Friday, 6 November 2015

Going through life?

Selamat petang.Fuhh,dah sebulan lebih tak post apa-apa.Maaf sangat,aku tersangatlah busy dengan project,task yg bertimbun..ni pun lepas dah reda sikit baru bukak balik blog.Selama ni bukak tak sampai 3 min terus log out lps tu sambung buat kerja.

Sepanjang sebulan lebih ni macam-macam jugak yang berlaku,benda yang tak dijangka benda yang pelik dan macam-macam lagi. Dalam 2-3 minggu lepas, ada seorang sahabat aku ni tanya something yang sangat macam entah nak kata pelik tu boleh jugak.Nak more kepada mcm mana dia boleh sense?

Dia ada tanya macam ni yang aku agak tergamam dan panik jugak lah...

"Adam,kau ni suka lelaki ke"tanya si B.

Aku tergamam gila.Panik aku kejap.Pastu,tenang dulu..

"Kenapa pulak kau tanya macam tu?"aku tidak menjawab soalannya,berdalih.

"Tak adalah,sebab nampak ig kau ramai followers lelaki..dan pernah dengar kau puji lelaki kacak lah apa lah..jarang lelaki compliment lelaki lain"jawabnya selamba sambil merenung wajah aku. Aku masih diam dan diam sampai ke sudah.

Aku sejak hari tu sangatlah berjaga-jaga dengan percakapan aku. Aku tak tahu lah,sebab kadang-kadang aku mmg kalau nampak benda tu perfect and cantik mmg aku akan puji even orang tu lelaki. So sejak hari tu aku dah tak compliment sgt orang dan mengutuk orang lah pulak sekarang..hhahaa.

Sebut pasal budak yang straight ni kadang-kadang aku takut jugak,ya lah sebab ada tu aku tengok macam kerjanya asyik nak bernafsu je selalu. Sebab aku ada kawan-kawan yang aku tak tahulah memang suka bermanja-manja agaknya,suka orang belai-belai rambutlah. Baring-baring kt paha lah. Hahaha,apa masalahnya aku pun tak tahu lah..

Aku honestly tak dapat bayangkan if ada family members aku tanya macam tu. Aku sampai tahap fikir mungkin aku kena halau,kena buang keluarga dan macam-macam lagi. Aku sejak discover perasaan aku kurang normal macam ni,aku tiap-tiap hari berdoa yang biarlah aku simpan dark secret ni sampai bila-bila. Kalau dulu aku sampai tahap depress yang agak kritikal sebab terlampau tak boleh terima apa yang jadi dekat aku ni tak normal. As wound heal by time same goes to penerimaan aku pada benda ni.

It's not that simple yang kita boleh terima benda tu dengan mudah.Terkejut,sedih,takut.marah and tak boleh terima benda tu.Lama-lama aku belajar terima dan pujuk diri sendiri yang semua ni ujian. So aku agak tak terkejut juga if ada sesiapa yang baru nak belajar terima benda ni,macam-macam perasaan akan muncul.

Btw aku nak tanyalah if contohnya korang makan kan,tiba-tiba ada orang renung kau and bukan sekali 3-4 kali jugak (sama jantina).Apa yang korang fikir?Kalau aku dua ni je terlintas di fikiran aku..

1) Hodoh sangat ke aku makan? Buruk sangat ke muka aku? *ni selalu jugak lah..hahaha

2) Ke dia ni gay jugak?hahaha..asyik tenung aku je...hot sangat ke aku ni? *aish ke situ pulak..hahha

promo : ask me




Sunday, 27 September 2015

Takut Kahwin??

Assalamualaikum.Selamat Petang.

Recently,aku ada beberapa baca beberapa article regarding on fear of commitment,fear of getting married,being in relationship atau GAMOPHOBIA.  Perkataan Gamophobia itu sendiri datang dari Greek which mean Gamos membawa maksud marriage dan phobos maksud fear.

Orang yang ada gamophobia mostly memang bila dengar pasal kahwin pun dia dah tak suka and dia  macam geli. Bila dengar pasal kahwin je memang anti-gila.Dia macam pantang kalau ada orang kenen-kenenkan dia dengan someone.Macam pelik dengar bunyi macam ni.Honestly,this is my first time dengar pasal benda ni.Sadly,I don't have any friend encountered this phobia.Mereka lagi prefer untuk hidup single and tak nak ada commitment dengan siapa-siapa.

Sebab-Sebab :

In past mungkin that person having an intense negative experience pasal marriage especially parents yang bercerai berai or ada yang ayah dia tinggalkan mak dia bertahun-tahun(gantung tak bertali). So that kind of experience somehow contributed for developing this kind of phobia.

Symptoms Gamophobia :

Actually, people yang experienced Gamophobia ni memang akan display symptoms yang memang diorang tengah ada disorder ni.

  • Macam takut or tak suka bila orang cakap pasal kahwin
  • Seboleh-bolehnya dia akan avoid topik pasal kahwin semua ni
  • Dari dulu sampai sekarang diaorang dah didik diri mereka bahawa perkahwinan ni benda yang teruk
Macam orang yang kita sendirikan,korang rasa kita fear of marriage ke? Because somehow mungkin kita takut nak kahwin sebab takut rahsia hitam kita terbongkar(possibly). I honestly don’t think yang you guys fear of commitment or in relationship sebab ramainya je yang ada boyfriend bagaikan?Macam aku sendirikan just paranoid nak having relationship but not fear with marriage malahan aku sangat suka tengok orang kahwin (hahaaha).My opinion,aku rasa Lgbt people tak termasuk dalam golongan gamophobia sangat.

Korang also realize kan yang even dia tu gay/less/bi ke orang tu sendiri boleh develop homophobia dalam diri dia...

p/s:Story 10 in progress.Busy week.Busy with task :)



Sunday, 13 September 2015

Flirty??

Have you guys experienced having friend yang suka flirty-flirty? Aku ada seorang kawan yang memang dengan lelaki ke dengan perempuan(especially) sweet talkers gila. Kalau korang dengar pun rasa macam terawang-awang. Dia selalu macam cakap lembut-lembut sampai kadang-kadang aku pun berdegup jantung dengar apa yang dia cakap. Macam berbunga-bunga gila hati.Keji perangai.

Contohnya pernah aku tak datang kelas dia wassap aku tanya :

“Assalamualaikum Hakim. Knp awk tak datang kelas?Demam ke?”

“Tak sihat lah,sakit kepala.Nak report ke?”(Dont worry aku tak buat suara gedik...)

“Lah ye ke?Kenapa tak pergi klinik?Sakit sangat ke?Tidurlah dulu k?Report tu biar saya buatlah”

“Sorry taw tak boleh tolong..”

“Tak apa my dear,rest cukup-cukup k?Nanti kalau xlarat bgtahu sy,nak ubat pun wassap je sy k?”

“Ok.Tq..”

“Wc syg..”


Mungkin kita yang dengar macam biasa je tapi kalau orang tak biasa and tengok mesti rasa macam flirty gila.Aku tunjuk dekat kawan aku,mmg diorang cakap kalau perempuan dapat message macam ni mesti dah confirm perasan gila perempuan tu.Macam ala-ala romantik gitu.Aku kadang-kadang sampai macam please stop talking,awk.

Bagi aku orang mudah fall in love dengan benda-benda yang macam itu.Even dia cakap dengan mak cik-mak cik and waitress pun lembut.Sorry to say dia quite good looking jugak.Dengan mulut manis lagi.Kalau dengar nada suara dia pun memang kadang-kadang rasa macam dia ni nak mengurat aku ke?Hahahaha.Kadang-kadang nak minta tolong aku pun :

“Dear,urutkan bahu saya sikit boleh tak?Sakitlah main futsal tadi...please?”

