Saturday, 12 April 2014

Pencuri Cinta

Story 11

Zaman Sekarang

“Syamil Hazri”

Syamil lantas memandang dan betapa terkejutnya apabila dia melihat orang yang tak disangka berada di hadapannya.Orang yang paling dia benci.Hampir sahaja makanannya jatuh ke lantai.Syamil terdiam tanpa sebarang kata dan orang itu masih merenung dia.Merenung dengan pandangan yang sayu dan lirih.

“Syamil, ni ak..aku”

“Ken..kenapa kau ada kat sini?”

“Aku..aku..”

Syamil pantas meletakkan kembali pinggan dan bergerak keluar dari kawasan cafΓ© dengan pantas.Lelaki itu mengejar Syamil dengan laju dan berjaya menarik tangan Syamil dengan pantas.

“Apa kau nak?”tengking Syamil dengan kuat.

“Aku nak minta maaf..”

“Maaf?Huhh..”Syamil tersenyum sinis memandang lelaki itu.

“Kalau bukan sebab bukan kau yang ajak aku,semua ni tak jadi.Kau  tahu tak?”

“Kau ingat dengan maaf kau,kau boleh betulkan balik apa yang berlaku dulu.Maruah aku,kau tahu tak?maruah aku…”hampir pecah suara Syamil menahan sebak.

“Syamil,aku…”

“Kau memang benci aku dari dulu lagi,apa salah aku sampai kau buat aku macam ni.Kau dengan Adam sama je.Aku benci kau,aku benci Adam”

“Aku benci kau”

“Syamil,dengar dulu..”kata lelaki itu dan menarik tangan Syamil semula.

Syamil lantas berpusing dan

PANGG!

“Aku patutnya dari dulu lagi bagi kau penampar siap-siap”tengking Syamil.

Merah muka lelaki itu memandang Adam dan terkedu sebentar terkena penampar Syamil.

“Syamil,kenapa ni?”kedengaran suara lelaki bertanya.Syamil lantas menoleh dan melihat Adam menghampiri mereka.

“Kau..kau apa kau buat kat sini huhh?”tanya Adam dengan bengis lalu mencekak baju lelaki itu.

“Adam,aku..aku..”

Syamil dengan pantas masuk ke dalam kereta dan meninggalkan mereka berdua di parking lot.Dalam kereta dia cuba untuk menenangkan hatinya.Dia cuba untuk melupakan apa yang dia nampak,apa yang dia jumpa.Realitinya dia memang berjumpa dengan lelaki itu.

Kenapa bila dia da betul-betul nak membuang jauh-jauh kisah lama dia dan meluapakannya terus,ada sahaja orang yang ingin membuka kembali benda-benda yang dia tak nak ingat?Kenapa?Kenapa nak ungkit hal lama yang dia sendiri sampai sekarang tidak tahu nak mempercayai siapa?

Sampai sahaja di bilik,dengan lemah dia memasuki bilik itu dan berbaring di atas katil sambil memejamkan matanya.Tiba-tiba pintu biliknya diketuk.Dia bangun dan membukanya.Dengan pantas dia menutup kembali.

“Apa lagi kau nak?”

“Aku tahu apa yang kau fikir,mesti kau ingat aku…”

“Adam,aku nak bersendirian”Syamil memotong ayat Adam sebelum dia sempat menghabiskannya.

“Syamill..”

“Aku cakap keluar!Berambus sekarang”Syamil sudah mula menengking sambil menolak Adam keluar dari biliknya dan mengunci pintu biliknya.

Sejak dia berjumpa kembali dengan Adam perasaan marahnya susah untuk di kawal.Dia mengusap mukanya perlahan.Lepas satu satu orang yang dia jumpa.

Lepas ini siapa lagi?

****************
Zaman Sekarang

Sudah 2 minggu peristiwa itu berlalu dan dia juga sudah menjauhi Adam malah ketika latihan kelab memanah pun dia banyak mendiamkan diri.Sewaktu balik dari kelas dia terperasan pintu bilik Adam sedikit terbuka.Mula-mula dia ingin berlalu membiarkan sahaja tanpa menjenguk namun hatinya berdetik untuk melihat apa yang Adam sedang lakukan.

