Story 19
Zaman Sekarang
Akmal mengunci pintu biliknya
dari dalam.Dia mengusap kepalanya perlahan.Yang terbayang di ruang matanya
hanyalah bayangan Adam dan Syamil.Dia merenung gambar Syamil yang berada di
atas meja itu.
“Syamil..syamill…”perasaan yang
bercampur baur dalam jiwanya.Antara sedih,kecewa,marah semuanya bagaikan ingin
terkeluar.Tanpa sebarang amaran dia membaling frame gambar itu ke cermin
biliknya.Berderai kedua-duanya pecah.
“Kenapa Syamil?Kenapa..kenapa
buat aku macam ni?Kenapa Adammm…”
“Aku pun sayangkan kau…aku tak
pernah berhenti sayangkan kau…”perlahan suara Akmal bersama perasaan sebak.Dia
berjalan mengambil sisa kaca yang berderai.Dia mengutip sekali gambar yang ada
di situ.Ada 2 gambar.Dia mengambil gambar Syamil sahaja.
Akmal mengusap perlahan gambar
itu.Dia tidak pernah bencikan Syamil dan Adam.Kalau boleh diundur masa memang
sudah dibuat di mana dia tidak mahu semua ini terjadi.
Dia meletak gambar itu di atas
tangan.Manakala tangan kiri Akmal pula menoreh gambar itu di bahagian muka
Syamil.Akibat tekanan yang agak kuat dia terhiris tangan sendiri.Tanpa sedar
darah menitik jatuh.Perlahan-lahan mengalir.Selepas itu dia mencium foto itu
perlahan lama.
“Kenapa aku tak boleh lupa?Kenapa
aku setiap kali aku tengok muka kau aku nampak dia Syamil?”tanpa sedar air
matanya menitis perlahan.Kalau boleh dia nak semua benda itu berlalu
pergi.Kalau boleh nak dia berharap yang ingatan dia tentang peristiwa itu di
ambil.Perasaan,jiwa malahan hatinya cukup terseksa.
Dia meletak gambar yang sudah
usang itu di atas katil.Matanya tertancap pada gambar 3 orang budak lelaki
dalam lingkungan 6 hingga 7 tahun.Ada seorang budak lelaki yang rendah sedikit
itu mencium pipi kawannya.Dia melihat tulisan di belakang.
“Kita sayang Amal
sangat”Amal.Amal.Sudah lama dia tidak mendengar panggilan itu.Kalau tidak
disebabkan peristiwa itu semua ni tak akan terjadi.Kalau tidak di sebabkan
manusia tak guna itu juga dia tidak akan jadi macam ni.Kadang-kala dia lupa
penggunaan kalau itu sendiri menunjukkan bahawa dia tidak redha dengan takdir
yang sudah tertulis dan yang sepatutnya di ambil adalah pengajaran.
Bersama darah yang masih tidak di
kesat dia mengesat air mata yang baru keluar.Dia masuk ke dalam tandas untuk
membasuh tangannya dan melihat wajahnya di cermin tandas.Dia
terkedu.Seram.Darah yang melekat di bawah mata.Tercalit di pipinya.
Akmal mengambil telefonnya dan
menghantar mesej kepada Syamil.Dia tersenyum sendiri,nampaknya terpaksalah dia
guna rancangan yang terakhir ni.Dia tergelak perlahan,menanti respons.Kalau dia
tidak boleh dapat Syamil maknanya orang lain pun tidak boleh memiliki
Syamil.Itu janji dia.
*******************
Zaman Sekarang
“Tink.Tink.Mesej masuk”
Syamil membuka mesej itu dan
tersentak.Gilaa!!Apa yang dia cuba buat ni?Dia segera membaca mesej itu sekali
lagi jika dia tersalah baca.Namun yang jelas tertera adalah:
“Syamil tolong,aku rasa dah tak boleh hidup.Aku minta maaf sebab
menyebabkan kau menderita”tidak ketinggalan Akmal menghantar sekali kesan
torehan di bahagian tapak tangannya.
