Friday, 12 August 2016

Akhirnya...

Story 11

Aizan membuka matanya perlahan. Merenung wajah Izzat yang masih tidur. Lembut dia mengusap wajah itu. Hatinya mula rasa ragu dengan perancangannya. Lama dia berkhayal mengingati perkara lampau yang berlaku padanya.

Kadang-kala dia sendiri ragu, sama ada dia sudah mula masuk fasa penerimaan atau masih berada dalam fasa sebelumnya. Tapi yang pasti hampir 4 bulan berlalu dan dia masih mendiamkan diri. Cuma dia tidak segila seperti mula-mula dia masuk ke tempat ini.

Dia duduk di bangku yang berhampiran sambil memejamkan mata. Telinganya menangkap bunyi derapan langkah yang berjalan ke arahnya. Mata mereka bertentangan dan lelaki itu menguntum senyuman namun Aizan hanya melihat tanpa reaksi.

“Boleh aku duduk sini?”tanya lelaki itu. Kepalanya berbalut.

Aizan hanya mengangguk tanpa menjawab. Lelaki itu melabuhkan punggungnya di sebelah Aizan.

“Nama aku, Adam..”

Aizan masih membisu tanpa bicara. Dia hanya membiarkan lelaki itu berkata-kata tanpa membalas. Sepanjang perbualan dia lebih banyak mendengar dari berbicara. Mendiamkan diri mengajar dia untuk menjadi pendengar yang baik. Hampir sebulan juga baru Aizan membuka bicara.

“Sungguh Aizan aku rindukan dia…amat rindu..”

“You know the greatest thing about love is we have to open our entire self making us vulnerable. Tapi apa orang cakap worth for trying? Kadang-kadang kita lupa sama ada apa yang kita protect tu worth untuk try atau tak. Benda yang aku regret adalah aku tak ready and hold to much hope in relationship yang ending dia kita sendiri tak tahu especially dunia yang sebaliknya”

“Aku tahu..”

“Bila sampai untuk kita stop that’s it, sebab bila sampai masa untuk kita berhenti kita kena berhenti jangan terlampau push or hoping yang kita boleh akan teruskan lagi.Berharap itu bagus cuma jangan terlampau berharap” riak wajah Aizan tampak tenang walaupun hujung matanya sudah bertakung.

“Aizan..kau sayangkan dia?”tanya Adam sambil merenung wajah Aizan.

“Aku sayangkan dia tapi aku tersilap dalam percaturan..aku terlampau berharap sampai lupa yang mana satu cinta atau tak..tapi aku jatuh cinta pada keduanya. Aku tak tahu rupanya aku pun sayangkan dia juga”Aizan Syahmi berkata perlahan. Pandangan matanya redup memandang wajah nan di hadapannya.

Lamunannya terhenti apabila melihat Izzat sudah terjaga sambil merenung wajahnya. Mukanya sudah mula kemerahan apabila direnung begitu. Malu juga tengok Izzat tidak berbaju itu. Yup, masih ada perasaan malu. Dah lah berdua macam ni je, nanti apa pula orang cakap. Hahaha, perlu ke ada statement macam tu?

“Kenapa tengok-tengok aku macam tu? Aku cungkil mata tu nanti”marah Aizan cuba untuk bangun dari katil. Namun pinggangnya di tangkap oleh Izzat dan di bawa semula ke katil.

“Eleh tak beragak nak malu..semalam siapa kiss siapa?” tanya Izzat sambil tersengih.

“Ingat aku terdesak sangat ke? Dah lah Izzat aku nak balik..aku ada kerja petang ni..” Aizan cuba meleraikan pelukan Izzat itu. Izzat pula sudah mula mencium-cium belakang lehernya sambil ketawa. Dia menaik-naikkan keningnya sebelah.

“Jom..round ketiga…”ajak Izzat sambil tergelak besar. Aizan dengan pantas mencampai bantal dan menghempuk kepala Izzat.

“Cakap merepek lagi…”muka Aizan sudah mula kembali kemerahan. Aizan sudah mula menggelabah. Dah aku pun nak gelabah-gelabah apa kejadahnya. Buat biasa, chill macam biasa sudahlah.

“Sayang aku dulu…”Izzat menyuakan pipinya.

“Huhh?Sayang apanya?”bendul pula si Aizan ni pagi-pagi macam ni. Izzat menunjukkan pipinya pada Aizan.

