Story 7
Zaman Sekarang
Tersentak dengan teguran itu terus Syamil mendongak muka dan terkejut melihat manusia yang berada di hadapannya itu.
Tersentak dengan teguran itu terus Syamil mendongak muka dan terkejut melihat manusia yang berada di hadapannya itu.
“Amil?Apa
kau buat kat sini?”tanya Adam yang kaget dengan pertemuan yang tidak di sangka
ini.
“Aku
yang patut tanya apa kau buat kat sini.Inikan kampung aku.Kau ikut aku eh?”kata
Syamil sedikit keras sambil mengesat sisa air matanya.Dan dia bagaikan hilang
ingatan bahawa Adam juga dari kampung ini juga.Apabila sampai hal Adam
fikirannya buruk sahaja memikirkan segala benda macam itu.
“Apa
kau merepek ini?Dah lupa dahulu kita sekolah sama-sama kat sini?”kata Adam
sambil ketawa kecil dan memandang wajah Syamil yang pucat itu.
Syamil
sudah menepuk dahi sambil mengerut muka.Aduh macam mana pula aku boleh lupa
yang dia ini satu sekolah dengan Adam dahulu.Asal la pagi-pagi dah biul ni?Buat
malu diri sendiri je.Dah lah lapar satu hal.
“Kau
melawat kubur siapa ini?”tanya Adam.Syamil mengerutkan muka apabila Adam bertanya
soalan begitu.Dia memandang Adam yang memang dari dahulu lagi sangat
kacak.Dengan ketinggian yang mencapai 6 kaki memang menonjolkan segala
karismanya sebagai seorang lelaki.
“Bukan
urusan atau hal kau”
“Amil”perlahan
Adam menyebut nama itu sambil mengeluh.Syamil hanya mendiamkan diri sambil
memejamkan mata dan membaca sedikit doa sebelum pergi.
Adam
mengambil kesempatan itu untuk membaca nama di batu nisan itu.Saleha binti
Ahmad.Siapa tu?Dalam hati dia cuba meneka-neka.Seingatnya dia seperti pernah
mendengar nama itu.
“Dah makan?”tanya Adam sambil
menatap wajah Syamil.
“Belum.Dan
lagi sekali aku ingatkan ini bukan hal kau.Aku makan ke tak makan”pendek Syamil
membalas.
“Jom
lah teman makan sekali.Aku belanja”
“Tak
nak,aku dah nak balik”
“Nanti
kalau sakit tengah drive nanti macam mana?”
“Suka
hati aku lah,nak sakit ke,nak terbaring tergolek waktu sakit ke? Nak makan ke
tak nak. bukan urusan kau!Jangan menyibuk boleh tak”marah Syamil sambil
memegang perutnya yang mula perit.
“Boleh lah tak kau jangan nak
campur urusan aku?Kau tahu tak yang kau dah banyak menyusahkan hidup
aku?”dengan kuat dia memarahi Adam sambil memegang perutnya.
“Amil,Aku
tanya sebab aku risau lah.Kan mana boleh tak sarapan nanti sakit perut macam
mana?Lagi satu ni kan kubur,tak elok marah-marah”
“Aku
tak…”belum sempat Syamil menyambung kata-katanya dia sudah muntah di baju Adam.
“Amil
apa kau..”hidung Adam mula kembang-kempis menahan bau muntah itu. Syamil mula
berasa pening-pening dan sakit perut yg amat mungkin disebabkan masuk angin.
“Kau ok tak?”tanya Adam sambil
memegang lengan Syamil.Syamil cuba merentap tangannya tapi Adam mengeraskan
tangannya dan menggosok belakang badan Syamil.
“Entah,tiba-tiba perut aku sakit dan
kepala aku berdenyut-denyut”
“Kan aku dah cakap
tadi..kau..”belum sempat Adam menghabiskan ayatnya Syamil sudah memotong dengan
laju.
“Boleh tak jangan
membebel?Daripada kau pot pet pot pet baik kau tolong aku lagi bagus”marah Syamil. Orang tengah sakit boleh pula nak
membebel,bukannya nak tolong.Eh,tadi bukan ke dia yang mengada-ngada tolak?otaknya
bertingkah pula.
