Sunday, 31 August 2014

Pencuri Cinta

Story 19

Zaman Sekarang

Akmal mengunci pintu biliknya dari dalam.Dia mengusap kepalanya perlahan.Yang terbayang di ruang matanya hanyalah bayangan Adam dan Syamil.Dia merenung gambar Syamil yang berada di atas meja itu.

“Syamil..syamill…”perasaan yang bercampur baur dalam jiwanya.Antara sedih,kecewa,marah semuanya bagaikan ingin terkeluar.Tanpa sebarang amaran dia membaling frame gambar itu ke cermin biliknya.Berderai kedua-duanya pecah.

“Kenapa Syamil?Kenapa..kenapa buat aku macam ni?Kenapa Adammm…”

“Aku pun sayangkan kau…aku tak pernah berhenti sayangkan kau…”perlahan suara Akmal bersama perasaan sebak.Dia berjalan mengambil sisa kaca yang berderai.Dia mengutip sekali gambar yang ada di situ.Ada 2 gambar.Dia mengambil gambar Syamil sahaja.

Akmal mengusap perlahan gambar itu.Dia tidak pernah bencikan Syamil dan Adam.Kalau boleh diundur masa memang sudah dibuat di mana dia tidak mahu semua ini terjadi.

Dia meletak gambar itu di atas tangan.Manakala tangan kiri Akmal pula menoreh gambar itu di bahagian muka Syamil.Akibat tekanan yang agak kuat dia terhiris tangan sendiri.Tanpa sedar darah menitik jatuh.Perlahan-lahan mengalir.Selepas itu dia mencium foto itu perlahan lama.

“Kenapa aku tak boleh lupa?Kenapa aku setiap kali aku tengok muka kau aku nampak dia Syamil?”tanpa sedar air matanya menitis perlahan.Kalau boleh dia nak semua benda itu berlalu pergi.Kalau boleh nak dia berharap yang ingatan dia tentang peristiwa itu di ambil.Perasaan,jiwa malahan hatinya cukup terseksa.

Dia meletak gambar yang sudah usang itu di atas katil.Matanya tertancap pada gambar 3 orang budak lelaki dalam lingkungan 6 hingga 7 tahun.Ada seorang budak lelaki yang rendah sedikit itu mencium pipi kawannya.Dia melihat tulisan di belakang.

“Kita sayang Amal sangat”Amal.Amal.Sudah lama dia tidak mendengar panggilan itu.Kalau tidak disebabkan peristiwa itu semua ni tak akan terjadi.Kalau tidak di sebabkan manusia tak guna itu juga dia tidak akan jadi macam ni.Kadang-kala dia lupa penggunaan kalau itu sendiri menunjukkan bahawa dia tidak redha dengan takdir yang sudah tertulis dan yang sepatutnya di ambil adalah pengajaran.

Bersama darah yang masih tidak di kesat dia mengesat air mata yang baru keluar.Dia masuk ke dalam tandas untuk membasuh tangannya dan melihat wajahnya di cermin tandas.Dia terkedu.Seram.Darah yang melekat di bawah mata.Tercalit di pipinya.

Akmal mengambil telefonnya dan menghantar mesej kepada Syamil.Dia tersenyum sendiri,nampaknya terpaksalah dia guna rancangan yang terakhir ni.Dia tergelak perlahan,menanti respons.Kalau dia tidak boleh dapat Syamil maknanya orang lain pun tidak boleh memiliki Syamil.Itu janji dia.

*******************
Zaman Sekarang

“Tink.Tink.Mesej masuk”

Syamil membuka mesej itu dan tersentak.Gilaa!!Apa yang dia cuba buat ni?Dia segera membaca mesej itu sekali lagi jika dia tersalah baca.Namun yang jelas tertera adalah:

“Syamil tolong,aku rasa dah tak boleh hidup.Aku minta maaf sebab menyebabkan kau menderita”tidak ketinggalan Akmal menghantar sekali kesan torehan di bahagian tapak tangannya.