“Sayang saya nak pinjam buku awk sekejap boleh,tak sempat catch up nota tadi..boleh ea??”

“My dear,awk nak makan apa?Ayam je boleh kan?”

Aku pun kadang-kadang macam terawang-awang.Lidah bukan main lembut lagi bercakap.Aku dulu pernah tegur dia sebab cara dia bercakap macam itu tapi dia kata dia dah terbiasa susah nak ubah.Hahaha.Aku dulu pernah panggil dia buaya darat.Alhamdulillah baik orangnya.Hehe.




p/s: Story 10 lambat sikit

Monday, 31 August 2015

Akhirnya...

Story 9

Matanya terasa begitu berat untuk dibuka.Perlahan-lahan dia membuka mata dan memandang tangan yang melingkari pinggangnya. Dia mengalih tangan itu dari pingggangnya.Dia berpusing memandang gerangan di sebelahnya yang masih tidur.

Jarinya bergerak ke arah kening yang lebat itu.Turun menyentuh hidung dan berhenti di bibir yang kemerahan tanda tidak merokok.Dia tersenyum sambil tergelak kecil apabila bibir itu bergerak tanda kegelian.Sungguh dia rindu untuk menatap wajah itu.Matanya masih lagi menatap wajah yang sedang tidur itu.

“Baaaahhhhhhh....”Izzat membuka matanya luas.Aizan terkejut lantas menarik selimut menutupi wajahnya.Terhambur ketawa Izzat dengan kuat sekali.Wajah terkejut Aizan begitu melucukan di matanya tadi.

“Itulah mengendap abang lagi...”perlahan Izzat menarik selimut yang meliputi Aizan.Aizan pula ketawa.Perlahan-lahan dia bergerak dan meletakkan kepalanya di dada Izzat.

“Sampai bila kita macam ni?”tanya Aizan.Izzat diam sambil mengusap lembut kepala Aizan.

“Sampai tiba masanya.Bagi abang peluang untuk sayangkan,bagi abang peluang untuk  lindungi Izan.Selagi Aizan perlukan abang,abang akan sentiasa ada.Apabila sampai masa Aizan tak perlukan abang,ingatkan abang supaya berundur dari hidup Aizan.Masa itu abang dah bersedia dan abang akan berundur dari hidup Aizan” lembut Izzat berkata.

Mata Aizan mula berkaca.Kenapa aku berasa macam ni?Apa yang aku dah buat?Perlahan-lahan Izzat mencium dahi Aizan lama.Begitu lama.Dia menguatkan pelukannya.Sungguh,dia sangat rindu.

*****************
Aizan terjaga dari tidur.Mukanya berpeluh-peluh.Ya Allah mimpi apa tu?Kenapa dia mimpikan Izzat?Mungkin kerana hatinya terlampau rindu atau ada sesuatu yang buruk berlaku pada Izzat?Dia mengusap dadanya perlahan.Jantungnya berdegup laju.

Seminggu berlalu tanpa mesej dan wassap dari Izzat.Bohong jika dia tidak merinduinya malahan mungkin dia bagaikan ternanti jika ada mesej yang bakal masuk.Kosong.Masih tiada.Dia menarik nafas lemah.Namun ini apa yang dia sendiri inginkan tapi mengapa hatinya berasa kosong?

Dia mencapai handphone di tepi meja.Pukul 6.15 pagi.Dia menolak selimut dan mencapai tuala untuk menunaikan solat subuh.

Usai solat dia berdiri memandang cahaya matahari yang mula terbit.Lama dia merenung ke luar jendela.Dia melepaskan keluhan.

Dendam yang melingkari dalam hatinya masih berakar umbi.Setiap kali dia melihat wajah Fakhrul,perasaan marahnya susah untuk di bendung,kadang kala sehingga terbit rasa ingin menamatkan riwayat Fakhrul dengan begitu kejam.

Akhirnya dia masih manusia biasa,lemah dan tidak mampu.Dia masih ada pedoman hidup,dia masih ingatkan Allah,dia masih sayangkan dirinya sendiri namun untuk melupakan tidak mungkin.

Dia memejamkan mata seketika.Mindanya melayang jauh.Jauh mengimbau peristiwa lama yang dia sendiri cuba untuk lupa namun masih menghantuinya.

Aizan melangkah longlai dari kondo itu.Air mata tidak mampu lagi untuk keluar.Semuanya bagaikan tersekat.Dia memegang dadanya kuat.Perasaan sedih,perit,kecewa dan sakit bagaikan berkumpul di situ. Sedang dalam perjalanan balik, Aizan tidak perasan ada seseorang mengikutinya.Jiwanya melayang.Baru sahaja dia ingin melangkah,tiba-tiba ada 2 org lelaki menahannya.

“Boyfriend kau suruh kami pastikan yang kau senyap dan faham amaran dia bukan main-main”ujar lelaki itu sambil tersenyum sinis.Dia merapati Aizan dan lelaki yang kedua itu berpusing ke belakang Aizan. Dadanya berdegup kencang.Tanpa amaran,Aizan menghayunkan tangannya untuk menumbuk lelaki itu.

Lelaki pertama itu sempat mengelak,dan dengan pantas dia menendang perut Aizan.Aizan yang tidak sempat menahan jatuh ke lantai.Dia menahan senak di bahagian perutnya itu.

“Bos cakap jangan calarkan muka kau sebab nanti rugi”kata lelaki pertama itu tersengih-sengih.Aizan menggunakan sisa tenaganya yang ada lalu menendang muka lelaki itu.Darah mengalir dari hidung lelaki itu.

“Bangsat!!Celaka!Kau pegang dia sekarang!!”marah lelaki itu berapi-berapi.

“Lepaskan akulah bodoh!!”Aizan memaki-maki lelaki kedua yang memegang kejap tangannya dan menumbuk perutnya.

“Kau memang celaka lah.Pang!!”lelaki itu menampar muka Aizan.Namun dia masih belum berpuas hati.Dia mencekak rambut Aizan dari belakang dan menghantuk kepalanya pada lebihan kayu.Aizan meraung kesakitan.Sengihannya menjadi panjang apabila melihat Aizan lemah.Dengan pantas dia merentap t shirt Aizan sehingga koyak.Mata itu galak memandang tubuh Aizan yang terdedah.Nafsunya bergolak hebat.

Lelaki itu merapati Aizan.Matanya masih galak memandang Aizan yang terbaring lemah.Dia mengusap lembut kepala Aizan.

"Shuhhh,tak ada apa ok..sikit je..."lelaki pertama itu berkata.

"Jangan..."lemah Aizan berkata.Kepalanya mula berdenyut.

“Tolong..tolong jangan..tolong...”Air matanya sudah mengalir laju.Dia menahan lelaki yang sedang menindihya dengan tangannya.Lelaki yang berdiri berhampiran memijak dada dan perut Aizan kuat.Tercungap-cungap Aizan.

“Baik kau diam...”bisik lelaki itu sambil mencium-cium telinga Aizan.Matanya berbalam-balam.Kepalanya berdenyut-denyut menahan sakit.Darah mengalir dari kepalanya.Ya Allah,tolong aku.Lemah dia berbisik.Lelaki itu semakin rakus.

Lamunannya terhenti apabila mesej baru masuk.Dia menarik nafas panjang.Dia benci.Benci untuk mengingati apa yang berlaku.

