Friday, 29 January 2016

Touching or no touching

Assalamualaikum and selamat petang. Fuh, almost 2 months tak post apa-apa. 

Recently,aku ada encounter dengan wanita yang memang macam kadang-kadang suka menggoda and macam bermanja-manja. Previously kan aku ada mention yg aku kind of attracted to both gender. Kadang-kadang tu bila dia touch-touch aku (pegang lengan, sentuh-sentuh badan) macam sexually arouse, pastu dengan dia buat muka cute aku macam hey budak ni ada kena cium kang nanti.Bhahaha. Aku sebenarnya memang dari dulu tak suka sangat bersentuh-sentuhan tak tentu hala ni. Aku memang kalau boleh akan avoid untuk physical contact dengan anyone.

Same goes to ada seorang kawan aku ni dia macam pelik sikit recently, macam korang bayangkan dia macam boleh paut-paut pinggang aku. Aku ni cepat rimas kalau orang bersentuhan or duduk terlampau rapat dengan kita. Previously, dia try untuk kiss-kiss aku dekat public. Yeah, we know boys are full of jokes and are not to be taken seriously so aku biarkan je lah. Then, bila nampak muka dia makin rapat and serious dah nak sampai aku tolak muka dia hahaha. Damn, aku nampak ada mak cik-mak cik kat situ berbisik cam gini ha. Kalau koranglah macam kalau tiba-tiba di peluk macam tu,di paut kalau aku tak adalah nak ter..ter tutt bagai tapi nafsu aku mampu ke?Hahahaha.

Macam aku sendiri kan memang akan kurangkan lah physical contact. Ye ye lah, macam kau sendiri tak akan tak teruja if crush kau pegang-pegang kau,aku pun suka hahaha. Tapi macam aku cakaplah, takut jugak kot-kot boleh jadi benda lain.

Recently,aku ada juga dapat comment and ada yang cakap aku ni seorang yang fake (maksudnya tak jadi diri sendiri) or bajet baik sangat je. Actually,aku tak bajet baik and in fact aku ni tersangatlah biasa orangnya. Macam aku sendiri memang tak brave enough untuk coming out like some other people (seriously adore this people). I do embrace myself as being abnormal doesn’t mean aku mesti ikut perangai-perangai sesetengah org yang tak semenggah tu.

p/s: pray for my viva-voce :'(


Friday, 6 November 2015

Going through life?

Selamat petang.Fuhh,dah sebulan lebih tak post apa-apa.Maaf sangat,aku tersangatlah busy dengan project,task yg bertimbun..ni pun lepas dah reda sikit baru bukak balik blog.Selama ni bukak tak sampai 3 min terus log out lps tu sambung buat kerja.

Sepanjang sebulan lebih ni macam-macam jugak yang berlaku,benda yang tak dijangka benda yang pelik dan macam-macam lagi. Dalam 2-3 minggu lepas, ada seorang sahabat aku ni tanya something yang sangat macam entah nak kata pelik tu boleh jugak.Nak more kepada mcm mana dia boleh sense?

Dia ada tanya macam ni yang aku agak tergamam dan panik jugak lah...

"Adam,kau ni suka lelaki ke"tanya si B.

Aku tergamam gila.Panik aku kejap.Pastu,tenang dulu..

"Kenapa pulak kau tanya macam tu?"aku tidak menjawab soalannya,berdalih.

"Tak adalah,sebab nampak ig kau ramai followers lelaki..dan pernah dengar kau puji lelaki kacak lah apa lah..jarang lelaki compliment lelaki lain"jawabnya selamba sambil merenung wajah aku. Aku masih diam dan diam sampai ke sudah.

Aku sejak hari tu sangatlah berjaga-jaga dengan percakapan aku. Aku tak tahu lah,sebab kadang-kadang aku mmg kalau nampak benda tu perfect and cantik mmg aku akan puji even orang tu lelaki. So sejak hari tu aku dah tak compliment sgt orang dan mengutuk orang lah pulak sekarang..hhahaa.

Sebut pasal budak yang straight ni kadang-kadang aku takut jugak,ya lah sebab ada tu aku tengok macam kerjanya asyik nak bernafsu je selalu. Sebab aku ada kawan-kawan yang aku tak tahulah memang suka bermanja-manja agaknya,suka orang belai-belai rambutlah. Baring-baring kt paha lah. Hahaha,apa masalahnya aku pun tak tahu lah..

Aku honestly tak dapat bayangkan if ada family members aku tanya macam tu. Aku sampai tahap fikir mungkin aku kena halau,kena buang keluarga dan macam-macam lagi. Aku sejak discover perasaan aku kurang normal macam ni,aku tiap-tiap hari berdoa yang biarlah aku simpan dark secret ni sampai bila-bila. Kalau dulu aku sampai tahap depress yang agak kritikal sebab terlampau tak boleh terima apa yang jadi dekat aku ni tak normal. As wound heal by time same goes to penerimaan aku pada benda ni.

It's not that simple yang kita boleh terima benda tu dengan mudah.Terkejut,sedih,takut.marah and tak boleh terima benda tu.Lama-lama aku belajar terima dan pujuk diri sendiri yang semua ni ujian. So aku agak tak terkejut juga if ada sesiapa yang baru nak belajar terima benda ni,macam-macam perasaan akan muncul.