Syamil sudah mula resah.Akmal memang gila.Akmal sangat gila.Entah-entah ini perangkap,Akmal yang dia kenal sekarang bukan lagi Akmal yang dulu.Sangat berbeza.Dendamnya tidak pernah padam.Dia faham itu malahan dia tahu tapi bagaimana kalau dia memang betul-betul..dia tidak sanggup untuk menghabiskan ayat itu.

Dia pantas menukar pakaian dan turun dengan pantas.Jantungnya berdegup kencang.Dia hanya sempat menghantar sms kepada Adam yang dia adahal.Keretanya pula time macam ni dalam bengkel.Syamil keluar dari teksi dan masuk ke dalam rumah itu perlahan.Matanya tertancap pada pintu bilik yang sedikit terbuka itu.Syamil berjalan mendekati bilik itu.Dia menolak pintu itu dan tersentak melihat sekujur tubuh terbaring di atas lantai bilik itu.Akmal hanya memakai short jean tanpa baju.

“Akmall..bangun amal..akmal jangan takutkan aku..Amal”dengan pantas Syamil memangku kepala Akmal.Darah yang mengalir di dahi itu di kesat perlahan.

“Amal..bangun..amal..jangan macam ni..amalll…amall..”dia memeluk kepala itu perlahan sambil mengusap kepala itu.Dia mengambil bantal memaku kepala itu dan menelefon Adam.Ya,dia patut telefon.Voice mail.Mana pula Adam ni?

Dia bangun lalu membelakangi Akmal yang terbaring itu.Baru sahaja Syamil ingin menghalakan telefonnya di telinganya,pergelangan tangannya di pegang.Lantas dia berpusing,dia melihat Akmal memandangnya dengan wajah yang serius.Tanpa kata,Akmal mengambil telefon dan membaling telefon itu ke lantai.Kenapa kau mesti baling semua benda Akmal?Kau ingat murah??Nasib baik tak pecah.

Akmal berjalan mendekati Syamil.Syamil terundur ke belakang,dia berasa seperti ingin menangis.Sesalan datang lagi,baru sahaja dia ingin melangkah menjauhi Akmal dengan pantas mencekak lehernya dari belakang.Tanpa amaran,dia menghantukkan kepala Syamil ke almari.Pengsan.

Sunyi tanpa bicara.Akmal mengangkat Syamil ke atas katilnya.Dia mengambil kain bersih dan membasahkan kain itu.Dia datang semula dan mengelap kepala Syamil yang sedikit mengalir darah.Lembut dia mengelap.Selesai siap,dia mengucup perlahan dahi Syamil.Akmal memang gila.Akmal.Akmal.

Beberapa jam kemudian

Syamil memegang kepalanya yang sedikit sakit.Berdenyut-denyut kepalanya sakit.

“Apa kau buat ni Akmal?Kau dah gila?”

“Hahahaa.Aku memang gila.Aku gilakan kau”sambil ketawa Akmal berkata.Dia bangun sambil bergerak ke arah Syamil.

“Kenapa kau buat aku macam ni Akmal?”Syamil memandang tepat ke dalam mata Akmal.Pandangan matanya menentang mata Akmal.Akmal mengalihkan matanya.Dia tahu dia akan kalah dengan sirna mata Syamil.

“Ermm..kau rasa?Apa kata kita buat quiz sikit?”kata Akmal sambil tersenyum.Senyuman yang sudah lama Syamil tidak lihat.Akmal memang kacak orangnya.

“Kau masih ingat siapa ni?”tanya Akmal sambil menunjukkan gambar seorang budak  dalam lingkungan 5 tahun.Syamil tersentak.Gambar itu.Akmal masih simpan?Syamil mengangguk perlahan.Adakah sebab itu,Akmal melakukan semua ni?

“Baguslah kau ingat.Ingatkan kau dah lupa apa yang berlaku..”

“Akmal,kenapa kau tak pernah terima pasal kejadian tu?”tanya Syamil.Akmal masih diam.Dia berpusing membelakangi Syamil.

“Akmal…kau sendiri ada pada hari kejadian.Aku dah jelaskan pada kau,kenapa kau tak boleh terima?”Syamil berterusan bertanya.