**********
Fakhrul membuka tingkap yang itu seluas yang mungkin.Udara segar menderu masuk.Dia tersenyum.Sekali sekala dapat menghirup udara segar. Telinganya menangkap bunyi pancuran air. Sengihannya menjadi semakin lebar. Siapa tahu,mungkin rezeki dia malam ni?Ikan terbentang di depan mata,tak akan dia nak tengok je.

Tapi dia kena berhati-hati dan pandai mengatur strategi.Aizan bukan seperti lelaki atau perempuan yang pernah dia tiduri selama ni.Aizan nampak jinak tapi liar apabila di dekati.Aizan menggoda tapi tidak mudah untuk dijerat.

Well,Fakhrul kita tengok siapa yang tersungkur nanti.Sungguhnya hari masih panjang.Jika orang tanya apa yang dia suka sangat pada Aizan,well first of course muka dia,especially senyum dia yang terserlah lesung pipit tu memang tersangat menggoda.Lagi satu,Aizan bukan jenis yang mudah menyerah.Tak pernah orang menolak dia.Paling penting,Aizan bukan jenis yang suka berdrama seperti semua bekas-bekas kekasihnya.

Aizan keluar dari bilik air bersama bath robe.Dia mencapai tuala kecil untuk mengelap rambut yang masih basah. Dia mendedahkan lagi bahagian dadanya.Terserlah dadanya yang putih.Oh god,aku bukan ada cleavage pun nak tunjuk.Dia menutup kembali dadanya yang terbentang luas itu.Bangang pulak otaknya time-time macam ni.

Ya,dia berkongsi bilik dengan Fakhrul.Berkongsi tidak bermaksud menyerah.Dia tidak semurah itu.Dia perasan mata Fakhrul yang tidak putus meratah tubuhnya dari tadi macam nak telan.Seram sejuk juga dia bila fikir balik.Ya lah buatnya tengah-tengah aku sedap tidur dia ngap aku kan lain plan lain yang jadi.

“Mungkin ini antara peluang yang aku ada..”hatinya berkata.Dia pujuk hatinya.Dia kena rancang sebaik yang mungkin.

“Macam mana kalau kau tersayang dia balik?”otaknya mula meningkah

“Tak mungkin...aku benci dia..”hatinya membalas.

“Tapi kau pernah menyayangi dia malahan lebih dari itu..”otaknya masih lagi memujuknya.Jantungnya mula berdebar.Manusia hanya mampu merancang.Akhirnya,kita hanya manusia terlampau banyak khilafnya.

************
Sungguh dia rindu.Kakinya mula bergerak namun terhenti seketika.Berfikir sejenak haruskah dia memunculkan diri?Dia memandang ke hadapan namun kelibat orang yang dirindui sudah tiada.Dia menghela nafas berat.Mungkin dia hanya bermimpi atau berangan.Tiba-tiba bahunya dicuit dari belakang.Perlahan-lahan dia berpusing.

Tergamam.Rindu yang menggunung tersemat di dada hanya DIA yang tahu. Masih sama seperti kali terakhir dia jumpa.Tangannya terangkat sedikit untuk mengusap wajah orang yang dirindui.Terhenti seketika.Jangan,dia dah hancurkan hati Izzat.

“Iz..Izzat..”

Izzat tersenyum.Matanya berkaca.Tidak tahu kenapa,hatinya berasa sangat pilu melihat Aizan tersenyum di samping Fakhrul tadi.Kalau ikutkan hati,mahu sahaja dia memeluk Aizan semahunya namun siapa dia?Akhirnya dia juga manusia,dia faham jika orang tidak mencintainya.Mencintai tidak semestinya memiliki.

Aizan masih terdiam.Izzat melabuhkan punggung di bangku itu.Sungguh tenang udara di sini.Dia menghulur coffee pada Aizan.Aizan menolak dengan menggeleng kepala.

“Izzat sihat?”

“Alhamdulillah sihat.Makin berisi tak nampak ke?”katanya sambil tergelak.Aizan hanya mampu tersenyum.

“Selalu ke pergi bercuti?”tanya Aizan.Tiba-tiba ingin tahu.Banyak juga yang dia tidak tahu pasal Izzat even mereka kenal dari zaman university lagi.

“Tak juga...selalunya 1-2 bulan sekali itu pun pergi yang dalam Negara..kau datang dengan siapa ni?”dia menatap wajah yang dirindui itu.Perasaan ingin tahu tentang lelaki yang dilihat tadi membuak bukannya dia tidak kenal cuma inginkan kepastian.

”Aku datang dengan kawan..”Aizan berkata perlahan.Dia merenung wajah Izzat yang tampak tenang dan bersih itu.

“Aku pun..eh kawan-kawan aku dah panggil lah..aku pergi dulu ea?”Izzat kelihatan membalas lambaian itu serentak bangun dari bangku.

Aizan juga turut bangun sekali.Perlahan-lahan menapak ke arah Izzat.Dia memeluk Izzat lama.Tidak tahu kenapa dia amat rindukan kehangatan pelukan Izzat malahan dia sangatlah rindukan Izzat.Mata Izzat mula berkaca,dia membalas pelukan Aizan.Dia mengusap kepala Aizan perlahan.Mana mungkin dia menafikan yang dia tidak menyayangi Aizan.

Namun dia meleraikan pelukan itu segera.

“Kalau di beri satu peluang....”

********************
Sejurus Izzat berlalu,Aizan terduduk tanpa kata.Tergamam.Hatinya berasa sakit.Tidak tahu kenapa,hatinya rasa sakit.Ayat itu seolah-olah terngiang-ngiang di telinganya.

“Aku dah berhenti belajar untuk mencintai kau...”

“Kalau diberi satu peluang untuk buat 1 benda yang aku nak,aku berharap aku tidak jatuh cinta dengan kau,kenal kau tapi siapa aku untuk halang benda itu?Akhirnya aku manusia biasa.Aku tetap sukakan kau...”matanya berkaca.

Dia memegang dadanya kuat.Mungkin itu apa yang Izzat rasa apabila dia mengucapkan benda yang sama.Aizan merenung ke dalam mata Izzat.Kosong.Aku nampak dalam mata dia.Tiada apa-apa.Kosong.

“Ya Allah,sakitnya hati ni...kenapa..kenapa”teresak-esak dia menangis sambil memegang dadanya.Belum sempat dia merasai manisnya cinta.Perasaan itu seolah-olah ditarik.Padahal itulah apa yang dia sendiri inginkan.

Mungkinkah ini apa yang Izzat yang rasa apabila dia mengucapkan benda yang sama?

Bersambung...


p/s: Selamat membaca.Maaf Lambat.Busy sangat >_<

Friday, 21 August 2015

Perangai Kau...

Selamat Petang. Dah bersawang pulak blog aku ni,haha.Ok tak apa abaikan.Actually nak cerita pasal perbualan aku dengan kwn aku ni. Sorry to say lah aku ni memang tak favor sangat orang yang suka cerita pasal sex life dia ke apa,tak kisahlah straight or tak.

Maaflah,kalau setakat nak cerita yang kau dah banyak kali buat dengan orang lain,serius aku rasa orang tu memang murahan sangat.Aku memang tak ngamlah dengan orang yang rasa hidup dia tu sosial yang ikut zaman lah sangat.Benda ni aku paling menyampah dalam Lgbt ni,sikit-sikit nak cerita pasal sex,kau bottomlah,kau toplah,kau tu la,ni lah.

