Wednesday, 14 January 2015

Akhirnya...

Story 4

Izzat mengerling ke arah jam yang berada di atas meja.Lagi setengah jam sebelum masuk makan tengahari.Dia mengeluh perlahan.Dia memegang dahinya sambil tersenyum.Sanggup Aizan menghantuk kepala mereka semata-semata menyangka mereka akan….

Dia ketawa kecil.Izan,Izan tak pernah berubah.Tapi jantungnya juga berdegup laju sewaktu itu.Dia tidak tahu mana datangnya degupan itu.Perasaannya menjadi galau.Dia tidak pernah berperasaan sebegitu sepanjang bersama-sama dengan Aizan dulu.

Cuma yang menjadi gangguan pada fikirannya adalah,Aizan seperti lain.Lain personality.Lain fizikalnya.Wajah Aizan nampak sangat berbeza.Sungguh berbeza.Kalau di banding dengan zaman ketika mereka belajar memang ketara perbezaannya.

Izzat mendekati Aizan yang membelakanginya.Mungkin Aizan belum perasan kehadirannya.Dia mendengar esak tangis yang cuba ditahan itu.Dia meletakkan tangannya di bahu Aizan.Aizan memusingkan kepalanya.Dia terkedu melihat Izzat dibelakangnya.Dia mengesat air matanya pantas.

“Yups…?ada apa-apa yang aku boleh tolong kau?”tanya Aizan dengan suaranya yang serak.Matanya masih merah.

“Kau ok?”Izzat memandang Aizan dengan penuh simpati.

“Ok..aku ok…”Aizan berkata sambil mengangguk.

“Izan..jangan macam ni…kau ok tak”pujuk Izzat.Aizan merenung mata Izzat.Merah matanya menahan tangis yang bakal terhambur keluar.

“Aku..aku..?”tanya Aizan cuba menahan sebak di dada.Dia mengesat matanya dengan sweater itu.Bagai ingin pecah dadanya apabila bala baru menimpa lagi.Kenapa mesti melibatkan orang yang dia sayang?

“Bo...boleh tak..kau..kau peluk aku??”pinta Aizan perlahan.Izzat mengangguk perlahan sambil menarik Aizan ke dalam pelukannya.Aizan menyembamkan mukanya ke dada Izzat perlahan.Izzat teragak-agak untuk meletakkan tangannya di kepala Aizan.

“Kenapa dia buat aku macam itu Izzat?”tanya Aizan perlahan bersama air mata yang menitis perlahan.Izzat perlahan-perlahan mengusap kepala Aizan.Sungguh dia tidak mengerti dan faham apa yang terjadi tapi dia pasti itu amat melukakan hati Aizan.

“Shuhhh,esok-esok kita cakap”..pujuk Izzat lembut.Dia merapatkan pelukannya pada Aizan.

Izzat terjaga dari lamunan apabila terdengar mesej masuk dari handphone.Dia membaca seimbas lalu dan bangun untuk keluar makan tengahari.Sempat dia mengerling ke arah screen lock yang berlatar belakang gambar Aizan.

******************
Hari minggu.Kebiasaanya hari ini kebanyakkan orang akan memilih untuk berehat ataupun meluangkan masa bersama keluarga.Dan juga tidak kurang yang meluangkan masa untuk bersiar-siar ke pusat Bandar untuk meringankan bebanan kerja di minda.Dia mengeluh panjang apabila mendengar perkataan ibu.

“Mak,izan rindukan mak sangat….”perlahan dia berbisik.Lembut suara dia menutur ayat itu.Dia mengeluarkan telefonnya dan membelek gambar ibunya.Dia memejam matanya rapat.Semuanya salah dia.Dia yang bersalah.Dia menoleh ke arah handphonenya apabila terdapat 1 message masuk.

“Ehh..siapa ni??”tanya dia sambil mengerutkan keningnya.