“Cepatlah Aizan, penat tau tunggu macam ni…”suara Izzat sudah mula menunjukkan tanda merajuk. Lantas Aizan mendekatkan bibirnya ke pipi Izzat lalu mencium lembut pipi itu. Izzat pantas berpusing dan mengucup bibir Aizan. Aizan yang tidak bersedia terkejut dan serentak menghentak dahi Izzat dengan telapak tangannya.

“Aduhh sakitlah sayang…tak sayang Izzat ke?”Izzat menggosok dahinya perlahan. Kuat juga hentakkan Aizan.

“Main kotor lagi..”kata Aizan sambil ketawa besar. Izzat bangun dari katil dan pergi ke bilik air untuk mencuci muka. Aizan pula bangun dan mencapai roti yang berada di tepi katil. Sempat lah jugak jerang air sekejap. Lantas dia mencapai coffee dan membawa makanan ke katil.

Baru sahaja Aizan mengunyah semulut, Izzat bergerak ke katil tanpa baju dan masih memakai sweat pants berwarna kelabu. Izzat mengigit roti yang berada di mulutnya sambil merenung matanya. Aizan terkesima dengan tindakan Izzat itu.

“Erm sedap..”muka Aizan sudah mula kemerahan menahan malu. Izzat hanya tersenyum nakal.

“Oh by the way, t-shirt yang Aizan pakai tu Izzat punya”kata Izzat lagi sambil tergelak besar.
Aizan hanya terdiam dan tersenyum sahaja. Namun senyumannya itu mati apabila teringat apa yang patut dia buat. Bukan ini yang di rancang, tapi macam mana kalau dia terluka lagi? Betulkah dia perlu menerima kasih sayang Izzat?

******************

Syafika mengelap perlahan peluh yang menitik di dahinya. Dia tersenyum melihat pelanggannya sedap menikmati makanan. Alhamdulillah impiannya tercapai jua di mana dia ingin membuka kedai/cafΓ© yang mempunyai servis penghantaran makanan. Ya dia akui memang tidak mudah untuk membina sebuah perniagaan. Syafika sendiri masih muda dalam perniagaan ini.
Fikirannya menjangkau perbualannya dengan Aizan pada minggu lalu.

“Fika apa yang kau takut dalam hubungan percintaan?”

“Hurm, let see? Tak ada kot…hahahahah”

“Berlagak punya perempuan…”Aizan mencapai buku dan menolak kepala Syafika.

“Hoii…apa sentuh-sentuh ni..”Syafika mengerutkan dahi sambil membetulkan tudungnya yang klepet itu.

“Banyak Aizan benda yang aku takut…salah satunya adalah kita tak tahu bila sampai bila dia akan sayang dan cintakan kita. Aku tak suka nak membayangkan tapi benda itu tak mustahil untuk bila sebab akhirnya kita pun manusia..hati sentiasa berbolak-balik” lembut dia berkata.

“Kadang-kadang aku jadi takut, aku takut untuk memberi harapan…yang akhirnya aku sendiri yang kecewa…”perlahan Aizan berkata.

“Susah nak cakap Aizan sebab orang cakap life is gamble tapi kalau boleh bila kita kahwin kita doakan itulah jodoh kita sampai nyawa bercerai dari badan..and tak semua benda kita boleh gamble..”

“..tapi ingat ada yang tak akan berhenti untuk sayangkan kita…mak ayah kita..walaupun buruk macam mana kita, walau benci macam mana pun mereka tak di nafikan mereka tetap sayangkan kita. Dan kita masih ada pencipta yang maha pengasih…”

Syafika hanya mampu berdoa Aizan mendapat lindungan daripadaNya. Hanya itu dia mampu berdoa. Pernah dia tanya Aizan apa yang berlaku padanya dahulu namun Aizan hanya mendiamkan diri tanpa sebarang bicara. Hari itu Izzat ada hubunginya ada juga dia bertanya persoalan itu namun masih belum terjawab.

Tangannya mencapai handphone dan menaip laju.

******************************************

3 tahun lepas

“Aizan, tolong ambil order meja 19..”arah lelaki itu dari kaunter. Aizan yang sedang membawa air menggangguk sambil tersenyum. Penat itu pasti tapi itulah punca rezekinya. Bukan tidak cukup duit biasiswa nya tapi dia masih ada adik-adik yang masih bersekolah. Dia membetulkan rambut dan kaca matanya seketika. Penampilan itu penting. Sempat lagi Aizan oii.

