Friday 28 March 2014

Pencuri Cinta

Story 10

5  tahun yang lalu

Dengan pantas Syamil menuruni tangga dan bergerak ke belakang stadium.Sampai sahaja terus dia menoleh ke kanan melihat bilik persalinan di situ.Tapi dalam bilik tu kosong tiada siapa-siapa.Atau cikgu sudah bawa dia pergi ke klinik atau bilik sakit?

Dia pun berjalan pantas bergerak ke asramanya yang terletak berdekatan dengan padang sekolah.Sampai sahaja terus dia bergerak ke arah sana dan mendekati bilik sakit itu yang sudah kosong.Syamil bergerak pantas menuju ke bilik Adam dan nampak Adam terbaring sambil menutup mata.

Syamil masuk dan menanggalkan kasutnya lalu bergerak ke arah Adam lalu duduk di atas katil itu.Dia berasa sungguh risau apabila nampak Adam di usung keluar dari padang tadi.Kenapa dia berasa macam ni?Padahal baru sahaja dia berbaik-baik dengan Adam setelah bersusah payah mereka membenci antara satu sama lain?

Kenapa dia rasa risau yang amat?Syamil hanya memandang dan merenung Adam yang memejamkan mata dan berbalut di bahagian kaki.Dia mengangkat tangannya untuk mengusap kepala Adam dan terhenti di tengah jalan lalu menarik kembali tangannya.Setelah memastikan yang Adam masih ok dah sudah berehat dia pun bangun dan baru sahaja dia mengangkat punggungnya tiba-tiba Adam memegang pergelangan tangannya.

“Kau..kau nak pergi mana?”tanya Adam dengan suara yang serak.

“Errr..err aku nak balik”

“Tunggulah dulu,kau tak kasihan kan aku ke?”

“Maksud kau?”tanya Syamil sambil mengerutkan keningnya tanda tidak faham.

“Jagalah aku,tengokkan aku ke?”

“Huhh?kau kan da duduk dekat bilik ,confirm nanti ada orang jaga”balas Syamil sambil tidak percaya mendengar perkataan yang keluar dari mulut Adam.

“Kau tak nak jagakan aku?”

“Tak nak,untuk apa aku jaga kau?”

“Paling tidak temankan lah aku pergi bilik air,aku nak mandi dengan buang air”

“Huhh?”Syamil menggaru kepalanya yang tidak gatal itu.

“Tolong la Syamil”Adam memandang Syamil dengan penuh harapan.

Syamil pun bergerak ke katil Adam semula dengan teragak-agak dan membantu Adam untuk bangun.

“Arghh,ouch…sakit la”Adam menyeringai kesakitan rasa ngilu di bahagian kaki.

“Tahan la sikit”

“Arghh,ouch…sakit la”

“Aku ada idea.Apa kata kau lapkan badan aku?Aku memang tak boleh bergerak sangat”kata Adam.

“Lap kau?Tak nak lah.Gila ke apa?”

“Habis itu tak akan nak biarkan aku punya badan tak bersih?”kata Adam sambil membeliakkan matanya
.
“Tak nak lah Adam.Kau ni..”

“Syamil,tolong lah”

Syamil mengeluh dan dengan perlahan mengambil baldi kecil dalam bilik itu lalu membawanya keluar dan tidak sampai beberapa minit dia pun kembali.

Adam bangun dari pembaringannya dan tunggu Syamil menolong untuk membuka bajunya.Adam memberi isyarat pada Syamil untuk membuka bajunya.Syamil memandang Adam bagaikan tidak percaya dengan arahan yang Adam bagi padanya.Dia pun dengan perlahan memegang hujung baju Adam lalu cuba menarik keluar baju itu dan dengan kasarnya Syamil menarik baju itu lalu mencampaknya di lantai dan terkedu melihat Adam yang tidak berbaju.

Dia pun mengambil kain lap yang bersih lalu mengelap badan Adam perlahan-lahan dengan tangan yang terketar –ketar dan dia berasa bagai jantungnya hendak terkeluar dari dada.Kenapa dia berasa berdebar?Dia bukan suka Adam dan mereka juga bukan tak straight.Dia yakin dia bukan suka lelaki tapi kenapa dadanya berdebar?Tangannya menyentuh perlahan dada Adam yang tidak berbaju itu.

Adam pula khusyuk memerhatikan Syamil yang nampak khusyuk mengelap dadanya.Entah kenapa sejak akhir-akhir ni dia berasa tenang melihat Syamil berdekatan dengannya.Ketenangan yang kadang-kadang menimbulkan rasa curiga tentang apa yang sebenarnya yang dia cari pada Syamil?

Sedang Syamil mengelap badan Adam tiba-tiba pintu bilik Adam terbuka dan mereka memandang ke arah pintu dan terkejut melihat gerangan manusia di situ.

“Apa yang korang buat ni?”

***************
Zaman Sekarang

“Syamil”

Dengan pantas Syamil berpusing dan sudah mengagak  siapa dibelakangnya sambil tersengih-sengih memandangnya.

“Damn,damn”maki dia dalam hati.

