Story 4
5 tahun lalu
“Aku ada idea!”jerit Akmal dengan
kuat.Ketiga-tiga sahabat baiknya itu memandang ke arah Akmal menanti idea yang
bakal keluar dari mulutnya.
“Apa dia Akmal?”tanya Adam tidak
sabar.
dengan serius berbisik
dengan Adam.Terbeliak mata Adam sambil menolak kepala Akmal dengan muka yang
bengang.
“Gila.Apa kau ingat mamat nerd tu
bangang ke?idea tak boleh pakai betulah.Kau ni aku cakap bodoh kau terasa”marah
Adam yang bagaikan tidak percaya dengan idea yang dirasanya paling bebal pernah
dia dengar sepanjang dia hidup.
“Alah,Dam aku bukannya suruh kau
baik betul-betul main-main saja.KIranya macam jadi hero la”Akmal mengemukakan
teorinya.Kawan-kawannya yang lain mula mengangguk tanda dia sudah mendapat
persetujuan hanya tinggal Adam sahaja.Dalam diam dia mula menyusun agenda
sendiri untuk mendapatkan apa yang dia hajati.
“Aku risau lah,benda-benda yang
tak masuk akal ni susah lah wei”Adam
masih membantah kerana dia masih rasa idea itu sangat tidak masuk akal.
“Asal pula?Bukannya kau baik
betul-betul pun.Dam,ini lah peluang yang kita nak balas perbuatannya itu.kau
dah lupa macam mana dia buat hidup kau rosak 2 bulan lepas?”
“Betul tu Adam.Apa yang cuba kita
nak buat dengan apa yang kau nak balas ni kira sikit tahu.Patutnya kau support
la member sikit nak tolong kau”hasut kawan-kawannya yang lain.
Mendengar Akmal mengungkit kisah
itu terus hatinya menjadi panas dan terbakar.Nafsu dendamnya mula membuak untuk
membalas segala perbuatan Syamil itu.Syamil memang patut mendapat balasan yang
setimpal.
Adam ingin bersetuju tapi dia
keberatan.“Ok,aku setuju”kata Adam dengan suara lemah.
Akmal tersenyum kerana jeratnya
sudah mengena.Lama sudah dia menanti peluang ini.Kali ini bukan setakat retak
tapi dia akan menghancurkan terus.
“Ok,ini plan dia”beritahu
Akmal.Kawan-kawannya yang lain hanya mengangguk dan bercakap sedikit sambil
memberi sedikit cadangan untuk menyedapkan lagi plan mereka dan kadang kala
mereka ketawa kerana tidak sabar untuk melaksanakan rancangan mereka itu.
Adam melangkah masuk ke kelas
Syamil dari pintu belakang dan kebetulan kelas sudah kosong kerana jam sudah
menunjukkan waktu pukul 5.30 petang menandakan semua pelajar sudah mula balik
dari blok akademik.
“Hai,Syamil.Assalamualaikum”panggil
Adam sambil duduk di atas meja berhadaoan dengan meja kelas Syamil.
Terkejut dengan sapaan itu Syamil
mengangkat muka dan tersentak apabila Adam menegurnya.Kebiasaannya teguran Adam
berserta makian yang percuma dan kata kata kesat.Cuma hari ini dengan lembut
dan bersahaja tanpa gesaan marah.
“Waalaikumussalam”jawab Syamil
sambil teragak-agak.
“Kau tengah buat apa?Study
ke?”tanya Adam.
Buta ke apa? Tak nampak aku
tengah kemas buku .Maki Syamil dalam hati saja la.“Tak,just kemas-kemas tempat
aku belajar”.
Suasana menjadi sunyi kerana
masing-masing tidak tahu topik apa yang sesuai untuk mereka bincang atau
sebenarnya mereka tidak pernah berbincang atau berborak.
“Kau nak makan dengan aku tak?”
Gila betul.Fikiran Syamil sudah
mula berserabut dan keliru.Dia salah dengar ke?
“Ok.sekarang pelik.Adam apa
sebenarnya kau nak ini?”terus Syamil berterus terang tanpa berselindung
“Aku saja ajak kau makan”
“Tapi kau tak pernah pun selama
ini nak ajak makan dengan aku and even kau tak pernah pun bercakap baik dengan
aku.Sekarang?Kau demam ke?”tanya Syamil lantas bangun dan meletakkan tangannya
di atas dahi Adam.
Tersentak Adam dengan tindakkan
Syamil dan mula mendongak melihat tapak tangan yang putih itu terletak elok di
atas dahi Adam.Lama dia merenung wajah itu sehingga jantungnya mula berdebar.Bangang,asal
nak berdebar pulak.Gila.
