Friday 13 June 2014

Pencuri Cinta

Haha.Tak jadi nak post 20 aribulan.Tiba-tiba mencurah2 pulak idea pagi tadi.Maaf lambat.And enjoy the story please.By the way for your info story ni tak panjang mana.


Story 13

Zaman Sekarang

Syamil sudah mula geli-geliman.Adam menyambung tidurnya semula dan Syamil sudah mula gelisah.Dia nampak mata Adam bergerak-gerak.

“Adam,bangunn sekarang!!Kau jangan nak pura-pura tidur pulak eh”Syamil memarahi Adam.

“Apa..bising-bising pagi-pagi?”

“Bising?Kau jangan buat-buat tidur pula”kata Syamil sambil berdiri di sebelah katil.

Adam masih mengeraskan diri dan tidak mengendahkan amukkan Syamil.Syamil membeliakkan matanya tanda tidak percaya dengan Adam yang masih boleh tidur.Dengan cepat Syamil menarik selimut dan bantal golek Adam.Adam menarik kembali selimutnya dan memeluk bantalnya.

“Ahhh,tak nak gerak.Ngantuk lagi”

Syamil menggunakan seluruh tenaganya menarik kedua-kedua benda itu.Kini Adam yang hanya berseluar trek paras lutut dengan tidak berbaju terbentang di hadapan matanya.Wow,seksinya dada dia, ada six pack lagi kat perut.Hati Syamil berkata.Oh my God,apa yang kau fikir ni Syamil?kata otak Syamil meningkah.

Adam membuka matanya yang kuyu itu tapi masih berbaring di atas katil.
“Bangun lah”

“Dah bangunlah”

“Bangun yang betul-betul bangun lah”

Tiba-tiba Adam mendapat idea yang jahat.Sambil tersengih-sengih dia pandang Syamil.

“Cium pipi aku dulu baru aku bangun”

“Apa?Gila ke?”

“Kau dah lah meraba aku.Kau ingat aku tak tahu.Aku berasa ternoda”kata Adam sambil memalingkan mukanya tanda dia bersedih kerana maruahnya diragut oleh Syamil.

Syamil bagaikan tidak percaya dengan ayat yang keluar dari mulut Adam.

“Adam…kau memang..”

“Minta cium sikit pun tak boleh”kata Adam sambil menyuakan mukanya pada Syamil.

“Gila…kau memang gila Adam”

Syamil lantas bergerak untuk keluar dari bilik Adam dengan pantas namun Adam yang nampak terus memegang tangan Syamil dan menariknya ke arah laci meja.

Adam membuka laci mejanya dan mengeluarkan satu kotak lalu membukanya.Syamil terkejut melihat isi di dalamnya.Syamil mengambil isi yang berada dalam kotak itu.Syamil memegang kedua-dua cincin itu.Cincin yang berukir namanya satu dan nama Adam satu.Dan tidak lupa jam tangannya yang Adam ambil 5 tahun lalu.

“Ingat lagi cincin dengan jam tu?”sambil mengambil dari tangan Syamil dan menyarungkan cincin itu.Syamil terkedu tanpa kata.Cincin yang sudah lama dia cari tapi dia tidak tahu Adam yang menjumpainya.

“Ad..adam..macam mana..”

“Shhhhuhhh..”Adam meletakkan jarinya pada mulut Syamil.

“Aku tak tahu kenapa aku rasa macam ni,tapi yang pasti aku tak boleh nak berjauhan dengan kau”kata Adam.

“Tak,tak…kita tak boleh macam ni Adam.Dah lupa ke dulu…”

“Shhuhhh…diam”kata Adam

“Kenapa kau simpan lagi?Aku ingat kau dah lupakan aku”

“Aku tak pernah lupakan kau Amil”

“Aku tahu benda ni salah tapi bagi aku peluang sekurang-kurangnya untuk jaga kau.Aku tahu kita sama-sama tak suka benda macam ni”

Syamil terus memegang cincin itu dengan jam tangan itu dengan mata yang berkaca.Adam menarik Syamil ke dalam pelukannya sambil menggosok kepala itu lembut.

“Aku sayangkan kau amil”

Syamil membalas pelukan Adam sambil berkata dalam hati ‘Aku cintakan kau Adam’.

**********************
5 tahun yang lalu

Ya.Dia memang betul-betul sedih.Dia melepaskan keluhan perlahan-perlahan.Tiba-tiba dia berasa ada tangan memegang bahunya.Bulu romanya naik serta merta.

“Syamil,kenapa sorang-sorang kat sini?”

Syamil lantas berpusing ke belakang dan melihat Adam berada di belakangnya.Muka Adam nampak sayu dan pucat.Syamil hanya memandang tanpa perasaan dan mendiamkan diri.Dia perlu menenangkan diri.

“Aku tahu kau marah,tapi aku tak bermaksud nak cakap macam itu..”

Tanpa sempat Adam menghabiskan ayat Syamil sudah memotong percakapan Adam.

“Diam”

“Syamil..aku”

“Diam Adam.Aku tengah berfikir”dengan lembut Syamil menyuruh Adam senyap.Adam tahu Syamil marah tapi dia tidak pandai untuk meluahkan kemarahannya.

“Perasan tak langit malam ni cerah dan nampak nyaman?ada banyak bintang?”kata Syamil lagi sambil tersenyum lalu menyerlahkan lesung pipitnya.

“Syamill..”Adam mengeluh lemah.

“Macam itu perasaan aku.Aku rasa gembira dan tenang.Kenapa aku nak marah dengan apa yang kau cakap tadi.Kita bukannya ada apa-apa pun.Bodohlah kalau lelaki dengan lelaki nak ada perasaan marah yang over macam orang bercinta pula dan aku tak sebodoh tu”kata Syamil dengan tenang.