Adam memandang Syamil dengan perasaan yang ceria sekali.Dia tidak menyangka bahawa Syamil akan masuk dalam kelab memanah ni.

“Ok,guys dengar sini hari ni personal couch kamu akan ajar kamu macam mana nak pegang archer dia ni dengan betul,macam mana nak target dan semua yang asas la”kata Dr itu.

Syamil hanya mampu mengeluh dengan berat kerana dia dapat berasakan yang memang dia tidak dapat melarikan diri dari Adam lagi.

“Amil,sini lah.Kau tak teruja ke aku yang jadi personal coach kau?”

“Teruja?Langsung tak.Meluat adalah”

“Hahaha.Nah ambil benda ni”kata Adam lalu mencampak satu beg yang ada bow dan arrow.Syamil yang tidak bersedia terkejut dan bernasib baik kerana sempat menangkap.

“Gila ke apa?”marah Syamil dan Adam hanya ketawa.

“Sini lah,yang kau jadi patung tu buat apa?Kau masuk kelab ni bukan nak jadi patung”

Syamil hanya memandang tajam mendengar komen dari Adam dan bergerak pantas ke arah Adam.Haish menyesal aku masuk kelab ni

“Ok,basically archery ni ada 12 steps penting la tapi depends juga dengan orang yang dah biasa dengan beginner”

Lalu Adam memulakan sedikit penerangan ringkas macam mana mahu memanah.Syamil hanya mampu mengangguk dan dia mengangkat kepala memandang Adam.Dia juga khusyuk meneliti setiap inchi percakapan Adam,gerakan tangan dan berhenti di hidung dan bibir Adam.

“Amil,amil kau dengar tak aku explain ni?”kata Adam sambil melambai tangannya depan muka Syamil.

“Errr..aku dengar lah”balas Syamil terkejut dengan sapaan Adam.

“Kau usha aku ek?Aku tahu aku memang handsome”

“Mana ada lah.Perasan,bangla sapu lantai kat fakulti lagi handsome”kata Syamil sambil berpura-pura fokus memandang ke arah bow di tangan Adam.Handsome sangat dengan topi dan seluar track colour hitam serta kasut nike hitam.Hatinya berkata.Tak handsome langsung.Otak nya bertingkah pula.

“Ye lah,dah sini aku nak tunjuk macam mana nak memanah”

Syamil bergerak lambat-lambat dan mengambil satu bow lalu melihat Adam melakukannya.Dengan laju Adam melepaskannya.Fuhh,tepat gila.

“Ok,sekarang turn kau pula”

Syamil mengangkat bow itu dan cuba meletakkan arrow itu tetapi tidak boleh malah jatuh lagi.Adam yang memerhati itu lalu datang mendekat dan berdiri di belakang Syamil.Dia meletakkan tangannya di atas tangan kiri Syamil dan tangan kirinya pada tangan kiri Syamil.

“Ok,pegang macam ni.Straightkan badan kau”kata Adam melepaskan tangan kanannya dan meletakkan di belakang pinggang Syamil untuk menegakkan badannya.

Syamil berasa terkejut dan mula berasa tidak selesa.Dia bagai dapat berasa yang tangan dia bergesel dengan tangan Adam dan dia dapat berasakan muka Adam rapat dengan mukanya.Dia dapat berasakan hembusan nafas panas Adam di pipinya.Kalau tersilap langkah Adam akan tercium dia.

“Ok.Tarik sampai muka dan lepaskan”dengan laju Syamil melepaskannya.Syamil hanya terkedu apabila Adam masih memegang sebelah tangannya.Dia dapat rasakan kehangatan tangan itu sama seperti 5 tahun lepas.Cuma yang menganggunya adalah setiap kali Adam mendekatinya pasti dia akan teringat peristiwa malam itu.Dia merentap tangannya dari pegangan Adam.Adam tersentak dengan tindakan spontan itu.

 “Amil,kau kenapa pula ni?”

“Siapa suruh kau pegang aku?”tanya Syamil sambil merenung tajam ke arah Adam.

“Kan aku nak ajar kau”

Syamil hanya mendiamkan diri dan mengambil arrow lain untuk mencuba lagi.Adam hanya mengeluh melihat telatah Syamil yang sekejap dingin sekejap ok.

*******************
Zaman Sekarang

Syamil melangkah perlahan ke dalam biliknya setelah habis kelasnya jam 4 ptg tadi.Dia melangkah dengan perlahan dan perasaan lesu dalam dirinya masih belum hilang lagi. Sedang dia berbaring sambil menutup mata untuk berehat kan diri sementara tunggu untuk solat asar tiba-tiba dia terdengar ketukan di pintu biliknya.

Siapa pula yang datang petang-petang macam ni?Da la tengah mengantuk ni.Dia pun bangun dengan malasnya untuk pergi ke pintunya untuk melihat siapa yang datang.Mungkin rakan sekelasnya.

Dia pun membuka pintu dan terkejut yang amat melihat Adam terjengul di hadapan pintu biliknya.Adam juga kelihatan tersentak dan terkejut kerana tidak menyangka bahawa Syamil yang tinggal di hadapan biliknya.