“Tak demam pun.Dah la Adam kau
tak payah nak merepek.Hentikan perbuatan kau”
“Aku cuma nak berkawan dengan kau
itu pun salah ke?”
“Berkawan?Haha.Kau dan aku?Kau
buat lawak yang memang tak lawak ke?”
“Aku tak main-main lah Amil”
“Apa kau panggil aku?”mata Syamil
mula menjengil kerana ibu dan ayahnya sahaja yang memanggilnya sebegitu rupa.
“Amil.Asal tak boleh ke aku
panggil kau macam tu?nama jugak kan”
“arghh,stress bercakap dengan
kau”rungut Syamil lagi
“Aku serius nak berkawan dan aku
nak minta maaf sebab buat dekat kau macam-macam.Aku cuma dalam keadaan tertekan
waktu itu”
“Huh?”dengus Syamil sambil bangun
untuk meninggalkan kelas.
“Amil,tunggu dahulu.Aku tak habis
bercakap lagi”panggil Adam sambil menarik tangan Syamil.
“Jangan pegang-pegang!Ingat aku
tunggul ke?Mangkuk betul”marah Syamil.
“Mangkuk?aku yang handsome ini
kau panggil mangkuk.Cuba la panggil benda-benda ok sikit macam brad pitt
ke?kellan lutz ke”kata Adam.Syamil merentapkan tangannya dari pegangan Adam dan
melangkah keluar dengan pantas.
“Jangan ikut aku.Apa lagi kau
nak.Jangan nak menyusahkan hidup aku boleh tak?”rungut Syamil sambil memandang
Adam yang mengekorinya lagi.
“Selagi aku kau tak setuju makan
malam dengan aku,aku akan ikut kau ke mana sahaja termasuk dalam tandas dan
lain-lain”kata Adam sambil tersengih-sengih gatal.
“Ha ha ha.Kau buat lawak ke?”kata
Syamil dan berhenti ketawa apabila melihat Adam masih serius.Ok kau tak
gelak,maknanya kau serius”Syamil dengan perlahan berkata.
“Jadi setuju atau tidak?Yang
pastinya jawapan dia mesti setuju”
“Suka hati saja paksa orang.Kau ingat
kau siapa nak paksa-paksa aku?Aku tak nak la Adam”
“Asal pula tak nak?aku nak ajak
makan pun tak boleh ke?”
“Apa motif kau?”
“Tak ada motif apa-apa lah”
Setelah berfikir sejenak dan
menimbang beberapa hal “Aku setuju tapi first and the last la”kata Syamil
akhirnya.
“Oh.Aku pasti ini yang pertama
tapi bukan yang last”
Akhirnya mereka berdua bergerak
bersama-sama untuk menunaikan solat asar dahulu dan terus ke dewan makan.Tanpa
sedar aksi-aksi mereka di ambil oleh seseorang yang mempunyai niat tidak baik.
*******************
Zaman Sekarang
Syamil berjalan pulang seorang
diri untuk ke asramanya kerana Hisham sudah balik lebih awal untuk pergi ke
koperasi.Sedang dia berjalan seorang-seorang di blok akademik sambil melihat
jam di tangan sudah menunjukkan pukul 11.20 pm tiba-tiba dia mendengar seperti
ada orang mengekorinya dari belakang.
Dia berpusing ke belakang untuk
memastikan sama ada terdapat orang mengikutinya atau tidak.Sunyi tanpa kata dan
seram.Dia bergerak ke hadapan sedikit untuk mematikan perkara itu.Apabila dia
berpusing semula alangkah terkejutnya dia apabila melihat orang yang dia tidak
sangka ada disitu.
“Akmal”perlahan dan
tersekat-sekat Syamil menyebut.
“Hai Syamil”perlahan Akmal
menyapa sambil tersengih memandang Syamil.
“Ap..apa kau nak?”tersekat-sekat
Syamil bertanya pada Akmal.
“Kau tahukan apa salah kau dekat
group aku.Haha.”kata Akmal sambil tergelak-gelak.
Syamil mula terundur dan ingin
lari namun dengan pantas Akmal memegang lengan Syamil dan menolak Syamil ke
pintu di makmal itu.Berdentum bunyi badan Syamil berlanggar dengan pintu.Syamil
mengambil begnya lalu menghentak ke muka Akmal sehingga berdarah bibir Akmal
dan mengambil kesempatan untuk lari.
“Sial punya budak!”marah Akmal.
Akmal mencekak kolar baju melayu
Syamil dari belakang dan menariknya kembali lalu menolak Syamil ke pintu dan
menumbuk perut Syamil sekuat hati.Syamil terduduk menahan sakit yang amat.Tidak
cukup dengan tumbukkan Akmal dengan pantas memegang kepala Syamil dan menghantuk
kepala Syamil ke pintu makmal.
