Story 10
5 tahun yang lalu
Dengan pantas Syamil menuruni
tangga dan bergerak ke belakang stadium.Sampai sahaja terus dia menoleh ke
kanan melihat bilik persalinan di situ.Tapi dalam bilik tu kosong tiada
siapa-siapa.Atau cikgu sudah bawa dia pergi ke klinik atau bilik sakit?
Dia pun berjalan pantas bergerak
ke asramanya yang terletak berdekatan dengan padang sekolah.Sampai sahaja terus
dia bergerak ke arah sana dan mendekati bilik sakit itu yang sudah kosong.Syamil
bergerak pantas menuju ke bilik Adam dan nampak Adam terbaring sambil menutup
mata.
Syamil masuk dan menanggalkan
kasutnya lalu bergerak ke arah Adam lalu duduk di atas katil itu.Dia berasa
sungguh risau apabila nampak Adam di usung keluar dari padang tadi.Kenapa dia
berasa macam ni?Padahal baru sahaja dia berbaik-baik dengan Adam setelah
bersusah payah mereka membenci antara satu sama lain?
Kenapa dia rasa risau yang
amat?Syamil hanya memandang dan merenung Adam yang memejamkan mata dan berbalut
di bahagian kaki.Dia mengangkat tangannya untuk mengusap kepala Adam dan
terhenti di tengah jalan lalu menarik kembali tangannya.Setelah memastikan yang
Adam masih ok dah sudah berehat dia pun bangun dan baru sahaja dia mengangkat
punggungnya tiba-tiba Adam memegang pergelangan tangannya.
“Kau..kau nak pergi mana?”tanya
Adam dengan suara yang serak.
“Errr..err aku nak balik”
“Tunggulah dulu,kau tak kasihan
kan aku ke?”
“Maksud kau?”tanya Syamil sambil
mengerutkan keningnya tanda tidak faham.
“Jagalah aku,tengokkan aku ke?”
“Huhh?kau kan da duduk dekat
bilik ,confirm nanti ada orang jaga”balas Syamil sambil tidak percaya mendengar
perkataan yang keluar dari mulut Adam.
“Kau tak nak jagakan aku?”
“Tak nak,untuk apa aku jaga kau?”
“Paling tidak temankan lah aku
pergi bilik air,aku nak mandi dengan buang air”
“Huhh?”Syamil menggaru kepalanya
yang tidak gatal itu.
“Tolong la Syamil”Adam memandang
Syamil dengan penuh harapan.
Syamil pun bergerak ke katil Adam
semula dengan teragak-agak dan membantu Adam untuk bangun.
“Arghh,ouch…sakit la”Adam
menyeringai kesakitan rasa ngilu di bahagian kaki.
“Tahan la sikit”
“Arghh,ouch…sakit la”
“Aku ada idea.Apa kata kau lapkan
badan aku?Aku memang tak boleh bergerak sangat”kata Adam.
“Lap kau?Tak nak lah.Gila ke apa?”
“Habis itu tak akan nak biarkan
aku punya badan tak bersih?”kata Adam sambil membeliakkan matanya
.
“Tak nak lah Adam.Kau ni..”
“Syamil,tolong lah”
Syamil mengeluh dan dengan
perlahan mengambil baldi kecil dalam bilik itu lalu membawanya keluar dan tidak
sampai beberapa minit dia pun kembali.
Adam bangun dari pembaringannya
dan tunggu Syamil menolong untuk membuka bajunya.Adam memberi isyarat pada
Syamil untuk membuka bajunya.Syamil memandang Adam bagaikan tidak percaya
dengan arahan yang Adam bagi padanya.Dia pun dengan perlahan memegang hujung
baju Adam lalu cuba menarik keluar baju itu dan dengan kasarnya Syamil menarik
baju itu lalu mencampaknya di lantai dan terkedu melihat Adam yang tidak
berbaju.
Dia pun mengambil kain lap yang
bersih lalu mengelap badan Adam perlahan-lahan dengan tangan yang terketar –ketar
dan dia berasa bagai jantungnya hendak terkeluar dari dada.Kenapa dia berasa
berdebar?Dia bukan suka Adam dan mereka juga bukan tak straight.Dia yakin dia
bukan suka lelaki tapi kenapa dadanya berdebar?Tangannya menyentuh perlahan
dada Adam yang tidak berbaju itu.
Adam pula khusyuk memerhatikan
Syamil yang nampak khusyuk mengelap dadanya.Entah kenapa sejak akhir-akhir ni
dia berasa tenang melihat Syamil berdekatan dengannya.Ketenangan yang
kadang-kadang menimbulkan rasa curiga tentang apa yang sebenarnya yang dia cari
pada Syamil?
Sedang Syamil mengelap badan Adam
tiba-tiba pintu bilik Adam terbuka dan mereka memandang ke arah pintu dan
terkejut melihat gerangan manusia di situ.
“Apa yang korang buat ni?”
