap…apa…ka..kau nak buat ni?”tergagap Aizan bertanya sambil
terundur-undur ke belakang dan terduduk di atas kerusi empuk itu.
“Aku suka tengok kau malam ni…kau nampak lain.Kenapa aku tak
perasan selama ni?”tanya lelaki itu lagi sambil merapatkan wajahnya ke muka
Aizan.Dia mengusap lembut wajah itu.
“Kau buat pelik-pelik,aku terajang nanti…”ugut Aizan
takut-takut.Namun lelaki itu masih tidak mempedulikan ugutan Aizan malahan
terus membelai wajah itu lembut.
“Aku tak pernah rasa macam ni dulu dengan kau..kenapa aku
jadi macam ni?Aku macam jatuh hati dekat kau”sebak dia menutur kata sambil
menarik Aizan ke dalam pelukannya.Perlahan-lahan dia mencium dahi Aizan lembut.
“Izzat…jangan macam ni…jangan bagi aku harapan…”sebak dia
menutur kata hampir teresak-esak.Itulah yang dia takut,berharap pada suatu yang
dia sendiri tak pasti.Cukuplah hidupnya dahulu menjadi taruhan.Untuk mengulangi
sejarah lama tidak mungkin.
Bersambung
p/s : Selamat membaca.Maaflah ambil masa yang lama untuk release.Doakan saya dapat idea yang banyak2 ya awk2
Finally. gud luck 4 next chapter. love it.
ReplyDeleteTq dear :)
Delete