Monday, 6 April 2015

Pengalamanku ??

Sebenarnya dah lama nak cerita dan share pasal benda ini cuma masih tak kesampaian hajatnya. Sepanjang aku jadi penulis ni(amboi ayat minta kaki gila!) aku rasa macam hidup aku ni bermakna and at somehow aku rasa happy sebab aku ada something nak share dengan readers.

Especially time aku tulis cerita/novel/ aku rasa macam watak-watak tu menceriakan hidup aku sebab aku rasa macam aku boleh feel benda tu,aku cuba selami watak tu and paling aku suka bila aku cuba berada dalam watak tu.To be honest sepanjang aku menulis cerita ni banyak benda yang aku lalui kadang-kadang kau rasa macam watak tu hidup and serious macam creepy kan dengar?

Sepanjang aku tulis cerita,pergerakan keyboard aku pun ikut rentak cerita tu contohnya bila sampai part sedih aku sendiri rasa benda tu and tiba-tiba jari aku tekan keyboard jadi macam slow. Sebenarnya tulis cerita ataupun cerpen yang berkisahkan kehidupan manusia ni agak mencabar sebenarnya.

Benda itu tak semudah macam tulis ikut sedap and then the end yesss,happy ending.Pada pendapat aku,sebagai writer kau kena connect the dots every single thing yang kau tulis and try untuk cari logical path untuk buat cerita.Ya,mungkin ada orang akan cakap cerita kita suka hati lah nak logic ke tak.Betul,tepat sekali.Tapi sebagai writer kita seboleh-bolehnya nak bagi feelings dekat reader supaya boleh bayangkan every single thing dalam cerita tu.

Belum lagi masuk bab writer's block,to be honest aku tulis cerita ke dua "Akhirnya.."banyak sangat writer block start dari story 2 sampai sekarang.Dia macam idea tak ada,kalau ada pun macam serba tak kena.At some point aku dah tulis story 6 tu sampai nak tbc(to be continued) aku padam semua sekali sebab aku rasa macam tak kena tak ada feel,aku tak boleh nak reconnect dengan story2 before this.

Aku cuma berharap agar writer's block aku ni tak lama.Dah berbulan jugak.Cuma aku nak sampaikan yang aku suka menulis sebab itu salah satu cara aku express tentang perasaan aku,keinginan aku,apa yang aku pendam sebab bila aku dah tulis aku rasa macam half beban aku dah hilang even benda tu tak selesai lagi.

Btw aku nak ucapkan tahniah pada bloggers yang sentiasa menceriakan blog aku dengan post korang,cerita-cerita anda semua. cc :Sharky , Shazz , Gibbs , Nuqman , Fir,Putera dan yang lelain tak tak tertag(jgn sedih ye awak2..hahaa)

p/s: doakan saya dapat idea yang best2 ye

Monday, 30 March 2015

Demi Lelaki itu

Selamat malam.Wow dah lama tak update.Busy sangat.

Aku cuma nak cerita pasal pembakar semangat.Korang pernah tak rasa macam yang kau buat sesuatu demi seseorang.At some point kau fikir kenapa aku buat benda tu semua and if orang tu tak wujud memang tak buatlah.

Aku ada sesorang yang aku barely kenal seorang ni(X) tapi bila aku nampak X ada kat situ jadi macam semangat sangat nak buat kerja.Benda ni nampak kelakar tapi memang realiti tau.Sampaikan aku setiap kali pergi surau or masjid kadang-kadang berharap sangat nampak dia.Lepas itu,aku terfikir desperate sangat ke aku ni?Hahaa.

To be honest aku dah perasan dia,dua - tiga tahun lepas lagi tapi tahun ni baru aku betul-betul tahu nama dia.Aku just suka tengok dia sebab rasa tenang je.Tapi benda tu setakat tu je tak nak layan lama-lama.

At some point aku selalu terfikir untuk apa aku suka orang tu macam tu even dia obvious memang tak akan balas perasaan aku tu sendiri.Cuba korang fikirkan kenapa kadang-kadang kita sanggup macam tolong,even at some point berhujan panas semata-mata untuk tolong dia or bila dia macam sakit kita rasa macam care gila-gila?I mean for the sake of what?