***************
Zaman Sekarang
Zaman Sekarang
“Syamil”
Dengan pantas Syamil berpusing
dan sudah mengagak siapa dibelakangnya
sambil tersengih-sengih memandangnya.
“Damn,damn”maki dia dalam hati.
Adam memandang Syamil dengan
perasaan yang ceria sekali.Dia tidak menyangka bahawa Syamil akan masuk dalam
kelab memanah ni.
“Ok,guys dengar sini hari ni
personal couch kamu akan ajar kamu macam mana nak pegang archer dia ni dengan
betul,macam mana nak target dan semua yang asas la”kata Dr itu.
Syamil hanya mampu mengeluh
dengan berat kerana dia dapat berasakan yang memang dia tidak dapat melarikan
diri dari Adam lagi.
“Amil,sini lah.Kau tak teruja ke
aku yang jadi personal coach kau?”
“Teruja?Langsung tak.Meluat
adalah”
“Hahaha.Nah ambil benda ni”kata
Adam lalu mencampak satu beg yang ada bow dan arrow.Syamil yang tidak bersedia
terkejut dan bernasib baik kerana sempat menangkap.
“Gila ke apa?”marah Syamil dan
Adam hanya ketawa.
“Sini lah,yang kau jadi patung tu
buat apa?Kau masuk kelab ni bukan nak jadi patung”
Syamil hanya memandang tajam
mendengar komen dari Adam dan bergerak pantas ke arah Adam.Haish menyesal aku
masuk kelab ni
“Ok,basically archery ni ada 12
steps penting la tapi depends juga dengan orang yang dah biasa dengan beginner”
Lalu Adam memulakan sedikit
penerangan ringkas macam mana mahu memanah.Syamil hanya mampu mengangguk dan
dia mengangkat kepala memandang Adam.Dia juga khusyuk meneliti setiap inchi
percakapan Adam,gerakan tangan dan berhenti di hidung dan bibir Adam.
“Amil,amil kau dengar tak aku
explain ni?”kata Adam sambil melambai tangannya depan muka Syamil.
“Errr..aku dengar lah”balas
Syamil terkejut dengan sapaan Adam.
“Kau usha aku ek?Aku tahu aku
memang handsome”
“Mana ada lah.Perasan,bangla sapu
lantai kat fakulti lagi handsome”kata Syamil sambil berpura-pura fokus
memandang ke arah bow di tangan Adam.Handsome sangat dengan topi dan seluar
track colour hitam serta kasut nike hitam.Hatinya berkata.Tak handsome
langsung.Otak nya bertingkah pula.
“Ye lah,dah sini aku nak tunjuk
macam mana nak memanah”
Syamil bergerak lambat-lambat dan
mengambil satu bow lalu melihat Adam melakukannya.Dengan laju Adam
melepaskannya.Fuhh,tepat gila.
Syamil mengangkat bow itu dan
cuba meletakkan arrow itu tetapi tidak boleh malah jatuh lagi.Adam yang
memerhati itu lalu datang mendekat dan berdiri di belakang Syamil.Dia meletakkan
tangannya di atas tangan kiri Syamil dan tangan kirinya pada tangan kiri
Syamil.
“Ok,pegang macam ni.Straightkan
badan kau”kata Adam melepaskan tangan kanannya dan meletakkan di belakang
pinggang Syamil untuk menegakkan badannya.
Syamil berasa terkejut dan mula
berasa tidak selesa.Dia bagai dapat berasa yang tangan dia bergesel dengan
tangan Adam dan dia dapat berasakan muka Adam rapat dengan mukanya.Dia dapat
berasakan hembusan nafas panas Adam di pipinya.Kalau tersilap langkah Adam akan
tercium dia.
“Ok.Tarik sampai muka dan
lepaskan”dengan laju Syamil melepaskannya.Syamil hanya terkedu apabila Adam
masih memegang sebelah tangannya.Dia dapat rasakan kehangatan tangan itu sama
seperti 5 tahun lepas.Cuma yang menganggunya adalah setiap kali Adam
mendekatinya pasti dia akan teringat peristiwa malam itu.Dia merentap tangannya
dari pegangan Adam.Adam tersentak dengan tindakan spontan itu.
“Amil,kau kenapa pula ni?”
“Siapa suruh kau pegang
aku?”tanya Syamil sambil merenung tajam ke arah Adam.
“Kan aku nak ajar kau”
Syamil hanya mendiamkan diri dan
mengambil arrow lain untuk mencuba lagi.Adam hanya mengeluh melihat telatah
Syamil yang sekejap dingin sekejap ok.
*******************
Zaman Sekarang
Zaman Sekarang
Syamil melangkah perlahan ke
dalam biliknya setelah habis kelasnya jam 4 ptg tadi.Dia melangkah dengan
perlahan dan perasaan lesu dalam dirinya masih belum hilang lagi. Sedang dia
berbaring sambil menutup mata untuk berehat kan diri sementara tunggu untuk
solat asar tiba-tiba dia terdengar ketukan di pintu biliknya.
