Saturday, 16 August 2014

What our story teach us?

Selamat petang.I'm having this conversation with one of my friend.Dia tanya aku kenapa suka hidup sorang-sorang.Ayat dia yang membuatkan aku terpana adalah.

"Kau tak takut nak bercinta.You''re just afraid falling for the wrong person"

Dia cakap dalam hidup kita ni memang kita tak akan lari dari make a mistake.After all why are we even call ourself humans?The differences is apa yang kau belajar dari mistake kau tu?

The conversation goes somewhere bila dia cakap.

"Kenapa kau selalu push away orang?Kenapa tak nak bagi orang tolong kau?Why dont for once let people help you?Why did you always shut people out?"

Actually,kita ada history or story yang kita kadang-kadang tak boleh nak share dengan orang.At some point,memang kita keep it to our self tak boleh nak cerita.Aku bukan tak nak orang tolong aku,tapi aku fobia bila aku tolong sebab aku ada this kind of feeling yang dia orang tolong because they expect something more from me.They want something else. 

Apa yang aku ajar diri aku once kau crush/suka/fall in love/couple orang dengan orang tu be prepared.Jangan hold dia dalam hati kau terlampau lama atau terlalu dalam.When it's over that's that.Move on from them is part of the process learning through it is where your heart slowly accept it.Time will heals but make sure to make an effort utk kebahagian diri kau.

That is why aku selalu push away people,shut them out and do it by myself.


Tuesday, 12 August 2014

Pencuri Cinta

Story 17


5 tahun yang lalu

Syamil memasukkan bajunya perlahan-lahan.Dia mengambil apa yang patut dan hanya layak untuk dia simpan.Dia sudah berjanji untuk tidak menumpahkan air mata lagi.Dia mesti kuat.Perlukah dia lakukan semua ini?Ya,dia pasti.Dia harus selamatkan maruah keluarga dia.Biarlah dia yang mengundurkan diri.

Perlahan-lahan dia keluar dari bilik.Dia menuruni tangga dengan langkah yang longlai.Dia menatap gambar-gambar yang berada dalam rumahnya.Dia tersenyum dalam kepahitan.Dia mengambil satu foto mereka satu keluarga dan menggosok perlahan.

Anak tangga yang terakhir.Ibunya yang baru keluar dari dapur bagaikan tersentak melihat Syamil memandangnya lama.Dia perasan wajah ibunya berubah melihat beg di tangannya.

“Amil,amill..nak pergi mana ni?Bawak beg semua ni..amill..”tanya Pn Saleha yang sudah mula ingin menangis.Soalan pertama yang keluar dari mulut ibunya setelah gambarnya tersebar.

Syamil diam.Dia menatap wajah ibunya yang mungkin kali terakhir dia akan tengok.Syamil berjalan mendekati ibunya.En Syazwan yang baru masuk ke dalam rumah terkedu melihat apa yang berlaku.Dia juga terdiam.

Syamil bersalaman dengan ibunya.Dia mencium lama tangan itu.Ibunya sudah menangis teresak-esak melihat keadaan anaknya itu.Wajah En Syazwan berubah tegang.Dia pantas bergerak mendepani anaknya.Matanya menentang wajah itu.

Dia pantas menarik tangan anaknya itu dan menuju ke muka pintu.Kalau itu pilihan anaknya,siapa dia untuk menghalang?Pedih hati melihat anaknya tergamak berbuat begitu.Kini ingin keluar dari rumah pula?Ingin pergi ke mana?Mengikut lelaki dalam gambar itu.

Pn Saleha cuba mengejar apabila melihat suaminya menarik anak mereka dengan kasar.Farah yang juga baru keluar dari dapur menggorak langkah pantas untuk mendapatkan ibunya.

“Ya Allah…apa yang abang buat ni?”Pn Saleha sudah hampir terjelepuk jatuh.Farah mendapatkan ibunya yang hampir jatuh.Ya Allah,apa lagi ni?tanya Farah dalam hati.

Dengan kuat dia menolak Syamil keluar dari rumahnya dan tidak cukup dengan itu dia mencampakkan beg Syamil sehingga berterabur pakaiannya.

“Amil nak keluar sangatkan dari rumah ayah?Keluar sekarang…jangan balik lagi…keluar sekarangggggg ayah cakapppp”jerit En Syazwan kuat.Perasaan marah dia tidak tertahan lagi melihat kebisuan anaknya itu.

Syamil masih diam.Sejak akhir-akhir ni kebisuan menjadi temannya.Dia bagaikan hilang bicara.Dia mengutip satu persatu pakaian yang bertaburan itu.Hampir menitis air matanya tapi dia tahan kerana dia sudah berjanji untuk tidak menangis lagi.Dia sudah penat menangis.

Perasaan marahnya bagaikan meruap-ruap dalam hatinya.

“Kenapa Amil buat macam ni..kenapa Amil?Amil tak sayang ayah ke?”hampir pecah suara En Syazwan menahan sebak.

“Kenapa Amil nak keluar sangat???Sebab lelaki tu?Jawab Amilllll….jawabbbb”tanya En Syazwan sambil menggoncang bahu Syamil kuat.Syamil memandang wajah ayahnya.

“Pernah tak Ayah tanya Amil?Ayah tak pernah bagi Amil peluang untuk cerita,bagi peluang untuk Amil jelaskan..tapi apa yang ayah buat ayah pinggirkan Amil..ayah tak pedulikan Amil..ayah biarkan Amil sorang..mana ayah time Amil perlukan ayah?Mana ayah waktu Amil tak ada tempat nak bercerita..Amil hampir gila ayah..hampir..”teresak-esak jua Syamil menangis sejurus meluahkan apa yang terbuku dalam hatinya.