Aku tak cakap yang aku ni bagus,alim atau pandai sangat nak ceramah orang ke apa tapi tolonglah jangan merendahkan martabat diri sendiri.Nampak sangat murahnya kat situ.Apa ingat kau lelaki,perkataan murahan tu tak boleh kena dengan kau?Apa ingat sebab kau hilang teruna tak nampak kesan macam perempuan kau boleh nak sesuka hati bangga pergi canang sana sini cerita tu?

Dulu aku selalu kena tanya sebab kenapa tak pernah bg wechat ID dkt insta or twitter ke apa sebab bila bagi je soalan pertama dah keluar pasal position bagai?Aku macam..pleaselah kau baru chat dgn aku tak sampai 10 min pun.Sorry to say,bagi aku sesiapa yang terlalu bagi sangat wechat dia bagai tu memang reason nak hook up je.

Bagi aku,kau tak perlulah nak meletakkan maruah kau tu bawah tapak kaki.Tak kisahlah orang nak cakap apa tapi hidup ni kan biar ada pride sikit.Kalau kau sendiri tak hargai diri kau tak payah lah nak harap orang lain akan buat benda sama.Just nak cakaplah,tak kisah kau gay ke,tak ke apa ke jangan jadi murahan sangat dalam hidup tu...

p/s:Maaflah,post benda panas :3

Saturday, 25 July 2015

Akhirnya...

Story 8


Baginya cinta,perasaan itu semua tidak harus wujud malahan kadang-kala benda itu menyusahkan.Itulah prinsip Fakhrul,jangan jatuh cinta kalau boleh.Cuma buat sedap-sedap tu boleh diterima lagi.

Dia menatap gambar yang di terjatuh dari kotak dalam file itu.Gambar dia memeluk seorang lelaki berkaca mata.Mesrakah mereka?Kenapa dia boleh lupa?Tiada nama pengiring cuma ada tulisan di belakang bertulis.

“Tamak sehingga mengorbankan kasih yang disemai”

Mindanya masih mengerah siapakah pemilik gambar itu?Siapakah lelaki dalam gambar itu?Fikirannya melayang walaupun dia ada meeting lebih kurang 40 minit lagi.Lamunannya terhenti apabila pintu biliknya diketuk.

Terjengul wajah yang dirindui itu,Aizan. Aizan tersenyum manis melihat bosnya itu.Rindu pula nak tengok muka bos yang handsome itu.Haha.Dia melabuhkan punggungnya sambil tersenyum.

Belum sempat Fakhrul menyimpan gambar itu,Aizan sudah mencapainya.Aizan menilik seketika gambar itu.Mula-mula dia tersenyum,tidak lama kemudian terhambur ketawanya.Fakhrul memandangnya dengan aneh.

“Kenapa gelak?”

Aizan masih ketawa terbahak-bahak.Tidak tahu kenapa dia terasa lucu melihat gambar itu.

“Sorry Fakhrul,is this your boyfriend ke?”

Fakhrul masih diam.Matanya merenung tajam ke arah Aizan yang seolah-olah mempermainkannya.

“Nope....tak mungkin dia..”

“Tak mungkin dia taste you kan...nerds,kulit pun nampak kusam...nampak macam miskin..geli tengok orang macam ni”Aizan sempat mengutuk pemilik gambar itu walhal hatinya sudah mula menggelegak.Sampai sekarang masih menafikan benda tu?Memang celaka betul.

“Ada apa En Fakhrul panggil I ni?”

Fakhrul berdehem seketika“Hurm,I ada meeting dengan client khamis ni so I ingat nak bawak one of my model time meeting tu”sebenarnya itu hanya alasan Fakhrul untuk mendekati Aizan.

“So kita berdua sajalah En fakhrul?”tanya Aizan berfikir sejenak.Otaknya ligat berfikir malahan rencana sudah mula terhampar dalam mindanya.Mungkinkah ini masa yang dia tunggu-tunggukan selama ni??

“Ya..berdua sahaja”Fakhrul tersenyum.Aizan terpana sebentar.Bukan kerana terkedu dengan ketampanan senyuman itu namun mengingati betapa bodohnya dia jatuh hati pada senyuman lelaki itu suatu ketika dulu.

*****************
Syafika berjalan ke arah Aizan yang sedang duduk di sudut hujung cafΓ© itu.Aizan yang sedang mengelamun itu tersentak dengan kehadiran Syafika.Dia tersenyum sedikit memandang Syafika yang duduk di hadapannya.

“Woi,asal kau termenung ni?Macam mati bini je..”tegur Syafika.

“Tak adalah aku tengah berfikir..”

“Fikir apa sampai berkerut-kerut dahi aku tengok tadi”Syafika berkata sambil menghirup air di hadapannya.

“Hurmm adalah..hahahha”jawab Aizan sambil tersengih.

“Eleh,tak nak kongsi dengan aku..tak apa tunggu time kau merana,frust guling-guling cari aku siap kau”jeling Syafika.

“Hurm..Fika contohnya orang tu pernah sakitkan hati kau,buat kau merana kau rasa apa yang kau akan buat if aku ada satu peluang untuk balas semua benda yang dia buat pada kau?”mendalam pertanyaan Aizan.

Syafika terdiam sejenak.

“To be honest,if akulah memang nak balas dendam sebab tu je benda yang boleh puaskan hati aku but to what end?Sebab kadang-kadang dia tak dapat pun kembalikan apa yang kita hilang.Tapi macam biasalah benda ni senang cakap tapi nak maafkan pun susah.Mungkin kita maafkan tapi lupakan benda tu?Tak mungkin”

“Kau rasa kau mampu ke nak maafkan?”

“Benda tu susah nak cakap sebab dia bergantung juga.Kadang-kadang tu kau sendiri senang ke nak maafkan orang bilatahu kau lagi suka berdendam?Bila kau terluka dia ambil masa kan untuk pulih kadang-kadang makan masa juga and tak mustahil ada yang tinggalkan parut.Macam tu juga hati dengan perasaan kau.Dia ambil masa.Kita manusia biasa tak lari dari khilaf”panjang Syafika berkata.

“Hurmm..kau ni otak macam professorlah..hahha”lembut Aizan berkata sambil tangannya ingin menolak kepala Syafika.Syafika mengelak sambil menjeling tajam.

“Tangan tu..aku patahkan nanti.Hello,apa guna ada ilmu tak share..kahkah”Aizan hanya mengeleng-geleng kepala melihat kawan baiknya tergelak.

****************
Akhirnya,antara kasih sayang dan dendam,mana satu yang dia pilih?Baginya,benda itu harus dilaksanakan.Peritnya ingin mencabut duri dalam hatinya.Betapa sakitnya untuk merawat setiap luka yang wujud.

Tiba-tiba matanya ditutup dengan 1 tangan dari belakang.Nafas suam milik penutup mata itu terhembus lembut di telinganya.Meremang bulu tengkuknya.Tak boleh jadi ni,Aizan dengan pantas menyiku ke belakang.Telinganya sempat menangkap bunyi orang mengaduh kesakitan.Tidak cukup dengan itu dia mengilas tangan itu kuat.Well,fighting skills serve you.

“Aduhh..ganasnya sayang”

Dia lantas berpusing ke belakang.Matanya hampir terjojol melihat gerangan manusia di belakangnya.Izzat sudah terduduk kesakitan.Kenapalah,kau ada kat mana-mana je?Penat dia menjauhkan diri dari Izzat.

Itulah apa yang dia buat dari dulu,bila sukakan seseorang jauhkan diri,pura-pura tak layan dan kalau boleh dia tak nak rapat dengan orang tu.

