Story 20 END
3 tahun berlalu
Angin yang menderu masuk ke dalam biliknya itu betul-betul
membuatkan dia berasa sungguh nyaman.Dia menutup matanya perlahan.Memberi
peluang untuk angin itu menjamah wajahnya itu.Tenang.Damai.
Dia berjalan perlahan ke arah mejanya yang terdapat satu
frame kecil yang mengandungi gambar seseorang yang dia pernah sayang tapi kini
sudah tiada.Segala perasaan,rindu malahan kasih sayang juga di bawa
sekali.Namun siapa dia untuk menduga takdir?Dia juga manusia biasa.
“Aku rindukan kau..tersangat rindu…”
“Maafkan aku…..”
Dia mengelamun lagi.Tidak tahu kenapa sejak dua menjak ini
kenangan lama bagaikan galak menerjah masuk ke dalam mindanya.Perasaan apakah
ini?Normalkah perasaan itu?Kadang-kadang tanpa sedar dia hanyut.Hanyut dalam
rindu dan kenangan yang tercipta.Dia masih tidak boleh lupa ayat doktor itu.
“Emergency unit..emergency unit..kritikal…ada besi tertusuk
di bahagian pinggang..dan juga kaki..”
“Cuma Encik yang saya boleh katakan harapannya sangat tipis,melainkan
ada keajaiban yang berlaku.Banyakkan berdoa encik.Kami para doktor hanya mampu
berusaha sebaik mungkin”
Lama dia merenung gambar itu.Dia mengusap perlahan gambar
itu.Kenyataan yang pahit untuk diterima.Kadangkala dia keliru memori harus di simpan atau di buang?Kalau simpan mampukah dia mengubat segala kekecewaan yang ada?Malah jika di buang bagaimana untuk memastikan kenangan itu sentiasa wujud?
“Sebab kau anak aku jadi macam ni..Tak cukup apa yang kau buat
selama ni?Kau nak apa lagi.Keluar dari bilik ni sekarang.Dari dulu sampai
sekarang kenapa kau buat dia macam tu?”tengking suara itu.
“Pak cik..saya minta maaf..”hampir menitis air matanya.
“Maaf…maaf …kau ingat dengan maaf kau boleh kembalikan anak
aku?”tanya lelaki itu dengan suara yang marah.
“Pak cik tolonglah bagi saya jumpa dia buat kali
terakhir..pak cik jangan buat macam ni..”sebak dia cuba memujuk.Tapi lelaki itu
pantas menepis tangannya kuat.Hampir terjatuh dia dengan keadaan yang masih
belum stabil.
“Aku haramkan kau jumpa dia.Apa yang kau ada dengan dia baik
kau lupakan.Aku dah bakar dan buang apa semua kenangan kau dengan dia.Aku akan
pastikan dia tak akan ingat kau lagi.Kau berambus sekarang”
“Pak cik…”
Panjang lamunannya hari ini.Entah kenapa kenangan lama
benar-benar mengusik jiwa.Dia bangun dan berpusing menghadap tingkap kembali.Tiba-tiba
pintu biliknya di ketuk.Seorang perempuan cina masuk ke dalam sambil tersenyum
memegang ipad.
“Encik…kakak encik sudah tunggu di luar”
“Baiklah..terima kasih Jenny”sebutnya sambil tersenyum manis.
*******************
Hari ni dia terpaksa meneman kakaknya untuk pergi ke
klinik.Pening kepala dia mendengar bebelan kakaknya sebab suami dia terpaksa
extend outstation.Abang iparnya pun satu,dah tahu kakak jenis yang memang
pantang orang berjanji.
Sebaik sahaja sampai di klinik dia hanya menunggu di luar dan
membaca akhbar yang berada di situ.Sudahlah lama pemeriksaan itu,maklumlah
kakaknya itu sudah mengandung 6 bulan.Sedang dia asyik bermain dengan
telefonnya dia terdengar derapan langkah seorang lelaki masuk bersama wanita dalam klinik
itu.Dia hanya tersenyum sahaja.Salah seseorang dari mereka memakai kaca mata.
Setelah berborak seketika,lelaki yang memakai kaca mata itu
datang duduk di sebelahnya.Mereka hanya bertukar senyuman sahaja.Dia berasa
seperti pernah melihat lelaki itu tetapi tidak ingat di mana.Lelaki itu..??Adakah
dia orang yang sama.
“You know the greatest
thing about love is we have to open our entire self-make us vulnerable and let
our lovers hurt us.Tapi apa orang cakap worth for trying?Kadang-kadang kita
lupa sama ada apa yang kita protect tu worth untuk try atau tak.Apa yang selalu
aku buat adalah always get ready and don’t hold to much hope in relationship
yang ending dia kita sendiri tak tahu especially dunia yang sebaliknya”
“Aku tahu..”
“Bila sampai untuk kita
stop that’s it Sebab bila sampai masa untuk kita berhenti kita kena berhenti
jangan terlampau push or hoping yang kita boleh akan teruskan lagi.Berharap itu
bagus cuma jangan berharap.Kita tak boleh ubah masa lalu kita sebab benda itu
dah terjadi tapi kita boleh biarkan ia pergi and start our new future.Ourlife
is not some fairytale story always happing ending towards the end”
“Aizan..kau sayangkan
dia?”