Siapa pula yang datang
petang-petang macam ni?Da la tengah mengantuk ni.Dia pun bangun dengan malasnya
untuk pergi ke pintunya untuk melihat siapa yang datang.Mungkin rakan
sekelasnya.
Dia pun membuka pintu dan
terkejut yang amat melihat Adam terjengul di hadapan pintu biliknya.Adam juga
kelihatan tersentak dan terkejut kerana tidak menyangka bahawa Syamil yang
tinggal di hadapan biliknya.
“Ap..Apa kau buat kat sini?”tanya
Syamil tersekat-sekat
“Ak..aku baru pindah kat
sini”kata Adam.
“Pindah??”dengan kuat Syamil
bertanya.
Ya Allah,bala apakah ini?Aku dah
berusaha untuk jauhkan diri,kurangkan jumpa.Dia mengomel dalam hati sambil
mengusap mukanya bagaikan tidak percaya.
“Macam mana kau boleh tiba-tiba
pindah kolej?”
“Sebab kolej yang aku duduk itu
sekarang dah tutup so aku kena cari kolej lain”
“Haa?”ternganga mulut Syamil
bagaikan tidak percaya.
“Tapi aku rasa macam seronok pula
dapat bilik dekat-dekat dengan kau ni,hehe”kata Adam sambil tersengih-sengih
dan ingin melangkah masuk ke dalam biliknya.
“Ehh,kau nak buat apa ni?”Syamil
kaget melihat Adam ingin masuk ke dalam biliknya dan cuba menghalang dari
masuk.
“Eshh,kedekut la kau ni.Dah
sana-sana”kata Adam sambil selamba menolak tangan Syamil dan melangkah masuk.
“Wah,bersih bilik kau”kata Adam
sambil meneliti bilik itu dan matanya terhenti pada board di meja belajar
Syamil.Ada gambar mereka time sekolah,time Syamil memakai spek besar.Dia
terkedu melihat gambar itu.
Syamil terus mengambil gambar itu
dan menyorokkannya di belakang badannya.
“Apa kau nak?”
“Er,aku nak pinjam penyapu dengan
sabun baju”kata Adam menyatakan tujuan sebenarnya.
“Nah,dan keluar sekarang”kata
Syamil sambil menghalau Adam keluar.
Syamil lantas menutup pintu dan
mengeluh dengan berat lagi.Dugaan apa lagi ni?Apa yang sebenarnya berlaku?Dia
dah cukup yakin bahawa selepas 5 yang lalu yang dia tidak akan jumpa Adam lagi.
Bagaimana kalau Adam kembali
mencuri hatinya seperti dahulu?Adakah dia akan tewas?Atau kali ini dia lebih rela?
Keesokan paginya,sewaktu Syamil
baru ingin memakai pakaiannya dan lupa untuk mengunci pintu dengan kuatnya Adam
membuka pintu.
Syamil yang baru ingin memakai
seluar terkejut dan menarik tualanya yang hampir terlucut.
“Adam,ketuk dulu boleh tak?Kau
ingat ni bilik stor ke nak masuk sesuka hati?”sambil memegang towel dan menutup
badannya dengan sebelah lagi tangannya.
“Haha?bilik stor?Kau tak nak
sarapan ke?”
“Tak nak,aku ada kelas dan
berambus dari bilik aku”halau Syamil.
“Cis,berlagak tak nak breakfast
dengan aku”
“Oh,lagi satu aku dah tengok lebih
dari itu.Disebalik tuala tu pun aku dah pernah tengok.Hahhaa”Muka Syamil
berubah merah dan dengan pantas dia mengambil botol air di atas katil dan
membaling ke arah Adam.
Adam hanya ketawa dengan kuat dan
menyambut botol yang dibaling oleh Syamil.Syamil hanya merengus marah dan
menghempas pintu lantas menguncinya dengan pantas.
******************
Zaman Sekarang
Zaman Sekarang
Selepas habis kelas pada jam 11
pagi,Syamil bergerak ke arked di kolejnya untuk membeli makanan dan sedang dia
memilih makanan tiba-tiba dia di sapa oleh seseorang.
“Syamil Hazri”
Syamil lantas memandang dan
betapa terkejutnya apabila dia melihat orang yang tak disangka berada di
hadapannya.Orang yang paling dia benci.Hampir sahaja makanannya jatuh ke
lantai.Syamil terdiam tanpa sebarang kata dan orang itu masih merenung
dia.Merenung dengan pandangan yang sayu dan lirih.
“Syamil, ni ak..aku”
“Ken..kenapa kau ada kat sini?”
bersambung.........
kan betul tekaan aku.. adam jadi coach syamil. huhu..
ReplyDeletejumpa siapa pulak lagi tu? akmal ke? sbb budak tu mcm nak mintak maaf je. O.o"
hehe... comel jerk...
ReplyDeletept mna comel?haha
Deletewatak syamil... comel...
Delete