Monday 10 February 2014

Pencuri cinta

Story 3

Zaman Sekarang

"Amil,aku rindu sangat dekat kau”kata Adam sambil memegang bahu Syamil dan menarik Syamil ke dalam pelukannya.Syamil hanya mampu mendiamkan diri tanpa membalas kembali pelukan Adam
“Ad..Adam”Syamil menyebut nama itu dengan tersekat-sekat dan suara yg hampir pecah. Dia masih tergamam dalam pelukan Adam sehingga tanpa sedar Syamil merebahkan kepalanya di bahu Adam.

“Shh,jangan la menangis,masih sama macam dahulu cengeng kan”kata Adam sambil ketawa kecil sambil menggosok-gosok rambut Syamil.Dahulu?Terus Syamil sedar dan teringat.Oh my god,ini adalah kawasan parking lot means tempat public,public means orang nampak,orang nampak sangka bukan-bukan dan yang bukan-bukan itu lelaki pula memeluknya.

Terus Syamil meregangkan pelukkan Adam dan menolak kuat badan Adam itu.Adam memandangnya pandangan yang keliru dan aneh dan Adam sendiri pun terkejut kerana dia tidak sangka akan memeluk Syamil sebegitu sekali.

“Gila betul.Apa yang kau buat ini?apasal nak peluk-peluk”marah Syamil dengan suara yang tinggi.

“Amil,apa benda yang Amil cakap ini?”tanya Adam pelik sedangkan tadi seronok sahaja Syamil membalas pelukannya.

“Apa benda kau cakap?”tersekat-sekat suara Syamil bertanya kerana menahan malu dan segan.

“Kau ingat aku ini batang kayu ke?Patung kat shopping mall ke?”marah Syamil lagi.

“Kalau kau patung shopping mall senang lah aku nak bawak pergi mana-mana.Nak buat apa-apa pun senang tak melawan”

“Jangan harap dan jangan sesekali merepek!Berambus sekarang.Dah,alihkan kereta,nak keluar”kata Syamil mendatar dan masuk semula ke dalam keretanya.

“Amil nanti lah dahulu”panggil Adam sambil menarik bahu Syamil.

“Apa lagi kau nak.Aku ada banyak kerja nak buat lah”Syamil berpusing menghadap Adam.

“Kau tak gembira ke jumpa aku?”tanya Adam.

“Gembira?untuk apa?”tanya Syamil pelik.Apasal lah bangang sangat soalan yang di tanya oleh Adam.Muka dia nampak macam ceria ke??

 “Ya lah,dah lama kita tak jumpa hampir 5 tahun gak.Takkan kau tak gembira langsung?”

“Tak.Dan sekarang tolong berambus dan blah.Aku nak keluar”Syamil berpusing untuk masuk ke dalam kereta kembali.

“Kau tak nak ke makan-makan lain kali?Keluar jalan-jalan?”tanya Adam lagi kerana berharap sangat agar Syamil bersetuju kerana banyak benda yang ingin dia tanya pada Syamil.

“Tak nak.Kau ni tak faham Bahasa melayu ke?Dey,yenna”Syamil berkata sambil memimikkan muka dalam Bahasa india.

“Syamil”Adam hanya mampu mengeluh.

Adam hanya mampu memandang kerana Syamil menunjukkan tanda-tanda ingin merempuh keretanya.Lebih baik dia alihkan sebelum dirinya dan keretanya menjadi arwah.Lalu dia terus mengalihkan keretanya dan melihat kereta Syamil meluncur laju meninggalkan perkarangan arked.

Sungguh dia sangat rindu untuk menatap wajah yang comel itu.Perangai cengeng,senyum manis itu.Syamil,syamil bisik Adam dalam diam.

***********************
5 tahun yang lalu

Sewaktu Syamil melangkah masuk ke dalam kelasnya sejurus dia masuk serentak dengan itu sebiji bola tennis terkena dahinya.Sudahlah pagi-pagi kelas sejarah.Memang waktu sambung tidur balik lah jawabnya.Sebab dia pernah nampak pelajar yang termasuk dia tersengguk-sengguk macam nak berzikir gamaknya mendengar cikgu mengajar kerana terlampau mengantuk.

“Aduh,”adu Syamil kesakitan sambil menggosok dahinya yang mula merah.Cermin matanya yang berbingkai hitam dan besar itu hampir melurut jatuh.Dia lantas memusingkan badannya dan matanya sempat menangkap kelibat Adam serta kawan-kawannya yang lain tergelak sakan apabila mukanya terkena bola itu.Hampir satu kelas menggelakkannya kerana kumpulan Adam selalu membulinya.

Merah padam muka Syamil menahan malu dan marah.Syamil berpusing menghadap kelas Adam yang bertentangan dengan kelasnya itu sambil memegang kuat bola tenis itu.Dia hanya mampu mengetap bibirnya rapat-rapat.

Ya memang dia seorang yang terlampau baik,sabar dan agak pendiam.Kawan-kawannya baik perempuan atau lelaki semua pernah bertanya dan memberi pendapat tentang sifatnya itu.

“Hazri,kau ini baik sangat”

“Kalau aku lah Hazri memang lebam muka Adam itu kerjakan balik”

“Kau ini apahal penyabar sangat?Tak ada perasaan ke?”

Baginya dia sendiri telah mengasuh dirinya agar jangan mencari pasal dengan orang bukan kerana dia takut tapi dia memang cukup malas untuk bergaduh,bertekak,bertumbuk kerana dia menganggap semua perkara-perkara itu cukup membuang masa dan mengambil keputusan untuk mendiamkan diri apabila ada orang cuba mencari pasal dengannya.