Dia menolak sedikit pintu bilik Adam dan menjengukkan kepala.Dia terlihat Adam sedang tidur terbaring di atas katil sambil menyelimutkan diri sehingga ke paras dada.Dia melangkah masuk ke dalam bilik itu dan terpana melihat gambar dia dan Adam di atas meja.Gambar yang sangat kelakar kerana Adam menolak kepalanya.

Syamil berjalan dan memegang frame gambar itu sambil tersenyum.Dia meletakkan kembali frame itu dan berpusing apabila terdengar bunyi orang mengerang.Dia perasan muka Adam agak merah dan bibirnya nampak pucat.

‘Eh,dia ni demam ke?’Syamil bermonolog dalam hati.

Dia bergerak ke tepi katil Adam dan meletakkan telapak tangan di dahi Adam.Ya Allah,panasnya.

“Adam..adam,bangun.Bangun”

Walaupun dia ada masalah dengan Adam tidak bermaksud dia kejam membiarkan orang yang sakit sendirian tanpa bantuan.

“Adam,adamm.Bangun..”masih tiada respons

“Adam.jangan takutkan aku pulak”Syamil sudah menggelabah sambil menggocang bahu Adam sedikit kuat.

Dalam hati ‘Adam,janganlah macam ni.Janganlah mati’

“Adamm”

Adam bergerak sikit dan membuka matanya perlahan.Syamil menghembuskan nafasnya dengan penuh lega.

“Kau ni kenapa?Aku belum mati lagi la”kata Adam sambil tersengih perlahan.Syamil membeliakkan mata mendengar percakapan Adam.

“Kau demam ni.Jom la pergi klinik”

“Malas lah.Tak larat”Adam berkata perlahan sambil memejam mata kembali

“Dah,bangun.Biar aku yang bawa”

“Malas”

“Adam,bangun sekarang,pergi bersiap aku bawak kau pergi klinik”Syamil sudah mula mengecilkan matanya tanda dia geram dengan kedegilan Adam.Apabila Adam menunjukkan tanda-tanda tidak mahu bergerak Syamil pantas menyingkap selimut Adam tanpa sebarang amaran.

“Jangannnnn”Adam menjerit sambil berusaha mencapai selimut dia kembali.

Oh my,oh my.oh my.Aku tak nampak.Aku tak nampak.Aku tak nampak.Ya Allah butakan lah mata aku sekarang Syamil berkata dalam hati sambil menutup matanya dan berdoa yang dia tak nampak apa-apa.Malangnya memang dia nampak.Damn.damn.

“Sebab tu aku malas bangun lagi.Kau ni memang saja nak usha aku”kata Adam sambil membalutkan diri dengan selimut semula.Kalau orang luar nampak situasi ni mesti ingat yang Adam sudah hilang maruah diri kerana di ragut oleh Syamil.Syamil ketawa dalam hati tanpa sedar senyumannya kelihatan di wajah sewaktu menutup mata.

“Tengok tu.Suka lah tengok aku punya”

Syamil mematikan senyumnya“Jangan merepek boleh tak?pakai baju cepat”

“Tolong capaikan boleh tak?Aku betul-betul tak larat”

Sambil menutup mata Syamil meraba-raba baju yang ada di kerusi pada meja study Adam dan melemparkan pada Adam.

“Boxer aku”

“Huhh?Ambil la sendiri”

“Alaa.Ada kat situ sekali je”kata Adam.Syamil menggunakan betul-betul hujung jarinya untuk mengambil boxer itu. Gelinya aku.

“Dah boleh buka mata sekarang”kata Adam sambil tersenyum-senyum memandang Syamil.

Tanpa membuang masa mereka keluar dari bilik dan sepanjang perjalanan ke klinik dalam university Adam hanya memejamkan mata.

Sampai di klinik Universiti,Syamil dengan segera daftarkan nama untuk Adam. Syukur tak ramai orang di situ.Dia tutup mata, tapi muka mengarah pada Syamil.Syamil pula  tidak melepaskan peluang untuk menilik muka Adam yang sedang memejamkan mata.

Entah kenapa dia terlalu berani mengusap rambut Adam perlahan dan agak lama.Tiba-tiba Adam memegang lembut tangan Syamil.

“Syamil,aku..aku..rindukan sangat kat kau selama 5 tahun ni”

Syamil yang mendengar menjadi sebak dan dadanya menjadi sesak kerana dia ingat dia sahaja yang rindukan Adam.Dia tidak faham dengan perasaan sendiri.Sebab dia tak tahu sama ada dia sudah jatuh suka pada Adam lagi atau tidak.Dia jadi keliru.Dia tidak tahu.