Lalu dengan pantas Adam memapah
Syamil ke keretanya dan apabila melihat Syamil seperti ingin terkulai dia
lantas mencempung badan Syamil yang kurus itu dan mendukungnya.
“Apa kau buat ini?Turunkan aku
la..sengal”dengan lemah Syamil berkata sambil menolak-nolak muka Adam.
“Adam turunkan aku,Adam”
“Baik kau diam sebelum kita berdua
tergolek sama-sama dekat sini.”
Adam masuk ke dalam
kereta Syamil dan meninggalkan kawasan perkuburan dan
membawa dia ke rumahnya yang berdekatan dengan kawasan itu.
Sebaik sampai dia menoleh ke
sebelahnya dan mendapati Syamil telah tertidur.Lalu dia menggerakkan jarinya
dan menolak kepala Syamil sedikit. Syamil tidak memberi sebarang respon malah
dengan sesedap hati mengambil tangannya lalu mengesat air liur yg mula meleleh
dan sambung tidur kembali.Adam dengan pantas mencempung badan Syamil dan
membawa masuk Syamil ke dalam lalu merebahkan Syamil di atas katilnya.
Adam membuka bajunya dan
meletakkannya di kerusi berdekatan dengan meja dalam biliknya.Adam bergerak ke
bilik air untuk membersihkan sisa muntah Syamil yang masih melekat di badannya.
Syamil terjaga dan mula memandang
syiling bilik itu yang berbeza dari biliknya.Aku kat mana ni?tanyanya dalam
hati.Seingatnya dia di kubur dan terserempak dengan Adam lepas itu dia sudah
lupa.Oh my,aku pengsan ke?Tiba-tiba dia terdengar bunyi pintu bilik air dibuka
dan terus dia berbaring semula dan berpura-pura tidur.
Adam yang baru keluar dari tandas
terus menuju ke arah Syamil yang pada anggapannya masih tidur.Adam duduk di
sisi katil dan ingin meletak tangannya di dahi Syamil untuk merasa dahinya dia takut
Syamil demam. Syamil yang masih memejamkan mata mula membuka matanya sebelah
kiri perlahan untuk mengintai Adam dan betapa terkejutnya dia melihat Adam
berada dekat dengannya.
Tiba-tiba Syamil berasa ada air
menitis di mukanya dan Syamil mula berfikir buruk-buruk dan tanpa berfikir
panjang Syamil menghantukkan kepalanya ke dahi Adam.
“Aduh,sakitnya
kepala aku”Adam mengaduh sambil memegang kepalanya yang masih sakit dan
tertunduk-tunduk.Syamil pantas bangun dari katil dan juga masih memegang
kepalanya yang masih sakit jugak.
“Kenapa kau bawa aku ke sini?Culik aku eh?Baik
kau hantar aku balik.Kalau tak aku telefon polis”ugut Syamil untuk
menakut-nakutkan.Adam hanya tergelak besar melihat Syamil berkata-kata dengan
bersungguh sekali.
“Adam,
serius lah.Jangan nak main-main boleh tak?”marah Syamil lagi.
“Kau
ni yang buat lawak sekarang.Kalau aku culik kau atas alasan apa?Tiada kesan paksaan,tiada
langsung kesan aku pukul kau lagipun semua baju-baju kau masih elok dan tak
koyak pun”kata Adam lagi sambil tersengih-sengih.
Syamil
terdiam kerana apa yang diberitahu oleh Adam adalah betul.Dia mendengus dan
duduk semula di katil dan menatap kesan warna kuning-kuning di t shirt Adam
yang berada di kerusi.
“Ee,apa itu?geli ja aku tengok”
“Untuk pengetahuan kau Syamil,ini
muntah kau yg telah berjaya dimuntahkan dekat baju aku”kata Adam selamba sambil
memakai boxer di hadapan Syamil.Syamil sudah mula menggelabah kerana Adam
memakai boxer di hadapannya tanpa amaran terus menyarung jeans hitam.Syamil
pusing membelakangi Adam.
“Aku
nak balik Adam.Lagi satu mana makanan yang kau janjikan?”tanya Syamil selamba
tanpa rasa bersalah.