En Syazwan terdiam dan perlahan melepaskan bahu anaknya.Dia mengusap wajahnya perlahan.Dia juga buntu.Dia juga takut untuk menghadapi hakikat itu.Dia tak sanggup untuk tahu kebenaran.En Syazwan berpusing menghadap anaknya.Pilu dia melihat air mata hati itu.Air mata anak kesayangannya yang jatuh bagaikan duri yang menyerang di segenap ruang hatinya.

“Ayah nak tanya…pernah tak Amil buat apa-apa Amil fikir perasaan Ayah dan Ibu?Pernah tak Amil?Jawab Amil..jawab soalan ayah Amil”tanya En Syazwan sambil memandang tepat ke arah anaknya masih menangis di hadapan pagar rumah.

Syamil masih diam.Dia sendiri tidak mampu untuk menjawab pertanyaan ayahnya.Dia sudah tidak mampu untuk menjawab.Dia sudah penat.

“Ayah tanya buat kali terakhir…be..betu..tul ke Amil buat apa yang ayah nampak dalam gambar itu?”perlahan suara En Syazwan bertanya bersama air mata yang bergenang di pelupuk matanya.Syamil,tolong jawab tak paling tidak jawab tidak sengaja.Ay..ayah tak sanggup tengok Amil macam ni.

Syamil masih diam.Kebisuan Syamil dalam menjawab soalan itu bagaikan memberi jawapan yang tepat pada En Syazwan.

Kini dia pula yang tidak tahu bagaimana ingin menjawab,Syamil pula tidak tahu bagaimana ingin menjawab pertanyaan ayahnya.Kalau dia jelaskan pun,logik kah apa yang dia cuba sampaikan?Bolehkah ayahnya terima?Akhirnya,yang mampu dia buat hanya meminta maaf.

“Amil..minta maaf..ay..ayahhh..”teresak-esak Syamil menangis.Itu sahaja yang mampu dia buat.En Syazwan memandang lama dan merenung wajah anaknya lama.Lama seolah-olah dia tidak akan berjumpa dengan anaknya lagi.

“Syamil keluarlah dari rumah ayah kalau itu yang Amil nak.Buatlah apa yang Amil suka.Ayah tak akan halang lagi.Mungkin salah ayah sebab tak pandai didik anak.Ayah minta maaf kalau ayah gagal didik Amil.Ayah tak boleh nak maafkan Amil sebab hati ayah sakit sangat.Jika ditakdirkan yang ayah pergi dari dunia ni,tak payahlah Amil bersusah payah jenguk ayah sebab tatkala ayah masih bernafas Amil tak pernah fikir perasaan ayah apatah lagi bila ayah dah tak bernyawa nanti”kata En Syazwan sambil memandang lama ke muka anaknya itu.

Menitis juga air mata lelakinya apabila mengucapkan kata-kata itu kerana terlampau sakit hati dan sedih.Air mata yang jatuh disebabkan onar yang anak sendiri lakukan.Tapi perasaan marahnya lebih menguasainya kini.Kenapa?kenapa anak-anak selalu membuat perkara yang mengecewakan ibubapa?Kenapa anak-anak tak pernah faham perasaan orang tua sepertinya.

Pn.Saleha sudah terjelepuk jatuh di muka pintu kerana terlampau sedih.Farah pantas mendapatkan ibunya sambil memeluk erat tubuh itu yang sudah mula lemah.Matanya juga sudah bergenang memandang adiknya yang menangis teresak-esak.Adik-adiknya yang lain masih belum balik dari sekolah.

Syamil sudah menangis teresak-esak dihadapan pintu pagar rumahnya dan memungut bajunya perlahan-perlahan lalu memasukkan bajunya ke dalam begnya dan dia bagaikan tidak percaya mendengar apa yang di katakan oleh ayahnya.En Syazwan berpusing perlahan-lahan membelakangi Syamil dan menutup matanya perlahan.

Tapi bukankah ini pilihan dia?Dia sendiri yang ingin pergi.Tapi kenapa hatinya bagaikan retak beribu mendengar suara dan ayat ayahnya tadi.Melihat genangan air mata ayahnya juga sudah cukup menunjukkan betapa tinggi kekecewaan ayahnya pada dirinya.

 “Ayah,ayah”

“Ayah,amil minta maaf ayah.Amil..”

“Ayah,sampai hati ayah..ayah,ayah”

“Sampai hati ayah..”

“Sampai hati ayah…”teresak-esak Syamil menangis.

Hujan pun mula turun bersama air mata Syamil yang masih bercucuran.Aku tak bersalah.Aku tak bersalah.Cuaca juga bagaikan seperti memahami kesedihan yang bertamu di hatinya.Derhaka kah dia?Sudah jatuhkah status itu pada dia?

Belum sempat dia membalas jasa ibubapanya dia sudah menjadi anak yang tidak mengenang budi.

“Ayah halalkan apa yang ayah berikan pada Amil.Ayah halalkan kasih sayang yang ayah pernah bagii…pergilah Amil..pergilah..Amil pergilah jauh dari Ayah…”sebak En Syazwan berkata membelakangi Syamil.

“Pergilah anakku…ayah sayangkan Amil.Maafkan ayah kerana masih belum mampu maafkan Amill”perlahan En Syazwan berbisik sendiri tanpa menoleh lagi.Sudah tamat kisah kasih sayangnya untuk anaknya.Apa yang tinggal untuknya?Hanya kenangan bersama anaknya itu.

