Saturday, 23 August 2014

Pencuri Cinta

Story 18

5 tahun yang lalu

Syamil memandang ke arah luar tingkap dengan tenang.Senyuman manis terukir di bibirnya.Deru angin galak menyambar wajahnya.Senyuman yang betul-betul terukir sejak beberapa bulan yang lalu.Hatinya berasa tenang.Dia bergerak ke arah meja itu dan menarik keluar foto keluarganya sambil melekap gambar itu ke dadanya.

Rindu yang membuak di hatinya bagaikan ingin segera terbang mendapatkan orang yang disayangi.Namun untuk apa,jika dia sendiri mengundur diri dan ayahnya sendiri tidak dapat menerimanya lagi.Tangannya terhenti pada 1 frame yang sedikit tersorok.Teragak-agak untuk mengeluarkannya.

Dia tidak tahu,dia bencikan apa yang Adam buat padanya tapi dalam masa yang sama dia rindukan Adam.Senyuman Adam.Gelak tawa Adam.Belum lagi janggut Adam yang dia rasa sangat menarik.Entahlah.Dia rindu pelukan Adam walaupun mereka jarang berpelukan.Dia berasakan darah panas menyerbu naik ke mukanya.Malu gila!!

Tiba-tiba pintu biliknya di ketuk.Syamil dengan pantas menyimpan foto-foto dalam laci dan segera duduk di atas katil.Pn Afidah masuk ke dalam dan berjalan perlahan ke arah anak saudaranya itu.Dia duduk di sebelah Syamil.

“Syamil ok?Mak su tengok Syamil banyak sangat diam”Tanya Pn Afidah lembut.Dia tahu apa yang terjadi.Tapi dia tidak cepat melatah.Dia faham isu-isu yang macam itu sangatlah sensitive di sini.Dia tahu dan sebab itulah dia sebaik boleh meletakkan dirinya dalam situasi anak buahnya itu.Mungkin itu kelebihan dia sebagai guidance counselor di luar negara dahulu yang memang sangatlah ketara isu ini.

“Ok mak su.Terima kasih maksu”

“Shhuhh..dah lah.Maksu sayangkan Syamil”

Syamil terdiam dan mengelamun seketika.Sejak akhir-akhir ni yang menjadi temannya hanyalah lamunan,kebisuan dan pengunci bicara sahaja.Dia bagaikan sudah tidak mahu berbicara malahan lebih suka bersendirian.

“Syamil ada telefon ayah?”tanya Pn Afidah perlahan.Syamil hanya mendiamkan diri.Mengangguk tidak menggeleng tidak.Diam.Sunyi.Itu sahaja yang dia mampu lakukan semenjak dua ini.

Kadangkala perangai keras kepala Syamil dan ayahnya sama.Bukan dia tidak kenal abangnya,keras kepala dari kecil lagi.Semua nak di tentang dan ikut kepalanya.

***********************
5 tahun yang lalu

Syamil tidak senang duduk di atas katil.Perasaanya tidak tentu arah.Mengapakah dia berasa sungguh resah dan bagaikan ada yang tidak kena.Selepas zohor tadi perasaannya menjadi tidak tenteram.Sedang dia mengelamun tiba-tiba telefonnya berdering kuat.

Hampir terhempas telefon yang di pegang.Bagai nak pecah dadanya apabila mendengar berita itu.Dia pantas bergerak menelefon teksi untuk pergi ke hospital.Menangis?Dia tidak mempunyai masa untuk semua itu.

Sebaik sahaja dia sampai dan mendapatkan nombor bilik,terus dia bergerak ke arah wad itu.Farah yang terperasan adiknya sampai segera mendapatkan Syamil.

“Tepi along,tepi bagi Syamil masuk…”Syamil menolak Farah menjauhinya.En Syazwan yang sedang membaca yassin itu segera mendongak kepala dan berdiri menghadap anaknya.

“Amil buat apa kat sini?”

“Baliklah Amil,untuk apa lagi amil datang sini?”En Syazwan memandang tepat ke arah wajah Syamil.Kalau sudah tidak fikirkan perasaan marahnya mahu sahaja di peluk anak itu semahunya.Sungguh tipu kalau dia cakap dia tidak rindu.Dia rindu.Rindu sangat.Tapi egonya menghalang.Sifat tidak mahu mengalah itu tetap menjadi pilihannya.Dia tidak akan mengalah

Langkahnya terhenti.Berkaca matanya mendengar pertanyaan ayahnya.Ya,sesuatu yang sudah dia bersedia.Layanan dingin malahan layanan seperti dia orang asing.

