Wednesday, 30 April 2014

Apa yang orang fikir?

Assalamualaikum.

Hari ni aku nak share pasal apa yang orang fikir.Macam yang kita tahu yang kebanyakkan apa berlaku dlm kehidupan seharian kita dipengaruhi dengan apa yg org fikir psl kita,apa yg org akan ckp pasal kita,apa yg org tahu.

Mungkin some people akn ckp yg "I dont even give a damn about what others people say to me,they just jealous".Yes I do admit about that,tapi at some point kita perlu give a "damn" apa yg org fikir pasal kita.Kadang-kadang apa yang orang cakap itu ada betulnya,cuma kita xdapat terima benda itu.

Ada readers yang hantar ask.com tu dekat aku tanya pasal-pasal post aku di blog ni.Ada yang cakap nak jadi kan org straight balik ke?Ada yang very offended with everything I post on blog.Aku cuma nak cakap yang aku memang xberniat langsung nak jadikan org straight balik atau apa-apa la.Aku cuma nak share apa yang aku cakap,apa yang aku rasa,apa yang aku selalu buat.Doesnt mean we're aint straight we have to live at the bottom of society.I was deeply regret and apologized if any of my thought's offended anybody.

Aku macam xberapa suka if ada yang cakap kalau dah byk dosa tu xpayh nak alim sangat.Benda ini bukan pasal alim ke tak alim.Cuma pada pandangan aku kalau kita dah banyak dosa jangan menambah lagi sebab yang sedia ada pun tak tertanggung ni nak tambah yang baru-baru lagi.Sebab terima tak terima kebaikan kita bukan kita yang tentukan.

Sebab itu aku cakap kadang-kadang kita kena ambil pusing apa yang orang fikir pasal kita.Xkisah la dlam kehidupan korang ke,alam maya ke.Cuma jangan terlampau memberatkan fikiran sangat dengan apa orang cakap penting-penitng juga tapi tengok prioriti die juga.

p/s: akan update story 13 selaju yang boleh dan anyone nak tanya soklan boleh la di ask.com tu


Friday, 25 April 2014

Pencuri Cinta

Story 12

Zaman Sekarang

Dia mendongak sedikit dan perlahan-lahan mencium dahi Adam bersama air mata yang menitis.Selepas itu perlahan-lahan mencium pipi Adam lama.

“Aku minta maaf sebab sayangkan kau.Aku minta maaf sebab pernah percayakan kau.Aku minta maaf Adam”sambung Syamil sambil mencium dahi Adam semula sebelum bangun untuk keluar dari bilik.

Tanpa Syamil sedar rupa-rupanya Adam mendengar setiap patah yang terkeluar dari mulut Syamil.Adam menarik tangan Syamil dan menolaknya ke atas katil.

“Ad..adamm”Syamil yang tidak bersedia itu terjatuh atas katil Adam.

“Shhhh..diam”Kata Adam sambil meletakkan jari di mulut Syamil.

Adam mendekatkan mukanya lagi pada muka Syamil dan mencium mukanya dengan tenang.Syamil hanya mampu mendiamkan diri dan cuba untuk menepis muka Adam itu.Adam memegang tangannya dan meletakkan di katil.

Syamil hanya diam menanti tindakan Adam yang seterusnya.Adam membaringkan kepalanya di dada Syamil sambil memeluk tubuh Syamil dengan erat.

“Aku tak akan lepaskan kau lagi lepas ni..aku tak akan tinggalkan kau lagi”kata Adam sambil memejamkan matanya.

Syamil terkedu dengan kata-kata Adam dan mengesat sisa air matanya tadi.’Adam kenapa kau buat aku macam ni?’

Dia membalas pelukan Adam dan tertidur sehingga pagi keesokkan harinya.

****************
Zaman Sekarang

Akmal memandang handphonenya dan membelek gambar Syamil yang berada dalam telefonnya.Teringat kembali peristiwa di parking lot.Dia tersenyum sinis apabila teringat kembali peristiwa itu.Dia memegang bibirnya yang sedikit pecah terkena penangan Syamil.