“Ap..Apa kau buat kat sini?”tanya Syamil tersekat-sekat

“Ak..aku baru pindah kat sini”kata Adam.

“Pindah??”dengan kuat Syamil bertanya.

Ya Allah,bala apakah ini?Aku dah berusaha untuk jauhkan diri,kurangkan jumpa.Dia mengomel dalam hati sambil mengusap mukanya bagaikan tidak percaya.

“Macam mana kau boleh tiba-tiba pindah kolej?”

“Sebab kolej yang aku duduk itu sekarang dah tutup so aku kena cari kolej lain”

“Haa?”ternganga mulut Syamil bagaikan tidak percaya.

“Tapi aku rasa macam seronok pula dapat bilik dekat-dekat dengan kau ni,hehe”kata Adam sambil tersengih-sengih dan ingin melangkah masuk ke dalam biliknya.

“Ehh,kau nak buat apa ni?”Syamil kaget melihat Adam ingin masuk ke dalam biliknya dan cuba menghalang dari masuk.

“Eshh,kedekut la kau ni.Dah sana-sana”kata Adam sambil selamba menolak tangan Syamil dan melangkah masuk.

“Wah,bersih bilik kau”kata Adam sambil meneliti bilik itu dan matanya terhenti pada board di meja belajar Syamil.Ada gambar mereka time sekolah,time Syamil memakai spek besar.Dia terkedu melihat gambar itu.

Syamil terus mengambil gambar itu dan menyorokkannya di belakang badannya.

“Apa kau nak?”

“Er,aku nak pinjam penyapu dengan sabun baju”kata Adam menyatakan tujuan sebenarnya.

“Nah,dan keluar sekarang”kata Syamil sambil menghalau Adam keluar.

Syamil lantas menutup pintu dan mengeluh dengan berat lagi.Dugaan apa lagi ni?Apa yang sebenarnya berlaku?Dia dah cukup yakin bahawa selepas 5 yang lalu yang dia tidak akan jumpa Adam lagi.

Bagaimana kalau Adam kembali mencuri hatinya seperti dahulu?Adakah dia akan tewas?Atau kali ini  dia lebih rela?

Keesokan paginya,sewaktu Syamil baru ingin memakai pakaiannya dan lupa untuk mengunci pintu dengan kuatnya Adam membuka pintu.

Syamil yang baru ingin memakai seluar terkejut dan menarik tualanya yang hampir terlucut.

“Adam,ketuk dulu boleh tak?Kau ingat ni bilik stor ke nak masuk sesuka hati?”sambil memegang towel dan menutup badannya dengan sebelah lagi tangannya.

“Haha?bilik stor?Kau tak nak sarapan ke?”

“Tak nak,aku ada kelas dan berambus dari bilik aku”halau Syamil.

“Cis,berlagak tak nak breakfast dengan aku”

“Oh,lagi satu aku dah tengok lebih dari itu.Disebalik tuala tu pun aku dah pernah tengok.Hahhaa”Muka Syamil berubah merah dan dengan pantas dia mengambil botol air di atas katil dan membaling ke arah Adam.

Adam hanya ketawa dengan kuat dan menyambut botol yang dibaling oleh Syamil.Syamil hanya merengus marah dan menghempas pintu lantas menguncinya dengan pantas.

******************
Zaman Sekarang

Selepas habis kelas pada jam 11 pagi,Syamil bergerak ke arked di kolejnya untuk membeli makanan dan sedang dia memilih makanan tiba-tiba dia di sapa oleh seseorang.

“Syamil Hazri”

Syamil lantas memandang dan betapa terkejutnya apabila dia melihat orang yang tak disangka berada di hadapannya.Orang yang paling dia benci.Hampir sahaja makanannya jatuh ke lantai.Syamil terdiam tanpa sebarang kata dan orang itu masih merenung dia.Merenung dengan pandangan yang sayu dan lirih.

“Syamil, ni ak..aku”

“Ken..kenapa kau ada kat sini?”

bersambung.........



Thursday 27 March 2014

Pengaruh atau tak?

Selamat Petang

Maaf dah lama xsharing or post apa-apa sebab xcukup masa.With all those projects,assignment and workload (T^T) very tired.

Hari ni aku nak share pasal influence/pengaruh.Secara dasarnya pengaruh ni membawa maksud kebolehan kita memberi kesan kepada orang lain sama ada dalam bentuk sifat,sikap dan lain-lain.Apa yang ak maksudkan pengaruh kat sini adalah sejauh mana faktor pengaruh dari kawan,family dan lain-lain memberi kesan pd sexuality kita.

Some might said,yang dia jadi macam itu sebab faktor family di mana kurang kasih sayang abang,ayah la or kena ragut maruah dr ayah or abang la.At first i couldn't believe yg benda ni boleh jadi sebab kenapa seseorang tu jadi Lgbt.But bila ak baca-baca kat blog lain memang actually happen.

Then,faktor yang paling cliche sekali adalah faktor kawan yg mana majoriti org cakap yang dia berubah jadi macam ni disebabkan kawan.Dia berkawan dengan ramai org yang plu jadi dia pun terjebak sama dengan dunia ni and dia ckp once da terjebak utk berpatah balik mmg agk susah.