 **********************
Zaman Sekarang

En Syazwan tersentak dari lamunan.Jauh dia melayan sehingga peristiwa Syamil meninggalkan rumahnya bagaikan masih terbayang di ruang mata.Dia mengusap mukanya perlahan.Masih terbayang di ruang mindanya betapa sedih anaknya itu.

Sudah 5 tahun berlalu.Dia masih lagi berharap agar kejadian itu semua tidak berlaku.Bukannya dia tidak sayangkan Syamil lagi.Malah rasa sayangnya pada anaknya itu tidak dapat digambarkan lagi.Dia sudah lama memaafkan anaknya itu.Cuma yang dia masih tidak boleh lupakan bagaimana aibnya melihat gambar anak sendiri melakukan benda itu.


Hampir setiap malam dia berteleku di atas tikar sembahyang bertanya di mana silapnya dia sebagai seorang ayah?Adakah didikannya kurang?

Bukannya dia tidak rindu,hampir setiap masa dia akan menjenguk anaknya di sekolah secara diam-diam.Hampir setiap bulan dia masukkan duit dalam akaun Syamil untuk memastikan anaknya itu cukup pakai dan makan.

Dia menatap foto anaknya sedang tersenyum memeluknya.Mata dan kening yang seiras dengan arwah isterinya.Lesung pipit yang terserlah itu mirip sekali dengannya.Dia memegang foto itu dan menggosoknya perlahan.

Kenapa?kenapa anak-anak selalu melukakan hati ibubapa?Kenapa anak-anak tidak pernah cuba menyelami hati tuanya?Dia teringat kata-kata anak sulungnya.

“Kadang-kadang kita kena cuba paksa diri kita untuk maafkan orang,cuba buang perasaan kecewa itu sikit demi sedikit.Along tahu ayah masih marahkan Amil tapi ayah tak rindukan Amil ke?Anak ayah sendiri?”

“Ayah,benda tu dah 5 tahun yah.Kita sendiri tak pasti betul atau tidak sampai sekarang”


******************

Zaman Sekarang

Syamil membuka matanya perlahan.Oh god, why is it so dark in here? Dia bertanya sendiri.Dia mengerling ke arah jam tangannya.Dah pukul 10.Tapi tadi aku pass out.Siapa yang angkat aku?Dia memandang satu figure yang sedang tidur di meja belajarnya.

Adam?Dia cuba bangun dan memanggil Adam.

“Adam…adam”panggil perlahan.Tiba-tiba tubuh itu bergerak dan dia memaling mukanya.Syamil terkejut dan masih terkejut.Banyak betul kejutan pada minggu ni.Orang yang paling dia tidak sangka berada di dalam biliknya.Berdua sahaja.

“Akmal..akmal..apa kau buat dekat sini?”tersekat-sekat Syamil bertanya.Dia menarik selimutnya dan meraba pakaiannya dan melepaskan nafas lega kerana masih berada lengkap di badannya.

Akmal bangun dan mendekati Syamil sambil tersenyum.Akmal menghulurkan segelas air mineral padanya.Dia melihat air itu berkali-kali sebelum meneguknya.Kot-kot ada racun atau apa-apa lah.Tapi di sebabkan tekaknya kering yang amat dia pun meneguk air tu dengan pantas.

“Kau ok?Kau ada penyakit panic attack ke?”tanya Akmal sambil memandang mata Syamil.Pandangan yang sukar untuk ditafsirkan.
Pengidap penyakit panic attack ini selalunya disebabkan ‘fear of dying’,faintness dan fashing vision.Panic attack juga salah satu dari simpton anxiety disorder.Panic attack biasanya bermula dari peningkatan kadar degupan jantung,pendek pernafasan,pening-pening.Kadangkala penyakit ini boleh jadi serius jika kerap berlaku.
“Hurmm..ya..macam mana kau tahu?”tanya Syamil.Sebenarnya dia nak tanya macam mana kau boleh ada kat sini  tapi dia tidak jadi bertanya.

“Dah biasa handle orang yang macam itu Syamil”kata Akmal sambil tersenyum lagi.

“Ermm..kenapa kau tiba-tiba macam ni?”

“Errr..tak ada apa-apa.Ada problem sikit”kata Syamil berselindung.Dia kalau boleh tidak mahu sesiapa yang tahu benda tu terutama Adam dan kawan-kawannya.

“Ok..kalau kau rasa tak selesa untuk cerita kat aku..fine”

“Kenapa..kau kat sini?”tanya Syamil aneh.Dia berasa pelik dan curios.Apabila dengan Akmal perasaan itu harus wujud.Tapi semua itu berubah disebabkan peristiwa lama yang jauh ke belakang.

“Hurmm..saja.Aku nak jumpa Adam”kata Akmal sambil bergerak ke meja semula dan melihat – lihat apa yang menarik di meja Syamil dan jantung Syamil bagaikan terhenti berdetak apabila tangan Akmal menyentuh laptopnya masih terdapat pendrive di port usb.

Tanpa amaran Akmal membuka laptop Syamil yang memang jelas tidak ada passcode dan video yang masih terentang hanya tinggal untuk di tekan untuk di main semula.

“Akmalll…jangannn”belum sempat Syamil bangun dan harapannya lebur.

“Ya Allah,siapa yang sanggup buat khianat macam ni sekali”Akmal berkata dengan riak muka yang sungguh terkejut dan tersentak.Dia menggeleng kesal dan air mukanya jelas menunjukkan betapa kecewanya dia dengan pembuat video itu.

Syamil memejamkan mata dan menarik nafasnya dalam-dalam.Dia kena bijak atau dia akan terperangkap sendiri.Tapi benda ni kawan-kawan Adam semua tahu.

