Story 16
5 tahun yang lalu
Syamil membuka matanya
perlahan-lahan.Kepala dia berasa sangat sakit.Dia mengerling ke arah
pinggangnya yang di peluk seseorang.Dia mengangkat tangan itu perlahan.Dia
menoleh dan terkedu melihat Adam tidur di sebelahnya dalam keadaan yang tidak
ada sesuatu yang menutupinya.
Dia cuba membuka kakinya.Bahagian
kangkangnya terasa sangat perit dan pedih.Dia memandang lagi.Ada kesan tompokan
yang kering.Kepalanya sudah berdenyut-denyut.Melihat keadaan remukkan cadar dan
beberapa kesan di situ dia yakin sesuatu telah berlaku.
Syamil memandang Adam yang sedang
enak tidur.Adam..adam apa kau dah buat pada aku ni?Syamil berkata dalam
hati.Dia bangun perlahan-lahan dan hampir terjelepuk jatuh dari katil.Rasa
perit dan sakit sudah tidak dipedulikan lagi.Dia mesti lari.Mesti.
Dia menahan teksi dengan segera
apabila nampak di tepi jalan.Dia sudah tidak peduli lagi.Beg pakaiannya juga di
tinggalkan.Dia sudah tidak peduli.
Pemandu teksi itu sudah naik
risau melihat anak muda di belakangnya itu dari tadi menangis tidak
henti-henti.Sayu dia melihat budak lelaki di belakangnya itu masih
tersedu-sedan menangis walau kadang-kadang dia pelik ada juga lelaki yang
cengeng.
Syamil mengesat kasar air mata
yang masih berair.Berhentilah mengalir.Berhenti.Namun matanya tetap
berdegil.Perasaan sebak dan pilu di dalam hati sudah tidak mampu digambarkan
lagi.Dia menanggalkan cincin dan jam tangan pemberian Adam.
“Bodohlah nangis..”katanya
perlahan sambil mengesat air matanya kasar.
Kenapa mesti sedih?Kau bukan ada
apa-apa dengan dia.Kau bukannya boleh mengandung pun kalau kau buat banyak kali
pun.Kau hanya hilang teruna sahaja.Sekali je pun.Lagipun kau patut bersyukur
sekurang-kurangnya Adam yang ambil.Dah lah tak payah sedih.Tak guna kau
sedih.Bisikan jahat itu terus menghasut Syamil agar tidak berasa salah dengan
apa yang berlaku
.
Tapi aku bukan macam itu.Aku ada
maruah.Aku hargai maruah aku.Aku bukan murah.Walaupun aku macam ni tak bermakna
aku murah.Tidak ada siapa yang akan hargai maruah kita melainkan diri kita
sendiri.Jawab Syamil perlahan dalam hati.Dia mengesat air matanya kasar.
“Sampai hati Adam..sampai hati
kau buat aku macam ni”katanya dengan penuh sebak.Sepanjang perjalanan dia hanya
mendiamkan diri.Memandang ke arah luar dengan harapan yang tinggi bahawa ini
semua hanya mimpi namun realitinya tidak.Dia tak bermimpi.
Sebaik sampai sahaja di
rumahnya,dia masuk ke dalam rumah dengan langkah yang longlai.Dia ternampak ibu
dan ayahnya sedang duduk di luar rumah sambil minum petang.Dia merapati mereka
dan bersalaman dengan ibubapanya.
“Amil kenapa ni?”tanya Pn Saleha
lembut.Dia pelik melihat anaknya itu seperti berduka.Ada masalah kah?Kenapa
anaknya pulang seorang diri?
“Tak ada apa-apa la ibu.Amil tak
sedap badan sangat”kata Syamil lembut cuba menyembunyikan suaranya serak.
“Amil..”lembut Pn Saleha
memanggil.
“Nanti kita cerita boleh tak
bu?Amill..”suaranya sudah mula pecah dan matanya berkaca.Dia bergerak masuk ke
dalam rumah dengan langkah yang lemah.Celah kelangkangnya masih perit dan pedih
di tahan agar tidak nampak aneh di hadapan ibubapanya.
Syamil meninggalkan ibubapanya
dan masuk ke dalam biliknya pantas.Dia mengunci pintu.Syamil terduduk di
belakang pintu.Dia terduduk di situ meratapi nasib diri.Apa aku nak buat?Macam
kalau orang lain tahu?Macam mana?Apa patut aku buat?