Boleh tahan jugak penangan Syamil.Tak sangka dah berubah jadi makin ganas.Tak macam dulu Syamil yang lemah,layu dan yang menarik perhatian dia Syamil makin comel.

Huhhh?Maaf.Perkataan maaf tak wujud dalam kamus hidup aku.Kata Akmal seorang diri.Syamil,syamil masih naΓ―f lagi kau macam dulu?

Tak sangka juga tujuan dia datang hanya untuk mengambil sepupunya untuk balik kampong sama-sama tapi lain pula yang dia dapat.Dia tak akan lepaskan peluang yang ada sekali lagi.Dia akan pastikan sahaja untuk mendapatkan Syamil dalam genggaman dia dan musnahkan hidup Adam selama-lamanya.

“tok..tok”

“Lama dah ke kau tunggu Mal?”

“Tak ada lah,sekejap aja Ana.Masuklah dah petang ni”

Farhana hanya mengangguk dan meletakkan begnya di pintu belakang.Opahnya demam,rindu nak tengok cucu sulung perempuan dalam keluarga mereka.Opah,opah.Ngomel Farhana dalam hati.

Sewaktu masuk dalam kereta,Akmal sempat menjeling handphone di tangan Farhana dan terperasan gambar Syamil di screen lock handphone sepupunya.

“Siapa tu Ana?”

“Oh.Tak ada siapa-siapa.Kawan je”Kata Farhana perlahan sambil tersipu-sipu malu.

“Kawan?Kalau kawan tak akan lah sampai screen lock fon pun letak.Hahaha”

“Whatever,Akmal.Dah laa jalan la”

Dalam kepala Akmal sudah mula menyusun rancangan dengan teliti dan tinggal perlu jalankan sahaja dengan menggunakan Farhana sebagai senjata utama.

Farhana hanya terdiam dan tersenyum dengan penuh lirih sekali.Peristiwa seminggu lepas terbayang di minda
.
“Syamil,saya ada perkara nak bagitahu awak”

“Ya?Apa dia ana?”

“Saya..saya..”merah sudah muka Farhana menahan malu.Tapi dia nekad untuk memberitahu Syamil kerana dia tidak tahan melihat Syamil melayan perempuan lain lebih dari dia.

“Kenapa ni Ana?”Syamil sudah berubah risau.

“Saya sebenarnya suka dekat awak”kata Farhana perlahan.

Syamil terkedu mendengar pengakuan Farhana.”Ap..apa awak cakap Farhana?”

“Saya suka dekat awak”

Syamil hanya terdiam dan tidak mampu berkata apa-apa.

“Aw..awak tak boleh suka saya,Ana”

“Kenapa?Apa kurangnya saya?”

“Awak tak boleh paksa orang untuk suka awak Ana.Apabila melibat hal hati dan perasaan”

“Tapi mesti ada sebab kenapa awak tolak saya”

“Saya terpaksa Ana.Saya minta maaf”

Mata Farhana sudah mula basah dan bagaikan tidak percaya dirinya di tolak mentah-mentah sebegitu rupa.Dia memejamkan mata sambil menahan air mata dari mengalir.

“Baiklah Syamil,cuma saya ada satu permintaan.Boleh awak sayangkan saya sebagai kawan lagi?”tanya Farhana sambil menahan sendu dalam suaranya.

Syamil memandang Farhana dengan tajam.

“Saya..saya..tak..”

“Saya cintakan awak ,tapi saya hanya minta awak sayangkan saya sebagai kawan.Tu pun tak boleh ke?Teruk sangatkah saya ni Syamil?”Farhana sudah mula menangis teresak-esak.

Farhana mengesat air matanya dan menutup handphonenya sambil memejamkan mata.Nampak macam dia terdesak sangat ke?dia rasa tak,sebab dia tahu dia tak boleh buat apa-apa apabila perkara yang melibatkan hati dan perasaan.

***************
5 tahun lalu

Sedang Syamil mengelap dada Adam tiba-tiba pintu bilik Adam terbuka dan mereka memandang ke arah pintu dan terkejut melihat gerangan manusia di situ.

“Apa yang korang buat ni?”