“Akmal berat untuk aku cakap ni,tapi aku dapat rasa kau tahu siapa dalangnya sebab kau dan kawan-kawan kau ada dekat sana atau sebenarnya kau sendiri yang buat semua ni?”tanya Syamil tanpa selindung.

“Syamil,aku mengaku..”kata Akmal sambil menundukkan mukanya.Syamil tersentak dan ya,dia yakin pasal ni.Err..sepertiga yakin sebenarnya sebab dia tiada bukti.Sebab dia sendiri pun tidak pasti apa yang betul-betul berlaku.Dia sendiri keliru.

“Aku mengaku yang aku jahat,aku teruk tapi sejahat-jahat aku,aku tak buat khianat dekat orang.Orang yang banyak khianat dekat aku”

“Tapi…”
“Macam mana kau yakin aku buat?Bukan Adam?Bukan kawan-kawan aku?atau bukan kami sebenarnya?Sebab semua orang tak tahu.Kau sendiri nampak yang kita semua pass out malam tu”kata Akmal lagi.

“Tapi kau dengan kawan-kawan kau tak pernah suka aku!”kata Syamil separuh marah.

“Kawan-kawan aku ya..mana kau tahu aku tak suka kau?Pernah aku cakap?”kata Akmal sambil berjalan mendekati Syamil.Syamil bergerak ke belakang,dan langkahnya mati di dinding biliknya.Akmal menunduk dan merenung Syamil lama.

Syamil menentang padangan Akmal.Akmal tersentak dan terkejut kerana tiba-tiba jantungnya berdebar.Tapi dia mengabaikannya.Syamil merenung lama ke dalam mata Akmal.Dia faham mata yang tiada sirna itu.Pandangan yang sentiasa redup.Penuh dengan kekecewaan.

“Aku tak pernah cakap yang aku tak suka kau,aku suka kau,aku suka tengok kau..aku selalu perhatikan kau..tapi kau tak pernah…”bisik Akmal di telinga Syamil sambil mencium-cium di tepi telinga Syamil.Dia merapatkan badannya pada tubuh Syamil.

Syamil dapat berasakan hembusan nafas Akmal yang panas di telinganya.Dadanya berdetak kencang.Dia tidak dapat nafikan bahawa Akmal juga mempunyai figura yang menarik.Kening lebat,badan sedikit sasa.Wajah yang iras-iras Nolan Funk.

“Macam mana…kau yakin Adam tak terlibat?mana tahu…dia sebenarnya dalang yang kau cari?Mungkin dia sahaja gunakan kau?Mungkin apa yang dia buat ni semua sebab nak tarik perhatian kau”bisik Akmal perlahan di telinga Syamil.

“Syamil…”panggil Akmal sambil menggerakkan tangannya ke belakang pinggang Syamil.Bibirnya perlahan mendarat di pipi Syamil sambil matanya memandang ke luar.Ada kelibat manusia dia hadapan bilik Syamil.Dia tersenyum sambil mencium lagi pipi Syamil lagi.

Apabila Syamil masih diam,dia meneruskan lagi sambil matanya memandang ke arah pintu bilik yang sedikit terbuka.Makin mudah rupanya.Sejak akhir-akhir ini banyak betul dia bernasib baik.

*******************************
Zaman Sekarang

Adam menutup pintu biliknya kuat.Dia menutup mata dengan perlahan-lahan cuba menghalau bayangan Akmal mencium Syamil.Dia betul-betul cemburu.Bayangan wajah Akmal yang tersenyum sinis memandang dia tadi membuatkan rasa marahnya berganda.

Dia duduk di katil sambil memegang kepala.Dia menghelakan nafasnya perlahan-lahan.Dia tahu Syamil bukan macam itu.Dia yakin Syamil bukan murah macam itu sekali.Bayangan tadi bagaikan bermain-main di ruang matanya.

Perasaan cemburu dan sakit hatinya berganda-ganda.Semua bercampur aduk dalam hatinya.Dia sakit hati melihat Akmal sesuka hati mencium Syamil.Dia sangat-sangat tidak boleh terima.Bagaimana kalau apa yang Akmal katakan itu betul??

“Cuba kau tanya senior yang lain berapa ramai lagi yang dia dah layan”kata-kata Akmal bagaikan tergiang di telinganya.

“Dia tak sama dengan Syamil yang kita kenal dulu”

“Dia bukan orang yang sama”


Adam memejamkan matanya sambil mengusap mukanya perlahan.Apa yang patut dia buat?Percaya sahaja apa yang terentang di hadapannya?Ikut perasaan cemburunya itu?

Bersambung...

Thursday, 7 August 2014

Impian Mungkin?

Selamat malam.Harap semua sihat.Sementara masih dalam bulan Syawal nak ucap selamat hari raya.Maaf zahir batin.

Last few days,aku attend wedding my friend.When time balik nak serahkan hadiah itu,suddenly mak pengantin tanya aku "Eh,awk ni bila lagi?Tahun depan ke?Nanti jangan lupa jemput mak cik nanti".Nak di jadikan cerita bukan seorang tanya aku 3-4 orang jugak tanya time raya ni.

Serious aku cakap,aku tak pernah terfikir orang akan tanya because aku fikir selagi belum masuk suku abad orang tak akan tanya.Sebab sebelum-belum ni pun kalau ada my senior,my friend yg post pasal wedding masing-masing aku tak pernah pun macam nak ambil kisah sangat.Usually reaksi aku,oh dia dah kahwin lepas tu tak adalah aku macam terlintas untuk fikir masa depan ke,apa.Biasanya aku dah lupa dan tak ambil kisah.

