Story 12
Zaman Sekarang
Zaman Sekarang
Dia mendongak sedikit dan
perlahan-lahan mencium dahi Adam bersama air mata yang menitis.Selepas itu
perlahan-lahan mencium pipi Adam lama.
“Aku minta maaf sebab sayangkan
kau.Aku minta maaf sebab pernah percayakan kau.Aku minta maaf Adam”sambung
Syamil sambil mencium dahi Adam semula sebelum bangun untuk keluar dari bilik.
Tanpa Syamil sedar rupa-rupanya
Adam mendengar setiap patah yang terkeluar dari mulut Syamil.Adam menarik
tangan Syamil dan menolaknya ke atas katil.
“Ad..adamm”Syamil yang tidak
bersedia itu terjatuh atas katil Adam.
“Shhhh..diam”Kata Adam sambil
meletakkan jari di mulut Syamil.
Adam mendekatkan mukanya lagi
pada muka Syamil dan mencium mukanya dengan tenang.Syamil hanya mampu
mendiamkan diri dan cuba untuk menepis muka Adam itu.Adam memegang tangannya
dan meletakkan di katil.
Syamil hanya diam menanti
tindakan Adam yang seterusnya.Adam membaringkan kepalanya di dada Syamil sambil
memeluk tubuh Syamil dengan erat.
“Aku tak akan lepaskan kau lagi
lepas ni..aku tak akan tinggalkan kau lagi”kata Adam sambil memejamkan matanya.
Syamil terkedu dengan kata-kata
Adam dan mengesat sisa air matanya tadi.’Adam kenapa kau buat aku macam ni?’
Dia membalas pelukan Adam dan
tertidur sehingga pagi keesokkan harinya.
****************
Zaman Sekarang
Zaman Sekarang
Akmal memandang handphonenya dan
membelek gambar Syamil yang berada dalam telefonnya.Teringat kembali peristiwa
di parking lot.Dia tersenyum sinis apabila teringat kembali peristiwa itu.Dia
memegang bibirnya yang sedikit pecah terkena penangan Syamil.
Boleh tahan jugak penangan
Syamil.Tak sangka dah berubah jadi makin ganas.Tak macam dulu Syamil yang
lemah,layu dan yang menarik perhatian dia Syamil makin comel.
Huhhh?Maaf.Perkataan maaf tak
wujud dalam kamus hidup aku.Kata Akmal seorang diri.Syamil,syamil masih naΓ―f
lagi kau macam dulu?
Tak sangka juga tujuan dia datang
hanya untuk mengambil sepupunya untuk balik kampong sama-sama tapi lain pula
yang dia dapat.Dia tak akan lepaskan peluang yang ada sekali lagi.Dia akan
pastikan sahaja untuk mendapatkan Syamil dalam genggaman dia dan musnahkan hidup
Adam selama-lamanya.
“tok..tok”
“Lama dah ke kau tunggu Mal?”
“Tak ada lah,sekejap aja
Ana.Masuklah dah petang ni”
Farhana hanya mengangguk dan
meletakkan begnya di pintu belakang.Opahnya demam,rindu nak tengok cucu sulung
perempuan dalam keluarga mereka.Opah,opah.Ngomel Farhana dalam hati.
Sewaktu masuk dalam kereta,Akmal
sempat menjeling handphone di tangan Farhana dan terperasan gambar Syamil di
screen lock handphone sepupunya.
“Siapa tu Ana?”
“Oh.Tak ada siapa-siapa.Kawan
je”Kata Farhana perlahan sambil tersipu-sipu malu.
“Kawan?Kalau kawan tak akan lah
sampai screen lock fon pun letak.Hahaha”
“Whatever,Akmal.Dah laa jalan la”
Dalam kepala Akmal sudah mula
menyusun rancangan dengan teliti dan tinggal perlu jalankan sahaja dengan
menggunakan Farhana sebagai senjata utama.
Farhana hanya terdiam dan
tersenyum dengan penuh lirih sekali.Peristiwa seminggu lepas terbayang di minda
.
“Syamil,saya ada perkara nak bagitahu awak”
“Ya?Apa dia ana?”
“Saya..saya..”merah sudah muka Farhana menahan malu.Tapi dia nekad
untuk memberitahu Syamil kerana dia tidak tahan melihat Syamil melayan
perempuan lain lebih dari dia.
“Kenapa ni Ana?”Syamil sudah berubah risau.
“Saya sebenarnya suka dekat awak”kata Farhana perlahan.
Syamil terkedu mendengar pengakuan Farhana.”Ap..apa awak cakap
Farhana?”
“Saya suka dekat awak”
Syamil hanya terdiam dan tidak mampu berkata apa-apa.
“Aw..awak tak boleh suka saya,Ana”
“Kenapa?Apa kurangnya saya?”
“Awak tak boleh paksa orang untuk suka awak Ana.Apabila melibat hal
hati dan perasaan”
“Tapi mesti ada sebab kenapa awak tolak saya”
“Saya terpaksa Ana.Saya minta maaf”
Mata Farhana sudah mula basah dan bagaikan tidak percaya dirinya di
tolak mentah-mentah sebegitu rupa.Dia memejamkan mata sambil menahan air mata
dari mengalir.
“Baiklah Syamil,cuma saya ada satu permintaan.Boleh awak sayangkan saya
sebagai kawan lagi?”tanya Farhana sambil menahan sendu dalam suaranya.
