Thursday, 26 June 2014

Pencuri Cinta

Story 14

5 tahun yang lalu

Syamil tidak dapat menumpu kan perhatian sepenuhnya pada kelas hari ni.Apa yang cikgunya ajar tidak langsung singgah di otaknya.Semuanya terkeluar.Dia mengeluh dan terus mengeluh.Dalam kepalanya asyik terfikir kan Adam sahaja.Tiba-tiba dia terfikir adakah Adam sudah letak ubat guna-guna dalam makanan atau air dia?Apa yang jadi pada aku ni?Dia mengeluh lagi.Tak akan lah Adam bangang sangat.

Sedang dia menarik beg keluar dari laci meja tiba-tiba 1 card jatuh.Dia melihat penulisnya,Adam?Apa lagi yang dia nak.Kad tu bertulis:

“Aku masih tunggu jawapan kau tentang ajakan aku tu.Malam ni”

Ada sebab kenapa dia tak nak ikut.Bukan hanya sebab hari tu.Dia jadi takut,jika bertambah rapat nanti dia yang tidak bersedia untuk lepaskan, dia takut jadi makin sayang.Dia takut,dia sangat takut dia tinggalkan.Dia tak bersedia.

Syamil memasukkan kad dalam beg.Hisham yang melihat Syamil seperti hilang semangat menyapa dan menegur Syamil.

“Kau ok Syamil?”tanya Hisham

“Err..aku ok je”jawab Syamil pendek.Dia bergerak keluar dari kelas.

Itu sifat Syamil yang pada Hisham sangat merisaukan.Dia tidak suka bercerita masalahnya baik sakit,problem,atau belajar.Semua dia pendam.Dia lebih suka mendiamkan diri.Dia lebih suka berahsia.Syamil seorang yang sangat-sangat perahsia.Baik perihal family,kawan-kawan dan lain-lain semua dia simpan kemas.

Prinsip hidup Syamil.Diam bukan bermakna kita kalah kita cuma berusaha untuk mengelakkan pergaduhan.Lagipun bagi Syamil “Never argue with idiot people”.

“Syamil tunggu aku”

Selepas solat asar dia berteleku atas sejadah sambil berdoa pada Allah.

“Ya Allah ampunkan dosa ibu bapaku.Dosa aku sendiri,adik beradikku ,kawan-kawan dan guru-guruku dulu,kini dan akan datang.Ya Allah,berikanlah keberkatan kepada mereka.Berikanlah kemudahan dan kebaikan pada mereka.Berikan lah rahmat dan keberkatan kepada orang yang aku sayang tapi tidak boleh aku miliki sampai bila-bila iaitu Adam.Lindungilah dia.Ampunkan dosaku kerana mencintai seorang lelaki.Tolong hapuskan perasaan cinta dia pada aku jika ada.Amin”hampir menitis air mata Syamil membacakan doa.Perasaan sebak dan pilu menyerang dalam hatinya.
Dia meneruskan lagi dengan membaca Al-quran agar hatinya tenang.Ketenangan yang perlu dicari bukan di bina.Namun di mana nila ketenangan itu jika hati sendiri berbolak balik.Perlukah dia mengikut kata hati sedangkan bila nafsu sudah mula menguasai diri tiada guna lagi?Dia buntu.Dia keliru.Apa yang patut dia buat?

Selepas prep malam,Adam masih gelisah menanti jawapan dari Syamil.Dia rasa sudah tidak boleh bertenang lagi.Kenapa dia rasa macam ni?Kenapa dia nak sangat Syamil ikut?Entah.Yang pasti dia tidak sanggup berjauhan dengan Syamil.Sedang dia berfikir-fikir tiba-tiba pinu biliknya di ketuk.Dia pun dengan pantas ingin membuka pintu.Sebaik sahaja di buka Adam mengeluh kekecewaan.

“Wehh,macam mana Dam?Jadi tak kau ikut?Syamil jadi?”tanya Akmal dengan penuh semangat.