Syamil sudah mula resah.Akmal
memang gila.Akmal sangat gila.Entah-entah ini perangkap,Akmal yang dia kenal
sekarang bukan lagi Akmal yang dulu.Sangat berbeza.Dendamnya tidak pernah
padam.Dia faham itu malahan dia tahu tapi bagaimana kalau dia memang
betul-betul..dia tidak sanggup untuk menghabiskan ayat itu.
Dia pantas menukar pakaian dan
turun dengan pantas.Jantungnya berdegup kencang.Dia hanya sempat menghantar sms
kepada Adam yang dia adahal.Keretanya pula time macam ni dalam bengkel.Syamil
keluar dari teksi dan masuk ke dalam rumah itu perlahan.Matanya tertancap pada
pintu bilik yang sedikit terbuka itu.Syamil berjalan mendekati bilik itu.Dia
menolak pintu itu dan tersentak melihat sekujur tubuh terbaring di atas lantai
bilik itu.Akmal hanya memakai short jean tanpa baju.
“Akmall..bangun amal..akmal
jangan takutkan aku..Amal”dengan pantas Syamil memangku kepala Akmal.Darah yang
mengalir di dahi itu di kesat perlahan.
“Amal..bangun..amal..jangan macam
ni..amalll…amall..”dia memeluk kepala itu perlahan sambil mengusap kepala
itu.Dia mengambil bantal memaku kepala itu dan menelefon Adam.Ya,dia patut
telefon.Voice mail.Mana pula Adam ni?
Dia bangun lalu membelakangi
Akmal yang terbaring itu.Baru sahaja Syamil ingin menghalakan telefonnya di
telinganya,pergelangan tangannya di pegang.Lantas dia berpusing,dia melihat
Akmal memandangnya dengan wajah yang serius.Tanpa kata,Akmal mengambil telefon
dan membaling telefon itu ke lantai.Kenapa kau mesti baling semua benda
Akmal?Kau ingat murah??Nasib baik tak pecah.
Akmal berjalan mendekati Syamil.Syamil
terundur ke belakang,dia berasa seperti ingin menangis.Sesalan datang lagi,baru
sahaja dia ingin melangkah menjauhi Akmal dengan pantas mencekak lehernya dari
belakang.Tanpa amaran,dia menghantukkan kepala Syamil ke almari.Pengsan.
Sunyi tanpa bicara.Akmal
mengangkat Syamil ke atas katilnya.Dia mengambil kain bersih dan membasahkan
kain itu.Dia datang semula dan mengelap kepala Syamil yang sedikit mengalir
darah.Lembut dia mengelap.Selesai siap,dia mengucup perlahan dahi Syamil.Akmal
memang gila.Akmal.Akmal.
Beberapa jam kemudian
Syamil memegang kepalanya yang
sedikit sakit.Berdenyut-denyut kepalanya sakit.
“Apa kau buat ni Akmal?Kau dah
gila?”
“Hahahaa.Aku memang gila.Aku
gilakan kau”sambil ketawa Akmal berkata.Dia bangun sambil bergerak ke arah
Syamil.
“Kenapa kau buat aku macam ni
Akmal?”Syamil memandang tepat ke dalam mata Akmal.Pandangan matanya menentang
mata Akmal.Akmal mengalihkan matanya.Dia tahu dia akan kalah dengan sirna mata
Syamil.
“Ermm..kau rasa?Apa kata kita
buat quiz sikit?”kata Akmal sambil tersenyum.Senyuman yang sudah lama Syamil
tidak lihat.Akmal memang kacak orangnya.
“Kau masih ingat siapa ni?”tanya
Akmal sambil menunjukkan gambar seorang budak dalam lingkungan 5 tahun.Syamil
tersentak.Gambar itu.Akmal masih simpan?Syamil mengangguk perlahan.Adakah sebab
itu,Akmal melakukan semua ni?
“Baguslah kau ingat.Ingatkan kau
dah lupa apa yang berlaku..”
“Akmal,kenapa kau tak pernah
terima pasal kejadian tu?”tanya Syamil.Akmal masih diam.Dia berpusing
membelakangi Syamil.
“Akmal…kau sendiri ada pada hari
kejadian.Aku dah jelaskan pada kau,kenapa kau tak boleh terima?”Syamil
berterusan bertanya.