Lastly,adalah di sebabkan peristiwa silam or senang cite cam kejadian hitam lah.Especially for those yg boarding school mmg banyak sgt benda ni.Kalau budak-budak lower form yang cute-cute,jambu mmg jd target senior la trutama F4 n F5 tu.Ada yg terpaksa,ada yg rela or ada yg xkisah.

The point is,kadang-kadang aku rasa kitakan selalu carik excuse utk kita menjadikan sesuatu itu betul.Ya,aku setuju mmg benda-benda mcm tu menjadi sebab tp kdg-kdg ak rasa aku sendiri yg nak faktor-faktor tu diterima utk membolehkan ak jadi bengkok.At some point bila fikir balik dia akn berbalik pd kita yang sebenarnya.

Btw if u do have any other opinion regarding on my post just comment and share some thought ^_^.

p/s:If xde apa-apa mlm ni ak akn post story 10


Saturday 15 March 2014

Pencuri Cinta

Story 9

Zaman Sekarang

Selepas khusyuk berzikir selepas solat dia terus menadahkan tangan untuk berdoa kepada yang Maha Kuasa.

“Ya Allah,ya tuhanku ampuni lah dosa ibu bapa ku,dosa ibu ayah mertuaku,dosa arwah isteriku Saleha di dunia dan juga akhirat.Ringankanlah azab kubur mereka.Tempatkan lah mereka di tempat orang yang beriman.Ya Allah ampunilah dosa anak-anakku.Ya Allah,berikanlah hidayah pada mereka terutamanya anakku Syamil.Berikanlah kesenangan kepadanya.Aku amat merinduinya ya Allah setelah lama tidak berjumpa tapi hatiku masih sakit,sedih dan kecewa.Kau berikanlah aku kekuatan untuk mengurangkan rasa sedih dalam hatiku.Amin”sambil mengusap doa ke mukanya dengan tenang.

Kedengaran bunyi pintu bilik di ketuk dari luar.

“Ayah,along ni”

“Masuk lah along”lantas En Syazwan mendongak melihat anak perempuannya masih bertelekung sembahyang dan menyalami tangannya.

“Ayah,along harap apa yang along cakap ni ayah boleh terima”kata Farah lembut sambil memegang tangannya ayahnya.

“Ayah tahukan kami semua adik-beradik sayangkan dekat ayah”

“Kadang-kadang kita kena cuba paksa diri kita untuk maafkan orang,cuba buang perasaan kecewa itu sikit demi sedikit.Along tahu ayah masih marahkan Amil tapi ayah tak rindukan Amil ke?Anak ayah sendiri?”tanya Farah lembut.

Terkedu   En Syazwan dengan soalan anaknya.Siapa cakap dia tak rindu sedangkan hatinya melonjak-lonjak kerinduan pada anaknya itu.”Along,tak akan faham perasaan Ayah,along tak tahu betapa sedihnya Ayah.Ayah kecewa sangat.Sampai sekarang ayah masih tak boleh nak terima lagi”

“Ayah,benda tu dah 5 tahun yah.Kita sendiri tak pasti betul atau tidak sampai sekarang”

“Along tak akan faham perasaan ayah selagi along tak jadi ibu bapa”kata En syazwan perlahan dan sebak .

Farah sudah hilang kata untuk memujuk hati ayahnya yang terluka dan lara dengan perbuatan adiknya.Tapi perbuatan yang tidak pasti akan kebenarannya macam mana pula?Layakkah adiknya di hakimi sedemikian rupa tanpa bukti yang kukuh.Tapi bagaimana jika bukti di depan mata atau bukti tersebut dibuat-buat oleh seseorang untuk menghancurkan keluarga mereka?

Dia sendiri masih bingung dan tidak faham apa yang berlaku sebab dia rasa macam ada sesuatu yang tidak kena kerana adiknya begitu bersungguh mempertahankan diri sehingga dia sendiri menangis melihat keadaan adiknya sewaktu itu.

******************

5 tahun yang lalu

Tanpa amaran dengan pantas tumbukkan Adam singgah di muka Akmal.Akmal yang sedang berbual dengan kumpulan mereka terduduk ke lantai.Akmal pantas bangun dan merenung Adam dengan marah sekali.

“Kau ni apahal bodoh?”

“Kau la bodoh Mal!”

“Kau cakap plan lain,lepas itu kau buat lain.Apa cerita ni?”jerkah Adam dengan muka yang marah.

“Hahaha.Lain?Apa yang kau merepek ni?”

“Kau jangan nak buat-buat tak faham la Mal,kau cakap nak usik-usik ni bukan setakat usik kau tibia budak tu sekali,kau ni memang tak boleh percaya la sial”

“Jadi kau nak salahkan aku sekarang.Dengar sini baik-baik Adam,plan ni pun kau yang setuju.So tak ada salah siapa-siapa la”

“Kalau aku tahu kau nak buat macam itu,aku tak akan setuju la bodoh!”

“Relax la Adam,kau nak marah sangat-sangat kenapa?Aku bukan buat apa-apa pun dekat si budak Syamil tu.Atau kau sebenarnya sukakan dia Dam?Kau bengkok ea?”tanya Akmal sambil tersenyum sinis.