“Selamat petang encik, boleh saya ambil order?” tanya Aizan sambil tersenyum.

“Nasi goreng kerabu satu, nasi putih dengan sup ayam satu”balas lelaki itu sambil tersengih memandang Aizan.

“Air encik?”

“Carrot susu 1 dengan milo ais tabur satu…”

“Ok encik..nanti dah siap order saya hantar”Aizan menundukkan kepala dan berlalu pergi untuk hantar order.

Entah di mana malangnya nasib dia pada haritu, kakinya tersadung di meja dan air yang di bawa tumpah menyimbah baju pelanggan di meja 19.

“Ma..maaf encik…”Terketar-ketar suara Aizan meminta maaf. Pucat mukanya seketika. Dengan pantas dia mengeluarkan kitchen towel untuk mengelap. Tangannya terketar-ketar sewaktu mula mengelap.

Lelaki itu merenung tajam sambil memegang kuat tangan Aizan.

“Kau ni reti buat kerja ke tak ha?”tengking suara itu kuat. Merah padam muka Aizan menahan malu. Banyak mata yang memandang sambil berbisik-bisik.

“Bodoh lah kau ni…menyusahkan tahu tak?”marah lelaki itu lagi.

“Dah lah tu Fakhrul, malu orang tengok…”tegur kawannya.

“Ehh lain kali buat kerja betul-betul..jangan makan gaji buta je. Lagi satu perangai bodoh kau tu bawa jauh-jauh dengan kau sekali..”tengking Fakhrul kuat sambil menolak kepala Aizan.

“Ma..maaf encik..”perlahan suara Aizan. Dia hanya mampu mengangguk dan memohon maaf.

“Nah ambik duit ni, hilang selera aku nak makan..”Fakhrul mengeluarkan duitnya sambil mencampak ke muka Aizan. Aizan hanya mampu memejamkan mata. Kalau tidak di fikirkan dia masih ingin bekerja di sini memang sudahlah dia mendebik muka lelaki di hadapanya itu.

Perlahan-lahan dia mengutip duit yang jatuh ke lantai itu. Mukanya masih merah padam. Habis sahaja kerja, terus dia menunggu bas di perhentian. Itulah rutin hariannya, pagi di kelas malam bekerja. Malam sikit lagi dia akan menyiapkan tugasan kelas pula. Sejak akhir-akhir ini dia lebih banyak mengeluh.

Sampai di rumah sewa dia terus ke biliknya tanpa membuka lampu. Pelik jugak, roomatenya sedang tidur walhal baru 11.30 malam. Dia membuka bajunya perlahan dan mengikat sedikit rambutnya. Almaklumlah, rambut dah panjang dan dia masih belum berkesempatan untuk memotong.

Baru sahaja dia ingin masuk ke bilik air, ada satu suara menegurnya.

“Eh Aizan baru balik ke?”Aizan berpusing sambil mengangguk.

“Jap…”lelaki itu bergerak ke arah Aizan. Tanpa amaran dia meletakkan tangannya di dada Aizan. Aizan tersentak dengan tindakan itu sambil menepis tangan itu.

“Apa kau buat ni…pervert betul”marah Aizan.

“Tak adalah aku rasa macam kau makin kurus..”lelaki itu masih lagi merenung tubuh Aizan.

“Izzat sebelum aku luku kepala kau tu baik kau berambus”

Izzat hanya tergelak kuat dan berlalu pergi.

**********************
Aizan tersentak dari lamunannya apabila namanya di panggil. Dalam masa yang sama dia menoleh ke arah Fakhrul yang sedang merenung skrin laptopnya.

Fakhrul merenung skrin laptopnya tanpa perasaan. Kenapa susah betul untuk dia menakluki Aizan. Aizan ibarat bermain tarik tali dengannya. Senang di dekati tapi sukar untuk dimiliki. Senyuman Aizan yang menggoda.

Lamunannya terhenti.

“En Fakhrul, show dah nak start..”

“Ok in a minute…”

Fakhrul masuk ke dalam set pengambaran itu. Matanya tertancap pada Aizan yang sedang mengayakan posisi yang di arahkan oleh juru gambar itu. Wajah Aizan di make upkan supaya cheekbonesnya nampak dengan jelas.

“Ok Aizan, sekarang you loose 1 button and pegang hujung baju sambil pandang kiri..”