“Aku nak ucapkan terima kasih sebab jaga aku.Hahaha”Izzat berkata sambil tersengih-sengih. Aizan memandang pelik ke arah Izzat,hai macam tak boleh nak bagitahu kat wassap saja.Paling sopan pun call lah.

Masih diam dan Aizan berpura-pura menyibukkan diri mengemas-ngemas mejanya.Tanpa sengaja,dia tertolak timbunan buku yang terselit gambar-gambar lama mereka.Izzat mengutip gambar yang terjatuh di kakinya.Izzat mengeluh berat.

“Kenapa kita macam ni Izan?”lembut dia berkata sambil merenung mata Aizan.Aizan melarikan matanya.

“Macam mana apa?”Aizan masih lagi selamba walaupun suaranya sudah bergetar.Izzat masih memegang gambar itu.

“Apa yang kau nak buat dengan gambar ni?”tanya Izzat mengeluh berat.Dia tidak tahu bahawa Aizan masih menyimpan dendam.Telahannya tepat.

“Kau tak layak nak tentukan apa yang aku buat..kau siapa..”Aizan bersuara dengan keras.Izzat bergerak mendekati Aizan dari belakang dan memeluknya lembut.Jantungnya berdetak dengan kencang.

“Jangan Aizan,jangan terus macam ni...nanti kau sakit...”lembut dia berbisik.Aizan memejamkan matanya,sebak mula memenuhi ruang hatinya yang kosong.Izzat,jangan macam ni,jangan bagi aku harapan.Dia merungkaikan pelukan Izzat.

“Kau tak akan faham apa yang aku lalui Izzat...sebab kau tak lalui apa...Maruah aku dipijak ”sebak Aizan memandang Izzat.

“Jadi kau pilih untuk balas dendam dari maafkan diri sendiri?”matanya tajam menikam Aizan.

“Apa maksud kau?”

“Kau tahu kenapa kau nak balas dendam?”tanya Izzat sambil menggoncang bahu Aizan kuat.Aizan masih lagi diam.Matanya sudah mula berkaca.

“Sebab kau tak boleh maafkan diri kau lagi,kau tak mampu nak maafkan diri kau...”keras Izzat berkata sambil menggoncang kuat bahu Aizan.Aizan merenggangkan pegangan Izzat.

“Memang aku penyebabnya,kau tak nampak depan mata kau macam mana mak kau kena halau dari rumah,apa kau nak suruh aku buat?Tengok?Tak buat apa-apa?Ak..aku nampak dia kena halau Izzat..aku tak mampu nak tolong”tengking Aizan.

“Kau tahu tak aku sakit,sakit sangat.Aku hampir gila bila benda itu berlaku...Izzat aku sakit.Aku sakit...hati aku sakit.Aku bodoh percaya sebab cinta...”hampir pecah suara Aizan sambil memegang dadanya.Dadanya berasa sakit.

“Macam mana kalau aku cakap yang aku dah mula sayangkan kau...?boleh kau bagi aku peluang?”sayu Izzat bersuara.Lirih mata Aizan memandang Izzat.

“Aku tak boleh nak tipu cakap yang aku tak suka kau,aku tak boleh berjauhan dari kau,aku cuba paksa diri aku untuk berhenti sukakan kau tapi aku tahu aku tak boleh tipu hati aku yang dah sukakan kau..”sebak suara Izzat berkata.

“Jangan...jangan...jangan sayangkan aku....”hampir bergenang air mata Aizan.Hampir terhenti jantung Aizan mendengarnya.

“Aku tak boleh anggap kau kawan saja..aku tahu benda tu salah”

“Kalau diberi peluang abaikan semua benda tu..apa yang kau akan buat?”berkaca mata Aizan.Lembut Izzat mendekati lalu mencium bibir Aizan lama.Menitis air mata Aizan bersama perasaan sebak yang terkumpul.Mungkin ini peluang yang dia ada?Hatinya sakit.

“Jangan Izzat..”dia menarik bibirnya menjauhi Izzat.

“Pandang mata aku cakap yang kau tak sayangkan aku...pandang mata aku Aizan...”lembut suaranya berkata sambil memegang bahu Aizan.

Hampir pecah dada Aizan mendengarnya, perlahan-lahan dia menarik nafas sambil menatap mata Izzat.Mengumpul semangat malahan melenyapkan perasaan yang mula bercambah.Sekelip matanya wajahnya bertukar menjadi beku tanpa sebarang perasaan.

“Aku tak pernah sayangkan kau walau..walaupun sebesar titik dalam hati aku tak wujud sayang aku pada kau..tak pernah terdetik di hati aku untuk cuba cintakan kau”hati Aizan menangis semahu-mahunya.Wajahnya masih kekal beku tanpa perasaan.

Jantungnya bagaikan direntap.Mungkin inilah permulaan dan pengakhirannya?

“Walaupun kau tak sayangkan aku,aku tetap sayangkan kau sampai bila-bila Aizan..jaga diri elok-elok.Jangan tinggal solat.Maafkan aku...”dia menarik kepala Aizan mendekatinya.Lembut dia mencium dahi itu.Lama seolah-olah itulah kali terakhir dia jumpa Aizan.Dia sudah berjanji untuk tidak menangis demi cinta lagi namun air matanya tetap degil.Perlahan menitik di samping wajah beku yang di pamerkan.


Hatinya nekad untuk membalas dendam.

Bersambung...

Tuesday, 21 July 2015

Equality ??

Selamat malam.Actually aku nak cakap pasal topic ni dah lama but hold dulu because aku rasa benda ni agak heavy untuk di ceritakan.As it's stated in the title equality.If I not mistaken,in June this year,dah legalize same-sex marriage yg in my opinion quite worldwide kan.

Aku tertarik dengan 1 tweet ni di mana there's a girl(A) cakap :

"I don't mind if you're gay,lesbian and muslim because that's your own matter but stop saying being lbgt is acceptable in Islam because you're spreading wrong information"

And then ada reply (B)

"It's hard act not to mind if you're gay and muslim"

Pada pendapat aku,aku setuju jugak dengan apa yg si reply tu because somehow kau tak boleh pretend yang kau ok with this issue even kau kadang-kadang just nak bagi opinion sebab awal-awal dah kena bash.

Even kau ACT NOT TO MIND pun tak boleh nak buat apa tah lagi accepted.Especially if kau duduk dalam negara yang conventional thinking or strictly not familiar with taboo issue. I'm not saying yang kita suppose to be support benda ni sebab kita sendiri sedar benda itu memang haram kan?Faham kan benda yang haram tetap haram.Itu betul,tepat sekali.

Aku setuju jgk pendapat si A tu juga sebab kadang-kadang orang pandai kita ni macam yang kita terlampau desperate sangat nak berboyfriend/girlfriend or kita confirmlah akan rampas bf/gf diorang if kita admit yang kita ni tak straight.I mean what the hell bitch?Ingat aku terdesak sangat,ingat aku ni tergedik-gedik sangat nak kejar jantan sana-sini tanpa ada arah tujuan hidup.Wake up!!Aku pun ada benda lain nak buat selain dari fikir benda-benda macam tu.

Just pemikiran mereka terlampau kepada yang kita confirm menjijikan,so jaga bf.gf elok-elok nanti kena kebas pula.The way they treat us to yang menyebabkan kadang-kadang kita rasa lagi bagus berpura-pura or hidup dalam keadaan discreet sampai bila-bila.

p/s:Boleh share any thoughts :)

Thursday, 16 July 2015

Hari Raya 2015

Selamat hari raya semua.Aku nak minta maaf if ada apa yang aku tulis ada membuatkan orang tersentuh,tersakit hati atau tak suka.Maaf banyak-banyak.

