Story 5
Zaman Sekarang
Zaman Sekarang
Sejak peristiwa dipeluk oleh
Adam di parking lot membuatkan Syamil cukup berhati-hati dan cuba untuk
mengelak dari berjumpa dengan Adam kerana dia tidak mahu bertemu lagi Adam.Dia
sudah lama bersusah payah untuk membuang Adam dari kehidupannya dan sekarang senang-senang
Adam ingin menerjah masuk dalam kehidupannya.
Selepas mandi
dan sarapan pagi Syamil terus bergerak ke perpustakaan untuk mencari buku dan
mungkin belajar sekejap di perpustakaan.Dia perlukan bahan untuk menyiapkan
assignmentnya dan mencari rujukan untuk peperiksaan finalnya lagi 2 minggu.
Dia segera ke
tempat bahan rujukan untuk perakaunan dan membelek setiap buku-buku yang
berkaitan.Sedang dia mencapai buku tersebut tiba-tiba ada orang di sebelah
hadapannya juga mencapai buku yang sama dan mereka sama-sama menolak buku itu
ke tepi dan Syamil cukup terkejut melihat orang itu.
“Damn it “Maki
Syamil dalam hati.
“Hei,Syamil
la.Buat apa kat sini?”tanya Adam dengan ceria sekali.
“Huhh?Buat
apa?Aku tengah memasak”kata Syamil sambil mendatar.
“Memasak?Haha.kau
ni lawak la Amil”kata Adam sambil ketawa.
“Err,buku ni
aku yang pegang dulu”kata Syamil sambil menarik buku itu ke arahnya.
“Eh,mana
ada.Aku dulu la yang pegang”kata Adam pula.
“Aku la.Baik
kau lepas”Syamil masih tidak mengalah.
“Arghh,tak
ada- tak ada aku dulu”Adam masih berdegil
Tidak disangka buku-buku yang berada di tepi-tepi rak itu jatuh merundum di kaki Syamil.Syamil yang terkejut terus melepaskan buku yang dipegangnya dan Adam yang masih tidak bersedia terlanggar meja.
Serentak itu
terdengar bunyi derap langkah seseorang ke rak-rak buku itu.Oh shit,pegawai
perpustakaan pula.Sambil merenung tajam ke arah Syamil dan mengeleng-gelengkan
kepala.
“Apa awak
berdua buat ni?Tak malu ke mahasiswa bergaduh – gaduh dekat library?Dah la
jatuhkan buku”marah pegawai perpustakaan itu.
“Sekarang saya
nak awak susun balik buku-buku yang awak berdua jatuhkan.Faham?Jangan jadi
macam budak-budak la”kata pegawai sambil berlalu pergi.
Dengan muka
yang masam Syamil menyusun buku dengan pantas kerana masih tidak berpuas hati
dengan Adam.Yang menambahkan sakit hatinya apabila Adam tersengih-sengih kerana
berjaya dapat buku itu.
Selepas
menyusun semua buku-buku yang jatuh Syamil bergegas keluar dari library.Apabila
nampak Syamil keluar dari library dengan pantas Adam mengejarnya untuk bersaing
keluar kerana Syamil berjalan dengan laju sekali.
“Amil tunggu
la dahulu.Asal jalan laju sangat ni macam masuk olimpik je”kata Adam sambil
berjalan dengan Syamil.
“Eishh,apa
lagi kau nak.Jangan ikut aku boleh tak?”marah Syamil.
“Jom la pergi makan
ke minum”
“Tak nak la
Adam.Kau ni tak faham Bahasa melayu ke?”
“Teman aku
makan sebagai kawan salah ke?”
“Kawan?”dengan
sinis Syamil berkata dan berhenti berjalan.
“Ya
lah,sebagai kawan.Kau bayangkan lah dah berapa tahun tak jumpa tak akan la kau
tak nak langsung makan luangkan masa sikit dengan aku”kata Adam sambil
mengeluh.
“Kau tahu tak
sejak aku jumpa kau balik,hidup aku banyak berterabur malang sana sini.For
once,boleh tak kau berambus dan blah dari hidup aku?Kau tahu tak meluat aku
tengok muka kau”kata Syamil dengan tegas.
“Syamil,kenapa
kau jadi macam ni?Aku hanya minta kau teman makan saja bukannya aku ajak kau
pergi tempat bukan-bukan”
“Boleh tak kau
jangan nak mengarut?”