“Hai..tak nak makan ke?”..

Kenal pun tidak nak ajak aku makan pula.Dia cuba berfikir jika memori dia menyimpan nombor itu.Oh,lupakan dia memang bebalkan sikit bab-bab nombor orang ni.Dia cuba meneliti lagi.Siapa ni?Siapa ni?

‘Telefon lah,mangkuk’.Dia menepuk dahinya kuat.Adui,lembab pula otak dia berfungsi hari ni.Tapi kot-kot dia nak santau aku guna telefon nanti macam mana?Dia mengetap bibir.YES!!!kan ada wassap,tengok la profile pic.

Pantas dia membuka wassap untuk melihat siapa insan tersebut.Dia menekan gambar itu.Hampir terbeliak mata dia tengok muka itu.

“Izzat????”

Apa lagi makhluk ni nak.Apa lagi.Dia melihat lagi gambar itu dan menekan button save.Mulutnya ternganga.Omg,apa yang aku buat ni??Otaknya bertingkah.Ala,gambar je pun bukannya apa sangat!Hatinya bersetuju.

Dia mempunyai alasan yang tertentu mengapa dia ingin menjauhi Izzat.

*******************
Aizan perlahan-lahan berhenti selepas berjogging di kawasan taman itu.Dia menarik nafas perlahan-lahan untuk menghilangkan lelah.Dia memejamkan mata sambil menikmati angin petang yang menyejukkan badannya.

Baru sahaja dia ingin berjalan semula,matanya menangkap kelibat Izzat yang sedang jogging.Wow,grey sleeveless with black tracksuit.Izzat pula perlahan-lahan menghentikan lariannya.Aizan pula sudah mula ingin berpatah semula.Shit.Shit

“Aizan…aizan..”panggil Izzat kuat.Aizan memejamkan matanya perlahan sebelum teragak-agak untuk berpusing.

Aizan tersenyum palsu sambil melambaikan tangan kononnya gembira.Izzat berhenti perlahan-lahan.Aizan sempat menelek wajah Izzat yang berpeluh itu.Peluh itu juga mengalir perlahan ke lengan Izzat yang terdedah itu.Damn,damn Aizan.Mata bukan main seronok tengok.

“Buat apa kat sini?”tanya Izzat perlahan sambil tersenyum.Aizan merenung tidak percaya mendengar soalan baginya tidak masuk akal.

“Makan…tak nampak?”perli Aizan sambil berjalan meninggalkan Izzat.Izzat tergelak besar mendengar jawapan Aizan.Ya lah,dah dia tanya soalan yang memang minta kasut.

“Tunggulah Aizan,kau ni kenapa jalan laju sangat..”tanya Izzat tanpa henti walaupun Aizan jelas menunjukkan tidak mahu bercakap.

“Kau datang dengan siapa..nanti..bla..bla..”Izzat tanpa henti bercakap sambil menyaingi Aizan.

“Izzat kau boleh diam tak?Bising tahu tak?dan jangan ikut aku…!”marah Aizan sambil menjengilkan matanya pada Izzat.Izzat terdiam seketika sebelum kembali tersenyum.Aizan meneruskan langkahnya tanpa memandang ke hadapan tidak sedar ada batu besar di hadapannya.

Izzat yang perasan akan batu baru ingin menjerit nama Aizan.Aizan yang tidak bersedia itu tersadung dan tersembam jatuh.Lutut Aizan dan kakinya mula berasa perit.

“Arghh,damn…”hamun Aizan.Izzat bergegas mendapatkan Aizan.Izzat cuba memegang lengan Aizan,namun di tepis kuat oleh Aizan.Izzat mengeluh panjang.

“Aizan,kaki kau luka lah…dah berdarah tu…”lembut Izzat berkata.Dia menghulurkan tangannya.Ok,Aizan jangan mengada-ngada..kau dah la tengah luka ni.Dia menyambut tangan itu.Izzat pantas memaut pinggangnya.Jantung Aizan berdegup kencang.Tiba-tiba dia berasa selesa dilayan seperti itu oleh Izzat.