“Ermm,nanti aku bagi…”belum sempat Adam menjawab Syamil muncul di hadapan pintu bilik Adam.

“Adam aku nak cakap sikit dengan kau.Berdua sahaja”Syamil menekan ayat berdua sambil mengerling ke arah Akmal tajam.

“Ok.Ok.Biasalah couple nak manja-manja kan”kata Akmal sinis.

“Akmal…”Syamil sudah mula mengerutkan dahi.

“Bye sayang….”kata Akmal sambil menyentuh pipi Syamil.Syamil menepis laju tangan Akmal.Akmal berlalu dengan tawa yang sungguh menyakitkan hati.

Adam menarik tangan Syamil dan mengunci pintunya dari dalam.

“Macam mana Amil?”

“Kalau aku cakap tak nak?”tanya Syamil sambil merenung Adam.Adam memandang Syamil tajam lalu dengan segera menolak Syamil ke atas katil dan menindihnya.Adam mengunci pergelangan tangan Syamil dan kakinya.

“Betul kau tak nak pergi?Betul?”kata Adam.Syamil diam.Diam tanpa kata.

Adam mula mencium pipi Syamil.Syamil mula meronta-ronta minta di lepaskan.Tidak cukup pipi kanan pipi kiri menjadi mangsa.Tidak cukup itu dahi,leher Syamil menjadi mangsa.

“Kau nak pergi tak?Aku boleh buat benda ni sepanjang malam”kata Adam sambil mencium pipi Syamil lagi.

“Tak nak..”Syamil masih berkeras.Adam memikirkan jalan terakhir.Dia menarik nafas kerana dia tidak pernah bercium mulut ke mulut.Dia mula merapatkan bibirnya pada bibit Syamil.Syamil memalingkan muka.

“Ok..ok.Aku ikut.Puas hati kau?”Syamil akhirnya bersetuju.Itu salah satu perangai Adam yang dia tidak suka iaitu suka memaksa orang.Akan guna apa cara sekalipun untuk pastikan hasratnya tercapai.Dia paling menyampah perangai memaksa.

*****************
Zaman Sekarang

Suasana tempat itu yang gelap dan sunyi membuatkan hati En.Syazwan berdebar-debar.Dia terus berjalan dan berjalan dengan perlahan.Tiba – tiba dia terdengar suara memanggil namanya.Dia mencari-cari di mana datangnya suara itu.

“Ayah…ayah”

En.Syazwan lantas berpusing dan melihat anak lelakinya Syamil dengan keadaan yang kusut,kotor dan wajahnya yang jelas sedih,sayu dengan mata yang berair.

“Ayah,amil minta maaf.Ayah…maafkan amil”kata Syamil sambil melutut di atas tanah.

“Ayah..maafkan Amil”bersama dengan air mata yang berjuraian.

Basah pelupuk mata En Syazwan melihat air matanya.Anak kesayangan dia dalam keadaan sebegitu rupa betul-betul meruntunkan jiwanya.Hati seorang ayah yang terluka tapi dia tidak pernah bencikan anaknya.Hiba sungguh dia melihat keadaan anaknya.Dia cuba menggapai tangan anaknya namun dia seperti menggapai angin.Apa yang berlaku?

“Amill..aya…ayah”    
      
“Amil tak bersalah ayah,tolong amil ayah,amil sakit sangat ni”

Berjurai air mata En Syazwan melihat anaknya merintih dan merayu.Tapi hatinya keras tidak mahu menerima hakikat itu.

“Ayah…amil rindu sangat dekat ayah.Rindu sangat.Sangat”bersama tangisan yang masih membasahi wajahnya.

Tiba-tiba Syamil berdiri di hadapan ayahnya.

“Amil sentiasa sayangkan ayah.Amil sentiasa sayangkan ayah.Amil sayangkan ayah sampai bila-bila walaupun berkali-kali ayah benci Amil.Amil cuma sayangkan Ayah”kata Syamil perlahan sambil menunduk dan mencium dahi Ayahnya lama.Lama seperti pergi tidak akan kembali lagi.Ke mana anaknya ingin pergi?