Dia bangun dengan
longlai.Kelangkangnya masih perit.Dia tidak mahu berfikir lagi.Dia dah tak
boleh nak berfikir.Dia menanggalkan pakaiannya 1 persatu lalu membaluti
badannya dengan towel.Dia masuk ke dalam bilik air.Dia membuka pili air dan
membiarkan dirinya di basahi air.
Dia pantas menggosok badannya
kasar.Dia berharap dengan mandi itu dapat mengeluarkan kotoran atau lebih tepat
saki baki Adam yang ada padanya.Dia mengambil sabun dengan banyak.Dia menyapu
seluruh badannya.Dia menyental badannya.Tidak cukup dengan itu dia ingin
mengambil berus untuk ‘mencuci’ dirinya.
Tangannya terhenti seketika.Dia
menarik nafas perlahan.Dia meletak kembali.Dia menyapu lagi.Dia menggosok
badannya lagi.Dia berharap kotoran itu hilang.Dia terduduk di lantai bilik air
sambil menangis lagi.Dia berasa kotor sangat.Dia benci.Dia benci benda tu.Dia
bangun menghadap cermin melihat kesan merah pangkal lehernya.Begitu juga di
bahagian dadanya.
“Kenapa kau buat aku macam ni
Adam?Kenapa Adam?Aku percayakan kau”dia menyembamkan mukanya ke lutut.
Selepas mandi,dengan segera dia berbaring
di atas katil dan berharap semua ni tidak berlaku.Dia tidak mahu balik
sekolah.Dia takut.Macam mana dia nak berhadapan dengan semua tu?Dia
menghabiskan cutinya di rumah dan dia mematikan telefon bimbitnya.
*****************
5 tahun yang lalu
Adam menekan-nekan butang keypad
handphonenya.Rasanya sudah berpuluh kali dia menghantar text pada Syamil.Namun
tiada satu pun di balas.Perasaan risau dan tertanya-tanya dalam hatinya sudah
tidak dapat di bendung lagi.Banyak benda yang ingin di sampaikan pada Syamil.
Amil,kenapa kau tak angkat
call?Kenapa tak balas sms aku?Amil,please.Dia sudah mengusap mukanya perlahan
sambil mengeluh berat.Dia pasti ada sesuatu yang berlaku.Melihat kesan remukkan
pada cadar dan beberapa tompokan.
Dia juga sempat melihat beberapa
kesan merah di lehernya.Mujur juga ibubapanya tidak banyk bertanya.Atau mungkin
mereka tidak kisah?
Ada juga dia bertanya kepada
Akmal.Namun kawannya itu juga tidak tahu.Akmal juga mengakui dia juga pass out
semalam.
Minggu lalu
“Ada nampak Syamil tak mal?”tanya Adam sambil memegang kepalanya yang
masih sakit.Dia mengerang sedikit kerana sakit.
“Ada,tadi dlm pukul 6 dia ada datang bilik aku.Merayu-rayu.Menangis-menangis.Dia
bagi aku suatu cawan.Aku tanpa fikir minum je la.Pagi itu aku tengok dia dekat
sebelah aku.Aku…aku..aku..nak cerita pun malu Adam..”
“Kenapa Mal?Kenapa?Apa yang kau buat dekat dia?”tanya Adam sambil
merenung tajam ke arah Akmal.
“Aku…aku….aku…Bukan salah aku Dam.Dia yang datang menyerah.Lepas tu,dia
yang bagi aku minum.Aku dah tak ingat apa-apa.Aku dah agak memang budak itu
sahaja nak kenakan kita.Jahanam betul la”kata Akmal mengapi-apikan Adam.Muka
Adam sudah merah padam.
“Tak..tak..Syamil bukan macam itu”kata Adam sambil menggeleng
kepalanya.Tak,tak aku tak percaya.
“Kalau kau tak percaya..tanya yang lain-lain”kata Akmal sambil menunjuk
pada kawan-kawan mereka yang lain.
“Betul ke?Aku tanya betul ke???”tengking Adam kuat.Ada yang berubah air
muka dan tidak kurang juga ada yang menundukkan kepala tanda bersalah.
“Tak..aku tak percaya.Aku kenal dia”kata Adam lagi.
“Adam,dah jelas.Tak payah lah buang masa kau nak ingat budak macam itu”
“Kita kenal dia dari….”