“Kau boleh berjalan tak?”tanya Izzat.Aizan mengangguk.Dia menarik tangannya dari genggaman Izzat.Kakinya terhencut-hencut ketika berjalan.Izzat memandang lama.Entah kenapa dia berasa seperti tidak sanggup melihat Aizan dalam kesakitan.Dia nampak hidung Aizan sudah merah kerana menahan sakit.

“Dah cepat naik belakang aku…aku dukung kau…”

“Aishh,tak payah lah..malu lah…”

“Baik kau naik sebelum aku dukung kau cara lain..”Izzat menggugut.Aizan menarik muka.Izzat merendahkan badannya.Aizan perlahan-lahan naik.Muka Aizan rapat ke pipi Izzat.Sempat dia mencuri-curi tengok hidung Izzat,bibir Izzat.

“Jujur aku cakap,aku rindu nak bercakap dengan kau.Bergelak tawa dengan kau..aku rindu sangat…”perlahan Izzat berkata.Aizan hanya mendiamkan diri.

“Aku pun…”perlahan Aizan membalas.Aizan merapatkan pelukannya pada badan Izzat.Jujur dia berasa selamat.

“Ingat tak time kita orientasi dulu,aku dukung kau macam ni lepas kau jatuh dalam longkang?”kata Izzat sambil tergelak kecil.

“Tolong sikit eh,pembetulan tu semua salah kau yang main kejar-kejar macam budak-budak tadika…”Aizan menarik muka tidak puas hati.Izzat masih ketawa.Tidak tahulah mengapa perjalanan terasa seperti lama seolah-olah masa terhenti seketika.

“Kenapa kita jadi macam ni?Kau seolah-olah nak buang apa yang berlaku dalam hidup kau dulu..”lembut Izzat menuturkan kata-kata.Matanya masih memandang ke hadapan.

Aku minta maaf Izzat,aku ada sebab tertentu.Aku bukan sengaja.Kalau aku cerita belum tentu kau akan faham.Kau tak akan faham. Sebak datang menerjah ruang hatinya.Kalaulah boleh diundurkan masa memang sudah lama dia ingin lakukan.Namun mereka manusia,kebolehan mereka sungguh terbatas.

Kadang-kadang dia terfikir adakah berbaloi berkorban demi cinta?Adakah kita sebagai manusia akan sentiasa kalah dengan cinta?

******************
Fakhrul merenung lama number yang terpapar di screen handphonenya.Patutkah dia call?Dia menhembuskan nafasnya perlahan.Mungkin tidak patut,sebab nampak macam dia terdesak sangat.Dia masih membuka file peribadi Aizan.Dia membelek setiap pose yang Aizan lakukan untuk iklan terbarunya.

Semuanya tampak sempurna sehingga dia berasa seperti Aizan bagaikan merenungnya tatkala itu.Namun yang lebih aneh,perlukah sampai membawa file peribadi Aizan sampai ke rumahnya?Ada lagi satu perkara yang membuatkan dia tertanya,dia berasa seperti pernah melihat Aizan.Tapi memorinya bagaikan terpadam.

“Aizan..aizan..kau memang ajaib..”katanya sambil tersenyum.Aizan seolah-olah ingin menggodanya namun apabila didekati dia terbang jauh.Jujur dia mengatakan bahawa dia memang tergoda dan tidak malu untuk dia katakan mungkin dia sudah jatuh cinta.

Tiba-tiba dia tergelak kuat.Tidak sangka lelaki sepertinya pandai menyebut perkataan itu.Baginya perkataan cinta itu hanya mainan.Tekadnya satu,dia akan pastikan Aizan menjadi miliknya.Bukan dia tidak nampak beberapa mata model lelaki lain mencuri pandang ke arah Aizan dengan pandangan yang penuh bernafsu.