Sejurus berkata En Syazwan meninggalkan anaknya itu terpinga-pinga.Syamil hanya mampu memandang.Perasaan sedih bertamu dalam hati.Layanan dingin sebenarnya lagi melukakan dari pukulan.Ia bagai menyiksa perasaanya itu.Perasaan perit dan sakit bagaikan tidak terucap lagi.

*************************
5 tahun yang lalu

 “Maaf en…”sebaik sahaja perkataan maaf keluar dari bibir doktor muda itu En Syazwan sudah tahu.Tidak perlu doktor itu menyambung kata-kata dia sudah faham.Perasaan sebak datang menyerang segenap ruang hatinya.Air mata yang hampir menitis tapi segera ditahan dia harus kuat demi anak-anaknya.Farah sudah menangis teresak-esak.

En Syazwan segera menguruskan jenazah isterinya.Setelah selesai urusan segera dia pulang ke rumah untuk menguruskan hal pengkebumian isterinya dan maklumkan pada jiran tetangga.Dia perlu segera menguruskan hal itu.

*******************
5 tahun yang lalu

Syamil mengelamun lama selepas seminggu majlis pengebumian ibunya.Boleh kata hampir setiap hari sepanjang seminggu ni.Ayat yang tidak akan dia lupakan sampai bila-bila.Ayat yang akan dia ingat dan tersemat dalam mindanya.

“Apa yang Amil buat dekat sini?Nak pastikan yang ibu dah betul-betul mati?lepas tu berharap yang ayah mati juga?”tanpa perasaan En Syazwan bertanya dengan suara dingin.Jiran-jiran pula ada yang menjengul kepala untuk melihat apa yang berlaku.Inilah manusia kalau silap orang cepat sahaja nak tengok,umpat dan keji.

“Ya Allah,apa yang ayah cakap ni…jahat sangat ke Amil..”hampir pecah dadanya mendengar ungkapan yang keluar dari mulut ayahnya.

“Baliklah Amil,tak payah datang lah.Hari tu awak juga yang nak keluar sekarang kenapa nak terhegeh-hegeh balik rumah saya ni?”habis sahaja ayat terakhir En Syazwan lantas berpusing untuk kembali ke dalam rumah.Langkahnya terhenti apabila tangannya dipegang oleh anaknya.

“Ayah tolonglah..Amil merayu…tolonglah Amil nak jumpa ibu sekejap ja..ayah tolonglah…ayah Amil merayu”teresak-esak dia menangis.Hatinya sedih atas pemergian ibunya bertambah pilu melihat layanan dingin daripada ayahnya.

“Ayah tolonglah..Amil merayu..tolong bagi Amil  jumpa ibu buat kali terakhir..ayah Amil merayuu..”dia sudah tidak peduli jiran tetangga yang sudah mula berbisik-bisik antara satu sama lain.

Dia bagaikan anak yatim piatu yang belum masanya lagi.Dia mencapai tangannya lagi apabila ayahnya menunjukkan reaksi ingin menarik tangan.

“Ayah..bagilah Amil masuk…ayah tak kasihan ke dekat Amil..dia kan anak ayah juga…”Farah sudah menangis melihat adiknya itu merayu-rayu dengan En Syazwan.Beku sudahkah hati ayahnya.

“Anak ayah dah lama meninggal,anak ayah dah meninggalkan ayah sebelum ibu tinggalkan ayah..pergi lah amil..pergilah dari sini…Amil carilah kebahagian Amil sendiri..ayah tak akan halang lagi..”selesai sahaja ungkapan itu dia menarik tangannya kuat tanpa berpatah kembali.

“Ayah…sampai hati ayah…ayahhh…ayahhh..”

“Ayahh…ayah..”

Dia berpatah balik ke pagar rumahnya.Dia memandang sekilas dari luar bukannya dia tidak mahu merempuh masuk rumah ayahnya.Tapi untuk apa?Memalukan lagi ibunya sudah meninggalkan alam fana ini menemui pencipta-Nya?

“Selamat tinggal ibu,maafkan Amil sebab tidak sempat menatap wajah ibu buat kali terakhir.Amil minta maaf.Ibu pergilah dengan aman.Amil redha”dia mengesat sisa air matanya yang masih tersisa di pelupuk matanya.Dia tahu mungkin dia tidak akan kembali ke rumah itu lagi.5 tahun?10 tahun?20 tahun?entah..dia sudah tidak mampu berfikir.