Akmal masih diam.Dia memejamkan mata.Ramai yang tidak tahu.Hampir setiap hari dia mengalami mimpi buruk.Cuma sejak 2-3 tahun yang lepas sudah berkurang.Dia trauma.Dia paranoid.Setiap kali dia melalui tempat itu yang terbayang hanyalah peristiwa itu.Peristiwa yang dia tidak akan lupa.Kalau boleh ingatan dia tentang kejadian itu di tarik memang sudah lama dia buat.Itu yang dia akan lakukan.

“Tak.Kau tak tahu.Semua sebab kau.Kau tahu tak semua sebab kau?Aku buat semua ni pun sebab kau…..aku…aku..”Akmal bagaikan hilang kata.

“Akmal..kenapa kau tak boleh terima…?”

“Sebab aku nampak kau yang buat Syamil..aku nampak..aku nampak…aku..”Akmal bagaikan hilang akal.

“Aku hilang kau,aku hilang Adam,dia tinggalkan aku…semua orang tinggalkan aku..semua orang tinggalkan aku..”mata Akmal sudah berkaca.Air matanya hampir menitis.Semua orang tidak tahu.Semua orang menganggap dialah penyebabnya.

“Aku terpaksa buat benda ni Syamil,sebab semua orang dah lupa pasal dia….aku..aku tak boleh terima..aku tak boleh..”Akmal berkelakuan seperti kehilangan akal.Air mata Syamil hampir menitis melihat Akmal sebegitu rupa.

“Kau sedar tak kau dah hancurkan hidup aku Akmal?”tanya Syamil.

Akmal masih diam.Matanya masih berkaca.Dia tidak dapat menjawab soalan itu.Dia tahu yang dia memang dah musnahkan hidup Syamil.Dia tahu itu.

“Amal..aku kawan kau.Aku dah lama kenal kau..kenapa kau buat aku macam ni..”

“Pernah tak dalam hidup kau sekali je walaupun setitik tompok hitam dalam hati kau yang kau sayangkan aku?”tanya Akmal sambil memandang ke dalam mata Syamil.Syamil terpana dengan soalan itu.Sayangkah dia pada Akmal?Cintakah dia?

“Aku pun sayangkan dia Amal,aku sayangkan kau juga…”Syamil memanggil Akmal.

Amal.Amal.Ya,itulah panggilan yang sudah lama dia tidak dengar malahan dia rindu.Akmal berpusing menghadap Syamil.Matanya berkaca.

“Kau..kau..kau..sayangkan aku?”perlahan Akmal bertanya.Syamil mengangguk.Suasana menjadi sunyi tanpa suara.Akmal memeluk Syamil erat.Aku sayangkan kau Akmal,tapi aku lagi sayangkan Adam.Maafkan aku,perlahan Syamil berbisik dalam hatinya.Akmal perlahan mencium telinga Syamil.Tidak lama itu perlahan dia mencium leher Syamil.Syamil pula terkejut dan cuba merungkaikan pelukan.Apa ni??

Tiba-tiba pintu di rempuh kuat dari luar.Syamil yang masih berpelukan dengan Akmal tersentak dan pantas meleraikan pelukannya.Adam memandang tajam ke arah mereka berdua.Betulkah apa yang dia lihat ini?

“Apa ni Amil?”tanya Adam sambil merenung ke arah mereka tajam.Syamil bagaikan hilang kata.Macam mana Adam boleh berada di sini?seingatnya dia tidak pernah memberitahu Adam bahawa dia berjumpa Akmal.Cuma yang dia hantarnya hanyalah dia sibuk dan ada hal.

“Apa…apa..maksud kau”

“Kau ingat benda ni semua lawak ke Syamil?”tengking Adam kuat.

“Apa…kau cakap ni Adamm…aku tak faham”hampir menangis Syamil melihat Adam bagaikan ingin meletup.

“Argh,penipu…aku risau macam nak mati..tapi macam ni kau buat dekat aku?Kau tahu tak aku tak pergi presentation sebab kau..tapi apa yang aku dapat?”jerit Adam.

