Selamat petang dan hai semua. Maaflah lambat update story as i mentioned before i was quite busy and aku mengalami writer's block. Sometimes idea tu ada but bila aku cuba untuk tulis cerita dia macam aku tak boleh nak connects the dots between cerita tu.
So enjoy this lah kesinambungan cerita ni. Have fun dan selamat berbuka :)
_________________________________________________________________________________
Story 10
Angin pagi menderu masuk menyapa
wajah Izzat perlahan. Dia menghembus nafas perlahan. Lebih kepada mengeluh.
Sungguh dia tidak menyangka akan terserempak dengan Aizan di sini. Bersama
orang lain pula tu. Tipu jika dia tidak rasa cemburu malahan terkejut gerangan
yang bersama Aizan adalah Fakhrul.
Terdetik rasa risau dalam hatinya
namun siapakah dia? Aizan sudah dewasa untuk membuat keputusan sendiri. Namun
hatinya mengimbangi peristiwa lalu yang meranapkan semangat Aizan. Dia cukup
takut dan sedih melihat Aizan terseksa.
Hampir 2 jam lebih yang lalu, Aizan
di masukkan dalam wad.Sepanjang malam itu juga dia menjaga Aizan, meniup
semangat dalam jiwa Aizan. Aizan masih koma akibat hentakkan kuat di kepalanya
bersama wayar yang berselirat di badannya.
Syukur dia sampai tepat pada masanya,
kalau tidak mesti dia akan menyesal semua hidup.
Dia mengenggam tangan Aizan kuat
seolah-olah menyalur semangat untuk memberi kekuatan untuk Aizan hidup.Telinga nya
terngiang-ngiang mendengar ungkapan doktor tadi.
“Actually,from diagnosis injuries dia
it was not that severed,supposed to be dia tak koma lama tapi dia seolah-olah
keep telling himself it’s ok to be like this,dia macam tak nak bangun”
Aizan jangan macam ini.Please,Aizan. Teragak-agak
dia bangun lalu berdiri berdekatan dengan kepala Aizan.Please Aizan. Lembut dia
mendaratkan bibirnya ke dahi Aizan.Nanti aku datang lagi,aku sayangkan kau.
Bisiknya di telinga Aizan.Hampir menitis air matanya.
Usai selepas solat dia datang semula
ke wad Aizan. Aizan masih kaku terbaring.Aizan masih lagi dalam keadaan yang
sama.Hanya Allah sahaja yang tahu apa yang ada dalam fikiran Aizan.
Izzat duduk di sisi Aizan yang masih
terbaring kaku.Kenapa dia masih prihatin tentang Aizan sedangkan Aizan tidak
pernah mengendahkan nasihatnya?Kalau ikutkan boleh sahaja dia membiarkan Aizan
terlantar begitu sahaja namun dia juga manusia,ada hati ada perasan tambahan
pula Aizan juga kawan baiknya.Dia kembali mengenggam tangan Aizan.Cuba menyalur
semangat kepada Aizan.Akhirnya,Izzat juga terlelap di sebelah Aizan sambil
mengenggam tangannya.
*************************
Aizan mengatur langkah perlahan-lahan
di taman bunga itu. Dia memeluk tubuhnya rapat. Mukanya sudah kemerahan menahan
kesejukkan malam. Fikirannya menerawang jauh ke belakang. Perlahan-lahan dia
menghela nafas.
Walaupun
sudah sedar dari koma,Aizan seolah-olah berada dalam dunia lain.Namun yang
menggusarkan hatinya, Aizan tidak mengeluarkan bicara walau sepatah pun.Dia
hanya mendiamkan diri tanpa kata.Wajahnya kekal beku tanpa perasaan.Dia hanya
diam dan membisu sepanjang masa.Wajahnya juga bertukar menjadi cengkung.
Sayu hati
Izzat melihat Pn Khadijah cuba untuk berbicara dengan Aizan namun Aizan masih
kekal membisu.Dia hanya senyap.Menggeleng tidak.Riak wajahnya kekal beku tanpa
perasaan. Bukan dia tidak nampak air mata menitis perlahan dari pelupuk mata
ibunya itu.