Kemudian, perlahan-lahan Adam membuka mata dan masih lagi memegang tangan Syamil.Dia hanya mampu diam.

“Nombor kau da sampai”

Syamil dengan segera menarik genggaman dari Adam.

“Jom...”

“Tak apa, aku pergi sendiri.”

Syamil hanya mengangguk. Selesai di klinik. Syamil segera memandu ke arah cafe, Adam perlu makan sebelum makan ubat. Dengan pantas die belikan Adam makanan. Dan pulang semula ke bilik.

“Adam makan dulu,pastu telan ubat ni”apabila dia melihat tanda-tanda Adam ingin tidur semula.
“Kau suapkan aku boleh?”

“Jangan nak merepek boleh?”Syamil memandang bagaikan tidak percaya

“Aku serius,kau tak kesian kan aku yang sakit ni?”

“Mengada betul la.Aku suap pakai kaki baru tahu”perlahan Syamil mengomel.
“Tak baik merungut time tolong orang,tak dapat pahala”kata Adam perlahan.

Syamil lantas berpusing dan memandang tajam ke arah muka Adam.

“Seksi la tu buat muka macam tu?Nak kena cium dengan aku”

“Adamm,kau cakap bukan-bukan aku suap pakai senduk nasi nanti”kata Syamil sambil menggugut Adam.Dalam kepalanya berfikir aduii,mana datang pulak aku nak cari senduk nasi nanti kalau dia buat betul-betul.Mulut ni pun satu suka-suka je sebut.

“Ye lah,garang betul”

Selepas membasuh tangan Syamil dengan segera menyuapkan nasi ke dalam mulut Adam.Selepas beberapa suap Adam sudah mula menolak kerana perutnya berasa sebu.

Syamil meletakkan nasi itu di atas meja dan memberi ubat pada Adam untuk di makan.Selepas itu Adam dengan segera bergerak ke katil dan Syamil hanya mampu melihat.Syamil mula ingin melangkah keluar dari bilik.

“Amil,temankan aku tidur dulu”

“huhh?”

“Paling kurang tunggulah sampai aku tidur lepas tu kau kuncikan bilik aku”

Syamil hanya mampu mengangguk lemah dan duduk di tepi katil sambil menunggu Adam tidur.Apabila Adam sudah kelihatan tertidur Syamil mengangkat tangannya dan meletakkan di kepala Adam.Dia menggosok perlahan rambut Adam.Dia mengusap kepala Adam perlahan.

“Adam,betul ke kau tak tahu apa-apa pasal 5 tahun yang lepas?”

“Dah 5 tahun aku tunggu jawapan dari kau tapi aku takut nak dengar dari kau sendiri”Syamil menyambung lagi.

“Aku tak tahu nak percaya siapa.Aku sendiri keliru sebab time tu aku rasa macam kau yang terlibat.Tapi..tapi..kenap..kenapa kau”Syamil berkata lagi sambil menggosok dahi Adam.

“Aku sendiri tak faham dengan perasaan aku sendiri sebab aku rasa aku dah mula sayangkan kau dari dulu lagi”suara Syamil mula sebak.

Dia mendongak sedikit dan perlahan-lahan mencium dahi Adam bersama air mata yang menitis.Selepas itu perlahan-lahan mencium pipi Adam.

“Aku minta maaf sebab sayangkan kau.Aku minta maaf sebab pernah percayakan kau.Aku minta maaf Adam”sambung Syamil sambil mencium dahi Adam semula sebelum bangun untuk keluar dari bilik.

Tanpa Syamil sedar rupa-rupanya Adam mendengar setiap patah yang terkeluar dari mulut Syamil.Baru je Syamil bangun Adam menarik tangan Syamil dan menolaknya ke atas katil.

"Maafkan aku Syamil"sambil mendekatkan mukanya pada muka Syamil.

Bersambung…..


2 comments:

  1. loveable.. best cite ni.. sume jln cite dpt d bygkn.. ble episod seterusnya??

    ReplyDelete
  2. Hampeh...bersambung! baik ko sambung cepat hahaha...nice story by the way! ^_^

    ReplyDelete