“Dia tak sama dengan Syamil yang kita kenal dulu..dia lain Adam.Dia dah
lain”
“Tak..aku tak percaya.Ni semua salah kau Akmal…”kata Adam sambil
mencekak kolar baju Akmal.
“Adam..sabar Adam.Ni bukan salah kita.Salah budak itu.Dia sahaja nak
main-main kan kau”cucuk Akmal lagi.Adam melepaskan cengkamannya
perlahan-lahan.Dia seperti ingin menangis.
“Cuba kau tanya senior yang lain berapa ramai lagi yang dia dah layan”cucuk
Akmal lagi.Dia pasti kali ni mesti ada yang tertusuk jarum.Dia yakin.Betapa
kejam hatinya sebagai seorang manusia.Dendam yang menghancurkan kasih sayang
yang seharusnya ada dalam hati setiap insan.
Adam memejam matanya perlahan.Dia
tidak tahu.Dia takut untuk mengakui hakikat itu.Tapi hatinya tetap mengatakan bahawa Syamil bukan begitu.Dia mesti mendapatkan penjelasan dr Syamil.
*****************
5 tahun yang lalu
En Syazwan menoleh ke arah
anaknya itu.Syamil banyak termenung.Syamil yang berubah jadi pendiam.Jarang
tersenyum.Lebih banyak mengeluh.Kadang-kadang dia perasan anaknya itu mengesat
mata seperti baru lepas menangis.
Hatinya berat mengatakan bahawa
sesuatu yang buruk sudah berlaku pada anaknya.Sikap anaknya yang terlampau
berahsia dan tidak suka membuka mulut tentang masalah kadangkala membuat dia
risau.
Menguatkan lagi telahannya
apabila Syamil mengatakan ingin bertukar sekolah.Sekolah yang luar dari negeri
kelahirannya.Kalau dulu dia bersekolah luar daerah sahaja.Dia ada bertanya
namun anaknya itu hanya mengunci bicara.Katanya lagi bagus di sabah dan sarawak.Kalau tak ada,Syamil ingin pergi ke Australia untuk bersekolah disitu bersama ibu saudaranya.
Selepas seminggu kejadian
itu,Syamil sudah nekad untuk berpindah sekolah.Dia membuka telefonnya dan
beberapa panggilan dari Adam dan juga mesej.Dia tidak membaca dan terus menekan
“delete”.
Dia menelefon Hisham.Dia
nekad.Dia mesti buat.Dia tahu dia membuat keputusan bodoh.Biarlah dia jadi
bodoh.Bodoh kerana meletakan harapan.
“Assalamualaikum.Hisham ni aku
Syamil”
“Walaikumussalam.Aku tahu
Syamil.Haha”kata Hisham sambil ketawa besar.
Syamil hanya tersenyum
sikit.”Sham,boleh tak kau datang kat rumah aku dalam tengah hari?”pinta Syamil.
“Ok boleh,nanti dah nak sampai
aku mesej kau dulu”
“Ok”kata Syamil mematikan
panggilan.Sambil menunggu Hisham datang dia mengemas biliknya sedikit.
Selepas solat zohor,Hisham datang
dan Syamil mengajak dia masuk bilik.Dia mengeluarkan 1 kotak kecil dan
meletakkan pada tangan Hisham.
“Tolong pulangkan pada Adam”
“Kenapa kau tak pulangkan
sendiri?”tanya Hisham pelik.
“Aku dah pindah sekolah Sham”
“Pindah?tapi kenapa?kenapa tiba-tiba
ni?”
“Aku rasa tak dapat suaikan diri
la”
“Huhh?da setengah tahun tak dapat
sesuaikan diri?”tanya Hisham lagi.Dia dapat berasa ada sesuatu yang berlaku
tapi Syamil tidak bercerita.
“Yups.Aku tak boleh sesuaikan
diri”
“Syamil,jangan tipu aku.Aku tahu
ada benda yang berlaku”kata Hisham sambil merentap kasar lengannya.
“Tak ada apa-apa la
Sham.Serius.Aku ok je”cuba melepaskan pegangan tangan Hisham.Dia memalingkan
mukanya dari Hisham.
“Syamil.Kau tipu.Kau tak ok”
“Aku ok la.Tak ada apa-apa.Da
pukul berapa ni?nanti lambat pula”
Hisham merenung Syamil
tajam.”Syamil kau tak ok!”Hisham hampir menengking Syamil.