Tetapi tak tahu kenapa persoalan mak cik tu betul-betul buat aku terfikir dan terngiang-ngiang dalam kepala aku.Lepas itu yang buat aku terfikir bukan persoalan yang biasa org akn utarakan contohnya.

"Kalau kahwin,boleh ke aku jalankan tanggungjawab suami dari segi batin?"

"Mampu ke aku tinggalkan dunia macam ni?"


Yang bermain dalam kepala aku.

"Kalau tiba-tiba dia merajuk aku nak buat apa?Pujuk?Aku tak reti pujuk orang..bagi nasihat boleh la"

"Kalau dapat anak,aku nak jaga macam mana?ayah sendiri pun pergi usha lelaki sana-sini"


"Apa yang patut aku buat dekat anak aku bila diaorang besar?"


Aku punya fikiran banyak kepada "what will i do,if i have a kids?".Persoalan yang aku takut,mampu ke aku didik anak-anak aku?Macam mana kalau dia malu ak jadi ayah diorang.Persoalan2 itu kadang-kadang buat aku terdiam dan banyak berfikir.

Aku tak tahu.Aku ada satu impian which is bila aku kahwin nanti benda yang aku nak buat adalah letakkan telinga aku dekat perut my wife time dia pregnant.Aku nak sangat rasa moment tu.Moment nak jadi seorang ayah.Setiap orang ada harapan kan?Apa salahnya bersandar pada satu harapan yang mungkin boleh bagi kita semangat untuk hidup..

p/s:sesiapa ada pertanyaan boleh tanya di ask.fm or pm me..btw cerita pencuri cinta tu tak panjang sangat ada beberapa story je lg






Monday, 4 August 2014

Pencuri Cinta

Story 16

5 tahun yang lalu

Syamil membuka matanya perlahan-lahan.Kepala dia berasa sangat sakit.Dia mengerling ke arah pinggangnya yang di peluk seseorang.Dia mengangkat tangan itu perlahan.Dia menoleh dan terkedu melihat Adam tidur di sebelahnya dalam keadaan yang tidak ada sesuatu yang menutupinya.

Dia cuba membuka kakinya.Bahagian kangkangnya terasa sangat perit dan pedih.Dia memandang lagi.Ada kesan tompokan yang kering.Kepalanya sudah berdenyut-denyut.Melihat keadaan remukkan cadar dan beberapa kesan di situ dia yakin sesuatu telah berlaku.

Syamil memandang Adam yang sedang enak tidur.Adam..adam apa kau dah buat pada aku ni?Syamil berkata dalam hati.Dia bangun perlahan-lahan dan hampir terjelepuk jatuh dari katil.Rasa perit dan sakit sudah tidak dipedulikan lagi.Dia mesti lari.Mesti.

Dia menahan teksi dengan segera apabila nampak di tepi jalan.Dia sudah tidak peduli lagi.Beg pakaiannya juga di tinggalkan.Dia sudah tidak peduli.

Pemandu teksi itu sudah naik risau melihat anak muda di belakangnya itu dari tadi menangis tidak henti-henti.Sayu dia melihat budak lelaki di belakangnya itu masih tersedu-sedan menangis walau kadang-kadang dia pelik ada juga lelaki yang cengeng.

Syamil mengesat kasar air mata yang masih berair.Berhentilah mengalir.Berhenti.Namun matanya tetap berdegil.Perasaan sebak dan pilu di dalam hati sudah tidak mampu digambarkan lagi.Dia menanggalkan cincin dan jam tangan pemberian Adam.

“Bodohlah nangis..”katanya perlahan sambil mengesat air matanya kasar.

Kenapa mesti sedih?Kau bukan ada apa-apa dengan dia.Kau bukannya boleh mengandung pun kalau kau buat banyak kali pun.Kau hanya hilang teruna sahaja.Sekali je pun.Lagipun kau patut bersyukur sekurang-kurangnya Adam yang ambil.Dah lah tak payah sedih.Tak guna kau sedih.Bisikan jahat itu terus menghasut Syamil agar tidak berasa salah dengan apa yang berlaku
.
Tapi aku bukan macam itu.Aku ada maruah.Aku hargai maruah aku.Aku bukan murah.Walaupun aku macam ni tak bermakna aku murah.Tidak ada siapa yang akan hargai maruah kita melainkan diri kita sendiri.Jawab Syamil perlahan dalam hati.Dia mengesat air matanya kasar.

“Sampai hati Adam..sampai hati kau buat aku macam ni”katanya dengan penuh sebak.Sepanjang perjalanan dia hanya mendiamkan diri.Memandang ke arah luar dengan harapan yang tinggi bahawa ini semua hanya mimpi namun realitinya tidak.Dia tak bermimpi.

Sebaik sampai sahaja di rumahnya,dia masuk ke dalam rumah dengan langkah yang longlai.Dia ternampak ibu dan ayahnya sedang duduk di luar rumah sambil minum petang.Dia merapati mereka dan bersalaman dengan ibubapanya.

“Amil kenapa ni?”tanya Pn Saleha lembut.Dia pelik melihat anaknya itu seperti berduka.Ada masalah kah?Kenapa anaknya pulang seorang diri?

“Tak ada apa-apa la ibu.Amil tak sedap badan sangat”kata Syamil lembut cuba menyembunyikan suaranya serak.

“Amil..”lembut Pn Saleha memanggil.

“Nanti kita cerita boleh tak bu?Amill..”suaranya sudah mula pecah dan matanya berkaca.Dia bergerak masuk ke dalam rumah dengan langkah yang lemah.Celah kelangkangnya masih perit dan pedih di tahan agar tidak nampak aneh di hadapan ibubapanya.