“Then, naturalkan reaksi muka you, I want something yang nampak fierce but on the same time looks elegant..”Aizan berpusing kehadapan sambil memegang mukanya dengan hujung jari.

“Ok last pose..”Aizan memandang tepat ke arah wajah Fakhrul dan mengenyit matanya. Fakhrul 
hanya memandang dan jantungnya mula beriak kencang.

Sungguh Aizan nampak gah sebentar tadi. Dia sendiri terpegun melihat Aizan apatah lagi orang lain.

**********************
Aizan mengelap meja makan perlahan. Pergerakannya di perhatikan oleh Syafika yang sedang memulang baki pelanggan. Kenapalah dengan kawannya itu. Banyak mengelamun sekarang.

Mata mereka bertentang dan Aizan hanya tersenyum. Baru sahaja Aizan ingin masuk ke ruang penyediaan makanan, pintu kafenya itu dibuka dan matanya menangkap gerangan yang masuk itu.

“Aizan…”Izzat tersenyum memandang syafika.

Aizan hanya mendiamkan diri tanpa suara.

“Boleh aku nak jumpa kau kejap?” tanya Izzat.

“Aku busy ni…”Aizan menjawab sepatah.

“Tipuuuu….dia tipu Izzat…”laung Syafika sambil masuk ke dalam. Aizan menjengil mata pada Syafika.

“Please Aizan…”mereka berdua keluar dari kafe itu.

“Ok…kau nak talk, now we talk…”Aizan menghalakan pandangannya pada Izzat sambil berpeluk tubuh.

“Kenapa kau jauh kan diri dari aku?”tanya Izzat.

“Mana ada..aku cuma busy sikit dua – tiga menjak ni”Aizan memberi alasan.

“Aizan..aku bukan baru kenal kau sebulan..dah lama..”lembut Izzat berkata.

“Huhh? Kau baru jumpa aku balik beberapa bulan lepas tu claim dah kenal aku lama?”sinis Aizan bertanya.

“Ok fine..kenapa kau tak return call aku..aku whatapps kau tak balas…”

“Aku busy, shooting lagi…jaga kafe..aku tak ada masa nak balas..”Izzat merenung ke dalam mata Aizan. Aizan melarikan pandangannya.

“Ada apa-apa lagi tak? Aku nak sambung buat kerja ni…”balas Aizan mengerling seketika dan ingin berlalu pergi.

Izzat menarik tangan Aizan dan memeluknya dari belakang. Aizan diam kaku tanpa reaksi.

“Aizan, please…”Izzat memeluknya dengan lebih erat. Aizan memegang tangan Izzat perlahan-lahan.

“Hati aku sakit Izzat, setiap kali aku cuba untuk sayangkan kau mesti aku rasa terluka..aku tak tahu kenapa…”

“…..aku hampir putus asa…sebab aku dah janji dulu tak akan jatuh cinta pada sesiapa pun tapi aku termakan dengan kata-kata sendiri…”

“Bila kau cakap diberi satu peluang untuk buat 1 benda yang aku nak,aku berharap aku tidak jatuh cinta dengan kau, aku tak tahu rupanya perasaan dia macam tu sekali rasa…”matanya sudah mula berkaca.

“Aku tak dapat malahan tidak boleh bagi apa yang dia selalu bagi kau.Apa yang aku dapat bagi hanya kasih sayang.Aku sayangkan kau.Aku tak tahu sejak bila aku ada perasaan macam ni.Yang aku tahu aku memang dah sukakan kau…”

“Bagi aku peluang untuk jaga kau,bagi aku peluang untuk sayangkan kau.Izinkan aku jadi pohon tempat untuk kau bergantung kasih sayang.Bagi aku peluang untuk aku lindungi kau.Selagi kau perlukan aku,aku akan sentiasa ada disisi kau. Apabila sampai masa kau tak perlukan aku,tolong ingatkan aku supaya aku berundur dari hidup kau.Masa itu aku dah bersedia dan aku akan berundur dari hidup kau.Buat masa yang ada bagi aku peluang ni Aizan”basah pelupuk mata Izzat.

Air mata yang di tahan tadi mula menitis perlahan. Untuk apa mengasihi jika hanya untuk disakiti? Perasaan sebak di dadanya sudah tidak tertahan lagi. 


“Kenapa kau tak benci je aku…”


Bersambung...