Terus Adam mencekak leher baju Akmal “Kau jangan buat lawak bodoh la sial!”kata Adam sambil berlalu pergi.

Adam berlalu pergi dengan hati yang panas.Dalam hatinya turut terfikir,aku suka lelaki?Gila ke apa.Ingat aku gay ke?Adam mendengus marah.Jauh fikiran Adam melayang ke peristiwa yang hampir seminggu yang lalu sebelum dia terjumpa Syamil di padang sekolah.

Syamil pula masih termenung dan berfikir untuk pergi atau tidak menonton perlawanan bola di sekolah mereka.Tapi atas tujuan apa dia pergi ke sana?Bersorak atau menonton?dia pun bukannya peminat fanatik bola sepak pon.Tapi Adam ada mengajak dia untuk menonton perlawanan bola tu.Dia melepaskan keluhan dengan berat.

Hari perlawanan yang di nanti-nantikan sekolah mereka akhirnya tiba.Syamil mengambil keputusan untuk menonton perlawanan itu setelah dipaksa berkali-kali oleh kawannya dengan ugutan-ugutan yang tak masuk akal.

Dia duduk di bahagian pavillion sekolah bahagian tepi dan menanti dengan muka yang bosan menunggu pasukan sekolah dan pasukan pihak lawan masuk.

Dengan sorakan yang kuat pasukan sekolahnya berarak masuk diikuti pasukan pihak lawan.Syamil hanya tersenyum dan menepuk tangan.Sambil dia memerhati pemain bola berarak masuk dia terpandang Adam yang menoleh ke arahnya sewaktu masuk ke padang.Dia pantas mengalihkan pandangan dan berdehem beberapa kali.Entah-entah Adam pandang orang lain dia pula yang perasan.Tapi yang pasti kenapa dia nak kisah Adam pandang dia atau tak?Dia bukannya gay pun nak rasa-rasa macam tu.

Sewaktu perlawanan bermula dia hanya memerhati sahaja.Posisi Adam sebagai striker memang betul-betul membuatkan ramai kaum wanita yang turut hadir untuk menonton “Adam” terjerit-jerit menyebut nama Adam.

Sedang dia mengelamun seorang diri tiba-tiba dia tersentak kerana kedengaran kecoh di tengah padang bola sepak.Dia turut menoleh lalu berdiri dan terkejut melihat orang yang terbaring di tengah padang itu adalah Adam.

Adam di bawa keluar dari padang dan kelihatan seperti serius saja keadaan dia.Syamil mula tidak senang duduk dan ingin turun ke bawah.Tapi tangannya di tarik oleh kawannya.

“Kau nak pergi mana ni Syamil?”

“Err,err tgk adamm..ehh tandas”gugup dia menjawab.

*******************
Zaman Sekarang

Syamil duduk termenung di atas buaian di luar rumah selepas solat isya.Menghayati cuti-cutinya yang masih berbaki 1-2 hari lagi sebelum dia memulakan semester yang baru.Dia menghirup udara malam yang masih segar dan tenang.Dia mengelamun memikirkan peristiwa yang tidak disangka berlaku.Dia berjumpa dengan ayahnya di rumah mak sunya,selepas beberapa tahun ayahnya mengelak untuk berjumpa dengannya.Jumpa Adam.

Terus dia terbayangkan muka Adam yang agak cerah,tinggi dan mempunyai lesung pipit di pipi kiri.Dia terbayang lagi Adam tersenyum manis padanya.Tiba-tiba dia berasa mukanya panas membahang kerana malu sebab terfikir pasal Adam.

Kadang-kadang dia terfikir adakah dia tidak straight?sebab dia dulu macam pernah “tersuka” Adam.Dia pun tak pasti sebab apa yang dia pasti apa-apa yang bertentangan dengan norma masyarakat dia akan cuba untuk elakkan dan jauhi.Tapi kalau godaan datang setiap masa tanpa putus asa mampukah dia menolak?Sejauh mana kuatkah iman dia?

“Syamil”panggil Pn Afidah perlahan
.
Syamil lantas menoleh dan tersenyum memandang ke arah maksunya.Pn Afidah bergerak lalu duduk di sebelah Syamil.Dia tahu Syamil cuba mengelak dari berjumpa dengannya.Dia faham dan mengerti perasaan anak buahnya itu.

“Cantikkan mak su bintang-bintang malam ni?Rasa macam nak jadi bintang je.”

“Tugas dia memberi sinaran pada waktu malam,walaupun cahaya dia hanya mampu menerangi langit tapi yang pasti dia mampu memberi manfaat pada sesiapa.Kadang-kadang bintang pon pergi biarkan langit sunyi,sepi dan keseorangan macam manusia yang menagih kasih sayang yang tak wujud lagi.Menagih kemaafan dan kasih sayang dari seorang ayah.Rasa macam dah tak ada harga diri je”perlahan Syamil menyambung kata-katanya.

“Syamil,banyakkan bersabar nak”kata Pn Afidah sambil menggosok belakang Syamil.

“Syamil tahukan maksu dengan paksu sayangkan Syamil?”pujuk Pn Afidah.