Syamil meninggalkan ibubapanya dan masuk ke dalam biliknya pantas.Dia mengunci pintu.Syamil terduduk di belakang pintu.Dia terduduk di situ meratapi nasib diri.Apa aku nak buat?Macam kalau orang lain tahu?Macam mana?Apa patut aku buat?

Dia bangun dengan longlai.Kelangkangnya masih perit.Dia tidak mahu berfikir lagi.Dia dah tak boleh nak berfikir.Dia menanggalkan pakaiannya 1 persatu lalu membaluti badannya dengan towel.Dia masuk ke dalam bilik air.Dia membuka pili air dan membiarkan dirinya di basahi air.

Dia pantas menggosok badannya kasar.Dia berharap dengan mandi itu dapat mengeluarkan kotoran atau lebih tepat saki baki Adam yang ada padanya.Dia mengambil sabun dengan banyak.Dia menyapu seluruh badannya.Dia menyental badannya.Tidak cukup dengan itu dia ingin mengambil berus untuk ‘mencuci’ dirinya.
Tangannya terhenti seketika.Dia menarik nafas perlahan.Dia meletak kembali.Dia menyapu lagi.Dia menggosok badannya lagi.Dia berharap kotoran itu hilang.Dia terduduk di lantai bilik air sambil menangis lagi.Dia berasa kotor sangat.Dia benci.Dia benci benda tu.Dia bangun menghadap cermin melihat kesan merah pangkal lehernya.Begitu juga di bahagian dadanya.

“Kenapa kau buat aku macam ni Adam?Kenapa Adam?Aku percayakan kau”dia menyembamkan mukanya ke lutut.

Selepas mandi,dengan segera dia berbaring di atas katil dan berharap semua ni tidak berlaku.Dia tidak mahu balik sekolah.Dia takut.Macam mana dia nak berhadapan dengan semua tu?Dia menghabiskan cutinya di rumah dan dia mematikan telefon bimbitnya.

*****************
5 tahun yang lalu

Adam menekan-nekan butang keypad handphonenya.Rasanya sudah berpuluh kali dia menghantar text pada Syamil.Namun tiada satu pun di balas.Perasaan risau dan tertanya-tanya dalam hatinya sudah tidak dapat di bendung lagi.Banyak benda yang ingin di sampaikan pada Syamil.

Amil,kenapa kau tak angkat call?Kenapa tak balas sms aku?Amil,please.Dia sudah mengusap mukanya perlahan sambil mengeluh berat.Dia pasti ada sesuatu yang berlaku.Melihat kesan remukkan pada cadar dan beberapa tompokan.

Dia juga sempat melihat beberapa kesan merah di lehernya.Mujur juga ibubapanya tidak banyk bertanya.Atau mungkin mereka tidak kisah?

Ada juga dia bertanya kepada Akmal.Namun kawannya itu juga tidak tahu.Akmal juga mengakui dia juga pass out semalam.

Minggu lalu

“Ada nampak Syamil tak mal?”tanya Adam sambil memegang kepalanya yang masih sakit.Dia mengerang sedikit kerana sakit.

“Ada,tadi dlm pukul 6 dia ada datang bilik aku.Merayu-rayu.Menangis-menangis.Dia bagi aku suatu cawan.Aku tanpa fikir minum je la.Pagi itu aku tengok dia dekat sebelah aku.Aku…aku..aku..nak cerita pun malu Adam..”

“Kenapa Mal?Kenapa?Apa yang kau buat dekat dia?”tanya Adam sambil merenung tajam ke arah Akmal.

“Aku…aku….aku…Bukan salah aku Dam.Dia yang datang menyerah.Lepas tu,dia yang bagi aku minum.Aku dah tak ingat apa-apa.Aku dah agak memang budak itu sahaja nak kenakan kita.Jahanam betul la”kata Akmal mengapi-apikan Adam.Muka Adam sudah merah padam.

“Tak..tak..Syamil bukan macam itu”kata Adam sambil menggeleng kepalanya.Tak,tak aku tak percaya.

“Kalau kau tak percaya..tanya yang lain-lain”kata Akmal sambil menunjuk pada kawan-kawan mereka yang lain.

“Betul ke?Aku tanya betul ke???”tengking Adam kuat.Ada yang berubah air muka dan tidak kurang juga ada yang menundukkan kepala tanda bersalah.

“Tak..aku tak percaya.Aku kenal dia”kata Adam lagi.

“Adam,dah jelas.Tak payah lah buang masa kau nak ingat budak macam itu”

“Kita kenal dia dari….”

“Dia tak sama dengan Syamil yang kita kenal dulu..dia lain Adam.Dia dah lain”

“Tak..aku tak percaya.Ni semua salah kau Akmal…”kata Adam sambil mencekak kolar baju Akmal.

“Adam..sabar Adam.Ni bukan salah kita.Salah budak itu.Dia sahaja nak main-main kan kau”cucuk Akmal lagi.Adam melepaskan cengkamannya perlahan-lahan.Dia seperti ingin menangis.

“Cuba kau tanya senior yang lain berapa ramai lagi yang dia dah layan”cucuk Akmal lagi.Dia pasti kali ni mesti ada yang tertusuk jarum.Dia yakin.Betapa kejam hatinya sebagai seorang manusia.Dendam yang menghancurkan kasih sayang yang seharusnya ada dalam hati setiap insan.

Adam memejam matanya perlahan.Dia tidak tahu.Dia takut untuk mengakui hakikat itu.Tapi hatinya tetap mengatakan bahawa Syamil bukan begitu.Dia mesti mendapatkan penjelasan dr Syamil.