“Adam…apa ni..”Syamil sudah mula terkaku.Dia tidak faham apa yang berlaku.Akmal juga terdiam tanpa kata.

“Hentikanlah lakonan kau tu,kau nak menafikan lagi??Entah-entah betul memang kau ni murahan?”tanya Adam lalu menarik pergelangan tangan Syamil dan mencengkam kuat.Dia pantas mengeluarkan telefonnya dan menunjukkan mesej yang di hantar.

“Adam,tolong aku.Akmal dia nak..nak…Adam aku takut..Adam tolong aku…Adamm..tolong.Dia kata dia tak akan berhenti selagi nyawa aku tak bercerai dari badan”

“Aku tak pernah hantar mesej tu Adam”

Adam menunduk kecewa dengan apa yang berlaku dengan langkah yang lemah dia bangun.Perasaan kecewanya berganda-ganda.Pilu hati dia.Dia bangun membelakangi Syamil.

“Adam..adam..dengar dulu”

“Syamil aku dah cakap kalau kau tak perlukan aku bagitahu aku.Aku akan rela berundur tapi jangan buat aku macam ni.Pernah tak sekali dalam hidup kau sekali kau percaya dan sayangkan aku..”

“Amal,tolong bagitahu apa yang berlaku.Akmal bagitahu sekarang…”Syamil menoleh ke arah Akmal mengharapkan pertolongan dari Akmal.

“Aku minta maaf Dam,aku tak tahu nak jelaskan macam mana lagi yang mampu aku cakap hanyalah apa yang kau nampak itulah.Bukti dah terang di mata kau.Aku tak mampu nak nafikan apa-apa lagi.Aku minta maaf Adam”

Syamil bagaikan tidak percaya dengan apa yang terkeluar dari mulut.Ya,memang dia tidak ada apa-apa hubungan dengan Adam tapi apabila melibatkan maruah dan harga diri itu yang mesti dia pertahankan.Tapi bagaimana kalau Adam sudah tidak boleh lagi mendengar penjelasannya?

“Akmal..apa yang kau cakap ni.Akmal kau memang kejam..kau memang hina sehina manusia yang aku jumpa.Aku kan kawan kau..Akmal..sampai hati kau…”matanya sudah berkaca dan dia dengan pantas keluar dari rumah itu.Untuk apa dia tunggu?Untuk di maki,di hina lagi?Lepas ni apa?Dia kena buang dengan siapa pula?Tiba-tiba dia jadi clueless sama seperti dulu.

“Syamil dah tak guna nak nafikan lagi,kenapa kita nak sorok lagi benda macam ni?Benda yang kita rancang 5 tahun lepas tu…sekarang ni”

“Apa maksud kau Akmal 5 tahun lepas..?”menggeletar suara Adam mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Akmal.

“Baik kau cakap Akmal…cakap sekarang..cakap…”jerit Adam sambil mencekak baju Akmal.Riak wajahnya membengis.Akmal masih diam.Perlahan-lahan Adam melepaskan cengkamannya.Wajah yang penuh kecewa itu keluar dari rumah itu dengan segera.

Akmal pula tersenyum suka.Lain yang dia rancang lain pula yang jadi.Namun jadi itu dia lagi suka.Dia tergelak kuat seorang diri.Baru dia betul-betul puas hati tapi dia tak sudah lagi.Sebab dia tak akan betul-betul puas selagi salah seorang dari mereka tidak boleh hidup lagi.

******************
Zaman Sekarang

Adam keluar dari rumah itu dan mengusap mukanya perlahan.Dia sepatutnya lebih tenang.Dia sewajarnya mendengar penjelasan Syamil.Adam tahu dia memang bersalah sangat.Tuduhannta tidak berasas.Bukannya dia tidak nampak betapa kecewa wajah Syamil.Perasaan cemburu butanya itu betul-betul membuat hatinya tertutup.Arghhh…jeritnya dalam hati.Dahulu Syamil pernah beritahu juga dia tentang satu perangai dia.