“Maksu patut tinggalkan je Syamil kat situ.Kenapa pungut balik?”Syamil sudah mula merapu  dan suaranya berubah lirih.

“Kenapa maksu?kenapa?”

“Shuhh,dah-dah jangan ungkit kisah lama balik”pujuk Pn Afidah sambil memeluk anak buahnya itu.

***************
Zaman Sekarang

Syamil sudah 2 hari sampai di universitinya dan dia sudah tidak sabar untuk memulakan sem baru dan juga yang paling dia gembira adalah petang ini.Dia mendapat Ko-q archery.Sudah lama dia nak main archery cuma tiada siapa yang nak ajar dan dia sendiri malas nak ambil tahu.

Tepat pukul 2 petang Syamil keluar dari kolejnya dan bergerak ke tempat memanah serta menanti jurulatih mereka untuk sampai.

“Assalamualaikum dan selamat petang semua.Saya Dr Zaki penasihat untuk aktiviti memanah ni.Seperti yang kamu biasa dengarlah hari pertama tak ada kelas la,start lagi 2 minggu la tapi itu hanya untuk club lain bukan memanah.Hari ini terus saya nak kamu semua biasakan diri untuk memegang bow dia dan di sini saya dah assigned kan siapa yang akan tolong kamu selain dari saya iaitu atlet universiti”

“Oh lagi satu,saya dah pairkan kamu dengan mereka jadi tak payah la kamu susah-susah nak pilih”

Syamil hanya tersenyum mendengar kata-kata dr itu.Lalu dia pun menyelit melihat senarai nama yang dibahagi kepada kawan-kawan kelabnya.Dia pun mencari namanya dan tersentak lalu ternganga melihat nama personal couch dia.Dia terundur-undur ke belakang.

“Syamil”

Dengan pantas Syamil berpusing dan sudah mengagak  siapa dibelakangnya sambil tersengih-sengih memandangnya.

“Damn,damn”maki dia dalam hati.

Bersambung…..

                                                                                                                                                         

                

Kesibukan diri

Hai dan selamat pagi.



Sorry,delay for posting anything in blog.Sangatlah busy dan tidak sempat untuk membuka blog.Sekarang ni isu Mh 370 sangatlah trending and dah jadi global news.Aku tak minat sangat diskuss segala spekulasi yang timbul atau apa isunya sebab kita diskuss pon tentang sesuatu benda yang xpasti boleh jadi benda tu mendatangkan fitnah.

Regardless what your religious view,sexuality or anything else which I dont care about just praying for their them dan doakan diberik ketenangan agar family mereka yg terlibat dapat bersabar.

p/s: kalau tak ada aral story 9 keluar pukul 10.15 am

Friday 7 March 2014

Pencuri Cinta

Story 8

5 tahun lepas

Selepas solat asar,Syamil bergerak keluar dari bilik untuk berjogging sekitar kawasan sekolah.Dia berasa sudah agak lama tidak jogging.Selepas puas berpusing satu kawasan sekolah dia mengambil keputusan untuk berhenti dan singgah di padang untuk melihat budak-budak sekolah yang sedang berlatih untuk perlawanan yang akan datang.

Sedang dia meneliti setiap inci padang itu tiba-tiba dia ternampak seseorang yang dia kenali dan cuba untuk mengelak sejak seminggu lalu.

“Damn,baik aku lari dulu” bisik Syamil perlahan dan ingin berpusing ke belakang semula.

“Amil,amil..tunggu la dulu”panggil Adam sambil berlari ke arahnya.

Terus sahaja Syamil berhenti berjalan.Adam melajukan lariannya apabila melihat Syamil berhenti.Syamil masih lagi tidak berpusing ke belakang lagi.

“Amil,asal kau lari dari aku?”

Sunyi tanpa jawapan.Lalu,Adam bergerak ke hadapan dan berdiri menghadap Syamil.Syamil masih mengekalkan posisi yang sama dan berdiam diri.Syamil memejamkan mata sebelum menarik nafas dalam-dalam sebelum bercakap.

“Aku..aku..malu sebenarnya”Syamil tersekat – sekat untuk berkata.

“Kenapa pula?Kau ada buat salah ke?”

“Aku malu sebab tak percayakan kau and lagi aku menyesal sebab tak ucapkan terima kasih sebab jaga aku waktu sakit”

“Tu je?”

“Dah tu apa lagi?tu je la”kata Syamil sambil mengerutkan muka dia.

“Maafnya tak ada?paling kurang pun belanja makan la”kata Adam sambil tersengih-sengih.

“Huhh?”Syamil memandang Adam bagaikan tidak percaya dengan apa yang dia dengar.Maaf?La tadi xkira ke?belanja makan lagi tu.Demand betul.katanya dalam hati.

“Yang tadi tak dikira minta maaf lagi”sambung Adam bagaikan tahu apa yang berlaku dalam minda Syamil.Terkejut dengan sergahan Adam,Syamil mengerutkan keningnya pula.

Syamil dengan paksa rela memohon maaf

“Wahai En.Adam,saya minta maaf banyak-banyak sebab tak percaya cakap awak ye”kata Syamil seperti tidak rela.