Aizan
mengeluarkan gunting yang di ambil di meja receptionist pagi
tadi.Perlahan-lahan dia bangun dan berjalan ke arah cermin di bilik air.Dia
mengusap-gusap rambutnya yang agak panjang. Dia memegangnya perlahan dan
menghalakan gunting itu ke rambutnya.Lama tangannya terhenti di situ.
Perlahan-lahan
gunting itu bergerak memotong setiap helaian rambut yang ada sehingga menjadi
sopak.Gunting besar itu jatuh serentak dengan helaian rambutnya yang
terakhir.Dia terduduk di tepi singki itu.Riak wajahnya masih beku.Wajahnya
kekal tanpa perasaan.
Pintu
biliknya terkuak luas dari luar.Pn Khadijah hampir pengsan melihat keadaanya
anaknya begitu.Aizan seolah-olah berada dalam dunianya sendiri.Dia memandang
kosong tanpa sebarang bicara masih mengunci bicara. Maknya, menangis
teresak-esak melihat Aizan yang seolah-olah mayat hidup.Makan tidak.Tidur
tidak.Yang Aizan lakukan hanya diam dan membisu tanpa bicara.
Tanpa amaran
Aizan rebah disitu. Bergegas dia meminta tolong anak bongsunya mengangkat Aizan
ke katil.
“Aizan
kenapa macam ni nak?Kenapa Aizan jadi macam ni?”Emaknya menyikat rambut anaknya
yang sopak itu lembut.Aizan masih membisu.
Perbualannya
bersama doktor itu terngiang-ngiang di telinga.
“Aizan
mengalami tekanan perasaan yang kronik.Dia cuba lari daripada sesuatu.Benda ini
bukan je berpunca dari perasaan sedih,marah puan.Dia seolah-olah rasa macam
hopeless,empty and excessive guilt dengan apa yang dia buat.Apabila semua perasaan
itu berkumpul dan menghantui dia,dia tak boleh express benda tu jadi dia ambil
keputusan untuk mengunci bicara”
“Berapa lama
benda ni doktor?”
“Saya tak
berani nak cakap puan.Kebiasaannya paling sekejap 6 bulan mungkin kurang atau
lebih bergantung kepada pesakit..”
Tangan
berusia itu mengusap lembut tangan anaknya.Aizan masih diam bersama wajah yang
membeku.
“Kalau Ijan
dah sedia nak cerita jangan lupa bagitahu emak…mak risau sangat…mak..mak sedih
tengok Izan macam ni…mak sayang Izan”lembut dia berkata bersama air mata yang
muncul di tubir mata.Aizan masih mengunci bicara namun air matanya menitis
perlahan di pipi bersama wajah yang membeku itu.
Bunyi cengkerik di malam hari
menghentikan lamunannya. Aizan menggosok tapak tangannya perlahan. Kesejukan
malam betul-betul mencengkam tubuhnya.Lembut dia menghirup udara malam yang
masih segar.Udara dari tasik.Matanya menangkap beberapa pasangan yang masih
muda malahan mungkin remaja yang berdua-duan.Jujur dia katakan,kadang-kadang apabila
melihat pasangan kekasih atau suami isteri kadang –kala menimbulkan rasa iri
hati.
Hatinya terusik tatkala berfikir
mampukah dia bahagia seperti itu?Jika bahagia berkekalankah kebahagiannya itu.
“Kalau diberi 1 peluang...aku pilih
untuk tak jatuh cinta dengan kau..”perlahan Aizan menyebut ayat itu.Dia
meletakkan tangannya di dada.Angin malam menyapa tubuhnya.Sejuk.Aizan hanyut
dalam dunianya sendiri tanpa sedar tangannya sudah mula kebiruan.Dia menutup
perlahan-lahan matanya.
Lamunannya terhenti apabila ada
seseorang membalut tubuhnya dengan baju sejuk.Dia mendongak, matanya menangkap
wajah yang dia rindui. Tak,tak dia bermimpi.Dia menggeleng kepala tanda untuk
menyedarkan diri dari mimpi.Dia memejamkan mata dan membukanya kembali.
Ya,Izzat masih berdiri depan
matanya.Mata bangunlah jangan mimpi lama-lama.Dia masih memujuk dirinya yang
semua ini mimpi.Namun,Izzat masih di situ. Aizan beristighfar dalam hati,kenapa
aku macam ni? Adakah dia sudah tidak boleh membezakan antara realiti dan mimpi?