“Aku ok Sham.Aku ok laaa.Kenapa
kau tak paham aku cakap ni?”tengking Syamil bersama air mata yang di tahan dari
keluar.
“Syamil..mil”dia mengendurkan suara
apabila melihat pelupuk mata Syamil bergenang air mata.
“Aku..aku..aku tak ok Hisham.Aku
tak ok.Aku tak ok…”kata Syamil penuh hiba dan sebak.Perasaan sebak begitu
menyesakkan dan menggebu dalam dada.Suaranya hampir pecah dan serak.
Hisham merapati Syamil.
“Jangan rapat dengan
aku.Jangan..jangan”kata Syamil menangis teresak-esak.Dia mengesat air matanya
kasar.
“Syamil apa yang berlaku?kenapa
kau macam ni?”
“Dia buat benda tu dekat aku.Aku
tak pernah rela.Aku rasa kotor sangat.Sampai hati dia buat aku macam tu.Aku..aku..”kata
Syamil lagi.
Hisham merapati lagi dan menarik
Syamil ke dalam pelukkannya.Syamil hanya diam.Dia membalas pelukan Hisham
dengan harapan agar keperitan hidupnya berlalu pergi.
********************
Zaman sekarang
Syamil mengambil bungkusan dari
pejabat kolejnya.Dia tidak pernah ada membeli barangan online atau meyuruh
sesiapa mengirim barang padanya.Keinginan membuka itu meruap-ruap.Sebaik sahaja
dia sampai di bilik dia mengoyak bungkusan itu dan pelik melihat ada 1 pendrive
dalam ruangan kotak itu.
Dia pantas membuka laptop dan
mencucuk pendrive itu.Dalam pendrive itu terdapat 1 video.Video apa?tanya
Syamil dalam hati.
Dia menekan video itu dan
tersentak melihat siapa dalam video itu.Adam dan dia.Mereka sedang…sedang.Dia
membiarkan ayatnya tergantung.Dia tahu bila video itu.Dia pasti dimana
tempatnya.
Dia pantas menutup laptop itu dan
menutup matanya rapat.Siapa yang ada video itu?Siapa yang
rakam?Akmal?Adam?kawan-kawan Akmal?Dia bagaikan ingin menjerit.Kenapa?Kenapa
semakin dia ingin melupakan benda-benda yang mengaibkan dirinya 5 tahun lalu
semakin ada orang ingin membukanya kembali.Adakah Akmal?Kenapa mesti selepas 5
tahun?Kenapa?
Dia bagaikan terbayang peristiwa
sewaktu malam itu.Dia bagaikan terdengar suara-suara Akmal,Adam dan kawan-kawan
terbahak-bahak ketawa melihatnya.Dia menutup telinga.Dia bagaikan
terdengar-dengar suara Akmal dan Adam bersilih ganti.Dia menutup mata dan telinganya.Tak,tak..aku tak
dengar!Syamil berkata dalam hati.Apabila dia membuka mata dia bagaikan ternampak
Akmal mendekatinya bersama satu benda di tangan.Berbisik sesuatu di telinganya.
Dia merapatkan lututnya ke
dada.Dia bagaikan terasa seperti tangannya terketar-ketar.Dia cuba bangun dari
tempat katilnya.Syamil berasa bagaikan nafasnya tersekat-sekat.Di hadapannya
terdampar imej Adam pula cuba merapatinya.Dia berasa seperti melayang.Dia
menghampiri meja belajarnya.Dia mencari ubatnya.Tapi ubatnya tiada di situ.Dia
berasa badannya lemah.
Dia pantas mengambil telefon dan
cuba mendial no telefon Adam.Belum sempat dia menekan butang dial,dia sudah
tidak ingat apa-apa.
********************
5 tahun lalu
“Abang…abang..”jerit Pn Saleha
kuat dengan tangan yang terketar-ketar.Hampir pecah dadanya melihat
gambar-gambar itu.Ya Allah apa yang berlaku pada anaknya.Dadanya berasa sesak
dengan tiba-tiba.
En Syazwan pantas mendapatkan
isterinya dan mengambil sampul surat berwarna coklat itu.Hampir terbeliak
matanya melihat gambar-gambar itu.Dia ingin menidakkan gambar itu tapi yang
jelas itu sudah terang.