Darah mula mengalir perlahan di
dahi Syamil.Akmal mencengkam muka Syamil dan berbisik sesuatu di telinga Syamil
sehingga mata Syamil terbeliak bagaikan tidak percaya dengan apa yang
didengarinya.
“Lepaskan aku la bodoh!Kau ingat
aku ni apa?”Syamil berkata dengan perlahan kerana tidak tahan sakit di perut dengan
darah sedikit mengalir di dahinya.
“Aku tak akan lepaskan kau
setelah apa yang kau buat tapi sebelum tu biar aku berseronok dengan kau
dulu”kata Akmal sambil tersengih-sengih.
Akmal menolak Syamil ke lantai
dan duduk di atasnya serta mencengkam lengannya kuat.Syamil sudah mula
menggelabah dan ketakutan sehingga terlupa kesakitan di dahinya.Akmal mula
mendekatkan mukanya pada muka Syamil.
“Hoi kau buat apa tu?”jerit satu
suara dengan kuat.
Akmal dengan pantas bangun dan
berlari dari kawasan itu dengan pantas. Syamil memusingkan kepalanya memandang ke
arah orang yang menyelamatkannya sambil terbaring kaku di lantai.
“Ad..Adamm.To..tolong aku”kata
Syamil.Adam memangku
kepala Syamil.
“Syamil,syamil.Bangun Syamil”panggil
Adam panik sambil menepuk-nepuk muka Syamil.
Adam memangku kepala Syamil dan
mencempung badannya lalu berjalan ke arah asrama mereka mengikut jalan belakang
kerana tiada orang dan lebih cepat untuk sampai.Nasib baik Syamil ini jenis
yang kecil orangnya jadi mudah lah Adam untuk mengangkat .Mungkin malam ni
Syamil terpaksa tidur di biliknya.
“Apa kau buat ni Adam.Turunkan
aku.Aku boleh jalan sendiri”kata Syamil lemah sambil membuka mata kerana terasa
badannya di angkat.
“Adam.Turunkan aku”kata Syamil
lagi sambil menepuk dada Adam perlahan.
“Kau bising aku turunkan kau
dekat sini biar tergolek”kata Adam sedikit marah.
“Orang nak tolong diam saja la”rungut
Adam lagi
Apabila terdengar perkataan
tergolek terus Syamil mendiamkan diri dan terpaksa bertahan dengan situasi yang
ada sekarang.
*******************
“Ok kelas,make sure submit your assignment
and your group name for error in finance on Thursday before 1 pm.Just drop your
task in the box that I provided in front of my romm.Ok?”Dr.Zahira mengingatkan
pelajarnya sebelum keluar dari dewan kuliah.
Farhana mula bangun dari tempat
duduknya dan berjalan ke tempat Syamil dalam dewan kuliah itu.
“Syamil, syamil ermm kumpulan
awak untuk error in finance tu dah cukup
ke?”tanya Farhana sambil berjalan menuruni tangga dewan kuliah.
“Belum lagi,lagi seorang
sepatutnya.Kenapa?Awak tak ada kumpulan ke?”tanya Syamil sambil memandang tepat
ke muka Farhana.
“Erm,kalu awak tak keberatan
lah”balas Farhana lambat-lambat sambil menundukkan muka kerana malu Syamil
memandang wajahnya lama.
“Boleh saja.Nanti apa-apa saya
sms awak balik ya?”
“Ok.Tq Syamil”kata Farhana sambil
tersenyum.Terserlah lesung pipitnya di pipi kanan.
Farhana menuruni tangga yang
terakhir dengan muka ceria kerana dapat satu kumpulan dengan Syamil.Siapa yang
tidak mahu satu kumpulan dengan budak lelaki yang rajin dan baik macam Syamil.
Tapi pada hakikatnya Syamil
seorang yang pendiam dan jarang senyum.Jadi kebanyakkan orang akan menanggap
Syamil itu menakutkan dan agak sombong padahal Syamil pada pendapatnya amatlah
peramah kalau rapat dengannya.
“Hoi minah,asal senyum-senyum
sorang-sorang macam orang gila?”sergah Nadiah
“Mana ada lah.tak nampak aku
tengah tengok fon ni?”dengan kelam kabut Farhana menjawab sambil buat-buat menelek
handphonenya.
“Ala,macam aku tak tahu kau suka
dapat satu group dengan Syamil.Aku dah cakap dia ada pakai minyak guna-guna
untuk Tarik perhatian kau.Hahaha”kata Nadiah sambil tergelak besar.
“Kau ni gila la Nadiah”kata
Farhana sambil mengeleng-geleng kepala.Mereka berdua berjalan sambil tergelak-gelak.
Bersambung...
Bersambung...
Bez cite ko ni.update cpt plez~
ReplyDelete