In my opinion,sebab aku rasa aku macam ikhlas betul-betul sayang dia bukan semata-mata hanya nafsu and everything yang mampu buat dia tersenyum for sure akan buat aku gembira.To be honest,it is very tiring clinging onto a hope that exactly we know it doesn't exist.Actually sangat penat sebab macam hari-hari makan hati.


p/s:tak boleh nak update cerita lagi sebab ketandusan idea T.T

Friday, 27 February 2015

Bila Terdesak

Selamat petang.Aku rasa semua orang pernah masuk dalam terdesak punya zone.Time belajar,time kerja ke apa.Zone terdesak ni kadang-kadang bukan sebab kau ikut kehendak ke apa atau kau nak terikut-ikut kawan-kawan sebab nak pakai benda-benda branded ka apa.

Macam semua benda tak kena time bulan tu.For example,kau dah simpan duit untuk insurans kereta but for the same time kau kena major services kereta.Dengan tiba-tiba handphone kau tiba-tiba buat hal.Tambah malang lagi satu-satunya laptop/PC kau untuk buat kerja rosak.Sumpah miserable gila.

Honestly if kau betul-betul terdesak sebab perbelanjaaan kau betul-betul lari time bulan tu kau mesti terlintas juga sikit untuk gain semua tu dengan cara yang paling kotor even kau kena buried pride kau dalam-dalam.Trust me,aku ada jugak search benda-benda macam ni di internet actually memang ada.What I'm trying to say is,the possibility there.

Sama juga bila kau contohnya macam kadang-kadang terdesak nak ada pasangan tak mustahil kau akan guna apa jua cara even orang berbuih cakap dekat kau matlamat tidak menghalalkan cara kau.Sebab benda tu possible,even kau realize malahan kau cukup yakin consequences from act yang kau ambil tu tapi macam aku cakap bila kau betul-betul terdesak tahap orang cakap macam kalau kau tak setelkan masalah tu ibarat hidup dan matilah.

Honestly,aku pun pernah masuk rough phase(zone yang terdesak yang sangat-sangat) sampai kadang-kadang aku tak boleh nak consider the consequences which I would face after that.Tapi kadang-kadang aku bersyukur juga sebab aku masih lagi pujuk diri sendiri,cuba fikir elok-elok untuk keluar dari problem even aku terpaksa berkorban banyak as long as aku tak guna cara yang terdesak tu.

Kenapa aku tulis benda ni?Aku BUKAN NAK encourage korang untuk guna apa cara untuk dapatkan apa yang korang nak cuma kadang-kadang benda-benda macam tu memang terlintas.Nasihat aku jangan dan jangan.Cuba lagi cara lain biarlah kau berpenat tenaga.Aku doakan juga readers2 aku yang probably dalam kemelut masalah dipermudahkan urusan,semoga ada jalan yang terbaik untuk korang dan dimurahkan rezeki selalu :)

p/s:Tq baca Unrequited love.Akhirnya tak sempat nak tulis lagi sebab busy.


Friday, 20 February 2015

Unrequited Love

Part 3 (final part)

4 January

Syafiq have been treated me differently.I meant in a good way which is he seems like much more compassionate and sensitive if he actually say or does something would offend me.For example while our friends make a joke about how funny gay couple is and he’s so tense about that.I’m a little be worried about that.I was like what the hell is wrong with you? You could probably imagine how I’m actually wanna punch him in the face and why in the hell I’m writing this in English??Screw that.Entahlah sebab dia treat macam aku ni berpenyakit.Actually aku ok if dia nak treat aku like the old days cuma recently it is very different.Aku pula rasa takut sebab aku tak nak dia buat something yang buat aku nampak lain aku just nak dia layan aku sama macam orang lain.Tak nak nampak berbeza.Adakah dia fall for me?Crap! I need to straighten him back!! Dan kenapa aku mengada-ngada nak berbahasa orang putih hari ni?

Haris pantas menutup diarinya.Dia perlu berterus terang apa yang terbuku dalam hati dia barulah dia boleh rasa tenang.Kalau tak dia rasa macm tak sedap je.Dia pun menarik nafas sedalam-dalamnya.Sempat juga dia berpusing-pusing dalam bilik.Kenapa?Ya lah,kita kalau boleh nak cari cara terbaik untuk tegur seseorang bila kita rasa tak comfortable dengan apa yang orang itu buat so that masing-masing tak terasa hati.

Dia pun keluar dari biliknya dan mengetuk pintu bilik Syafiq.Senyap.Tiada respons.Dia pun membuka pintu bilik Syafiq perlahan.Syafiq tengah study and pakai headphone.Syafiq yang masih tidak perasan akan kewujudan Haris dalam biliknya.Haris bergerak dan mencuit Syafiq.