Just sedikit reminder,pada sesiapa yang drive untuk balik kampung.please-please drive safely.If penat sangat berhentilah walau sekejap.Waktu/Musim perayaan ini kemalangan sangat mudah nak berlaku.Semua nak berebut,bersaing,nak cepat balik rumah.

Ingat always take care diri sendiri dekat kampung or kat mana-mana.Sekali lagi selamat hari raya,doakan aku tak mengembang bulan raya ni.Mood makan menggila sedikit sejak-sejak akhir ni.Haha.Makan banyak-banyak.

p/s:Nantikan update terbaru dengan story 8 nanti ;p

Tuesday, 23 June 2015

Akhirnya..

Story 7

Perlahan-lahan dia menggosok dahinya yang dicium oleh Izzat. Pandangan dan renungan Izzat yang tajam dan redup semalam betul-betul menakutkan dia.Dia bukan tidak faham renungan yang dahagakan sesuatu.Sesuatu yang dia sendiri tak boleh bagi.

Sebenarnya lebih kepada paranoid,dia takut.Dia takut apabila sayang dia tak boleh lepaskan malahan mungkin selepas dia bagi segalanya,dia akan ditinggalkan.Memanglah lelaki tak dikira sangat if “dara” hilang tapi baginya jangan jadi terlalu murah.

Cuma yang dia keliru,dia yakin Izzat bukan seperti dia. Izzat straight.Tapi seberapa pastikah fakta itu?Sejahat-jahat dirinya dia tidak pernah berharap untuk menyuruh Izzat membalas kasihnya.Dia mencapai fonnya dan melihat gambar Izzat.

Lembut dia mengusap gambar itu sambil senyuman terukir di bibir.Gambar dia tersenyum di sebelah Izzat.Gambar mereka memakai topi “couple”.Gambar yang paling dia sayang,dia memeluk lengan Izzat sambil meletakkan kepalanya pada bahu Izzat.

Mungkinkah ini peluang untuk yang dia merasai kasih sayang sebenarnya?Tapi dia tidak mahu mencintai hanya kerana nafsu.Sungguhnya mencintai itu tidak semestinya memiliki.Itu adalah hakikat yang perit untuk diterima.Dia seboleh-bolehnya ingin matikan perasaan cinta,kasih sayang kerana baginya semua itu menyakitkan.

Baginya dendam yang berakar umbi harus dilaksanakan.Masih berbaloikan dendam itu?

Tapi dia masih tidak faham kenapa? Lambat-lambat dia menghantar wassap pada Izzat.Mereka sudah dewasa.Jadi untuk apa memeningkan kepala apabila masalah itu boleh bawa dibincang?Mindanya melayan lagi ke arah perbualannya bersama Syafika.

“Fika,apa benda yang kau appreciate sekali dalam hidup kau?”

“Hurmm susah soalan kau ni...hahaha”terhambur ketawa Syafika sambil membetulkan tudungnya.

“Apa yang susah..jawab jela..”Aizan mengunyah mangga bersama kicap itu.

“Of course family aku,kasih sayang dari orang sayangkan kita dalam diam..walaupun orang itu tak mungkin sayangkan aku macam mana aku sayang dia,aku harap dia tahu aku tak berhenti sayangkan dia..”mendalam Syafika meluahkan pendapatnya.

“Tapi wujud ke jatuh cinta bukan sebab rupa semua tu?”

“Itu kau silap Aizan,to be honest aku rasa kau tak akan jatuh hati pada orang tu sebab kau suka perangai dia at first,mesti kau tengok appearance juga and then slowly baru kau jatuh sayang sebab kau rasa selesa,dia faham kau bukan rupa semata-mata”

“Mungkinlah kalau kau yang rasa macam tu Fika?”

******************
Aizan mengetuk pintu itu perlahan.Dia mengetuk kuat sikit.Matanya menangkap loceng yang tersedia ada untuk diguna.Oh my,kenapa aku bebal sangat ni?Dia menghentikan kerja sia-sia itu dan menekan loceng pula.

Masih tiada jawapan.Dia memegang tombol pintu.Hurmm?Tak berkunci?Biar betul mamat ni,gila apa tak kunci pintu rumah.Dia masuk ke dalam perlahan-lahan.Kepalanya terjengul,terhendap-hendap seperti pencuri.

Mana dia pergi?Dia menangkap bunyi pancuran air sayup-sayup.Hurm,nak masuk ke tidak?Masuk mana ni Ijan?Bilik air ke bilik tidur dia?Haih,bangang pulak otak dia ni berfikir.Masuk bilik tidur dialah,jadah apa masuk bilik air.

Tanpa sebarang amaran,dia membuka pintu dan matanya terbuntang luas.

“Arghhhhhhhhhhhhhhhh”Aizan menjerit.

“Arghhhhhhhhhhhhhhhh”Izzat juga menjerit.

Aizan dengan pantas menutup matanya.Aku tak nampak apa-apa.Aku tak nampak.Mukanya sudah membahang menahan malu yang teramat.Telinganya sempat menangkap bunyi orang jatuh,bedebuk!!
Dengan pantas dia membuka mata dan terkejut apabila melihat tubuh Izzat terbaring di situ.Pantas  dia berlari mendapatkan Izzat.

“Berhenti....jangan masuk!!!”jerit Izzat dari dalam.Aizan terhenti seketika.Lah,kan jatuh tak akan lah tak nak tolong pulak.Aku ni bukan jahat sangat pun.

Tanpa menghiraukan amaran Izzat dia masuk ke dalam dan menutup pili air.Matanya mencari tuala yang masih tersidai di tepi itu.Dia membalut tubuh itu dengan tuala dan memapahnya ke katil.

“Kau sengaja nak tengok aku kan?”Izzat meluahkan rasa tidak puas hatinya.

"Eee tolonglah,aku pun ada lah"alahai bangang pulak jawapan aku ni.

Aku tendang jugak kan dia ni.Tapi disebabkan aku ni baik.Aizan diam tidak membalas.Malas nak bertekak dengan orang yang tak nak kalah ni.Lagi satu orang tu tengah sakit.Dia membantu Izzat duduk di katil.Hurm,ubat?Ubat apa ni?Coolfever bagai lagi tepi katil.

Dia meletakkan tapak tangannya ke dahi Izzat.Panas juga.Izzat terpana melihat wajah Aizan rapat dengannya.

“Kau dah makan?”tanya Aizan sambil memandang Izzat yang sudah berbaring di katil.Izzat mengeleng kepala.Aizan mula bergerak keluar dari bilik itu.Baru sahaja kakinya ingin melangkah,Izzat memanggilnya.

“Izan,jangan pergi..jangan tinggalkan aku..”redup mata itu memandang Aizan.Tersentuh hatinya.

“Aku nak masak sikit untuk kau”otaknya mula ligat memikir untuk masak apa.Argh,bubur je lah senang dengan sup.Kalau malas sangat aku drive thru je la apa-apa.

Tidak sampai setengah jam,dia masuk ke bilik Izzat.Izzat sudah tertidur bersama coolfever di dahi.Dia meletak bubur dan sup di tepi.Dia menghenyak punggungnya di tepi katil Izzat.Teketar-ketar tangannya menyentuh ubun-ubun Izzat.Lembut tangannya mengusap rambut Izzat.Telinganya menangkap bunyi dengusan nafas Izzat yang sedang tidur itu.

“Kenapa kau seolah-olah bagi aku harapan Izzat?aku minta maaf sebab aku tak boleh nafikan yang aku dah jatuh sayang pada kau...”