Syamil memandang Farhana dengan tajam.
“Saya..saya..tak..”
“Saya cintakan awak ,tapi saya hanya minta awak sayangkan saya
sebagai kawan.Tu pun tak boleh ke?Teruk sangatkah saya ni Syamil?”Farhana sudah
mula menangis teresak-esak.
Farhana mengesat air matanya dan
menutup handphonenya sambil memejamkan mata.Nampak macam dia terdesak sangat ke?dia
rasa tak,sebab dia tahu dia tak boleh buat apa-apa apabila perkara yang
melibatkan hati dan perasaan.
***************
5 tahun lalu
Sedang Syamil mengelap dada Adam
tiba-tiba pintu bilik Adam terbuka dan mereka memandang ke arah pintu dan
terkejut melihat gerangan manusia di situ.
“Apa yang korang buat ni?”
Syamil yang terkejut dengan
sapaan itu tanpa sengaja membaling kain lap itu ke muka Adam.Adam hanya
mengeluh dan mengalihkan kain yang kena pada mukanya itu.
“Aku…”baru sahaja Syamil ingin
berkata-kata,Akmal memintas dengan pantas.
Akmal memandang dengan penuh
curiga dan seperti susah untuk percaya apa yang berlaku“Oh,aku ingatkan apa
tadi”kata Akmal sambil tersenyum sinis memandang Syamil.
Syamil hanya mendengus dan
berjalan keluar dari bilik Adam dengan pantas.
“Apa kau nak ni Mal?”tanya Adam
dengan suara mendatar.
“Jadi tak plan kita nak
jalan-jalan time cuti ni?Jangan cakap kau marah aku lagi sebab benda tu”
“Nanti,aku fikir dulu”
“Huhhh?Jangan cakap dengan
aku,kau dah suka dekat Syamil”dengan sinis Akmal berkata
“Apa kau merepek ni Mal?”kening
Adam berkerut tanda tidak suka perkara itu di sebut oleh Akmal.
“Kau ingat aku tak nampak macam
mana kau pandang dia tadi?”Akmal terus menggasak Adam.
“Mana ada.Aku cakap tak.TAK!.Aku
tak suka dia dan aku tak akan pernah suka dia.Aku benci DIA.Benci dia.AKu suruh
dia buat tadi pun sebab nak tunjukkan yang dia patut tunduk dengan aku.Kau
faham tak?”kata Adam sambil menengking.
Syamil yang baru ingin masuk
terkedu mendengar jeritan Adam.Tunduk pada Adam?
“Adam,adam..aku dah lama kenal kau Adam”
"Kau jangan nak mengarut boleh tak Mal?"
“Adam,ni air kau..aku balik dulu”kata
Syamil sambil menahan rasa sebak dalam hati dan terus berlalu meninggalkan Adam
dan Akmal.
Muka Adam berubah pucat dan
berharap agar Syamil tidak mendengar percakapannya.
“Syam..Syamil..aku tak ber…”tapi
Syamil sudah meninggalkan bilik itu.
Kau bodoh Syamil.Kau bodoh.Kau
leka dalam perasaan kau sendiri.Syamil berkata pada dirinya sendiri.
“Arghhhh,kenapa aku nak sedih
pulak?aku bukan ada apa-apa dengan dia pun”kata Syamil memujuk diiri sendiri
sambil memegang kepalanya.
Dia berhenti jalan dan menarik
nafas sedalam-dalamnya.Jujur dia tak dapat menipu.Dia memang terasa dan sedih
apabila mendengar ayat Adam.Ayat Adam
yang membuatkan dirinya betul-betul rasa sedih dan sebak adalah apabila Adam
mengatakan.
“AKu suruh dia buat tadi pun sebab nak tunjukkan yang dia patut tunduk
dengan aku”
Ya.Dia memang betul-betul
sedih.Dia bersungguh terhina dan rendah diri.Dia melepaskan keluhan perlahan-perlahan.Tiba-tiba dia berasa ada tangan
memegang bahunya.Bulu romanya naik serta merta.
“Syamil,kenapa sorang-sorang kat
sini?”
********************
Zaman Sekarang
Zaman Sekarang
Syamil menggosok mukanya perlahan
dan menguap luas.Dengan mata yang tertutup dia meraba-raba katil untuk mencari
handphonenya untuk melihat jam.Tangannya berhenti di suatu tempat.Kenapa keras
je ni?Sejak bila tilam aku jadi macam batu ni?Dia meraba-raba lagi.Ehh,kenapa
ada tangan ni?
Dia perlahan-perlahan membuka
mata dan terkejut melihat mukanya di dada Adam.Dan tangan kirinya berada
dekat..dekat….dekat…
Dia cuba bangun dengan pantas
tapi Adam menarik dia ke dalam pelukan dengan kejap.Kini dia tidak dapat
bergerak dan dengan selambanya Adam menarik tangan Syamil dan mengesat mulutnya
yang sedikit meleleh air liur.
Syamil sudah mula
geli-geliman.Adam menyambung tidurnya semula dan Syamil sudah mula gelisah.Dia nampak
mata Adam bergerak-gerak.
“Adam,bangunn sekarang!!Kau
jangan nak pura-pura tidur pulak eh”Syamil memarahi Adam.
“Apa..bising-bisng pagi-pagi?”
Next chapter bila bro ?
ReplyDelete