“Syamil..Amil..Amil..”

Rindu seorang ayah pada anaknya.Namun kenapa hatinya terlampau keras untuk maafkan anak sendiri?Besar sangat kah  kesalahan anaknya sehingga bertahun-tahun tidak bercakap?Bertemu mata apa tah lagi.Orang tidak tahu apa yang berlaku.Hati tuanya terluka gara-gara anak kesayangan sendiri membuat onar.Dia sakit.Sakit yang amat.Dia menangis sendiri.

****************
Zaman Sekarang

Akmal yang sedang duduk di hadapan laptopnya terpinga-pinga apabila Farhana masuk ke dalam biliknya sambil merungut-rungut.

“Apehal ni ana?”

“Laptop ana rosak,mal tengokkan jap boleh?Da la berlambak assignment nak submit ni”

“Jap ea,Ana guna lah dulu laptop Mal..ada save kerja dalam pendrive?”

“Ada juga sikit-sikit”kata Farhana masuk semula ke biliknya dan mengambil pendrive dan kembali.

“Mal pergi tengok jap”kata Akmal sambil tersenyum sinis.Tak sangka rancangannya berjaya dengan mudah.

Farhana memasukkan pendrivenya dan mula mencari kerjanya satu persatu dan menghantar emel yang perlu dahulu.Selepas siap menghantar emel,dia melihat kalau-kalau ada perkara yang menarik di desktop Akmal.
Tiba-tiba dia terperasan 1 folder bernama “S & A lovely moment”.Apa tu?Tangannya gatal je nak buka tapi bagi dia itu tidak menghormati privasi orang lain.Tapi mesti gambar akmal dengan girlfriend dia.

Dia pun menekan folder itu.Terkejut.Tergamam.Tidak sangka.Itulah perasaan dia sekarang.Gambar-gambar Syamil.

Gambar Syamil mencium seorang lelaki.Gambar Syamil tersenyum memandang lelaki itu.Gambar lelaki itu mencium dahi Syamil seperti  pasangan kekasih.

“Ana,apa yang ana buat?”tanya Akmal di belakang dengan riak muka yang marah.

“Kenapa Ana sesuka hati nak buka folder latop mal?Ada minta kebenaran?”jerkah Akmal.

“Sorr..sorry Mal.Ana tak sengaja”Farhana tergagap berkata dan berlari keluar.Suaranya berubah menjadi pilu.Sebab tu ke Syamil tolak dia?

Akmal hanya tersenyum.Misi 1 dah berlangsung dengan mudah.Mula-mula kena racun fikiran Farhana supaya dia tidak percaya pada Syamil kena tonjolkan betapa jijiknya Syamil.Dia kena tunjukkan bahawa Syamil adalah tak guna.Syamil tidak ada maruah.

Misi 2?Tunggu dan lihat macam mana dia akan buat Syamil dan Adam merangkak mencari dia.Kalau boleh dia nak Syamil sujud merayu pada dia.

********************
Zaman Sekarang

Adam yang geram dengan cabaran Syamil pantas menarik memaut pinggang Syamil merapatinya.Syamil sudah mula menggelabah.Makin dekat-dekat.Omg public.Public.

Adam sudah mengetatkan pelukannya.Dia mula merapatkan mukanya ke wajah Syamil.Adam memang suka mengusik Syamil kerana baginya apabila Syamil kelam kabut dia nampak sangat cute.Syamil sudah mula gelabah tanpa berfikir panjang Syamil mengangkat kakinya dan menendang di kelangkang Adam.Adam yang terkejut dan kesakitan itu melepaskan Syamil.

“Aduhh,Syamil kau…”kata Adam sambil tertunduk-tunduk.

Syamil yang terkejut dengan tindakan dia sendiri mula rasa serba salah.

“Adam,sakit sangat ke?”tanya Syamil risau.

“Tak adalah,sedap la sayang..sakit lah bangang!”marah Adam sedikit.