Dia memejamkan matanya berharap agar semua ini berlalu. Hampir berkaca matanya
menahan rasa sebak di dada. Hatinya menjadi galau.
“Shuhhh..Kenapa ni?”suara itu
menyapanya.Aizan pantas membuka matanya.Tangan itu lembut mengesat air mata
yang tersisa.Dia melabuhkan punggungnya di sebelah Aizan.
“Coffee?”Dia menghulurkan satu cawan
coffee espresso pada Aizan. Aizan teragak-agak untuk mengambilnya.Namun dia
menyambut juga huluran itu dan menghirup perlahan coffee itu.Haba panas dari
coffee itu benar-benar menyegarkan.
Kenapa setelah apa yang dia lakukan,
Izzat masih ingin menolongnya? Bukankah lebih mudah untuk membenci?
“Thanks Izzat, aku naik dulu..”dia
cuba bangun. Baru sahaja dia ingin bangun dari bangku, kepalanya sudah
berdenyut.Sejak akhir-akhir ini kepalanya asyik sakit.Dia berusaha untuk
bangun.Langkahnya terhuyung-hayang.Sungguh matanya berat.
“Kau ok?”tanya Izzat risau.
“Aku ok...jangan risau..”Aizan
menggeleng.
Tanpa sebarang amaran,Izzat
mencempung tubuh Aizan.
“Izzat..tu..turun kan aku...aku boleh
balik sendiri...”
“Turunkan aku Izzat,turunnn...”Dia
memukul dada Izzat perlahan.Matanya hampir kuyu.
“Diamlah...kalau tak aku campak kau
dekat sini”marah Izzat.Aizan menatap wajah Izzat yang serius itu. Namun
kelembutan wajah itu juga yang memikat hatinya. Dia menolak pintu biliknya
dengan kaki. Well, quite lucky pilih bilik seorang ni.
Perlahan-lahan dia meletak Aizan di
katil. Dia duduk di birai katil mengusap lembut rambut Aizan itu. Baru sahaja
Izzat ingin bangun, Aizan memegang tangannya.
“Izzat..kau nak pergi mana?”
“Aku nak tukar baju…shh tidur
balik”pujuk Izzat perlahan. Dia mengamit tangan Izzat supaya berbaring di
sebelahnya. Perlahan-lahan dia melentokkan kepalanya di dada Izzat. Kehangatan
tubuh Izzat membuatkan dia berasa selesa.
Akhirnya, Izzat juga terlena sambil
memeluk Aizan di sebelahnya.
**************************
Aizan memegang kepalanya perlahan.
Matanya berbalam-balam. Dalam hati dia tertanya di manakah dia? Mengapa suasana
biliknya nampak lain? Matanya turun pula pada tangan yang melingkari
pinggangnya. Perlahan-lahan dia berpusing dan merenung wajah Izzat yang sedang
tidur. Tangannya bergerak mengusap wajah itu.
“Kenapa kita macam ini? Aku tak
pernah rasa macam ini..aku keliru…”Aizan mengusap lembut wajah Izzat.
“Bila kau ambil berat pasal aku…aku
rasa bahagia…”
“Ak..aku minta maaf sebab hancurkan
hati kau…ak..aku minta maaf Izzat aku tak sengaja…”teresak-esak Aizan meminta
maaf. Hatinya remuk apabila melihat reaksi wajah Izzat seketika dahulu. Lembut
dia mencium dahi Izzat sambil memejam mata. Perasaan sebak datang menghujangi
dadanya.
Perilakunya terhenti apabila ada
tangan yang mengesat titisan di pelupuk matanya.
“Everytime aku habiskan masa dengan
kau…aku rasa sesuatu, aku cuba untuk kawal perasaan aku tapi akhirnya aku tetap
sayangkan kau…aku tetap jatuh hati pada kau…”lembut Izzat berkata.
“Aku dah cuba buang perasaan tu
jauh-jauh….tapi hati aku tetap nampak kau…”Izzat merenung wajah Aizan lama.
“Satu saja benda yang aku harapkan
dari dulu lagi…aku nak rasa apa yang orang rasa..macam mana di sayangi..salah
ke permintaan aku?”tanya Aizan.
“Can I be yours?”lembut Aizan bertanya
sambil mendongak sedikit dan mencium lembut bibir Izzat bersama air mata yang menitis perlahan.
Bersambung…