Syafiq lantas berpusing dan tersenyum memandang Haris dan Syafiq tak pakai baju.Shit! Yeah,even kau tahan macam mana pun bila kau dah suka orang tu kadang-kadang mata kau meliar juga.Dia berdehem seketika dan Syafiq hanya tersengih-sengih.Syafiq pantas mencapai baju dikerusi dan memakainya.

Ok then.Kita orang dah ada ground rules di mana we are trying to make least possible phy contact with each other. So for example, pakai baju elok-elok (maksudnya pakai baju and at least short paras lutut).Tapi ada satu benda yang sampai sekarang Syafiq tak boleh tak nak iaitu berbaring di paha Haris.

“So..?”tanya Syafiq sambil memeluk tubuhnya.

“Afiq,aku nak kau layan aku sama macam orang lain..”akhirnya terluah juga.Baginya tak perlu kot berbahasa bagai semua.Itu melambatkan keadaan.

“Ya..aku rasa aku still lagi layan kau sama macam orang lain..tak ada special pun..”Afiq mengerutkan dahinya.

“Afiq,perlu ke aku ingatkan kau macam mana reaksi kau 2 hari lepas dan 3 hari lepas dan semalam bila diorang gurau-gurau pasal benda tu?”

“Ohh..aku just tak nak diaorang provoke benda-benda yang yes memang taboo tapi tak relate dengan diorang..”

“Aku faham Afiq tapi cara kau…”

“Haris aku nak kau faham itu cara aku nak protect kau dan aku ambil masa yang lama untuk pastikan yang aku boleh process benda-benda macam ni”

“Aku faham Afiq,cuma aku tak nak orang nampak macam kau…”

“Haris aku buat semua tu bukan sebab aku sokong benda tu ke apa in which aku just neutral opinion..aku cuma nak protect kau,penyakit kau..”

“Syafiq,berapa kali aku nak cakap dengan kau benda ni bukan penyakit! Kenapa kau asyik cakap benda ni penyakit..?Ini perasaan!Orientation!!Boleh tak kau berhenti cakap benda tu penyakit?”Haris tanpa sedar menengking Syafiq buat pertama kalinya.Syafiq pula sudah berubah riak wajahnya.

“Ok fine..kalau kau nak macam tu.So ada apa-apa lagi?aku nak sambung study ni”Syafiq sudah bergerak ke mejanya.

“Syafiq…Afiq…”Haris pula serba salah kerana menengking Syafiq tadi.Ya ni bukan perangai dia,dia bukan jenis yang macam tu.Sejak bila dia jadi pemarah.Untuk sekian kalinya dia menyesal dengan apa yang dia buat.

“Kalau tak ada apa-apa lagu…tutup pintu balik..”kata Syafiq masih tidak memandangnya.

****************
Haris pula berulang alik dalam biliknya seketika.Maghrib dah masuk,manakala aras rumahnya pula senyap bermaksud tiada orang di blok.Perlahan dia keluar bilik,dia terperasan pintu bilik sedikit terbuka.Cahaya malap kelihatan menerangi bilik itu.

Dia tergerak hati untuk mendekati bilik itu.Perlahan derapan langkahnya sehingga tidak berbunyi langsung.Syafiq sedang bersujud.Dia berdiri seketika di pintu dan terdengar Syafiq memberi salam dan sedang membaca doa.Pada mulanya dia tidak begitu memberi perhatian sehingga dia mendengar namanya dalam titipan doa Syafiq.Bait doa itu yang begitu meruntun hatinya..

“..berikanlah aku kekuatan dan kesabaran untuk membantu kerana aku menyayangi Haris. Ampunilah dosa dia sebagai kawanku.Berikanlah petunjuk kepadaku pada perasaan yang wujud dalam hatiku ini.Berilah rahmat dan hidayah kepada kami berdua dan permudahkan urusanku”

Hampir menitis air mata Haris.Kita tak pernah tak sangka rupanya ada orang yang mendoakan kebahagian,kesejahteraan kita dalam diam.Ya Allah ujian apakah ini?Kalau macam ni,macam mana dia nak cuba lupakan Syafiq ketika kasih yang ada makin bercambah?

Haris menolak pintu itu perlahan.Syafiq yang sudah membaca doa terpana melihat Haris di hadapan pintu.Matanya merah.