Dia mengambilkan telefonnya dan berfikir sejenak sebelum menekan nombor Aizan.

*******************************
Pn Khadijah menyapu halaman rumahnya berselerak dengan dedaun kering yang gugur dari pokok.Dia mengeluh perlahan.Dia hanya keseorangan di rumahnya ketika itu.Selepas penat menyapu dia berhenti dan berehat seketika di pangkin rumahnya.

Wajahnya yang sudah dimamah usia itu masih kelihatan manis.Dia mengambil surat khabar yang masih belum terusik dari pagi tadi.Dia membuka helaian satu persatu sehingga matanya terhenti lama pada satu muka surat.

Perlahan-lahan dia mengusap lembut wajah itu.Wajah yang sangat dirindui.Tidak sangka wajah itu yang sanggup menikamnya dari belakang.Hampir berjuraian air matanya.

“Maaf mak cik,rumah ini dah di jual oleh anak mak cik…sekarang dah ada pemilik baru”

“Tak mungkin encik,cuba encik cek balik…”

“Ya mak cik saya pasti sebab memang dah tertera dekat sini rumah itu memang sudah di jual..”dia berasa serba salah untuk memberitahu wanita berumur itu.

“Ya Allah,kenapa..dia buat mak cik macam ni…mana mak cik nak tinggal”teresak-esak Pn Khadijah menangis.

“Mak…kenapa termenung seorang-orang ni?”tanya budak perempuan yang berumur 16 tahun itu.Pelik melihat ibunya mengelamun sambil mengesat matanya menggunakan lengan baju kurung kedahnya itu.

“Ermm tak ada apa-apa..jomlah masuk dah petang ni…”ajak Pn khadijah.


Bersambung……

p/s:Maaf Lambat sangat post.Btw enjoy and harap masih sudi baca my blog :)

Friday, 26 December 2014

Unknown??Unidentified??

Selamat Malam.Dah hampir sebulan tak update apa-apa.Kesibukkan yang melampau.I dont why aku rasa aku nak cakap pasal benda ni.

Honestly having kawan-kawan dekat alam maya yang mana kita actually tak kenal mana pun at some point membuatkan aku rasa happy.Terutama kawan-kawan dari bloggers yang mana kita actually tak pernah bersua muka or pernah tapi kita tak tahu pun.
At first,aku sebenarnya takut untuk berkawan dengan orang yang dari alam maya bagai ni sebab aku ada satu fobia yang mana aku rasa orang-orang sekeliling aku akan buat benda jahat dekat aku (damn pemikiran) even orang tu dalam alam maya.

Bila aku ada blog ni,and ada beberapa bloggers yang selalu menceriakan aku dengan post mereka or diorang akan chat dengan aku di google+.At some point,aku rasa bersyukur bila boleh share pendapat or even bercerita tentang apa yang kita sebenarnya tak boleh nak bercerita dekat kawan-kawan sebenar.Aku suka bila ada orang yang meluahkan pendapat,bagi opinion and tak kurang jugak yang mengutuk(cyber bully detected).Pada aku it's ok.

Even ada sesetengah orang cakap yang berkawan dengan orang kat social media ni tak ada life lah,apalah screw them anyway.Benda itu betul tapi bergantung kepada keadaan dan situasi semasa.Cuma benda-benda yang aku nak cuba elakkan adalah chat yang melampau pasal sex lah semua,itu ini kau position apa.Kau T ke B?I was like..what...sebab aku ada notice memang ada orang itu sikit-sikit nak cakap pasal sex,sex and sex sahaja.Kalau yang gurau biasa-biasa ok la kot.Ni alahai...

Btw aku just cuma nak cakap please pray for pantai timur and malaysia.Semoga penduduk di sana sentiasa dalam sejahtera :)

p/s:Akhirnya Story 4 dah buat and dah siap tinggal nak revised sahaja lagi.

