Perlahan-lahan dia menggosok dahinya yang dicium oleh Izzat.
Pandangan dan renungan Izzat yang tajam dan redup semalam betul-betul
menakutkan dia.Dia bukan tidak faham renungan yang dahagakan sesuatu.Sesuatu
yang dia sendiri tak boleh bagi.
Sebenarnya lebih kepada paranoid,dia takut.Dia takut apabila
sayang dia tak boleh lepaskan malahan mungkin selepas dia bagi segalanya,dia
akan ditinggalkan.Memanglah lelaki tak dikira sangat if “dara” hilang tapi
baginya jangan jadi terlalu murah.
Cuma yang dia keliru,dia yakin Izzat bukan seperti dia. Izzat
straight.Tapi seberapa pastikah fakta itu?Sejahat-jahat dirinya dia tidak
pernah berharap untuk menyuruh Izzat membalas kasihnya.Dia mencapai fonnya dan
melihat gambar Izzat.
Lembut dia mengusap gambar itu sambil senyuman terukir di
bibir.Gambar dia tersenyum di sebelah Izzat.Gambar mereka memakai topi
“couple”.Gambar yang paling dia sayang,dia memeluk lengan Izzat sambil
meletakkan kepalanya pada bahu Izzat.
Mungkinkah ini peluang untuk yang dia merasai kasih sayang
sebenarnya?Tapi dia tidak mahu mencintai hanya kerana nafsu.Sungguhnya
mencintai itu tidak semestinya memiliki.Itu adalah hakikat yang perit untuk
diterima.Dia seboleh-bolehnya ingin matikan perasaan cinta,kasih sayang kerana baginya semua itu menyakitkan.
Baginya dendam yang berakar umbi harus dilaksanakan.Masih berbaloikan dendam itu?
Tapi dia masih tidak faham kenapa? Lambat-lambat dia
menghantar wassap pada Izzat.Mereka sudah dewasa.Jadi untuk apa memeningkan
kepala apabila masalah itu boleh bawa dibincang?Mindanya melayan lagi ke arah
perbualannya bersama Syafika.
“Fika,apa benda yang
kau appreciate sekali dalam hidup kau?”
“Hurmm susah soalan kau
ni...hahaha”terhambur ketawa Syafika sambil membetulkan tudungnya.
“Apa yang susah..jawab
jela..”Aizan mengunyah mangga bersama kicap itu.
“Of course family
aku,kasih sayang dari orang sayangkan kita dalam diam..walaupun orang itu tak
mungkin sayangkan aku macam mana aku sayang dia,aku harap dia tahu aku tak
berhenti sayangkan dia..”mendalam Syafika meluahkan pendapatnya.
“Tapi wujud ke jatuh
cinta bukan sebab rupa semua tu?”
“Itu kau silap Aizan,to
be honest aku rasa kau tak akan jatuh hati pada orang tu sebab kau suka
perangai dia at first,mesti kau tengok appearance juga and then slowly baru kau
jatuh sayang sebab kau rasa selesa,dia faham kau bukan rupa semata-mata”
“Mungkinlah kalau kau
yang rasa macam tu Fika?”
******************
Aizan mengetuk pintu itu perlahan.Dia mengetuk kuat
sikit.Matanya menangkap loceng yang tersedia ada untuk diguna.Oh my,kenapa aku
bebal sangat ni?Dia menghentikan kerja sia-sia itu dan menekan loceng pula.
Masih tiada jawapan.Dia memegang tombol pintu.Hurmm?Tak
berkunci?Biar betul mamat ni,gila apa tak kunci pintu rumah.Dia masuk ke dalam
perlahan-lahan.Kepalanya terjengul,terhendap-hendap seperti pencuri.
Mana dia pergi?Dia menangkap bunyi pancuran air
sayup-sayup.Hurm,nak masuk ke tidak?Masuk mana ni Ijan?Bilik air ke bilik tidur
dia?Haih,bangang pulak otak dia ni berfikir.Masuk bilik tidur dialah,jadah apa
masuk bilik air.
Tanpa sebarang amaran,dia membuka pintu dan matanya
terbuntang luas.
“Arghhhhhhhhhhhhhhhh”Aizan menjerit.
“Arghhhhhhhhhhhhhhhh”Izzat juga menjerit.
Aizan dengan pantas menutup matanya.Aku tak nampak
apa-apa.Aku tak nampak.Mukanya sudah membahang menahan malu yang
teramat.Telinganya sempat menangkap bunyi orang jatuh,bedebuk!!
Dengan pantas dia membuka mata dan terkejut apabila melihat
tubuh Izzat terbaring di situ.Pantas dia
berlari mendapatkan Izzat.
“Berhenti....jangan masuk!!!”jerit Izzat dari dalam.Aizan
terhenti seketika.Lah,kan jatuh tak akan lah tak nak tolong pulak.Aku ni bukan
jahat sangat pun.