“Syamil,aku
hanya ajak makan saja”
“Adam,boleh
tak jangan muncul dalam hidup aku.Untuk kali terakhir aku tak berminat.Assalamualaikum”
“Tapi kitakan
masih kawan,kau dahulu pernah cakap dan janji”
“Huhh?Janji?kau
sendiri yang dah mungkir janji.Kau lupa dulu aku pernah cakap yang perkataan
kawan antara kita tak pernah wujud”kata Syamil sambil berlalu tanpa menunggu
balasan dari Adam.
Adam
hanya mengeluh dan melihat sahaja kelibat Syamil yang berlalu.Kenapalah Syamil
marah sangat dengan dia.Tak akan disebabkan peristiawa itu yang masih dia
marah?Dia pun berjalan ke keretanya perlahan-lahan.
Ada
suatu benda yang dia belum sempat beritahu Syamil sebelum dia pindah sekolah.Dia
nak sangat cakap tapi dia tidak mempunyai keberanian yang tinggi.Dia amat takut
akibat jika dia mengucapkan perkara itu ia bakal mengubah hidupnya dan Syamil.
Dia
membuka walletnya dan mengeluarkan gambar Syamil yang membuat aksi muka lucu
sambil menjulingkan mata.Dia tergelak seorang diri apabila teringat peristiwa
itu.Syamil,syamil.
**************
5 tahun lalu
Perlahan Adam
meletakkan Syamil di atas katilnya kerana tidak mahu menyedarkan Syamil yang
masih berdarah dan luka.Dia pantas membuka locker dan mengeluarkan kotak
ubatannya dan mencari kapas serta ubat untuk membersihkan luka di dahi Syamil.
Adam
membersihkan luka di dahi Syamil dan melegakan nafas kerana luka itu tidak
dalam seperti yang disangka.Dengan pantas dia menaruh ubat dan melekatkan
plaster pada dahi itu. Dia memerhatikan Syamil yang masih memakai baju melayu
yang sudah kotor terkena kesan lantai di makmal tadi.
Adam mengambil
keputusan untuk menukarkan pakaian Syamil tetapi dia memikirkan pula tak nampak
macam pelik ke lelaki tukarkan pakaian lelaki? Geli pula nak tukar baju budak
ni tapi baju dia nampak kotor. Setelah berfikir sekejap dia mengambil keputusan
untuk menukar sahaja baju Syamil.
Dia pantas
mendapatkan bajunya yang berada dalam locker dan membuka baju Syamil dengan
berhati-hati.Dia terpegun melihat badan Syamil yang putih dan mula
berdebar-debar lalu terus mengusap tubuh Syamil itu.
Gila,asal aku
nak berdebar pula?dia bukannya lain jantina dengan aku.Lelaki jugak.Apa aku
buat ni?Kenapa aku teruja pegang badan dia.Kenapa aku rasa lain macam pula
ni.Ya Allah,apa masalah aku ni.Dia berdiri sekejap untuk ambil nafas. Sambil
menutup mata dan dada semakin kencang degupan jantung dia menyarung tshirt nya
pada Syamil.Fuh,lega da pakaikan sambil mengusap dadanya perlahan.Dia pantas
bangun dan ingin tidur kerana jam sudah menunjukkan jam 12 malam.Dia lantas
mencapai bantal dan meletakkan bantal itu ditepi katil dan terus berbaring
untuk tidur kerana esok masih sekolah.
Syamil terjaga
dari tidurnya pada jam 5.45 pagi dan terperasan ada tangan melingkar pada
pinggangnya.Dia punyalah berdebar seperti mahu tercabut jantungnya.Ya Allah,ada
jin peluk aku.Ya Allah selamatkan lah aku.Ya Allah janganlah dia nak rasuk aku.
Dia pun terus
memejamkan mata sambil mulutnya terkumat kamit membaca ayat-ayat al-quran dan
ayat kursi agar jin yang mengacau tidurnya itu segara berlalu dan
terbakar.Apabila dia membuka mata dan terkejut jin tersebut masih memeluk
pinggangnya.Ya Allah kuatnya jin ni.Dia rasa macam nak menangis kerana mula
memikirkan dirinya akan dirasuk lalu menjadi sasau dan akhirnya tinggal di
hospital bahagia.
Dia mula
bergerak dan mengangkat tangan “jin” tersebut lalu turun dari katil.Dia
ternampak bantal di lantai dan mengambil bantal lalu mengangkat bantal tersebut
sambil membaca bismillah dan ayat kursi.