*****************
5 tahun yang lalu

En Syazwan menoleh ke arah anaknya itu.Syamil banyak termenung.Syamil yang berubah jadi pendiam.Jarang tersenyum.Lebih banyak mengeluh.Kadang-kadang dia perasan anaknya itu mengesat mata seperti baru lepas menangis.

Hatinya berat mengatakan bahawa sesuatu yang buruk sudah berlaku pada anaknya.Sikap anaknya yang terlampau berahsia dan tidak suka membuka mulut tentang masalah kadangkala membuat dia risau.
Menguatkan lagi telahannya apabila Syamil mengatakan ingin bertukar sekolah.Sekolah yang luar dari negeri kelahirannya.Kalau dulu dia bersekolah luar daerah sahaja.Dia ada bertanya namun anaknya itu hanya mengunci bicara.Katanya lagi bagus di sabah dan sarawak.Kalau tak ada,Syamil ingin pergi ke Australia untuk bersekolah disitu bersama ibu saudaranya.

Selepas seminggu kejadian itu,Syamil sudah nekad untuk berpindah sekolah.Dia membuka telefonnya dan beberapa panggilan dari Adam dan juga mesej.Dia tidak membaca dan terus menekan “delete”.

Dia menelefon Hisham.Dia nekad.Dia mesti buat.Dia tahu dia membuat keputusan bodoh.Biarlah dia jadi bodoh.Bodoh kerana meletakan harapan.

“Assalamualaikum.Hisham ni aku Syamil”

“Walaikumussalam.Aku tahu Syamil.Haha”kata Hisham sambil ketawa besar.

Syamil hanya tersenyum sikit.”Sham,boleh tak kau datang kat rumah aku dalam tengah hari?”pinta Syamil.

“Ok boleh,nanti dah nak sampai aku mesej kau dulu”

“Ok”kata Syamil mematikan panggilan.Sambil menunggu Hisham datang dia mengemas biliknya sedikit.

Selepas solat zohor,Hisham datang dan Syamil mengajak dia masuk bilik.Dia mengeluarkan 1 kotak kecil dan meletakkan pada tangan Hisham.

“Tolong pulangkan pada Adam”

“Kenapa kau tak pulangkan sendiri?”tanya Hisham pelik.

“Aku dah pindah sekolah Sham”

“Pindah?tapi kenapa?kenapa tiba-tiba ni?”

“Aku rasa tak dapat suaikan diri la”

“Huhh?da setengah tahun tak dapat sesuaikan diri?”tanya Hisham lagi.Dia dapat berasa ada sesuatu yang berlaku tapi Syamil tidak bercerita.

“Yups.Aku tak boleh sesuaikan diri”

“Syamil,jangan tipu aku.Aku tahu ada benda yang berlaku”kata Hisham sambil merentap kasar lengannya.

“Tak ada apa-apa la Sham.Serius.Aku ok je”cuba melepaskan pegangan tangan Hisham.Dia memalingkan mukanya dari Hisham.

“Syamil.Kau tipu.Kau tak ok”

“Aku ok la.Tak ada apa-apa.Da pukul berapa ni?nanti lambat pula”

Hisham merenung Syamil tajam.”Syamil kau tak ok!”Hisham hampir menengking Syamil.

“Aku ok Sham.Aku ok laaa.Kenapa kau tak paham aku cakap ni?”tengking Syamil bersama air mata yang di tahan dari keluar.

“Syamil..mil”dia mengendurkan suara apabila melihat pelupuk mata Syamil bergenang air mata.

“Aku..aku..aku tak ok Hisham.Aku tak ok.Aku tak ok…”kata Syamil penuh hiba dan sebak.Perasaan sebak begitu menyesakkan dan menggebu dalam dada.Suaranya hampir pecah dan serak.

Hisham merapati Syamil.

“Jangan rapat dengan aku.Jangan..jangan”kata Syamil menangis teresak-esak.Dia mengesat air matanya kasar.

“Syamil apa yang berlaku?kenapa kau macam ni?”

“Dia buat benda tu dekat aku.Aku tak pernah rela.Aku rasa kotor sangat.Sampai hati dia buat aku macam tu.Aku..aku..”kata Syamil lagi.

Hisham merapati lagi dan menarik Syamil ke dalam pelukkannya.Syamil hanya diam.Dia membalas pelukan Hisham dengan harapan agar keperitan hidupnya berlalu pergi.

********************
Zaman sekarang

Syamil mengambil bungkusan dari pejabat kolejnya.Dia tidak pernah ada membeli barangan online atau meyuruh sesiapa mengirim barang padanya.Keinginan membuka itu meruap-ruap.Sebaik sahaja dia sampai di bilik dia mengoyak bungkusan itu dan pelik melihat ada 1 pendrive dalam ruangan kotak itu.

Dia pantas membuka laptop dan mencucuk pendrive itu.Dalam pendrive itu terdapat 1 video.Video apa?tanya Syamil dalam hati.

Dia menekan video itu dan tersentak melihat siapa dalam video itu.Adam dan dia.Mereka sedang…sedang.Dia membiarkan ayatnya tergantung.Dia tahu bila video itu.Dia pasti dimana tempatnya.

Dia pantas menutup laptop itu dan menutup matanya rapat.Siapa yang ada video itu?Siapa yang rakam?Akmal?Adam?kawan-kawan Akmal?Dia bagaikan ingin menjerit.Kenapa?Kenapa semakin dia ingin melupakan benda-benda yang mengaibkan dirinya 5 tahun lalu semakin ada orang ingin membukanya kembali.Adakah Akmal?Kenapa mesti selepas 5 tahun?Kenapa?