Akmal masih diam.Dia memejamkan
mata.Ramai yang tidak tahu.Hampir setiap hari dia mengalami mimpi buruk.Cuma
sejak 2-3 tahun yang lepas sudah berkurang.Dia trauma.Dia paranoid.Setiap kali
dia melalui tempat itu yang terbayang hanyalah peristiwa itu.Peristiwa yang dia
tidak akan lupa.Kalau boleh ingatan dia tentang kejadian itu di tarik memang
sudah lama dia buat.Itu yang dia akan lakukan.
“Tak.Kau tak tahu.Semua sebab
kau.Kau tahu tak semua sebab kau?Aku buat semua ni pun sebab kau…..aku…aku..”Akmal
bagaikan hilang kata.
“Akmal..kenapa kau tak boleh
terima…?”
“Sebab aku nampak kau yang buat
Syamil..aku nampak..aku nampak…aku..”Akmal bagaikan hilang akal.
“Aku hilang kau,aku hilang
Adam,dia tinggalkan aku…semua orang tinggalkan aku..semua orang tinggalkan
aku..”mata Akmal sudah berkaca.Air matanya hampir menitis.Semua orang tidak
tahu.Semua orang menganggap dialah penyebabnya.
“Aku terpaksa buat benda ni
Syamil,sebab semua orang dah lupa pasal dia….aku..aku tak boleh terima..aku tak
boleh..”Akmal berkelakuan seperti kehilangan akal.Air mata Syamil hampir
menitis melihat Akmal sebegitu rupa.
“Kau sedar tak kau dah hancurkan
hidup aku Akmal?”tanya Syamil.
Akmal masih diam.Matanya masih
berkaca.Dia tidak dapat menjawab soalan itu.Dia tahu yang dia memang dah
musnahkan hidup Syamil.Dia tahu itu.
“Amal..aku kawan kau.Aku dah lama
kenal kau..kenapa kau buat aku macam ni..”
“Pernah tak dalam hidup kau
sekali je walaupun setitik tompok hitam dalam hati kau yang kau sayangkan
aku?”tanya Akmal sambil memandang ke dalam mata Syamil.Syamil terpana dengan
soalan itu.Sayangkah dia pada Akmal?Cintakah dia?
“Aku pun sayangkan dia Amal,aku sayangkan
kau juga…”Syamil memanggil Akmal.
Amal.Amal.Ya,itulah panggilan
yang sudah lama dia tidak dengar malahan dia rindu.Akmal berpusing menghadap
Syamil.Matanya berkaca.
“Kau..kau..kau..sayangkan
aku?”perlahan Akmal bertanya.Syamil mengangguk.Suasana menjadi sunyi tanpa
suara.Akmal memeluk Syamil erat.Aku sayangkan kau Akmal,tapi aku lagi sayangkan
Adam.Maafkan aku,perlahan Syamil berbisik dalam hatinya.Akmal perlahan mencium
telinga Syamil.Tidak lama itu perlahan dia mencium leher Syamil.Syamil pula
terkejut dan cuba merungkaikan pelukan.Apa ni??
Tiba-tiba pintu di rempuh kuat
dari luar.Syamil yang masih berpelukan dengan Akmal tersentak dan pantas
meleraikan pelukannya.Adam memandang tajam ke arah mereka berdua.Betulkah apa
yang dia lihat ini?
“Apa ni Amil?”tanya Adam sambil
merenung ke arah mereka tajam.Syamil bagaikan hilang kata.Macam mana Adam boleh
berada di sini?seingatnya dia tidak pernah memberitahu Adam bahawa dia berjumpa
Akmal.Cuma yang dia hantarnya hanyalah dia sibuk dan ada hal.
“Apa…apa..maksud kau”
“Kau ingat benda ni semua lawak
ke Syamil?”tengking Adam kuat.
“Apa…kau cakap ni Adamm…aku tak
faham”hampir menangis Syamil melihat Adam bagaikan ingin meletup.
“Argh,penipu…aku risau macam nak
mati..tapi macam ni kau buat dekat aku?Kau tahu tak aku tak pergi presentation
sebab kau..tapi apa yang aku dapat?”jerit Adam.