“Tapi kau macam marah lagi”

“Tak lah,ada apa kau datang ni?Kau kan sakit lagi”Syamil berpaling pada Adam.Syamil tahu perangai dia yang lembut hati banyak menyebabkan dia di timpa masalah.Baginya selagi dia mampu untuk bertenang dan mengalah dia akan cuba.

Adam menarik nafas dan berhenti sejenak untuk berfikir.
“kan da nak masuk cuti sekolah.Aku ingat nak ajak kau pergi cuti.Kau nak ikut tak?”
“Tak nak”

“Kenapa pula kau tak nak ni Amil?”

Syamil memandang Adam dengan pelik.”Lah dah keputusan aku tak nak,kenapa aku kena bagi sebab pulak?”

“Kau kan kawan aku.So kau kena adalah”

“Aku bukan kawan kau”kata Syamil berlalu pergi.

“Syamil,syamil..tunggu la”

Sampai di bilik Syamil membuka lockernya dan mengeluarkan diari.Dia memang sangat suka menulis dalam diari tentang apa yang dia rasa terutama melibatkan perasaan.Nampak cam mengada pulak kan tulis-tulis konon boleh baca balik.

“Aku tak tahu kenapa aku macam terasa dengan apa yang dia cakap.Aku terasa juga sebenarnya tapi tak akan la aku nak cakap nampak mcm desperate pula.Aku tak tahu.Aku keliru.Aku tak pernah rasa macam ni.Aku rasa macam dah suka dekat dia.Tapi aku yakin dia bkn songsang or bengkok2 ni.Aku tak suka jadi benda-benda macam ni.Benda-benda yang tak diterima akal,luar fitrah.Patut kah aku ikut kata hati?”

Dia menutup buku itu lalu meletakkannya di dalam locker sebelum berbaring semula di katil.Terbayang muka Adam lagi.Adam senyum.Adam ketawa.Omg,aku gila ke apa?Aku dah jadi gila bayang ke?

Dia bergolek ke sebelah kiri.Nampak Adam lagi.Pusing sebelah kiri.Nampak Adam tengah senyum dengan dia.Dia lantas bangun dan menjerit.

“ARghhhhhh,kenapa kau ni menyemak dalam otak aku??”lantas dia menutup mulut.Gila ke apa jerit malam-malam buta macam ni?

“Kau ni kenapa Syamil,gila ke apa?Memekak je kerja..orang nak tidur pun tak senang.Kau nak melalak ke nak menjerit ke,boleh berambus dari bilik ni”marah kawan sebelah dia yang nampak terkejut sebab terbangun dari tidur di tengah2 malam.

Diam.Senyap.Syamil baring semula atas katil.

*****************
Zaman Sekarang

Selepas peristiwa peluk-memeluk dengan Adam membuatkan Syamil menjadi segan dan malu.Dia cuba menjarakkan diri dengan Adam.Tidak mahu terlalu rapat nanti padah.Kadang-kadang dia tak faham.Soalan yang bermain-main dalam minda dia:

“Adam nampak macam tak bersalah dengan apa yang berlaku”.yup..sebab dia macam tak tahu apa-apa.Syamil mengeluh lagi.

“Aku suka lagi dekat Adam?”tiba-tiba dia blusing sendiri sebab malu nak jawab walaupun dalam otak sendri je.Erkkk..hatinya mengutuk.

“Kalau Adam ajak couple macam mana?”Mestilah aku tolak dulu.Kena jual mahal dulu.Nanti nampak macam murahan pula senang terima.Jangan jual mahal Syamil,kau dah la tak laku.Sekejap,bukan dulu dia ada girlfriend ke?

“Adam tu kacak la.Dah la ada six pack.Kening lebat”See.Betapa aku selalu mengusha dia.Malahan bilik depan-depan pula.

Omg,apa yang aku mengarut ni?Dah-dah jangan jadi gila bercakap,senyum sorang-sorang kang ada yang call hospital bahagia suruh angkut pergi sana pula.

“Syamil,buat apa ni?kenapa cakap sorang-sorang?”tanya Adam sambil memandang sekeliling Syamil takut-takut ada yang bercakap dengan Syamil,dia yang tak perasan.

“Ya Allah.aku nak sorang-sorang dia pulak menyibuk kat jusco”kata Syamil dalam hati.Syamil membuat muka dan ingin berlalu masuk ke tempat baju-baju.Adam mengekori dari belakang.

“Jangan ikut aku boleh tak?”Syamil berpusing dan agak bengang dengan Adam.

“Tak nak.Suka hati aku la”

Tension betul la.Menyibuk betul.Tak ada tempat lain ke nak ikut aku?Syamil mendengus dan pergi ke tempat self care.Mulut terkumat kamit memaki Adam.Tapi perlahan je la.

“Tak baik mengumpat.Nanti muka cepat tua”kata Adam

“Suka hati aku la mulut aku.Muka aku yang tua”

“Oh,melawan eh..aku cium mulut kau baru kau tahu”

“Cium la kalau berani.Ingat aku takut?”kata Syamil.Choii,mulut aku ni memang tak boleh nak control betul la.Mulut ni pun satu.Bangang betul la.

Adam yang geram dengan cabaran Syamil pantas menarik memaut pinggang Syamil merapatinya.Syamil sudah mula menggelabah.Makin dekat-dekat.Omg public.Public


Bersambung…………

2 comments:

  1. aku tersenyum membacanya... 😊😊😊😀

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha...sama lha.siap gelak sakan bila baca selagat diaorg nie kan.

      Delete