“Afi..Afiq boleh tak aku nak peluk kau?”tersedu-sedu bahu Haris.

“Boleh..kau kenapa?”Syafiq pelik melihat Haris.Haris merapati dan memeluk Syafiq perlahan.Syafiq perlahan-lahan menggosok kepala Haris.

“Ken..kenapa kau buat aku macam ini..?Kau buat aku makin sayangkan kau…kenapa Afiq…kau tak adil..”teresak-esak Haris menangis.Seriously sangat sedih bila kau cuba nak lupakan orang itu tapi at then end orang tu buat kau makin sayang dia.

“Shuhhh…”Syafiq mengusap lembut kepala Haris.

“Aku minta maaf kalau aku buat kau tak selesa baru-baru ni,entahlah aku rasa sakit hati bila diaorang provoke-provoke benda-benda macam itu..”Syafiq menyambung lagi.

"Aku tak pernah mengharapkan apa-apa,jujur aku cakap..aku tak nak kau jadi macam aku..."

“Sejak aku tahu kau ada perasaan pada aku,aku selalu tengok perangai kau,aku ambil masa untuk pastikan apa yang sebenarnya perasaan kau itu.Jujur aku cakap yang aku tipu kalau aku tak jatuh hati dengan kebaikan kau.Aku seolah-olah suka dekat kau tapi aku tak bernafsu pada kau.Bila kau sendiri mengaku yang kau sukakan aku,aku seolah-olah jatuh hati pada kau.Sepanjang berbulan-bulan aku cuba menidakkan benda itu.Puas aku fikir,puas aku cuba hilangkan tapi hati aku tetap nampak kau.Aku nak lindungi kau,aku nak tanya kau Ris salah ke perasaan sayang tu?Aku tanya kau salah ke?Jadi bagi aku peluang untuk bantu kau,bantu aku juga untuk keluar dari kekeliruan ini.Boleh kau tolong aku?”sebak Syafiq berkata sambil merapatkan pelukkannya.

Haris terdiam.Dia mendongak wajahnya.Mata Syafiq juga sudah merah.Haris mengangguk perlahan.Perlahan Syafiq mencium dahi Haris.Kadang-kadang cinta tidak perlu di balas dengan cinta.Kadang-kadang persahabatan yang betul-betul ikhlas itulah yang menjadi nilaian dalam sesuatu hubungan.Cuba menerima kebaikan dan keburukan sahabat baik kita itulah yang menjadi kunci utama.

“Dah cukup…tak nak makan?Kau ingat berdiri lama-lama boleh kenyang?”Syafiq mengetuk kepala Haris.

“Sakitlah sengal…”Haris menggosok kepalanya.

“Manja sangat…ingat kau budak-budak  ke?Kau ingat cute sangatlah?”Syafiq mengejek.

“Kau…Syafiq memang…”Haris menjengilkan matanya.Syafiq hanya terbahak-bahak ketawa melihat reaksi Haris.

6 January

Kadang-kadang aku terfikir apa hikmah dan kebaikan yang Allah sembunyikan bila dia jadikan aku macam ni?Honestly, aku cakap yang perasaan ni wujud sendiri,makin aku deny benda tu makin dia nak keluar,makin dia nak muncul.Bila kita cuba untuk embrace benda tu barulah lama-lama dia akan terkawal.Alhamdulillah,sejak berlaku semua ni aku tahu mungkin ada kebaikan dan aku tahu mungkin akan tiba ujian yang lagi berat lepas ni.Benda yang paling penting aku belajar adalah,mencintai tak semestinya memiliki.Even benda tu nampak macam pedih,sedih tapi bila kita cuba untuk terima kenyataan dan tengok orang yang kita sayang tu bahagia itupun dah cukup sebenarnya.Now aku tahu menilai cinta itu apa.Cinta tidak semestinya berlandaskan nafsu.Cinta itu bukan nafsu semata-mata.Cinta itu datang dari hati,dia adalah perasaan kita.Kita tak boleh menipu hati walaupun kita kerap menipu diri sendiri.Syafiq membuka peluang untuk aku tengok cinta itu dari sudut lain.Aku sangat bersyukur sebab dapat kawan macam Syafiq yang wujud mungkin 1 dalam 10000?Kita pun realize tak semua kawan boleh terima benda macam ni even Syafiq pun makan masa yang lama untuk digest benda ni.Aku doakan semoga persahabatan aku dengan dia kekal sampai bila-bila.


TAMAT