Syamil yang terkejut dengan sapaan itu tanpa sengaja membaling kain lap itu ke muka Adam.Adam hanya mengeluh dan mengalihkan kain yang kena pada mukanya itu.

“Aku…”baru sahaja Syamil ingin berkata-kata,Akmal memintas dengan pantas.

Akmal memandang dengan penuh curiga dan seperti susah untuk percaya apa yang berlaku“Oh,aku ingatkan apa tadi”kata Akmal sambil tersenyum sinis memandang Syamil.

Syamil hanya mendengus dan berjalan keluar dari bilik Adam dengan pantas.

“Apa kau nak ni Mal?”tanya Adam dengan suara mendatar.

“Jadi tak plan kita nak jalan-jalan time cuti ni?Jangan cakap kau marah aku lagi sebab benda tu”

“Nanti,aku fikir dulu”

“Huhhh?Jangan cakap dengan aku,kau dah suka dekat Syamil”dengan sinis Akmal berkata

“Apa kau merepek ni Mal?”kening Adam berkerut tanda tidak suka perkara itu di sebut oleh Akmal.

“Kau ingat aku tak nampak macam mana kau pandang dia tadi?”Akmal terus menggasak Adam.

“Mana ada.Aku cakap tak.TAK!.Aku tak suka dia dan aku tak akan pernah suka dia.Aku benci DIA.Benci dia.AKu suruh dia buat tadi pun sebab nak tunjukkan yang dia patut tunduk dengan aku.Kau faham tak?”kata Adam sambil menengking.

Syamil yang baru ingin masuk terkedu mendengar jeritan Adam.Tunduk pada Adam?

“Adam,adam..aku dah lama kenal kau Adam”

"Kau jangan nak mengarut boleh tak Mal?"

“Adam,ni air kau..aku balik dulu”kata Syamil sambil menahan rasa sebak dalam hati dan terus berlalu meninggalkan Adam dan Akmal.

Muka Adam berubah pucat dan berharap agar Syamil tidak mendengar percakapannya.

“Syam..Syamil..aku tak ber…”tapi Syamil sudah meninggalkan bilik itu.

Kau bodoh Syamil.Kau bodoh.Kau leka dalam perasaan kau sendiri.Syamil berkata pada dirinya sendiri.

“Arghhhh,kenapa aku nak sedih pulak?aku bukan ada apa-apa dengan dia pun”kata Syamil memujuk diiri sendiri sambil memegang kepalanya.

Dia berhenti jalan dan menarik nafas sedalam-dalamnya.Jujur dia tak dapat menipu.Dia memang terasa dan sedih apabila mendengar ayat  Adam.Ayat Adam yang membuatkan dirinya betul-betul rasa sedih dan sebak adalah apabila Adam mengatakan.

“AKu suruh dia buat tadi pun sebab nak tunjukkan yang dia patut tunduk dengan aku”

Ya.Dia memang betul-betul sedih.Dia bersungguh terhina dan rendah diri.Dia melepaskan keluhan perlahan-perlahan.Tiba-tiba dia berasa ada tangan memegang bahunya.Bulu romanya naik serta merta.

“Syamil,kenapa sorang-sorang kat sini?”

********************
Zaman Sekarang

Syamil menggosok mukanya perlahan dan menguap luas.Dengan mata yang tertutup dia meraba-raba katil untuk mencari handphonenya untuk melihat jam.Tangannya berhenti di suatu tempat.Kenapa keras je ni?Sejak bila tilam aku jadi macam batu ni?Dia meraba-raba lagi.Ehh,kenapa ada tangan ni?

Dia perlahan-perlahan membuka mata dan terkejut melihat mukanya di dada Adam.Dan tangan kirinya berada dekat..dekat….dekat…

Dia cuba bangun dengan pantas tapi Adam menarik dia ke dalam pelukan dengan kejap.Kini dia tidak dapat bergerak dan dengan selambanya Adam menarik tangan Syamil dan mengesat mulutnya yang sedikit meleleh air liur.

Syamil sudah mula geli-geliman.Adam menyambung tidurnya semula dan Syamil sudah mula gelisah.Dia nampak mata Adam bergerak-gerak.