“Aku sayangkan dia tapi
aku tersilap dalam percaturan..aku terlampau berharap sampai lupa yang mana
satu cinta atau tak..tapi aku jatuh cinta pada keduanya.Aku tak tahu rupanya
aku pun sayangkan dia juga”Aizan Syahmi berkata perlahan.Pandangan matanya
redup memandang wajah nan di hadapannya.
“Ingat,it’s ok to
protect your heart but don’t lock it up forever or else you will never get a
chance of loving someone again”Aizan berkata sambil tersenyum sehingga terluah
lesung pipitnya.
Kini dia sudah ingat.Ya,lelaki tadi Aizan Syahmi.Penemannya
tatkala dia berada di hospital dulu.
“Aizan…?”dia memanggil.Lelaki berkaca mata itu
memandangnya.Lelaki itu berjalan perlahan ke arahnya dan tersenyum mesra.
“Kau.yang ward 1 tu kan?”tanya Aizan sambil menghulurkan
tangannya untuk bersalam.Dia menyambut pantas huluran tangan Aizan.
“Dah lama kau tak ajak aku makan ni?”tanya Aizan sambil
tersenyum.Lesung pipitnya terserlah.Hampir setahun juga mereka tidak berjumpa.
“Kau pun sekarang dah banyak masuk majalah,tv lagi”dia
mengusik Aizan.
“Haha..benda biasa-biasa ja.Kau pun apa kurang”Aizan ketawa
kecil.
Tidak lama selepas itu,kawan Aizan mara ke arah mereka.Mereka
meminta diri dahulu untuk makan tengahari.Dia sempat menangkap perbualan
mereka.
“Sejak bila pandai cakap elok-elok dengan orang
luar..haha”sambil ketawa kawan Aizan berkata.
“Ingat aku ni teruk sangat ke?aku kenal dia la..”kata Aizan
sambil menjengilkan matanya.
Dia yang mendengar hanya tersenyum.Matanya menangkap perangai
Aizan sama dengan seseorang.Setelah selesai urusan di klinik,baru sahaja dia
ingin masuk ke dalam kereta tiba-tiba namanya di panggil.Lantas dia berpusing.
********************
Perlahan-lahan dia membuka mata,berat matanya memandang wajah-wajah
di hadapannya.Ada satu wajah yang dia cari,tapi wajah itu tiada.Di manakah?Ke
manakah?
“Ay...mana..mana…dia..?”
“Shhhuhhh..tidur dulu…awak baru makan ubat.Nanti ayah
kejutkan awak semula..”pujuk si ayah supaya anaknya tidur.
Perlahan air matanya menitis.Perit di tubuhnya dia boleh
tangani tapi kalau melibatkan hati baru dia sedar betapa sakit,pilu hatinya
sendiri.Malah dia sendiri percaya bahawa selagi kita tidak berada dalam situasi
itu selagi itu kita tidak tahu betapa susah,perit untuk melalui semuanya.
Dia cuba bangun.Baru sahaja dia ingin bangun dia tergolek di
tepi katil.Dia mencuba lagi sehingga jatuh barang-barang yang berada di atas
katilnya.Dia benci,dia benci sebab dia macam tu.
Pintu biliknya di buka pantas dari luar.Terjengul wajah
wanita muda yang jelas kelihatan risau.
“Ya Allah,kenapa ni?”wanita itu pantas ingin menolong.Baru
sahaja tangan ingin menyentuh,dia pantas menepis tangan wanita muda.
“Jangan sentuh aku!!tepi aku cakap,jangan sentuh aku…”bengis
wajahnya menengking wanita muda itu.
“Ya Allah jangan macam ni abang…”hampir menitis air matanya
melihat lelaki itu berusaha gagah untuk bangun namun masih terjatuh lagi.
“Jangan sentuh aku…kau tak faham ke aku cakap?Jangan
sentuhhhh….jangan sentuh…jangan sentuhhh..”Suaranya yang melengking kuat
berubahnya menjadi kendur.
“Kenapa aku jadi macam ni?Kenapa?Kau buat aku macam ni…kau
tinggalkan aku macam tu je..kau memang kejam…”teresak-esak dia menangis.
Wanita muda itu perlahan-lahan bergerak dan memeluk lelaki
itu perlahan.Dia mengusap lembut kepala itu.Dia faham penderitaan yang di
tanggung itu.Perlahan-lahan dia memapah lelaki itu ke katil.Kali ini dia
mengalah,dia mengalah.Wanita itu meninggalkan lelaki itu bersendirian.
Dia menutup matanya kembali.Mana kau pergi?Kau janji kau tak
akan tinggalkan aku.Kau beritahu yang kau tak akan pernah berhenti sayang
aku.Mana kau.Kau tipu.Kau tipu.Kau dah curi hati aku.Kau curi cinta aku.
“Adam..adamm..”perlahan dia menyebut nama itu.
TAMAT