******************
Zaman sekarang

Syamil mengusap wajahnya perlahan usai selepas asar.Dia bangun dan menjengul kepala ke arah luar jendela biliknya.Redup.Mungkin dia patut meluangkan masa untuk mengeluarkan peluh.Fikirannya menjadi serabut dua tiga menjak ni.Mungkinkah dia terlampau memikirkannya?Tapi dia tidak rasa begitu.

Dia mengeluarkan t shirt putih dan juga track suit warna putih.Dia mengeluarkan mp3 sony yang masih elok.Tak akan lah nak bawa telefon berat pula nanti.Dia segera keluar dari bilik dan mula berjogging.Sedang dia berjogging dia terperasan seperti Adam di depannya.

Syamil juga terperasan yang Adam seperti menjauhkan diri daripadanya.Pada mulanya dia ingat mungkin masing-masing sibuk.Jadi tiada masa untuk bertegur sapa terlampau lama.Yang menyakinkan lagi tekaannya apabila mereka berselisih sewaktu ingin turun mandi  pun Adam hanya memandang sekilas dan berlalu pantas.Dia tertanya-tanya kenapa?Merajuk kah Adam?Namun atas alasan apa?Kalau merajuk pun bukannya dia reti nak pujuk pun.Dia melepaskan nafas berat.Dia melajukan lariannya untuk menyaingi Adam dan dia bersyukur kerana mereka memasuki ke tempat yang tiada orang atau lebih tepat jarang orang guna.

Dia berlari dan menyaingi Adam.Adam yang terperasan ada seseorang di sebelahnya pantas menoleh.Syamil.Dia melajukan lariannya.Syamil pula perasan Adam tidak mengendahkannya lantas melajukan juga lariannya dan menghalang Adam di hadapanya.

Adam yang tidak bersedia dengan apa yang berlaku terus melanggar Syamil.Syamil juga yang tidak bersedia terjatuh di atas jalan.Adam menghempap tubuhnya.Wajah Adam juga rapat ke wajahnya.Hembusan nafas suam Adam menyapa wajahnya.Dia bagaikan terdengar degupan jantung Adam yang begitu laju.Mata Adam tajam menatap wajahnya.

Jantung Syamil bagaikan ingin terkeluar apabila Adam merapatkan bibirnya pada bibir Syamil.Tidak sampai 1 inchi.Dia menutup mata dan berdoa agar tiada siapa yang melihat mereka.Adam pantas menjarakkan dirinya dari Syamil.Syamil pula membuka mata dan bangun dari baringannya.

Adam ingin meneruskan lariannya namun terhenti apabila tangan Syamil memegang lengannya.Syamil memandang tepat ke arah Adam.Syamil tahu dia perlu berterus terang malahan dia juga tidak pandai untuk berdolak dalih.

“Apa lagi yang kau nak Syamil?”Tanya Adam sedikit marah.

“Kenapa Adam?Kenapa kau jauhkan diri dari aku?Kau marahkan aku ke?”Tanya Syamil lembut sambil menatap wajah Adam.

“Entah.Kau rasa?”jawab Adam sambil memandang Syamil kembali.

“Apa sebenarnya hubungan kau dengan Akmal?”Tanya Adam tanpa selindung.Teringat sahaja adegan itu pun sahaja sudah membuatkan hatinya mengelegak kepanasan.

Syamil terpana.Adam nampakkah?Tapi itu semua bukan atas kerelaannya.Malahan dia sempat menghadiah “sesuatu” di muka Akmal.

“Kau tak faham Adam.Aku tak ada apa-apa dengan dia”Syamil perlahan berkata.

“Macam mana dia boleh ada dalam bilik kau?apa yang korang bincangkan?”

“Adam..kau tak faham..”belum sempat Syamil menghabiskan ayatnya Adam sudah memotong kembali.

“Kenapa Amil?tolong jangan biarkan anggapan diaorang pada kau betul..”kata Adam perlahan sambil memegang kuat bahu Syamil.

“Syamil tolong jangan bagi harapan pada aku.Aku..aku…”Adam tidak mampu menghabiskan ayatnya.

“Kau tak faham Adam.Kau tak faham macam mana sakitnya hati aku.Kau tak tahu macam mana rasanya bila kau percayakan orang tapi orang itu khianati kepercayaan kau?”perlahan Syamil menutur kata-kata bersama sendu dalam suaranya.

“Kau sendiri tak pernah fahamkan aku.Apa yang kau buat,kau tak bagi orang tolong kau.Kau push orang keluar dari hidup kau.Kau fikir tak ada orang yang akan kisah atau care pasal kau.Why don’t for once let people help you?”