Syamil yang terkejut mendengar hamburan Adam hanya tersengih saja.Dia hanya mampu memandang Syamil yang ingin berlalu pergi.Dia cuba mengejar Syamil.Syamil sempat lagi tergelak melihat keadaan Adam.

Selepas melihat kesusahan Adam untuk bangun dia membantu Adam.Adam hanya tersengih.Rupa-rupanya Adam datang dengan kawan dia.Selepas mereka membeli makanan,Adam ingin menumpang pada mulanya Syamil berkeras untuk tidak bagi lama-lama dia malas nak melayan.

“Amil jom la makan sekali dengan aku,bosan la makan sorang-sorang”

Syamil sudah mengeluh.Tak apa lah,dia pun bosan makan sorang-sorang.Selepas makan mereka berdua hanya mendiamkan diri.Sunyi tanpa kata.Syamil mula bangkit untuk pulang tapi Adam menarik tangannya.

“Aku nak satu lagu untuk kau.Mesti kau ingat lagu ni”Syamil yang baru bangun duduk semula.Adam mengeluarkan gitarnya di tepi meja.

“Sukarnya 'tuk ku melupakan
Sinar matamu yang menawan
Terbayang-bayang tiap masa
Senyuman mu menggoda”

“Kehangatan terasa di jiwa
Tika kau lafaz kata cinta
Nafas terhenti seketika
Seakan sukar ku percaya
Ooh.oh.”

Syamil tergamam.Dia ingat lagu ini.Lagu malam itu.Lagu malam tu.Tajuk dia ku juga mencintaimu.

“Ku juga mencintai dirimu
Mengapa sukar ku luahkan
Bukan sengaja ku menahan
Bibir membeku lidah terkelu”

“Ku juga mencintai dirimu
Kau amat sempurna buatku
Bukan saja aku biarkan
Kan ku ucap jua padamu”

Betul ke Adam?Betul ke selama ni kau pun ada perasaan pada aku.Betul ke Adam?tanya Syamil dalam hati.Kenapa buat aku macam ni?Aku selalu cintakan kau walaupun aku tak boleh miliki kau sampai bila-bila.Adam,aku cintakan kau.Kau dah curi hati aku,kau da curi cinta aku.Kau curi perhatian aku.

Untukmu kekasihku
Cuma satu yang belum terluah
Kalimah cinta kau nantikan
Bila masa dan ketika
Tidak dapat ku menjawabnya
Ohhh..

Ku juga mencintai dirimu
Mengapa sukar ku luahkan
Bukan sengaja ku menahan
Bibir membeku lidah terkelu

Ku juga mencintai dirimu
Kau amat sempurna buatku
Bukan saja aku biarkan
Kan ku ucap jua padamu

Semalaman ku menunggu panggilanmu
Pabila terdengar suaramu
Ku terlupa segalanya

“Aku tak tahu Syamil.Aku tak tahu sama ada aku cintakan atau apa.Tapi yang pasti aku tak boleh berjauhan dengan kau.Aku rasa sakit”kata Adam dengan penuh sebak.

Syamil mengesat matanya yang berair.Mata berhenti menangis.Syamil mengesat air matanya cepat.Adam mendekati Syamil.Memeluk Syamil rapat.Perlahan mencium dahi Syamil.Syamil memejamkan mata.

Syamil mendongak dan merapatkan bibirnya pada bibir Adam.Air matanya mengalir laju.Adam membalas ciuman Syamil dengan penuh syahdu.

“Aku cintakan kau Adam”perlahan Syamil berkata.Adam membaringkan Syamil di atas katil.Syamil terdiam.Adakah akhirnya dia akan memilih nafsu?Adakah dia memilih cinta?Wujudkah cinta tanpa nafsu?Ataupun cinta sahaja tidak cukup?Tak dia tak nak pilih nafsu kerana nafsu hanya mampu membawa kemusnahan jika tidak dikawal.


Bersambung……………

p/s:Enjoy this part k?Any komen boleh tulis and any suggestion i will consider it ^_^

No comments:

Post a Comment