Salam dan selamat malam. Wah, dah bersawang dan berhabuk blog aku ni hahahaha. This past few months have been hard to me, so forgive me for not sharing anything.
Dulu I always questions why some people boleh buat something such as curang etc.This is not happening to me. Did you really believe people can change? Bila kau dah ada hidup yang almost perfect such as having a loving husband/wife kenapa nak cari lain?Kenapa? Bila kau sendiri dengar kisah tu and tahu yang kawan kau tu berada di pihak yang betul, aku yang dengar ni pun hampir menitis air mata sebab tak sangka. Dapat-dapat lagi bila kau tahu yang rupanya itu bukan kali pertama tapi dah bagi dua kali peluang? Perlu ke sampai tiga hingga empat? Sampai bila? Sampai orang dah tawar hati? Lebih-lebih bila kawan kau tu jenis yang simpan sorang-sorang sampai satu tahap dia sendiri tak tahan and terpaksa cerita. Makan hati sorang-sorang. Aku cuma tak faham kenapa nak cari someone yang lain? Please if you alls dah ada husband/wife/boyfriend/girlfriend belajar untuk setia. Kau bayangkan aku yang tak alami pun rasa macam pilu bila dengar sebab macam tak expect there always something behind the door. Please belajar setia, please sangat-sangat jangan sakitkan/lukakan hati your partner/lovers.
Then, selamat berpuasa semua and jangan nakal-nakal. Jangan ponteng puasa korangkan dah besar panjang hahahahahahaha.
p/s: please, saya kering idea jugak nak update apa dekat my blog niii
Thursday, 8 June 2017
Friday, 10 February 2017
A stranger
This story is inspired by my ownself and of course edited, re-version and etc everything. Sometimes we want something miracle happens to us and it does. It's weird because we want something that is somehow impossible but still desired them.
Part 1
Pernah tak kita jumpa seseorang tu, dia orang asing atau mudahnya stranger dan kita tanpa sebab tertarik dengan dia. Mungkin kalau jumpa sekali kita hanya akan fikir kebetulan tapi kalau berkali-kali? Kita di beri peluang untuk jumpa orang tu sebentar sahaja dan mungkin dia terus berlalu pergi tanpa berita atau khabar. Somehow kita pandai atau belajar untuk merindui ‘seseorang’. Dambakan kasih sayang yang kita sendiri tak pasti.
Itu apa yang aku rasa sekarang. Aku nak sesuatu yang aku tak pasti. Why?
Afif tersenyum apabila melihat 'kesayangan'nya melangkah masuk ke
dalam perpustakaan. Wow, still handsome as before and before that. Wah, tengok
muka pun dah memadai and sejuk hati aku ni hahaha. Nampak sangat desperate.
Opps, jaga pandangan Afif. Afif mengeleng kepala sambil melangkah keluar sambil
melambai di dalam hati. Bila tengok muka dia sejuk ja hati. Suara dia sangatlah
sweet. Hahaha gelinya dengar ayat ni.
"Wow, dah sebulan..."perlahan Afif menyebut.
Sebulan yang lalu..
“Ya, encik nak perisa
apa? Harini ada special…waffles dgn salted caramel vanilla ice cream with tango
bars..”tersenyum manis Afif melayan pelanggan.
“Kejap ya..wehh kau
nak apa?”tanya lelaki itu kepada kawannya yang sedang bercakap di telefon.
Wow, busy betul kawan
dia tu. Namun Afif tidak ambil peduli. Yang penting pelanggan datang beli.
“Kau order dulu…”balas
lelaki itu tanpa memandang kawannya.
“Okay saya ambil yang
special tadi…”belum sempat habis memesan, kawan lelaki itu menunding jari ke
arah waffles coklat bersama dengan macademia ice cream.
Masih sibuk. Aduh, nak
makan ke nak berborak. Afif membebel dalam hati. Kawannya yang busy menelefon
tadi sudah mencari tempat duduk.
Sebaik sahaja siap,
Afif membawa dua piring pesanan tadi ke tempat duduk pelanggan sebentar tadi.