“Tapi aku takut,akhirnya aku akan keseorangan...”

“Aku tak tahu nak percaya siapa...macam mana kalau aku seorang je yang rasa macam ni..?sedangkan kau anggap aku tak lebih dari kawan?”perasaan sebak mula berkumpul di ruang hati Aizan.

“Kenapa..kenapa aku tak boleh dapat cinta sebenarnya…kenapa aku cintakan bayang-bayang?”

“Sebab aku tak boleh pilih siapa aku nak jatuh cinta....kalaulah boleh aku pilih..maafkan aku Izzat”perlahan suara Aizan.

Lembut dia merendahkan wajahnya,mencium pipi Izzat.Tanpa Aizan sedar,air mata Izzat menitis perlahan dalam tidurnya.

Mungkin nasib menyebelahi Aizan kali ni?Sungguh manusia jadi buta kerana cinta.Mulutnya mengatakan tidak tapi hatinya berat mengiakan.

************************
Gila bayang.Mungkin ya.Itulah apa yang dirasakan oleh Fakhrul.Matanya sudah mula terbayangkan Aizan di hadapannya sambil tersenyum.Lesung pipitnya juga terserlah.Mendengar nama itu sahaja sudah membuatkan jantungnya berdegup.

Aizan yang nampak senang dimiliki tapi menjauh apabila didekati.Lamunannya terhenti apabila handphonenya bergetar tanda notification masuk.Dia membelek seketika facebooknya dan mengamati gambar yang di tag sewaktu dia belajar di university.

Dia hanya membelek sekilas lalu seolah-olah tidak berminat namun matanya menangkap satu wajah yang seperti pernah dilihat.Dia menekan gambar itu.Siapa ni?Puas dia memerah otaknya,namun mindanya seolah-olah ingin menutup ingatannya tentang itu.

“Kenapa suka sangat lagu ni?”

“Entah,sebab saya rasa lagu ni buat saya ingatkan awk..haha”

“'Cause nothing can ever,Ever replace you.Nothing can make me feel like you do, yeah.You know there's no one .I can relate to.And know we won't find a love that's so true”

Bait lagu itu seperti pernah didengar namun dia lupa di mana.Suara itu seolah-olah bermain-main di telinganya.

“Siapa dia tu?”tanpa sengaja dia tertolak file di tepinya.Matanya terbeliak melihat gambar itu.

“Tak..tak mungkin.....tak mungkin.....mustahil...”peluh mula merecik di dahinya.

Bersambung...

p/s:Maaf delay banyak sangat.Sorry hectic gila.Btw selamat berpuasa,rasa macam tak terlambat lagi nak ucapkan :)





Thursday, 7 May 2015

STRESSSS!!

Selamat Petang.Tiga-empat minggu lepas,aku berada dalam depression mode yang sangat teruk.Macam mana nak cakap ea?For example,katakan macam nilah kau kena buat something dengan segera due to deadline dia dah makin dekat and then benda tu sort of menentukan keberjayaan dalam hidup kau.Dipendekkan cerita kau seorang je yang tak boleh buat malahan kau tak boleh buat even kau dah start benda tu dari awal.

Aku ingat lagi ada sampai 1 tahap aku tak boleh nak berfikir,aku tak boleh nak belajar or even nak buat apa-apa sebab terlampau tertekan dan fikirkan sangat benda tu.Korang semua mesti pernah masuk dalam zone terdesak?Sampai kau rasa macam nak guna je cara yang tak halal supaya benda tu setel?To be honest aku sampai tahap macam tu.

Sama juga macam orang yang masih single,orang keep pressuring kau bila nak kahwin?bila nak kahwin?Sampai kau rasa macam nak cakap jangan menyibuk boleh tak?The thing is kadang-kadang bukan parents kau, yang pressure orang – orang yang tak berkenaan yang tersangatlah menyakitkan hati keep bising-bising.

Kadang-kadang kita bukan tak berusaha,bukan sesuka hati tak buat benda tu bila dah melibatkan kejayaan sesuatu.Benda itu lagi disappointed bila orang yang kau sayang sendiri cakap “Eh,memang kau tak usaha langsung ke?Tak ada inisiatif?”

Last-last aku ambil keputusan untuk malas nak fikir dan cuba usaha lagi dalam keadaan tak stress,barulah boleh berjalan dengan biasa benda tu.To be honest,jangan bagi diri kau depress banyak kesan buruk.Tak bagus untuk kesihatan.Sorry bebanyak post pelik2,mood swing sikit dua menjak ni.

p/s:Dah siap story 7,cuma tengah revised.Banyak 



Wednesday, 8 April 2015

Akhirnya...

Story 6

“Hidupnya cinta bukan kerana hidupnya kita..”perlahan dia mengungkap perkataan itu.Izzat mengeluh perlahan.Jujur dia cakap,sebelum ini dia tidak pernah rasa begini.Adakah dia jatuh suka di sebabkan paras rupa?

Namun sampai bila benda itu akan bertahan kalau hanya pada paras rupa?Biarlah menyukai seseorang itu seikhlas yang mungkin bukan hanya kerana tuntutan nafsu.Tapi kalau menyukai sesama jantina,bolehkah konsep ini digunakan?

Pantas dia mencari number seseorang dan menekan butang dial.

“Assalamualaikum Fika. Aku nak jumpa kau..”serius nadanya

*************
Perasaan itu susah untuk ditelah malah sukar sekali untuk dibaca.Benda yang tidak diingini terjadi jua.Sifatnya yang lebih gemar mendiamkan diri dan memendam rasa itu kadang-kala menyusahkan orang lain. Dia tak takut pada cinta mungkin lebih kepada paranoid. Kepercayaannya itu terhakis sedikit-demi sedikit akibat luka lama.

Aizan mencintai lelaki yang jauh beza darjatnya,yang tipikalnya tidak sama taraf. Dia duduk di kerusi sambil termenung jauh.Lantas mindanya mengelamun ke arah peristiwa lama yang pahit.Dia yang lupa diri sehingga tergadai segalanya.

Perasaan baru yang mula bercambah itu membuatkan hatinya sakit.Sakit kerana dia mampu mempunyai perasaan itu.Dia benci dengan perasaan yang mula wujud itu.

****************
3 tahun lalu

Tubuhnya hampir longlai ke lantai.Deria pendengaran bagaikan hilang seketika.Aizan mengucap panjang apabila mendengar butir bicara bersama pegawai itu.Hatinya menjadi sayu apabila terbayang betapa kecewa wajah ibunya.

Pantas dia menekan telefonya dan mendial number yang masih terkukuh rapi dalam ingatannya.Engaged.Dia mencuba sekali lagi.Kali ini panggilannya bersambut.

“Hai sayang,ada apa ni call I?Rindu ke?”suara di sana bagaikan memerli Aizan sambil galak ketawa.Aizan memincingkan pendengarannya.Terdengar suara rengekan perempuan di hujung telefon.

Hatinya bertambah panas.Mengelegak seperti lahar gunung berapi.

“Sayang kepala bapak kau….apa yang kau dah buat syaitan?Tergamak kau jual..”Aizan menengking kuat.Dia bukanlah seorang yang pemarah jauh sekali suka bertelingkah.

“Hei,rileks..cuba bersabar..haha…Ijan sayang,kau dah lupa ke kau sendiri yang dah sign..kau sendiri yang buat keputusan bukan aku yang paksa kau…”jelas lelaki itu bermain kata yang berbentuk muslihat.