“Boleh tak simpan sikit perangai cemburu buta kau?Cemburu tu bagus tanda sayang kalau cemburu buta hubungan perkahwinan pun boleh musnah”

Adam pantas masuk dalam kereta dan berniat untuk mencari Syamil.Dia yakin Syamil tak jauh dari sini.Perlahan dia menekan pedal minyak agar senang untuk melihat jika ternampak Syamil.Sedang dia meneliti di sekitar jalan dia ternampak sekujur tubuh yang berjalan dengan langkah longlai.

Dia berhenti betul-betul di hadapan Syamil.Syamil pula tersentak dan terkejut.Mana-mana tahu takut-takut ada orang nak menculik dia.Dia pun boleh tahan bengap,kenapalah tak call teksi je.Ni nak juga konon bawa diri sebab kecewa jadi berjalan-jalan seorang-seorang.

Adam keluar dan berjalan pantas mendapatkan Syamil yang ingin melarikan diri.

“Syamill..aku minta maaf sangat..”

“Diam..aku tak nak dengar”cis.Sejak bila aku pandai berdrama ni?

“Masuk lah dalam kereta tak elok gelap-gelap ni”pujuk Adam.

Mudahkan hidup Adam ni?Asal buat salah saja ingat boleh settle dengan maaf.Syamil membatukan diri.Kalau ikutkan hatinya dia memang nak masuk je dalam kereta tu tapi entahlah hati dan perasaannya betul-betul kecewa.Ayahnya dahulu,Adam tidak pernah memberi dia peluang untuk menjelaskan kedudukan yang sebenar.

“Untuk apa Adam?Kau dah buat keputusan tadi..bila aku teringat balik apa yang kau cakap dekat taman tu buat aku terfikir,kenapa aku selalu bodoh bagi peluang untuk percayakan orang?”Syamil memandang Adam yang berada di hadapannya.

“Syamil..aku tahu…aku sedar aku bertindak melulu..”

“Kau sedar tak kau panggil aku budak murahan?Aku tak akan lupa apa yang kau cakap Adam.Terima kasih banyak-banyak”

“Syamil masuk dulu dalam kereta..”Syamil tidak mengendahkan Adam malahan mengeluarkan handphonenya yang sempat dicapai tadi.Dia ingin menelefon kawannya atau teksi untuk datang mengambilnya.

“Syamil masuk sekarang atau aku dukung kau masuk..”suara Adam sudah berubah serius.Syamil masih tidak mengendahkan arahan Adam.Baru sahaja dia ingin membuka mulut,Adam merampas telefonnya dan mematikan panggilan.Serentak dengan itu dia mencempung tubuh Syamil lalu memasukkan ke dalam kereta.

“Adam..apa kau buat ni..turunkan aku…aku benci lah kau ni…”Syamil yang tidak bersedia itu terkejut dengan tindakan spontan itu.Adam mendiamkan diri.Dia tahu itu sahaja cara untuk memastikan Syamil mengikutnya.

Walaupun sudah hampir separuh perjalanan,mereka masih diam.Sedang Syamil mengelamun,tiba-tiba dia berasa ada tangan sedang meramas jari-jarinya.Dia menarik tangannya namun Adam menarik kembali.

“Tangan tu kalau tak menggatal boleh tak?ingat aku ni patung ke?”marah Syamil.Dia sangat tidak berapa gemar orang yang suka pegang-pegang ni.

“Baru dengar suara..ingat ada tongkol emas tadi”jawab Adam sambil ketawa kecil.Adam memandang sekilas untuk melihat muka Syamil.Syamil hanya diam sahaja tidak menjawab.

“Adam drive pandang jalan bukan pandang aku..aku cungkilkan biji mata kau nanti”marah Syamil.

“Hahaa.Biarlah jangan risaulah tak ada apa-apa”kata Adam dan memandang sekilas lagi.

“Adam..jangan main-main time drive.Bahayalah”

“Jangan risaulah aku…………”belum sempat Adam menghabiskan ayat.Jeritan Syamil mendahului.

“Adammmmm…ya Allahhhhh…”

Bersambung…………..



No comments:

Post a Comment