“Adam…apa ni..”Syamil sudah mula
terkaku.Dia tidak faham apa yang berlaku.Akmal juga terdiam tanpa kata.
“Hentikanlah lakonan kau tu,kau
nak menafikan lagi??Entah-entah betul memang kau ni murahan?”tanya Adam lalu
menarik pergelangan tangan Syamil dan mencengkam kuat.Dia pantas mengeluarkan
telefonnya dan menunjukkan mesej yang di hantar.
“Adam,tolong aku.Akmal dia
nak..nak…Adam aku takut..Adam tolong aku…Adamm..tolong.Dia kata dia tak akan
berhenti selagi nyawa aku tak bercerai dari badan”
“Aku tak pernah hantar mesej tu
Adam”
Adam menunduk kecewa dengan apa
yang berlaku dengan langkah yang lemah dia bangun.Perasaan kecewanya
berganda-ganda.Pilu hati dia.Dia bangun membelakangi Syamil.
“Adam..adam..dengar dulu”
“Syamil aku dah cakap kalau kau
tak perlukan aku bagitahu aku.Aku akan rela berundur tapi jangan buat aku macam
ni.Pernah tak sekali dalam hidup kau sekali kau percaya dan sayangkan aku..”
“Amal,tolong bagitahu apa yang
berlaku.Akmal bagitahu sekarang…”Syamil menoleh ke arah Akmal mengharapkan
pertolongan dari Akmal.
“Aku minta maaf Dam,aku tak tahu
nak jelaskan macam mana lagi yang mampu aku cakap hanyalah apa yang kau nampak
itulah.Bukti dah terang di mata kau.Aku tak mampu nak nafikan apa-apa lagi.Aku
minta maaf Adam”
Syamil bagaikan tidak percaya
dengan apa yang terkeluar dari mulut.Ya,memang dia tidak ada apa-apa hubungan
dengan Adam tapi apabila melibatkan maruah dan harga diri itu yang mesti dia
pertahankan.Tapi bagaimana kalau Adam sudah tidak boleh lagi mendengar
penjelasannya?
“Akmal..apa yang kau cakap
ni.Akmal kau memang kejam..kau memang hina sehina manusia yang aku jumpa.Aku
kan kawan kau..Akmal..sampai hati kau…”matanya sudah berkaca dan dia dengan
pantas keluar dari rumah itu.Untuk apa dia tunggu?Untuk di maki,di hina
lagi?Lepas ni apa?Dia kena buang dengan siapa pula?Tiba-tiba dia jadi clueless
sama seperti dulu.
“Syamil dah tak guna nak nafikan
lagi,kenapa kita nak sorok lagi benda macam ni?Benda yang kita rancang 5 tahun
lepas tu…sekarang ni”
“Apa maksud kau Akmal 5 tahun
lepas..?”menggeletar suara Adam mendengar kata-kata yang keluar dari mulut
Akmal.
“Baik kau cakap Akmal…cakap
sekarang..cakap…”jerit Adam sambil mencekak baju Akmal.Riak wajahnya
membengis.Akmal masih diam.Perlahan-lahan Adam melepaskan cengkamannya.Wajah
yang penuh kecewa itu keluar dari rumah itu dengan segera.
Akmal pula tersenyum suka.Lain
yang dia rancang lain pula yang jadi.Namun jadi itu dia lagi suka.Dia tergelak
kuat seorang diri.Baru dia betul-betul puas hati tapi dia tak sudah lagi.Sebab
dia tak akan betul-betul puas selagi salah seorang dari mereka tidak boleh
hidup lagi.
******************
Zaman Sekarang
Adam keluar dari rumah itu dan
mengusap mukanya perlahan.Dia sepatutnya lebih tenang.Dia sewajarnya mendengar
penjelasan Syamil.Adam tahu dia memang bersalah sangat.Tuduhannta tidak
berasas.Bukannya dia tidak nampak betapa kecewa wajah Syamil.Perasaan cemburu
butanya itu betul-betul membuat hatinya tertutup.Arghhh…jeritnya dalam
hati.Dahulu Syamil pernah beritahu juga dia tentang satu perangai dia.