Wednesday, 19 November 2014

Akhirnya....

Story 3


Pintu bilik Fakhrul di ketuk perlahan dan terkuak dari luar.Setiausahanya masuk dan menyerahkan file yang mengandungi calon-calon yang sesuai untuk model terbaru syarikatnya.Dia meneliti setiap foto yang terkandung wajah-wajah model baru yang bakal menaikkan nama syarikatnya.

Matanya tertangkap satu wajah yang begitu mengusik hatinya.Ada 4 posisi semuanya.Renungan matanya redup.Lesung pipit yang terserlah menambah lagi kemanisan senyumannya.Kulitnya juga boleh tahan putih.Dia membaca bio lelaki itu perlahan.Matanya terpaku lama.

Dia menekan butang intercom dan memanggil setiausahanya masuk.

“Ya,En Fakhrul..?”

“Elly,arrange appointment with this model if possible at noon and prepare contract as well as anything regarding dengan commercial yang kita nak launch..”beritahu Fakhrul pantas dan Elly pula laju menaip di ipadnya.

“Ok,anything else En Fakhrul?”

“That would be enough for today and 1 more thing,if Affy call please cakap saya ada meeting ke apa..can you do that?”Fakhrul merenung Elly.Elly mengangguk pantas dan hanya tersenyum pantas.Faham dengan perangai bosnya yang bedal semua sekali.Baik lelaki or perempuan.Muak juga dengan perangai yang macam itu sebab kerap juga dia di maki oleh “kekasih” dan kekasih bosnya.

Fakhrul tersenyum lama.Nampak gayanya dia bakal dapat “permainan” baru.Yang lagi hot,mantap dan yang pasti memang hampir sempurna.Let see Fakhrul,siapa yang akan jadi toy nanti.Hidup tak sentiasa berada di atas.

****************
Aizan pantas masuk ke syarikat itu pantas.Dia memakai kaca mata hari ni.Pakaiannya simple dan masih menyerlahkan kesegakkannya.Langkahnya penuh dengan cermat dan angkuh sekali.Apa yang dia belajar dalam dunia ini,keangkuhan dan kemegahan itu perlu.Entah apa nak jadi dengan manusia sekarang angkuh-angkuh ni nak bawa ke mana?

Elly yang sudah lama menunggu kedatangan Aizan pantas menyambutnya dengan senyuman namun layanan Elly di balas dengan senyuman sinis oleh Aizan.Elly menggerutu dalam diam.Berlagak!Kutuk Elly.

“Sekejap ya,En Aizan…”

“En Fakhrul,En Aizan dah sampai…”

“Ok,panggil dia masuk…”

Elly menunjukkan pintu Fakhrul pada Aizan.Baru sahaja selangkah Aizan menapak dia berpusing memandang Elly.

“Err excuse me..coffee please, strictly latte..”kata Aizan dan melangkah masuk tanpa menunggu balasan Elly.Elly hanya mampu ternganga tidak percaya dengan arahan tadi.Apa punya attitude macam itu?

Aizan melangkah masuk perlahan.Akhirnya,Fakhrul Danial.Aizan tersenyum mesra sehingga menampakkan lesung pipitnya.Fakhrul terpana melihat senyuman itu.Aizan sudah tergelak dalam hati melihat Fakhrul gabra.Well,janganlah terkejut sangat.Ini Aizanlah.Aku bukan Aizan yang dululah.

“Hmm..hmm…jemput duduk En Aizan…”Fakhrul berdehem banyak kali sebelum memberi arahan untuk Aizan duduk.Tidak tahu kenapa Aizan mempunyai daya tarikan yang menarik.

“Tq.Panggil Izan ja…”kata Aizan sambil melabuhkan punggungnya perlahan.Dia menanggalkan kaca matanya dan merenung tajam wajah Fakhrul.Kali ini cuba bermain mata pula.Saja menimbulkan suasana yang tegang antara mereka.