Hatinya menjadi lagi pilu melihat
isterinya yang sudah menangis tersedu-sedan.Dia lantas mendapatkan isterinya
itu.
“Abang…kenapa Amil buat kita
macam ni?Sanggup dia malukan kita.Tak cukup ke apa yang kita bagi?”tanya Pn
Saleha dengan suara yang serak dan perasaan sebak menusuk di dalam
hatinya.Syamil,kenapa buat ibu macam ni?Syamil tak sayangkan ibu ke?Syamil.
Sebaik sahaja sampai waktu tamat
sekolah,Syamil terus masuk ke dalam rumah dan perasan ketegangan wajah ibu
bapanya dan juga terdapat 1 sampul surat berwarna coklat di atas meja.Dia pun
merapati mereka berdua.Tanpa amaran,ayahnya membaling sampul itu dan berterabur
semua isinya di lantai.Gambar?tanya Syamil.
Syamil menunduk dan mengutip
setiap gambar.Dia tersentak dan terkejut.Terketar-ketar dia mengambil gambar
itu.Gambar yang sungguh mengaibkan.Gambar dia dan Adam berpelukan tanpa seurat
benang pun.Ya Allah dugaan apakah ni?Syamil bagaikan ingin meraung sahaja
melihat gambar itu.
“Ayah..ibu..Syamil boleh
jelaskan”kata Syamil sambil memandang ayahnya.Sepanjang hayatnya hidup inilah
kali pertama dia melihat wajah ayahnya yang tersangat kecewa dan dukacita.
“Ayah tak tahu apa silap
ayah.Ayah tak tahu nak cakap apa..Syamil fikirlah sendiri.Sebab ayah dah penat
nak fikir.Dan penat”kata ayahnya pilu.Ibunya sudah mula menangis teresak-esak.
“Ayah..ayah tolonglah…ayah”kata
Syamil sambil merayu memegang tangan ayahnya.Dengan lemah En Syazwan menepis.
Hampir pecah dadanya melihat
gelengan ayahnya bersama sedikit air mata yang hampir menitis.Dia menangis
lagi.Ayah..ayah.
Ayahnya masuk dalam bilik bersama
ibunya.Sepanjang hari dia mengurungkan diri dalam bilik.Keesokkan harinya dia
keluar dari bilik dan ingin turun bersarapan.Baru sahaja dia ingin melabuhkan
punggung,terus sahaja ayah dan ibunya bangun tanpa sebarang kata.Tanpa sepatah kata.
Sewaktu hendak ke sekolah,ibunya
mengurungkan diri dalam bilik.Pendek kata ibu dan ayahnya membuat dia seperti
tidak wujud seolah-olah dia tidak pernah berada dalam rumah.Dia seperti orang
gila di rumah sendiri.Baginya ini lebih teruk dari kena pukulan ayahnya
dulu,kerana dia tahu apabila ibubapanya mendiamkan diri bermaksud mereka sudah
tidak mempedulikannya lagi.
Sama juga sewaktu petang dia baru
sahaja ingin menolong menyiram pokok bunga dan berbual dengan ibunya,namun
dengan pantas ibunya masuk kedalam tanpa kata.Apabila dia cuba berbual ibu
bapanya langsung tidak menyapa atau membalas.Memandangnya juga tidak.
Dia seperti ingin menangis.Dia
tiada tempat untuk mengadu atau meluahkannya.Dia tidak tahu pada siapa harus dia
bergantung.Beginikah pengakhiran dia sebagai seorang anak.Dosa tidak berpehujung.Derhakakah
dia?Tapi bagaimana kalau itu bukan silapnya?Atau silapnya sebab mengikut Adam?
Dia tidak tahu.Dia sudah tidak
boleh berfikir.Dia sudah penat.Dia sudah tidak mampu untuk berfikir.Dia sudah
penat yang amat.
bersambung....
citer ni best.. ada kekuatannya yg tersendiri. teruskan usaha... kalau boleh letakkan lebih emosi dalam dialog...baru best.
ReplyDeleteTq.Indeed.Aku sendiri rasa cm kurang emosi dlm dialog.Kena belajar lg ni
Deletebaru start baca cerita nih...best bro..:)
ReplyDeleteTq.Bacalah lagi
DeleteTeruskan usaha, best
ReplyDeleteTq.Insya Allah
Delete