“Saya nak tambah lemon
ice tea satu…”kata lelaki itu sambil tersenyum ke arah Afif. Afif terpana
melihat senyuman itu. Manisnya, tambah ada janggut-janggut sikit. Memang sesuai
dengannya. Nak kata terlampau handsome tu tak lah tapi memang cukup untuk buat
aku tak jemu untuk tengok muka dia.
“O…ok..okay…”tergagap-gagap
Afif membalas. Dengan pantas dia berlalu dan meminta kawannya menghantar
pesanan tadi.
Siapa lelaki tu?
Kenapa aku tak pernah nampak selama ni. Handsomenya tengok senyuman dia.
Siapakah dia?
Hurm, biasalah customer datang dan pergi...maybe he just another 'angin' yang singgah dan berlalu pergi
After, almost one week Afif
pun mula beransur-ansur lupakan perkara itu. Tak adalah totally lupa just malas
nak fikir with the hope agar jumpa lagi that guy. He's just a stranger, unknown
people. Balik sahaja dari masjid, Afif singgah di perpustakaan untuk mencari
buku. Baru sahaja memasuki ruang belajar itu, bau wangi menerjah masuk ke
hidungnya, matanya tertutup seketika menikmati bau itu dan...dan....dan...!!!
lelaki tu!! lelaki haritu. Matanya hampir terkeluar kerana terkejut yang amat.
Tak sangka jumpa dekat perpustakaan pulak. Urmm, kalau dua kali jumpa means apa? Takdir? or just nasib baik. Well, fikir nanti lah kot. Sekarang aku kena gunakan peluang yang ada untuk memerhatikan lelaki itu. Sejuk je tenguk muka dia. Walaupun tak dengar suara dia tapi dapat tengok pun dah memadai. Entahlah, dia just rasa suka tengok lelaki itu? Crush maybe? Fall in love? too soon to diagnose that kind of things hahaha. Namun yang pasti hatinya sangat gembira. Korang tahukan macam mana perasaan dia tu. Gembira, excited and apa-apa lagi lah kan.
It's nice to see you once again. Tak tahu bila lagi dapat peluang macam
ni. Maybe dah tak dapat. Atau aku patut try lagi esok? Matanya masih lagi
memerhati lelaki itu. Untuk mendekati? Tidak. Dia terlalu segan. Lelaki itu pun
bukan kenal dia. Mungkin aku patut cuba datang tengok esok macam mana.
20 September
Do you need a reason
to love somebody? For some people yes, some don't. For this time being, I just
love seeing him here. Aku tak tahu macam mana boleh tertarik. How do we met?
Hahaha, very funny. I wish I knew his name. At least his nickname would be
suffice. Kenapa aku tertarik dengan dia ni? Sedangkan dia hanya stranger
yang datang dan pergi dalam hidup aku tanpa disedari? Kenapa aku terlampau hung
up dengan perasaan ni?
*********************************************************************
Afif merenung ke arah jalan yang terbentang di hadapan mata sambil
menunggu ketibaan bas. Dia mencucuk earphone pada smartphonenya untuk mendengar
lagu. Matanya terpejam rapat untuk menghayati setiap lirik lagu. Perbuatannya
terhenti seketika apabila bas berhenti di hadapannya. Sambil tersenyum dia
menaiki bas itu.
Matanya sempat mengerling ke arah belakang. Sedang ralit memerhati
kan golongan yang berada di dalam bas. Matanya terhenti pada satu wajah.
Hatinya melonjak keriangan. Lelaki tu!!! Lelaki tu lagi!!!!!
Tak sangka akan terjumpa lagi. Kalau sekali mungkin kebetulan,
kalau dua kali mungkin nasib, kalau tiga kali? Mungkin takdir. Hahaha
seronoknya kau buat teori sendiri Afif oii. Nasib baik ramai orang naik bas
hari ni. Matanya mengerling ke arah lelaki itu. Outfitnya sangat casual and tampak
kemas. T-shirt hitam, seluar biru dan juga kasut hitam-putih. Mata dia
seolah-olah tidak bosan memandang lelaki itu.