Fakhrul berdehem lagi.Entah kenapa hatinya berdegup kencang.Sebelum ini tidak pernah dia berasa sebegini rupa.Renungan Aizan bagaikan menelanjangi dirinya.Mata yang berwarna coklat cair itu masih galak memandangnya.Pandangannya juga redup.

“Ermm..baiklah Izan,saya dah go through your profile including your study and I just wanna ask a few question just to clarify certain things..it state here yang you study dekat University XXXX..kenapa you tak kerja guna your degree?By all means why you were study like 3-4 years and just that? ”

“Actually,saya dah lama nak terjun dalam dunia modeling,so degree itu macam hadiah untuk my parents..and actually I already working after right my graduation and to be honest that is not my passion”

“And you actually already a model,and I already saw a few of your work,why do you still need this job?”

“Sebab saya dah lama nak stop untuk jadi model runway,and try another working experience which is still under the same field..”

“By the way dulu saya pun belajar di university yang sama dengan awak..”beritahu Fakhrul.Aizan hanya tersenyum..arghh,sejak bila Fakhrul ni jadi membosankan?Dia merungut-rungut dalam hati.
Fakhrul sekali lagi terpana.Damn he’s hot.Hatinya berkata.Dalam mindanya sudah terbentang luas rencana-rencana untuk menakhluk lelaki di hadapannya.

“Hmm,baiklah kalau tak ada apa-apa lagi,boleh kita proceed dengan sign up contract?”tanya Fakhrul.Aizan mengangguk lagi sambil mencari-cari mata Fakhrul.Fakhrul bangun dan bergerak ke arah cabinet biliknya dan mengeluarkan file.

Dia membelek seketika dan menyerahkan pada Aizan.Aizan menyambut dan mengambil kesempatan untuk memegang tangan Fakhrul dan mengusapnya perlahan.Fakhrul pula tersentak dengan sentuhan itu.Aizan hanya tersenyum sahaja melihat gelagat Fakhrul.Fakhrul,fakhrul sejak bila kau jadi macam ni?dia tergelak dalam hati.

Aizan membaca contract itu pantas dan meneliti setiap butiran di situ.A little tip,for those yang sebelum sign contract read ALL sentence even a single word,apa benefit yang dia janjikan and apa peraturan yang boleh membatalkan kontrak.Itu penting walaupun orang cakap dia skema baginya apabila melibatkan jumlah,harta,perniagaan ketelitian dalam membaca dan membuat contract is crucial. If necessary, ask them question repeatedly. 

Setelah meneliti dan bertanya soalan,akhirnya Aizan menurunkan tandatangannya dan menyerahkan kembali pada Fakhrul.

“Ok,En Aizan that would be all for today..”beritahu Fakhrul.

“Baiklah En Fakhrul,Izan sahaja encik,I’m officially your model”kata Aizan sambil tersenyum lagi.Aizan bangun dan meletakkan tangannya di atas meja sambil membongkokkan dirinya sedikit .Wajahnya rapat dengan wajah Fakhrul.

“And if you ada soalan…”belum sempat Fakhrul menghabiskan ayatnya Aizan sudah merapatkan wajahnya.

“If,saya ada soalan atau kekeliruan saya akan tanya En Fakhrul personally....”lembut Aizan berkata sambil menggerakkan jarinya ke muka Fakhrul.Fakhrul sudah tidak tentu arah dan jantungnya mula berdegup kencang.Muka Aizan juga merapati muka Fakhrul.Hidungnya hampir berlaga dengan hidung Fakhrul.Tangannya mendarat lembut di muka Fakhrul.

“Ada nasi kat tepi bibir En,dari tadi saya nak buang.Maafkan saya”kata Aizan seraya membuang nasi itu dan menunduk sikit sebelum keluar dari bilik.Dia berpusing sambil tersenyum sinis.Seronok kerana berjaya mempermainkan Fakhrul.Fakhrul,fakhrul itu baru sikit.Baru nak mula.Sejak bila kau lemah ni?