“Adam,bangunn sekarang!!Kau jangan nak pura-pura tidur pulak eh”Syamil memarahi Adam.

“Apa..bising-bisng pagi-pagi?”

Bersambung……

Tuesday, 22 April 2014

In denial

Selamat  petang.

Aku sebenarnya nak cerita,sebab aku macam dalam keadaan yang keliru selama 5 tahun di mana aku rasa “in denial situation” yang mana aku tak boleh terima bahawa aku ni xstraight.Aku macam kadang-kadang rasa xnak hidup sebab aku asyik question kenapa mesti aku?kenapa aku yang jadi macam ni?

Sampai aku pernah mengalami tahap depression yang teruk sebab hidup dalam “in denial situation” selama 1 tahun.Parents aku sendiri tak tahu kenapa aku depress sebab yang mampu aku buat hanya diamkn diri saja dan aku tak bercakap banyak duduk dalam bilik.

Tapi sepanjang proses depression tu aku cuba untuk build balik semangat aku dan aku cuba untuk belajar terima hakikat,belajar terima kenyataan memang aku tak boleh nak tolak kenyataan tu.Pastu bila aku da reach dalam 20 macam tu aku start usha2 blog.

At some point aku rasa cam gembira sebab ada tempat nak meluahkan or share something but then bila da lama tu aku jadi macam tertanya point kita yang buat blog ni semakin menggalakkan orang atau apa sebenarnya?

Sebab dalam sudut hati aku pernah aku rasa macam aku menyebabkan org lain jadi selesa dengan sexuality xstraight sedangkan aku xbermaksud macam tu.Entah lah,lama-lama aku fikir makin pelik jadinya.

aku ambil keputusan utk meluahkan dekat blog,even aku xde la terlampau open sgt.Aku pon ade kisah gelap/pahit di mana aku baru nak terima hakikat and something unexpected happen.Perasaan kecewa,marah dan sedih pun aku da tak boleh nak describe lagi.

p/s:sorry merapu,just some thoughts..akan update story 12 selaju yg boleh



Saturday, 12 April 2014

Pencuri Cinta

Story 11

Zaman Sekarang

“Syamil Hazri”

Syamil lantas memandang dan betapa terkejutnya apabila dia melihat orang yang tak disangka berada di hadapannya.Orang yang paling dia benci.Hampir sahaja makanannya jatuh ke lantai.Syamil terdiam tanpa sebarang kata dan orang itu masih merenung dia.Merenung dengan pandangan yang sayu dan lirih.

“Syamil, ni ak..aku”

“Ken..kenapa kau ada kat sini?”

“Aku..aku..”

Syamil pantas meletakkan kembali pinggan dan bergerak keluar dari kawasan cafΓ© dengan pantas.Lelaki itu mengejar Syamil dengan laju dan berjaya menarik tangan Syamil dengan pantas.

“Apa kau nak?”tengking Syamil dengan kuat.

“Aku nak minta maaf..”

“Maaf?Huhh..”Syamil tersenyum sinis memandang lelaki itu.

“Kalau bukan sebab bukan kau yang ajak aku,semua ni tak jadi.Kau  tahu tak?”

“Kau ingat dengan maaf kau,kau boleh betulkan balik apa yang berlaku dulu.Maruah aku,kau tahu tak?maruah aku…”hampir pecah suara Syamil menahan sebak.

“Syamil,aku…”

“Kau memang benci aku dari dulu lagi,apa salah aku sampai kau buat aku macam ni.Kau dengan Adam sama je.Aku benci kau,aku benci Adam”

“Aku benci kau”

“Syamil,dengar dulu..”kata lelaki itu dan menarik tangan Syamil semula.

Syamil lantas berpusing dan

PANGG!

“Aku patutnya dari dulu lagi bagi kau penampar siap-siap”tengking Syamil.

Merah muka lelaki itu memandang Adam dan terkedu sebentar terkena penampar Syamil.

“Syamil,kenapa ni?”kedengaran suara lelaki bertanya.Syamil lantas menoleh dan melihat Adam menghampiri mereka.