Kadang-kala lelaki itu akan memandang ke hadapan sambil melihat
handphonenya. Senyuman terukir di wajah itu. Afif cepat-cepat berpaling ke
tempat lain. Tidak mahu lelaki itu menangkap dia diperhatikan. Ke manakah
lelaki itu ingin pergi? Beberapa ketika bas berhenti seketika. Lelaki itu turun
di situ.
'Ohh, student fakulti engineering'
6 October
Kadang-kadang tak tahulah boleh pakai ke teori tu. Tapi dah 3 kali aku terserempak dengan dia. Patutkah aku berpura-pura menegur lelaki tu? Still lagi tak tahu nama dia. Well, dia pun tak kenal aku and maybe tak tahu kewujudan aku. Today, dia pakai t shirt hitam and jeans biru with shoes. Harini aku tahu dia rupanya student engineering. That moment dalam bas its like we were so close together but you never look at me at all. But then, aku rasa enough if aku dapat tengok dia selalu even bukan hari-hari. It’s okay to miss someone who doesn’t even know you exist?
*********************************************************************
Afif masih lagi ingin mencuba nasib di library. Mana tahu dapat
tengok lelaki itu dari jauh. Yes, dia ada kat sini. Afif mencari spot yang
paling strategic. Still
apa yang aku hope dari intipan ni? Entah, aku just nak perhatikan dia.
Memerhati gerangan lelaki itu dari jauh sambil memikir apakah yang di bual oleh
lelaki itu dan kawannya. Untuk mendekati? Sudah tentu tidak. Cukuplah sekadar
dapat memerhati dari jauh dan melihat ketenangan diwajah tersebut. Dalam hati,
dia memuji untung betul siapa yang dapat dia. Entahlah, aku just nak tengok dia dan
mungkin dapat dengar suara dia sekali sekal pun cukup. Tak harap apa-apa. Just
admiring.
8 October
And apa yang lagi menarik I got to see 2 diff of him. Satu dia pakai spek time buat kerja. Satu lagi time dia tak pakai spek. Time dia pakai spek tu macam nerd gila tapi nerd yang handsome. Macam nak cubit je pipi dia. Rasa tawaduk je but kerja tadi. Aishh, kau ni Afif gi library tak ikhlas betul. Niat dah salah.
Afif menutup diarinya
*********************************************************************
10 October
Afif mengeluh masuk ke dalam lif. Jadah apa pejabat sampai 10
tingkat. Hahaha. Bersesak-sesak dengan orang yang ramai dalam lif tu. Apabila
pintu lif hampir tertutup, ada tangan yang menahan. Afif memandang ke hadapan.
Matanya bulat memandang gerangan lelaki itu. Namun, lelaki itu tidak memandang
ke arahnya. Lelaki itu berasak-asak memasuki dan duduk berdekatan dengannya.
Hidungnya sempat terhidu bau perfume lelaki itu. Wanginya perfume
dia. Perfume apa yang dia pakai? Kenapa aku banyak kali terjumpa dia ni? Siapa dia
ni? Namun dalam hati dia berasa sangat seronok. Dapat tengok wajah dia pun dah
cukup buat aku gembira. Dalam keadaan berhimpit itu. Tangannya terpegang jari
lelaki itu. Namun lelaki itu tidak terusik malah tidak memandang pun.
Cepat-cepat Afif mengalihkan tangannya. Sampai di tingkat 7, lelaki itu keluar.
Sampai sahaja di bilik, Afif memegang tangannya. Tiba-tiba dia
tersenyum dan mencium tangannya. Hm, boleh pulak terpegang tadi. Macam tak nak
basuh je tangan ni. Hahahaha. Desperatenya kau Afif.
*********************************************************************
Afif mengemas tempat tidurnya dan bersiap-siap untuk keluar. Hari
ni, dia sudah berjanji dengan Adli dan Syafiq untuk keluar bersama. Dalam
kereta, Afif hanya berdiam diri dan membiarkan kawannya berbual. Dia lebih suka
mengelamun dan fikirannya melayang mengingati lelaki itu. Apa yang lelaki itu
buat kalau hujung minggu? Dengan siapakah dia keluar? Teringin nak tahu.
Sambil berjalan-jalan, matanya meliar melihat sale di setiap
outlet dalam mall itu. Wow, boleh pokai kalau tengok sale ni. Semua murah kot.