Walaupun kadang kala tahap kesabarannya memang sudah sampai ke suatu peringkat yang memang sudah lama lebur tapi dia masih mampu mengawal diri dan mendiamkan diri sampai orang-orang yang mengacaunya itu akan menjadi tertekan dan meninggalkannya sendirian.

Selepas habis kelas pukul 2 petang Syamil bergegas keluar untuk makan tengahari  bersama sahabat baiknya Hisham di dewan makan.Setelah mengambil makanan sedang dia mencari tempat yang sesuai untuk duduk dan tanpa sedar dia terlanggar Adam sehingga makanan dia sedikit tumpah di atas baju Adam.

“Eh,buta ke?”maki Adam dan tanpa kata yang lanjut Adam terus menolak makanan itu ke baju Syamil sehingga habis satu baju sekolah Syamil berubah warna.

“Kau tahu tak kau ini bawak sial la,bodoh.Setiap kali jumpa kau mesti banyak benda sial berlaku”maki Adam

Syamil pula bagaikan tidak percaya dengan apa yang di lakukan oleh Adam dan yang paling menyakitkan hati bajunya kotor.

“Adam kau ini apa masalah kau sebenarnya?”tengking Hisham.

“Kau jangan masuk campur hal aku dengan budak ni la Hisham!”jerit Adam.

“Kau lah yang tak patut masuk campur”kata Hisham sambil menolak dada Adam.

            Syamil sudah mula pandang kiri kanan pelajar yang memandang dan dia paling benci benda macam ini.Drama queen gila.Dia paling takut kalau Hisham bergaduh dengan Adam.Nanti buruk padahnya.Adam itu suka duduk berkumpulan.

“Sham,aku tak ada apa-apa  lah,sikit saja ini”pujuk Syamil yang memang suka mengalah dan tidak suka cukup memanjangkan pergaduhan ini.

Hisham memandang muka Syamil seperti tidak percaya dengan apa yang di dengarnya.Tak ada apa-apa?”tanya Hisham dengan suara tinggi sebab dia memang sudah lama panas hati dengan Adam.

“Sudah lah Hisham,orang tengok malu lah”pujuk Syamil lagi sambil menarik tangan Hisham.Hisham melangkah meninggalkan tempat itu dengan perasaan yang amat tidak puas hati dan muka masam.

Mereka cepat-cepat pulang ke asrama dan syukurlah hari ini tiada kelas petang dan prep petang jadi tidak perlu lah mereka menukar baju sekolah semula.Hisham dan Syamil masuk ke dalam bilik dan dengan cepat Syamil menukar baju.

“Aku pelik la,asal Adam cari pasal dengan kau.Tiba-tiba ja.Macam ada benda ja tak settle Antara kau dengan dia?”

“Maksud kau?”Syamil memandang Hisham pelik.

“Ya lah,kau tak nak cerita apa-apa pasal kau dengan Adam?”tanya Hisham lagi.

“Tak da apa-apa hisham,dah lah pergi solat.Dah pukul berapa ini.Nanti tertidur kan susah nak bangun”kata Syamil apabila dia melihat Hisham sudah mula berbaring-baring atas katil.

“Ya,ya..aku nak rehat jap”kata Hisham sambil menoleh ke arah Syamil yang sudah keluar dari bilik untuk ke tandas bagi menunaikan solat zohor.

*********************
Zaman Sekarang

Adam masuk ke dalam kolejnya sambil mengingati pertemuannya dengan Syamil semula.Tidak tahu kenapa dia berasa sangat gembira kerana berjumpa dengan Syamil semula.Hatinya rasa sangat gembira dan macam-macam dia sampai tak tahu nak jelaskan macam mana.

Cuma yang  menjadi kemusykilannya apabila Syamil berpindah secara mendadak.Dia sempat bertanyakan Hisham namun Hisham hanya mengatakan Syamil mengikut ayahnya berpindah ke luar negeri di Sabah.

Dia membuka lockernya dan mengambil gambar Syamil dan dia sewaktu trip ke Cameron.Dia menyekeh kepala Syamil ketika itu.Dia tergelak-gelak sorang-sorang apabila teringat banyak peristiwa lawak antara dia dan Syamil.

Tapi Syamil hanya dia jumpa tadi nampak lain dan mukanya ibarat tiada perasaan.Wajah yang nampak terluka sekali.Ada apa-apa yang dia buat selama ini salah ke?kenapa dia tidak tahu apa-apa?

“Syamil,syamil mana kau menghilang selama ini”Adam mengeluh lagi.Tadi pun dia terlupa untuk meminta no handphone Syamil.Tiba-tiba dia teringat satu peristiwa malam itu yang dia sendiri masih tidak faham macam mana boleh berlaku.Adakah Syamil marah disebabkan peristiwa itu?Tapi dia sendiri tidak pasti apa sebenarnya yang terjadi.

Dia berasa berdebar-debar melihat senyuman Syamil di dalam gambar itu yang jelas kelihatan lesung pipit di sebelah kiri pipinya. Shit!Apahal aku nak berdebar pula sebelum ini tak pernah pon macam itu.

p/s : pengenalan watak Farhana dan Akmal pada story 4!Nantikan premiere nya 14/2/2014

2 comments:

  1. serius dpat rasa gler law bc story mcm ni~best3
    btw yang part “Hazri,kau ini baik sangat”

    “Kalau aku lah Hazri memang lebam muka Adam itu kerjakan balik”

    “Kau ini apahal penyabar sangat?Tak ada perasaan ke?”

    ~hazri n syamil org yg sma ker?or nma penuh syamil ad hazri or typo
    huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. actually nama penuh dia syamil hazri,mostly people call syamil some call hazri only 3 person panggil dia amil mak,ayah,adam >_<

      Delete