“Kau..kau apa kau buat kat sini huhh?”tanya Adam dengan bengis lalu mencekak baju lelaki itu.

“Adam,aku..aku..”

Syamil dengan pantas masuk ke dalam kereta dan meninggalkan mereka berdua di parking lot.Dalam kereta dia cuba untuk menenangkan hatinya.Dia cuba untuk melupakan apa yang dia nampak,apa yang dia jumpa.Realitinya dia memang berjumpa dengan lelaki itu.

Kenapa bila dia da betul-betul nak membuang jauh-jauh kisah lama dia dan meluapakannya terus,ada sahaja orang yang ingin membuka kembali benda-benda yang dia tak nak ingat?Kenapa?Kenapa nak ungkit hal lama yang dia sendiri sampai sekarang tidak tahu nak mempercayai siapa?

Sampai sahaja di bilik,dengan lemah dia memasuki bilik itu dan berbaring di atas katil sambil memejamkan matanya.Tiba-tiba pintu biliknya diketuk.Dia bangun dan membukanya.Dengan pantas dia menutup kembali.

“Apa lagi kau nak?”

“Aku tahu apa yang kau fikir,mesti kau ingat aku…”

“Adam,aku nak bersendirian”Syamil memotong ayat Adam sebelum dia sempat menghabiskannya.

“Syamill..”

“Aku cakap keluar!Berambus sekarang”Syamil sudah mula menengking sambil menolak Adam keluar dari biliknya dan mengunci pintu biliknya.

Sejak dia berjumpa kembali dengan Adam perasaan marahnya susah untuk di kawal.Dia mengusap mukanya perlahan.Lepas satu satu orang yang dia jumpa.

Lepas ini siapa lagi?

****************
Zaman Sekarang

Sudah 2 minggu peristiwa itu berlalu dan dia juga sudah menjauhi Adam malah ketika latihan kelab memanah pun dia banyak mendiamkan diri.Sewaktu balik dari kelas dia terperasan pintu bilik Adam sedikit terbuka.Mula-mula dia ingin berlalu membiarkan sahaja tanpa menjenguk namun hatinya berdetik untuk melihat apa yang Adam sedang lakukan.

Dia menolak sedikit pintu bilik Adam dan menjengukkan kepala.Dia terlihat Adam sedang tidur terbaring di atas katil sambil menyelimutkan diri sehingga ke paras dada.Dia melangkah masuk ke dalam bilik itu dan terpana melihat gambar dia dan Adam di atas meja.Gambar yang sangat kelakar kerana Adam menolak kepalanya.

Syamil berjalan dan memegang frame gambar itu sambil tersenyum.Dia meletakkan kembali frame itu dan berpusing apabila terdengar bunyi orang mengerang.Dia perasan muka Adam agak merah dan bibirnya nampak pucat.

‘Eh,dia ni demam ke?’Syamil bermonolog dalam hati.

Dia bergerak ke tepi katil Adam dan meletakkan telapak tangan di dahi Adam.Ya Allah,panasnya.

“Adam..adam,bangun.Bangun”

Walaupun dia ada masalah dengan Adam tidak bermaksud dia kejam membiarkan orang yang sakit sendirian tanpa bantuan.

“Adam,adamm.Bangun..”masih tiada respons

“Adam.jangan takutkan aku pulak”Syamil sudah menggelabah sambil menggocang bahu Adam sedikit kuat.

Dalam hati ‘Adam,janganlah macam ni.Janganlah mati’

“Adamm”

Adam bergerak sikit dan membuka matanya perlahan.Syamil menghembuskan nafasnya dengan penuh lega.

“Kau ni kenapa?Aku belum mati lagi la”kata Adam sambil tersengih perlahan.Syamil membeliakkan mata mendengar percakapan Adam.

“Kau demam ni.Jom la pergi klinik”

“Malas lah.Tak larat”Adam berkata perlahan sambil memejam mata kembali

“Dah,bangun.Biar aku yang bawa”

“Malas”

“Adam,bangun sekarang,pergi bersiap aku bawak kau pergi klinik”Syamil sudah mula mengecilkan matanya tanda dia geram dengan kedegilan Adam.Apabila Adam menunjukkan tanda-tanda tidak mahu bergerak Syamil pantas menyingkap selimut Adam tanpa sebarang amaran.