“Kau memang tak guna…kau memang tak ada hati perut…tak cukup kau malukan aku…kau ambil semua yang aku ada…manusia jenis apa kau ni…”Aizan hampir menangis.Benarlah kadang-kadang kerana cinta kita buta.Buta menilai baik buruk.Hilang pertimbangan dalam membuat keputusan.

“Well sayang kalau kau tak ada apa-apa nak cakap,aku out dulu ya..banyak ‘urusan’ nak buat”belum Aizan menjawab lelaki di sana sudah mematikan panggilan.

Aizan masih belum berpuas hati lantas dia menahan teksi dan ingin menuju ke suatu tempat.Dia yakin lelaki itu ada di sana.Tidak sampai setengah jam,dia sampai di kawasan kondominium mewah itu.Dengan pantas dia memasuki elevator itu dan menekan butang 20.

Dia berdiri tegak di hadapan pintu itu.Dengan penuh semangat dia mengetuk pintu kondo itu sekuat hati.Ada juga dia perasan beberapa mata yang memandangnya dengan pelik ataupun pandangan yang menjengkelkan.

Pemilik kondo itu membuka pintu dengan perasaan yang marah.Dia menarik tangan Aizan supaya masuk ke dalam.Aizan merentap tangannya dengan kasar.

“Apa yang kau buat ni Ijan?Kau nak malukan aku?”marah lelaki itu.Matanya mencerlung memandang Aizan.

“Malu kau?Malu aku kau tak pernah fikir?Kau bodohkan aku!Perangai macam iblis”tengking Aizan sekuat hati.

“Ehh kau dengar sinilah..bodoh” lelaki itu dengan pantas mencengkam muka Aizan.Aizan menepis kuat tangan itu.

“Kenapa kau buat aku macam ni?Apa lagi yang kau nak?..tak cukup ke apa yang berlaku hari tu…Kenapa..kenapa..”Air mata Aizan mula bertakung di tubir matanya.Perasaan sebak datang menjengah ke dalam dadanya.

“Haha..Ijan,ijan…kau tu naΓ―f sangat..kau percaya pada cinta?Apa kau ingat orang macam kita ni ada ke cinta?Tu semua menipu lah…orang bodoh macam kau je yang percaya..kau dengar sini baik-baik sematkan dalam kepala otak kau yang dah beku tu..”kata lelaki itu sambil menunjal kepala Aizan.

Tatkala itu Aizan tidak mampu menepis lagi,maruahnya bagaikan di pijak-pijak.Tidak bernilai langsungkah dirinya di hadapan lelaki itu??

“Cuba kau telek diri kau tu.Cinta tu semua mainan perasaan je.Apa kau ingat aku suka kau ke?Hahaa…Jujur lah,aku bukan nak berlagak tapi kira macam standard aku jatuh keluar dengan kau…kiranya kau ni..macam orang kata apa?Buat sedap-sedap?..”selanjur terhambur gelak yang kuat.

“Per..pernah tak sekali je hatta sebesar kuman kau sayangkan aku…dalam ruang hati kau…”suaranya sudah berubah menjadi serak.Bagaikan ingin pecah dadanya apabila mendengar bicara lelaki itu.Tangisannya tersekat di kerongkong.

Lelaki itu masih tergelak-gelak memandang Aizan.Baginya Aizan ibarat patung yang bernyawa.Dia berjalan mendekati Aizan sambil berbisik di telinga itu sambil mencium-cium lembut telinga Aizan.

“Lagi satu kalau kau berani-berani buka cerita,aku tak akan teragak-agak untuk bunuh mak kau dan juga kawan kau Izzat…kalau aku boleh semudahnya ambil apa yang kau ada tak mustahil aku boleh buat jugak…”keras dia berbisik di telinga itu.

***************
Pantas dia mengesat air mata yang baru muncul di tubir mata.Sejak dua menjak ni rindu pada maknya begitu menghambat perasaan.Telinganya bagaikan masih mendengar setiap bait dari lelaki itu.Dengan pantas dia menyingkirkan perasaan sedih yang mula bertamu.Inilah Aizan yang sekarang,ego,keras hati dan heartless.Dia tidak akan lupa penghinaan itu.Aku akan balas setiap satu penghinaan tu.

“Encik Aizan…lagi 30 min kereta you sampai”beritahu pembantunya.Aizan hanya mengangguk perlahan.Aizan membuka perlahan bajunya sehingga terdedah separuh tubuhnya.

Tanpa sedar,ada mata yang memerhatinya dari situ.Mata itu galak menjelajah setiap pelusuk tubuh Aizan yang terdedah.Keinginannya seperti-seperti meronta-ronta memintanya menyentuh tubuh itu.

Tiba-tiba Aizan berasa bulu roma di tengkoknya bagaikan berdiri sendiri,dia yang berasa tidak sedap hati berpusing ke belakang dengan pantas.Hampir terjojol biji matanya apabila melihat gerangan yang berada di belakangnya.

“Kau buat apa kat sini??”pantas dia menutup badannya yang terdedah itu.Alahai,selama ni badan dia terdedah sana sini time modeling tak ada apa pun.Pembetulan ya,terdedah sikit je bahagian dada.Tapi ni lain,dia tengok aku macam nak telan je.

“Hahaa…rileks lah Aizan…”galak dia ketawa tapi matanya masih leka menikmati ‘hidangan’ di hadapan mata.

“Kau ingat ni bilik stor ke?masuk tak payah bagi salam?dah bagus sangat ke?”marah Aizan.Mengagau cari baju yang jatuh.Baju ni time ni lah tak jumpa.Bentaknya dalam hati.

“Apa tengok-tengok?Aku cungkil biji mata tu kan…”sambil membuat gaya dua jarinya untuk mencungkil mata si gatal itu.

“Hmm..”itu sahaja yang dia jawab lalu masuk ke dalam bilik persalinan itu dan mengunci pintu dari dalam.Tupp.

Bagai nak luruh jantung Aizan melihat tindakan itu.Lelaki itu perlahan-lahan berjalan sambil membuka kotnya.Serentak itu membuka butang bajunya yang teratas dan kedua teratas.

Buka baju?Ehh salah,buka kot?longgarkan butang?Apa dia nak buat ni?Jantungnya seperti mahu terkeluar agaknya kalau boleh letak dekat luar memang dah buat.

“Ap…apa…ka..kau nak buat ni?”tergagap Aizan bertanya sambil terundur-undur ke belakang dan terduduk di atas kerusi empuk itu.

“Aku suka tengok kau malam ni…kau nampak lain.Kenapa aku tak perasan selama ni?”tanya lelaki itu lagi sambil merapatkan wajahnya ke muka Aizan.Dia mengusap lembut wajah itu.

“Kau buat pelik-pelik,aku terajang nanti…”ugut Aizan takut-takut.Namun lelaki itu masih tidak mempedulikan ugutan Aizan malahan terus membelai wajah itu lembut.

“Aku tak pernah rasa macam ni dulu dengan kau..kenapa aku jadi macam ni?Aku macam jatuh hati dekat kau”sebak dia menutur kata sambil menarik Aizan ke dalam pelukannya.Perlahan-lahan dia mencium dahi Aizan lembut.

“Izzat…jangan macam ni…jangan bagi aku harapan…”sebak dia menutur kata hampir teresak-esak.Itulah yang dia takut,berharap pada suatu yang dia sendiri tak pasti.Cukuplah hidupnya dahulu menjadi taruhan.Untuk mengulangi sejarah lama tidak mungkin.

Bersambung

p/s : Selamat membaca.Maaflah ambil masa yang lama untuk release.Doakan saya dapat idea yang banyak2 ya awk2