“Adam,kau dah la bawa aku datang
rumah kau lepas itu kurung aku.Tak nak bagi aku makan.Kau dah dikira berdosa
tahu mengurung orang yang lapar.Air pun tak bagi? Kau ingat aku ini kanak-kanak
Somalia yang tak cukup makan ke?”Syamil sudah mula membebel.Mukanya sudah
berkerut tanda kelaparan.
“Adam?Adam?”panggil Syamil lantas berpusing ke
belakang dan tersentak melihat Adam di belakangnya.Adam memandangnya sambil memegang frame gambar yang terdapat gambarnya dan Adam.
“Syamil.Aku dah lama cari kau.Aku
rindu sangat dekat kau.Nak bercerita dengan kau”beritahu Adam sambil
perlahan-perlahan mendekati Syamil.
Syamil hanya mampu berdiri kaku di
hadapan Adam.
“Aku sampai sekarang tak boleh
terima kenapa kau pindah sekolah.5 tahun aku cari kau.Dah lama aku cuba jejak
kau.Kau pindah langsung tak bagitahu aku.Aku macam orang gila cari kau sampai
aku rasa macam hilang separuh hidup aku.Kenapa Syamil?kenapa?Sampai sekarang
kau tak pernah bagitahu aku apa yang berlaku pada malam itu.”kata Adam perlahan
sambil berhenti seketika menahan sebak di dada yang menggebu.
“Kau tak akan faham Adam.Kau tak
akan faham.Sebab kau tak tahu”Syamil sudah mula berasa hiba dan sebak di dada.
“Kau tak akan tahu apa yang aku
lalui selama 5 tahun ni.Kau tak tahu Adam”suara Syamil sudah mula pecah dengan
mata yang berair.
“Sebab kau tak pernah nak kasi tahu
aku.Kau tolak aku jauh-jauh sedangkan aku tak tahu apa salah aku.Tak akan
disebabkan peristiwa malam itu kau buat aku macam ni?Kau langsung tak kesian
kan aku ke?”
“Sebab benda tu dah berlalu.Aku
tak nak bagitahu atau cerita benda yang membuatkan aku rasa tak nak hidup.Kau
tahu tak aku rasa macam nak mati selama 5 tahun tu?Kau faham tak?”kata Syamil
sambil mengesat air mata.Arghh air mata jangan lah keluar.Syamil cuba menahan
air mata dari mengalir.
Adam mendongak sambil berkata“Aku nak bagitahu sesuatu dulu
tapi kau dah pindah dulu.Aku tak sempat nak bagitahu.Aku nak bagitahu sangat”
“Ap..apa yang kau nak
bagitahu?”terketar-ketar Syamil bertanya.
“Aku..aku....”berair mata Adam menahan perasaan sebak di dada.
******************
5 tahun yang lalu
“Akmal,aku nak cakap sikit dengan
kau”kata Syamil.Akmal mengangkat muka dan terkejut melihat kelibat Syamil dan
meneliti dahi Syamil yang tertampal plaster.Tersenyum sinis dia melihat keadaan
itu.
“Apahal?”tanya Akmal sambil
tersengih bagaikan tidak ada apa yang berlaku.
“Jangan buat-buat bodoh la
Akmal.Kau yang buat plan ni kan?ni semua plan bodoh kau dengan Adam tak guna tu
kan?”dengan kasar Syamil bertanya.
“Haha.Kenapa pula aku nak plan
dengan si Adam tu?”tanya Akmal sambil mula bangun dan berdiri menghadap Syamil.
“Aku tak percaya.Kau
bohongkan?”Tanya Syamil sambil merenung ke dalam mata Akmal dalam-dalam.
“Adam tak ada kena mengena dengan
benda ni la,Syamil.Ni semua rancangan aku.Kau nak tahu sebab apa aku buat macam
itu pada malam tu?”Akmal menunduk dan berbisik kepada Syamil.
Dengan kuat Syamil menolak Akmal menjauhinya.Akmal
ketawa dengan kuat sekali.Lalu mendekati Syamil semula.
“Aku da bagitahu semua
benda.Sekarang tinggal hanya kau untuk percaya atau tak”katanya dengan serius
sekali.
Syamil merengus dengan kuat
sebelum keluar dari kelas Akmal.Dari jauh Adam memerhatikan Syamil yang sudah
keluar dari kelas Akmal dan mengetap bibirnya rapat sambil memandang ke arah
Akmal.
bersambung....