“Salam?”

“Huhh.Jangan merepek boleh tak?”marah Syamil.

“Ceh,gurau sikit tak boleh”sambil menolak kepala Syamil.

“Adam,jangan lah tolak-tolak kepala aku.Ingat aku apa?”kata Syamil sambil menahan tangan di kepala untuk menahan tangan Adam yang ingin menolak kepalanya sekali lagi.

********************
Zaman Sekarang

Syamil masuk ke dalam bilik dan terus berbaring sambil memandang syiling biliknya lama. Cuba memikirkan apa yang berlaku pada pagi tadi sewaktu melawat kubur arwah ibunya dan kejadian dirumah Adam tadi.

Syamil memejamkan mata sambil melayangkan fikirannya ke peristiwa 5 tahun lepas.Dia bagaikan tidak percaya dalang disebalik kejadian itu.Dia tak sangka disebabkan malam jahanam itu dia berhadapan dengan situasi yang payah dalam hidup sehingga dia macam tak nak hidup lagi.

Lamunannya terganggu apabila telefonnya berbunyi dengan kuat tanda panggilan masuk.Mesej dari number yang dia tidak kenal.

“Jangan ambil hati pasal tadi.Aku tak sengaja.Tengah serabut”

Syamil hanya membiarkan sahaja mesej itu kerana dia masih belum ada kudrat untuk membalasnya.Syamil memejamkan mata cuba untuk melupakan kejadian yang berlaku tadi.Tapi fikirannya tetap melayang pada peristiwa tadi.

“Adam,kenapa Adam?”perlahan Syamil menyebut nama itu sambil bergerak ke almari biliknya sambil membuka satu kotak mengandungi gambar Adam dan dia.

Beberapa jam yang lalu

“Aku nak bagitahu sesuatu dulu tapi kau dah pindah dulu.Aku tak sempat nak bagitahu.”

“Ap..apa yang kau nak bagitahu?”terketar-ketar Syamil bertanya.

“Aku..aku....”basah pelupur mata Adam menahan sebak untuk memberitahu Syamil.

“Aku tak sengaja Amil,aku tak pernah niat nak buat kau macam itu”

“Cukup,aku tak nak dengar”

“Amil aku tak pernah ada niat pun..”

“Tapi kau tetap buatkan?Kau buatkan?Adam cakap dengan aku Adam kau buatkan?”kata Syamil perlahan menahan rasa sedih yang menggunung.

“Amil,aku..”

“Kau buat.Kau buat juga.Sampai hati kau.Kau tahu tak aku sakit time tu?Kau tahu tak aku rasa macam nak mati time tu?Kau tinggalkan aku macam tu..macam sampah”sambil menangis-nangis Syamil berkata.

“Amil..”

“Kau tahu tak aku sampai kena buang keluarga sebab nak selamatkan kau.Kau tahu tak? Aku percayakan kau,aku sanggup cakap yang kau tak sengaja.Sampai hati kau"

“Amil percayalah aku tak pernah terniat…”

“Kau..kau..tak tahu apa yang aku lalui selama 5 tahun sebab kau..semua sebab kau Adam”kata Syamil sambil mengesat air matanya yang masih galak mengalir.

“Amil,aku minta maaf”

“Kau yang buat aku macam ini Adam.Sebab malam bodoh tu,sampai sekarang aku macam tak ada semangat nak hidup lagi.Aku..aku hampir gila masa itu”

“Maaf kau dah tak berguna lagi Adam sebab dia tak mampu nak kembalikan apa yang aku hilang,kepercayaan,kasih sayang dan ayah aku sendiri”

“Aku terpaksa menumpang kasih sayang orang lain.Aku menagih kasih sayang orang lain.Kau tahu tak aku menagih kasih sayang.Menagih kasih sayang”

Syamil tersentak mendengar ketukan pintu di biliknya.Syamil lantas mengesat matanya dan membuka pintu.

“Mak su,masuk la”

“Eh,tak payah la.Ni kakak kamu datang dengan si Syafiq tu”

“Along datang?dengan adik”kata Syamil sambil mengerut keningnya tapi pantas keluar dari biliknya dan mendapatkan mereka.

“Angahhh”panggil seorang budak lelaki berumur dalam lingkungan 10 tahun sambil memeluk Syamil erat.

“Ala,comelnya adik angah seorang ni”kata Syamil sambil mencium pipi adiknya sambil memimpinnya ke ruang tamu.

“Assalamulalaikum along”kata Syamil
.
“Waalaikumussalam,angah”kata Farah sambil memeluk adiknya yang sudah lama dia tidak lihat.

“Along datang dengan siapa ni?”

“Along datang dengan…”

“Along,adik mana mak su kamu ni..”Syamil lantas menoleh ke belakang dan terkejut melihat wajah yang sangat dia rindu berada di hadapannya.

En Syazwan juga terkedu melihat anaknya Syamil berada di situ dan hatinya melonjak-lonjak ingin memeluk anak yang satu itu dan memberitahu betapa rindunya dia pada si anak itu,namun egonya lantas menegah dan menidak.