“Jangannnnn”Adam menjerit sambil berusaha mencapai selimut dia kembali.

Oh my,oh my.oh my.Aku tak nampak.Aku tak nampak.Aku tak nampak.Ya Allah butakan lah mata aku sekarang Syamil berkata dalam hati sambil menutup matanya dan berdoa yang dia tak nampak apa-apa.Malangnya memang dia nampak.Damn.damn.

“Sebab tu aku malas bangun lagi.Kau ni memang saja nak usha aku”kata Adam sambil membalutkan diri dengan selimut semula.Kalau orang luar nampak situasi ni mesti ingat yang Adam sudah hilang maruah diri kerana di ragut oleh Syamil.Syamil ketawa dalam hati tanpa sedar senyumannya kelihatan di wajah sewaktu menutup mata.

“Tengok tu.Suka lah tengok aku punya”

Syamil mematikan senyumnya“Jangan merepek boleh tak?pakai baju cepat”

“Tolong capaikan boleh tak?Aku betul-betul tak larat”

Sambil menutup mata Syamil meraba-raba baju yang ada di kerusi pada meja study Adam dan melemparkan pada Adam.

“Boxer aku”

“Huhh?Ambil la sendiri”

“Alaa.Ada kat situ sekali je”kata Adam.Syamil menggunakan betul-betul hujung jarinya untuk mengambil boxer itu. Gelinya aku.

“Dah boleh buka mata sekarang”kata Adam sambil tersenyum-senyum memandang Syamil.

Tanpa membuang masa mereka keluar dari bilik dan sepanjang perjalanan ke klinik dalam university Adam hanya memejamkan mata.

Sampai di klinik Universiti,Syamil dengan segera daftarkan nama untuk Adam. Syukur tak ramai orang di situ.Dia tutup mata, tapi muka mengarah pada Syamil.Syamil pula  tidak melepaskan peluang untuk menilik muka Adam yang sedang memejamkan mata.

Entah kenapa dia terlalu berani mengusap rambut Adam perlahan dan agak lama.Tiba-tiba Adam memegang lembut tangan Syamil.

“Syamil,aku..aku..rindukan sangat kat kau selama 5 tahun ni”

Syamil yang mendengar menjadi sebak dan dadanya menjadi sesak kerana dia ingat dia sahaja yang rindukan Adam.Dia tidak faham dengan perasaan sendiri.Sebab dia tak tahu sama ada dia sudah jatuh suka pada Adam lagi atau tidak.Dia jadi keliru.Dia tidak tahu.

Kemudian, perlahan-lahan Adam membuka mata dan masih lagi memegang tangan Syamil.Dia hanya mampu diam.

“Nombor kau da sampai”

Syamil dengan segera menarik genggaman dari Adam.

“Jom...”

“Tak apa, aku pergi sendiri.”

Syamil hanya mengangguk. Selesai di klinik. Syamil segera memandu ke arah cafe, Adam perlu makan sebelum makan ubat. Dengan pantas die belikan Adam makanan. Dan pulang semula ke bilik.

“Adam makan dulu,pastu telan ubat ni”apabila dia melihat tanda-tanda Adam ingin tidur semula.
“Kau suapkan aku boleh?”

“Jangan nak merepek boleh?”Syamil memandang bagaikan tidak percaya

“Aku serius,kau tak kesian kan aku yang sakit ni?”

“Mengada betul la.Aku suap pakai kaki baru tahu”perlahan Syamil mengomel.
“Tak baik merungut time tolong orang,tak dapat pahala”kata Adam perlahan.

Syamil lantas berpusing dan memandang tajam ke arah muka Adam.

“Seksi la tu buat muka macam tu?Nak kena cium dengan aku”

“Adamm,kau cakap bukan-bukan aku suap pakai senduk nasi nanti”kata Syamil sambil menggugut Adam.Dalam kepalanya berfikir aduii,mana datang pulak aku nak cari senduk nasi nanti kalau dia buat betul-betul.Mulut ni pun satu suka-suka je sebut.