“Boleh tak simpan sikit perangai cemburu buta kau?Cemburu tu bagus
tanda sayang kalau cemburu buta hubungan perkahwinan pun boleh musnah”
Adam pantas masuk dalam kereta
dan berniat untuk mencari Syamil.Dia yakin Syamil tak jauh dari sini.Perlahan
dia menekan pedal minyak agar senang untuk melihat jika ternampak Syamil.Sedang
dia meneliti di sekitar jalan dia ternampak sekujur tubuh yang berjalan dengan
langkah longlai.
Dia berhenti betul-betul di
hadapan Syamil.Syamil pula tersentak dan terkejut.Mana-mana tahu takut-takut
ada orang nak menculik dia.Dia pun boleh tahan bengap,kenapalah tak call teksi
je.Ni nak juga konon bawa diri sebab kecewa jadi berjalan-jalan
seorang-seorang.
Adam keluar dan berjalan pantas
mendapatkan Syamil yang ingin melarikan diri.
“Syamill..aku minta maaf sangat..”
“Diam..aku tak nak
dengar”cis.Sejak bila aku pandai berdrama ni?
“Masuk lah dalam kereta tak elok
gelap-gelap ni”pujuk Adam.
Mudahkan hidup Adam ni?Asal buat
salah saja ingat boleh settle dengan maaf.Syamil membatukan diri.Kalau ikutkan
hatinya dia memang nak masuk je dalam kereta tu tapi entahlah hati dan
perasaannya betul-betul kecewa.Ayahnya dahulu,Adam tidak pernah memberi dia
peluang untuk menjelaskan kedudukan yang sebenar.
“Untuk apa Adam?Kau dah buat
keputusan tadi..bila aku teringat balik apa yang kau cakap dekat taman tu buat
aku terfikir,kenapa aku selalu bodoh bagi peluang untuk percayakan
orang?”Syamil memandang Adam yang berada di hadapannya.
“Syamil..aku tahu…aku sedar aku
bertindak melulu..”
“Kau sedar tak kau panggil aku
budak murahan?Aku tak akan lupa apa yang kau cakap Adam.Terima kasih banyak-banyak”
“Syamil masuk dulu dalam
kereta..”Syamil tidak mengendahkan Adam malahan mengeluarkan handphonenya yang
sempat dicapai tadi.Dia ingin menelefon kawannya atau teksi untuk datang
mengambilnya.
“Syamil masuk sekarang atau aku
dukung kau masuk..”suara Adam sudah berubah serius.Syamil masih tidak
mengendahkan arahan Adam.Baru sahaja dia ingin membuka mulut,Adam merampas
telefonnya dan mematikan panggilan.Serentak dengan itu dia mencempung tubuh
Syamil lalu memasukkan ke dalam kereta.
“Adam..apa kau buat ni..turunkan
aku…aku benci lah kau ni…”Syamil yang tidak bersedia itu terkejut dengan
tindakan spontan itu.Adam mendiamkan diri.Dia tahu itu sahaja cara untuk
memastikan Syamil mengikutnya.
Walaupun sudah hampir separuh
perjalanan,mereka masih diam.Sedang Syamil mengelamun,tiba-tiba dia berasa ada
tangan sedang meramas jari-jarinya.Dia menarik tangannya namun Adam menarik
kembali.
“Tangan tu kalau tak menggatal
boleh tak?ingat aku ni patung ke?”marah Syamil.Dia sangat tidak berapa gemar
orang yang suka pegang-pegang ni.
“Baru dengar suara..ingat ada
tongkol emas tadi”jawab Adam sambil ketawa kecil.Adam memandang sekilas untuk
melihat muka Syamil.Syamil hanya diam sahaja tidak menjawab.
“Adam drive pandang jalan bukan
pandang aku..aku cungkilkan biji mata kau nanti”marah Syamil.
“Hahaa.Biarlah jangan risaulah tak
ada apa-apa”kata Adam dan memandang sekilas lagi.
“Adam..jangan main-main time
drive.Bahayalah”
“Jangan risaulah aku…………”belum
sempat Adam menghabiskan ayat.Jeritan Syamil mendahului.
“Adammmmm…ya Allahhhhh…”
Bersambung…………..