“Aaa..aa..Ayah”tergagap-gagap Syamil memanggil ayahnya.Baru sahaja dia ingin bersalam dengan ayahnya dengan pantas ayahnya memanggil kakak dan adiknya.

“Farah,syafiq balik sekarang”dengan kuat Syazwan memanggil anak-anaknya.

“Tapi ayah,kita kan baru..”tidak sempat Farah ingin menghabiskan ayatnya ayahnya sudah memotong

“Dah,tak payah datang lagi.Aku tak tahu pun mak su kau ada tetamu.Kalau aku tahu tak ingin aku datang”kata En Syazwan sambil merengus marah.

“Tapi ayah..”Farah ingin membantah lagi.

“Aku cakap balik,kau pun nak jadi tak faham Bahasa ke farah panggil adik kau sekarang Farah.Panggil sekarang!!”tengking En Syazwan dengan kuat sekali.

Pn Afidah pun pantas keluar dari dapur dan melihat muka abangnya merah menahan marah.

“Ya Allah abang wan,apa ni?”tanya Pn Afidah.

Tersentak Farah mendengar jeritan ayahnya dan terus mendapatkan adiknya,Syafiq.Syamil hanya mampu melihat dan menahan sebak dengan layanan ayahnya.En Syazwan pantas keluar dari rumah adiknya sambil diikuti Farah dan Syafiq.

“Ayah…ayah.Tunggu dulu”panggil Syamil.En Syazwan berhenti tetapi masih tidak menoleh.

“Sampai bila Ayah nak buat Amil macam ni?”tanya Syamil dengan hiba sekali sambil menahan air mata dari keluar lagi.

“Aku dah cakap dahulu.Aku dah tak ada anak bernama Syamil sebab anak aku dah lama mati.Dah lama MATI!”dengan mendatar En Syazwan berkata.

Terjelepuk Syamil di lantai mendengar kata-kata itu sambil mengesat air matanya yang mula menandakan ingin mengalir.Pn Afidah pantas mendapatkan anak saudaranya sambil mengucap panjang mendengar ayat yang keluar dari mulut abangnya.

“Sampai hati ayah,sampai hati ayah cakap Amil mati.Sampai hati ayah”kata Syamil dengan sedih sekali.Tersedu sedan dia menahan tangis.Namun apakan jua,air matanya tetap degil ingin keluar.Cengengkah dia sebagai lelaki dia menangis?Tapi dia lagi sanggup menjadi cengeng jika itu harga yang perlu dia bayar untuk mendapatkan kemaafan dan kasih sayang dari seorang lelaki bertitle kan ayah.Kalau itu harga yang perlu dia bayar,dia sanggup,dia rela.Jika satu dunia ingin dia sujud pada ayahnya dan kubur ibunya untuk mendapatkan secebis kemaafan yang amat dia dambakan dia rela asalkan gelaran anak derhaka itu dibuang.Dia diibaratkan bagai menagih kasih sayang ayah sendiri,menagih kasih sayang yang direnggut begitu sahaja.

Tapi dia tetap menjadi anak yang malang kerana gagal mendapatkan kemaafan dari ayahnya sendiri jadi di mana letaknya kedudukkannya sebagai anak dia akhirat nanti?

Bersambung………


Thursday 6 March 2014

Cabaran!!

Hai dan selamat malam.Maaf agak lama tidak post.Kesempitan masa dan ruang.

So nak cerita sikit pasal cabaran dalam hidup.Yang kita pasti cabaran dalam hidup tu banyak, contoh yang paling sesuai untuk cerita adalah cabaran melawan naluri yang tak disangka.Ada sesetengah blog cakap yang cabaran melawan nafsu songsang xsehebat cabaran orang yg duduk dekat palastin semua.Itu aku setuju sebab pendapat masing-masing.We cant deny that right?

Bagi aku itu satu cabaran yang berat jugak sebab let say kita lelaki,kita duduk satu bilik/satu rumah dengan orang yang jelas kita memang bernafsu suppose to be kita asing kan lelaki dengan perempuan dalm asrama/kolej kediaman sebab nak prevent benda-benda macam ni la tp if you are not straight mcm mana?

Godaan atlet2 satu aras asrama,budak handsome satu bilik,budak tough satu bilik so then?Sebab itu pada pendapat aku benda itu tak mudah dan tak senang yang seperti yang disangka.

Tapi yang jadi permasalahannya bila kita tak mampu nak hadapi cabaran tu.Semua cakap susahlah,perasaan tu datang semula jadi,xboleh nak ubah sebab dah lama jadi macam ni.Betul aku admit benda itu sebab aku pun fikir sama macam itu.Aku xpernah nak suruh buang,campak perasaan tu dekat mana-mana cuma aku nak kita lay low jangan overwhelming sangat perasaan tu.Kita kena belajar accept and control that feeling.Iya tak mudah tapi xsalah untuk mencuba?We have nothing left to be lose.

Just keep it low sebab to be honest aku pun still lagi simpan mana-mana kenangan yang aku suka orang,aku cintakan orang tu, just macam aku cakap simpan dan tak suruh buang sebab nanti benda itu akan faded sendiri..

p/s:Kalau sempat malam ni post story 8