“Ye lah,garang betul”

Selepas membasuh tangan Syamil dengan segera menyuapkan nasi ke dalam mulut Adam.Selepas beberapa suap Adam sudah mula menolak kerana perutnya berasa sebu.

Syamil meletakkan nasi itu di atas meja dan memberi ubat pada Adam untuk di makan.Selepas itu Adam dengan segera bergerak ke katil dan Syamil hanya mampu melihat.Syamil mula ingin melangkah keluar dari bilik.

“Amil,temankan aku tidur dulu”

“huhh?”

“Paling kurang tunggulah sampai aku tidur lepas tu kau kuncikan bilik aku”

Syamil hanya mampu mengangguk lemah dan duduk di tepi katil sambil menunggu Adam tidur.Apabila Adam sudah kelihatan tertidur Syamil mengangkat tangannya dan meletakkan di kepala Adam.Dia menggosok perlahan rambut Adam.Dia mengusap kepala Adam perlahan.

“Adam,betul ke kau tak tahu apa-apa pasal 5 tahun yang lepas?”

“Dah 5 tahun aku tunggu jawapan dari kau tapi aku takut nak dengar dari kau sendiri”Syamil menyambung lagi.

“Aku tak tahu nak percaya siapa.Aku sendiri keliru sebab time tu aku rasa macam kau yang terlibat.Tapi..tapi..kenap..kenapa kau”Syamil berkata lagi sambil menggosok dahi Adam.

“Aku sendiri tak faham dengan perasaan aku sendiri sebab aku rasa aku dah mula sayangkan kau dari dulu lagi”suara Syamil mula sebak.

Dia mendongak sedikit dan perlahan-lahan mencium dahi Adam bersama air mata yang menitis.Selepas itu perlahan-lahan mencium pipi Adam.

“Aku minta maaf sebab sayangkan kau.Aku minta maaf sebab pernah percayakan kau.Aku minta maaf Adam”sambung Syamil sambil mencium dahi Adam semula sebelum bangun untuk keluar dari bilik.

Tanpa Syamil sedar rupa-rupanya Adam mendengar setiap patah yang terkeluar dari mulut Syamil.Baru je Syamil bangun Adam menarik tangan Syamil dan menolaknya ke atas katil.

"Maafkan aku Syamil"sambil mendekatkan mukanya pada muka Syamil.

Bersambung…..


Friday, 11 April 2014

Nasihat?

*Selamat malam.Maaf da lama x post sebab busy.

Aku suka nak cakap pasal ni because this is what happen in our society.Typical malaysian people kalau nak nasihat org must be baik,alim and if so kalu xbaik xboleh nak nasihat orang.Why?Just because their life is messed up doesnt mean their advise and opinion was an uncountable.

Tapi jangan salah faham dengan maksud aku mengatakan bahawa jadi orang baik tu tak bagus.Tak.What im trying to say is 

"Tengok pada nasihat yang diberi bukan pada orang yang memberi"

Macam aku cakap dalam previous2 post dulu setiap manusia ada flaw masing2,seteruk macam mana kita sekurang-kurangnya biarlah kita dapat menabur sedikit dalam kehidupan orang lain.Mungkin ada orang(ur plu friend/ur real friend)cakap 

"Dah la kita macam ni,tak payah la nak buat baik sangat"

"Kita ni da kotor sangat,buat apa nak nasihat-nasihat orang lagi"

"Aku sendiri tak betul,ni nak nasihat orang"

"Tak payah nak cakap pasal benda baik la,kalau diri sendiri tak betul"

Setiap apa yg berfaedah dan bermanfaat kita buat,sama ada org ckp diterima oleh Allah atau x..just put it behind because itu Allah tentukan.Prinsip aku adalah "I'll live the life to the way i choose".That path you want in your life depends on what you choose because there's no one can do it for you.They can persuaded you to join them but the rest is depends on you.

p/s:dlm masa terdekat ak akan update Story 11.haha.