 “Apa yang selalu kau buat adalah kau simpan seorang-seorang.Kau lari.Kau tak nak orang tolong kau sebab kau rasa kau boleh handle semua itu?For the first time boleh tak kau buang ego kau?”

“Sebab kau memang tak akan faham Adam.Keluarga aku buang aku,ayah aku…ayah aku sendiri tak mengaku aku anak dia.Ibu yang aku sayang meninggal dunia sebab apa yang aku buat.Aku tak boleh nak percayakan orang sebab setiap kali aku percayakan orang mesti orang tu nak sesuatu yang lebih dari tu?Kenapa semua orang buat aku macam tu?Dengan kau yang pindah dari sekolah,Akmal yang buang aku....aku…aku rasa macam tak boleh nak hidup Adam..aku..aku..”air mata sudah basah di pelupuk matanya.

“Pertama kali dalam hidup aku,aku tak ada alasan untuk bagitahu kenapa aku buat macam tu.Kalau aku beritahu atas alasan apa?Kita tak sengaja nak buat semua benda?.Pertama kali dalam hidup aku,aku menagih kasih sayang dari ayah sendiri.Aku mengemis setiap hari.Aku mengemis kasih sayang,Adam”

“Kau tahu tak macam mana perasaan aku bila kau pulangkan balik barang-barang tu?Aku macam nak gila fikir apa yang aku dah buat dekat kau.Aku sampai putus asa cari kau dekat mana-mana”Adam memandang Syamil.

Mata Syamil berkaca”Satu kesalahan yang aku buat adalah aku tak boleh nak nafikan aku sayangkan kau Syamil.Aku jatuh hati dengan kau.Aku tak tahu,aku yakin aku sayangkan kau.Walaupun apa yang berlaku lepas itu.Aku masih lagi sayangkan kau.Aku tak tahu kenapa”

“Jangan Adam,jangan sayangkan aku..aku hanya mengemis..mengemis kasih sayang”teresak-esak Syamil menangis.Dia mengesat air mata kasar.Alahai,mata ni.

“Bagi aku peluang untuk jaga kau,bagi aku peluang untuk sayangkan kau.Izinkan aku jadi pohon tempat untuk kau mengemis kasih sayang.Bagi aku peluang untuk aku lindungi kau.Selagi kau perlukan aku,aku akan sentiasa ada.Apabila sampai masa kau tak perlukan aku,tolong ingatkan aku supaya aku berundur dari hidup kau.Masa itu aku dah bersedia dan aku akan berundur dari hidup kau.Buat masa yang ada bagi aku peluang ni Syamil.Bagilah aku peluang untuk sayang kau.Aku akan sentiasa sayangkan kau melainkan hati aku diterbalikkan oleh tuhan.Aku tak pernah berhenti sayangkan kau”basah pelupuk mata Adam mengeluarkan kata-kata.Lama dia memejamkan mata mengambil nafas.

Air mata Syamil menitis lagi.Sambil teresak-esak,dia berjalan mendekati Adam.

“Kenapa..Adam..kenapa buat aku macam ni…”Adam menarik Syamil ke dalam pelukannya.Dia mengusap kepala Syamil perlahan.Syamil tidak pernah berubah dari dulu.Kasih sayang yang tumpah dari dulu lagi.Sejarah yang jauh ke belakang.Ramai yang tidak tahu.

“Ehh..aku berpeluh lagi la ni…”usik Adam.Syamil yang menyembamkan mukanya ke dada Adam tadi segera mengalihkan mukanya.Malu gila.Adam masih lagi ketawa kecil.Syamil membuat muka.

Tiba-tiba dia mendapat idea nakal lantas mendekati Adam dan merangkul lehernya.Dia merapatkan wajahnya ke muka Adam.Adam menelan air liurnya perlahan.Dia berbisik perlahan di telinga Adam.

“Kejar aku..”kata Syamil menarik topi Adam dan berlari laju meninggalkannya.

“Syamil..syamil..syamm..mill..memanglah…”Adam segera mengejar Syamil

Dari kejauhan Akmal menggepalkan penumbuknya.Lain yang diharap lain pula yang jadi.Kau ni kenapalah ada kat mana-mana je Akmal?Kau tak bosan ke asyik stalk orang?

bersambung....


3 comments:

  1. Please, please and please... Kembangkan watak Akmal. Hehehe...

    ReplyDelete
  2. out in public! hahhaa. boleh tahan. ahahahaha

    ReplyDelete