********************
Seminggu yang lepas

“Kau dah la lambat Izan,eee stress aku tahu tak?”Syafika sudah mula membebel.Syafika dah macam nak mati ke diri,dengan nak hantar pesanan lagi,ambil pesanan lagi.Pekerjanya boleh pula sampai 4 orang cuti serentak.Macam nak gila dia dari pagi tadi.

“Ala..Fika sorry lah,aku ada hal tadi..”kata Aizan sambil memujuk Syafika yang sudah mula menunjukkan tanda-tanda ingin mengamuk.Syafika masih diam.Dia bukan marah sangat dengan Aizan,dia marahkan pekerjanya.Namun Aizan lah yang terkena tempiasnya.

Aizan mengeluarkan moist chocolate cake dari beg kertas yang di bawa tadi.

“Fika aku ada cake yang sedap ni,semalam aku buat..kau tak nak ke?”Aizan bertanya sambil mengoyangkan cake di hadapan Syafika.Masih diam.

“Ok,tak nak tak apa.Sedappppnya..kek ni…”kata Aizan lagi.Syafika berpusing dan merampas kek di tangan Aizan.

“Buruk siku.Bak sini…sebagai denda kau kena hantar delivery ni”kata Syafika memasukkan makanan-makanan yang siap di bungkus itu ke dalam beg kertas.Aizan mengangguk dan membiarkan Syafika menikmati kek itu.

Aizan menghidupkan enjin sqooter ego berwarna putih itu.Walla.Ini Aizan lah.Haha.Lagi satu kebetulan delivery makanan itu dalam kawasan taman sahaja.So jangan nak berat tulang dengan naik kereta ja.

Aizan meneliti jam di tangannya,masih awal lagi dan membaca seimbas lalu alamat itu tanpa meneliti nama yang tertera.Baginya cukuplah panggil encik ataupun puan,itu pun dah cukup baik dari dia panggil hoi.

Sampai sahaja dia menekan punat loceng perlahan.Rasanya tak perlu nak tekan loceng sampai sepuluh kali.Sekali dua tu memadai lah.Tidak lama selepas itu tuan rumah itu membuka pintu perlahan dan mulutnya ternganga luas.

Matany terbeliak luas dan membaca balik nama yang tertera.

“Izzat Syafiq”.Damn.Damn.Macam mana aku boleh tak perasan.Rasanya macam bangang pula.Izzat hanya tersenyum manis melihat wajah Aizan di hadapannya.Aizan sempat meneliti Izzat yang memakai baju tanpa lengan dan sweatpants berwarna kelabu.

“Ehemm..ehmm…makanan Encik dah sampai…”kata Aizan sambil memaksa wajahnya untuk senyum.Izzat bagaikan ingin tergelak melihat wajah Aizan yang berpura-pura senyum.Izzat masuk ke dalam rumahnya tidak mempedulikan Aizan yang masih berdiri tegak di pintu rumahnya.

Idea nakal datang laju dalam minda Izzat untuk mengenakan Aizan.Dia bersandar di meja makannya.

“Apa kata awak masuk dulu ambil duit dari saya dalam rumah,tak manis tau bagi duit depan muka pintu”

“Err…encik saya nak cepat…maafkan lah saya..”Aizan masih mengekalkan senyuman palsunya.Kalau tak fikir ni regular customer Fika da lama aku baling kasut ni.

“Ermmm…nanti saya fikir..”Izzat meletakkan jarinya di mulut dan berpura-pura untuk berfikir sejenak.Mukanya berkerut seolah-olah memikirkan benda yang rumit.Kacaknya,Aizan sempat memuji.Damn.damn..kenapa aku puji dia pulak.Aizan,aizan bangun  jangan tidur….