Btw aku nak tanyalah if contohnya korang makan kan,tiba-tiba ada orang renung kau and bukan sekali 3-4 kali jugak (sama jantina).Apa yang korang fikir?Kalau aku dua ni je terlintas di fikiran aku..

1) Hodoh sangat ke aku makan? Buruk sangat ke muka aku? *ni selalu jugak lah..hahaha

2) Ke dia ni gay jugak?hahaha..asyik tenung aku je...hot sangat ke aku ni? *aish ke situ pulak..hahha

promo : ask me




Sunday, 27 September 2015

Takut Kahwin??

Assalamualaikum.Selamat Petang.

Recently,aku ada beberapa baca beberapa article regarding on fear of commitment,fear of getting married,being in relationship atau GAMOPHOBIA.  Perkataan Gamophobia itu sendiri datang dari Greek which mean Gamos membawa maksud marriage dan phobos maksud fear.

Orang yang ada gamophobia mostly memang bila dengar pasal kahwin pun dia dah tak suka and dia  macam geli. Bila dengar pasal kahwin je memang anti-gila.Dia macam pantang kalau ada orang kenen-kenenkan dia dengan someone.Macam pelik dengar bunyi macam ni.Honestly,this is my first time dengar pasal benda ni.Sadly,I don't have any friend encountered this phobia.Mereka lagi prefer untuk hidup single and tak nak ada commitment dengan siapa-siapa.

Sebab-Sebab :

In past mungkin that person having an intense negative experience pasal marriage especially parents yang bercerai berai or ada yang ayah dia tinggalkan mak dia bertahun-tahun(gantung tak bertali). So that kind of experience somehow contributed for developing this kind of phobia.

Symptoms Gamophobia :

Actually, people yang experienced Gamophobia ni memang akan display symptoms yang memang diorang tengah ada disorder ni.

  • Macam takut or tak suka bila orang cakap pasal kahwin
  • Seboleh-bolehnya dia akan avoid topik pasal kahwin semua ni
  • Dari dulu sampai sekarang diaorang dah didik diri mereka bahawa perkahwinan ni benda yang teruk
Macam orang yang kita sendirikan,korang rasa kita fear of marriage ke? Because somehow mungkin kita takut nak kahwin sebab takut rahsia hitam kita terbongkar(possibly). I honestly don’t think yang you guys fear of commitment or in relationship sebab ramainya je yang ada boyfriend bagaikan?Macam aku sendirikan just paranoid nak having relationship but not fear with marriage malahan aku sangat suka tengok orang kahwin (hahaaha).My opinion,aku rasa Lgbt people tak termasuk dalam golongan gamophobia sangat.

Korang also realize kan yang even dia tu gay/less/bi ke orang tu sendiri boleh develop homophobia dalam diri dia...

p/s:Story 10 in progress.Busy week.Busy with task :)



Sunday, 13 September 2015

Flirty??

Have you guys experienced having friend yang suka flirty-flirty? Aku ada seorang kawan yang memang dengan lelaki ke dengan perempuan(especially) sweet talkers gila. Kalau korang dengar pun rasa macam terawang-awang. Dia selalu macam cakap lembut-lembut sampai kadang-kadang aku pun berdegup jantung dengar apa yang dia cakap. Macam berbunga-bunga gila hati.Keji perangai.

Contohnya pernah aku tak datang kelas dia wassap aku tanya :

“Assalamualaikum Hakim. Knp awk tak datang kelas?Demam ke?”

“Tak sihat lah,sakit kepala.Nak report ke?”(Dont worry aku tak buat suara gedik...)

“Lah ye ke?Kenapa tak pergi klinik?Sakit sangat ke?Tidurlah dulu k?Report tu biar saya buatlah”

“Sorry taw tak boleh tolong..”

“Tak apa my dear,rest cukup-cukup k?Nanti kalau xlarat bgtahu sy,nak ubat pun wassap je sy k?”

“Ok.Tq..”

“Wc syg..”


Mungkin kita yang dengar macam biasa je tapi kalau orang tak biasa and tengok mesti rasa macam flirty gila.Aku tunjuk dekat kawan aku,mmg diorang cakap kalau perempuan dapat message macam ni mesti dah confirm perasan gila perempuan tu.Macam ala-ala romantik gitu.Aku kadang-kadang sampai macam please stop talking,awk.

Bagi aku orang mudah fall in love dengan benda-benda yang macam itu.Even dia cakap dengan mak cik-mak cik and waitress pun lembut.Sorry to say dia quite good looking jugak.Dengan mulut manis lagi.Kalau dengar nada suara dia pun memang kadang-kadang rasa macam dia ni nak mengurat aku ke?Hahahaha.Kadang-kadang nak minta tolong aku pun :

“Dear,urutkan bahu saya sikit boleh tak?Sakitlah main futsal tadi...please?”

“Sayang saya nak pinjam buku awk sekejap boleh,tak sempat catch up nota tadi..boleh ea??”

“My dear,awk nak makan apa?Ayam je boleh kan?”

Aku pun kadang-kadang macam terawang-awang.Lidah bukan main lembut lagi bercakap.Aku dulu pernah tegur dia sebab cara dia bercakap macam itu tapi dia kata dia dah terbiasa susah nak ubah.Hahaha.Aku dulu pernah panggil dia buaya darat.Alhamdulillah baik orangnya.Hehe.




p/s: Story 10 lambat sikit