Sedang tangannya membelek baju matanya terpaku pada satu pasangan. Lelaki itu
dan seorang perempuan. Siapakah perempuan itu?Tiba-tiba hatinya menjadi sayu
dan resah. Ishh, kenapa nak sedih ni? Dia bukan boyfriend kau pun. Paling
penting dia tak kenal kau pun. Entahlah, tiba-tiba rasa sedih. Berat kakinya
melangkah keluar.
15 October
Dia ada girlfriend dah ke? Entahlah, hati aku jadi macam sayu and sedih. Aku pun tak tahu kenapa. Dia stranger Afif, dia tak kenal kau pun. Nama dia pun kau tak tahu. Kenapa nak sedih? Entahlah, serious aku pun sendiri tak faham? Aku suka dia ke? Tapi kenapa? Dia cuma random person yang datang dalam hidup aku. Mungkin aku patut stop kerja gila tu.
Dia menutup diarinya perlahan sambil memeluknya di katil.
*********************************************************************
Afif memandang lelaki itu dari jauh. Lelaki itu asyik membaca buku
dari tadi. Buku apa yang di baca oleh lelaki itu? Dia cuba meneliti dari jauh.
Buku hilal. Nampak macam best je.
Mindanya teringat peristiwa 3 hari lepas. Awak siapakah gadis itu?
Kenapa dia rasa terusik dan sedih. Sambil berfikir dia kembali memerhatikan
lelaki itu. Siapakah gadis itu? Kenapa dia rasa sedih? Tanpa sedar dia sudah
pandai untuk rasa cemburu.
18 October
Betul ke dia dah berpunya? Siapa perempuan tu? Ya allah, kenapa aku rasa macam ni? Rasa sedih. Rasa terluka. Bodohnya aku, dia kan stranger. Aku tak tahu pun siapa dia tu. Tapi pelik kenapa aku rasa macam ni? Aku jatuh cinta dekat dia ke?
*********************************************************************
19 October
Afif melangkah masuk ke dalam library perlahan-lahan sambil mengeluh perlahan. Dia masih lagi tidak tahu kenapa dia masih tegar untuk ke library. Dia membuka laptop dan membuat kerja. Hatinya masih lagi tertanya adakah si dia akan datang ke library macam haritu?
Adakah aku dah masuk tahap angau yang melampau? Hampir sejam
menunggu si dia masih tidak kunjung tiba. Mungkin hari ni dia tak datang...
*********************************************************************
25 October
Afif melangkah masuk ke dalam lif dan
baru sahaja lif ingin tertutup lelaki itu masuk dengan pantas dan berdiri di
sebelahnya. Lelaki itu masih lagi memakai headphone. Harini kami dua-dua pakai
baju biru. Macam berjanji pulak.
Tiba di tingkat 4, manusia mula
berhimpit-himpit masuk ke dalam lif. Afif tertolak kebelakang dan dia mula rasa
jauh dari lelaki itu. Dia menghela nafas kecewa. Belum sempat dia menghabiskan
keluhannya, hidungnya menangkap bau perfume yang di kenali berada di
sebelahnya. Dalam keadaan yang masih berhimpit-himpit itu, tangan Afif lagi
sekali terpegang telapak lelaki itu. Lelaki itu langsung tidak memberi response
atau berniat untuk memandangnya. Afif hanya membiarkan tangannya menyentuhi tangan
lelaki itu.
Setelah lelaki itu pergi, Afif memegang
tangannya. Hatinya melonjak kegembiraan. Senyuman terukir di bibirnya namun
perlahan-lahan senyuman itu pudar. Dalam diam dia sudah pandai merindui si “dia”.
Tanpa sengaja, dia seolah-olah memberikan hatinya pada lelaki itu. Betul ke aku
jatuh cinta pada fantasi dan illusi? Sedikit sebanyak hatinya terusik apabila
mengenang wajah lelaki itu. Kepada siapakah dia ingin berkongsi perasaan kasih
ini?