“Tak nak…awak kena masuk juga…”kata Izzat sambil meletakkan duit di celah seluarnya.Aizan bagaikan tidak percaya mendengar jawapan dari mulut Izzat.Rasa macam nak tempeleng je si Aizat ni.

Aizan berpusing sebentar untuk mengumpulkan ‘sisa” tenaga.Ok,izan..tak apa masuk je kan lepas tu kau rampas duit dia and kau chow lah,as simple as that..yes!!Aizan masuk perlahan dan meletakkan makanan itu di atas meja.

Izzat menghulurkan duit pada Aizan.Baru sahaja tangan Aizan ingin mengambil,Izzat kembali menyorokkan duit ke belakangnya sambil menjelirkan lidah pada Aizan.Aizan hampir tersembam ke lantai.Dia merenung tajam ke wajah Izzat.Ok,nak main-mainkan..ok kita tengok siapa yang kalah nanti.

“Izzat baik kau bagi duit sekarang….”dia masih cuba merampas dari Izzat.Izzat menghalakan duit itu ke atas.Aizan terkapai-kapai untuk mencapai.Izzat yang masih galak mempermainkan Aizan sempat menoleh wajah Aizan yang bersemangat untuk merampas duit.Dia baru terperasan yang Aizan memegang tangan dia.Wajah Aizan hampir dengan wajahnya.Pandangan mata Aizan yang sentiasa redup membuatkan dia tidak terdiam tanpa kata.

Aizan mula memijak kaki Izzat.Izzat yang hilang keseimbangan akibat pijakan Aizan mula jatuh ke lantai.Aizan yang tidak sempat mengimbangkan badannya mula jatuh bersama.Muka Aizan tersembam dan bibirnya hampir menyentuh bibir Izzat malahan boleh kata tidak sampai satu inch.Jantung Izzat mula berdegup kencang.Tidak pernah dia berasa sebegini rupa apabila bersama Aizan dahulu.Entah kenapa dia berperasaan begini?

Bibir mereka hampir bertaut.Hampir lagi.Makin hampir.


Bersambung….

Sunday, 16 November 2014

What I can't stand for??

Ok finally,after a long hectic weekend I got a chance to say something.Aku baru on blog this past few days.So very exciting seeing so many new post or even sharing(apa aku merapu ni??).Aku sebenarnya dah lama nak cakap pasal benda ni but i hold it first.

So basically most of us ada kwn baik tak kesah lah dia gay ke tak gay kawan anda tu.I do have a bestfriend yang I shared everything (not my sexual preference due to some paranoia issue).You do realize bila kau berkawan or having relationship dengan seseorang yg actually you DO NOT OWN them??

By all means I don’t really prefer org yang hold kwn dia or even partner dia tu dari berkawan dengan orang lain.Dia seakan-akan tak nak bagi pasangan dia tu kawan dengan orang lain.I mean what the hell???Are you insane??Kau bukan miliki dia pun.Lepas itu nak mengamuk-ngamuk tak tentu hala.Kalau sayang pun janganlah sampai control macam itu sekali.Please.

Lagi satu,aku paling menyirap atau panas hati dengan orang yang tak reti-reti nak berdikari.MAKSUD yang dia faham tentang berdikari adalah duduk jauh dari parents and kena jaga diri. It’s wider than that asshole. Aku paling tak boleh nak stand yang orang for example kalau kawan dia tak nak makan dia pun tak nak makan or even nak pergi kedai runcit yang belakang rumah pun nak kena ajak kawan,seriously?

You should definitely give some space untuk dia sendiri jangan pernah hold sampai macam tu sekali.Please,jangan buat macam itu lagi.Grown up your attitude.

I’m very sorry for lavish everything in this blog as this is my only medium that I can  be completely honest with myself.


p/s:Sorry terhold story 3 akhirnya,sedang buat final editing.Hopefully boleh publish esok.