“Bismillah,mati
lah kau wahai makhluk terkutuk!”kata Syamil sambil serentak itu menghempuk jin
tersebut dengan bantal.
“Aduh,apa kau
buat ni Syamil”kata jin itu.
“Huhh,jin ni
tahu nama aku la.Ya Allah takutnya aku.Tak boleh jadi ni”kata Syamil sambil
mengambil penyapu untuk menghempuk jin itu buat kali kedua sambil mulut
terkumat kamit membaca ayat kursi.
Baru sahaja
dia ingin mengangkat penyapu.Tiba-tiba jin itu menjerit.
“hoi,ni aku la
Adam bangang”kata Adam sedikit bengang.
“Huhh?Adam.Apa
kau buat kat bilik aku?Dan kenapa bilik aku ada satu katil sahaja?”kata Syamil
keliru.
“Kau
lupa ke semalam kau kena pukul dengan Akmal?”
*********************
Zaman Sekarang
Lagi 3 hari dia
peperiksaan finalnya akan habis.Syukur sangat kerana dia berasa sudah tidak
sabar untuk bercuti dan berehat selama 1 bulan dari buku.Sungguh tidak sabarnya
rasanya untuk habis peperiksaan akhirnya.
Sepanjang
minggu peperiksaan dia sehabis boleh elakkan diri dari terjumpa dengan
Adam.Walaupun dia berasa sedikit serba salah dengan apa yang berlaku namun dia
mengeraskan hati untuk tidak mengalah dengan Adam.
Dia mengambil
keputusan untuk belajar di bilik sahaja walaupun classmatesnya ada mengajak
untuk pergi ke perpustakaan untuk belajar bersama-sama.Sekarang sudah pukul
11.15 pagi hampir 3 jam lebih dia menelaah bukunya itu dan dia berhenti untuk
berehat seketika dan selepas zohor meneruskan lagi dengan melihat soalan-soalan
past years.
Sedang dia
asyik berbaring tiba-tiba dia teringat untuk menelefon adiknya yang bongsu yang
berumur 10 tahun.Dia mencapai telefon dan mendial nombor rumahnya.
“Hello.Assalamulalaikum
nak cakap dengan siapa?”kedengaran suara comel seorang budak lelaki menjawab
panggilan.
“Hello.Walaikumussalam.Adik,angah
ini”beritahu Syamil.
“Angah?Oh,angah
sihat tak?dah lama angah tak datang jumpa adik.Angah memang tak sayang adik dah”beritahu
budak itu sambil merajuk.
“Mana ada lah
adik.Angah sibuk,minggu ini angah exam”
“Ya lah itu”
“Adik,ayah ada
ke dekat rumah?Along?Fatin dengan Tiha?”tanya Syamil.
“Ayah pergi
rumah kawan.Along tiada.Fatin dengan Tiha kan sekolah asrama angah ini”marah
adiknya itu.Syamil hanya ketawa kecil kerana dia benar-benar terlupa bahawa
kedua-dua adik perempuannya itu bersekolah asrama.
“Dah
lama..”tidak sempat adiknya menghabiskan ayat.Tiba-tiba dia terdengar suara
seorang lelaki bertanya”Adik bercakap dengan siapa itu dekat telefon?”
“Adik lain
kali lah angah telefon semula”kata Syamil sambil mematikan telefon dan
meletakkan di sebelah bantalnya.Suara yang amat dia rindui,dia sayang dan dia
sayang sampai bila-bila.Tetapi lelaki itu telah membuang dia dari hidupnya lama
dahulu.Dia yakin yang ayahnya itu tidak akan memaafkannya sampai bila-bila.
Tapi sudah
penat dia menjelaskan duduk perkara peristiwa hitam itu tapi ayahnya hanya
mengambil keputusan menghukumnya dan malah lebih teruk dia dibuang dari
keluarga.Dibuang dari keluarga?atau dia yang mengambil keputusan untuk membuang diri sendiri.Apabila dia teringat kembali apa yang berlaku perasaan sebak.hiba dan
marah bagaikan bercampur aduk dalam dadanya.
“Sampai hati
ayah.Sampai hati ayah.Sampai hati ayah tak percayakan Amil”bisik Syamil
perlahan sambil menangis teresak-esak.
“Sampai hati Adam,kau buat aku macam itu.Aku percayakan kau”sambil menangis Syamil berkata.
bersambung...
jalan citer makin menarik..nice. x sabar nak tunggu sambungan dia.
ReplyDelete