*********************************************************************
30 October
Sudah lima hari aku tidak jumpa dia. Mungkin ini yang terbaik. Rasa macam tak sedap badan pulak. Ke demam rindu? Melampaunya kau ni Afif hahaha. Tapi serious rasa rindu sangat. Walaupun tak kenal tapi aku rasa macam dah lama berkenalan dengan dia. Boleh ke kita jatuh cinta pada stranger yang mungkin tak akan tahu nama kita. Aku just suka tengok dia aku tak harap sangat dia tahu kewujudan aku. Aku sendiri tak faham dengan hati aku ni. Tapi setiap kali aku tengok dia mesti rasa bahagia sebab aku rasa gembira.
Afif berbaring di katil sambil menghela nafas. Masih terfikir apa si dia tengah buat? Apa dia suka makan? Apa je dia buat selain dari buat kerja di library? Pergi gym? Rindunya nak tengok muka dia. Tak tahu kenapa rasa rindu gila...
*********************************************************************
5 November
Sambil menunggu lif, Afif memasang earphone dan mendengar lagu.
Dia segera berasak masuk. Tatkala pintu lif hampir tertutup matanya sempat
memerhati lelaki itu berkejaran untuk masuk. Afif pantas menekan button
‘closed’ dengan pantas.
Mungkin ini adalah yang terbaik. Mungkin dia patut lupakan lelaki
tu. Dia hanyalah strangers or orang asing yang aku sendiri tak kenal. Why I do
keep hanging onto this unreasonable feelings? Dia hanya diam sambil menghayati
lagu.
Maybe kita terlampau
hold pada sesuatu itu menyebabkan hati kita tak rela nak lepaskan even benda tu
belum jadi hak milik kita. Kenapa aku ada perasaan macam ni? Kenapa aku mesti
rindu pada orang yang aku tak kenal? Kenapa aku mesti ada perasaan macam ni?
Benda tu undescribable feelings.Maybe ini yang terbaik. Good bye stranger..
Afif menutup diarinya. Perasaan bercampur baur. Lembut bibirnya
menutur kata. Goodbye stranger…pelupuk matanya mula basah.
*********************************************************************
20 November
Afif memasuki library dengan langkah yang lemah. Penat betul lah.
Tapi kerja kena buat. Dia meletakkan begnya dan membuka laptop. Ketika ingin
mencucuk headphone, matanya menangkap gerangan lelaki itu lalu di hadapannya.
Terubat jugak rindu dia untuk menatap wajah lelaki itu. Berhari-hari tidak
jumpa, akhirnya dapat jugak dia melihat wajah itu. Masih sama, masih lagi
menarik seperti kali pertama dia menjumpai lelaki itu.
Lelaki itu meletak begnya dan bergerak ke rak belakang.
Eh, dia nak pergi mana tu? Perlahan-lahan dia bangun dan mengintip
lelaki tu. Dah macam ninja gaya aku tengok diri sendiri ni. Terhendap-hendap.
Derapan langkahnya sangat cermat. Oh, rak buku electrical engineering section
QX1. Okay so aku kena duduk bertentangan dengan rak buku ni. Dia menguis
sedikit buku-buku tersusun di rak itu. Aish, tak nampak pulak. Jap, aku nampak
kerusi panjat untuk rak yang tinggi. Perlahan-lahan dia naik. Dia kuis buku tu.
Eh mana pulak mamat tu? Tanpa sedar dia tersalah letak kaki pada kerusi panjat
tu.
"Ahhhhhhhhhhh...."hanya terkeluar jeritan yang sayup.
Berdentum bunyi buku jatuh ke atas lantai. Belum sempat dia
tergolek, ada tangan yang menyambar tangannya dan memegang pinggangnya. Eh aku
macam kenal bau perfume ni...
Tak mungkin...
Dia ke?....
Please bukan...
Matilah nak...
Mukanya sudah pucat lesi...takdir apakah ini?
"Bro okay ke?" suara itu menyapa telinganya. Mukanya
sudah merah padam. Apa perlu aku buat? Pura-pura pengsan? or bangun dengan
penuh macho cakap "okay bro"? Terus peluk sebab rasa macam selamat?
Ya ampun, bodohnya lah pilihan dalam kepala aku ni...
Dia berpusing dan merenung wajah yang berada di hadapannya.
Tamat Part 1
Subscribe to:
Posts (Atom)