Tanpa menghiraukan amaran Izzat dia masuk ke dalam dan menutup
pili air.Matanya mencari tuala yang masih tersidai di tepi itu.Dia membalut
tubuh itu dengan tuala dan memapahnya ke katil.
“Kau sengaja nak tengok aku kan?”Izzat meluahkan rasa tidak
puas hatinya.
"Eee tolonglah,aku pun ada lah"alahai bangang pulak jawapan aku ni.
Aku tendang jugak kan dia ni.Tapi disebabkan aku ni baik.Aizan diam tidak membalas.Malas nak bertekak dengan orang yang tak nak
kalah ni.Lagi satu orang tu tengah sakit.Dia membantu Izzat duduk di
katil.Hurm,ubat?Ubat apa ni?Coolfever bagai lagi tepi katil.
Dia meletakkan tapak tangannya ke dahi Izzat.Panas juga.Izzat
terpana melihat wajah Aizan rapat dengannya.
“Kau dah makan?”tanya Aizan sambil memandang Izzat yang sudah
berbaring di katil.Izzat mengeleng kepala.Aizan mula bergerak keluar dari bilik
itu.Baru sahaja kakinya ingin melangkah,Izzat memanggilnya.
“Izan,jangan pergi..jangan tinggalkan aku..”redup mata itu
memandang Aizan.Tersentuh hatinya.
“Aku nak masak sikit untuk kau”otaknya mula ligat memikir
untuk masak apa.Argh,bubur je lah senang dengan sup.Kalau malas sangat aku
drive thru je la apa-apa.
Tidak sampai setengah jam,dia masuk ke bilik Izzat.Izzat
sudah tertidur bersama coolfever di dahi.Dia meletak bubur dan sup di tepi.Dia
menghenyak punggungnya di tepi katil Izzat.Teketar-ketar tangannya menyentuh ubun-ubun Izzat.Lembut tangannya mengusap rambut
Izzat.Telinganya menangkap bunyi dengusan nafas Izzat yang sedang tidur itu.
“Kenapa kau seolah-olah bagi aku harapan Izzat?aku minta maaf
sebab aku tak boleh nafikan yang aku dah jatuh sayang pada kau...”
“Tapi aku takut,akhirnya aku akan keseorangan...”
“Aku tak tahu nak percaya siapa...macam mana kalau aku
seorang je yang rasa macam ni..?sedangkan kau anggap aku tak lebih dari kawan?”perasaan
sebak mula berkumpul di ruang hati Aizan.
“Kenapa..kenapa aku tak boleh dapat cinta sebenarnya…kenapa
aku cintakan bayang-bayang?”
“Sebab aku tak boleh pilih siapa aku nak jatuh cinta....kalaulah
boleh aku pilih..maafkan aku Izzat”perlahan suara Aizan.
Lembut dia merendahkan wajahnya,mencium pipi Izzat.Tanpa
Aizan sedar,air mata Izzat menitis perlahan dalam tidurnya.
Mungkin nasib menyebelahi Aizan kali ni?Sungguh manusia jadi
buta kerana cinta.Mulutnya mengatakan tidak tapi hatinya berat mengiakan.
************************
Gila bayang.Mungkin ya.Itulah apa yang dirasakan oleh
Fakhrul.Matanya sudah mula terbayangkan Aizan di hadapannya sambil
tersenyum.Lesung pipitnya juga terserlah.Mendengar nama itu sahaja sudah
membuatkan jantungnya berdegup.
Aizan yang nampak senang dimiliki tapi menjauh apabila
didekati.Lamunannya terhenti apabila handphonenya bergetar tanda notification
masuk.Dia membelek seketika facebooknya dan mengamati gambar yang di tag
sewaktu dia belajar di university.
Dia hanya membelek sekilas lalu seolah-olah tidak berminat
namun matanya menangkap satu wajah yang seperti pernah dilihat.Dia menekan
gambar itu.Siapa ni?Puas dia memerah otaknya,namun mindanya seolah-olah ingin
menutup ingatannya tentang itu.
“Kenapa suka sangat
lagu ni?”
“Entah,sebab saya rasa
lagu ni buat saya ingatkan awk..haha”
“'Cause nothing can
ever,Ever replace you.Nothing can make me feel like you do, yeah.You know
there's no one .I can relate to.And know we won't find a love that's so true”
Bait lagu itu seperti pernah didengar namun dia lupa di
mana.Suara itu seolah-olah bermain-main di telinganya.
“Siapa dia tu?”tanpa sengaja dia tertolak file di
tepinya.Matanya terbeliak melihat gambar itu.
“Tak..tak mungkin.....tak mungkin.....mustahil...”peluh mula
merecik di dahinya.
Bersambung...
p/s:Maaf delay banyak sangat.Sorry hectic gila.Btw selamat berpuasa,rasa macam tak terlambat lagi nak ucapkan :)