Dia bagaikan terbayang peristiwa sewaktu malam itu.Dia bagaikan terdengar suara-suara Akmal,Adam dan kawan-kawan terbahak-bahak ketawa melihatnya.Dia menutup telinga.Dia bagaikan terdengar-dengar suara Akmal dan Adam bersilih ganti.Dia menutup  mata dan telinganya.Tak,tak..aku tak dengar!Syamil berkata dalam hati.Apabila dia membuka mata dia bagaikan ternampak Akmal mendekatinya bersama satu benda di tangan.Berbisik sesuatu di telinganya.

Dia merapatkan lututnya ke dada.Dia bagaikan terasa seperti tangannya terketar-ketar.Dia cuba bangun dari tempat katilnya.Syamil berasa bagaikan nafasnya tersekat-sekat.Di hadapannya terdampar imej Adam pula cuba merapatinya.Dia berasa seperti melayang.Dia menghampiri meja belajarnya.Dia mencari ubatnya.Tapi ubatnya tiada di situ.Dia berasa badannya lemah.

Dia pantas mengambil telefon dan cuba mendial no telefon Adam.Belum sempat dia menekan butang dial,dia sudah tidak ingat apa-apa.

********************
5 tahun lalu

“Abang…abang..”jerit Pn Saleha kuat dengan tangan yang terketar-ketar.Hampir pecah dadanya melihat gambar-gambar itu.Ya Allah apa yang berlaku pada anaknya.Dadanya berasa sesak dengan tiba-tiba.

En Syazwan pantas mendapatkan isterinya dan mengambil sampul surat berwarna coklat itu.Hampir terbeliak matanya melihat gambar-gambar itu.Dia ingin menidakkan gambar itu tapi yang jelas itu sudah terang.

Hatinya menjadi lagi pilu melihat isterinya yang sudah menangis tersedu-sedan.Dia lantas mendapatkan isterinya itu.

“Abang…kenapa Amil buat kita macam ni?Sanggup dia malukan kita.Tak cukup ke apa yang kita bagi?”tanya Pn Saleha dengan suara yang serak dan perasaan sebak menusuk di dalam hatinya.Syamil,kenapa buat ibu macam ni?Syamil tak sayangkan ibu ke?Syamil.

Sebaik sahaja sampai waktu tamat sekolah,Syamil terus masuk ke dalam rumah dan perasan ketegangan wajah ibu bapanya dan juga terdapat 1 sampul surat berwarna coklat di atas meja.Dia pun merapati mereka berdua.Tanpa amaran,ayahnya membaling sampul itu dan berterabur semua isinya di lantai.Gambar?tanya Syamil.

Syamil menunduk dan mengutip setiap gambar.Dia tersentak dan terkejut.Terketar-ketar dia mengambil gambar itu.Gambar yang sungguh mengaibkan.Gambar dia dan Adam berpelukan tanpa seurat benang pun.Ya Allah dugaan apakah ni?Syamil bagaikan ingin meraung sahaja melihat gambar itu.

“Ayah..ibu..Syamil boleh jelaskan”kata Syamil sambil memandang ayahnya.Sepanjang hayatnya hidup inilah kali pertama dia melihat wajah ayahnya yang tersangat kecewa dan dukacita.

“Ayah tak tahu apa silap ayah.Ayah tak tahu nak cakap apa..Syamil fikirlah sendiri.Sebab ayah dah penat nak fikir.Dan penat”kata ayahnya pilu.Ibunya sudah mula menangis teresak-esak.

“Ayah..ayah tolonglah…ayah”kata Syamil sambil merayu memegang tangan ayahnya.Dengan lemah En Syazwan menepis.

Hampir pecah dadanya melihat gelengan ayahnya bersama sedikit air mata yang hampir menitis.Dia menangis lagi.Ayah..ayah.

Ayahnya masuk dalam bilik bersama ibunya.Sepanjang hari dia mengurungkan diri dalam bilik.Keesokkan harinya dia keluar dari bilik dan ingin turun bersarapan.Baru sahaja dia ingin melabuhkan punggung,terus sahaja ayah dan ibunya bangun tanpa sebarang kata.Tanpa sepatah kata.

Sewaktu hendak ke sekolah,ibunya mengurungkan diri dalam bilik.Pendek kata ibu dan ayahnya membuat dia seperti tidak wujud seolah-olah dia tidak pernah berada dalam rumah.Dia seperti orang gila di rumah sendiri.Baginya ini lebih teruk dari kena pukulan ayahnya dulu,kerana dia tahu apabila ibubapanya mendiamkan diri bermaksud mereka sudah tidak mempedulikannya lagi.

Sama juga sewaktu petang dia baru sahaja ingin menolong menyiram pokok bunga dan berbual dengan ibunya,namun dengan pantas ibunya masuk kedalam tanpa kata.Apabila dia cuba berbual ibu bapanya langsung tidak menyapa atau membalas.Memandangnya juga tidak.

Dia seperti ingin menangis.Dia tiada tempat untuk mengadu atau meluahkannya.Dia tidak tahu pada siapa harus dia bergantung.Beginikah pengakhiran dia sebagai seorang anak.Dosa tidak berpehujung.Derhakakah dia?Tapi bagaimana kalau itu bukan silapnya?Atau silapnya sebab mengikut Adam?


Dia tidak tahu.Dia sudah tidak boleh berfikir.Dia sudah penat.Dia sudah tidak mampu untuk berfikir.Dia sudah penat yang amat.

bersambung....